P. 1
Mutiara-Ditengah-Mata

Mutiara-Ditengah-Mata

|Views: 773|Likes:
Published by Zahid Yasin

More info:

Published by: Zahid Yasin on Jul 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/19/2013

pdf

text

original

Sections

MUTIARA DI TENGAH MATA

‫ﺑﺴﻢ ﺍﻪﻠﻟ ﺍﻟﺮﲪﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ‬ ‫ﺍﳊﻤﺪ ﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﻠﻤﲔ ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺳﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺃﺷﺮﻑ ﺍﻷنﺒﻴﺎﺀ ﻭﺍﳌﺮﺳﻠﲔ‬ .‫ﻭﻋﻠﻰ ﺃﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺃﲨﻌﲔ‬
Kami bersyukur kehadrat Allah Ta`ala yang telah memberi taufik dan hidayahnya serta azam yang kuat untuk kami menyempurnakan hasrat yang terpendam bagi menyalin semula, akan kata-kata wasiat serta pesanan Allahyarham Ayahanda Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani, semasa hayatnya dan liku-liku perjalanan Allahyarham semasa hidupnya. Beliau adalah seorang tokoh ulama’ yang sarat dengan ilmu, warak dan tawadhu’. Kisah beliau mendapat perhatian dari seorang tokoh ulama’ yang terkenal pada zaman tersebut, iaitu Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin, pengasas Madrasah Manabil `Ulum di Penanti, Bukit Mertajam diberi gelaran atau dikenali sebagai Lebai Salam. Sebaik sahaja Allahyarham kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 28 Safar 1400H bersamaan 16 Januari 1980M ketika
1

MUTIARA DI TENGAH MATA

usianya 81 tahun, kami asyik teringat kepada wasiat dan pesanannya. Katanya, “Ketahuilah bahawa punca anak-anak Adam itu jadi sesat dalam Aqidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta ialah kerana mereka tiada berusaha duduk di atas noktah, permulaan langkahan di atas ilmu dan amalan hidup mereka mengikut Syariat, Tariqat, Hakikat kaedah asal kejadian manusia sebagai Khalifah ke atas dunia; punca mereka tiada mengenali diri mereka sendiri mengikut asal susunan kedudukan manusia baik dan jahat dalam ilmu dan amal di sisi Allah Ta`ala, serta mereka tiada pula mempusakai ilmu dan amal melalui wasilah dan rabitah dari mereka yang sekira-kira soleh pada babnya”. Maka ramailah manusia diakhir zaman ini yang mengaku Islam tetapi laksana buih, hanya sedikit yang mengambil pengertian makna makni yang tersurat dan tersirat dari ucapan Dua Kalimah Syahadah itu mengikut aliran fahaman Ahli Sunnah. Maka dengan sebab itu ramai yang tiada dapat beza antara intan dan kaca, lalu berleluasalah kesalahan khurafat menjadi amalan harian, sehingga kerja buat mereka menjadi sia-sia, yang mana jahil tersesat dengan kejahilannya manakala yang berilmu pula tersesat dengan ilmunya. Sebab itulah bagi orang-orang soleh yang ahli pada babnya, mereka ini asyik berusaha memisahkan hati mereka dengan ilmu supaya tercapai cita-citanya untuk musyahadah akan Allah Ta`ala melalui lidah, anggota dan hati. Serentak
2

MUTIARA DI TENGAH MATA

dengan itu mereka menyalin pakaian Akidah, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta bercontohkan kepada baginda Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W. sepenuhnya. Pada bab ini dinasihatkan supaya setiap murid itu mesti berada di atas aliran kefahaman Ahli Sunnah serta menerima dengan yakin, mewarisi Amalan Kalifah Pusaka Wali Agama Islam. Dan adalah diharap juga kepada seluruh pembaca dan ulama` yang arif pada babnya hendaklah bersama-sama memperbetul yang tiada betul, mentasheh apa yang tiada soheh samada huruf, kalimah, ayat yang menjadi isi kandungan risalah ini di atas jalan taqwa serta memohon keredhaan Allah S.W.T.

‫ﹶﺑﺎﻪﻠﻟ ﺍﻟﺘﻮﻓﻴﻖ ﻭﺍﳍﺪﺍﻳﻪ ﺍﻟﻠﹸ ﱠ ﺍِْ َﹶﺎ ُﹶﹶﺎ ِﹶِ ﹶﹾﻳﹶﺎ ِﹶ ﹶِ ِﹶﺎ‬ ‫ﻬﻢ ﻏﻔﺮﻟﻨ ﺫنﻮﺑﻨ ﻭﻟﻮﺍﻟﺪ ﻨ ﻭﻟﻤﺸﺎﺋﺨﻨ‬ ‫ﹶ‬ ‫ﹾ ﹾ ﹶ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻭ ﹾﺣ ﹾﻨ ﻛﻤ ﹶﺑﻴﺎن ﺻﻐﹾﺮ ﻬﻢ ﺍﻥ ﻫ ِﻩ ﻣ ﻚ ِﺍﻟﹾﻚ ﻭﻋ ﻰ‬ ‫ﹶﺍﺭ ﹶﻤﹶﺎ َﹶﺎ ﱠﹶَﺎ ﹶِﻴ ﹶﺍ. ﺍﻟﻠﹸ ﱠِﱠ ﹶ ِِﹾﻨ ﹶ ﹶَﻴ ﹶ، ﹶﹶﻠ ﹶ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺬ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﹶﱢ ﹶَََﱠِْﱠﺎ َﹶﺎََﱠِْﻦ ِﻴ ِﹶﺎ ﹶﹶَﹶﺎ ﹶﻴ ِ ِﻴﺦ ﳏﻰﺍﻟﺪﻳﻦ ﻋﺒﺪ‬ ‫ﺣﻘﻚ ﻓﺘﻘﺒﻞ ﻣﻨ ﻛﻤ ﺗﻘﺒﻞ ﻣ ﹾ ﺷﹾﺨﻨ ﻭﻣﻮﻟﻨ ﺳﹾﺪ ﺷﹾ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﺍﻟﻘﺎﺩﺭ ﺍﳉﻴﻼنﻰ ﻭ ﺑﱪﻛﺔ ﻣﻌﺠﺰﺓ نﺒﻴﻨﺎ ﳏﻤﺪ ﺻﻠﻰ ﺍﻪﻠﻟ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻟﻪ‬ .‫ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺍﲨﻌﲔ، ﻭﺍﳊﻤﺪﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﻠﻤﲔ‬
Diolah dan Disusun Oleh, Haji Idris Bin Haji Mahmud Nasri.

