You are on page 1of 18

BAB 6: PROSES

ENDOGENETIK
SUMBER TENAGA
Tenaga haba
Tenaga
Endogenik
Tenaga
graviti

Tenaga
radiogenik /
atom
TEORI HANYUTAN BENUA
 Diperkenalkan berasaskan hipotesis awal Alfred
Wegener (1910)
 Benua yang ada pada hari ini dikatakan berasal
dari satu daratan besar - PANGEA .
 Peringkat awal – Pangea terbahagi dua iaitu
Laurasia (utara) dan Gondwanaland (selatan).
 Tenaga yang menhanyutkan kerak bumi ialah
tenaga tekanan (putaran bumi) dan tenaga
endogenik.
 Hanyutan benua yang berterusan menyebabkan
pemisahan secara besar-besaran Pangea dan
membentuk benua dan lautan baru.
 Terdapat dua daya utama yang mengerakan
kerak bumi iaitu mampatan dan tegangan yang
wujud akibat adanya arus perolakan.
 Kerak bumi akan sentiasa bergerak akibat
tekanan dari kedua-dua daya tadi.
 Kerak bumi bergerak ke hadapan, bahagian
belakangnya akan membentuk lautan.
BUKTI YANG MENYOKONG TEORI HANYUTAN BENUA
Gabungan bentuk pinggir pantai benua-benua. Contohnya pinggir
pantai Afrika Barat dan pinggir pantai timur Amerika Selatan

Bukti paleontologi berdasarkan usia fosil-fosil purba di pinggir


pantai barat Afrika dan Amerika Selatan. Contohnya fosil dinosaur
Mesosaurus

Bukti usia dan jenis batuan dan galian. Contohnya emas di Afrika
Selatan, benua kecil India danAustralia
BUKTI YANG MENYOKONG TEORI HANYUTAN BENUA

Sistem pergunungan dari segi struktur, jenis dan usia batuan.


Contohnya Amerika Utara dan Eropah Timur

Bukti pengglasieran dari segi kesan hakisan dan proses


pemendapan terutama di benua Afrika dan Amerika Selatan

Bukti paleomagnetisme dari segi arah megnet akibat perubahan


susunan dan struktur batuan purba di benua kecil India
TEORI PLAT TEKTONIK

 Boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan


plat yang dikenali sebagai plat benua dan plat
lautan.
 Plat-plat ini sentiasa bergerak akibat pergerakan
arus perolakan magma yang panas di lapisan
astenosfera.
 Pergerakan berlaku secara perlahan-lahan iaitu
beberapa cm setahun.
 Jenis-jenis pergerakan plat tektonik
 pertembungan plat benua dengan plat benua
menghasilkan siri gunung lipat.
 pertembungan plat lautan dengan plat lautan
menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke
bawah dan membentuk jurang lautan.
 Pertembungan plat lautan dengan plat benua di
mana plat lautan yang lebih tumpat akan
terbenam ke bawah dan membentuk jurang lautan
sementara di benua terbentuk gunung lipat yang
selari dengan jurang lautan.
 Pergerakan plat tektonik secara pencapahan
membentuk permatang tengah lautan.
 Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara
perselisihan.
TEORI PEREBAKAN DASAR
LAUT
 Magma yang panas daripada lapisan mantel
tertolak naik ke dasar lautan menyebabkan dasar
lautan retak. Retakan ini dinamakan sempadan
pencapahan.
 Magma yang keluar di sepanjang sempadan
pencapahan membentuk permatang di dasar
laut dan proses ini berlaku berterusan.
GEMPA BUMI
Gempa bumi bermaksud pembebasan tenaga yang
cepat dari pusat gempa sama ada secara
pertembungan, percapahan atau perselisihan plat-
plat tektonik yang menghasilkan gelombang
kejutan berpunca daripada sesaran secara tiba-tiba
di sepanjang gelinciran. Gempa bumi diukur
menggunakan Mesin Seismograf dalam unit
Richter.
Proses gempa bumi
 Dua atau tiga plat tektonik bertembung yang me­
lepaskan tenaga secara tiba-tiba sehingga
menggegarkan lapisan kerak bumi dan akan di­
rasai di sepanjang sempadan plat yang terlibat
 Gelinciran pada plat tektonik yang mengakibat­
kan berlakunya pergerakan turun atau naik
lapisan kerak bumi seterusnya akan
mengeluarkan ge­lombang seismik dan
menghasilkan gempa bumi
 Pemisahan antara plat tektonik akan melepaskan
tenaga secara tiba-tiba sehingga menggegarkan
lapisan kerak bumi yang juga akan menghasilkan
gempa bumi
 Runtuhan tanah/tebing tinggi pada skala yang
besar di dalam tanah atau di luar akan
melepaskan tenaga secara tiba-tiba sehingga
berlakunya kejadian gempa
Kesan Gempa Bumi Terhadap
Alam Sekitar Fizikal
 Meningkatkan kejadian tanah runtuh.
 Menyebabkan peningkatan kadar pemendapan.
 Perubahan landskap – kemusnahan hutan.
Kesan Gempa Bumi Terhadap
Alam Sekitar Manusia
 Berpotensi menyebabkan kehilangan nyawa dan
cerdera
 Menimbulkan perasaan trauma
 Penularan wabak penyakit
 Menjejaskan aktiviti ekonomi – pertanian,
penternakan, perikanan, pelancongan dll
 Tenaga paling penting.
 Tenaga haba wujud dalam lapisan atas mantel bumi (lapisan
astenosfera) yang berkeadaan amat panas dan batuan
separa cair kerana berada dalam keadaan tekanan, suhu dan
mampatan yang tinggi.
 Batuan separa cair mewujudkan arus-arus perolakan di
bawah kerak bumi – menghasilkan fenomena gelinciran dan
lipatan.
 Jika kerak bumi berlanggar, gelombang seismik akan terhasil
– gempa bumi.
 Batuan separa cair akan membentuk lava atau magma –
mengalir keluar melalui letusan gunung berapi.
Tenaga graviti diperolehi daripada mampatan jisim
dan pertambahan momentum sudut semasa
pembentukan planet.
Tenaga radiogenik atau atom diperoleh daripada
pencerakinan nukleus atom yang wujud dalam
sesetengah mineral radiogenik seperti uranium,
plutonium dan thorium

You might also like