You are on page 1of 27

TEORI KAUNSELING UNIT 3

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

PENGENALAN
Bab ini akan memperkenalkan Teori Pemusatan Insan yang dipelopori oleh Carl Rogers.
Kaunseling pemusatan insan adalah satu pendekatan untuk membantu individu atau
kumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan berlaku
sekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur, mesra dan
empati. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunseling
pemusatan insan. Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin
memenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (to self-actualise). Dengan itu, setiap manusia
akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. Anda
akan mendapati teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen,
penerimaan positif tanpa syarat, empati, fenomenologi dan lain-lain, difahami dengan betul.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenali sejarah hidup Carl Rogers dan teori personalitinya;


2. mengenalpasti proses kaunseling mengikut pendekatan teori kaunseling pemusatan
insan;
3. mengenalpasti beberapa strategi untuk membantu klien; dan
4. memahami konsep-konsep penting yang terdapat dalam teori kaunseling pemusatan
insan.

6.1 PENGENALAN UMUM


Sejarah Hidup

Carl Rogers, pelopor kepada Teori Pemusatan Insan, dilahirkan pada 8hb. Januari 1902, di
Oak Park, Illinois, dan meninggal dunia pada 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat
berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi, Rogers mula belajar di University of
Wisconsin dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya
kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Walau
bagaimanapun, Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa
doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.

132 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.1: Carl Rogers (1902-1987)

Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan seterusnya beliau
melanjutkan pelajaran ke Teachers’ College, Columbia University dan mendapat Ph.D pada
tahun 1928. Semasa di Columbia lagi, Rogers sudah cuba mengharmonikan idea-idea yang
bertentangan seperti fahaman wawasan Freudian dengan kaedah statistik saintifik, dan
seterusnya fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati (intuition) dengan
objektif dan klinikal dengan statistik.

Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department
of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York, Profesor
Psikologi Klinikal di Ohio State University (1940-1943), Profesor Psikologi dan Pengarah
Kaunseling di University of Chicago (1945-1957), Profesor Psikologi dan Psikiatri di Univer-
sity of Wisconsin (1957-1963), Pengarah di Western Behavioral Sciences Institute (1963-
1968), dan Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 - 1987).

6.1.1 Teori Personaliti (Pandangan Terhadap Manusia)


Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan
kendiri (self-actualisation), kemantapan dan bersosialisasi.

Rogers tidak begitu bersetuju dengan pandangan ini, terutamanya, agama Kristian yang
menganggap manusia umumnya cenderung membuat dosa. Begitu juga dengan Freud yang
mengatakan manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas dan suka merosakkan diri sendiri
dan orang lain. Menurut Rogers, sememangnya manusia ada berkelakuan demikian, tetapi
pada masa itu, dia berkeadaan neurotik, dan berfungsi tidak sepenuhnya seperti manusia
yang sebenar. Manusia bebas untuk mengalami dan memenuhi keperluan asas manusia
apabila dia berupaya untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Sebenarnya, makhluk manusia
adalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif.

Misalnya, tingkah laku manusia ada persamaan dengan tingkah laku seekor singa. Menurut
Rogers, seekor singa merupakan binatang konstruktif dan boleh dipercayai dalam golongan
makhluk singa. Walaupun singa biasanya digambarkan sebagai binatang buas tetapi makhluk
ini mempunyai kualiti yang baik. Dia membunuh hanya apabila dia lapar, bukan membunuh
dengan sewenang-wenangnya.

OUM 133
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Rajah 6.2: Sekumpulan singa berehat di bawah pokok yang redup di tengah padang rumput

Seekor singa membesar daripada anak yang begitu bergantung kepada kebebasan; dan ia
bertukar daripada menjadi makhluk yang pentingkan diri sendiri kepada makhluk yang
sentiasa bekerjasama dan menjaga kepentingan kumpulan. Jadi, apa yang jelas di sini ialah
pandangan Rogers terhadap manusia adalah begitu positif, sama seperti pandangan
Maslow dan Goldstein yang menekankan bahawa organisme bergerak ke depan untuk
mencapai potensi diri sendiri. Tidak ada penggerak yang distruktif dalam diri manusia,
kesemuanya bergerak ke tahap personaliti yang sihat, self-actualising dan self-real-
ising.

6.2 KONSEP UTAMA


Mari kita meneliti konsep-konsep utama yang dipelopori oleh Carl Rogers.

6.2.1 Fenomenologi
Satu konsep yang dipertahankan oleh Rogers ialah pandangan fenomenologinya. Menurut
Rogers:
“Seseorang individu menpersepsikan dunia ini mengikut pandangan uniknya yang tersendiri,
dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenanya. Seseorang individu bertindak balas
kepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya, dan persekitaran ini mungkin tidak
menyerupai definisi persekitaran seperti yang digunakan oleh ahli pengkaji lain.”

Rajah 6.3: Bagaimana seseorang itu melihat dunia ini dari kacamatanya

134 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Latar fenomena seseorang individu termasuk persepsi sedar dan tidak sedar, sama ada
digambarkan (symbolised) atau pun tidak digambarkan (unsymbolised). Penentu pentingnya
tingkah laku, terutama sekali bagi orang yang sihat, ialah tingkah laku digambarkan (sedar)
dan/atau berkeupayaan digambarkan. Walaupun dunia fenomena merupakan alam
persendirian, ia boleh dipersepsikan di sini (terutamanya bagi kes-kes klinikal) sebagaimana
yang terjelma kepada individu ini, iaitu melihat tingkah lakunya dengan matanya sendiri, dan
bagaimana hipotesis perkara ini memberi makna psikologi kepada dirinya. Semasa kita
menjalani sesi kaunseling, kita akan seolah-olah terlibat sama dengan drama yang dialami
oleh klien dan rnemasuki alam fenomena klien.

Dalam kehidupan seharian, kita berjumpa dengan manusia yang


mempunyai pelbagai personaliti dan prinsip kehidupan. Pernahkah anda
terfikir bagaimana mereka membentuk prinsip kehidupan mereka sendiri,
terutamanya bagaimana mereka melihat dunia sekeliling mereka? Adakah
pengalaman yang dialami oleh seseorang individu mempengaruhi cara
mereka melihat persekitaran dan kehidupan mereka?

6.2.2 Konsep Mengetahui


Terdapat tiga cara mengetahui, iaitu:
• subjektif;
• objektif; dan
• interpersonal.
Pengetahuan subjektif merujuk kepada pengetahuan yang kita dapati dari rujukan
dalaman sendiri.

Pengetahuan objektif melibatkan pengetahuan yang kita ketahui dan telah disahkan
oleh pemerhatian orang lain.

Interpersonal ialah pengetahuan yang didapati dari dunia orang lain melalui sikap
empati.

Di dalam pengetahuan secara fenomena, kita menggunakan kemahiran empatik untuk


memahami latar fenomena seseorang - pengetahuan fenomenologi. Semua jenis
pengetahuan ini perlu digunakan dalam terapi dan kajian.

Dari segi pembentukan teori, Rogers memulakan dengan pemerhatian yang senang dan
kemudian mengembangkannya supaya menjadi sempuna. Permulaan permerhatian Rogers
biasanya bermula di dalam kliniknya, kerana di sini terdapat bahan-bahan fenomena yang
boleh diperhatikan dan kemudiannya dijalinkan untuk menjadi satu gambaran keseluruhan.
Oleh itu, kita dapati bagaimana hipotesis yang dikemukakan oleh Rogers adalah jelas
(explicit), dan di antara satu sama lain juga diterangkan dengan jelas dan teratur.

OUM 135
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

6.2.3 Struktur Personaliti


Terdapat dua konstruk utama yang penting untuk memahami teori personaliti Rogers, iaitu
Organisme dan Kendiri.

(a) Organisme

Jika dilihat dari sudut psikologi, organisme merupakan pusat segala pengalaman.
Pengalaman melibatkan segala yang dialami oleh organisme dalam kesedaran bagi sesuatu
masa. Pengalaman menyeluruh ini merupakan latar fenomena, iaitu rangka rujuk yang hanya
diketahui oleh individu itu sahaja. Bagaimana seseorang bertingkah laku bergantung kepada
latar fenomenanya (realiti subjektif) dan bukan kerana keadaan rangsangan (realiti luaran).

Latar fenomena tidak sama dengan latar kesedaran. Kesedaran perlu melibatkan penjelmaan
(gambaran) sesetengah pengalaman. Latar fenomena kehidupan melibatkan kesedaran
(symbolised) dan tidak sedar (unsymbolised).

Seseorang biasanya akan memastikan pengalaman yang dijelmakan dengan keadaan dunia
sekitaran. Dengan pengesahan terhadap dunia membolehkan dia hidup dengan realistik.
Walau bagaimanapun, ada juga persepsi yang tidak diinginkan atau dicuba dengan tidak
lengkap, dan pengalaman yang tidak diuji ini boleh membuatkan dia bertingkah laku yang
tidak realistik atau merosakkan dirinya sendiri. Jadi persoalannya,”bilakah masanya kita
dapat menentukan yang mana merupakan wakil persepsi yang betul dan yang mana pula
yang tidak realistik?”