3

MUTIARA DI TENGAH MATA

1.

Shaikh Mahmud Nasri Osmani Dilahirkan pada 13 Safar 1316H bersamaan 14 julai

1898M.

Wafat pada 28 Safar 1400H bersamaan 16 januari

1980M. Dilahirkan dan wafat pada hari Rabu. 2. Pengenalan Sheikh Mahmud Nasri Osmani dikenali ramai oleh masyarakat Negeri Kedah, Seberang Perai, sebagai seorang ulama`, Tuk guru pengasas Pondok Lanai Negeri Kedah, dengan nama Madrasah Misbahus Salam. Beliau juga pengasas dan juga Tuk guru yang mengajar segala kitab-kitab di pondoknya. Selain daripada itu, beliau juga menjadi guru mengajar agama di surau dan masjid-masjid yang menjemput beliau mengajar. Beliau mengajar ilmu tauhid, fekah, tasauf dan lain-lain lagi, Isterinya pula mengajar Al-Quran dan kitab-kitab asas Beliau juga sentiasa memenuhi masa lapang fardhu ain.

dengan Uzlah bersendirian. Tujuan berusaha memisahkan hati kepada musyahadah akan Allah Ta`ala.

4

MUTIARA DI TENGAH MATA

3.

Asal keturunan Namanya ialah Sheikh Mahmud Nasri Othmani bin Haji

Othman bin Haji Senik bin Haji Wan Hashim bin Haji Wan Abdul Wahab, Datuk neneknya ialah Allahyarham As-Syahid Tok Nik Had. Beliau adalah keturunan Tok Mekong Awang Hitam, iaitu seorang hulubalang melayu yang syahid dipancung oleh tentera kuffar Siam ketika sedang solat di pinggir medan perang mempertahankan Negeri dan kerajaan Fathani Darul Salam kira-kira tiga abad yang lampau. Mengikut jangkaan sejarah dalam tahun 1730M, keturunan di sebelah ibunya ialah Haji Mahmud Nasri Othmani bin Hajjah Kamaliah binti Haji Saman bin Haji Abd Samad (Tok Fakeh) bin Hashim bin Wan Abdul Wahab. Mengikut cerita Allahyarham Sheikh Mahmud Nasri, beliau adalah cicit Almarhum Penghulu Kampong Bera Fathani, namun Wan Hashim itu anak kepada As-Syahid Tok Nik Had (Tok Mekong Awang Hitam) yang berpindah ke Negeri Kelantan ketika kejatuhan kerajaan Islam Fathani Darul Salam kepada penjajahan Siam. Bapanya Haji Othman dilahirkan di Kampung Kuala Kangkung kawasan bendang pendalaman Kampung Belimbing dalam Jajahan Pasir Mas. Dibesarkan dan mendapat didikkan oleh datuknya dengan pelajaran agama kemudian belajar di pondok, setelah dewasa dibawa oleh datuknya ke negeri Kedah dan dinikahkan dengan ibunya (Hajjah Kamaliah) bagi merapatkan semula pertalian keluarga keturunannya.
5

MUTIARA DI TENGAH MATA

Hasil perkongsian hidup itu, Allah Ta`ala mengurniakan anak kepada mereka seramai sepuluh orang iaitu Ismail, *Mahmud Nasri, Saad, Ahmad, Aisyah, Salmah, Chik, Zainab, Rokiah dan seorang lagi bernama Huduh. 4. Kelahiran Dilahirkan di Kampung Alor Besar Kota Sarang Semut, Kedah pada malam Rabu 24 Safar 1316H bersamaan 14 Julai 1898M. Ayahanda dan Bondanya mempunyai pendidikan agama yang kuat, maka mereka membesarkan beliau dengan didikan agama serta asas pengajian Al-Quran semenjak kecil lagi dengan tekun serta sabar. Sheikh Mahmud Nasri dapat khatam Al-Quran ketika usia 7 tahun dan selepas itu diserahkan kepada seorang guru Al-Quran yang mahir berasal dari Fathani ia itu Pak Ngah Idris untuk mendalami pelajaran Al-Quran dan pendidikan agama. Pak Ngah Idris itu datang bermukim di Kebetulan ketika itu pengajian Islam Kedah selama 5 tahun.

adalah merupakan pendidikan yang utama bagi orang Melayu Malaya dan ramai anak-anak watan telah berjaya menuntut Ilmu ke Makkatul Mukarramah, pengetahuan yang berguna. jadi kedua-dua ibu bapanya tiadalah ketinggalan untuk mengasuh anaknya menimba ilmu

6

MUTIARA DI TENGAH MATA

5.

