P. 1
Sejauh Manakah Penerokaan Angkasa Lepas Membawa Kepentingan Kepada Manusia

Sejauh Manakah Penerokaan Angkasa Lepas Membawa Kepentingan Kepada Manusia

|Views: 5,371|Likes:
Published by Junly Jiang
Pengajian Am 2(B): Contoh karangan laras sains.
Pengajian Am 2(B): Contoh karangan laras sains.

More info:

Published by: Junly Jiang on Jul 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/15/2013

pdf

text

original

Soalan: Penerokaan angkasa lepas telah meningkatkan pengetahuan manusia mengenai ruang angkasa.

Galakan kerajaan dan masyarakat menyebabkan lebih ramai angkasawan dihantar ke luar angkasa untuk membuat kajian. Sejauh manakah anda bersetuju penerokaan angkasa lepas membawa kepentingan kepada manusia?

Jawapan cadangan:

Kemampuan manusia menjalankan kegiatan peneroka an angkasa lepas memperlihatkan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh manusia. Walau bagaimanapun penerokaan angkasa lepas dikatakan membawa kepentingan kepada manusia, tetapi ia turut menyumbangkan kesan sampingan. Penerokaan angkasa lepas penting untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Para angkasawan dapat menjalank an penyelidikan di luar angkasa lepas dengan lebih berkesan berbanding dengan penyelidikan di muka bumi. Hal ini demikian, kerana penggunaan alat -alat penyelidikan di luar angkasa lepas berlipat ganda canggih berbanding dengan alat -alat penyelidikan di bumi. Hal ini telah melancarkan penyelidikan terhadap teknologi, fizik, biologi, perubatan dan sebagainya. Oleh itu, peneroka an angkasa lepas membantu manusia mencapai kemajuan dalam penyelidikan. Selain itu, penerokaan angkasa lepas penting untuk pembangunan teknologi satelit. Malaysia telah menghantar MESAT ke luar angkasa untuk pembangunan teknologi. Hal ini membolehkan manusia berkomunikasi dengan mudah walaupun berada di negara yang berasingan. Tambahan lagi, pembangunan teknologi satelit turut membantu para saintis meramal cuaca bumi. Pembangunan teknologi satelit turut penting kerana dapat memperkukuhkan negara daripada diserang. Teknologi satelit telah membantu ketenteraan dalam sesebuah negara untuk melancarkan serangan. Tambahan lagi, penerokaan angkasa lepas penting kerana dapat menambahkan pengetahuan manusia. Dengan menghantar angkasawan ke luar angkasa, mereka dapat diterapkan dengan pelbagai fenomena dalam ruang angkasa lepas. Mereka juga dapat merasai k eadaan ruang angkasa lepas

berbanding dengan keadaan di muka bumi. Selepas penerokaan di luar angkasa lepas, para angkasawan boleh berkongsi dengan manusia di muka bumi dengan mendedahkan pelbagai pengalaman melalui gambar, video mahupun lisan. Jelasnya, penerokaan luar angkasa lepas membantu manusia menambahkan ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, penerokaan angkasa lepas turut membawa kesan negatif kepada angkasawan. Kesihatan angkasawan akan terjejas apabila berada di ruang angkasa lepas. Hal ini dem ikian, kerana tekanan di ruang angkasa lepas adalah tinggi berbanding dengan tekanan di muka bumi. Hal ini secara langsung mengurangkan kesuburan angkasawan malahan kehilangan zuriat. Jelasnya, penerokaan angkasa lepas akan membawa risiko kesihatan kepada para angkasawan. Kesimpulannya, penerokaan angkasa lepas sememangnya membawa kepentingan kepada manusia. Namun demikian, ia turut membawa kesan negatif kepada manusia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->