You are on page 1of 15

Ashabul Kahfi: Kisah dan

Pengajaran
Menerusi Al-Quran, Disediakan
As-Sunnah, kata-kata para Sabahat, Tabiin
oleh: Sharafuddin Shah
dan Ulama Islam
Surah Al-Kahfi: Surah yang mengajar kita cara menghadapi fitnah/ujian
 10 ayat pertama/terakhir dibaca pada setiap malam jumaat. Ayat2 ini adalah senjata untuk menghadapi
Fitnah terbesar iaitu Fitnah ad-Dajjal.
 Menurut Shaiykh Abdul Bary, ada 4 jenis Fitnah:

Fitnah Ad-Deen: Ujian dimana kita dipaksa menganut agama lain atau agama kita dihina. Ini ditonjolkan
dalam kisah ashabul kahfi.
Fitnah Al-Mal: Ujian di mana keteguhan agama kita diuji dengan kekayaan atau kemiskinan. Ini ditonjolkan
dalam kisah pemilik 2 kebun
Fitnah Al-’Ilm: Ujian dimana ilmu menjadi suatu yang sukar diperolehi dan kesabaran yang perlu dalam
menuntut ilmu. Ini ditonjolkan dalam kisah Nabi Musa dan khidir
Fitnah As-Sulthah: Ujian dimana kesyukuran kita diuji dengan kekuasaan. Ini ditonjolkan dalam kisah Dzul
Qarnain
‫‪Melarikan diri daripada fitnah itu Fardhu Ain‬‬

‫يو=شك أن يكون خري مال أحدمك غامن يتبع هبا شعف اجلبال و=مو=اقع القطر يفر بدينه من الفنت‬
Pertanyaan Quraish kepada Rasulullah
‫ أن قريشاً بعثوا إىل أحبار اليهود باملدينة يطلبون منهم أشياء ميتحنون هبا‬:‫وقد تقدم عن ابن عباس‬
‫ وعن‬،‫ وعن خرب ذي القرنني‬،‫رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم فبعثوا إليهم أن يسألوه عن خرب هؤالء‬
‫الروح‬
Terjemahan: Sesungguhnya telah diberitakan daripada Ibnu Abbas bahawasanya Quraish menghantar (dua) utusan
kepada pendeta-pendeta Yahudi di Madinah meminta daripada mereka perkara-perkara yang mereka boleh uji
Rasulullah saw dengannya. Maka pendeta-pendeta Yahudi pun menghantar utusan kepada Quraish dan menyuruh
mereka bertanyakan kepada Rasulullah khabar Ashabul Kahfi, khabar Dzul Qarnain dan Ar-Ruh.

1. Pada pendeta-pendeta Yahudi, soal Ashabul Kahfi itulah paling ajaib diantara ketiga-tiga perkara ini.
2. Juga surah ini hendak menguatkan hati orang-orang Islam yang beriman dengan Rasulullah saw dalam
menghadapi penyeksaan Quraiysh.
Rumusan

ً‫ٱلرقِي ِم َكانُواْ ِم ْن آيَاتِنَا َع َجبا‬ ِ ‫َصحاب ٱلْ َك ْه‬


َّ ‫ف َو‬ َّ ‫ت أ‬
َ َ ْ ‫َن أ‬
ِ
َ ‫أ َْم َحسْب‬
Ayat 9: Terjemahan: Apakah kamu fikir bahawa Ashabul kahfi itu dan raqeem adalah
daripada tanda Kami yang ajaib/menghairankan/pelik?

Dua pendapat:
1. Ashabul Kahfi memang ajaib tapi penciptaan langit dan bumi lebih ajaib daripada
ashabul kahfi dan ar-raqeem (Pendapat yang Rajih)
2. Apa yang diberikan kepada Nabi seperti Al-Quran, Al-Hikmah dan sebagainya itu lebih
afdhal daripada ashabul kahfi dan ar-raqeem (Pendapat yang Marjuh)
Ashabul Kahfi
 Ashab = companions
 Al-Kahf = Gua di gunung (Imam Ibnu Jarir At-Tabari). Namanya adalah Haizam (Ibnu Jurayh)
 Raqeem =
1. Wadi/Lembah
(a)Ibnu Abbas: Lembah diantara ‘Usfan dan Ailah iaitu dibawah Palestin dan berdekatan dengan Ailah
(b)Atiyyah: Lembah
(c)Qatadah: Lembah dimana berada didalamnya Ashabul Kahfi
2. Kampung (Ikrimah->Ibnu Abbas->Ka’ab)
3. papan yang tertulis kisah-kisah pemuda2 al-kahfi yang kemudiannya diletakkan diatas pintu gua tersebut (Sa’ad Ibnu
Jubayr)
4. Kitab (Ibnu Abbas, Ibnu Zayd)
5. Gunung di mana terletaknya gua tersebut. Namanya adalah Binajalus (Ibnu Jurayh)
6. Anjing yang bernama Himran
Jadi apa itu Raqeem?
 ‫ والرقـيـم‬،‫األواه‬
ّ ‫ و‬،ً‫ إال حنانا‬،‫كل القرآن أعلـمه‬
ّ :‫عن ابن عبـاس قال‬