Rogers menghuraikan dengan menyatakan:

“Apa yang dialami atau difikirkan oleh seseorang sebenarnya bukanlah realiti bagi seseorang
itu, ia merupakan satu hipotesis sementara terhadap realiti, satu hipotesis yang mungkin
benar atau salah. Seseorang tidak akan membuat satu penilaian kecuali selepas dia membuat
percubaan. Apakah dia percubaan ini? la melibatkan pengesahan tentang kebenaran pusat
segala maklumat yang didapati, dengan hipotesis yang dibentuk oleh organisme berlandas-
kan kepada makluman sebelumnya. Seperti kita menguji garam, dengan merasanya.”

(b) Kendiri

Kendiri merupakan sebahagian dari latar fenomena yang perlahan-lahan menjadi terpisah.
la ialah satu konsepsi keseluruhan persepsi yang tersusun dan konsisten yang
mewakili ciri-ciri “aku” dan persepsi terhadap perhubungan di antara “aku” dengan
orang lain, dan pelbagai lagi aspek kehidupan, bersama dengan nilai-nilai yang
tersemat dengan persepsi ini. Ia merupakan satu keseluruhan yang terdapat di dalam
kesedaran, satu gestalt yang berubah-ubah tetapi spesifik dalam satu jangka masa tertentu.

136 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.4: Seorang model yang bergaya di muka depan majalah

Seseorang individu mempersepsikan sesuatu objek dan pengalaman bertingkah laku yang
nampaknya berkait dengan dirinya sebagai satu objek. Dia memberi makna kepada objek-
objek ini. Keseluruhan/kesemua sistem persepsi dan makna menjadikan latar fenomena
dikenali sebagai Kendiri.

Konsep kendiri yang berkaitan ialah kendiri idaman (ideal self). Kendiri idaman atau ung-
gul merupakan konsep kendiri yang diingini oleh seseorang. la melibatkan persepsi
dan makna yang mempunyai perkaitan dengan kendiri yang dihargai oleh individu, orang
yang signifikan dan masyarakat.
Ada beberapa butiran yang menarik berkenaan dengan konsep kendiri yang dihuraikan oleh
Rogers, iaitu:

• pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi


terhadap persepsi;
• pendiri mengandungi sifat gabungan (configurational), - mewakili satu yang terurus
dan konsisten secara keseluruhan. Walaupun kendiri dikatakan berubah-ubah, dia
mempunyai pola, sepadu dan tersusun. Dia bukan terjadi dari ribuan rangsangan
stabil yang bertindak bebas/berlainan, tetapi merupakan satu pola tetap keseluruhan
yang berubah dengan pertambahan baru tetapi masih mengekalkan kualiti yang
sama;
• kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa-apa. Seseorang individu tidak
mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai
satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri; dan
• gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pula timbul dalam
kesedaran. Jika takrif kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar
mengoperasionaliskan kendiri untuk dibuat kajian.

Dalam ribuan sesi kaunseling yang dijalankan oleh Rogers, begitu banyak kenyataan yang
merujuk kepada kendiri seperti kendiri sebenar dan kendiri idaman. Pengalaman ini
membuatkan Rogers begitu pasti dengan konsep kendiri pengalaman yang dialami manusia
dan matlamat manusia ialah untuk menjadi kendiri-sebenar (real-self).

OUM 137
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

6.2.4 Proses Perkembangan Personaliti


Rogers menumpukan pandangan terhadap personaliti yang menekankan dari
keseluruhan kepada perubahan. Manusia bergerak ke hadapan, dengan itu mempunyai
pola kesempurnaan. Berlainan dengan Freud, yang menganggap personaliti tekal dan sta-
bil, dan tenaga dapat disalurkan. Tidak ada penggerak dalam diri manusia tetapi lebih kepada
kecenderungan terhadap penyempurnaan-kendiri.

“The organism has one basic tendency and striving to actualize, - maintain, and
enhance its experiencing organism.”

Beliau tidak mempercayai manusia mempunyai banyak motif. Konsep penyempurnaan


melibatkan:
• kecenderungan organisme untuk bergerak dari struktur yang senang kepada yang
berbeza-beza;
• bergerak dari kebergantungan kepada kebebasan;
• dari kekekalan dan tegas kepada perubahan dan kebebasan;
• melibatkan organisme terhadap pengenderuan – keperluan atau ketegangan;
• tumpuan mereka lebih kepada keseronokan atau kepuasan yang didapati dari aktiviti
yang meningkatkan pertumbuhan organisme;
• aktiviti yang kreatif dilakukan oleh organisme; dan
• organisme berfungsi untuk mengekalkan konsistensi di antara persepsi-kendiri dengan
kekongruenan dan persepsinya dengan pengalamannya.
“Kebanyakan cara kita bertingkah laku yang sudah disesuaikan oleh organisme adalah
yang konsisten dengan konsep kendiri.”

Organisme tidak bergerak untuk mencari keseronokan atau mengelak dari kesakitan
tetapi semata-mata untuk mengekalkan organisasinya (strukturnya). Oleh itu, individu
hanya benar kepada dirinya sahaja. Seseorang akan bertingkah laku dengan cara yang
konsisten dengan mengekal konsep-kendirinya, walaupun tingkah laku ini tidak memberi
apa-apa ganjaran kepadanya. Misalnya, seseorang yang mengatakan dirinya pemalas, akan
sedaya upaya cuba tidak datang ke kuliah, walaupun dengan berbuat demikian dia ketinggalan
dalam banyak hal!

Ekoran dari kenyataan tersebut, timbul pula satu persoalan iaitu:

“Bilakah masanya seseorang itu mengalami ketidakkonsistenan dalam dirinya.


Bagaimana pula mengekalkan konsistensi dalam keadaan demikian?”

Untuk menjelaskan perkara ini, Rogers menyatakan:

“Seseorang berada dalam keadaan tidak kongruen apabila dia mengalami


percanggahan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan pengalamannya yang
sebenar. Misalnya, jika seseorang beranggapan dirinya seorang yang tidak suka
membenci, tetapi sekarang mengalami kebencian, dia berada dalam keadaan yang
tidak kongruen.»

Ketidakkongruenan merupakan satu keadaan ketegangan dan kecelaruan dalaman.


Apabila ketidakkongruenan berlaku dan individu itu tidak menyedarinya, dia senang diserang
oleh kebimbangan.

138 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.5: Seseorang sedang dilanda kebimbangan


sebab dia akan menghadapi peperiksaan, atau malapetaka

Kebimbangan berlaku kerana ketidakselarasan di antara pengalaman dan persepsi


terhadap kendiri. Dalam banyak keadaan, individu menggambarkan pengalamannya dan
oleh itu timbul dalam kesedaran. Tetapi, individu juga berkeupayaan untuk mengekalkan
pengalaman dengan tidak tergambar (unsymbolised) dan dengan itu tidak sampai kepada
kesedaran.

6.2.5 Proses Subception

Pada fikiran anda, apakah yang dikatakan proses subception?

Individu boleh mengalami sesuatu rangsangan dengan tidak membawa kepada kesedaran.
Misalnya, seseorang individu boleh mempastikan sesuatu pengalaman sebagai mengancam,
berkonflik dengan konsep-kendiri, dan tidak menggambarkan pengalaman itu supaya ia
jadi sedar. Oleh kerana ia bertujuan untuk mengekalkan kongruen di antara kendiri dengan
pengalaman, seseorang individu menidakkan sesuatu pengalaman kepada kesedaran.
Penafian ini menimbulkan kebimbangan, pengalaman yang diketepikan mungkin timbul dalam
kesedaran. Organisme mesti mengekal konsep kendirinya, dan responnya ialah dengan
meningkatkan penggunaan bela-diri, iaitu untuk mempertahankan pengalaman kendiri yang
berkonflik dengan kendiri. Ada dua proses pembelaan diri iaitu, pengherotan (distortion)
dan penafian (denial).

6.2.6 Perkembangan Personaliti


Rogers tidak mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa - secara khusus.
Beliau mempercayai bahawa pembentukan personaliti secara umum bagi semua individu.
Perkembangan kanak-kanak bergantung kepada sokongan ibu bapa/persekitaran. Kajian
terhadap kanak-kanak yang tinggi harga kendiri menunjukkan bahawa mereka datang dari
keluarga yang menerima, menunjukkan minat, memberi layanan dan mesra, dan mempunyai
gaya hidup yang permisif, berserta dengan amalan demokrasi bukan mendera.

