You are on page 1of 1

Tajuk: Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti

sukan dan permainan?

Modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan
permainan dengan mewujudkan masyarakat yang berbangga sebagai rakyat
Malaysia. Hal ini akan menjadikan setiap rakyat sentiasa menghormati raja dan
pemimpin negara dengan penuh taat setia. Bahkan, rakyat akan selalu bersungguh-
sungguh untuk menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

Selain itu, aktivit sukan dan permainan yang juga dapat membentuk individu
yang bersifat cinta akan negara dengan melahirkan masyarakat yang bersemangat
setia negara. Dengan wujudnya aktiviti sukan dan permainan ini, rakyat akan
mempunyai sikap bertanggungjawab kepada negara dan bangsa. Oleh itu, negara
akan sentiasa aman sentosa tanpa sebarang masalah dan kucar- kacir.

Bertitik tolak dari situ, aktiviti sukan dan permainan yang sentiasa
memerlukan kerjasama setiap individu akan melahirkan masyarakat yang
bersemangat kekitaan dan menjadikan masyarakat Malaysia semakin bersatu padu
dan berharmoni. Hal ini juga akan mewujudkan sifat bersefahaman dan
bermuafakat sesama masyarakat sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
sesama mereka.

Tambahan pula, sikap yang berdisiplin iaitu yang berakhlak dan berbudi
pekerti mulia dapat dilahirkan dalam diri setiap individu melalui aktiviti sukan dan
permainan. Rakyat juga akan sentiasa berusaha mematuhi peraturan dan undang-
undang. Justeru, segala huru- hara dan jenayah dapat dielakkan dan ini akan
menjadikan negara sentiasa aman dan makmur.

Akhir sekali, aktiviti sukan dan permainan akan membentuk peribadi


seseorang rakyat Malaysia melalui sikap berusaha dan produktif yang ditonjolkan.
Setiap warga Malaysia akan menjadi lebih rajin dan gigih serta tabah menghadapi
cabaran hidup yang mendatang. Hasilnya, negara Malaysia akan menjadi sebuah
negara yang terus maju dalam setiap aspek kehidupan.

You might also like