You are on page 1of 19

1.

0 TEKNIK IMPROVISASI

1.1 Pengenalan Improvisasi

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal


(perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan
awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada
sahaja.

Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,
khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak
diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang
diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri
serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang
disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-
kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan


dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini
memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada
melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid mempunyai
imaginasi dan kreativiti yang tinggi.

Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak


balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh
dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan


unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan
linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam
sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong
dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan
matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat

1
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan
keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping
dapat menyuburkan sahsiah murid.

1.2 PENDEKATAN IMPROVISASI

1.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan

Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid


melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan
terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun
semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat
mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh
guru secara spontan.

1.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna

Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang


sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan
meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan
idea.

1.2.3 Menyediakan saranan

Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan


untuk menjana idea murid dalam improvisasi.

1.2.4 Tidak perlu penonton

Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal.


Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang
belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi

2
atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa
yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen atau
teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di
dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.

1.2.5 Aktiviti berkumpulan

Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan


dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan
social murid lebih luas.

1.2.6 Bijak melayani permintaan

Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid


tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

1.3 PERANAN IMPROVISASI

1.3.1 Meningkatkan daya imaginasi

Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat


mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum.
Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan
lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang
otak mereka untuk lebih berfikir

3
1.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa

Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan


berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan
perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti
dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut
murid berdialog secara spontan.

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih


dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya
menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna
mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan
dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini,
walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat
membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

1.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.

Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan


pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan
watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat
terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam
suasana yang ceria dan terkawal.

Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar


kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi
peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan
pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah
dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan
sebagainya.

1.3.4 Pembelajaran kolaboratif

4
Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran
murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu
dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid
membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu
sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi
murid kolaboratif.

1.3.5 Pengurusan masa

Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti


improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan
aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi
berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam jangkamasa yang telah
ditetapkan guru.

1.3.6 Meningkatkan keyakinan diri

Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini


secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa
melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan
motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan
sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.

1.4 AKTIVITI IMPROVISASI

1.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi

Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau


kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan
walaupun situasi yang sama.

5
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua
mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama
mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah
anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di
kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat
permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?

1.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar

Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan


meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan
berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.

1.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita

Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di
mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat
menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan
penghayatan isi kandungannya.

1.4.4 Improvisasi berdasarkan objek


Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar       
bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah
seperti anak patung, surat khabar dan kostum.

1.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak


Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau
tokoh seperti Hang Tuah.

6
1.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda,
lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.

1.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI

Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi


untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti
yang berikut:

1.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )

Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1.


Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang
tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau
oleh guru.

Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan


tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan
berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan
perwatakan tertentu.

3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan


tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang
diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.

7
Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan
tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta
melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.
Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan
untuk membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan
perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta
prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.

1.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )

Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan


dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh
menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang
difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon
sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang
sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ),
berpasangan atau berkumpulan.

1.5.4 Main Peranan ( Role Play )

Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang


yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu
dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan
memberikan respons terhadap sesuatu situasi.

Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk


melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa
soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan,
sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai
kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan. Disamping itu murid
perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak, melukis potret, dan
membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.

8
Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang
persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas,
drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.

1.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini


menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi
tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan
sesuatu persembahan.

Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan


selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan
tersebut.

1.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )

Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar


diketahui untuk meneroka isu-isu baru.

Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk


bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan
pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak
mengadakan ekspedisi.

1.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI

Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan


idea;

1.6.1 Diubah

9
Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang,
andai jika Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya
akan hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah
serita Batu Belah Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar ibunya
hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam
gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?

1.6.2 Dikecilkan

Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup


dalam habitat serangga seperti karya “ Honey! I Shrunk The Kids” dan “Rama-
Rama” karya Syed Ali Syed Hassan.

1.6.3 Dibesarkan

Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia


zaman dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi
ancaman dynasour tersebut?

1.6.4 Digantikan

Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti


menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang
difikirkan lebih cerdik.

1.6.5 Disusun semula

Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era


sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.

1.6.6 Diterbalikkan

Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:

i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?


ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?
iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?

10
1.6.7 Digabungkan

Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi


sebuah cerita baru.

