You are on page 1of 20

Bendera 

Negeri Perlis

                                             

Warna kuning maksudnya


D.Y.M.M. Raja. Warna biru
maksudnya rakyat. Bendera itu
maknanya kerjasama yang
erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.

  
 
Lambang Negeri Perlis

 
 
 

   

   Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri
iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil
padinya.

Bendera  Negeri Pulau Pinang


 
                                             
    Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau
itu. Warna putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai.
Warna kuning tanda kemakmuran. Pohon pinang ialah pohon dari mana
pulau itu mendapat namanya.
                                                                    

Lambang Negeri  Pulau Pinang


 
 

 
 
 

   

Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua
(2) tiang dan empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang
ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat (4)
kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan di negeri ini iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5)
tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara
dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang.

Bendera  Negeri Sabah


                                    

 Bendera Negeri Sabah


berbentuk empat persegi bujur
pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini luasnya separuh bendera
dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar
belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah
petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur
warna melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki
bendera. Jalur paling atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna
putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih


melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan
perpaduan dan kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan
kekuatan dan semangat kerjasama.

Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri
ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Lambang Negeri  Sabah


 
 

  
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua
lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di
atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru
salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang
berbentuk sebuah perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna
Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian
bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang
berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol
berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju
Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan


dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah
kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran
Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan
ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah
cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan
perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan
dan semangat kerjasama.

Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

Bendera  Negeri Sarawak


 
                                               

Warna merah
melambangkan keberanian,
kesungguhan dan pengorbanan
rakyat dalam daya usaha mereka
yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan
ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri
contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan
(Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak


mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan


sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.

Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat
perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

 
 

Lambang Negeri Sarawak


 
 

 
 
 

  

  Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang


tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha,
berpandukan ideologi "politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh
membezakan keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.
Bendera  Negeri Selangor
 
                      
                              

Empat bahagian
yangberwarna kuning dan merah
itu maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk
memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai
Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam
ditunjukkan dengan warna putih.

  

Lambang Negeri Selangor


 
 

 
 
 

   

Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah
di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek
dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran
Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang
oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

 
Bendera  Negeri Terengganu
 
                                   
 
    Latar belakang
berwarna putih maksudnya
D.Y.M.M. Sultan. Ia
melingkungi tanah hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna
Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat baginda.
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
 
 
 
 Lambang Negeri  Terengganu
 
 

 
 
 

   

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan


pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan
Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah Quran
melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula
melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat
Kebesaran.

Bendera Malaysia
 
 

 
 

   Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih


(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan
berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama
dalam persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang,
Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak,
Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah
hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat
Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama
Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13
buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan
bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

    
 

                                                       
   

                                                          

        

Lambang Kerajaan Malaysia

                         

    Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah


negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan
Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama
Islam - agama rasmi Malaysia. Lima belah keris itu tanda Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pualu
Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri
Melaka. Kedua-dua buah negeri itu adalah sebahagian dari Negeri-negeri
Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah
itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning
warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan
kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ialah Negeri-negeri
Melayu Bersekutu yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu
menandakan negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di
tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau
yang ditunjukkan sebagai penupang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dahulu itu dipakai dalam Lambang Malaysia. Cogan - Besekutu Bertambah
Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah
kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Di Raja Yang Maha
Mulia Raja-Raja.

Bendera Wilayah Persekutuan  Putrajaya

 
 

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua


(2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan
keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang
bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan
Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang
baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

 
 
Bendera Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur
 
                    
                             
    Bendera ini berteraskan
bendera kebangsaan yang
berjalur putih dan merah.
Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning.
Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur
adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.

14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah


negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di
bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang
melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14
melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran.

- Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.

- Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya


dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan
yang dinamik dan berprogresif.
- Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.

- Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan


bandaraya dalam taman bercahaya.

 
 
 

Bendera Wilayah Persekutuan Labuan


 
                                               

Bendera ini mengandungi tiga


jalur melintang yang sama
lebar berwarna merah,
putih dan biru dengan bulan bintang
pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur
merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan
warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi
Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang
bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas
menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam
Persekutuan Malaysia.

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi


Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.

Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam


mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan
berkeperibadian Malaysia.

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu,


aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan
ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi.
Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta
mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun
Negara.

Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang


keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-
tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan
kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian,
kesucian dan perpaduan.

Bendera  Negeri Johor


        
                              
 Anak bulan dan bintang yang
berwarna putih itu
menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang
berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.
 
                                                               
Lambang Negeri  Johor
 
 

 
 
 

   

Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu
menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru,
Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah
pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu
mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu
merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di sebelah
bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama
yang asal bagi negeri ini.

"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

Bendera  Negeri Kedah

 
 
                                         
    Merah ialah warna
kebangsaan negeri Kedah yang
turun temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.
Anak bulan tanda negeri beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja
(Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk
dalam negeri ini daripada kezaliman.
 
 
Lambang  Negeri Kedah

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda
Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.
Bendera  Negeri Kelantan Darul Naim

 
 
 

     Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk,


rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja
negeri ini.
 

Lambang Negeri  Kelantan Darul Naim

 
 
 
 

  

    Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris
maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang
adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah
sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang
mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan
Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun
yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah
cogankata negeri ini.

Bendera  Negeri Melaka

                         
 
 

 
 
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah
tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

Lambang Negeri  Melaka

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri
dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan
termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan dan bintang pecah
lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri. Pokok Melaka ialah pohon
dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor pelandok yang
memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah
yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan
untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.

Bendera  Negeri Sembilan

 
 
    
                         
   

Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang
berwarna merah bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang
berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang
menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

Lambang  Negeri Sembilan


 
 
 
 
 

Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri
dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai
menunjukkan hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British.
Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya
Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga
menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan
sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara
pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan
Besar.

Bendera  Negeri Pahang


                                               
     Bendera negeri Pahang
Darul Makmur mengandungi dua
warna iaitu putih di atas dan hitam
di bawah. Kedua-duanya
sama lebar.

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada


suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang
bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini
membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai
kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang,
adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada
pada Raja sebagai negeri beraja dan berdaulat.

 
Lambang Negeri  Pahang
 
 
 

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat


daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas
itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil
masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh
menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah
daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat
dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu
perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah
lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif"
juga dijadikan azimat yang berguna.
Bendera  Negeri Perak

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih
melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat
Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.Warna hitam melambangkan
kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

  Lambang Negeri Perak


 

   

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli


Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini
dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi.Jata
melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan Sabit menandakan
Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber
perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

You might also like