Mula Berhijrah Menuntut Ilmu Setelah khatam pengajian asas daripada gurunya Pak

Ngah Idris hinggalah anak muda yang kian meningkat remaja ini dicurahi rasa dahaga dan mencintai ilmu pengetahuan. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu serta mencari keredhaan Allah Ta`ala, ketika usia 12 tahun beliau datang mengadap gurunya yang kedua di Pondok Gajah Mati iaitu Tuan Guru Sheikh Ismail @ Tok Chik Dol dalam Daerah Pendang, Kedah. Beliau menetap belajar di Gajah Mati selama 3 tahun. Selepas itu beliau memohon izin kepada gurunya untuk berangkat ke Pondok Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong Sik Kedah iaitu seorang ulama` yang masyhur pada zaman itu, beliau berpondok di Sik beberapa tahun dan selepas itu beliau memohon izin gurunya untuk berhijrah ke Negeri Kelantan. Pada usia 18 tahun, beliau berhijrah ke Negeri Kelantan menyambung pengajian kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang). 6. Berhijrah ke Negeri Serambi Mekah Beliau berhijrah ke Negeri Serambi Mekah berhasrat menuntut ilmu kepada guru-guru yang masyhur pada zaman itu, tumpuan awal beliau kepada Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang) di Pondok
7

MUTIARA DI TENGAH MATA

Padang Jelapang iaitu sebuah pusat pengajian pondok yang masyhur pada zaman itu, beliau tinggal di pondok ini bersama kanda sulungnya Ismail. Mengikut cerita, semasa beliau belajar di Padang Jelapang, beliau adalah seorang murid yang benarbenar tekun dan mempunyai daya usaha sendiri untuk menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari dari gurunya di setiap bidang samada Feqah, Tauhid, Tasauf dan ilmu-ilmu alat yang lain, di samping beliau juga mempunyai ilmu asas yang cukup dan semangat yang tinggi. Sebelum beliau berhijrah ke Kelantan itu, beliau telah belajar kepada gurunya di Kedah, dengan kerana itu kemungkinan menjadi sebab untuk beliau khatam cepat kitabkitab yang beliau pelajari dari gurunya, ditambah pula dengan Syeikh Wan Ahmad Tok Padang Jelapang adalah seorang ulama’ yang mahir serta berpengalaman luas dalam semua bidang ilmu pengetahuan, beliau berguru kepada Syeikh Wan Ahmad selama lapan tahun, lima tahun di Padang Jelapang tiga tahun di Pondok Pasir Mas Salor. Sepanjang beliau belajar di Pondok Pasir Mas Salor, beliau sentiasa mengambil peluang mengikuti kuliah Tuan Guru Syeikh Yusuf Kenali secara berulang-alik, selain dari itu beliau juga suka mengambil peluang mendekati Tok Kenali bertanya khabar akan perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu yang tidak jelas akan kefahamannya kepada Tok Kenali, kerana itu banyak kitab-kitab yang beliau belajar serta menerima Ijazah
8

MUTIARA DI TENGAH MATA

dari gurunya Tok Kenali, beliau sangat suka mendekati Tok Kenali dengan apa cara sekalipun sekiranya diberi peluang. Pada pendapat beliau, hanya cara-cara begini beliau berpeluang untuk menuntuti ilmu yang berbentuk khususiah. Mengambil faham dengannya yang mana guru-guru mereka tiada menyampaikan di dalam bentuk kuliah-kuliah umum, terutama megenai rahsia-rahsia ketuhanan dan makrifah bagi mencapai hati musyahadah akan Allah Ta`ala dengan sebenarbenarnya, mengikut kaedah ahli-ahli sufi. Selain daripada itu beliau berhajat supaya mendapat bimbingan secara terus daripada gurunya Tok Kenali; seorang tokoh ulama` yang sangat banyak ilmunya, kekeramatan dalam hidupnya. Beliau juga selalu dijemput oleh gurunya Tok Kenali ke rumahnya untuk mengurut badan Tok Kenali. Bermula dari sini beliau diberitahu oleh Syeikhnya Tok Kenali mengenai rahsia ketuhanan yang dikenali dengan nama Ilmu Syatar yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala kepada seluruh alam manusia, bagi melayak manusia seluruhnya menjadi Khalifah. Sekiranya manusia itu kehendaki, yang dinamakan dengan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam. Ilmu ini membezakan dengan Ilmu Nubuwwah dan Ilmu Risalah, kerana Ilmu Nubuwwah itu Allah Ta`ala kurniakan kepada mereka yang berada pada pangkat Nabi-Nabi sahaja begitu juga Ilmu Risalah Allah Ta`ala kurniakan kepda manusia yang berada pada pangkat Rasul-Rasul Alaihimussolatu
9

MUTIARA DI TENGAH MATA

wassalam sahaja. Manusia-manusia lain itu perlulah mengambil contoh daripada mereka sahaja dan menjadikan amalan hidup mereka selama-lamanya. Sedangkan Ilmu Syatar itu ia lah ilmu yang menunjukkan noktah perbezaan di antara hakhak kehambaan dengan hak-hak ketuhanan. Maka dengannya dapatlah menunaikan hak-hak

kehambaan kepada Allah semata mata.

