P. 1
Kajian Geografi Tempatan (Tingkatan 3)

Kajian Geografi Tempatan (Tingkatan 3)

|Views: 7,221|Likes:
Published by amanda9ww
Kajian Geografi Tempatan (Geografi projek/folio) - sumbangan kegiatan ekonomi
Kajian Geografi Tempatan (Geografi projek/folio) - sumbangan kegiatan ekonomi

More info:

Published by: amanda9ww on Jun 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/19/2015

pdf

text

original

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN DAMANSARA JAYA DI PETALING JAYA DAN MEMBANDINGKANNYA DENGAN SINGAPURA.

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

MUKA SURAT 1 2 3 4-7 8 9-18 19 20-24 25

PENGHARGAAN

Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi ini yang bertajuk Sumbangan Kegiatan Ekonomi terhadap Pembangunan Damansara Jaya di Petaling Jaya dan Membandingkannya dengan Singapura. Saya dapat melaksanakannya

dengan sempurna dengan bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak. Oleh sebab itu, saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru penilai saya iaitu Puan Chia kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di Damansara Jaya yang telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini dan telah mengambil masa untuk lengkapkan borang soal selidik yang disediakan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan saya yang telah memberi bantuan dan keterangan kepada saya apabila saya tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Akhirnya, ucapan terima kasih ini saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Jasa semua orang ini akan dikenang sepanjang hidup saya.

1

PENDAHULUAN

Saya, Amanda Ng Wen Wei dari kelas 3 Batai telah menghasilkan Kerja Kursus Geografi ini. Kawasan kajian saya ialah Damansara Jaya, Petaling Jaya. Negara yang dibandingkan pun ialah Singapura. Saya telah memilih Damansara Jaya sebagai kawasan

kajian kerana sekolah saya terletak di sini dan kawasan ini juga berdekatan dengan rumah saya. Hal ini telah memudahkan rakan-rakan dan saya membuat kajian selepas waktu persekolahan. Selain itu, saya telah memilih Singapura sebagai negara untuk dibandingkan kerana kegiatan ekonomi perkhidmatannya hampir sama dengan yang didapati di Damansara Jaya. Tempoh masa kajian dijalankan ialah 8 minggu. Dalam masa ini, saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarkannya pada masa yang ditetapkan supaya boleh diberi penilaian oleh guru penilai saya.

2

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut : (a) Mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi di Damansara Jaya. (b) Mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan Damansara Jaya.

(c) Mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Damansara Jaya. (d) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Damansara Jaya. (e) Membandingkan kegiatan ekonomi Damansara Jaya dengan Singapura. (f) Memupuk nilai bekerjasama, bertolak ansur dan cinta akan negara.

3

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Damansara Jaya yang terdiri daripada SS22A dan SS22. Kawasan ini merupakan satu kawasan perumahan dan pusat perniagaan di sekitar kompleks membeli-belah Atria dengan 4 deret kedai 3 tingkat di sekelilingnya.

Damansara Jaya merupakan kawasan tanah pamah yang terletak di Lembah Klang dan di tengah daerah Petaling Jaya. Kawasan ini dikelilingi oleh SS21 di utara, SS23 di barat daya, SS20 di timur laut dan SS2 di tenggara dan selatan.Bandar yang terdekat dengan Damansara Jaya ialah Bandaraya Kuala Lumpur. Jarak Damansara Jaya ke Bandaraya Kuala Lumpur ialah kira-kira 15km. Masa yang diambil untuk ke Bandaraya Kuala Lumpur dari Damansara Jaya dengan menaiki kereta ialah kira-kira 30minit. Uptown Damansara Utara pula ialah kira-kira 1.5km dari Damansara Jaya.

4

KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti jenis-jenis kegiatan ekonomi di Damansara Jaya.

2. Kaedah Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan oleh saya sebelum diajukan kepada responden di Damansara Jaya. Saya menyoal selidik mereka untuk mengetahui kesankesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Damansara Jaya dan langkah untuk mengurangkan kesan-kesan tersebut.

3. Kaedah Rujukan Saya telah membuat rujukan di buku-buku rujukan, buku teks, peta dan laman web untuk mendapat maklumat.