OUM 139
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Rajah 6.6: Seorang ibu membelai anaknya

Proses perkembangan berlaku secara sejadi (natural) iaitu organisme berkembang,


membeza-bezakan pengalaman, menjadi lebih bebas, meningkatkan keupayaan
bersosialisasi dan terus mencari kesempurnaan pengalaman kendiri. Kendiri akan terpisah
dari ruang fenomena dan akan menjadi berbeza dan kompleks tetapi dalam masa sama
masih mengekalkan keseluruhan. Perkembangan kendiri akan mengambil kira tentang
keperluan penerimaan orang lain yang akan bersaing dengan pengalaman organisme kendiri.
Proses penapisan berlaku jika keperluan orang lain lebih kuat dari pengalaman kendiri.

Secara asasnya, Rogers menyatakan yang penting ialah kanak-kanak boleh berkembang
secara kongruen dan mencari kesempurnaan. Kanak-kanak yang sihat hidup dalam susana
yang bebas bagi dirinya menerima dirinya, diterima oleh ibu bapanya walaupun ada tingkah
laku yang kurang disenangi untuk diterima mereka.

6.2.7 Kecelaruan Psikologi


Seseorang yang sihat boleh menerima kepelbagaian pengalaman yang membentuk kepada
satu keseluruhan (gestalt). Di sini akan berlaku kongruen di antara pengalaman dan kendiri,
iaitu individu ini akan menjadi terbuka kepada pengalaman dan tidak defensive.

Sebaliknya bagi orang neurotik (mengalami kecelaruan), ciri-ciri berikut boleh diperhatikan:
• struktur kendiri tidak lagi sepadanan dengan pengalaman organisme;
• banyak menafikan pengalaman untuk ditimbulkan dalam kesedaran, secara
diherotkan atau dinafikan; dan
• kesannya ialah orang yang tegar, tegas dan defensif mempertahankan kendiri yang
tidak kongruen.
Individu juga menggunakan mekanisme bela-diri seperti istilah Freud (kewajaran, fantasi
dan lain-lain), tetapi yang terpenting bagi huraian pendekatan pemusatan insan ialah
pengherotan dan penafian.

Rogers berpendapat, untuk memulihkan orang yang berkecelaruan, kaunselor perlu


mempunyai sikap-sikap tertentu dan sudah mencukupi untuk membantu perubahan klien.
Ia diistilahkan sebagai “syarat-syarat yang perlu dan mencukupi” (the necessary and sufficient
conditions). Sikap ini ialah kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan empati.

140 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

(a) Kongruen

Konsep kongruen merujuk kepada kendiri seseorang yang menyamai apa yang
dialaminya. Kendiri dan pengalaman mempunyai persamaan. Kaunselor yang ingin
membantu klien haruslah seseorang yang tidak mengalami pengalaman yang tidak konsis-
ten dan berkonflik.

(b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat

Semua manusia mahukan perhubungan yang bermakna; diterima, disayangi, dihormati dan
dipercayai. Kaunselor, apabila berhubung dengan klien, perlulah menerima klien dengan
hati terbuka, tidak menilai kebaikan dan keburukannya, dan menghargai perhubungan
dengan klien. Penerimaan yang tidak berbelah bahagi ini membolehkan klien berhubung
dengan terbuka dan bercakap dengan bebas.

(c) Empati

Konsep empati merujuk kepada keupayaan kaunselor memahami klien dan membantu
dengan tepat seperti apa yang dialami oleh klien itu sendiri. Kaunselor bagaikan
mengalami apa yang dialami oleh klien, jika tidak secara perasaan mestilah sekurang-
kurangnya secara kognitif. Dengan mempersepsikan dunia dalaman klien dengan tepat
kaunselor akan memahami apa yang dialami oleh klien.

Kadang-kadang, kaunselor juga boleh terbawa-bawa dalam memikirkan


masalah klien. Apakah cara untuk mengelakkan perkara seumpama ini
berlaku?

6.3 PROSES KAUNSELING


Semasa Rogers memperkenalkan terapi ini, beliau mendapat sambutan kerana
pendekatannya berbeza dengan apa yang diamalkan semasa itu, iaitu lebih kepada
psikoanalitik atau tingkah laku. Pendekatan pemusatan insan ini memberi tumpuan
kepada perhubungan yang dibina oleh kaunselor dan kliennya. Bagi pihak kaunselor,
beliau perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menjadikan perhubungan ini bermakna untuk
klien dan berkesan dalam sesi-sesi kaunseling. Manakala bagi pihak klien pula, dia perlu
mengalami keadaan psikologi tertentu sebelum menjalani sesi kaunseling.

6.3.1 Syarat-syarat Terapi

Menurut Rogers (1957), apa yang perlu dalam membentuk perubahan personaliti manusia
yang dialami dalam kaunseling ialah beberapa ciri utama sikap yang boleh menggerakkan
sesi kaunseling. Rogers menyuarakan pendapatnya bahawa perubahan personaliti yang
berlaku di dalam diri individu dalam kaunseling ialah perubahan luaran dan dalaman ke arah
kesepaduan, berkurangan konflik dalaman, lebih banyak tenaga yang digunakan untuk hidup
yang lebih berkesan dan perubahan tingkah laku yang dianggap menjadi lebih matang.
Berdasarkan kepada pengalaman klinikalnya, Rogers telah menyarankan beberapa syarat
yang perlu untuk memulakan perubahan positif ini, dan syarat-syarat ini apabila digunakan
serentak nampaknya sudah mencukupi untuk memulakan perubahan. Pada awalnya, Rogers

OUM 141
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

(1957), mengemukakan syarat-syarat ini sebagai satu siri hipotesis yang perlu diuji dan
sehingga 1985, setelah sekian lama di dalam pengujiannya, Rogers (1985) masih
menganggap syarat- syarat ini masih tekal dan boleh digunakan dan dijadikan satu panduan
untuk memahami hubungan kaunselor dengan klien dalam teori pemusatan insan.

Rogers (1957), menyarankan enam syarat penting untuk berlakunya perubahan personaliti
apabila sesi kaunseling dijalankan. Syarat-syarat yang perlu dan harus kekal berterusan
untuk beberapa ketika dalam kaunseling supaya perubahan personaliti berlaku ialah:

• dua insan berada di dalam perhubungan psikologi;


• insan pertama yang kita akan gelarkan sebagai klien berada di dalam keadaan
tidak kongruen mudah terpengaruh atau bimbang;
• insan kedua yang kita gelarkan sebagai kaunselor adalah kongruen dan sepadu di
dalam perhubungan;
• kaunselor menerima klien dengan tidak bersyarat;
• kaunselor itu mengalami kefaharnan empatik terhadap rangka rujukan dalaman
klien dan berusaha untuk mengkomunikasikannya; dan
• usaha kaunselor untuk mengkomunikasikan kepada klien akan kefaharnan empatik
dan penerimaan yang tidak bersyarat tercapai setidak-tidaknya sedikit.

Jika kesemua enam syarat tersebut terdapat di dalam proses kaunseling dan ia berterusan
untuk beberapa waktu, syarat-syarat lain tidak perlu untuk memulakan perubahan personaliti.
Keenam-enam syarat yang dikemukakan oleh Rogers meliputi tiga konsep utama, iaitu:

• satu corak perhubungan;


• satu keadaan psikologi yang dialami klien;dan
• tiga jenis sikap yang dipegang kaunselor.

Ketiga-tiga konsep utama yang disarankan ini perlu dilihat secara keseluruhan kerana ia
berkaitan di antara satu dengan yang lain.

(a) Satu Perhubungan

Syarat pertama ialah kaunseling itu hendaklah dilakukan sebagai satu perhubungan.
lni bermakna syarat pertama ini berkehendakkan kedua-dua insan ini berhubung, dan kedua
mereka ini mempersepsikan ruang lingkup pengalaman berlainan terhadap satu sama lain.
Rogers menganggap bahawa syarat pertama ini merupakan satu andaian yang perlu untuk
memberi makna kepada syarat-syarat yang lain. Dari satu aspek yang lain, andaian ini
merupakan takrif kepada makna kaunseling seperti yang disarankan oleh pengarang-
pengarang lain seperti Arbuckle (1974), Patterson (1974) dan Corey (1984). Rogers (1957)
mengatakan bahawa kaunseling ialah “satu perhubungan yang amat personal dan subjektif,
di antara individu dengan individu”. Kesemua mereka mentakrifkan kaunseling sebagai satu
perhubungan.