2.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

2.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 1Julai 2010

Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari ( 60 minit )

Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)

Tema : Cerita Teladan

Tajuk : Monyet Yang Pintar

Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang


didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi


dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton


atau dibaca

HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa,


ayatserta sebutan dan intonasi yang baik, jelas
dan teratur.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara
umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.

HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi


dan penghayatan yang sesuai.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.

12
Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan


gaya, sebutan dan intonasi yang sesuai.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang
diberikan.

Pengisian Kurikulum :

Sistem Bahasa :

i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,


ayat penyata
ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa
iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik

Kemahiran Bernilai Tambah

i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan


Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,
ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran Konstruktivisme

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid

Kemahiran generik : Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P

i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis


ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama
iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan

13
intonasi yang betul
iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa
berserta maksud yang terdapat dalam petikan.
v) Penilaian : Mengisi borang grafik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

i) Bahan Multimedia :LCD, CD


ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang

Pengetahuan Perlu Ada :

i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.


ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

14
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Catatan
dan Masa Pembelajaran
Set Induksi 1. Kotak Ajaib  Guru membacakan
(5 minit) 2. Teka-teki; teka-teki kepada
rasanya manis sedap sekali, murid. Kemahiran
berkulit kuning banyak  Bersoal jawab dengan belajar(mentafsir
khasiat, murid. Jawapan ada maklumat)
tumbuh subur di tepi kali, dalam kotak ajaib
dibuat kuih dibuat lepat. tersebut.
 Guru memberikan
jawapan dan
menunjukkan buah
pisang seterusnya
mengaitkan dengan isi
pelajaran pada hari ini.
Langkah 1 Petikan cerita;  Murid diberikan SP:Koperatif
(8 minit) Monyet Yang Pintar petikan.
(Lampiran A)  Murid membaca
petikan dengan gaya
dan intonasi yang
betul.
 Guru meminta
beberapa orang murid PP(Berpusatkan
membaca petikan murid)
dengan kuat.
 Murid lain mendengar
dan member komen
mengenai intonasi dan
nada.

Langkah 2 Pengembangan idea  Murid –murid PP(Berpusatkan


(10 minit) Improvisasi; dibahagikan dalam murid)
1. Improvisasi Verbal kumpulan 5 orang.

15
( Verbal  Murid dikehendaki
Improvisation ) berbincang dan SP:Koperatif dan
 Sambung dialog menetapkan setiap Kolaboratif
seorang satu watak
2. Improvisasi Main binatang tersebut. KBT
Peranan ( Role Play )  Murid dibenarkan
-Verbal linguistik
 Watak binatang mereka sendiri dialog
dalam petikan dengan meramalkan
cerita atau
menambahkan watak SP:Kontek luar

dalam cerita tersebut.


 Guru memberi
bimbingan mengenai Nilai: kerjasama

struktur ayat (dialog)


yang dicipta murid.

Langkah 3 Persembahan improvisasi  Setiap ahli dalam KB


(25 minit) kumpulan dikehendaki (mempersembah-
membuat kan maklumat)
persembahan dengan
setiap seorang
mewakili watak
binatang.
 Murid dalam kumpulan
lain dikehendaki
memerhati setiap
watak dalam
improvisasi murid tadi.
 Guru memberi komen
dan meminta murid
lain juga memberi
pandangan mereka
mengenai watak dan
perwatakan.

16
Langkah 4 Latihan 1  Guru mengedarkan KB(menyatakan
( 7 minit) Melengkapkan borang grafik borang grafik. sebab dan
(Lampiran B)  Murid diminta mengisi alasan)
 Menulis watak dan borang grafik tersebut
perwatakan berdasarkan watak
 Pengayaan dan perwatakan yang
- mengecam dan terdapat dalam teks
menulis simpulan dan juga dari
bahasa improvisasi kumpulan.
 Guru berbincang
dengan murid jawapan
yang tepat.
Penutup Lagu ‘pisang goreng’  Murid menyanyikan KG;TMK
( 5 minit ) (Lampiran C) lagu pisang goring
 Guru merumuskan
pengajaran dan
pembelajaran serta
menekankan kepada
aspek nilai yang
terdapat semasa
aktiviti hari ini.

3.0 PENUTUP

Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid
menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai

17
murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta
memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta
kemahiran berkomunikasi.

Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid


untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk
berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan
penguasaan perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh juga
memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan
sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya
berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya
sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih
berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan.

18
19

You might also like