8

DAPATAN KAJIAN

Jenis-jenis kegiatan ekonomi

Jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Damansara Jaya ialah perkhidmatan. Antara perkhidmatan di kawasan kajian ialah perniagaan. Terdapat banyak jenis perniagaan di Damansara Jaya seperti kedai buku, kedai serbaneka, kedai optik, butik, restoran, farmasi dan sebagainya. Contoh restoran di Damansara Jaya ialah Ma Ma's Restaurant, Magic Wok, Hooi Loong, Hong Kee Tim Sum, Syed Abu dan lain-lain. Contoh kedai buku ialah Big Bookshop dan kedai serbaneka ialah 7-11. Farmasi yang terdapat di Damansara Jaya pula ialah Guardian dan Smart Care can kedai optik Cambridge juga terdapat di Damansara Jaya.

Selain itu, pengangkutan juga merupakan salah satu perkhidmatan di Damansara Jaya. Jenis pengangkutan yang terdapat di Damansara Jaya ialah bas dan teksi. Bas dan teksi membawa penumpang dari luar Damansara Jaya ke Damansara Jaya dan juga membawa pelanggan dan pekerja ke luar Damansara Jaya. Contoh syarikat bas awam di kawasan kajian ialah Rapid KL dan contoh syarikat teksi ialah Supercab.

Di samping itu, perkhidmatan yang terdapat di Damansara Jaya ialah perbankan. Bank yang terdapat di Damansara Jaya adalah untuk penduduk menguruskan wang mereka seperti menyimpan wang, mengambil wang, memindah wang, membayar bil dan

9 juga membuat pinjaman untuk perniagaan mereka. Bank yang terdapat di Damansara Jaya ialah Maybank, RHB Bank dan Public Bank.

Akhir sekali, pendidikan adalah antara perkhidmatan yang terdapat di Damansara Jaya. Jenis pendidikan di kawasan ini ialah seperti kolej, pusat tuisyen dan tadika. Sebagai contoh, Kolej Damansara Utama (KDU) dan Peter & Jane Kindergarten. Pelajar

di KDU dapat menyumbang kepada ekonomi di Damansara Jaya apabila mereka membuat pertukaran wang asing dan menyewa bilik atau rumah di kawasan ini.

Saya berasa sangat bangga dan bersyukur kerana terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Damansara Jaya yang boleh memenuhi keperluan penduduk di sini.

Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya

Terdapat beberapa sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya. Antaranya ialah peluang pekerjaan. Kegiatan ekonomi perkhidmatan di Damansara Jaya telah mewujudkan pelbagai jenis peluang pekerjaan dari bidang yang berlainan seperti pengangkutan, perniagaan, perbankan dan sebagainya kepada penduduk di kawasan ini. Contoh jenis perniagaan yang mewujudkan peluang pekerjaan adalah seperti restoran yang mengupah pelayan dan kedai yang mengupah pekerja.

10 Selain itu, pendapatan juga merupakan salah satu sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya. Kegiatan ekonomi merupakan sumber pendapatan penduduk di Damansara Jaya untuk menyara hidup. Misalnya, pelayan restoran yang bekerja di Damansara Jaya biasanya mendapat RM5 setiap jam. Pelajar asing dan pelajar dari bandar lain yang belajar di KDU dan menyewa rumah atau bilik di Damansara Jaya juga merupakan sumber pendapatan penduduk di kawasan ini. Sumber pendapatan peniaga-

peniaga di Damansara Jaya pula adalah apabila kita makan di restoran atau bermain di taman rekreasi atau kafe siber.

Di samping itu, sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya ialah peningkatan taraf hidup. Kegiatan ekonomi perkhidmatan di kawasan ini menawar gaji yang lumayan kepada penduduk dan membolehkan mereka menikmati taraf hidup yang tinggi. Penduduk di Damansara Jaya tinggal di rumah moden yang lengkap dengan semua kemudahan seperti bekalan air, elektrik, telefon dan internet. Setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu buah kereta dan dapat mengupah pembantu rumah. Penduduk di kawasan ini juga mampu makan di restoran dan pergi bercuti.