142 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.7: Sesi kaunseling berkumpulan

(b) Keadaan Klien

Klien yang inginkan bantuan dari kaunselor hendaklah berada di dalam keadaan tidak
kongruen, mudah dipengaruhi dan bimbang. Seseorang mengalami keadaan tidak
kongruen apabila pengalaman sebenar organisme tidak seimbang dengan garnbaran
kendirinya. Rogers (1957) memberi contoh bagaimana seorang ibu mengalami kesakitan
setiap kali anak tunggalnya mahu meninggalkan rumah. Keinginan sebenar ialah untuk
anaknya terus tinggal bersamanya kerana ia memberi kepuasan untuk dirinya. Tetapi untuk
mempersepsikan keinginan ini sebagai satu kesedaran, adalah tidak konsisten dengan
pandangannya terhadap dirinya sebagai seorang ibu yang baik. Walau bagaimanapun, menjadi
sakit adalah konsisten dengan konsep kendirinya, dan dengan ini pengalaman tadi (mahukan
anaknya kekal bersama) dijelmakan secara herot sebegini. Apa yang terjadi sekarang ialah
satu keadaan yang tidak kongruen di antara kendiri yang dipersepsikan (ibu sakit yang
mahukan perhatian anak) dan pengalaman sebenar (ibu yang tidak mahu anaknya
meninggalkannya).

Rajah 6.8: Seorang ibu menanyakan arah tujuan anaknya apabila anaknya mahu keluar rumah

OUM 143
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Apabila seorang itu tidak sedar akan pengalaman dirinya yang tidak kongruen, ia akan lebih
terdesak kepada perasaan bimbang dan kecelaruan. Ada pengalaman yang berlaku secara
mendadak yang menyebabkan individu itu tidak boleh membiarkannya. Ada pula keadaan
tidak kongruen yang disedari sedikit-sedikit. Keadaan pertama menyebabkan dia merasa
tercabar manakala yang kedua akan menimbulkan kebimbangan. Kedua-dua keadaan ini
menunjukkan bahawa pengalaman sebenar organisme tidak kongruen dengan konsep kendiri
individu itu, dan keadaan inilah yang didapati apabila proses perhubungan kaunseling akan
bermula.

Pernahkah anda terdengar bagaimana seorang wanita yang baru


melahirkan anak, boleh bertukar menjadi ”gila meroyan”? Apakah faktor-
faktor yang menyebabkan wanita itu bertukar sikap?

6.3.2 Tiga Sikap Kaunselor

Sekarang, mari kita melihat kepada tiga sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor.

(a) Kongruen

Sikap pertama yang perlu ada di dalam perkembangan teraputik ini ialah kongruen, keikhlasan
ataupun kesepaduan. lni bermakna, dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor
sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar
secara sedar, dan bukannya bertopeng sama ada secara sedar ataupun tidak untuk
menggambarkan dirinya. Perlu diingatkan juga bahawa adalah mustahil bagi seseorang
kaunselor bersikap sedemikian di dalam semua aspek kehidupannya. Oleh yang demikian,
ia mencukupi sekadar kaunselor bersikap sebegini semasa dalam proses perhubungannya
dengan klien.

Rajah 6.9: Kaunselor sedang memberi input pada klien-kliennya di dalam satu bilik kecil

144 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

(b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat

Apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima setiap
aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan bahawa
dia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Penerimaan ini menunjukkan
tidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Ianya melibatkan penerimaan semua
pengalaman klien sama ada yang berbentuk negatif seperti “jahat”, sedih, takut, mengalah
dan pengalaman ganjil atau pun yang berbentuk positif seperti “baik”, positif, matang, yakin
dan perasaan bersosial. Kesemua perasaan ini, termasuk juga sama ada diri klien itu
konsisten atau tidak, diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara menguasai
atau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Ini bermakna klien itu diterima sebagai
seorang insan yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan
pengalamannya sepenuh hati.

(c) Empati

Syarat ketiga ialah supaya kaunselor mengalami satu kefahaman yang tepat dan
empatik akan keadaan klien terhadap pengalamannya. Di sini, kaunselor cuba mengalami
dunia klien seperti dunianya sendiri tetapi dengan tidak melupakan perkataan «macamlah»
(as if). Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut atau serba
salah, sebagaimana dia yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami
marah, takut atau serba salah. Apabila kaunselor begitu jelas dengan klien dan dia pula
bebas bergerak di dalam dunianya, kaunselor bolehlah mengkomunikasikan kefahaman
terhadap apa yang sudah jelas ternampak oleh klien, dan juga menyuarakan makna terhadap
pengalaman klien yang tidak begitu sedar. Kaunselor perlu bersikap empatik supaya:

• dia dapat memahami perasaan klien;


• tidak sangsi apa yang dimaksudkan oleh klien;
• kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien; dan
• nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu berupaya untuk berkongsi akan
pengalaman klien.

6.3.3 Perkembangan Personaliti

Untuk memahami ketiga-tiga sikap yang disarankan oleh Rogers dengan kesesuaian
penggunaannya, ia perlu dilihat bersama dengan konsep personaliti yang disarankan oleh
Rogers. Kesediaan kaunselor untuk memulakan perhubungan kaunseling dengan klien
memerlukan satu pandangan yang jelas apakah bentuk personaliti manusia yang sedang
berhadapan dengannya ini. Teori personaliti yang dimajukan oleh Rogers berkembang dari
pengalamannya membuat sesi-sesi kaunseling dengan individu dan kelompok semenjak
bermulanya dia berkhidmat dengan kanak-kanak di klinik bimbingan kanak-kanak hinggalah
penglibatannya dengan kelompok «encounter».

“From these hours and from my relationships with these people, I have drawn most of whatever
insight I posess into the meaning of therapy, the dynamics of interpersonal relationships,
and the structure and functioning of personality”.

Rogers (1957)

OUM 145
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Prinsip utama yang dapat dikonsepsikan oleh Rogers dari pengalaman teraputiknya ialah
apabila klien mempersepsikan iaitu kaunselor menerimanya dengan sepenuh hati, tanpa
apa-apa syarat, dan memahaminya secara empatik akan rujukan dalaman dirinya, satu
proses perubahan akan bermula. Semasa proses ini berlaku, klien akan menjadi bertambah
sedar akan perasaan dan pengalaman sebenarnya dan konsep kendirinya akan menjadi
lebih kongruen dengan pengalaman keseluruhan organismenya. Apabila individu ini
mencapai kongruen sepenuhnya, dia dikatakan sebagai seorang yang berfungsi
sepenuhnya. Perubahan yang berlaku ini disebabkan oleh organisme diri seseorang, apabila
mendapat kebebasan akan berkecenderungan bergerak kehadapan mencapai
kesempumaan.

Teori personaliti Rogers bersandarkan kepada fahaman fenomenologi dan menggunakan


konsep kendiri untuk penerangan perkembangan individu.

“It pictures the end-point of personality development as being a basic congruence between
the phenomenal field of experience and the conceptual structure of the self - a situation
which, if achieved, would represent freedom from internal strain and anxiety, and freedom
from potential strain; which would represent the maximum in realistically oriented adaption;
which would mean the establishment of an individualised value system having considerable
identity with the value system of any other equally well-adjusted member of the human
race”.

Rogers (1951)

Organisme mempunyai satu kecenderungan dan tujuan asas, iaitu untuk kesempurnaan,
mengekal dan mengembangkan pengalamannya. lni bermakna organisme ini mempunyai
satu tenaga penggerak yang mempunyai satu tujuan kehidupan. Kecenderungan untuk
bergerak kehadapan inilah merupakan pegangan kepada kaunselor untuk perubahan
personaliti dalam diri klien. Mengikut Rogers, perkembangan diri ini hanya boleh beroperasi
apabila pilihan-pilihan tertentu dapat dipersepsi dengan jelas dan dapat digambarkan dengan
sepenuhnya oleh klien. Dengan perkataan lain, seseorang itu tidak dapat menyempurnakan
dirinya kecuali dia dapat membezakan di antara cara bertingkah laku yang progresif dan
regresif.

6.3.4 Proses Terapi


Sungguhpun individu mempunyai kecenderungan bergerak ke hadapan, dia juga terdedah
kepada pengaruh persekitaran, terutamanya persekitaran sosial. Jika penilaian terhadap
seseorang kanak-kanak semasa dia membesar, berbentuk positif (penerimaan positif tanpa
syarat), perkembangan kendirinya tidak akan bercanggah dengan kecenderungan organisme
bergerak kedepan.

146 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.10: Kanak-kanak sedang membesar dari umur 1 tahun ke 3 tahun

lni bermakna harga dirinya tidak tercabar dan sealiran dengan perkembangan organisme,
dan seterusnya akan menyebabkan perkembangan dan penyesuaian diri untuk kehidupan
yang berkesan.

Malangnya, semasa seseorang itu membesar, tidak semua penilaian yang diterima itu adalah
dalam bentuk positif, atau yang berbentuk negatif. Penilaian ini akan membentuk konsep
kendiri seseorang. Jika penilaian oleh orang yang penting dalam sekitaran dirinya itu
mendorong perkembangan dirinya, ia akan membentuk konsep kendiri yang positif.
Walaubagaimanapun, sekiranya penilaian itu sentiasa bercanggah dengan penilaian dirinya
sendiri, dan tambahan pula kuasa penilaian orang yang penting di sekitarnya lebih
«mempengaruhi» dirinya, konsep kendirinya akan berkembang secara herot dan dia akan
sentiasa mengalami keadaan yang selalu terancam. Oleh kerana dia perlu mengekalkan
kesepaduan konsep dirinya maka pengalaman yang terancam ini akan dipendamkan atau
pun diherotkan maknanya. lni bermakna pengalaman-pengalaman yang sealiran dengan
harga diri akan dipersepsikan dan digambarkan dalam kesedaran dengan tepat, tetapi
pengalaman yang bercanggah dengan harga diri akan dipersepsikan dengan herot atau
pun tidak dibenarkan meresapi sampai ke peringkat sedar.

