You are on page 1of 6

Program Bumi Hijau ini adalah salah satu langkah terbaik bagi mengurangkan kos perbelanjaan

keluarga yang meningkat dikala dunia dan negara dilanda krisis kenaikan harga minyak dan
kekurangan bekalan makanan dunia. Ini juga menggalakkan rakyat bercucuk tanam dan
berternak bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.
 
Program yang murni ini dirangka bagi mengujudkan kesedaran dan minat rakyat kepada
pertanian. Kita berharap juga supaya keutamaan kepada makanan segar, berkhasiat dan
selamat menjadi asas dalam penyediaan masyarakat yang berkualiti.
 
Kepada penduduk Bandar dan taman perumahaan serta rumah-rumah pangsa mahu pun
sekolah kita boleh menggunakan kaedah “KITCHEN GARDEN” atau “” iaitu tanaman sayuran
dalam pasu, polibeg dan bekas-bekas dari bahan terbuang.
 
Salah satu lagi pendekatan yang menarik pada program Bumi Hijau ini adalah pengwujudan
‘Kebun Komuniti’, di mana tanah-tanah kosong milik kerajaan, majlis tempatan, swasta dan
rumah ibadat ditanam secara berkumpulan dan diuruskan oleh satu badan pengurusan seperti
Jawatankuasa Rukun Tetangga.
 
Pendekatan seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan dan perpaduan di kalangan penghuni-
penghuni taman melalui kerja-kerja gotong-royong serta penukaran dan perkongsian hasil
tanaman yang segar
 
Kita juga akan perluaskan kempen ini di kem-kem tentera, kuaters kakitangan Kerajaan, sekolah-
sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdapat di negeri ini
 
Program ini bukan saja akan membuatkan kita mendapat hasil tapi dapat mencorak halaman
rumah supaya lebih cantik dan menarik melalui kombinasi tanaman bunga dan sayuran serta
ulaman
 
Komponen ternakan juga tidak ketinggalan iaitu menternak ayam kampung, itik, dan puyuh,
manakala aktiviti menternak ikan keli dan ikan talapia dalam tangki Poly Ethelene juga turut
diperkenalkan.
 
Disamping itu Pihak Berkuasa Tempatan juga diminta menukar separuh daripada bunga
hiasan di tepi jalan dan ditengah jalan yang ditukarkan setipa 3 minggu sekali kepada
sayur-sayuran.
 
Saya berharap masyarakat di negeri ini menanam sayuran di sekeliling rumah dan
menjadikannya satu budaya yang berkekalan supaya keluarga dapat memperolehi bekalan yang
segar, selain mengurangkan kos perbelanjaan dapur.

1. Kempen ini patut mendapat sokongan rakyat sebagai satu usaha mengurangkan
beban kenaikan harga barang pada masa ini.

Bagi yang mampu mungkin tidak terasa sangat dengan kenaikan harga dan
teruskan membeli sayuran di pasar bagi membantu peniaga dan penanam sayur.
Tetapi bagi yang tidak ada kemampuan seruan kerajaan ini amat kena pada masa.

Menanam sebatang dua pokok cili, kangkung, bayam, terong dan sebagainya
tidaklah susah sangat. Hasilnya bukan sahaja boleh digunakan untuk keluarga,
bahkan boleh dihulurkan kepada jiran sebelah. Jika jiran-jiran juga menanam
sayuran dari jenis-jenis berlainan, kita bolehlah mengamalkan ‘barter trade’
sesama jiran. Persahabatan kian erat, badan sihat dan wang jimat!!!

Saran jaya Kempen Bumi Hijau


Harian Metro, 28 Jun 2007
SEREMBAN: Kempen Bumi Hijau yang bermatlamat “Saya berharap kempen ini terus dilaksanakan dan tidak hanya
menggalakkan rakyat membabitkan diri dalam sektor pertanian sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jabatan dan agensi kerajaan yang
dan industri asas tani walaupun secara kecil-kecilan mungkin berkaitan perlu memainkan peranan aktif dengan menyediakan benih,
tidak dapat dicapai seandainya pegawai di agensi berkaitan baja, ikan hiasan dan ternakan secukupnya serta khidmat nasihat.
tidak memberikan komitmen tinggi menjayakannya. “Saya menyeru semua pihak menerima baik kempen ini termasuk guru
dan pelajar dengan menghijaukan kawasan sekeliling sekolah dengan
Sehubungan itu, kerajaan negeri mahu semua agensi pertanian sayuran selain mempelajari teknologi pertanian,” katanya.
dan industri asas tani memainkan peranan proaktif dalam
menjayakan kempen berkenaan. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kempen Bumi
Hijau bagi komuniti sekolah peringkat daerah Seremban, di Sekolah
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Menengah Kebangsaan Mambau, semalam.
negeri, Datuk Razak Mansor, berkata tanpa komitmen tinggi,
kempen berkenaan tidak akan berjaya.
 

PENGENALAN
   
Pelaksanaan Kempen Bumi Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah
dipersetujui oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 19
Oktober 2005 dan dirasmikan di peringkat Kebangsaan oleh Y.A.B
Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mac 2006. Matlamat utama
program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi
mengeluarkan sendiri bahan makanan harian seperti sayur-sayuran,
ulam-ulaman dan buah-buahan.

Kempen ini akan dapat mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian terutama dikalangan
penduduk-penduduk taman perumahan di bandar. Kempen ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran
terhadap makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan disamping persekitaran perumahan yang cantik
dan menarik.
 
KONSEP PELAKSANAAN
   
Kempen Bumi Hijau terdiri daripada 3 komponen iaitu Tanaman, Ternakan dan Akuakultur. Di Putrajaya,
pelaksanaan konsep komponen Tanaman dan Akuakultur diterapkan.
 