Untuk memilik

memerintah segala isi kandungan langit dan bumi yang dijadikan Allah Ta`ala. Maka hendaklah dimakmur mengikut acuannya sebagai amanah dari Allah Ta`ala akan ilmu, harta, masa seluruhnya dimanfaat untuk menunaikan hak-hak kehambaan kepadanya semata-mata. Beliau menerima Ijazah Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali serta Langkahan Hulubalang Rohani dan Jasmani serta segala Aurad dan segala Ahzab segala Selawat, dalailul Khairat serta Ilmu Zahir, Ilmu Rohani dan segala kitab-kitab. Selepas itu gurunya Tuk Kenali menyuruh beliau mengambil Langkahan Hulubalang Jabat 14, Jabat Penimbul, Jabat Besi, Langkahan Hulubalang kepada Tuan Guru Syaikh Muhamad Taib bin Tuan Guru Syaikh Haji Abdul Rahman Jabat dan Latihan Aurad Muhamadiyah daripada Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fathani, Kota Bharu dan segala Latihan Ilmu Zahir, Rohani dan segala kitab daripada gurunya Sheikh Wan Ahmad bin Haji Wan Abdul Halim (Tok Padang Jelapang).
10

MUTIARA DI TENGAH MATA

Setelah mengadap gurunya yang tersebut, beliau bertemu pula gurunya Sheikh Yusuf Kenali kemudian gurunya iaitu Tuk Kenali menyuruh beliau mengulangi latihan Ilmu Rahsia, PetuaPetua Hikmah, Hulubalang Khalifah pada gurunya Sheikh Muhamad Taib bin Haji Abdul Rahman Jabat. Latihan Langkahan Hulubalang, Jabat 14, Jabat Penimbul, Jabat Besi bertujuan menjaga keselamatan kesucian maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanahair. Mengikut ceritanya lagi, gurunya Sheikh Muhamad Taib itu adalah guru agama yang masyhur lagi ulama` pada zaman itu dan beliau juga merupakan seorang guru silat, silat Sheikh Muhamad Taib namanya Seni Silat Khalifah. Dalam latihan silat Sheikh Mohd Taib itu, tiada terikat dengan satu susunan langkahan, tari dan buah. Bahkan diatas apa jua susunan langkahan asalkan niat menjual diri dan harta kepada Allah dan Rasullullah S.A.W. untuk menjaga kesucian serta maruah Agama Islam, diri, keturunan, harta benda dan tanah air orangorang Islam. Wasilah dan Rabitah kepada Sultan Auliya’ Syed Sheikh Muhyidin Abdul Qadir Jailani, Nabi Allah Khidir Alaihissalam, Nabi Muhammad S.A.W. serta menyerah diri zahir dan batin kepada keagungan kebesaran kemuliaan kekuasaan Allah Ta`ala semata mata. Pada masa itu tiada siapa yang dapat menyaingi atau menandingi Sheikh Muhamad Taib, banyak perkara mencarik adat yang berlaku keatas diri Sheikh
11

MUTIARA DI TENGAH MATA

Muhamad Taib, antaranya terbentuk sekumpulan awan hitam sentiasa memayungi beliau pada waktu cerah setiap kali beliau berjalan. 7. Hasrat untuk pulang. Setelah lapan tahun beliau menuntut ilmu daripada gurunya dan setelah beliau berusaha khatam semua kitab-kitab pengajian daripada gurunya beliau berhasrat hendak pulang ke Kedah. Semasa beliau pulang itu bersamanya beberapa sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Othman Yanusi, Tuan Guru Haji Abdul Aziz Ibrahim. Sebelum berangkat pulang mereka semua mengambil peluang mengadap memohon izin guru-guru mereka terlebih dahulu. Akhirnya mereka mengadap Tuan Guru Sheikh Yusuf Kenali memohon izin dan menerima amanah serta memohon doanya untuk berangkat pulang berkhidmat dengan segala ilmu yang telah dipelajari itu. Antara permohonan beliau kepada Tok Kenali ialah “Tuan Guru, ana berhasrat hendak pulang ke kampung, berhasrat hendak mengajar dan cari harta sedikit-sedikit”. Maka jawab gurunya “dimana ada rimba disitu tempatmu, dimana kamu duduk, hendaklah mendirikan madrasah, kamu jangan tinggal madrasah”. Selepas mereka memohon maaf serta izin guru, mereka pun berangkat pulang dan semasa beliau pulang itu, beliau berusaha 27 tahun.

12

MUTIARA DI TENGAH MATA

8.