Kehadiran pengalaman yang telah diuruskan ke dalam struktur kendiri dengan betul
mengakibatkan timbulnya ketidakkongruenan di antara diri dengan pengalaman.
Ketidakkongruenan di antara diri dengan pengalaman akan membentuk tingkah laku yang
tidak kongruen juga. lni bermakna ada sesetengah tingkah laku yang konsisten dengan
konsep kendiri dan dijelmakan dengan tepat dalam kesedaran, manakala sebahagian lagi
tingkah laku menggambarkan pengalaman-pengalaman organisme yang belum diterapkan
ke dalam struktur kendiri; dengan itu belum lagi dicamkan ataupun telah pun diherotkan
untuk disesuaikan dengan kendiri.

Sesuatu pengalaman yang tidak kongruen dengan struktur kendiri akan digambarkan sebagai
mengancam. Jika pengalaman ini digambarkan dengan tepat dalam kesedaran, ia akan
membuat diri menjadi tidak konsisten, dan satu keadaan kebimbangan akan timbul. Tetapi,
proses bela-diri menghalang perkara ini berlaku. la akan cuba mengekalkan persepsi
pengalaman itu supaya menjadi konsisten dengan struktur kendiri dan harga diri. Walau
bagaimanapun, pembelaan diri ini akan mengakibatkan persepsi yang tidak tepat dan tegar
atau menjadikan niatnya tidak betul.

OUM 147
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Di dalam keadaan yang mana ketidakkongruenan diri dengan pengalaman menjadi besar,
proses pembelaan diri tidak akan berupaya untuk bergerak dengan berjaya dan ia akan
menimbulkan kebimbangan dan menyebabkan kecelaruan.

Untuk menjadikan diri ini kongruen kembali, syarat-syarat tertentu yang dikenakan untuk
penerimaan perlu dikurangkan, manakala keadaan kemesraan yang tidak bersyarat perlu
diadakan. Manakala mengkomunikasikan keadaan yang tidak bersyarat ini ianya perlu
dilakukan dalam suasana kemesraan yang penuh dengan empati. Apabila penerimaan
sepenuhnya ini dipersepsikan oleh individu itu, ia akan mengurangkan rasa bimbang.

Rajah 6.11: Seseorang sedang mengalami proses hipnosis

Bagi membentuk individu sebegini, suasana yang tidak mengancarn perlu diwujudkan semasa
perhubungan sesi mula dijalankan. Dalam keadaan kemesraan sebegini kaunselor akan
mendorong klien untuk menerokai pengalamannya yang tidak disedari diherotkan dan
membawanya keluar di peringkat kesedaran. Proses perhubungan yang teraputik akan
menggalakkan klien secara perlahan-lahan menerima perasaan-perasaan yang mengancarn
ini untuk diasilimasikan kepada struktur konsep kendirinya. Pemahaman dan penerimaan
penilaian yang mengancam ini akan menjadi permulaan untuk membentuk satu struktur diri
yang lebih fleksibel dan menerima secara berpanjangan.

6.4 STRATEGI MEMBANTU KLIEN


Bagi kaunseling pemusatan insan, perhubungan merupakan inti pati; ia berada di peringkat
permulaan, dalam proses perkembangan dan di akhir kaunseling. Tidak ada strategi atau
teknik tertentu yang disarankan oleh pendekatan pemusatan insan seperti teori-teori lain.
Penekanan utama ialah berbalik kepada perhubungan dan syarat-syarat yang akan dilalui
oleh kaunselor dan klien.

6.4.1 Perhubungan Kaunseling

Kaunseling boleh disifatkan sebagai satu proses perhubungan antara seorang individu dengan
seorang atau lebih individu lain. Perhubungan ini adalah berbeza dari seorang individu dengan
individu lain. Bagi seseorang kaunselor, dia harus patuh kepada beberapa prinsip atau
garis panduan yang dipersetujui dalam profesionnya apabila berada dalam
perhubungan sedemikian.

148 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Pertamanya, dia haruslah berminat dengan berterus terang, dan jujur dengan setiap klien.
Carl Rogers, pernah berkata bahawa seorang klien mestilah merasa dirinya diterima oleh
kaunselor. Minat demikian boleh disampaikan kepada klien dalam banyak cara; menepati
masa pertemuan, menjadi sensitif terhadap apa yang dikemukakan oleh klien dengan gerak
geri dan air muka, dan gerak balas pertuturan terhadap apa yang dicakapkan oleh klien.
Minat demikian hendaklah tidak dibuat-buat atau secara berpura-pura.

Keduanya, klien mestilah mempunyai kepercayaan terhadap kaunselor, dan merasa selamat
berada dengannya. Dalam konteks ini, kerahsiaan adalah penting. Jika seorang klien itu
ingin menenangkan helah bela dirinya (defences) dan melepaskan segala kelemahan dan
kekuatannya, dia ingin mempastikan bahawa segala kelemahan-kelemahan ini tidak
digunakan untuk membinasakannya nanti, setelah dia meluahkannya. Di samping kerahsiaan,
kepercayaan (trust) dan penghormatan terhadap kebolehan kaunselor, klien perlu juga
menyukainya sebagai seorang individu, dan bersikap positif terhadap keilmuan yang dimiliki
oleh seorang kaunselor itu. Sememangnya tidak ada sesuatu teknik yang mudah untuk
mempastikan rasa kepercayaan terhadap kaunselor. Ini merupakan satu proses yang
memakan masa dan perlulah kaunselor itu secara berterusan menunjukkannya dengan
perbuatan, tutur bahasa, dan sikap yang benar-benar ingin membantu klien.

Rajah 6.12: Kaunselor sedang meneliti dokumen di dalam pejabatnya

Ketiganya, perhubungan kaunseling adalah terhad dalam banyak keadaan, dan had-had
ini bertujuan untuk perkembangan. Misalnya, temu ramah kaunseling dijalankan dalam masa-
masa tertentu, secara temujanji, dan biasanya mengikut had masa tertentu. Ada juga had-
had tentang perkhidmatan yang ingin atau boleh diberikan oleh kaunselor. Ia tidak melakukan
sesuatu untuk klien, misalnya seperti seorang pekerja kebajikan melawat ke rumah. Juga
ada had tentang rapatnya hubungan dengan klien. Kaunselor tidak mengemukakan
pendapatnya dalam kaunseling seperti dalam perbualan seharian. Walaupun dia akan
bertemu kliennya dalam kegiatan-kegiatan sosial, ia akan mengelak dari hubungan
persahabatan dengan mereka. Dia juga akan mengelak dari memainkan peranan orang-
orang lain yang penting bagi klien itu - emak, bapa, kekasih dan sebagainya. Yang penting
ialah bahawa batasan-batasan demikian itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa
tanggungjawabnya terletak pada klien. Apa yang perlu dibuat, klien itu hendaklah
melakukannya sendiri. Ia tidak seharusnya bergantung kepada orang lain untuk membuat
sesuatu keputusan baginya atau melindunginya daripada akibat sesuatu tindakannya sendiri.

OUM 149
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Oleh kerana proses kaunseling merupakan satu perhubungan, kita dapati Rogers tidak
mengutamakan teknik-teknik tertentu dalam membantu klien dan juga tidak ada tahap-tahap
tertentu yang akan dilalui oleh klien. Walaupun demikian, dari pemerhatian dan analisis
sesi-sesi kaunseling yang dilakukan Rogers, terdapat beberapa kemahiran tertentu yang
banyak digunakan oleh beliau. Walaupun kemahiran bukan sebenarnya teknik tetapi ia
boleh digunakan dalam proses membina perhubungan kaunseling yang merupakan tumpuan
utama kaunseling pemusatan insan. Secara umumnya, kemahiran-kemahiran ini
diperjelaskan oleh Ivey (1998). Walaupun tidak kesemuanya digunakan oleh Rogers tetapi
boleh dijadikan sebagai panduan.

6.4.2 Kemahiran-kemahiran Kaunseling

Kemahiran-kemahiran asas kaunseling spesifik yang digunakan dalam proses membuat


kaunseling ialah:

• soalan (terbuka dan tertutup);


• dorongan minima;
• parafrasa;
• rumusan;
• refleksi perasaan;
• konfron/mencabar;
• fokus; dan
• refleksi/mentafsir makna.

