You are on page 1of 12

PENILAIAN SEMULA KURIKULUM:

KAJIAN TERHADAP BUKU TEKS


BAHASA ARAB KBSR

Oleh:
Nazri bin Samsudin

ISI KANDUNGAN:
Pengenalan
Buku Teks Bahasa Arab KBSR
Analisis Perbandingan:
1) Kesesuaian Kosa Kata
2) Bilangan Frasa Bahasa
3) Kemahiran Bahasa

1
Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab di sekolah kebangsaan (SK)
diadakan sebanyak dua waktu seminggu iaitu selama 60 minit. Pelaksanaan P&P Bahasa
Arab ini adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berhasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang, berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani1.
Dalam KBSR, guru mata pelajaran hendaklah merujuk kepada Sukatan Pelajaran (SP)
dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi melaksanakan P&P.
Sukatan Pelajaran (SP) adalah dokumen asas yang mengandungi pernyataan objektif
dan kandungan bagi setiap mata pelajaran. Manakala Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) pula
mencadangkan butir-butir terperinci tentang mata pelajaran berkenaan untuk membantu guru
merancang Pengajaran dan Pelajaran (P&P).
Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Komunikasi2 Sekolah
Kebangsaan ini merupakan intipati pelajaran yang perlu dilaksanakan di sekolah kebangsaan
untuk mentafsir, merancang dan melaksanakan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi ini
dengan berkesan.
Bagi menjalankan P&P Bahasa Arab ini dengan lebih berkesan, maka Buku Teks
Bahasa Arab KBSR Tahun 1 hingga 6 telah diterbitkan untuk kegunaan murid berdasarkan
SP dan HSP yang telah digubal.
Bagi murid Tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga 3, Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Arab
juga diterbitkan bersama Buku Teks Bahasa Arab agar proses P&P dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan.

1
Lihat: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR Tahun 6 (2004), m/s 7, Kementerian Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral
2
Bermula tahun 2006, istilah Bahasa Arab Komunikasi (BAK) telah ditukar kepada Bahasa Arab (BA)

2
Buku Teks Bahasa Arab KBSR

1) Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 61:


Buku Teks ini mengandungi 10 unit pelajaran iaitu:

Unit 1: Di Kedai Buku ( )

Unit 2: Hari Sukan ( )

Unit 3: Pekerjaan Mulia ( )

Unit 4: Di Pasar Malam ( )

Unit 5: Ramadhan Mulia ( )

Unit 6: Negaraku Tercinta ( )

Unit 7: Perayaan Hari Kebangsaan ( )

Unit 8: Persediaan Peperiksaan ( )

Unit 9: Perjalanan menaiki Keretapi ( )

Unit 10: Percutian yang menyeronokkan ( )

Setiap unit Buku Teks ini terdiri daripada 8-10 muka surat yang mengandungi
perkara-perkara berikut:
1) Kemahiran Mendengar
2) Kemahiran Bertutur
3) Kemahiran Membaca
4) Kemahiran Menulis
5) Kemahiran Tatabahasa
6) Latihan/ Permainan Ulangkaji

1
Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat (2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

3
Perbendaharaan Kata bagi setiap unit pula terdiri daripada perkataan, frasa dan ayat.
Contoh:

Unit 1: Di Kedai Buku ( )

Muka surat 1: Kemahiran Mendengar:

Muka surat 2: Kemahiran Bertutur:


Muka surat 3: Kemahiran Membaca Ayat-ayat dan memahaminya
Muka surat 4: Kemahiran Menulis Ayat-ayat dan memahaminya
Muka surat 5: Kemahiran Tatabahasa ( )

Muka surat 6: Kemahiran Tatabahasa ( )


Muka surat 7: Permainan Ulangkaji
Muka surat 8: Latihan Ulangkaji

2) Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 51:


Buku Teks ini mengandungi 10 unit pelajaran iaitu:
Unit 1: Apa saya lakukan pada setiap hari? ( )

Unit 2: Betapa cantiknya rumah saya! ( )

Unit 3: Bapa saya yang mithali ( )

Unit 4: Pada Perhimpunan Sekolah ( )

Unit 5: Permainan Tradisional ( )

Unit 6: Mari kita melihat haiwan ( )

Unit 7: Belajar Seni Mempertahankan Diri ( )

Unit 8: Ke Pasar Buah-buahan dan Sayur-sayuran ( )

Unit 9: Timbanglah.. dan Ukurlah.. ( )

Unit 10: Sesiapa yang berusaha akan Berjaya ( )

1
Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

4
Setiap unit Buku Teks ini terdiri daripada 8-10 muka surat yang mengandungi
perkara-perkara berikut:
1) Kemahiran Mendengar
2) Kemahiran Bertutur
3) Kemahiran Membaca
4) Kemahiran Menulis
5) Kemahiran Tatabahasa
6) Sistem Bunyi Huruf
7) Latihan/ Permainan Ulangkaji

Perbendaharaan Kata bagi setiap unit pula terdiri daripada perkataan, frasa dan ayat.
Contoh:

Unit 1: Apa saya lakukan pada setiap hari? ( )

Muka surat 1: Kemahiran Mendengar:

Muka surat 2: Kemahiran Bertutur: Dialog/Perbualan ( )


Muka surat 3: Kemahiran Membaca Ayat-ayat
Muka surat 4: Kemahiran Menulis:

Muka surat 5: Kemahiran Menulis:

Muka surat 6: Kemahiran Tatabahasa:


Muka surat 7: Latihan Ulangkaji
Muka surat 8: Latihan Ulangkaji

5
3) Kekuatan dan Kekurangan Silibus:
3.1 Kekuatan:
Setiap unit dalam Buku Teks Bahasa Arab ini mengandungi pelbagai aspek
kemahiran bahasa dan aktiviti P&P yang menyeronokkan untuk dilaksanakan.

3.2 Kekurangan:
Jumlah bilangan Perbendaharaan Kata yang terdiri daripada perkataan, frasa dan ayat
yang digunakan dalam Buku Teks Bahasa Arab KBSR ini agak tinggi dan kurang
sesuai untuk digunakan bagi P&P Bahasa Arab selama 60 minit seminggu.

Berdasarkan analisa pencapaian murid, hanya kumpulan murid Aras 3 sahaja yang
mampu menguasai lebih 80% Perbendaharaan Kata yang digunakan dalam buku teks
ini.

Berdasarkan realiti semasa di sekolah, bilangan unit pelajaran yang berjumlah 10 unit
dengan setiap unit terdiri daripada 8-10 muka surat juga kurang praktikal dan tidak
mampu dilaksanakan sepenuhnya oleh guru. Manakala murid juga menghadapi
masalah untuk mengikuti dan menguasai sepenuhnya segala pelajaran yang diajar
oleh guru.

Peruntukan dua waktu seminggu (60 minit) untuk mata pelajaran Bahasa Arab ini
lebih sesuai apabila jumlah bilangan unit pelajaran dan jumlah bilangan
Perbendaharaan Kata dikurangkan.

6
Analisis Perbandingan
1. Kesesuaian Kosa Kata mengikut tahap murid:
1.1 Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 61:
UNIT KOSA KATA
1

1
Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat (2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

7
9

10

1.2 Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 51:


UNIT KOSA KATA
1

1
Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

8
6

10

2. Bilangan Frasa Bahasa:


2.1 Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 61:
UNIT

1 6 15 35
2 6 18 36
3 5 22 35
4 7 24 38
5 7 20 40
6 5 21 41
7 6 25 43
8 5 14 37
9 6 13 42

1
Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat (2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

9
10 6 15 45

2.2 Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 51:


UNIT

1 7 14 30
2 5 23 31
3 6 22 34
4 6 23 36
5 6 13 45
6 7 15 32
7 6 20 36
8 5 24 40
9 5 24 32
10 6 22 30

3. Kemahiran Bahasa:
Sukatan Pelajaran (SP) Bahasa Arab di sekolah kebangsaan memfokuskan
kepada empat kemahiran asas iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur,
Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis2:

3.1 Kemahiran Mendengar, contohnya:


- Mendengar bunyi huruf
- Mendengar perkataan dan ayat serta memahaminya
- Mendengar bilangan dan nombor serta memahaminya
- Mendengar ucapan
- Mendengar arahan, panduan, perintah dan menjawabnya
- Mendengar teks dan puisi yang mudah
- Mendengar perkataan dan ayat mengikut pelbagai situasi

1
Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
2
Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR (2004), m/s 1-6, Kementerian Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

10
3.2 Kemahiran Bertutur, contohnya:
- Menyebut bunyi huruf dengan betul
- Menyebut perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul
- Menyebut bilangan dan angka
- Menyampaikan ucapan
- Menyampaikan arahan, panduan dan perintah serta menjawabnya
- Soal dan jawab

3.3 Kemahiran Membaca, contohnya:


- Membaca perkataan dan ayat dengan lancer
- Membaca ucapan
- Membaca arahan, panduan dan perintah serta jawapannya
- Membaca teks dan puisi

3.4 Kemahiran Menulis, contohnya:


- Menyalin huruf, perkataan dan ayat dengan betul
- Menulis huruf, perkataan dan ayat dengan betul
- Menulis bilangan, nombor dan angka dengan betul
- Menulis ucapan
- Menulis arahan, panduan dan perintah serta jawapannya
- Menulis ayat-ayat yang mudah
- Mengeja huruf, perkataan dan ayat berdasarkan kaedah yang betul

11
RUJUKAN

1. Majdi Ibrahim, Muhammad Nasiruddin Mohd Hashim, Mohd Zawawi Awang Hamat
(2007). Buku Teks Bahasa Arab KBSR Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Saufi Man, Majdi Ibrahim, Siti Sarah Insyirah Abdul Rashid (2008). Buku Teks
Bahasa Arab KBSR Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR Tahun 6 (2004). Kementerian
Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
4. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab KBSR Tahun 5 (2004). Kementerian
Pelajaran Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
5. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR (2004). Kementerian Pelajaran
Malaysia: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

12

You might also like