You are on page 1of 9

PERMAINAN TRADISIONAL:

KABADDI
PENGENALAN
• Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional
yang berasal dari negara India.
• Menurut bahasa Hindi, perkataan ‘kabaddi’ bermaksud
menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari
permainan tersebut.
• Turut dikenali dengan nama Hadudu di kalangan orang
Bangladesh.
• Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula
berkembang di Asia Tenggara, jepun dan Iran.
• Kabaddi turut merupakan salah satu permainan yang
dipertandingkan di Sukan Asia.
PASUKAN PEMAIN
• Permainan ini dimainkan antara dua pasukan.
• Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain;
iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai
pemain simpanan.
• Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan
bertindak sebagai pasukan penyerang
manakala pasukan yang satu lagi bertindak
sebagai pihak lawan.
KAWASAN &
DURASI PERMAINAN

• Kawasan gelanggang permainan ini


meliputi luas 12.5 x 10 meter persegi
yang dibahagi pula kepada dua kawasan
yang sama luas.
• Durasi permainan adalah selama 40 minit
untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit
untuk pertukaran dua sesi tersebut.
CARA PERMAINAN
1. Pasukan penyerang akan menghantar seorang
penyerang yang akan memasuki kawasan pihak
lawan (setengah seperti yang dijelaskan di
atas).
2. Penyerang tersebut akan berusaha untuk
menyentuh atau menjatuhkan mana-mana
pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang
proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut
perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau
tidak menipu dengan menarik nafas yang lain,
beliau dikehendaki menyebut ‘kabaddi’ secara
berterusan.
Sambungan…
3. Jika penyerang dapat menyentuh atau menjatuhkan
mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan
nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari
permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan
kembali semula ke gelanggangnya.

4. Namun, apabila penyerang sudah berjaya


mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan
pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali
semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika
penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum
berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.

5. Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai


penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir
sehingga sesi permainan tamat.
PERATURAN AM PERMAINAN
• Tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan
kabaddi; seorang referee, dua hakim, dua penjaga
garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat
markah.

• Mata dikira berdasarkan percubaan yang berjaya


untuk menyentuh/menjatuhkan dan kembali ke
gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.

• Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau


mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan
luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan
berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya
akan dikira terkeluar dari permainan kecuali jika
tindakan itu berlaku atas ‘struggle’.
• Pasukan yang berjaya mengeluarkan
semua pemain dalam pasukan pihak
lawannya dalam masa sesi permainan
akan mendapat 2 mata bonus “lona”.

• Bagi peringkat yang tinggi, permainan


Kabaddi dijalankan mengikut asas
ketinggian dan berat untuk
memastikan keadilan dalam
permainan.

You might also like