(a) Soalan

Jika soalan terbuka digunakan, kaunselor dapat menjangkakan bahawa klien akan dapat
memberi respon yang lebih bebas. Sebaliknya, soalan tertutup akan membuat klien bercakap
pendek dan tepat terhadap maklumat yang dikehendaki. Soalan boleh membantu klien
bercakap atau terus bercakap atau tidak bercakap. Soalan yang bersesuaian boleh
mendalami dunia klien. Ia juga boleh membantu kaunselor mengenalpasti masalah
yang dihadapi klien dengan lebih tepat. Ia juga boleh mengarah perbincangan,
mengembang atau menutup perbincangan.Soalan boleh berbentuk terbuka atau tertutup
dan memulakannya dengan apa, bagaimana, dan kenapa.

(b) Dorongan Minima

Klien ingin mengetahui sama ada dia difahami atau tidak apabila dia menceritakan
masalahnya, pandangan atau pendapatnya. Dia mahu dirinya dan dunianya difahami oleh
kaunselor. Dorongan adalah seperti anggukan, hem…hem…,teruskan, ya… ya…,saya faham
atau perkataan lain yang ringkas dan tepat. Semua respon yang ringkas ini memberitahu
klien bahawa kaunselor sedang mengikuti cerita yang disampaikan oleh klien dan
ada bersama-sama dengan klien. Respon ini perlu diberikan bersesuaian dengan rentak
cerita klien.

(c) Parafrasa

Selain daripada mengikuti jalan cerita klien, kaunselor juga perlu memberi tahu klien yang
dia memahami cerita klien. Satu cara ialah dengan memparafrasa apa yang diceritakan

150 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

oleh klien dengan ringkas. Apabila klien mendengar ringkasan yang direspon kembali oleh
kaunselor, beliau akan menyedari bahawa kaunselor betul-betul faham apa yang diceritakan
oleh beliau. Parafrasa juga membantu kaunselor mempastikan apa yang diceritakan
oleh klien itulah yang difahaminya. Parafrasa bukan mengulang kembali semua apa yang
diceritakan tetapi ringkasan inti yang tepat.

(d) Rumusan

Hampir sama dengan parafrasa tetapi merangkumi lebih banyak maklumat dan
berkehendakkan pendengaran cerita yang lebih lama sebelum membuat respon. Dalam
rumusan, mungkin terdapat beberapa idea atau tema yang dirangkaikan. Adakalanya,
rumusan digunakan pada permulaan sesi kaunseling untuk memberithau klien tentang
kandungan sesi yang sebelumnya. Juga, ia digunakan di akhir sesi untuk menggarapkan
cerita yang disampaikan sepanjang sesi kaunseling.

(e) Refleksi Perasaan

Apabila klien bercerita, ia akan melibatkan emosi. Emosi yang terkandung dalam ayat-ayat
pertuturan perlu disedari oleh kaunselor. Dengan membuat refleksi perasaan, kaunselor
memberitahu klien yang dia faham apa yang dirasai atau dialami klien. Apabila klien
menyedari bahawa kaunselor memahami apa yang dirasainya, dia akan meluahkan
lagi perasaannya. Perasaan yang terpendam atau pun yang dahulunya dicerita secara
luaran sahaja akan dihuraikan satu persatu. Perasaan mendalam memudahkan perhubungan
dan penerokaan berlaku dengan cepat. Perlu diingatkan bahawa apabila refleksi perasaan
dibuat, ia perlu tepat, jika tidak kaunselor akan memberi gambaran yang dia tidak memahami
perasaan klien. Kaunselor perlu mempunyai simpanan perkataan-perkataan perasaan yang
bersesuaian dan tepat.

Rajah 6.13: Suasana sedih dan penuh emosi


apabila klien meluahkan masalahnya kepada kaunselor

(f) Konfron/mencabar

Walaupun Rogers sendiri tidak banyak mencabar kliennya dalam sesi-sesi kaunseling, tetapi
adakalanya kaunselor pemusatan insan terpaksa mencabar klien untuk mendapat sesuatu
maklumat atau menggerakkan perkembagan klien. Cabaran yang dilakukan hendaklah
dalam bentuk pelawaan dan ajakan supaya klien melihat dirinya dengan lebih dalam atau
tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja.

OUM 151
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Konfron dilakukan setelah perhubungan antara klien kaunselor sudah mencapai


peringkat yang tinggi. Jika cabaran dibuat terlalu awal, kemungkinan besar klien akan
rasa terggugat atau tercabar. Sama ada klien menjadi marah atau berundur masuk ke dalam
diri. Jika terdapat idea atau pun perasaan yang bertentangan, konfron boleh dilakukan
untuk mengesahkan kebenaran yang mana satu.

Kemahiran konfron memerlukan kepakaran yang tinggi. Jika betul penggunaannya, ia dapat
mendalami dengan cepat, sebaliknya jika salah penggunaannya dia akan membuat klien
enggan bercakap, atau pun tidak berminat meneruskan sesi kaunseling.

(g) Memfokus

Cerita yang disampaikan oleh klien perlu diarahkan kepada situasi-situasi tertentu, bukan
secara paksaan atau manipulatif tetapi melihat alirannya. Satu perspektif persekitaran perlu
diletak dalam jalan ceritanya. Dengan memberi tumpuan, kaunselor juga tidak akan
terawang-awang merata-rata. Dia sentiasa mengikuti luahan klien dengan teliti dan
membalas dengan tepat.

(h) Refleksi/Mentafsir Makna

Refleksi makna melibatkan keupayaan kaunselor untuk menyelam ke alam dunia klien dan
memahami apa yang dialami dan dirasai klien. Kemahiran ini memerlukan kejituan
kaunselor memahami keseluruhan cerita dan dapat mentafsirkan apa yang mungkin
tidak diceritakan oleh klien. Refleksi makna tidak semestinya dibuat oleh kaunselor tetapi
juga dibuat oleh klien dengan galakan kaunselor supaya klien mencari makna akan perbuatan
atau perasaannya.

Memandangkan tafsiran makna memasuki alam yang kurang nampak, ia perlu dilakukan
dengan teliti. Adakalanya klien belum bersedia untuk makna kehidupaannya ditafsirkan
kaunselor. Oleh itu, kaunselor perlu berwaspada kerana jika tidak, klien akan menafikan
tafsiran walaupun ia benar.

6.5 CONTOH-CONTOH KES KAUNSELING


Sungguh pun verbatim atau transkrip berikut tidak mampu menggambarkan selok belok
perhubungan yang berlaku dalam kauseling berserta dengan nada suara, ekspresi muka,
gerak geri dan pelbagai lagi bahasa bukan sesi kaunseling, ia diharapkan dapat
mencerminkan perjalanan yang berlaku semasa sesi kunseling pemusatan insan. Di akhir
respon kaunselor, dinyatakan jenis kemahiran yang digunakan dan dinamik yang sedang
berlaku semasa sesi berjalan.

Kes 1 (sebahagian dari verbatim)

Aminah berumur 25 tahun.

Kl: Saya cukup marah dengan dia. Apa tidaknya, mula-mula dia berjanji nak datang berjumpa
dengan keluarga saya. Katanya nak berkenalan dengan kedua ibu bapa saya. Tapi sekarang
ni dah tiga bulan dia bertangguh-tangguh. Katanya, tak ada masa, sibuklah, banyak kerja,
kena pergi out station, macam-macam lagi alasannya. Saya dah naik boring dengan dia.
Saya rasa nak putuskan perhubungan dengan dia. Kalau dia tak ada masa untuk saya buat
apa saya beria-ia benar.

152 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Ko: Saya merasakan bahawa saudari begitu marah dengan dia kerana tidak menunaikan
janji dan mengambil berat terhadap diri saudari. (Kaunselor memberi tekanan kepada
perasaan marah).

Kl: Mana tidaknya, hari Ahad minggu lepas kami dah berjanji untuk balik ke kampung saya
berjumpa dengan keluarga saya. Tapi pagi Sabtu boleh dia kata dia kena pergi out station.
Saya pun was-was juga betulkah dia ni pergi out station atau hanya mencari helah tak mahu
jumpa orang tua saya. Saya tahu dia selalu kena buat kerja luar pejabat kerana tugas dia
begitu, tapi takkan tak boleh tangguh tugas itu kerana kita dah berjanji dengan orang tua di
rumah, dan saya dah beri tahu emak yang kita nak datang.

Ko: Nampaknya saudari bukan sahaja marah kepada beliau tetapi juga rasa kecewa kerana
tidak menepati janji. (Kaunselor memberi tumpun kepada refleksi perasaan, perasaan marah
ditambah dengan kecewa).

Kl: Ya lah… ini bukan kali pertama dia mungkir janji. Kalau setakat dia dengan saya tidak
melibatkan orang lain, ok saya boleh terima. Dah banyak kali dia kansel appointment dengan
saya. Saya boleh maafkan kerana saya tahu, dia ni memang sebuk kerja luar. Tapi mak
saya memang nak sangat berjumpa dengan boyfriend saya ni.

