You are on page 1of 10

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

SIVIK & KEWARGANEGARAAN:

SEJARAH MARA

NAMA:
NOMAK:
KELAS:
HOMEROOM:
BIODATA DIRI

Nama:

Tarikh Lahir:

Tempat Lahir:

Alamat:

E-mel:

Kelas:

Homeroom:

Penasihat:
PENGENALAN

Sejarah awal MARA bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan apabila Majlis Mesyuarat

Undangan Persekutuan Tanah Melayu (MMUPTM) pada Julai 1950 telah bersetuju untuk

menubuhkan sebuah Badan atau Lembaga Khas yang dinamakan Lembaga Kemajuan Kampung &

Perusahaan (LPKP) atau lebih dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority).

Penubuhan RIDA disahkan menerusi Surat Mesyuarat No. 10/1951 didalam persidangan

MMUPTM yang berlansung pada 25 April 1951 dan dikanunkan dengan kelulusan Ordinan No. 48

Tahun 1953.

Allahyarham Dato’ Onn Ja’afar yang pada masa itu memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam

Negeri dan Yang Dipertua Agung UMNO dilantik sebagai Pengerusi atau Ketua Besar RIDA yang

pertama.

Lembaga RIDA ditubuhkan di peringkat Ibu Pejabat bagi menggubal polisi dan dasar serta

dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang diberi kuasa mentadbir dan menguruskan kewangan

serta menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi pihak Lembaga Sementara di peringkat negeri

ditubuhkan Lembaga Kemajuan Negeri, Lembaga Kemajuan Jajahan/Daerah, Lembaga Kemajuan

Kampung dan Persidangan Mukim. Jawatan Pegawai Kemajuan Kampung diwujudkan untuk

mentadbir dan menjalankan tugas-tugas RIDA di peringkat negeri dan Penolong Pegawai Kemajuan

Kampung di peringkat Jajahan/Daerah.


SUMBANGAN MARA PADA PEMBANGUNAN NEGARA

RIDA-MARA terkenal sebagai perintis dalam pelbagai projek baru dan ada antaranya telah menjadi

projek mega kebanggaan Bumiputera dan penyumbang kepada pembangunan negara seperti UiTM

(1957), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ( 1964) Amanah Saham MARA Berhad (1967),

Institut Kemahiran MARA (IKM-1968), Yayasan Pelajaran MARA (YPM-1969), Maktab Rendah Sains

MARA (MRSM-1972), Kolej Profesional MARA/Institut Perdagangan MARA (KPM/IPM-1977), Kolej

MARA (1985), Pusat GIATMARA (1986), Institut Kemahiran Tinggi MARA (IKTM) seperti German

Malaysian Institute (GMI-1992), British Malaysian Institute/Tuas Polytech (BMI-1993) dan Malaysia

France Institute (MFI-1995). MARA telah melahirkan ramai golongan usahawan kecil dan sederhana

dalam pelbagai disiplin keusahawanan dan dari jumlah hampir 129,000 orang (sejak 1951 hingga

Ogos 2000) yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perniagaan melebihi RM 1.2 bilion

tentulah ada yang telah menjadi jutawan dan toloh-tokoh korporat terkenal. Bimbingan dan Latihan

Keusahawanan yang berterusan akan memantapkan lagi pakej pewujudan usahawan disamping

menyediakan kemudahan ruangniaga dan ruangkilang yang berjumlah 4,433 lot (setakat Ogos 2000)

yang disewa dengan kadar rendah dari harga pasaran.

Tanggungjawab sosial jauh lebih penting dari mengira keuntungan. Apa alasan yang diberi,

Kenderaan Bas MARA (KBM) tetap setia memberi khidmat sosialnya kepada masyarat luar bandar

terutama di laluan yang tidak menguntungkan dan tidak ada syarikat/konsortium atau individu yang

sanggup mengambil risikonya.

Allahyarham Tun abdul Razak bin Hussein semasa memberi amanatnya di Majlis Perletakan Batu

Asas ITM pada Oktober 1967 menyatakan, “Dalam memajukan masyarakat Bumiputera seperti

pengalaman negara Jepun dalam zaman Meiji, kira-kira 100 tahun yang lalu, Pelajaran Merupakan

Asas Kemajuan kita, pelajar-pelajar hendaklah menjadi pencepat ke arah kemajuan bukan
sebaliknya.