Terjemahan: Daripada Ibnu Abbas bahawasanya beliau berkata: Semua sekali dalam Al-Quran aku tahu kecuali
Hananan, Al-Awwah dan Ar-raqeem

 ‫ أم بنـيان؟‬،‫ أكتاب‬،‫ ما أدري ما الرقـيـم‬:‫قال ابن عبـاس‬

Terjemahan: Berkata Ibnu Abbas: Aku tidak tahu apa itu Ar-Raqeem, adakah ia sebuah buku/tulisan ataupun
bangunan?
 ‫ أو شيء ُكتب فـيه كتاب‬،‫ أو حجر‬،‫ لوح‬:‫وأوىل هذه األقوال بـالصواب فـي الرقـيـم أن يكون معنـياً به‬

Terjemahan: (Berkata Ibnu Jarir) Pendapat yang paling dekat dengan kebenaran adalah bahawa ia adalah papan,
atau batu atau sesuatu yang lain yang ditulis keatasnya.
Ashabul Kahfi menurut Ibnu Abbas (At-Tafsir Al-Munir)
 Bahawasanya mereka daripada kerajaan seorang Raja yang sangat zalim, menyuruh manusia menyembah berhala-berhala, apabila
mereka melihat itu mereka keluar daripada bandar itu, maka Allah mengumpulkan mereka tanpa temujanji . Maka menjadikan
sebahagian daripada mereka bertanya kepada yang lain: Kemana kamu inginkan? Kemana kamu ingin pergi? Maka ini menjadikan
sebahagian daripada mereka menyembunyikan sebab mereka keluar daripada yang lain kerana mereka tidak tahu sebab mereka semua
keluar daripada kaum mereka. Kemudian, mereka membuat perjanjian yang mengkehendaki mereka menyatakan sebab mereka keluar
daripada kaum mereka, jikalau mereka sebab yang sama maka bagus, jika tidak hendaklah disembunyikan sebab-sebab itu. Maka
mereka rupa-rupanya bersatu diatas kalimah yang sama, sambil menyebut ‘Rabbuna rabbus samawati walardh’ dengan selesanya .
Kemudian mereka lari menuju ke gua. Maka mereka ditidurkan oleh Allah. Ini menyebabkan ahli-ahli keluarga mereka mencari-cari
mereka dan perkara ini sampai kepada Raja. Mereka cuba mencarinya tetapi gagal. Maka raja pun berkata:

‫ليكو=نن لهؤالء القو=م بعد اليو=م شأن انس خر=جو=ا ال ندر=ي أين ذهبو=ا يف غري جناية‬
Terjemahan: Benar-benar menjadi bagi kaum ini selepas hari ini keadaan sekumpulan manusia yang keluar dan kita tidak
mengetahui dimanakah mereka pergi sambil mereka tidak mempunyai jenayah.
Diqyanus@Diocletian? Adakah
ini rajanya?
Ayat 10-12 Muqaddimah kepada cerita
 Mereka pemuda-pemuda lari daripada gua. Sebab lari, ulama khilaf.
 Ibnu Kathir berpendapat bahawa mereka bukanlah golongan yang beriman dengan Nabi Isa kerana yang mengajukan soalan
ini adalah kaum Yahudi dan tidak mungkin Yahudi bertanyakan perihal orang Nasrani.
 Kemudian mereka berdoa memohon rahmat (untuk mendapat kejayaan)
 Mereka juga berdoa untuk mendapat rashad (iaitu persetujuan daripada Allah atas perbuatan mereka)
 Allah menerima doa mereka di mana Allah meletakkan penutup diatas telinga2 mereka supaya mereka tidak mampu
mendengar yakni menidurkan mereka dengan tidur yang dalam. Ini lebih kuat berbanding menyebut meletakkan penutup di
atas mata kerana tidur yang tidak nyenyak pun masih tidak boleh melihat jika ditutup berlainan dengan tidur yang nyenyak
yang tidak dapat diganggu oleh bunyi yang bising.
 Kemudian Allah membangkitkan mereka daripada tidur selepas 309 tahun untuk menzahirkan siapakah dikalangan mereka
yang lebih tepat tekaannya tentang tempoh mereka tidur.
Ayat 13-17
 Ayat 13: Byk cerita pasal ashabul kahfi, tetapi kisah yang didasarkan kepada kebenaran adalah daripada
Allah. Mereka ini pemuda yang beriman dengan Allah dan dengan sebab itu Allah menambahkan kepada
mereka hidayah (sifat sabar, istiqamah, tawakkal, dan kemampuan untuk menghadapi nafsu duniawi)
 Ayat 14: Allah menguatkan hati mereka dgn sifat sabar dan istiqamah dan berpegang teguh dengan agama
apabila mereka mentauhidkan Allah dan mereka sedar bahawa mensyirikkan Allah itu adalah kesesatan.
 Ayat 15: Mereka Ashabul Kahfi mengkritik kaum mereka yang menyembah tuhan-tuhan selain Allah.
Mereka mempersoalkan kaum mereka yang taqlid dan tidak berfikir dan mendatangkan bukti untuk
menunjukkan perbuatan mereka ini benar. Mereka juga mengakui bahawa mengada-adakan cerita tentang
Allah itu adalah perkara yang paling zalim.
Ayat 13-17
 Ayat 16: diantara mereka ada yang mencadangkan mereka bersembunyi di sebuah gua agar terselamat dan
mendapat kesenangan
 Ayat 17: Gua mereka tak masuk matahari didalamnya. Allah pemberi hidayah.
 Ayat 18: Anjing di pintu gua dan mereka dibolak-balikkan untuk menakutkan musuh
 Ayat 19: Mereka sedar drpd tidur, suruh salah seorang beli makanan guna duit dirham lama.
 Ayat 20: Peringatan oleh rakan2 untuk mengamalkan hazr@hati-hati
 Ayat 21: Mereka wafat selepas itu. Orang2 bandar mencadangkan ditutup gua itu atau dibina monument
diatas mereka. Tetapi pemerintah menyuruh membina masjid berdekatan dgn gua itu.
Pengajaran-pengajaran
1. Tauhid Allah saw pokok segala perkara
2. Penciptaan langit dan bumi lebih ajaib. Quran dan Sunnah itu lebih ajaib
3. Fityah@Shabab@Pemuda: Adalah golongan yang paling menerima Islam dan paling menerima hidayah.
4. Fityah itu menunjukkan bahawa fitnah tidak boleh dihadapi seorang diri, mesti dalam berkumpulan.
5. Jika kita beriman dan istiqamah, sudah tentu Allah akan membantu kita
6. Melarikan diri daripada fitnah ad-deen itu terpuji dan wajib
7. Jihad terbesar adalah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim
8. Mendapatkan ilmu dan menjauhi taqleed
9. Membangkitkan mereka daripada tidur setelah 309 tahun menunjukkan bahawa Hari Kebangkitan itu pasti
10. Sentiasa mengembalikan kepada Allah dengan menyebut ‘Allahu ‘alam apabila tidak tahu.
11. Apabila berjanji mesti menyebut insyaAllah
Pengajaran-pengajaran
1. Mencari tempat yang strategik untuk menyelamatkan diri daripada fitnah (gua yang tak dimasuki
cahaya)
2. Bersikap berhati-hati dgn musuh
3. Allah menimbulkan ketakutan dalam hati musuh
4. Kepentingan agama lebih daripada segala-galanya.
5. Bertengkar tidak bermanfaat (ayat 22)
6. Larangan bertanya ilmu bukan daripada ahlinya (ayat 22)
7. Dua itu adalah otak kepada ibadah
8. Manusia akan duduk dengan golongan serupa sepertinya "‫ ف ما ت عارفمنها ائتلف‬،‫ا ألرواح جنود جم ندة‬
‫“ وما ت ناكر منها اختلف‬
9. Boleh jualbeli menggunakan wakil
10. Menjauhi membina monumen diatas kubur orang-orang soleh
Rujukan
1. Shaykh Abdul Bary
2. Ustaz Zahazan
3. Syakh Yusuf Mullan
4. Prof. Dr. Masmu’ Ahmad Tolib Ash-Sharbaini (Phd Al-Azhar Tafsir Wa
Ulumul Quran)
5. Ahmad Salikin -> Syaikh Yusri Al-Hasani (Ulama Al-Azhar)
6. At-Tafsir Al-Munir (Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhayli)
7. Tafsir At-Tabari
8. Tafsir Ibnu Kathir

You might also like