You are on page 1of 10

Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software

http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
ASMA Birhatiyah

1. Isim Pertama ( ‫ “ ) ﺑﺮھﺘﻴﻪ‬Birhatihin”Wazannya ialah (‫)ﺗﻔﻌﻠﻴﻪ‬


“tif-alihin”. Huruf Ba berbaris di bawah, Ra bertanda mati, Ha
berbaris atas, Ta berbaris bawah, Ya tandanya mati dan Ha berbaris
dua di bawah. Demikianlah semua isim-isim yang lain, huruf
akhirnya berbaris dua di bawah. Dan baginya ialah huruf alif.
Makna nya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus, ada pendapat lain
mengatakan maknanya Subbuhun.
Khasiatnya :
• Perempuan yang susah beranak
Tulislah isim ini pada pinggan putih sebanyak 35 kali, dan
larutkan tulisan itu dengan air. Beri minum insya-Allah mudah
beranak.
• Meluaskan rezeki
Bacalah isim ini sebanyak seratus kali tiap-tiap hari selama 40
hari, insya-Allah akan terbuka pintu kekayaan kepadanya.
• Menguatkan ingatan
Tulis isim ini pada tapak tangan kanan sebanyak 7 kali pada waktu
pagi, kemudian di jilat hingga hilang tulisan itu. Insya-Allah
kuat ingatannya.

2. Isim kedua ( ‫ “ ) ﻛﺮﻳﺮ‬Karirin”


Wazannya ialah (‫“ )ﻓﻌﻴل‬fa-ilin”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ra
berbaris di bawah, huruf Ya tandanya sukun dan huruf Ra terakhir
berbaris dua di bawah. Dan baginya ialah huruf Ba.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah: ‫( اﻟﻪ ﻛل ﺷﻲء‬tuhan bagi tiap-tiap
sesuatu) dan ada pendapat lain dengan makna Ya Allah.
Khasiatnya :
• Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkannya 100 kali pada
setiap malam, insya-Allah dia akan dapat melihat jin dengan mata
kepalanya. Kemungkinan jin itu akan menjadi khadamnya.
• Jika Isim ini ditulis pada kertas sebanyak 11 kali dan
diletakkan di dalam tempat perniagaan, kedai, peti simpanan harta
dan lain-lain, insya-Allah tidak akan dicuri.
• Sakit Mata
Tulis Isim ini pada pinggan dan larutkan tulisan ini dengan air
yang bersih. Titik air ini ke dalam mata yang sakit sebanyak 17
titik selama 3 hari, insya-Allah akan segera sembuh.
• Pengasih
Tulislah isim ( Birhatiihin, Karirin) pada sebarang makanan dengan
air liur, Sesiapa yang makan makanan itu, akan timbul lah perasaan
kasih sayang dalam hatinya insya-Allah. Jika dibaca pada minuman
pun akan terhasil juga kasih sayang.
• Cepat dipinang orang
Ukirlah kedua-dua Isim ini pada cincin dan diberi pakai kepada
anak dara yang belum dipinang, InsyaAllah akan segera mendapat
pinangan.
• Pelaris
Jika kedua-dua Isim ini ditulis pada barang yang tidak laku
dijual, insya-Allah akan segera dibeli dan akan mendapat
keuntungan yang banyak.

3. Isim Ketiga ( ‫ “ ) ﺗﺘﻠﻴﮫ‬Tatlihin ”


Wazannya ialah (‫“ )ﺗﻔﻌﻴل‬taf-ilin”. Huruf Ta berbaris di atas, Huruf
Page 1
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
Ta kedua bertanda sukun, huruf Lam berbaris di bawah, huruf Ya
sukun dan huruf Ha berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Jim.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Al-Quddus Al-Qaadir, ada pendapat
lain dengan makna Subbuhun Quddusun, Al-Khabir dan Mujir
Khasiatnya :
• Kaya
Barangsiapa yang membacanya setiap hari sebanyak 70 kali,
insya-Allah akan mendapat rezeki, kekayaan dan kehidupan yang
baik.
• Pendamai
Jika berlaku salah faham di antara suami dan isterinya, maka
tulislah Isim ini sebanyak 70 kali pada kulit kijang dengan
menggunakan misik dan zakfaran. Pakailah kulit kijang itu diatas
kepalanya, insya-Allah akan segera berdamailah keduanya.
• Penunduk
Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mengamalkan Isim (BIRHATIIHIN,
KARIRIN, TATLIIHIN) insya-Allah akan tunduk kepadanya arwah-arwah
alam tinggi dan rendah.