Amanat keramatnya ini menjadi agenda utama MARA dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir

negara, ahli-ahli profesional dan cendiakawan bagi keperluan sektor swasta/industri dan diharapkan

akhirnya mereka menceburi dalam bidang perniagaan, perusahaan dan perdagangan.

Program Latihan & Pendidikan MARA memberi peluang kepada semua kumpulan dari pelajar-pelajar

yang cemerlang hinggalah kepada mereka yang hanya boleh membaca dan menulis sahaja tanpa had

umur atau kedudukan Merentasi semua peringkat Latihan & Pendidikan dari Peringkat Menengah

hingga ke Program Persediaan ke Institusi Pengajian Tinggi Dalam/Luar Negara dan dari peringkat

Kemahiran Asas hingga ke Teknologi Tinggi (Bacelor of Technology di IKTM).

Keputusan cemerlang PMR dan SPM di kalangan pelajar-pelajar MRSM membuktikan bahawa

pelajar-pelajar Bumiputera boleh mengubah perspektif dan tanggapan masyarakat terhadap

matapelajaran Sains dan Matematik yang begitu ditakuti dan tidak diminati terutama oleh pelajar-

pelajar Bumiputera di luar bandar. Begitu juga dengan lulusan vokasional & teknikal yang dipandang

kelas kedua sudah mula diiktiraf sebagai laluan kedua setanding dengan laluan akademi. Malah

laluan kedua ini lebih menjamin kerjaya di masa hadapan dan penyumbang terbesar dalam

pembangunan industri negera.

Lebih dari 300,000 orang telah dilatih di 188 buah Institusi Pendidikan MARA seperti IKM, MRSM ,

Kolej MARA, KPM, AIM, Pusat GIATMARA dan IKTM. Sementara lebih dari 160,000 orang telah

mendapat kemudahan tajaan MARA di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Ini tidak termasuk lulusan dari Kolej-kolej Yayasan Pelajaran MARA dan UiTM.

Apapun perubahan dan pembaharuan yang dibuat, selagi isu agenda Bumiputera belum selesai,
selagi itulah tanggungjawab yang diamanahkan kepada MARA tetap relevan sebagai berfungsi

memperjuangkan nasib dan harapan Bumiputera dalam menghadapi apa jua cabaran demi

kesejahteraan keharmonian negara, bangsa dan agama.


TOKOH MEMBANGUNKAN MARA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

DATO' ONN JAAFAR

Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepadaDatuk Jaafar

bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau

dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakarsejak kecil, dan mendapat

pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada

tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau

juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan

Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Kerjaya politik

Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajahBritish,

tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan

Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk

menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang

Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan
yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor

Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam

gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun

kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di

bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan

Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu

1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-

syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-

dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua

penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi

"Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu

ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan

Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.

Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada

tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan

bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama diPersekutuan Tanah Melayu pada tahun

1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk

memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih

gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.

Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik.
Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala

Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah

seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau

meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan diMakam Mahmoodiah, Johor

Bahru, Johor. Beliau merupakan pengurusi RIDA.

Tun Abdul Ghafar bin Baba 

Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan

Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei

1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik

Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.

MARA

Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967

hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga

merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara

dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah

menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan


selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana

Menteri.

KESIMPULAN

MARA yang telah ditubuhkan pada tahun 1966 telah banyak membantu anak bangsa

untuk mengecapi kejayaan. Walaupun MARA dilihat sebagai badan untuk melingdungi

kepentingan orang Melayu. Hal ini tidak wajar dijadikan sebagai satu isu ketidakadilan

kerana MARA kini banyak membuka peluang kepada orang bukan bumiputera untuk

membantu mereka mengejar impian dan kerjaya mereka. Sebagai masyarakat yang berpegang

kepada laungan 1 Melaysia kita seharusnya bersatu padu dalam membangunkan Negara tanpa

mengira kaum dan agama lantas bertepatan dengan matlamat asal RIDA iaitu untuk

mengurangkan kegelisahan orang Melayu kerana kaum lain mendapat taraf yang sama seperti

mereka. Sebagai seorang Melayu dan juga warga Melaysia kita perlu menggunakan peluang

yang disediakan MARA sepenuhnya dan membuang rasa perkauman di dalam hati nurani

kita kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkara bagi menjaga kepentingan orang

Melayu. Adalah tidak logik kita jika kita mengatakan kerajaan lebih menjaga kepentingan

kaum lain. Oleh itu, marilah kita munuju ke arah kejayaan dan saling membantu dalam

membina bangsa Melaysia yang maju tanpa mengira kaum.

You might also like