You are on page 1of 5

Soalan: Cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian

Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)


telah menarik perhatian pelbagai pihak. Sesetengah pihak menyatakan
bahawa pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini dapat membawa kebaikan
kepada masyarakat mahupun negara.

Pada pendapat anda, sejuahmanakah pemansuhan UPSR dan PMR


membawa kebaikan kepada kita.

Jawapan cadangan:

Pengumuman Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan ujian khas iaitu


sistem pentaksiran berasaskan sekolah bagi menggantikan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai
kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh pastinya melegakan ibu bapa.
Walaupun keputusan memansuhkan atau mengekalkan kedua-dua
peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr
Mohd Puad Zarkashi telah menyatakan pemansuhan kedua-dua peperiksaan
ini sedikit sebanyak mengurangkan kebimbangan ibu bapa mengenai masa
depan anak-anak mereka, khususnya dalam soal penempatan di sekolah
berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Ketika ini masih
banyak persoalan mengenai kebaikan dan keburukan pemansuhan UPSR dan
PMR. Secara amnya, pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi
kebaikan kepada kita, tetapi juga meninggalkan kesan buruk dalam kalangan
pelajar.

Pemansuhan UPSR dan PMR memberi kebaikan kepada negara dengan


menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri
Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan
untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua
peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubal dan
pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan
menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam
perbelanjaan mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara
yang mengalami defisit akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang
dari bank-bank tempatan mahupun luar negara. Malahan, peminjaman wang
dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaran asing
yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Maka,
keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan
peperiksaan UPSR dan PMR .

Hal berkaitan pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban


pelajar dan guru sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Pemansuhan kedua-
dua peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal
ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan
pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan
UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya mencecah sebelas
tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini, beban
pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat
dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat
dikurangkan. Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila
para guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja
tamat sesi persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan
PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.

Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan


penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua
peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan
dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar. Dengan
ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan
kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelab mahupun
permainan. Pertandingan lari berganti-ganti, petanqe, bola sepak dan
sebagainya turut menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan
pilihan kegemaran para pelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan
di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini
jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan
yang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan
UPSR dan PMR yang meliputi subjek-subjek penting. Oleh itu, jelasnya bahawa
pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada
pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan kokurikulum.

Pemansuhan UPSR dan PMR bukan sahaja memberi kesan positif kepada
kita, malah turut meninggalkan beberapa kesan buruk. Pemansuhan UPSR dan
PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya
menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas
tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya
sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan
pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akan memperlihatkan pola
yang merosot. Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR,
pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalam
UPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan
SPM di sekolah menengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh
dibaikpulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan
pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggi untuk menduduki
peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap
peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman
pelajar dalam peperiksaan amat penting untuk menjamin peningkatan
bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM.

Selain itu, pemansuhan UPSR dan PMR turut menjejaskan penilaian


terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini
demikian, kerana guru di sekolah kurang berupaya untuk menyediakan soalan
yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka hanya mampu
menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk
menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar
sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat
menilai perkembangan pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza
apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas
3M iaitu membaca, menulis dan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga penting
untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka
melangkah ke alam sekolah menengah lagi. PMR pula juga penting kerana ia
dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh pelajar sebelum mereka
memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai keupayaan pelajar
dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan PMR
perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.

Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing


di sekolah rendah dan sekolah menengah bawah. Budaya saling bersaing
penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana
budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang
mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan
yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untuk memberi
dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.
Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam
SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan
berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing.
Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja
untuk menilai pretasi pelajar. Sebagai kesannya, para pelajar hilang semangat
mahupun inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain. Tegasnya,
pemansuhan UPSR dan PMR wajar dibatalkan supaya mengekalkan budaya
saling bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.

Tindakan memansuhkan UPSR dan PMR boleh menyumbangkan kepada


peningkatan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar khususnya pelajar
sekolah rendah. Hal ini demikian, kerana pelajar menganggap bahawa
kehadiran ke sekolah seolah-olah sia-sia dan membuang masa serta boleh
diabaikan tanpa perlunya pemikiran dan alasan yang berpatutan. Ketiadaan
peperiksaan UPSR dan PMR boleh menjadi alasan bagi pelajar yang ponteng
sekolah. Bagi pelajar sekolah rendah yang semangat hadir ke sekolah, pasti
suatu hari nanti mereka akan terasa sesak dan seolah-olah belajar tanpa
tujuan. Maka, tidak hairanlah apabila mereka lebih mengutamakan perkara
lain seperti menghadiri kenduri , mengunjungi pusat beli belah dan
seumpamanya yang menjadi menu utama selepas pemansuhan UPSR dan
PMR. Mereka juga berpendapat bahawa sukatan pembelajaran hanya diuji
dalam ujian bulanan biasa sahaja sebaliknya bukan lagi penting untuk
kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR dan PMR sekiranya
kedua-dua peperiksaan awam itu dimansuhkan. Kesannya, pelajar tidak
mementingkan kehadiran ke sekolah sebaliknya meletakkan kepentingan
terhadap perkara lain. Oleh itu, jelasnya pemansuhan UPSR dan PMR akan
menggalakkan gejala ponteng sekolah.

Kesimpulannya, pemansuhan UPSR dan PMR sememangnya


meninggalkan kesan positif dan kesan negatif kepada masyarakat khususnya
dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, keputusan memansuhkan atau
mengekalkan kedua-dua peperiksaan itu belum dimuktamadkan lagi. Sebagai
ibu bapa, kita memerlukan keputusan terbaik diambil oleh kerajaan dalam
situasi menang-menang, sekali gus tidak menjejaskan pembelajaran murid.
Sudah pasti ibu bapa mahu melihat alternatif lebih baik jika UPSR dan PMR
dimansuhkan. Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada sesi penggulungan usul Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RM Ke-10) di Dewan Rakyat iaitu memperkenalkan sistem
pentaksiran berasaskan sekolah bagi mengganti sistem peperiksaan adalah
antara pendekatan yang mungkin diambil bagi memantapkan lagi sistem
pendidikan negara. Oleh itu, kita mengharap sistem pentaksiran ini dapat
mencapai matlamat negara untuk melahirkan modal insan serba boleh yang
mempunyai keterampilan tinggi.

Ditulis pada 1 Julai 10

You might also like