4. Isim keempat ( ‫ “ ) طوران‬Thuranin”Wazannya ialah (‫“ )ﻓﻌﻼن‬fu’lanin”.


Huruf Tho’ berbaris hadapan, huruf Wau tandanya sukun, huruf Ra
berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Nun berbaris dua di
bawah.Baginya ialah huruf Dal.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Hayyu, ada pendapat lain
dengan makna Ya Muhyi.
Khasiatnya :
• Pendinding
Sebagai pendinding, hendaklah ditulis isim ini sebanyak 5 kali
bersama dengan 4 ayat terakhir surah Al-Hasyr, 3 kali huruf ha (‫) ھ‬
dan tujuh kali huruf Hamzah (‫)ء‬. Tulisan ini dijadikan sebagai
azimat dan dipakai. Insya-Allah selamat dari sebarang kejahatan
jin dan manusia atau dari kezaliman pembesar-pembesar
kerajaan/orang berpangkat.
• Panah malam
Barangsiapa yang menuju isim ini kepada orang yang zalim di setiap
malam dengan membacanya sebanyak 1000 kali dan mewakilkannya
dengan kecelakaan pada setiap 100 kali bacaan. Tidak sampai 3
malam orang itu akan ditimpa kecelakaan.
• Melepaskan orang yang dipenjara
Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 21 kali pada
sekeping roti (spt : roti tempayan), setelah siap ditulis roti itu
diberi kepada orang yang dimaksudkan. Roti itu hendaklah dibahagi
empat, dan makan satu bahagian sehari. Ini bererti roti tersebut
dihabiskan dalam masa 4 hari. Insya-Allah Allah akan
mempermudahkan jalan keluarnya.
• Masuk hantu/disihir.
Caranya dengan menulis ( BIRHATIIHIN, KARIRIN, TATLIIHIN, THURANIN
) pada sekeping kertas dan kalungkan kepada orang yang dirasuk
hantu, insya-Allah dia akan sedarkan diri dan terbakarlah
hantu/jin yang merasuk itu. Jika dia disihir, insya-Allah akan
terbatallah sihir itu dengan kuasa Allah Taala.

5. Isim kelima ( ‫ “ ) ﻣﺰﺟل‬Mazjalin”Wazannya ialah (‫“ )ﻣﻔﻌل‬maf-alin”.


Huruf Mim berbaris atas, Huruf Zai tandanya sukun, huruf Jim
berbaris atas dan huruf Lam berbaris dua di bawah, baginya ialah
huruf Ha (‫)ھ‬.
Page 2
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya Qayyum, ada pendapat lain
dengan makna Ya Qoimu (‫) ﻳﺎﻗﺎءم‬
Khasiatnya :
• Perempuan mandul
Caranya ialah dengan menulis isim ini sebanyak 7 kali bersama
dengan 8 asma’ Althohathil pada cawan atau pinggan. Tulisan itu
hendaklah dilarutkan dengan air dan diberi minum kepada perempuan
yang mandul sebanyak 7 kali minum selama 7 hari. InsyaAllah dia
akan hamil.Dan inilah 8 asma’ Althohathil itu :
( ‫) ﻟﻠطﮫطﻴل ﻣﮫطﮫطﻴل ﻗﮫطﻴطﻴل ﻓﮫطﻴطﻴل ﻧﮫﮫططﻴل ﺟﮫﻠططﻴس ﻟﺧﮫططﻴل ﻟﻣﻘﻔﻧﺟل‬
• Pangkat besar
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 50 kali,
insya-Allah akan terampun dosa-dosanya, akan dapat menzirahi maqam
Baginda Rasulullah SAW sebelum sampai ajalnya, akan mencapai
martabat yang besar dan dikasihi siapa yang melihatnya.

6.Isim keenam ( ‫ “ ) ﺑﺰﺟل‬Bazjalin”Wazannya sama dhobit dengan isim


sebelumnya. Huruf Ba berbaris atas, huruf Zai tandanya sukun,
huruf Jim baris diatas dan huruf Lam berbaris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Wau.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Wadud. Ada empat lagi pendapat
lain dengan makna Ya-Allah, Ya-Qoohir, Ya-Ahad dan Ya-Wahid.
Khasiatnya :
• Tunai Hajat
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas merah. Waktu
menulisnya ialah sebelum terbit matahari hari khamis dan sebelum
bercakap-cakap dengan sesiapa. Pergi ke tepi pantai dan pohonlah
hajat itu kepada Allah Taala. Setelah hajat disebutkan, maka
kertas merah itu dicampakkan ke dalam laut. Insya-Allah hajat kita
akan ditunaikan pada hari Jumaatnya.
• Membatalkan sihir
Ambil sedikit air yang telah dicampur dengan tiga biji garam.
Kemudian bacalah pada air itu ( ‫ ) ﻣﺰﺟل ﺑﺰﺟل‬sebanyak 66 kali. Berikan
air itu kepada mangsa sihir untuk dibuat air tawar dan mandian.
Insya-Allah akan hilanglah sihir itu dan terhurailah
ikatan-ikatannya.
• Kejayaan
Barangsiapa yang membaca kedua-dua isim ini ketika melaksanakan
sesuatu urusan atau kerja, insya-Allah akan cepat mendapat
kejayaan.

