You are on page 1of 19

Sekolah Menengah Kebangsaan

CONVENT BUTTERWOTH

KERJA KURSUS SEJARAH

NAMA: SARAH AMILIA ONG


KELAS: 2 CERGAS
SEKOLAH: S.M.K CONVENT BUTTERWOTH
NAMA GURU GEOGRAFI: PN. Bibik
Tajuk: tokoh sejarah tempatam

Isi Kandungan Halaman


1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kaedah Kajian
5. 1) Biodata
2) Sipnosis hidup
3) Garis Masa
4) Jasa dan sumbangan
Tun Dr. Mahathir kepada
Masyarakat

6. Rumusan

Penghargaan

Saya bersyukur kepada tuhan kerana izin-Nya saya dapat menyiapkan


dan menjalankan kajian ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada kedua-dua ibu-bapa saya yang
tidak jemu-jemu membantu dan memberi dorongan kepada saya selama ini.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu
Puan Bibik. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, panduan, nasihat, serta
bimbingan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-
rakan saya yang juga banyak membantu saya membuat tijauan, membuat
rujukan, dan sama-sama memberi saya cadangan untuk menyiapkan kerja
kursus ini

Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada


pihak sekolah yang banyak memberi bantuan serta kebenaran untuk
menjalankan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih

Pendahuluan

Saya, Sarah Amilia Ong dari tingkatan 2 cergas di SMK CONVENT


BUTTERWOTH. Tujuan saya menjalan kajian ini adalah bagi
memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Sejarah untuk PMR yang
mewajibkan setiap pelajar menjalankan kerja kursus Sejarah.

Tajuk kajian sejarah saya ialah mengkaji tokoh-tokoh sejarah di


Negara Malaysia. Saya telah memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad
sebagai tokoh . Hal ini keranaTun telah memberi banyak
sumbangandan jasa kepada rakyat Malaysia.

Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah January
hingga Julai sahaja. OIeh itu, Saya mesti menggunakan masa sebaik mungkin
untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
Sekian Terima Kasih,

Objektif Kajian

Objektif khusus Kajian Sejarah Tempatan adalah untuk:

1.Mengetahui biodata tokoh

2.Mengenal pasti sumbangan kepada


masyarakat yang telah diberikan .

3. Mengenal pasti jasa beliau 


Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
dan memperoleh maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.

Kaedah yang saya gunakan ialah:

a) Kaedah Rujukan

-Untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah membuat rujukan


dengan menelaah buku-buku dan internet yang megandungi
sebarang maklumat mengenai tokoh sejarah kita iaitu Tun Dr.
Mahathir Mohamad.

b)Kaedah pemerhatian

-Pemerhatian telah dilakukan untuk mengenal pasti beliau macam


mana dan mengenal pasti latar belakang beliau.

C) Pautan Luar

-Pautan luar ini saya telah melihat blog dia dan menkaji dia dari luar pautan.

1) Biodata
Tun Dr Mahathir Mohamad 
Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002)

Biodata Tokoh

Nama penuh : Mahathir Muhamad


Tarikh lahir : 20 Disember 1925
Agama : Islam
Tempat lahir : 18, Lorong Kilang Ais , Seberang Perak
Alor setar, Kedah
Bangsa : Melayu
Nama Bapa : Mohamad bin Iskandar
Nama Ibu : Wan Tempawan bin Wan Hanafi
Pendidikan : 1) Sekolah Melayu Seberang Perak
2) Kolej Sultan Abdul Hamid
(lulus sijil tinggi pelajaran)
3) Kolej Perubatan King Edward iv
( dianugerah ijazah Muda
Perubatan dan pembedahan)

2) Latar Belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama
penanya Che Det) dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau
merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed
Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad
Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee
Muslim (yang berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki melayu di
sebeerang Perak, Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum
menyambung di sekolah kerajaan beraliran inggeris di Alor Setar.
Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal
kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau
menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan
dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui
peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang
Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik
atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dituduh
bersifat kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa
yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah
seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang
dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepada individualisme
Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil
pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti
projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar
PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang
akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa
Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan
Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.
Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun,
pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang
teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya
sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia
Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
2) Sinopsis Hidup 
Pendidikan Awal Tun Dr. Mahathir

Dr. Mahathir mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang


Perak, Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini
Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, Encik Mohamad bin
Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Encik Mohamad
Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah
sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan
menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi di kalangan anak-
anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai
seorang yang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya.
Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin dan mempunyai
determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tun
Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang
Perak sebelum memasuki

Mahathir di zaman kanak-kanak

Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan
Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun
Dr Mahathir bin Mohamad berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual
buah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah
tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyambung
pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Tun
Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke
King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura . Pada tahun
1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazah perubatan MBBS.

