Professional Documents
Culture Documents
Karangan ini merupakan salah satu daripada komponen Kertas Dua Bahasa Malaysia PMR; iaitu:
Bahagian B.
Satu soalan dikemukakan
WAJIB dijawab.
Panjang karangan tidak melebihi 120 patah kata
Masa dicadangkan ialah 25 minit
Markah diperuntukkan ialah 20 markah
Bahan-Bahan:
Panduan Umum
Karangan ini ditulis dalam beberapa perenggan. Pelajar dicadangkan menulis satu perenggan
pendahuluan, 3-4 perenggan isi dan satu perenggan penutup.
Anda digalakkan memberikan pendapat tentang bahan rangsangan yang diberikan berdasarkan
arahan dalam tugasan soalan.
Minimum isi yang diperlukan ialah 3 isi.
Baca dan fahami arahan soalan yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kehendak
soalan.
Anda perlu meneliti tajuk yang disediakan bersama-sama dengan bahan rangsangan. Cuba
kaitkan bahan tersebut dengan soalan yang diberikan.
Cuba dapatkan mesej utama daripada bahan tersebut.
Analisis anda hendaklah meliputi kata kunci soalan, skop tajukdan kehendak soalan.
Merangka Karangan Anda
Pendahuluan
Isi-isi penting
Penutup
a)Pendahuluan
b)Perenggan Isi
c)Perenggan Penutup
Bina kesimpulan atau rumusan berserta cadangan, pandangan dan sebagainya bagi keseluruhan
isi atau perkara pokok soalan.
Anda harus membina kesimpulan yang menarik dan dapat meyakinkan pembaca atau
pemeriksa.
Kesimpulan haaruslah membayangkan pendirian anda tentang tajuk bahan rangsangan.
Jangan ulang fakta-fakta yanganda telah nyatakan dalam perenggan isi.
Selain itu, jangan msukkan fakta baru dalam perenggan penutup.
Setelah selesai membina karangan, anda perlu menyemak karangan anda dari segi ejaan, tanda bacaan
dan struktur ayatnya.Pastikan juga jumlah patah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan. Sila catat
jumlah patah kata di dalam kurungan di sudut kanan baris terakhir karangan untuk rujukan pemeriksa.
Anda digalakkan menyisipkan peribahasa atau ungkapan dalam karangan anda.
Sekian.