7. Isim ketujuh ( ‫ “ ) ﺗﺮﻗب‬Tarqobin”Wazannya ialah (‫“ )ﺗﻔﻌل‬taf-alin”.


Huruf Ta berbaris atas, huruf Ra tandanya sukun, Qafnya berbaris
atas dan huruf Ba berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Zai.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Salam.
Khasiatnya :
• Pelaris
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada sekeping kertas
berserta dengan Firman Allah :
‫ﻛﻠﻣﺎ دﺧل ﻋﻠﻴﮫﺎ زﻛﺮﻳﺎ اﻟﻣﺣﺮاب وﺟد ﻋﻧدھﺎ رزﻗﺎ‬
dan bersama wifiq ini :
١٥٥ ١ ٧ ٢٥٥
٢٥٥ ١٥٥ ١ ٧
٧ ٢٥٥ ١٥٥ ١
١ ٧ ٢٥٥ ١٥٥
Setelah siap, hendaklah diasapkan dengan kayu gaharu. Kemudian
Page 3
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
gantunglah di kedai atau tempat perniagaan. Insya-Allah akan
ramailah pelanggan yang datang.

8. Isim kelapan ( ‫“ ) ﺑﺮھش‬Barhasyin”Wazannya ialah (‫“ )ﺗﻔﻌل‬taf-alin”.


Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra bertanda sukun, huruf Ha berbaris
atas dan huruf Syin berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf ha
(‫)ح‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah (‫ھ ﻋﺑدك أﺟﺑﮫ‬,‫) ﻳﺎ ال‬, pendapat lain
dengan makna Ya-Muqtadir. Isim ini merupakan tasbih Malaikat
Mikail alaihissalam.
Khasiatnya :
• Menyeru orang dari jarak jauh
Bacalah ( ‫ )ﺗﺮﻗب ﺑﺮھش‬sebanyak 1209 kali. Setiap kali cukup bacaannya
seratus kali hendaklah diwakilkan dengan menyeru nama orang yang
kita kehendaki itu supaya datang dengan segera.
Khadam bagi kedua-dua isim ini ialah Zahroyiilin (‫ )زﺣﺮاﻳﻴل‬dan
Syithoyiilin (‫) ﺷﻴطﺎ ﻳﻴل‬. Bukhur untuk kedua khadam ini ialah gaharu
dan liban zakar. Waktu membacanya ialah tengah malam.

9. Isim kesembilan (‫“ ) ﻏﻠﻣش‬Ghalmasyin”


Wazannya juga (‫)ﺗﻔﻌل‬. Huruf Gha berbaris atas. Lamnya sukun, Mim
berbaris atas dan huruf Syin berbaris dua di bawah.Baginya ialah
huruf
Tho (‫)ط‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Hamidu Ya-Majidu.
Khasiatnya :
• Supaya hajat kita ditunai orang
Bacalah isim ini setiap malam sebanyak 300 kali secara riadhah dan
berpuasa. Tiap kali bacaan cukup 100 kali, baca pula : Tawakkalu
ya khuddamu hazal ismi fi shifati (fulan) ila (fulan),Wa amaruh
(sebut hajat /perintah kita itu ). Insya-Allah hajat kita akan
ditunaikan dalam masa tiga hari.
• Mengusir Jin
Caranya ialah dengan membaca isim ini sebanyak 1370 kali di tempat
yang ada jin itu. Semasa membaca isim ini pasanglah setanggi
daripada Barnuf (‫)ﺑﺮﻧوف‬. Insya-Allah jin akan segera keluar dari
tempat itu. Jikalau kita mahu jin itu kembali semula ketempat
asalnya, Maka pasanglah setanggi kayu gaharu yang telah direndam
dengan air mawar dan bacalah isim ini dengan cara terbalik : ‫ﺷﻣﻠﻎ‬
(syamlaghin), kemudian baca pula : Bihaqqi hazal ismi ayyatuhal
malaikatu ikzinu liljaani an yarji’u ila amakinihim wa ila ma
wakkalu alaihi, barakallahu fikum wa alaikum.