Pengalaman Tun Dr. Mahathir


Dr. Pernah meletakkan jawatannya dengan kerajaan. Beliau pernah berniaga buah-
buahan dan cendol di Pekan Rabu, Kedah. Beliau telah dilantih duduk dalam
jawatankuasa Pekan Rabu. Beliau melihat sendiri betapa susahnya orang Melayu
mendapatkan ruang niaga. Beliau kemudianya membuka klinik sendiri. Pengalaman
berniaga yang dilalui menyedarkan beliau betapa perlunya kemahiran berniaga untuk
meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang mendorong Tun Dr Mahathir bin
Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku sekolah.

3) Kerjaya Politik

Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana


beliau mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union.
Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang
yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti
Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan
tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang
mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan
dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati
atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang
rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam
pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih
sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti
Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau
menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan
Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa,
dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa
beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai
kerusinya.
Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada
keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas
pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam
suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26
September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema
Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah
dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada
tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Tun Dr
Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.
Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik
sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding diKubang
Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa
bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah
satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975.
Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara
mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir
sebagai timbalannya, sambil masih
mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama
selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein
Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir
sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu
sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober, 2003, Dr Mahathir
bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah
Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008
dalam satu ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan
terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun
dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir
menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir
kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[1]

4) Ekonomi dan Sumbangan Social

Wawasan 2020

Harapan Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia


sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun
Dr Mahathir bin Mohamad menampilkan satu falsafah yang murni yang
kemudiannya disusuli dengan perlaksanaan yang berterusan. Matlamatnya
ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran
yang seimbang.

Memberkenalkan pelbagai Slogan, Dasar dan Konsep baru


 Dasar Pandang Ketimur
 Dasar Penerapan nilai-nilai Islam
 Dasar Kependudukan 70 juta
 Wawasan 2020
 Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah".

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad


tidak pernah letih memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah
menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan
menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui
teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni
dikalangan kakitangan awam khususnya dan masyarakat amnya. Beliau juga
memperkenalkan penggunaan 'kad perakam waktu' dan pemakaian tanda
nama kepada kakitangan kerajaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga menampilkan 'Dasar Kependudukan 70


juta' ke arah menjadikan Malaysia mempunyai pasaran dalam negara yang
mampu menyokong pengeluarannya.

Dasar pandang Ke Timur

Beliau tidak gentar dengan kontroversi dan pernah menggemparkan


hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar
'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang
mendiskriminasikan kepentingan Malaysia Beliau kemudiannya
memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya
kerja masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh
rakyat demi meningkatkan produktiviti serta menyemai etika kerja
professional.

Dasar Penswastaan

Antara elemen penting dalam Dasar Pandang Ketimur ialah melihat


bagaimana Negara Jepun dan Korea boleh menjadi sebuah negara maju dan
menjadi pemimpin dalam beberapa jenis industri dunia. Program
penswastaan mula diketengahkannya pada tahun 1983 sebagai satu usaha
melihat penting peranan swasta. Beliau juga melihat beberapa sektor dalam
kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan
menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam
menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan
juga digerakkan agar organisasi yang diswastakan lebih cekap.
Pengswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti
dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan
terhadap industri perkhidmatan juga diperkenalkan demi mempertingkatkan
mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sealiran dengan dasar
itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia yang bertujuan
menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya
bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan


'Sogossosha Malaysia yang diceduk dari versi Jepun yang bertujuan
menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat
antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran
produk Malaysia

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah


sesuatu yang wajib. Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar
Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan kegiatan ekonomi
Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan
pergantungan ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan
teknologi negara melalui pemindahan teknologi. Melalui dasar ini HICOM,
Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.

Penggerak Industri Permotoran Malaysia

Dr. Mahathir mahu Malaysia terlibat dalam industri permotoran agar rakyat
negara ini dapat menguasai teknologi dan kekayaan yang ada dalam industri
ini.

Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu
Malaysia menjadi pemain yang aktif dalam industri otomobil dengan
mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal 'Kriss' dan menjadi pengeksport
kereta yang berdaya maju. Malaysia juga adalah hub pemasangan beberapa
jenama kereta terkenal bagi rantau Asia Tenggara

Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan


projek litar Formula 1 yang bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi
grand prix dunia Negara juga menaja pasukan formula 1 Stewart. Pada
tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang
ringan 'Eagles X-TS'. Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di
jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa lepas. Beliau
mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah
dengan terbinanya Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.
Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai
satelitnya sendiri. Ini menjadi kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup
dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2 pada
Oktober 1996.

