You are on page 1of 9

PENGENALAN

• Secara lazimnya, adat makan kaum cina


terbahagi kepada tiga peringkat iaitu adat
sebelum makan, semasa makan dan selepas
makan.
• Terdapat juga beberapa pantang larang yang
harus dipatuhi dalam adat makan kaum ini.
• Secara amnya, makanan dihidang serentak dan
setiap individu akan dihidangkan dengan nasi
dan mereka akan memilih lauk pauk sendiri.
Adat Sebelum Makan
• Ketika di meja bulat – semua ahli keluarga sama-
sama menjamu selera di meja makan sebagai
tanda hormat.
• Menjadi adat dan rutin untuk minum sup dahulu
sebelum menjamah nasi.
• Orang yang lebih tua akan memulakan
memegang penyepit terdahulu, kemudian barulah
orang muda- sebagai tanda hormat.
• Orang yang lebih muda akan mempelawa orang
yang lebih tua untuk makan.
Adat Semasa Makan
• Tidak digalakkan untuk bercakap dan
berbual.
• Terdapat tiga cara makan:-
1. mengambil lauk dari hidangan dengan
menggunakan sudu, kemudian makan
menggunakan penyepit
2. memasukkan lauk yang diinginkan di dalam
satu mangkuk kecil terlebih dahulu sebelum
makan seperti biasa
3. mengambil lauk terus dari hidangan ke
dalam pinggan nasi dengan menggunakan
penyepit.
• Dianggap tidak bersopan jika
menjilat hujung penyepit
• Letakkan penyepit di tempat yang
disediakan dan jangan berebut-
rebut.
• pastikan anda menunggu giliran
apabila memusing bulatan pemusing
Adat Selepas Makan
• Setelah selesai makan, penyepit
diletakkan di atas mangkuk.
• Arah penyepit harus menghala ke
depan.
• Menjadi adat kaum cina untuk
menunggu semua ahli selesai makan di
meja sebelum bersurai.
• Seperti biasa orang perempuan akan
mengemas meja setelah selesai
makan.
Alatan Ketika Makan

 Penyepit (chopstick)
 Sudu
 Mangkuk nasi
 Mangkuk lauk
 Piring kicap
Pantang Larang
 Tidak meletak pinggan dekat dengan
mulut ketika menyuap makanan.
 Tidak boleh mencuri makan/lauk dari
dalam kuali.
 Tidak menghasilkan bunyi ketika
mengunyah makanan.
 Setelah selesai makan, penyepit yang
digunakan tidak diletakkan secara
bersilang.
 Nasi tidak boleh disediakan secara
menggunung kerana membawa petanda
yang tidak baik (mati)
Disediakan oleh:-
Ainul Syariha bt Azhar
Najihah bt Md Muhtar
Nur Farehah bt Johar
Syazreen Akhqma bt Othman
PISMP-IPGM E3

You might also like