10. Isim kesepuluh (‫“ )ﺧوطﻴﺮ‬Khuthirin”Wazannya ialah (‫)ﻓوﻋﻴل‬


“fu-ilin”. Huruf Kha berbaris hadapan, huruf Wau bertanda sukun,
huruf Tho berbaris bawah, huruf Ya sukun dan huruf Ra berbaris dua
di bawah. Ada pendapat lain mengatakan huruf Kha itu berbaris
atas. Yang paling sahih ialah baris hadapan. Baginya ialah huruf
Ya.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qawiyyu, ada pendapat lain
dengan makna Ya-Matin, Ya-Alim dan Ya-Hakim.
Khasiatnya :
• Supaya anak kecil tidak diganggu
Caranya ialah dengan menulis isim ini pada kertas bersama Surah
At-thariq dengan diceraikan huruf-hurufnya. Kalungkan tulisan ini
pada anak kecil insya-Allah selamat dari gangguan jin dan qarin.
• Penerang hati
Page 4
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
Amalkan membaca isim ini setiap hari sebanyak 70 kali, insya-Allah
kuat ingatannya dan terpancarlah hikmah dari hatinya.
• Hebat memanah dan bermain pedang
Pakailah cincin yang diukir asma ini ( ‫) ﻣﺰﺟل ﺑﺰﺟل ﺗﺮﻗب ﺑﺮھش ﻏﻠﻣش ﺧوطﻴﺮ‬
insya-Allah akan mendapat kekuatan dan melebihi dengan orang yang
setanding dengannya.
• Memagar rumah dari anjing
Tulis asma yang tersebut pada kulit serigala yang telah disamak.
Kemudian tanamlah kulit tersebut di bawah tangga rumah, di pintu
masuk kampung atau bandar, insya-Allah anjing tidak akan masuk
selama mana kulit itu tertanam.
• Pengasih
Baca Asma tersebut sebanyak 7 kali bersama dengan nama orang yang
dikehendaki itu pada sebiji buah epal. Kemudian berilah buah itu
kepadanya, insya-Allah akan teguh dan tetap lah perasaan kasih nya
kepada kita.
• Dipandang hebat
Jika seorang raja mahu dipandang hebat oleh tentera-tenteranya,
Maka tulislah asma tersebut pada kertas emas yang bersih dan
dipakainya, insya-Allah.

11. Isim kesebelas ( ‫“ ) ﻗﻠﻧﮫود‬Qolnahudin”Wazannya (‫)ﺣﺿﺮﻣوت‬


“Hadramautin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Lam sukun, huruf Nun
berbaris atas, huruf Ha berbaris hadapan , huruf Wau sukun dan
huruf Dal berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf kaf.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Matin. Pendapat lain dengan
makna Ya- Sami’ Ya-Basir, Ya-Sami’ Ya-Badi’, Ya-Mughni dan
Ya-Muhith.
Khasiatnya :
• Kerasukan atau sawan
Bacalah isim ini kepada orang yang dirasuk jin atau sawan sebanyak
20 kali dengan memasang bukhur kulit anbar, jawi dan liban.
Insya-Allah ia akan bercakap-cakap dan memberitahu kita perkara
yang menimpanya. Jika jin itu tidak mahu keluar dari tubuh
badannya, maka bacalah kesemua Asma Birhatiah ini sebanyak 7 kali,
insya-Allah jin itu akan segera keluar. Setelah jin keluar dari
badannya maka hendaklah dia sentiasa mengamalkan doa-doa pelindung
supaya jin itu tidak lagi kembali menggangunya.

12. Isim kedua belas ( ‫“ )ﺑﺮﺷﺎن‬Barsyanin”


Wazannya ( ‫“ )رﺣﻣﺎن‬rahmanin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra
bertanda sukun, huruf Syin berbaris atas, Alif nya sukun dan huruf
Nun berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf lam.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhith. Pendapat lain dengan
makna Ya-Allah Ya-Aziz.
Khasiatnya :
• Menunaikan hajat
Tulis isim ini dan Sulam Sulaimani ( # ) pada cincin Qasdir ( ‫ﻗﺻدﻳﺮ‬
) dan dipakai ketika hendak melaksanakan sesuatu hajat,
insya-Allah hajatnya akan ditunaikan.
• Mengetahui khabar-khabar dari alam arwah
Jika kita ingin mengetahui sesuatu khabar dari alam arwah, maka
hendaklah dia membaca “Qolnahudin Barsyanin” sambil memasang
bukhur liban zakar dan meminta arwah supaya hadir, insya-Allah dia
akan hadir dan akan bercakap-cakap dengan kita mengenai hal yang
kita hendak tahu itu.
Page 5
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled

13. Isim ketiga belas ( ‫“ )ﻛظﮫﻴﺮ‬Kazhirin”Wazannya (‫“ )ﺗﻛﺮﻳم‬takrimin”.


Huruf Kaf berbaris atas, huruf Zho bertanda mati, huruf Ha
berbaris bawah, huruf Ya bertanda sukun dan huruf Ra berbaris dua
di bawah. Baginya ialah huruf Mim.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan
makna Ya-Qawiyyu Ya-Matin dan Ya-Rahim. Isim ini merupakan tasbih
Nabi Yunus alaihissalam.
Khasiatnya :
• Menyakitkan Jin yang degil
Perbanyakkan membaca isim ini supaya jin yang merasuk merasa sakit
dan segera keluar dari tubuh badan.

