P. 1
Masalah Denggi di Malaysia

Masalah Denggi di Malaysia

4.83

|Views: 3,818|Likes:
Published by cody_bowlsmalaysia

More info:

Published by: cody_bowlsmalaysia on Jun 14, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/16/2013

pdf

text

original

Masalah Denggi di Malaysia Kandungan

:

Latarbelakang dan masalah denggi Taburan demam denggi dan demam denggi berdarah mengikut :  negeri  jantina  umur  etnik  lokaliti

Latarbelakang dan masalah denggi di Malaysia Demam Denggi mula di laporkan oleh Skae pada tahun 1901 di negeri Pulau Pinang apabila berlaku wabak di situ. Pada masa itu taburan wabak denggi berhubung rapat dengan taburan Aedes aegypti. Satu kajian darah oleh Institut Penyelidikan Malaysia pada tahun 1953 menunjukkan penyakit denggi adalah meluas.

Demam Denggi Berdarah dan 'Dengue Shock Syndrome' secara meluas(epidemik) telah mula dilaporkan di Pulau Pinang pada tahun 1962. Di antara tahun 1967 dan 1969 beberapa epidemik telah berlaku di kawasan bandar Semenanjung Malaysia. Semenjak itu sejumlah 192 kes telah dilaporkan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Tetapi pada masa tersebut Demam Denggi Berdarah tidak dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan kerana denggi wajib di laporkan hanya pada tahun 1971. Pada awal tahun 70an, demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikenalpasti sebagai satu masalah utama kesihatan. Satu kajian retrospektif oleh Chandra Shekar(1992) bagi tempoh 14 tahun 197387, mendapati 9.2 kes denggi per 100,000 di laporkan setiap tahun. Dari kadar ini 5.4 kes per 100,000 di jangkiti demam denggi sementara 3.8 kes per 100,000 dijangkiti dengan demam denggi berdarah. Kadar insiden demam denggi berdarah pula telah menurun dari 10.1 kes per 100,000 pada tahun 1973 kepada 1.9 kes per 100,000 pada

tahun 1987. Purata kadar kematian bagi tempoh 1973-1987 bagi demam denggi berdarah adalah 6.4% iaitu 5.6% pada tahun 1973 menurun kepada 2.6% pada tahun 1987. Sementara bagi tahun 1990-1995 pula kadar kematian kes akibat demam denggi pula adalah diantara 0.41%-0.59%. Penurunan ini di sebabkan kepada sistem surveillan penyakit dan vektor yang lebih baik, diagnosis yang lebih cepat, notifikasi yang lebih awal dan pengurusan pesakit yang lebih baik. Jadual di bawah menunjukkan bilangan dan kadar kematian akibat penyakit denggi dari tahun 19901995. Bilangan kematian Dan Kes Fataliti Akibat Demam Denggi tahun 1990-1995.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia. Kes-kes denggi mula di laporkan dari negeri-negeri yang lebih membangun dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Melaka. Tetapi tidak lama kemudian negeri-negeri lain di pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak turut terlibat.Pada tahun 1982 kesemua negeri di Malaysia terlibat dengan penyakit denggi. Taburan Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah di Malaysia

Tren kadar penyakit denggi bagi tempoh tahun 1990-1995 di tunjukkan pada rajah di bawah.

Insiden kes-kes denggi yang tinggi mungkin disebabkan penambahan tempat -tempat pembiakan di kawasan pembinaan bangunan. Lapuran kes-kes denggi ada menunjukan kaitan antara wabak denggi dengan aktiviti atau tempat pembinaan. Nisbah demam denggi kepada demam denggi berdarah dari tahun 1990-1995 adalah antara 7:1 kepada 16:1. Terdapat peningkatan bilangan kes demam denggi berbanding dengan demam denggi berdarah.

1.Taburan Kes mengikut Negeri Kebanyakan kes-kes denggi adalah dari negeri yang lebih membangun dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi . Pada tahun 1995, majoriti kes dan kadar insiden(per 100, 000) yang tinggi adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(109.97), Selangor(54.71), Pahang(44.98) dan Pulau Pinang(33.34). Corak penyakit yang hampir sama didapati beberapa tahun yang lepas.

2. Taburan Kes Mengikut Jantina Bilangan kaum lelaki di dapati lebih berbanding dengan kaum wanita yang

mengidap denggi dengan nisbah lelaki kepada perempuan antara 1.1:1 kepada 1.3:1.

3. Taburan Kes Mengikut Umur Menurut peringkat umur didapati umur 1529 tahun merupakan peringkat umur tertinggi kadar kejadian kes berlaku. Ini menunjukkan perubahan corak umur berbanding dengan epidermik pada tahun 70an dan 80an dimana majoriti adalah kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun.

4. Taburan Kes Mengikut Bangsa Taburan kes denggi mengikut bangsa pula pada tahun 1994 adalah seperti rajah di bawah:

Didapati kaum Cina merupakan kaum yang teramai mengidap penyakit denggi iaitu 43.0% dan diikuti oleh kaum Melayu(39.1%), India(6.3%), Bumiputera Sarawak, Bumiputera Sabah dan lain-lain bangsa. Terdapat sedikit peningkatan kes-kes denggi di kalangan kaum Melayu dan India. Ini disebabkan oleh pertambahan kawasan bandar dan kemasukan kaum Melayu dari kampung ke kawasan bandar dan pinggir bandar sementara kaum India pula mungkin disebabkan pengambilan tanah ladang terutamanya di kawasan bandar. Rajah di bawah menunjukkan peratus kes mengikut bangsa di Malaysia. Taburan Peratus Kes Denggi Mengikut Bangsa Di Malaysia 19901995.

Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia. 5. Taburan Kes Mengikut Lokaliti Dari maklumat-maklumat yang dibentangkan di atas didapati penyakit demam denggi adalah masalah populasi bandar seperti yang ditunjukkan di bawah:

Sepanjang 6 tahun lepas(1990-1995), keskes yang dilaporkan dari kawasan bandar adalah 73.5% hingga 87.6%. Ini tidak banyak berbeza dengan data dalam tahun 1975-1982 di mana kawasan bandar menyumbangkan diantara 82.8%-86.4% kes-kes yang dilaporkan. Dari segi musim pula, bilangan kes adalah rendah pada bulan Januari hingga April, mula meningkat selepas itu dan mencapai kemuncak pada bulan Julai hingga Ogos. Perbezaan ini ada kaitannya dengan penakunagan air, di mana musim kemarau pada bulan Januari hingga April dan hujan

renyai-renyai sebelum monsun menambah tempat-tempat pembiakan vektor nyamuk.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->