You are on page 1of 12

IRAMA

DAN
PERGERAKAN
Tingkatan 3
Irama dan pergerakan
-Irama merupakan suatu prinsip reka bentuk. Irama akan menunjukan
pergerakan apabila sesuatu elemen berulang.
-Contonnya ulangan anak panah menimbulkan kesan pergerakan. Ia
ditimbulkan melalui ulangan rupa anak panah yang berulang menurun ke arah
bawah mewujudkan irama visual yang berlenggok (irama aliran)

-Pergerakan ialah elemen dalam prinsip rekaan yang merupakan nadi dalam
karya seni visual
-Pergerakan dalam karya seni berupaya mencorak dan mewarnai perasaan
melalui irama-irama tertentu.
Jenis-jenis irama
-Irama visual yang berlainan wujud dengan susunan motif dan ruang yang
berlainan.
-Terdapat pelbagai cara untuk menyatukan motif dan ruang. Setiap cara
memberi ciri yang berlainan kepada irama.
+ Irama rawak
-Motif yang diulang tanpa susunan seperti ruang yang tidak sama
menimbulkan irama rawak.
-Contohnya,corak pada badan zirafah dan rekahan pada kulit kayu
+ Irama biasa
-Irama biasa mempunyai motif yang serupa dan jarak ruang yang sama.
-Irama biasa mempunyai rentak yang kosisten.
-Contohnya susunan motif dengan bentuk dan ruang yang sama pada setiap
ulangan.
+ Irama berselang-seli
-Irama ini wujud dalam keadaan motif atau kedudukan objek berselang-seli
+Irama aliran
-Irama aliran terhasil daripada pemerhatian kesan garisan yang berulang-ulang
-Ianya terbit dari penghujung objek yang membawa pandangan menyusur di
sepanjang lengkungan yang akan mengubah arah tuu penglihatan.
-Contohnya gunung-ganang dan ombak laut.
Bagaimana menggunakan Irama dan Pergerakan dalam Karya Seni
Visual
-Pergerakan boleh dihasilkan dengan mengolah unsur seni seperti :

+ Olahan unsur garisan


+ Olahan unsur warna

+ Olahan unsur rupa


+ Olahan unsur jalinan
Aplikasi irama dan pergerakan dalam karya seni visual
Aplikasi irama dan pergerakan dalam karya
seni OP

-Seni OP ialah stail lukisan abstrak tahun 1970-an yang menggabungkan reka
bentuk geometri dengan kombinasi warna tertentu untuk menghasilkan ilusi
gerak pada
penglihatan. Pelukis yang pakar dalam bidang ini ialah Victor de Vasarely dan
Bridget
Riley dari England.
Aktiviti

Hasilkan satu lukisan OP yang mempunyai ilusi irama dan


pergerakan.

Alat : Kertas A4, pembaris, pensel, pemadam, dan marker pen

Langkah 1 – sediakan alat dan bahan.


Langkah 2 – buat lakaran rangka sebenar.
Langkah 3 – tentukan pilhan warna dan mulakan mewarna secara
sistematik.

You might also like