Seperkara lagi, kemudahan infrastruktur yang baik merupakan antara sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Damansara Jaya. Peningkatan kemudahan infrastruktur di kawasan ini adalah akibat kegiatan ekonomi. Contohnya, jalan raya yang berturap baik, pengangkutan barangan masuk, bekalan air serta elektrik untuk perniagaan, talian telefon serta internet yang baik dan sistem pengangkutan seperti bas dan teksi untuk membawa masuk pekerja-pekerja.

11 Di negara Singapura, perniagaan yang pesat dapat dilihat di sepanjang Orchard Road. Pusat membeli-belah seperti Takashimaya, Wisma Atria, Tangs dan sebagainya mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di Singapura. Tambahan pula, sumber pendapatan penduduk di Singapura juga sangat tinggi kerana mereka mendapat gaji yang lumayan. Contohnya, seorang lepasan universiti boleh mendapat gaji sebanyak S$3,000 di Singapura.

Peningkatan taraf hidup penduduk Singapura pula berlaku akibat kegiatan ekonomi yang pesat di pusat perdagangan dan perniagaan. Akhirnya, kemudahan infrastruktur di Singapura adalah seperti perkhidmatan tren MRT yang efisien dan moden yang terdapat di sini untuk membawa pekerja-pekerja ke pusat perdagangan dan perniagaan.

Dengan menghasilkan projek ini, saya telah mempelajari nilai berdikari dan berdisiplin. Saya telah membuat kajian tentang Damansara Jaya serta Singapura dengan jujur dan selepas membandingkannya, saya masih mencintai negara saya sendiri iaitu Malaysia. Saya juga amat berbangga kerana pelbagai kegiatan ekonomi di sini menyumbang kepada pembangunan Damansara Jaya.

12 Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya

Kegiatan ekonomi di Damansara Jaya telah membawa banyak kesan terhadap alam sekitar dan penduduk-penduduk yang tinggal di Damasara Jaya.

Antaranya adalah dari segi kegiatan ekonomi perniagaaan. Pembuangan sampah seperti kotak-kotak, beg plastik, pembalut makanan dan sebagainya di merata-rata tempat

telah dilakukan oleh peniaga-peniaga di Damansara Jaya. Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh pekerja gerai-gerai makanan juga telah menyebabkan longkang tersumbat dan berbau busuk.

Selain itu, peningkatan suhu pun berlaku di Damansara Jaya kerana terdapat banyak bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, jalan raya yang berturap dan permukaan yang bersimen. Hal ini juga berpengaruh dengan pulau haba di pusat perniagaan Damansara Jaya.

Di samping itu, kegiatan ekonomi pendidikan juga membawa kesan yang buruk. Bilangan pelajar yang ramai di Kolej Damansara Utama (KDU) telah menyebabkan pertambahan kereta swasta dan pengangkutan awam di Damansara Jaya. Hal ini telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan juga pertambahan pencemaran udara.

13 Seperkara lagi, pertambahan kegiatan ekonomi di Damansara Jaya telah menyebabkan pertambahan pengangkutan awam. Teksi dan bas telah digunakan untuk membawa pekerja ke sektor perniagaan manakala van dan lori telah digunakan untuk menghantar barangan. Semua ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan pencemaran udara di Damansara Jaya.

Di Singapura, kegiatan ekonomi perniagaan juga membawa kesan terhadap alam sekitar tetapi pembuangan sampah sarap di merata-rata Singapura lebih kurang

berbanding dengan Damansara Jaya. Hal ini adalah kerana undang-undang yang ketat dan penguatkuasaannya yang baik. Namun begitu, peningkatan suhu telah berlaku di Singapura kerana pengaruh pulau haba lebih ketara akibat bangunan tinggi yang dibina rapat-rapat di Pusat Perniagaan seperti di sepanjang Orchard Road.

Saya berasa kita sebagai penduduk Damansara Jaya perlulah bekerjasama dan bertindak wajar untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

14 Jadual Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya

Bilangan 1 2 3 4 5

Kesan-kesan Perubahan pandang darat / landskap Pencemaran Pulau haba Hujan asid Pembuangan sampah di merata-rata tempat Jumlah

Bilangan responden 3 12 5 2 4 26

Sumber : Soal selidik 26 orang responden di Damansara Jaya

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya Pencemara n Pulau haba Perubahan pandang darat / landskap

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Pembuangan Hujan asid 15 sampah di meratarata tempat

Langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Damansara Jaya

Terdapat banyak langkah yang dapat diambil oleh semua pihak untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di Damansara Jaya.