Pulang ke Kampung Beliau pulang ke kampung dan tinggal bersama

keluarganya. Tak lama selepas itu, beliau kembali semula ke Pondok Gajah Mati, iaitu tempat mula-mula beliau belajar. Beliau tinggal di Pondok Gajah Mati dan tak beberapa lama kemudian, datanglah pula Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin menjemputnya. Beliau ke Penanti Bukit Mertajam

diatas permintaan Tuan Guru Syeikh Uthman Jalaluddin supaya ganti buat sementara sehingga anaknya Haji Muthalib pulang mengambil tempatnya, kerana Tuan Guru Syeikh Othman Jalaluddin berhasrat naik ke Makkatul Mukarramah semula dan anaknya iaitu Haji Muthalib pula masih lagi menuntut ilmu di Makkatul Mukarramah. Pada masa itu Syeikh Othman Jalaluddin memperkenalkan diri beliau (Sheikh Mahmud Nasri) dengan gelaran Lebai Salam, sebab itu kebanyakkan orang tua-tua di Penanti Seberang Perai kenal beliau dengan nama Lebai Salam. 9. Berkhidmat Di Penanti Syeikh Mahmud Nasri yang diperkenalkan dengan nama Lebai Salam itu berkhidmat di Madrasah Manabil Ulum Penanti Bukit Mertajam lebih kurang 1 tahun, setelah itu Tuan Guru Haji Muthalib pulang mengambil tugasnya seperti mana pesanan ayahandanya. Selepas itu Syeikh Mahmud Nasri dijemput pula oleh saudara sepupunya Tuan Imam Haji Yusuf Haji Ibrahim,
13

MUTIARA DI TENGAH MATA

Imam masjid Lenggong Perak pergi ketempatnya di atas hasrat menyebarkan ilmu pengetahuan Islam di sana. Ketika itu beliau tiada keberatan menerima undangan tersebut dan tiada beberapa lama selepas itu beliau berhijrah ke Lenggong Perak Darul Ridzuan. 10. Berhijrah Ke Lenggong Perak Darul Ridzuan. Menurut cerita, beliau (Sheikh Mahmud Nasri) berhijrah dan bermukim di Lenggong, Perak selama lebih kurang 2 tahun. Beliau mengajar ilmu Tauhid, Feqah, Tasauf, di masjidmasjid dan surau yang terdekat di beberapa tempat di daerah itu. Semasa bermukim di Lenggong, beliau berkahwin dengan anak saudara sepupunya (Tuan Imam Haji Yusuf) yang bernama Azizah dan pada ketika itu beliau berusia 31 tahun. Isterinya ialah seorang guru Al-Quran dan Fardhu Ain. Isteri beliau belajar Al-Quran dan ilmu Fardhu Ain dan lain-lain ilmu agama daripada ayahandanya sendiri dan bapa saudaranya iaitu Haji Ahmad atau dikenali juga dengan panggilan Pak Chu Mat Kelantan. Bapa saudaranya iaitu Pak Chu Mat Kelantan pula belajar Al-Quran dan kitab-kitab agama kepada Tuan Guru Haji Abdullah Senik di Pondok Padang Pasir Mas Kelantan dan kemudian berhijrah ke Lenggong bersama isterinya dan menetap terus di Perak.

14

MUTIARA DI TENGAH MATA

Bapa mertuanya iaitu Haji Yusuf pula adalah seorang guru agama dan sebelum itu pernah belajar agama di Pondok Sungai Pinang kepada Tuan Guru Haji Abdul Malik bin Haji Hasan. Menurut cerita sejarah daripada mertuanya (Haji Yusuf), beliau (Sheikh Mahmud Nasri) berhijrah dan menetap di Lenggong selepas pembukaan Daerah Hulu Perak, Kelantan dan Pahang yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat ayahanda kepada Tuan Guru Sheikh Mohd Taib. Ini disebabkan kerana Daerah Hulu Perak, Kelantan dan Pahang pada ketika itu adalah kawasan yang berbahaya bagi orang Fathani Kelantan, Jawa dan Sumatera kerana Daerah ini dikuasai oleh ‘Raja Berempat’ iaitu raja bagi Kaum OrangOrang Asli yang berpusat di Lojing yang mana sesiapa sahaja yang memasuki kawasan dan Daerah itu akan diganggu oleh binatang-binatang buas yang dipuja oleh mereka. Setelah Sheikh Abdul Rahman Jabat membuka kawasan dan Daerah itu, maka Daerah itu menjadi selamat dan kisah ini meninggalkan kesan sejarah di kawasan Hulu Perak, Kelantan dan Pahang dengan lambang Gajah Putih iaitu binatang tunggangan Sheikh Abdul Rahman Jabat atau dikenali dengan panggilan Tengku Abdul Rahman Tok Tama. Tiada berapa lama selepas perkahwinan beliau dan beliau merasai hasratnya dan amanah gurunya belum dilaksanakan,
15

MUTIARA DI TENGAH MATA

maka Sheikh Mahmud Nasri pun mengambil keputusan untuk berhijrah ke Negeri Kedah semula untuk menunaikan hasratnya dan amanah gurunya. Maka pada awal tahun 1932M beliau berhijrah ke Negeri Kedah serta berhasrat membuka pondok sendiri dan kawasan yang ditujui oleh beliau ialah sebuah rimba yang baru diterokai oleh penduduknya yang mana mereka tidak mempunyai guru yang boleh mengajar mereka tentang ilmuilmu agama. 11. Membuka Madrasah Misbahus Salam. Pada 12 Rabi’ul Awal 1351H bersamaan 15 Ogos 1932M, beliau berhijrah ke Kampung Lanai dalam daerah Baling, Kedah Darul Aman. Kampung Lanai pada ketika itu adalah merupakan sebuah kawasan yang masih baru yang mana ianya meliputi hutan dan rimba yang belum diterokai dan hanya didiami oleh beberapa buah rumah keluarga sahaja. Di kawasan inilah pada pendapatnya seperti yang disifatkan oleh gurunya (Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kenali) untuknya menetap dan membuka pondok. Oleh kerana Kampung Lanai pada ketika itu adalah merupakan sebuah perkampungan yang baru dibuka sebagai kawasan penempatan, maka penduduk-pendu-duk kampung tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 15 batu bagi tujuan mengerjakan Solat Jumaat, di sebuah masjid di Kampung Padang. Bermula dari sinilah beliau, (Sheikh
16