Ko: Walaupun sebelum ini pernah dia tidak berjumpa dengan saudari tetapi yang akhir ini
nampaknya sukar dimaafkan, terutamanya apabila melibatkan emak. (Penekanan ialah
kepada peristiwa yang baru berlaku).

Kl: Ya lah….. emakkan dah tunggu dan kita pun dah janji. Kalau ya pun, bagilah notis awal
sikit. Selalu dia begitu, last minit baru dia bagi tahu kat kita. Menyusahkan. Hari itu saya
terpaksa minta maaf banyak dengan emak saya. Maklum sajalah dia orang sudah buat
sedikit persediaan. Nasib baik emak saya tu bukan kaki leter, kalau tidak entahlah. Tapi
yang saya tak faham apabila tak jumpa saya dia akan bawa macam-macam hadiah, terutama
apabila balik out station. Dan dia pun nampaknya begitu mengambil berat tentang saya.
Ajak saya keluar, melayan kerenah saya dan begitu loving kepada saya. Jika terkenangkan
perkara ini saya taklah marah sangat. Saya tahu dia sayangkan saya tapi kadang-kadang
saya rasa dia lebih sayangkan kerjanya dari saya.

Ko: Nampak macam saudari mempunyai persaan yang bercampur-campur, marah dan
sayang. Keseluruhannya rasa sayang tapi adakalanya marah kepada dia apabila tidak
menepati janji. (Kaunselor cuba mendalami perasaan berbaur yang dialami oleh klien.
Perasaan bertentangan ini menimbulkan konflik yang menyebabkan klien rasa tidak kongruen)

Kl: Mungkin saya perlu memahami selok belok kerja dia. Kalau dia memang kena buat
kerja out station selalu, saya kenalah banyak bersabar. Kalau tidak, kenalah cari boyfriend
lain (sambil ketawa). Saya tahu ada dua tiga orang yang minat dengan saya tapi saya buat
tak layan saja. Mereka ni selalu senyum kat saya dan ada juga yang ajak saya keluar. Apa
kata, kalau saya senyum balik kat depa dan terima pelawaan pergi minum-minum (sambil
senyum).

Ko: Kalau tak silap saya saudari kata saudari sayang pada dia tapi sekarang ni apa yang
saya dengar ialah saudari nak cuba berkenalan dengan orang lain pula. (Kaunselor mahu
pastikan keinginan baru ini, terutama pula disertakan dengan senyum. Perkara ini perlu di
dalami)

OUM 153
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Kl: Saya memang sayang kepada dia tapi kalau asyik-asyik kena tinggal saja, saya pun
naik bosan juga. Orang lain boleh keluar tiap-tiap hari minggu; saya terperap kat TV saja.
Saya rasa apa salahnya sekali-sekali keluar dengan orang lain. Mungkin kita boleh lihat
pula bagaimana layanan orang lain terhadap kita.

Ko: Untuk mengisikan kesunyian, saudari bercadang nak keluar dengan teman lain.
(Kaunselor menamakan perasan baru iaitu kesunyian dan meninjau idea baru klien untuk
keluar dengan teman baru).

Dalam petikan sesi kaunseling ini kita boleh lihat beberapa perkara yang biasanya diberi
tumpuan oleh kaunselor pemusatan insan iaitu penggunaan kemahiran refleksi perasaan
dan parafrasa. Dorongan minima walaupun banyak digunakan sukar ditranskripsikan.
Walaupun ringkas, kita boleh lihat perkembangan yang sedang berlaku dalam sesi ini, iaitu,
perasaan-perasaan dikenalpsti dan pilihan tentatif klien sedang diterokai bersama oleh
kaunselor.

Sesi kaunseling ini akan berterusan dengan memberi tumpuan kepada perasaan dan pilihan-
pilihan baru yang sedang diterokai oleh klien.

Kes 2 (Petikan permulaan kaunseling)

Raju 12 tahun.

Kes Raju ini menggambarkan seorang murid tahun 6 yang sedang mengalami tekanan diri
dan konflik dengan kawan-kawan. Klien ini dirujuk oleh guru kelas.

Kaunselor sekolah mempersilakan klien (budak sekolah) duduk di dalam pejabatnya.

Ko: Sila duduk Raju.

Kl: (Raju duduk di kerusi dengan berpandang ke luar bilik, dan badannya bersandar
longlai di atas kerusi).

Ko: Saya diminta oleh guru kelas untuk berjumpa dengan Raju. Agaknya apa yang saya
boleh tolong Raju?

Kl: (Tidak menjawab, masih melihat ke luar bilik dan mengeluh)

Ko: Mungkin Raju boleh ceritakan kepada saya apa yang menyebabkan Raju mengeluh.

Kl: Tak ada apa-apa Cikgu (walaupun Puan Zainab merupakan kaunselor sepenuh masa
dan berdaftar, murid-murid masih memanggil beliau Cikgu)

Ko: Saya dapat rasakan yang Raju mempunyai sesuatu nak disampaikan kepada saya.
Kalau boleh saya ingatkan balik bahawa percakapan kita berdua ini merupakan rahsia antara
kita berdua sahaja. Jadi Raju bolehlah cerita apakah perkara yang mengganggu awak pada
masa ini.

Kl: (Mata mula memandang kepada kaunselor dan dengan perlahan mula bercerita).
Dia orang selalu usik saya Cikgu. Saya geram dengan dia orang Cikgu. Kalau boleh saya
nak tempeling mereka.

Ko: Saya faham yang Raju begitu marah kepada mereka. Kalau boleh, bolehkah Raju
ceritakan apa yang dilakukan mereka sehinggakan awak begitu marah.

154 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Kl: Dia orang panggil saya macam-macam, bulat, gemuk, fatso. Saya tak ada kacau
mereka, saya duduk diam-diam di belakang kelas dan buat kerja saya. Saya mahu mereka
jangan ganggu saya, saya tak mahu berkawan dengan mereka semua (sambail teresak-
esak menangis).

Ko: Murid-murid kelas Raju selalu mengganggu Raju.

KL: Saya tak nak berkawan dengan mereka, biar saya seorang, mereka tak perlu tegur
saya.

Ko: Apa yang saya faham ni ialah Raju tidak mahu berkawan dengan murid-murid di
dalam kelas. Adakah ini bermakna Raju tidak mempunyai kawan baik di dalam kelas?

Kl: (teresak-esak lagi sekali) Mereka tak mahu berkawan dengan saya. Dari dulu lagi
saya tak ada kawan baik, tak boleh berbual-bual macam dia orang. Semua perkara saya
simpan dalam hati. Tak ada yang nak mendengar cerita saya.

Ko: Raju rasa keseorangan, tidak ada kawan-kawan yang boleh berkongsi cerita.

Kl: Memang Cikgu,dalam kelas tu saya tak ada seorang pun kawan; semuanya asyik
nak mengenakan saya. Kalau saya cuba nak bercakap, mereka akan melaung-laung supaya
saya diam. Apa yang tak kena dengan saya, saya pun tak tahu. Walau pun saiz badan saya
besar saya pun ada perasaan juga.

Ko: Perasaan yang macam mana yang Raju mahu berkongsi dengan kawan-kawan.

(Kaunseling ini bersambung dengan memberi tumpuan kepada perasaan-perasaan yang


sedang dialami Raju dan bagaimana perasaan ini boleh dikongsi bersama dengan kawan-
kawan)

Petikan kaunseling ini ingin memberi gambaran bahawa klien yang dirujuk juga boleh
menjalani kaunseling pemusatan insan. Apa yang perlu dilakukan oleh kaunselor ialah
menerima klien sepenuhnya dan memberi ingatan tentang perhubungan kerahsiaan yang
dijalini. Penekanan kaunselor yang cuba memahami dunia klien, walaupun dia seorang
murid sekolah, amatlah penting. Perasaan-perasaan klien perlu dihayati dan dikomunikasikan
kembali kepada klien supaya beliau menyedari bahawa ada orang yang sedang
mendengarnya dan memahaminya sekarang ini, walau pun murid kelasnya tidak mendengar
beliau. Suasana yang selamat dan teraputik ini akan menggalakan klien bercerita dengan
lebih mendalam dan juga menerokai punca-punca yang meyebabkan beliau tidak ada ramai
kawan dan seterusnya mencari langkah-langkah yang sesuai untuk mebina perhubungan
baru dengan kawan-kawan sedarjah.

6.6 SUMBANGAN TEORI PEMUSATAN INSAN

Sepanjang pembelajaran anda setakat ini, cuba fikirkan tentang sumbangan


teori pemusatan insan terhadap kaunseling.