Antaranya ialah kerajaan kita mestilah menguatkuasakan undang-undang. Pegawai MBPJ juga perlu meningkatkan rondaan dan mengenakan denda terhadap peniaga-peniaga yang mencemarkan alam sekitar. Mereka juga perlu menyediakan tong sampah yang besar dan juga tong-tong kitar semula di seluruh tempat untuk memudahkan peniaga membuang sampah mereka dengan cara yang betul. Hal ini dapatlah mencegah pembuangan sampah oleh pihak peniaga.

Selain itu, untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu di Damansara Jaya, penanaman pokok yang lebih banyak perlu dijalankan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di tepi jalan serta taman-taman dan oleh penduduk di hadapan rumah masing-masing.

Di samping itu, dengan mengurangkan pencemaran udara, bilangan kereta di KDU mestilah dikurangkan. Hal ini dapat dilakukan apabila pihak KDU menyediakan bas untuk pelajar dan menggalakan pelajar berkongsi kerta. Kenderaan awam seperti teksi dan bas yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan di Damansara Jaya mestilah memasang catalytic converter.

16 Di Singapura pula, pencemaran udara dapat dikurangkan dengan mengurangkan bilangan kereta di Pusat Perniagaan. Hal ini dapat dilakukan dengan mengenakan cukai khas bagi kereta swasta yang masuk ke pusat perniagaan pada waktu bekerja. Kerajaan Singapura juga menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan murah seperti MRT dan perkhidmatan bas. Pembuangan sampah di merata-rata tempat oleh pihak peniaga juga dapat dikurangkan dengan undang-undang yang lebih ketat dan penguatkuasaan yang lebih efektif.

Saya amat menghargai usaha-usaha MBPJ dan penghuni-penghuni Damansara Jaya untuk menjaga kebersihan Damansara Jaya serta keselesaan kehidupan kita.

17 Graf Bar

Lan

14

18

12

RUMUSAN

Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya telah mendapati bahawa kegiatan ekonomi utama di Damansara Jaya ialah perkhidmatan. Jenis perkhidmatan yang terdapat di kawasan ini pula ialah perniagaan, pengangkutan, perbankan dan pendidikan. Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan Damansara Jaya ialah mewujudkan peluang pekerjaan, menyumbang kepada pendapatan penduduk, peningkatan taraf hidup penduduknya dan menggalakkan perkembangan infrastruktur. Saya telah menggunakan kaedah borang soal selidik untuk mengumpul maklumat tentang kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar Damansara Jaya dan langkahlangkah untuk mengurangkannya.

Setelah mengumpul semua maklumat, saya telah membandingkan kajian saya di Damansara Jaya dengan negara luar iaitu Singapura. Saya telah mendapati bahawa kegiatan ekonomi di Pusat Perniagaan Singapura juga merupakan jenis perkhidmatan. Contoh perkhidmatan di Singapura ialah perniagaan, perbankan, perhotelan, pengangkutan dan sebagainya dan dijalankan secara besar-besaran apabila dibandingkan dengan Damansara Jaya.

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah mengamalkan beberapa nilai seperti bantu-membantu, kejujuran, bekerjasama, menepati masa dan sebagainya. Unsur-unsur patriotisme yang wujud semasa kajian dijalankan pula adalah seperti saya berbangga dan bersyukur dengan kehidupan di Damansara Jaya. Saya juga mencintai negara yang aman dan damai ini. 19

LAMPIRAN

20

RUJUKAN

1.

Abd. Rahim Md Nor (2004). Geografi Tingkatan 3. Shah Alam. Cerdik Publications Sdn. Bhd.

2.

Chong Mui Sen (2007). Total Pro PMR Geografi. Petaling Jaya. Sasbadi Sdn. Bhd.

3.

Laman web : http://en.wikipedia.org/wiki/Damansara_Jaya

4.

Orang sumber : Nama : Tommy Alamat : 205, 2nd floor, Atria Shopping Centre, Damansara Jaya, Petaling Jaya. Umur : 51-60 tahun

25

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->