P. 1
IMPLIKASI ASPEK PERKEMBANGAN

IMPLIKASI ASPEK PERKEMBANGAN

|Views: 271|Likes:

More info:

Published by: رانيا افرينا on Jul 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/05/2013

pdf

text

original

IMPLIKASI ASPEK PERKEMBANGAN TERHADAP P&P GURU DALAM BILIK DARJAH

Mengikut Kalat (1999), ahli psikologi bukanlah terdiri daripada mereka yang membuat kajian tentang bagaimana menguasai pemikiran orang lain atau menipu orang lain. Tetapi bidang psikologi adalah ilmu yang memahami diri mereka sendiri, membantu individu memperbaiki diri sendiri supaya dapat mencapai matlamat atau cita-cita mereka dalam norma-norma kehidupan seharian. Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak membawa banyak faedah kepada guru. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) a kan mencapai objektif matlamatnya seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara faedah utama yang dapat membantu dan membentuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya. Guru juga perlulah menyediakan objektif yang sesuai arasnya mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan hendaklah yang bermakna dan menyeronokkan. Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Aktiviti senaman yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan individu murid. Contohnya seperti berlari, melompat, menendang dan sebagainya. Dalam pada itu, menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran agar mudah difahami oleh murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap masing-masing. Sama ada tahap rendah, sederhana ataupun baik. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar diri setiap murid bersedia dengan ilmu di dada dalam melangkah dan menghadapi masa akan datang. Penyediaan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga hendaklah menarik minat perhatian murid. Murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Rakan sebaya banyak menyokong dalam aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti berkumpulan. Murid-murid akan berkongsi aktiviti sesama mereka dan melakukannya dengan rela hati dan bergembira. Sebagai contoh bermain bola sepak, bola jaring, tarian dan sebagainya. Seterusnya menyediakan pelajaran yang bermula daripada yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada yang umum kepada khusus dan sebagainya. Sesuatu proses pelajaran adalah berperingkat-peringkat mengikut setiap bab atau silibus subjek yang akan diajar. Ini dapat membantu kepada kefahaman murid, penghayatan murid, penghafalan murid dan berikutnya pengamalan murid dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh subjek agama, sains, pendidikan moral, pendidikan jasmani dan sebagainya.

Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna terutamanya kepada diri murid juga dalam kehidupan mereka. Peranan guru memberi input yang berguna dan membantu perkembangan murid. Sebagai contoh cara-cara menggosok gigi. Hendaklah menggunakan berus gigi yang masih elok untuk digunakan. Menggunakan ubat gigi yang bagus kandungannya. Dan menggosok gigi dengan cara yang betul dan teratur. Tidak terlalu ganas dan menyakitkan. Hal ini membantu kepada kebersihan mulut, keyakinan diri, mengelak penyakit mulut, gusi atau gigi, dan berdikari. Justeru itu, melakukan penyerapan dan penggabungjalinan yang sejajar dengan pelbagai aspek perkembangan murid. Ini dapat mengetahui di mana tahap pencapaian seseorang murid ataupun maklum balas daripada mereka sama ada apa yang disampaikan atau diajar diterima dengan baik ataupun tidak. Dalam masa yang sama, meningkatkan ingatan murid kerana pembelajaran adalah efektif dengan aras perkembangan mental mereka. Guru akan memberi nasihat dan peringatan melalui penekanan dalam menyedarkan diri murid betapa pentingnya pelajaran kepada diri dan kehidupan mereka. Guru perlulah meluangkan masa dengan cara mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, rumusan dan sebagainya. Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Peranan ibu bapa di rumah juga diharapkan dan digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran. Ini kerana ibu bapa adalah orang yang paling hampir dan memahami keperluan mereka. Guru sebagai tunggak utama membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) muridmurid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka.

Model Pengajaran
Khas untuk yang Tertentu =) Atas dasar keprihatinan utk tugasan yg telah diberikan oleh Pn.Chin kepada kelas aku, aku telah amik inisiatif utk menyediakan beberapa nota untuk sedikit kefahaman bersama dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kuharap kalian dapat membantu, menegur dan memberi tunjuk ajar kerana diriku di ambang keawang-awangan melata di langit dan bumi mencari erti sebenar kehidupan utk terus berjaya dan mencapai misi menjadi guru cemerlang dan insan yg berjaya bahagia dunia akhirat (kata2 aluan dulu beb...)

Selamat Membaca -Model Ekspositori -Model Pemerosesan Maklumat -Model inkuiri -Model Projek 1) Model Ekspositori Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas.Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja. Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961). 2) Model Inkuiri Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk

soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali membuat rumusan. Contoh: a) Model Inkuiri Sains (Model Dewey) -digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains. -berlandaskan kepada 5 langkah: MENGENAL PASTI MASALAH > MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN > MEMBUAT HIPOTESIS > MENGUJI HIPOTESIS > MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN b) Model Inkuiri Sosial -Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. -Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik. -Merangkumi 6 langkah: PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU > PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID > MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS > PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS > MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS > MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

c) Model Inkuiri Jurispudential -Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada aktiviti perdebatan. Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera. Terbahagi kepada 3: i) Inkuiri Terbimbing*Melalui bimbingan guru*Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah. ii) Inkuiri Terbuka *Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri. *Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi. iii)Inkuiri Suchman *Berlandaskan andaian bahawa strategi strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran sains. 3) Model Projek -Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). -Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan

aktiviti pembelajaran yang dirancang. -Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan. 4) Model Pemperosesan Maklumat Contoh Model: a)Teori Pemerosesan Maklumat R.M Gagne. -Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi. -Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf. -Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne. Fasa motivasi Jangkaan Fasa kefahaman Pemerhatian Simpanan Persepsi Fasa Perolehan Pengekodan Simpanan Awal Fasa Penahanan Penyimpanan Stor Ingatan Fasa Ingatan Kembali Mengingat Kembali Mencari Fasa Generalisasi Pindahan Fasa Prestasi Gerak balas Fasa Maklum balas Peneguhan

Lapan jenis Pembelajaran Untuk Memperolehi Maklumat Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks: 1) Pembelajaran Melalui isyarat -Berbentuk primitif. Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran. 2) Pembelajaran stimuli-tindak balas -Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu. Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya. 3)Pembelajaran Melalui Rantaian -Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli tindak balas selepasnya. Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan -perkataan . 4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal -Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa. Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya. 5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan. -Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan.

Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela. 6)Pembelajaran konsep -Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan cirri-ciri yang sama. Contohnya:Beg,buah-buahan,buku. 7)Pembelajaran prinsip. -Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari. Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah. 8)Pembelajaran penyelesaian masalah -Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik. Model Taba Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai. Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu: 1) Peringkat penyusunan data Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya. 2) Peringkat membentuk konsep Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu. 3) Peringkat membentuk hokum Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategorikategori yang dibentuk dalam peringkat 2. 4) Peringkat aplikasi -Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru. KONSEP PEMBELAJARAN Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan. Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan sikap yang positif. Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese pembelajaran. Ciri-ciri pembelajaran

-Ia adalah proses yang berterusan. -Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari. -Ia melalui proses yang spesifik seperti rajah dibawah: Proses pembelajaran -Rangsangan dan persekitaran (guru, buku, ibu bapa, rakan, filem) -rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria. (rangsangan positif dan bermakna) -rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima. (pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian) -pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan. (diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula) -mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan sepadan. (pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama). -Perubahan tingkah laku. (pembelajaran sebenar)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->