You are on page 1of 2

LAPORAN PENGACARAAN MAJLIS

PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN


SUKAN MINI OLYMPICS 2009
SEBELUM

Sebelum memulakan mana-mana aturcara majlis, adalah menjadi kewajipan kepada

seorang pengacara majlis untuk memastikan perjalanan majlis selari dengan yang telah

dirancang dan tertulis pada buku program. Tetamu kehormat perlu disapa dengan betul

sepanjang majlis. Selain itu, saya juga telah memberi sedikit taklimat berkaitan majlis

yang akan diadakan untuk tujuan kelancaran kepada semua yang terlibat untuk majlis

perasmian pembukaan dan penutupan, khususnya untuk sesi kawad lintas hormat,

bahagian audio, protokol, hadiah dan cenderahati serta Pengerusi keseluruhan

penganjuran. Untuk majlis yang telah dirancang dalam masa yang singkat sebegini,

adalah menjadi kelebihan kepada pengacara majlis yang boleh mengendalikan dengan

skrip spontan, sesuai dengan aturcara dan suasana.

SEMASA

Saya telah menggunakan skrip spontan sepanjang majlis ini dijalankan, selaras dengan

aturcara yang sepatutnya berjalan. Setinggi-tinggi syukur kepada Yang Esa, kerana

sepanjang majlis ini berjalan, tidak berlaku sebarang kesilapan oleh pengacara majlis

yang boleh mencemarkan aturcara. Sedikit masalah berlaku apabila sistem audio

mengalami kerosakan teknikal semasa majlis penutupan. Pada masa yang akan
datang, adalah menjadi keperluan untuk bahagian teknikal untuk menyediakan back-up

untuk mengatasi masalah-masalah sebegini. Pengacara majlis mengacarakan majlis

penutupan tanpa sistem audio yang sepatutnya pada hari tersebut.

SELEPAS

Tugas pengacaraan selesai selepas majlis tamat.

Disediakan oleh,

.........................................................
(MOHD. NUR ASRI BIN HAMDEN)
Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutupan,
Mini Sukan Olympics 2009,
PISMP Ambilan Januari 2007.

You might also like