P. 1
Kertas Kerja Lawatan Pengantarabangsaan Penang Free School, Ranong Dan Surabaya

Kertas Kerja Lawatan Pengantarabangsaan Penang Free School, Ranong Dan Surabaya

|Views: 3,162|Likes:
Published by Saleha Salleh

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Saleha Salleh on Jul 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/05/2015

pdf

text

original

KERTAS CADANGAN

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN SERANTAU antara PENANG FREE SCHOOL, SMP NEGERI 6 SURABAYA dan PHICHAI RATTANAKHAN SCHOOL

13 - 17 Jun 2010 Ranong / Phuket Thailand

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN SERANTAU antara PENANG FREE SCHOOL, SMP NEGERI 6 SURABAYA dan PHICHAI RATTANAKHAN SCHOOL RANONG ***********************************************************************

1.0

PENGENALAN

Salah satu daripada sembilan cabaran dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara kita. Sasaran utama PIPP dalam bidang ini adalah untuk mewujudkan pendidikan berkualiti seterusnya mencapai tahap sistem pendidikan bertaraf dunia. Program penanda aras adalah salah satu kaedah yang boleh membantu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Penanda aras merupakan satu proses berterusan atau istiqamah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai serta melaksanakan amalan terbaik sesebuah organisasi. Atas kesedaran itu, Penang Free School telah selangkah ke hadapan dalam merealisasikan matlamat dan sasaran PIPP dengan mengadakan hubungan dua hala dengan institusi pendidikan di dua negara ASEAN. Program Pengantarabangsaan bersama Phichai Rattanakhan School, Ranong, Thailand telah dilaksanakan sejak tahun 2007. Program ini telah berjaya menyatukan dua buah sekolah dalam usaha untuk berkongsi idea, kaedah pedagogi dan budaya. Pada tahun 2009, Penang Free School telah melebarkan jaluran globalisasinya dengan mewujudkan hubungan yang sama dengan SMP Negeri 9, Surabaya, Indonesia. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya di mana perjanjian persefahaman telah dimerterai. Menyedari pentingnya hubungan yang berkekalan antara kedua-dua institusi pendidikan ini, sekali lagi pihak Penang Free School telah mencetuskan idea untuk merealisasikan hubungan tiga hala iaitu antara Penang Free School, SMP Negeri 6 dan Phichai Rattanakhan School dengan Penang Free School sebagai orang tengah menghubungkan kedua-dua sekolah ini. Lawatan penanda aras yang akan dilaksanakan pada 13 - 17 Jun 2010 ini diharapkan menjadi titik permulaan dalam usaha mewujudkan hubungan serantau sekaligus mencapai misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

2.0

MISI

Lawatan penanda aras ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan tiga hala dan memberikan inspirasi dan idea kepada ketiga-tiga sekolah yang terlibat untuk mengimplikasikan kaedah-kaedah pengurusan dan pentadbiran, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan suasana pembelajaran yang kondusif yang bersesuaian dengan iklim dan budaya sekolah masing-masing melalui perkongsian idea dan pengalaman.

3.0

OBJEKTIF
Antara objektif lawatan penanda aras ini adalah antara lain untuk :

i. ii.
iii.

menghubungkan kedua-dua sekolah SMP Negeri 6, Surabaya dan Phichai Ratanakhan School Ranong dengan Penang Free School sebagai pengantara. memperkukuh hubungan antarabangsa bagi Penang Free School. memperkenalkan warisan budaya negara masing-masing seterusnya mempelajari budaya negara lain. memberi informasi dan pengetahuan kepada sekolah-sekolah berkenaan dalam aspek pengurusan, pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian pengalaman dan idea. memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari sekolah masing-masing untuk menimba pengetahuan dan pengalaman serta memahami dan menghormati budaya negara jiran serantau melalui lawatan susulan dan pertukaran pelajar.

iv.

v.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Lawatan Penanda Aras Dan Perkongsian Serantau pada 13 - 17 Jun 2010 ini akan disertai oleh :
i.

Tuan Hj Ibrahim bin Mohamad (PJK) Tuan Pengarah Pelajaran Negeri , Pulau Pinang Tn Hj Ramli bin Din Pengetua Penang Free School Pengetua-pengetua Sekolah-sekolah Pulau Pinang Wakil pegawai dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

ii.

iii.

iv.

v. vi.

Wakil delegasi dari SMP Negeri 6, Surabaya, Indonesia Guru-guru Penang Free School

5.0

JANGKAMASA

Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Serantau ini akan dijalankan selama 5 hari mulai 13 Jun 2010 hingga 17 Jun 2010.

6.0

JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Tn Hj Ibrahim bin Mohamad PJK Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Pengerusi : Tn Hj Ramli bin Din Pengetua Penang Free School Penyelaras / Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : : : Cik Teh Bee Kim Cik Teh Bee Kim Pn Molisa bt Mokhtar Cik Thoh Hui Chin En Ong Beng Soon En Goh Teng Keang

7.0

KEWANGAN / ANGGARAN KOS
Anggaran kos bagi lawatan ini adalah seperti berikut : Tambang Perjalanan Makanan dan Penginapan : : RM150.00 seorang Bayaran makanan dan penginapan ditanggung sendiri oleh peserta berdasarkan bilangan peserta sebilik.

8.0

TENTATIF LAWATAN
Tarikh / Hari 13 Jun 2010 Ahad Masa 7.00 pagi 8.00 malam 8.00 pagi 14 Jun 2010 Isnin 10.00 pagi 3.00 petang 9.00 malam 9.00 pagi 15 Jun 2010 Selasa 12.00 tengahari 5.00 petang 16 Jun 2010 Rabu 17 Jun 2010 Khamis 8.00 pagi 8.00 malam 9.00 pagi Aktiviti Peserta lawatan berkumpul di Penang Free School. Bertolak ke Ranong. Dijangka tiba di Ranong. Melawat Phichai Rattanakhan School. Melawat tempat-tempat menarik di Ranong. Bertolak ke Phuket. Dijangka tiba di Phuket Melawat sebuah sekolah di Phuket. Bertolak ke Krabi Dijangka sampai di Krabi Melawat tempat-tempat menarik di Krabi Bermalam di Krabi Bertolak balik ke Pulau Pinang

9.0

PENUTUP

Lawatan ini diharapkan menjadi satu titik permulaan kepada hubungan tiga hala di antara Penang Free School Pulau Pinang, Phichai Rattanakhan School Ranong dan SMP Negeri 6 Surabaya. Dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan dilaksanakan bersama nanti, diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan. Pihak Penang Free School sangat mengharapkan lawatan ini mencapai matlamatnya supaya lawatan susulan yang melibatkan pelajar-pelajar daripada ketiga-tiga buah negara dapat dilaksanakan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->