14. Isim keempat belas ( ‫“ ) ﻧﻣوﺷﻠﺦ‬Namusyalakhin”Wazannya ( ‫) ﺑﻧوﻗﻣﺮ‬


“banuqamarin”. Huruf Nun berbaris atas, huruf Mim berbaris
hadapan, huruf Wau bertanda sukun, huruf Syin barisnya atas, huruf
Lam berbaris atas dan huruf kha berbaris dua di bawah. Baginya
ialah huruf Nun.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Allah Ya-Aziz, pendapat lain
dengan makna Ya-Allah Ya-Hu.
Khasiatnya :
• Lepas dari penjara
Jika orang yang dipenjara sentiasa membacanya insya-Allah akan
dilepaskan oleh Allah Taala.
• Menghentikan darah
Tulis Asma ini pada pakaian orang yang keluar/turun darah itu,
insya-Allah akan berhenti dengan segera (Qolnahudin, Barsyanin,
Kazhirin, Namusyalakhin).

15. Isim kelima belas ( ‫“ )ﺑﺮھﻴوﻻ‬Barhayula”Wazannya ( ‫) ﻓﻴﻌﻠوﻻ‬


“fai-alula”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Ra sukun, huruf Ha
berbaris atas, huruf Ya berbaris hadapan, Wau nya sukun dan Lam
berbaris atas. Baginya ialah huruf Sin.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Subhanallah. Pendapat lain dengan
makna Ana Allah Amanal Khoifin.
Isim ini merupakan tasbih Nabi Ibrahim alaihissalam.
Khasiatnya :
• Melihat sesuatu dalam tidur
Untuk melihat sesuatu dalam tidur, maka sembahyanglah 6 rakaat
dengan 3 salam. Setelah sudah sembahyang, tulislah isim ini
sebanyak 7 kali pada tapak tangan kanan dan membaca :
( ‫ﺗوﻛﻠوا ﻳﺎﺧدام ھذا اﻹﺳم اﻟﺷﺮﻳف وأروﻧﻲ ﻛذا وﻛذا‬. )
dan tidurlah dengan mengiring ke kanan, insya-Allah dia akan dapat
melihat dengan jelas perkara yang dia hendak tahu itu.

16. Isim keenam belas ( ‫“ ) ﺑﺷﮐﻴﻠﺦ‬Basykailakhin”Wazannya (‫)ﻣﻔﻌﻴﻠل‬


“maf-ailalin”. Huruf Ba berbaris atas, huruf Syin sukun, huruf Kaf
berbaris atas, huruf Ya sukun, huruf Lam berbaris atas dan huruf
Kha berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Ain.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Mukminun
Khasiatnya :
• Melepaskan kesusahan
Jika kita berada dalam kesusahan, dukacita dan dibebani masalah
hutang, maka bacalah isim ini tiap-tiap malam sebanyak 70 kali
insyaAllah akan mendapat pertolongan dari Allah Taala.
• Ubat sakit mata
Page 6
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
Tulis isim ini sebanyak 7 kali pada hari Isnin di sekeping kertas
dan juga bait-bait berikut. Kemudian pakaikan kepada orang yang
sakit mata insyaAllah akan segera sembuh :
( ‫)ﯾا ﻧﺎظﺮي ﺑﻴﻌﻘوب أﻋﻴذ ﻛﻣﺎ ٭ ﺑﻣﺎ اﺳﺘﻌﺎذ ﺑﻪ إذ ﻣﺳﻪ اﻟﻛﻣد‬
( ‫)ﻗﻣﻴص ﻳوﺳف إذ ﺟﺎء اﻟﺑﺷﻴﺮ ﺑﻪ ٭ ﺑﺣق ﻳﻌﻘوب ﻓﺎذھب أﻳﮫﺎ اﻟﺮﻣد‬

17. Isim ketujuh belas ( ‫ “ )ﻗﺰﻣﺰ‬Qazmazin”


Wazannya ialah (‫“ )ﻣﻘﻌد‬maq-adin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Zai
bertanda sukun, huruf Mim berbaris atas dan huruf Zai berbaris dua
di bawah. Baginya ialah huruf Fa.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya- Muhaimin. Isim ini merupakan
tasbih Nabi Isa alaihissalam.
Khasiatnya :
• Duit barakah
Tulis isim ini dan wifik di bawah pada secarik kain sutera biru
dan masukkan ke dalam kantung / karung bersama duit yang tidak
dikira jumlahnya. Kemudian gantunglah kantung itu pada dahan pokok
berduri dan diasapkan dengan anbar dan misik. Bacalah qosam ini
pada kantung itu dengan sempurna pada malam jumaat sebanyak 100
kali. Insya-Allah turunlah barakah pada kantung itu dan tidak akan
habis duitnya dengan izin Allah.
١٥ 8٥ ١٥٥٥
١٥٥٥ ١٥ 8٥
8٥ ١٥٥٥ ١٥
• Melepaskan diri daripada musuh
Supaya selamat dari kejahatan musuh seteru, maka banyakkanlah
membaca
( Basykailakhin, Qozmazin)