 
Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam
tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau
‘edible landscape’, secara menanam tanaman
bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi
keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran
makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.

Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan


sasaran utama adalah penduduk taman perumahan,
penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.

Anak-anak pokok pula ditanam di dalam bekas mudah


Pameran sempena Majlis Pelancaran Kempen Bumi Hijau alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas
Peringkat Kebangsaan , 3 Mac 2006. tanah. Jenis tanaman yang dipilih terdiri daripada sayur-
Sumber Jabatan Pertanian Malaysia
sayuran, daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang
boleh dituai secara berterusan.

Pokok kadok dan kunyit merupakan contoh tanaman yang


boleh ditanam di dalam pasu
Bagi komponen akuakultur, pemeliharaan dalam takungan seperti
kanvas adalah disarankan.
Manakala kaedah ternakan yang sesuai adalah ternakan ayam
kampung dan burung puyuh secara pemeliharaan tertutup dalam
kurungan.

Pemeliharaan ikan di dalam kanvas


Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia

 
PELAKSANAAN KEMPEN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
Kementerian Pertanian dan Asas Tani bercadang untuk
melancarkan program Kempen Bumi Hijau Peringkat
Wilayah Persekutuan dengan mengadakan satu majis
perasmian secara anjuran bersama antara Kementerian
Pertanian dan Asas Tani (MOA) dan Kementerian Wilayah
Persekutuan (KWP). Jabatan Pertanian Putrajaya akan
mewakili MOA dan Perbadanan mewakili KWP sebagai
pelaksana program Kempen Bumi Hijau Peringkat Wilayah
Persekutuan.

Perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, dalam tempoh terdekat. Selaras dengan
perasmian ini, pihak Perbadanan Putrajaya turut mengadakan pameran semasa majlis berlangsung dan juga
pameran susulan di Karnival dan Promosi Kempen Bumi Hijau Peringkat Wilayah Persekutuan di
Alamanda Putrajaya selama 2 hari berturut-turut.
 
AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Kempen Bumi Hijau di Putrajaya, aktiviti-aktiviti berikut diadakan:

i. Perasmian Pelancaran Kempen Bumi Hijau Peringkat Putrajaya


ii. Pelancaran Laman Komuniti Putrajaya
iii. Promosi dan Publisiti yang berterusan
iv. Pameran
v. Pertandingan Laman Dapur
vi. Latihan dan demonstrasi
vii. Penyediaan bekalan input
viii. Sokongan teknikal
 
PENDEKATAN

Putrajaya menggunakan pendekatan bercucuk tanam dan pemeliharaan akuakultur sebagai menyambut
seruan Kempen Bumi Hijau. Penanaman dan pemeliharaan akuakultur akan dilaksanakan secara individu,
keluarga atau komuniti.

i. Penanaman Secara Individu / Keluarga :

- Melibatkan seorang / satu keluarga.


- Dilaksanakan di dalam kawasan rumah dengan spesies tanaman yang sesuai dengan saiz ruang dan
keperluan keluarga.
- Jenis rumah untuk kaedah ini:
  -- rumah berkembar
  -- rumah teres
  -- pangsapuri.
ii. Penanaman Secara Komuniti

- Melibatkan komuniti setempat.


- Dilaksanakan di kawasan perumahan yang mempunyai tanah
lapang yang berhampiran.
- Kaedah ini membolehkan pelbagai jenis tanaman ditanam dengan
mengambil kira kuantiti yang mencukupi untuk keperluan setiap
keluarga dalam komuniti.
- Kelulusan secara rasmi penggunaan tanah ini diperlukan terlebih
dahulu.

Contoh jenis tanaman


yang boleh ditanam
secara komuniti.

 
iii. Pemeliharaan Akuakultur

- Ternakan ikan keli di dalam kanvas digalakkan.


- Secara individu/keluarga atau melibatkan komuniti setempat.
- Dilaksanakan di dalam kawasan rumah atau bagi kawasan
perumahan yang mempunyai tanah lapang yang berhampiran.
- Komponen peralatan ternakan ialah tangki kanvas lengkap dengan
bingkai, benih ikan dan makanan ikan yang diketengahkan oleh
Jabatan Perikanan Malaysia.
Pemeliharaan ikan keli di dalam kanvas
Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia

 
PROGRAM LAMAN KOMUNITI
- Program Laman Komuniti Putrajaya sebagai program susulan
sempena Kempen Bumi Hijau akan diadakan oleh Perbadanan
Putrajaya.

- Program Laman Komuniti Putrajaya adalah selaras dengan konsep


pembangunan Putrajaya sebagai Bandar Raya Dalam Taman.

- Aktiviti ini juga mampu mengeratkan interaksi antara penduduk


dan ia merupakan satu langkah untuk mengwujudkan masyarakat
Putrajaya yang bersedia dipertanggungjawabkan menjaga
persekitaran kediaman komuniti masing-masing.
   
Program Laman Komuniti ini dicadangkan untuk dijalankan secara berfasa:
- Untuk peringkat permulaan, modul Laman Dapur akan
diperkenalkan dengan beberapa contoh reka bentuk bagi rumah jenis
teres dan pangsapuri yang terdapat di presint-presint kediaman. Reka
bentuk Laman Dapur ini akan memperlihatkan satu reka bentuk
laman yang harmoni dan bersepadu antara tumbuhan boleh dimakan
dan tanaman hiasan.

- Untuk fasa seterusnya, laman komuniti bagi kategori rumah jenis


banglo, semi-D serta kawasan hijau termasuk rizab landskap dan
taman-taman akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut
keperluan.

You might also like