OUM 155
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Teori pemusatan insan memberi sumbangan yang besar kepada kaunseling dan
psikoterapi. Pendekatan ini begitu terbuka hingga boleh digunakan oleh pelbagai jenis
kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok dan keluarga. Teori ini juga boleh diguna
pakai di dalam situasi yang berbeza-beza, misalnya dalam bidang pendidikan, organisasi
kerajaan atau swasta, kebajikan pusat pemulihan, hospital, dan pelbagai situasi yang lain.

Kaunseling yang tidak berpusatkan kepada kaunselor ini memberi sepenuh tumpuan
kepada keupayaan klien untuk memikul tanggung jawab membuat keputusan.
Kaunselor membantu klien meneroka, memahami dan mendapat kesedaran terhadap
persoalan hidupnya dan klien sendiri akan memilih alternatif perubahan yang dikehendaki
setelah berbincang bersama dengan kaunselor. Ini bermakna klien dapat merasakan dia
berkuasa menentukan hidup.

Sambutan yang diberi kepada kaunseling pemusatan insan sejak ia diperkenalkan pada
tahun 50an dulu dapat bertahan hingga sekarang. Satu sumbangan yang berharga bagi
pengamal-pengamal kaunseling ialah kaunseling atau psikoterapi tidak dikuasai secara
ekslusif oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pakar, terutamanya terapis psikoanalitik.
Sekarang ini, kita dapati ramai ahli masyarakat yang dapat menggunakan perkhidmatan
kaunseling dan bukan hanya segelintir yang berkeupayaan membayar dengan bayaran yang
tinggi.

Kaunseling pemusatan insan juga dapat menekankan kepentingan perhubungan


hormat menghormati antara klien dengan kaunselor sebagai satu elemen utama dalam
menjalankan kaunseling. Tiga sifat kaunselor iaitu kongruen, penerimaaan positif tanpa
syarat dan empati sudah menjadi ciri kepastian bagi pendekatan kaunseling yang berlainan.

Selain daripada sumbangan terhadap aplikasi kaunseling dan terapi, Rogers sebagai pelopor
teori pemusatan insan juga menyumbang kepada psikologi personaliti yang merupakan
landasan kepada teori ini. Secara khusus, beliau telah menyumbang dari segi kefahaman
terhadap manusia, menekankan idea tentang perhubungan interpersonal dalam
perkembangan personaliti, perubahan semasa melalui proses kaunseling dan menunjukkan
keterbukaan dan fleksibiliti untuk penyelidikan secara saintifik.

Konsep fenomenologi yang dipegang Rogers membawa tiga pengaruh utama dalam
memahami personaliti. Apa yang penting ialah pengalaman yang dialami individu bukan
sangat maklumat profesional atau pun yang sepatutnya dialami.

Pertama, pendekatan fenomenologi mencabar pendekatan yang digelar objektif untuk


memahami tingkah laku manusia. Objektif merujuk kepada mengkaji individu dari luar, secara
tingkah laku, mekanikal dan tidak lebih terlibat secara personal. Rogers mempertikaikan
bentuk kajian objektif terapi sedemikian. Beliau membuktikan bahawa manusia boleh dikaji
secara fenomena (mendalami dunia subjektif individu) dan mengorak langkah baru untuk
mengkaji secara ini, yang juga saintifik.

Kedua, Rogers mendalami kajian terhadap konsep kendiri. Pemerhatian secara langsung
semasa sesi kaunseling membolehkan kajian dilakukan dalam dunia individu, sama ada
yang sihat atau bercelaru.

Ketiga, Rogers mengajak kita memahami individu dengan memberi kepercayaan kepadanya.
Dengan penerimaan dan persekitaran yang menyokong, individu akan berkembang ke arah
kebaikan dan kesempurnaan.

156 OUM
UNIT 3 TEORI KAUNSELING
BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rogers dianggap sebagai bapa kepada kaunseling moden kerana mencadangkan


bahawa individu yang tidak kongruen (bercelaru) boleh diberi bantuan untuk perubahan
dengan ketiga-tiga sikap ini yang merupakan tulang belakang kepada kaunseling
pemusatan insan. Pandangan ini membolehkan kaunselor memberi perkhidmatan
kaunseling kepada ramai manusia yang mengalami masalah kehidupan harian.

6.6.1 Kelemahan Teori Pemusatan Insan

Satu kelemahan yang ketara bagi teori pemusatan insan ialah, bukan kerana kelemahan
teorinya tetapi lebih kepada cara teori ini diaplikasikan. Terdapat sebahagian kaunselor
yang salah faham atau menyalahgunakan teori ini di peringkat amalan. Ramai kaunselor
yang memahami prinsip-prinsip teori ini (atau memikirkan yang mereka memahami), dan
secara falasafah bersetuju dengan prinsip-prinsipnya (atau memikirkan mereka bersetuju),
mendapati sukar untuk mempraktikkan teori ini dengan berkesan. Misalnya, kaunselor sekolah
selalu beranggapan bahawa oleh kerana ciri teori ini yang tidak mengarah, ia sukar dimanfaati
oleh murid-murid yang sudah biasa menerima arahan dari guru-guru kelas. Pandangan ini
lebih kepada keinginan kaunselor yang mahukan kuasa mengarah dalam menjalankan
kaunseling dan tidak semestinya klien tidak sesuai dengan pendekatan teori pemusatan
insan.

Perhubungan antara kaunselor dengan klien yang begitu mesra dan menerima klien tanpa
syarat, boleh menimbulkan kegelisahan kepada kaunselor yang tidak dapat memastikan
had-had perhubungan. Potensi untuk menyalahgunakan keintiman perhubungan ini
boleh dianggap sebagai satu kekurangan faktor mengawal. Sempadan antara pakar
dan pesakit tidak terdapat dalam teori ini. Walaupun sebenarnya ia bukan kelemahan teori
ini, ia lebih merupakan penyalah gunaan kuasa terhadap klien dalam situasi perhubungan
saling hormat menghormati.

Kritikan terhadap teori ini yang selalu didengar ialah kaunselor pemusatan insan senang
dimanipulasikan oleh klien. Memang benar klien yang ingin memanipulasikan kaunselor
lebih senang berbuat demikian kerana ciri penerimaan tanpa syarat, dan juga pengiayaan
alam subjektif fenomenologi klien oleh kaunselor. Jika keseluruhan proses kaunseling
pemusatan insan difahami dengan betul, persoalan ini tidak timbul kerana pada akhirnya
klien akan menyedari bahawa memanipulasikan kaunselor yang memberi tumpuan menolong
sepenuhnya kepada beliau akan cuma merugikan dirinya sendiri yang mahukan pertolongan.

Satu lagi kritikan ialah teori ini tidak sesuai dengan orang yang mengalami kecelaruan
psikologi yang teruk. Ia lebih sesuai kepada persoalan kehidupan harian. Klien-klien yang
mengalami kecelaruan mental seperti psikotik atau neurosis berlebihan, kurang berkesan
jika menggunakan pendekatan ini.

Oleh kerana tiada strategi atau teknik khusus dimajukan oleh pendekatan ini, kadangkala ia
menyusahkan kaunselor, terutama yang baru, untuk menerokai masalah klien. Pengunaan
kemahiran-kemahiran seperti refleksi, parafrasa atau rumusan yang terlalu mekanikal boleh
menimbulkan kebosanan kepada klien, sehingga mempengaruhi perkembangan keseluruhan
sesi kaunseling. Kritikan ini boleh diterima jika ia khusus kepada kemahiran kaunselor,
tetapi tidak pula menujukkan bahawa teori ini lemah dari segi proses kaunseling.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

OUM 157
TEORI KAUNSELING UNIT 3
KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6

Latihan 6.1

1. Teori kaunseling pemusatan insan mempunyai pandangan terhadap


manusia yang tersendiri. Apakah pandangan tersebut?

2. Nyatakan konsep kendiri dalam teori Carl Rogers.

3. Apakah tiga sikap kaunselor yang mencukupi dan perlu ada untuk
menjayakan proses kaunseling menurut Carl Rogers?

4. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling ada banyak. Nyatakan empat


kemahiran asas yang anda rasakan amat penting.

RUMUSAN
Bab ini telah menerangkan teori kaunseling pemusatan insan dengan terperinci dan konsep-
konsep penting yang berkaitan dengan teori ini juga diberikan penjelasan. Contoh dalam
bentuk skrip dimuatkan untuk memberi gambaran bagaimana proses kaunseling dijalankan.
Untuk menghayati teori pemusatan insan dan menjadi seorang kaunselor pemusatan insan,
seseorang perlu memahami huraian prinsip dan konsep yang dikemukakan oleh Rogers
dengan lebih mendalam. Amalan yang dilakukan perlu mengikut tahap-tahap yang tertentu,
dan perubahan tingkah laku yang dilihat adalah berdasarkan urutan perubahan yang mungkin
berlaku mengikut huraian teori ini. Kaunseling akan menjadi berkesan apabila syarat-syarat
yang disarankan diikuti dengan betul dan proses yang dilalui oleh klien mengikut
perkembangan yang disarankan.

158 OUM

You might also like