Professional Documents
Culture Documents
SELAWAT
ٍ َّ َُ ل
ِ
ََ ََ
َُ َّ ٍ َو
ِّ َ َّ َُّا
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Allahumma salli `ala muhammadin abdika warasulika nabiyyil ummiyi wa`ala alihi wa
sohbhii wa barik wassallim
Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada
baginda.(Surah Al-Ahzab-56)
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan
turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali
setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat,
saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
4) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
5) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
Selain dari itu juga menurut sumber yang lain, selawat adalah amalan yang sangat disukai oleh
Allah Taala sehingga Allah Taala dan Malaikat-Nya juga berselawat ke atas RasulNya:
(Al Ahzab : 56 )
Di dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan tentang kelebihan selawat ini yang bermaksud:
"Orang yang paling mulia dan lebih utama, di sisi-Ku pada hari Kiamat ialah orang yang paling
banyak berselawat keatas-Ku" ( Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya b Syarafuddin An-nawawi,
T.Th : 316 )
1. Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan
rahmat-Nya.
2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya Mereka yang berselawat 500 kali sehari,
insyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya.
3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana Menjadi kekasih kepada kekasih
Allah
4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat
rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana
Apabila Nabi Adam A.S tercampak ke dunia, selama 40 tahun, baginda menangis memohon
keampunan daripada Allah Taala. Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa,
iaitu di Jabal Rahmah, Adam A.S dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan:
Perkataan ini dilihat oleh Nabi Adam A.S tertera di tiang arash syurga. Dengan menggunakan
kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, Adam memohon keampunan daripada
Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini. Allah Taala kemudiannya mengampunkan
Nabi Adam A.S. (Hj. Abdul Al Hadhi :26-28)
Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam A.S). Ketika Qabil yang telah
membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras
pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam A.S.
lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW,
sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-
tengah padang pasir. (Hj. Abdul Al Hadhi : 26-28)