MUTIARA DI TENGAH MATA

Mahmud Nasri) merasai amat sesuai untuk menetap di Kampung Lanai lalu bersetuju bersama beberapa orang penduduk setempat berusaha mendirikan sebuah madrasah untuk digunakan sebagai tempat solat di samping belajar agama dan memberi nama madrasah tersebut dengan nama Madrasah Misbahus Salam. Selepas pembukaan Madrasah Misbahus Salam itu, Kampung Lanai dan kawasan yang berhampiran dengannya menjadi terkenal. Maka ramailah masyarakat luar yang datang berhijrah ke Kampung Lanai untuk menuntut ilmu pengetahuan di pondok tersebut yang mana gurunya (Sheikh Mahmud Nasri) adalah seorang murid kepada ‘ulama yang terkenal di Asia Tenggara pada ketika itu iaitu Sheikh Muhammad Yusuf Kenali Al-Kelantani. Kampung Lanai yang sebelumnya adalah merupakan sarang segala khurafat (hutan belantara), akhirnya menjadi terkenal sebagai sebuah ‘kota ilmu’ pengetahuan Agama Islam. Maka masyhurlah di dalam Negeri Kedah nama Kampung Lanai disebabkan adanya Pondok Lanai dan semakin bertambah masyarakat yang datang serta menetap di Kampung Lanai terutamanya di Pondok Lanai. Apabila masyarakat Lanai menjadi semakin banyak, maka pada tahun 1938 M, Madrasah Misbahus Salam serta tapaknya itu sekali menjadi kawasan masjid dan tanah perkuburan qariah Lanai dan Madrasah

17

MUTIARA DI TENGAH MATA

Misbahus Salam berpindah ke Kampung Caruk Salang kira-kira 3 batu dari tapak Pondok Lanai yang asal. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar yang tinggal menetap di tapak asal Pondok Lanai turut berhijrah bersama guru mereka (Sheikh Mahmud Nasri) ke pondok barunya di Caruk Salang. Tiada berapa lama selepas itu yakni pada tahun 1940M di Negeri Kedah berlaku darurat yang mana penaklukan tentera Jepun keatas Tanah Melayu. Selepas itu pergerakan Komunis memerintah menyebabkan berlakunya peperangan, kecurian rompakan, samun di sana sini, kekurangan mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, perusahaan pertanian dimusnahkan dan sebagainya menyebabkan pelajar-pelajar di pondok tersebut terpaksa meninggalkan tempat pengajian mereka atas dasar keselamatan disamping mencari bekalan makanan dan tidak kurang juga hampir separuh daripada pelajarpelajar tersebut yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Selepas penyerahan tentera Jepun, datang pula tentera Komunis dengan tujuan yang sama seperti tentera Jepun. Dan pada masa itu beliau (Sheikh Mahmud Nasri) menumpukan perhatiannya kepada usaha memulihkan semula keamanan negara manakala di bidang pertanian, beliau mengusahakan sawah padi di kawasan Sungai Tembak sebagai sumber makanan hariannya.

18

MUTIARA DI TENGAH MATA

12. Semasa Darurat 1940 Dalam memulihkan semula keamanan negara, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Satu kisah yang berlaku semasa darurat di zaman Komunis bilamana Pegawai Daerah Baling iaitu Tuan Syed Abu Bakar telah ditangkap oleh Tentera Komunis dan dibawa ke kem Komunis di Kampung Dalam Wang Bawah Gunung, Baling dan diikat seluruh badannya. Selepas itu Tentera Komunis telah menggali sebuah lubang kubur untuk menanam Syed Abu Bakar hidup-hidup, ketika itu kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Sultan Badlishah telah memohon pertolongan daripada Tuan Guru Haji Yahya Taha untuk menyelamatkan Syed Abu Bakar. Tuan Guru Haji Yahya Taha segera menubuhkan satu pasukan penyelamat yang mana menurut cerita seramai 125 orang. Dengan diketuai oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani, Tuan Haji Daud Bongor, Tuan Haji Ahmad Bok Bak, anggota pasukan penyelamat tersebut segera berangkat dengan misi menyelamatkan Syed Abu Bakar. Menurut cerita Komunis, daripada sejumlah 125 orang anggota pasukan penyelamat yang menyertai misi tersebut, hanya tiga orang sahaja yang berjaya sampai untuk menyelamatkan Syed Abu Bakar dan dianggarkan seramai 600 orang Tentera Komunis dengan diketuai oleh Cheng Peng dan beberapa orang Melayu.
19

MUTIARA DI TENGAH MATA

Tentera Komunis hanya menyedari kedatangan pasukan penyelamat tersebut apabila tali yang diikat oleh tentera Komunis pada badan Syed Abu Bakar telah dibuka, pada ketika itu mereka sedang mengepung. Dalam keadaan yang demikian itu, pasukan penyelamat tersebut telah memohon kepada Cheng Peng untuk membawa keluar Syed Abu Bakar daripada tempat tersebut dan Cheng Peng telah mengizinkan mereka untuk beredar. Keadaan bertukar menjadi sebaliknya selepas pasukan penyelamat beredar dari tempat tersebut kira-kira 40 meter, bilamana Cheng Peng telah mengarahkan tenteranya menembak pasukan penyelamat tersebut. Selama hampir 30 minit berlakunya kejadian tembak menembak, akhirnya pasukan penyelamat tersebut dapat menyelamatkan diri bersama dengan Syed Abu Bakar dan berjaya membawa keluar Syed Abu Bakar seterusnya menyerahkan kepada pasukan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Badlishah bersama Tuan Guru Haji Yahya Taha yang sedang menunggu di Kampung Caruk Bemban, Kupang. Tempat penyerahan tersebut sekarang ini telah dibina sebuah sekolah menengah dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Syed Abu Bakar, Baling. Tidak lama kemudian tentera Komunis telah menyerah kalah, tentera British menguasai semula dan akhirnya keamanan Tanah Melayu telah kembali pulih seperti biasa.