18. Isim kelapanbelas ( ‫ “ )أﻧﻐﻠﻠﻴط‬An-gholalitin”Wazannya ( ‫“ )أﻗطﻊ ذﻳب‬


Aqtoa zibin”. Huruf Hamzahnya berbaris atas, huruf Nun bertanda
sukun, huruf Ghain berbaris atas, huruf Lam berbaris atas, Lam
kedua berbaris bawah, huruf Ya bertanda sukun dan huruf Tho
berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Shod.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Azhimu Ya-Hakim. Pendapat lain
dengan makna Ya-Hakim Ya-Khobir Ya-Lathif dan Arrahman Arrahim.
Khasiatnya :
• Memindah / menghalau orang zalim
Jika kita hendak memindahkan orang zalim atau jahat dari rumahnya,
maka tulislah isim ini dengan surah Al-fiil pada sekeping tembikar
yang pecah. Kemudian lumatkan menjadi debu. Lontarkan debu ini ke
arah rumah si zalim itu, insya-Allah akan segera berpindah.
• Memadamkan api
Barangsiapa yang banyak membaca isim ini dengan niat hendak
memadamkan api, insya-Allah api itu akan terpadam.

19. Isim kesembilan belas ( ‫ “ ) ﻗﺑﺮات‬Qobaratin”Wazannya ialah (


‫ “ )رﺣﻣﺎت‬Rohamatin”. Huruf Qaf berbaris atas, huruf Ba barisnya di
atas, pendapat kedua dengan huruf Ba bertanda sukun, huruf Ra
berbaris atas, Alifnya sukun dan huruf Ta berbaris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Qaf.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Aziz. Pendapat kedua dengan
makna Ya-Baqi.
Khasiatnya :
• Menjauhkan penyakit taun dan seteru
Tulislah isim ini dengan firman Allah :
Page 7
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
( ‫ )ﻓﺎﻟﻴوم ﻧﻧﺟﻴك ﺑﺑدﻧك‬lalu memakainya insya-Allah selamat dari taun dan
seteru.
• Melihat perkara yang baik
Barangsiapa yang mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh setiap
hari sebanyak 60 kali, insya-Allah dia tidak akan melihat akan
perkara yang dibencinya selama-lamanya.

20. Isim kedua puluh ( ‫“ )ﻏﻴﺎھﺎ‬Ghoyaha”


Wazannya ialah (‫“ )ﺣﻴﺎھﺎ‬hayaha”. Huruf Ghain dan Ya berbaris atas,
Alifnya sukun dan huruf Ha berbaris. Baginya ialah huruf Ra.
Maknanya dalam Arab ialah Ya- Karim, Ya-Qahar.

21. Isim kedua puluh satu ( ‫“ )ﮐﻴدھوﻻ‬Kaidahula”Wazannya ialah ( ‫) ﻓﻴﻌﻠوﻻ‬


“fai-alula”. Huruf Kaf berbaris atas, huruf Ya bertanda sukun,
huruf Dal berbaris atas, huruf Ha berbaris hadapan, huruf Wau
sukun dan huruf Lam berbaris atas. Baginya ialah huruf Syin.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫) اﻟﻘﺎھﺮھواﻟﻠﮫ‬, pendapat lain dengan
makna Ya-Qadim Ya-Qohir
Khasiatnya :
• Menghapuskan sihir
Tulislah isim ini sebanyak 100 kali berserta dengan ayat :
(‫)وٲﻟق ﻣﺎ ﻓﻲ ﻳﻣﻴﻧك ﺗﻠﻘف ﻣﺎﺻﻧﻌوا… اﻟﺦ‬
(‫)ﻗﺎل ﻣوﺳﻰ ﻣﺎﺟﺋﺘم ﺑﻪ اﻟﺳﺣﺮ…اﻟﺦ‬
dengan huruf yang bercerai-cerai di sekeliling wifik di bawah.
Pakaikan tulisan ini pada orang yang kena sihir, insya-Allah
batallah sihir itu.( wifik tak dapat di masukkan)
• Al-wusul Attami
Barangsiapa yang ingin sampai kepada kesempurnaan sepertimana yang
telah dicapai oleh Assadatul Akhyar, maka hendaklah dia melakukan
khalwat dengan betul-betul sempurna syarat-syaratnya. Banyakkanlah
berzikir dengan ( ‫)ﻏﻴﺎھﺎ ﻛﻴدھوﻻ‬. Setiap kali genap seratus kali
bacaannya, bacalah pula Isim-isim Attijani sekali. Insya-Allah ia
akan mencapai apa yang dikehendakinya.