Perubahan dan pembaharuan dalam pentadbiran Dr. Mahathir


Membaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor awam
 Mengubah masa kerja
 Mengarahkan penggunaan kad perakam waktu
 Mengarahkan penggunaan kad tanda nama
 Melaraskan waktu antara semenajung Tanah Melayu dan Sabah,
Sarawak 
Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu
beliau telah menukar waktu negara dengan mempercepatkan setengah
jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai
satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah
diyakinkan untuk turut serta.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya


di bawah kepimpinan Dr. Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara
- selatan dan timur - barat semenanjung telah menjadikan Malaysia negara
yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia.
Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila
transit aliran ringan (LRT) diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Memperkenalkan bandar pentadbiran moden

Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya


pentadbiran persekutuan 'Putrajaya' yang bernilai RM2.6 bil. Putrajaya
sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah murni ke arah
mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya
mewujudkan 'kerajaan elektronik'.

Pencapaian bertaraf dunia

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi
kenyataan apabila struktur tertinggi di Malaysia menjadi kenyataan. Menara
Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan telefon selular
merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu
tanda ibukota yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini
juga menara telekomunikasi yang ketiga tertinggi di dunia Rekod Malaysia
tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala
Lumpur City Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia
dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di dunia
hingga selesai pembinaannya dengan 88 tingkat menara berkembar di atas
lokasi seluas 40 hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan
bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini akan kekal sebagai menara
'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk
buat beberapa tahun yang akan datang.
Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar
hidroelektrik baru iaitu Empangan Bakun, sebuah projek mega yang bernilai
RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah diistiharkan
sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di
Malaysia dan bakal dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia.
Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan
pesawat terbang canggih tetapi juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr.
Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada tapak Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan
tampil sebagai yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila
siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung perjalanan 100 juta penumpang
setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara yang
paling kompetitif di dunia

Dr. Mahathir berpandangan jauh, beliau bukan saja mempelajari dan


memiliki komputer di pejabatnya, tetapi beliau juga mahu rakyat Malaysia
menguasai teknologi komputer. Pada tahun 1997, Dr. Mahathir
memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan menjadikan
Malaysia pusat pelaburan dan eksperimen pembangunan prasarana
multimedia yang terunggul di dunia. MSC akan menggabungkan semua
ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran yang
khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan
dibina dengan harapan MSC bakal menjadi satu-satunya bandar siber dunia .
Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti
multimedia serta menjadi pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari,
tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa bersempadanan serta pusat
pengeluar web sedunia.
5)Keistimewaan Tun Dr. Mahathir

Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorang pemikir dan revolusiner.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahan berlaku dalam minda dan
fizikal rakyat. Dr. Mahathir inginkan nama Malaysia dikenali dalam pentas
dunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masa dan bekerja keras. Perkara
ini diilhamkan dalam 'Dasar Pandang Ke Timur'. Beliau membawa Malaysia
lebih rapat dan menjadi rakan karib bagi dua negara Korea Selatan dan
Jepun. Kedua dua negara ini dilihat telah menjadi peneraju dalam pelbagai
sektor industri.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan


Malaysia di mana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat
adalah pekerja dan pemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yang
telah memberi peranan yang lebih besar kepada sektor swasta untuk turut
memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi
prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah
ke arah mencapai sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan
sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran
kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia
(Kereta import dikenakan cukai 100%).

Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan bumiputera


dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan
penubuhan Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham
Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Setelah meneliti jangka masa
tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan Malaysia kepimpinan
Dr. Mahathir marasakan amat sukar untuk mencapai sasaran 30% pemilikan
saham bumiputera dalam ekonomi. Hal tersebut telah mendorong kerajaan
menubuhkan pelbagai amanah saham dan menubuhkan syarikat-syarikat
kerajaan (GLC) untuk menambahkan jumlah angka penglibatan Bumiputera
dalam perniagaan.

Lampiran
Rumusan
Kajian ini telah memberi peluang kepada saya untuk
mengenal pasti bahawa di Negara Malaysia kita
mempunyai tokoh yang dapat membangunkun
Negara dan membuat pelbagai jasa kepada Negara
kita. Seperti yang saya maksudkan Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang telah menjadi Pedana Menteri
Malaysia selama 22 tahun beliau telah menaikkan dan
mengharumkan nama negera Kita. Sikap beliau yang
telah ditunjukkan oleh beliau inilah yang sewajarnya
diikuti oleh setiap pelajar yang dicontoi. Tanpa orang
seperti beliau Malaysia tidak akan menjadi seperti
hari ini. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah
menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan
agar Negara Malaysia dapat menjadi teladan kepada
Negara lain.
Berkhimat untuk Negara,

You might also like