20

MUTIARA DI TENGAH MATA

13. Pembukaan Madarasah Misbahul Falah Madrasah Misbahul Falah telah ditubuhkan pada hari ahad 12 Rabiul`awal 1377 bersamaan 6hb Oktober 1957. Madrasah ini ditubuhkan hasil sepakatan diantara Tuan Haji Abu Bakar iaitu bapa mertua kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Soleh dan penduduk tempatan serta kerjasama daripada Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Soleh adalah anak kelahiran Kelantan yang berasal dari Daerah Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah merupakan anak murid kepada Tuan Guru Haji Yahya Taha Kampung Pisang kemudian melanjutkan pelajaran ke Makkatul Mukarramah dan berguru kepada beberapa orang Tuan guru di sana seperti Tuan Guru Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir (Pak Da’el), Sheikh Mukhtar Abdul Malik Kudri Al-Makki, Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili dan Sheikh Muhammad Daud Sulaiman AlKelantani Al-Makki. Sekembalinya beliau dari Makkatul Mukarramah bersama isteri dan anak-anaknya setelah beliau selesai menuntut ilmu pengetahuan dengan berbekalkan dengan keazaman yang kuat beliau berhasrat pula untuk membuka sebuah pusat pengajian bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan Agama Islam kepada anak bangsanya. Atas kehendak ayahandanya Tuan Haji Abu Bakar, Tuan Guru Sheikh Omar Zuhdi mengambil
21

MUTIARA DI TENGAH MATA

keputusan menetap di Banggol Berangan Lanai, Kupang, Kedah serta membuka pondok pengajian di atas nama Madrasah Misbahul Falah. Menurut perancangan awal, pembukaan Madrasah

Misbahul Falah akan dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Badlishah pada 12 Rabiul`awal 1377 hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW bersamaan 6hb Oktober 1957. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah bersetuju berangkat serta berkenan melawat mengishtiharkan pembukaan Madrasah ini ditetap sempena dengan hari Sambutan Maulidir Rasul pada tahun 1377 hijrah. Penduduk tempatan pula telah menubuhkan jawatankuasa urusetia sambutannya dan segala persiapan telah diatur termasuklah majlis kenduri dan sebagainya, datang satu berita yang mengatakan bahawa Baginda Sultan Kedah telah mangkat. Maka dengan berita tersebut, pihak pengurusan Madrasah telah mengadakan satu upacara majlis tahlil bersempena dengan kemangkatan Sultan Kedah dan Madrasah Misbahul Falah kemudiannya dirasmikan sendiri oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Soleh. Madrasah Misbahul Falah terus berkembang mengikut manhaj yang telah disediakan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi yakni mengikut sistem pengajian Nizhomi dan Umumi. Sistem pengajian Nizhomi adalah sistem pengajian kelas bermula tahun I’dadi hingga ke Thanawi. Manakala sistem pengajian
22

MUTIARA DI TENGAH MATA

umumi pula adalah pengajian kitab-kitab Turoh yakni dari kulit ke kulit. Sistem pengajian Nizhomi dan Umumi yang dijalankan di Madrasah Misbahul Falah ini mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan masyarakat pada ketika itu dahagakan ilmu pengetahuan agama dan ianya masih berjalan sehinggalah sekarang ini. Manakala Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani pula telah mendirikan sebuah Madrasah dengan mengekalkan nama Madrasah Misbahus Salam di rumahnya berhampiran dengan madrasah tersebut. Di samping itu beliau juga membantu mengajar kitab-kitab Turoh secara Umumi kepada mana-mana pelajar yang berada di Madrasah Misbahul Falah yang gemar menuntut ilmu kepadanya. 14. Gerak Seni Silat Abjad. Gerak Seni Silat Abjad yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani adalah sebagai ganti nama kepada nama asal Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam dan amalan ini beliau terima daripada gurunya Sheikh Yusuf Kenali dan menerima Latihan Langkahan Hulubalang Rohani/Jasmani daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat. Adapun sebab beliau memperkenalkan di atas nama Gerak Seni Silat Abjad ini mengikut cerita beliau sendiri ialah kerana pada masa itu beliau melihat sendiri akan kedudukan
23