22. Isim kedua puluh dua ( ‫“ )ﺷﻣﺧﺎھﺮ‬Syamkhohirin”


Wazannya ialah (‫“ )ﺟﺑﺮاﺋل‬jabra-ilin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf
Mim bertanda sukun, huruf Kho berbaris atas, huruf Ha barisnya di
bawah dan huruf Ra berbaris dua di bawah. Baginya ialah huruf Ta.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫)ﺗﻌﺎﻟﻴت ﻳﺎﻋﻠﻲ ﻳﺎﻋﻠﻴم‬.
Khasiatnya :
• Menghalau semut
Tulis isim ini sebanyak 7 kali dalam mangkuk. Larutkan tulisannya
dengan air bersih dan renjiskan ke tempat yang ada semut itu,
insya-Allah ia akan segera beredar.

23. Isim kedua puluh tiga ( ‫ “ ) ﺷﻣﺧﺎھﻴﺮ‬Syamkhohiirin”Dhobit wazannya


adalah sama dengan isim yang sebelumnya, hanya ditambah satu huruf
sahaja, yaitu huruf Ya sukun selepas daripada huruf Ha (‫)ھ‬. Baginya
ialah huruf Tsa ( ‫)ث‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qodhi, pendapat lain dengan
makna Ya-Hu Ya-Hu dan Ya-Robbah Ya-Robbah:
Khasiatnya :
• Menghalau nyamuk
Tulis isim ini sebanyak 15 kali pada kertas dan bakar ditempat
yang banyak nyamuk, insya-Allah nyamuk-nyamuk itu akan lari.

Page 8
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
24. Isim kedua puluh empat ( ‫“ ) ﺷﻣﮫﺎھﻴﺮ‬Syamhahiirin”Dhobit wazannya
juga sama dengan isim yang terdahulu, kecuali huruf Kha ditukarkan
dengan huruf Ha ( ‫)ھ‬. Baginya ialah huruf Kha.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫) ﻳﺎﻗدﻳﺮ ﻳﺎﻗﺎدر‬, pendapat lain dengan
makna Ya-Kafi, Ya-Aziz dan Ya-Jabbar.
Khasiatnya :
• Memecah belah pakatan jahat
Tulis isim ini sebanyak 100 kali dengan ayat :
( ‫)وٲﻟﻘﻴﻧﺎ ﺑﻴﻧﮫم اﻟﻌداوة واﻟﺑﻐﺿﺎء إﻟﯽ ﯾوم اﻟﻘﻴﺎﻣۃ‬
Kemudia tulis pula dua nama orang yang berpakat melakukan perkara
yang tidak di redai Allah, insya-Allah akan timbul api perpecahan
dan perbalahan diantara keduanya.
• Mengesan kehadiran Al-Arwah
Jika kita hendak mengetahui kehadiran mereka semasa melakukan
amalan, bertapa, berkhalwat dan sebagainya, maka berzikirlah
dengan ( ‫ ) ﺷﻣﺧﺎھﻴﺮﺷﻣﮫﺎھﻴﺮ‬sebanyak 100 kali, kemudian serulah dengan
kata-kata ini : ( ‫) إن ﻛﻧﺘم ﺣﺿﺮﺗم أﯾﺗﮫﺎ اﻷرواح ﻓﺄروﻧﻰ ﻣن ﺷﻌﺎع ﻧورﻛم‬. Nescaya akan
terpancarlah cahaya seperti pancaran cahaya matahari.

25. Isim kedua puluh lima ( ‫“ ) ﺑﻛﮫطﮫوﻧﻴﻪ‬Bikahthohaunaihin”Wazannya


ialah ( ‫“ ) ﻓﻌﻔﻌوﻧﻴﻪ‬fi’afau-naihin”. Huruf Ba berbaris bawah, huruf Kaf
berbaris atas, huruf Ha bertanda sukun, huruf Tho dan Ha berbaris
atas, huruf Wau sukun, huruf Nun baris atas, huruf Ya sukun dan
huruf Ha berbaris dua di bawah.
Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari
segi baris dan hurufnya. Imam Al-Buni mengatakan riwayat ini
adalah yang betul. Baginya ialah huruf Zal ( ‫) ذ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Qadim, pendapat kedua dengan
makna Ya-Da-imu.
Khasiatnya :
• Menolak lapar
Tulis isim ini 70 kali pada pinggang putih dan larutkan dengan air
yang bersih. Minum pada waktu pagi insya-Allah kita tidak akan
berasa lapar.

