P. 1
Punca Dan Kesan Pemanasan Global Kepada Manusia

Punca Dan Kesan Pemanasan Global Kepada Manusia

|Views: 23,976|Likes:
Published by Junly Jiang
Pengajian Am 2(B): Contoh karangan laras sains.
Pengajian Am 2(B): Contoh karangan laras sains.

More info:

Published by: Junly Jiang on Jul 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/19/2013

pdf

text

original

Soalan: Berdasarkan kajian penal mengenai perubahan cuaca antara kerajaan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IPCC), purata

suhu global akan meningkat 1.5 C hingga 4.0 C dalam abad ini. Pemanasan global ini membawa malapetaka kepada manusia. Bincangkan punca dan kesan pemanasan global kepada manusia.

Jawapan cadangan:

Pemanasan global merujuk kepada keadaan suhu bumi meningkat secara berterusan. Menurut kajian yang dibuat, purata suhu bumi akan meningkat 1.5 C hingga 4.0 C dalam abad i ni. Pemanasan global berpunca daripada penerokaan kawasan hutan yang berleluasa. Banyak pokok akan ditebang untuk menjalankan penerokaan sumber galian seperti bijih timah, emas dan sebagainya. Maka, fungsi pokok sebagai penstabil ekosistem terjejas. Hal ini mengurangkan penghasilan gas oksigen daripada pokok dan sebaliknya menambahkan gas karbon dioksida dalam udara. Fenomena ini turut memperlihatkan proses fotosintesis tumbuhan terjejas. Kesannya, gas karbon dioksida yang semakin banyak akan mendorong pemanasan global. Selain itu, pemanasan global turut berpunca daripada kegiatan pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka banyak dilakukan oleh golongan petani yang tidak bertanggungjawab. Mereka membakar sisa - sisa pertanian sebagai langkah untuk pelupusa n bahan buangan. Sebagai kesannya, pembakaran terbuka ini mendorong penghasilan gas karbon dioksida yan g mampu meningkatkan suhu bumi. Selain itu, penggunaan kenderaan yang melibatkan pembakaran fosil turut meyumbangkan kepada pemanasan global. Jelasnya, segala kejadian yang melibatkan pembakaran akan mendorong pemanasan global. Pemanasan global akan mengakibatkan kesan seperti kenaikan aras laut. Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan menyebabkan pencairan glasier. Ekoran daripada itu, banjir kian berlaku dan menjejaskan kehidupan manusia. Malahan, banjir yang berlaku bole h menyebarkan pelbagai penyakit kepada manusia seperti penyakit kulit, cirit -birit dan seumpamanya. Malahan,

banjir yang berlaku kemungkinan besar dapat meragut nyawa manusia. Oleh itu, pemanasan global menyebabkan pencairan gla sier berikutan dengan kenaikan aras laut yang boleh mengakibatkan banjir melanda manusia. Selain itu, pemanasan global turut menjejaskan kesihatan manusia. Keadaan suhu bumi yang semakin meningkat akan mengakibatkan ketidakselesaan manusia. Malahan, fenomena ini tur ut mengakibatkan pelbagai penyaki t seperti kerosakan kanta mata, kanser kulit, malahan berla ku mutasi dalam sistem kromosom manusia. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila manusia menghadapi Sindrom Down dan Sindrom Turner akibat daripada mutasi kromosom. Tegasnya, pemanasan global akan menjejaskan kesihatan manusia. Kesimpulannya, pemanasan global yang berlaku akan memberi kesan negatif kepada manusia. Maka, usaha untuk membendung masalah pemanasan global wajar dilaksanakan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->