26. Isim kedua puluh enam ( ‫“ ) ﺑﺷﺎرش‬Basyarisyin”Wazannya ialah ( ‫ﻣﻧﺎ‬


‫“ )ﺻﺮ‬manasirin”. Huruf Ba dan Syin berbaris atas, huruf Alif sukun,
huruf Ra baris di bawah dan huruf Syin baris dua di bawah.
Baginya ialah huruf Dhod (‫)ض‬. Maknanya dalam Bahasa Arab ialah
Ya-Qodiran ala kulli syai-in. (‫ )ﻳﺎ ﻗﺎدرا ﻋﻠﻰ ﻛل ﺷﻲء‬.
Khasiatnya :
• Membersihkan jiwa
Barangsiapa yang sentiasa membaca isim ini dengan tanpa had
bilangan, InsyaAllah ia tidak akan merasa dahaga, bersih jiwanya,
dihalang daripada khowatir-khowatir nafsunya dan lancar lidahnya
bila berbicara.

27. Isim kedua puluh tujuh ( ‫“ ) طوﻧش‬Thunasyin”Wazannya ialah ( ‫) ﻣﮫﺘد‬


“muhtadin”. Huruf Tho berbaris atas, huruf Wau sukun, huruf Nun
baris atas dan huruf Syin baris dua di bawah.
Di sana ada tiga lagi riwayat isim ini yang sedikit berbeza dari
segi baris dan hurufnya. Seperti ( ‫)طوش ٭ طﺮش ٭ طوﻳﺎش‬. Imam Al-Buni
mengatakan riwayat ini ( ‫ ) طوﻧش‬adalah yang sowab. Baginya ialah
huruf Zho (‫)ظ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah Ya-Syakur, pendapat kedua dengan
makna
Page 9
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Software
http://www.foxitsoftware.com For evaluation only.

Untitled
( ‫ )ھوﷲ اﻟﻛﺮﻳم‬.
Khasiatnya :
• Kanak-kanak yang selalu menangis dan terkejut
Tulis isim ini dalam bentuk wifik beserta dengan Surah Al-Fatihah
11 kali, kemudian tambat atau kalungkan pada kanak-kanak tersebut,
insya-Allah dia akan berhenti dari menangis.
‫ط‬ ‫ن و‬ ‫ش‬
‫و‬ ‫ش ن‬ ‫ط‬
‫ن‬ ‫ط ش‬ ‫و‬
‫ش‬ ‫و ط‬ ‫ن‬
• Menunaikan hajat
Jika kita mempunyai hajat kepada Allah Taala, maka bacalah isim
ini selepas solat isyak sebanyak 80 kali dalam keadaan sujud (niat
sujud syukur) dan mohonlah hajat itu kepada Allah Taala,
insya-Allah akan ditunaikan.
• Sakit kepala
Tulis isim (‫“ )طوش‬thausyin” pada sekeping kertas sebanyak 20 kali
beserta dengan huruf Shod (‫ )ص‬sebanyak 90 kali. Kemudian kalungkan
pada orang yang sakit kepala, insya-Allah akan segera sembuh.

28. Isim kedua puluh lapan ( ‫ “ )ﺷﻣﺧﺎ ﺑﺎ روخ‬Syamkho-Barukhin ”Wazannya


ialah ( ‫“ )ﻓﻌﻼ ﻓﺎﻋول‬fa’la fa-ulin”. Huruf Syin berbaris atas, huruf
Mim sukun, huruf Kha dan Ba berbaris atas, huruf Ra baris hadapan,
huruf Wau sukun dan huruf Kho baris dua di bawah. Baginya ialah
huruf Ghain (‫)غ‬.
Maknanya dalam Bahasa Arab ialah ( ‫)اﻟﻘﺎدر ھو ﷲ اﻟﻛﺮﻳم‬.
Khasiatnya :
• Membatalkan sihir
Tulis isim ini dengan ayat ( ‫…ﻣﺎ ﺟﺋﺗم ﺑﻪ اﻟﺳﺣﺮ‬. ) dalam mangkuk dan
larutkan tulisan itu dengan air. Beri minum air kepada mangsa
sihir, insya-Allah akan terbatal sihirnya itu.
• Mengalahkan musuh
Tuliskan 28 isim ini pada mata pedang dan baca pula qosam ini
padanya sebanyak 45 kali, insya-Allah musuh-musuh kita akan jadi
lemah dan bertempiaran lari.
• Menyembuhkan penyakit
Caranya ialah dengan menulis 28 isim ini pada mangkuk dan baca
qosam sebanyak 7 kali, berilah pesakit minum airnya insya-Allah
akan sembuh .‫ﺗﻣت‬

Page 10

You might also like