MUTIARA DI TENGAH MATA

umat

Melayu

Islam

yang

terumbang

ambing

mencari

perlindungan setelah Negara menghadapi kelompok perkauman hasil percatuan parti, politik, pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan masyarakat dan orang perseorangan sehingga berlakunya pertumpahan darah yang dikenali dengan peristiwa 13 Mei 1969, dan pada ketika itu lahirlah berbagaibagai ajaran syirik, khurafat dan bid’ah (dikehendakki di sini ialah bidaah dholalah haram yang menjadi murtad dan munafiq atau bidaah dholalah karahah yang menjadi zalim dan fasik) yang berlaku secara berleluasa dalam masyarakat umat Melayu Islam di Negara kita. Tersebut di dalam kitab Manhalush Shafi karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani bahawa tiada perkara yang lebih besar daripada bahaya kufur melainkan bahaya bid’ah yang dilaknat oleh Allah S.W.T. akan orang-orang yang berbuat akan dia”. Seperti mana sabda Nabi S.A.W.:

‫ﻣ ﹾ ﺃ ﹾﺪﺙ ﺣ ﹶﺛ ﻓﹶﻠﹾﻪ ﻟ ﹾﻨﺔ ﻪﻠﻟ‬ ِ ‫ﹶﻦَﺣ ﹶ ﹶ ﹶ ًﺎَ َﻴَِﻌﹶُ ﺍ‬ ‫ﺪ ﻌ‬
Maksudnya: “Barangsiapa mengada-ngadakan sesuatu pekerjaan yang tiada ia pada agama, maka Allah S.W.T. melaknat keatasnya”. Maka pada ketika itu telah melihatlah oleh beliau akan berbagai-bagai macam ragam ilmu, amalan wirid dan jampian
24

MUTIARA DI TENGAH MATA

yang diada-adakan yang tiada pada asal agama, sebab telah menyangka mereka itu dengan jahilnya bahawa boleh memberi bekas oleh segala sesuatu yang lain daripada Allah Ta`ala dengan waham dan khayal yang fasiq, dengan istidraj Allah Ta`ala akan mereka itu bahawa boleh memberi manfaat akan dia supaya mencapai kehendak mereka itu akan perkara mencarik adat di dalam perkara agama bagi mereka itu, antara perkara-perkara yang diada-adakan ialah umpama lahirnya beberapa kumpulan yang mengadakan kaedah atau petua mengikut logik akal (tahsinul aqli) antaranya : a. Mengadakan Petua atau satu kaedah bersumpah

atau Mubai’ah bertujuan mencari kekuatan atau hikmah yang mencarik adat. b. Mengadakan petua atau kaedah yang disertakan

dengan pantang larang yang menepati hukum syara’ samada harus atau haram. c. Mengadakan petua atau kaedah marah atau dimarahi

bagi menzahirkan sesuatu perkara hikmah luar biasa atau mencarik adat. d. Mengadakan petua atau kaedah yang mesti

berpegang kepada kebesaran ayat, wirid, jampian doa, azimat, tangkal dan lain-lain yang zahir semata-mata atau berpegang kepada mana-mana I’tiqad Qadariah, Jabariah,

25

MUTIARA DI TENGAH MATA

Mu’tazilah atau istilah baru sekularisme, orientalisme, kapitalisme dan sosialisme. e. Mengadakan sesuatu perkara yang tiada tahu akan asal usulnya dari mana, di mana dan ke mana. Menyedari betapa gemarnya kehendak umat Melayu kepada kekuatan dan kebenaran Islam itu sendiri sepertimana firman Allah Ta`ala:

‫ﹶﹶﺂ َ ُ ﹸ ﺍﻟ ﱠ ﹸﻮَُ ُ ُ ﹸ ﹶﹶﺎَﹶ ُﻢ ﹶﹾﻨﹸََْﹸ ﹾﺍ‬ ‫ﻭﻣ َﺗﻜﻢ ﺮﺳ ﹾﻝ ﻓﺨﺬﻭﻩ ﻭﻣ نﻬﻜ ﹾ ﻋ ﻪ ﻓﺎنﺘﻬﻮ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﺃ‬
Mafhumnya: “Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasullullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya”. (Al-Hasyar ayat 7) Gerak Seni Silat Abjad diperkenalkan adalah sebagai ganti nama kepada Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam, yang diwarisi daripada gurunya Sheikh Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani, serta menerima latihan Ilmu Rahsia dan Petua Hikmah Langkahan Hulubalang Khalifah Allah, daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat yang berwasilah rabitah kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu yang sampai kepada Hakikat Tauhid serta yang sah i’tiqadnya dan muafakat pula i’tiqadnya itu bagi Ahli Sunnah dan berjalan pada zahirnya dengan Syariat yakni muafakat
26

MUTIARA DI TENGAH MATA

pada zahir dengan Syariat Muhammadiah dan batin pula dengan Tariqat Ahmadiah yang dikehendaki di sini ialah perjalanan yang mengikut perjalanan yang bercontoh dengan Nabi Muhammad S.A.W. hingga merdeka ia daripada segala barang yang lain daripada Allah dan kepada Allah Ta`ala jua. Adapun bagi setiap mereka yang bersilat itu ataupun bagi sesiapa yang mempelajari Gerak Seni Silat Abjad mestilah menerima talqin ucapan Dua Kalimah Syahadah serta memfardhukan Islam ke atas diri bertujuan memelihara segala anggotanya pada gerak dan diam barang yang di antaranya dan di antara suruhan Allah Ta`ala. Maka lahirlah kekuatan ke atas dirinya bagi menjaga maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanah air. Maka bagi setiap persilat itu sudah tentu ia tolak atau buang akan lima perkara yang diada-adakan, yang tiada pada asal agamanya umpama lima perkara yang telah disebut terdahulunya dan ia akan berusaha dengan bersungguhsungguh tumpuan menegakkan lima perkara berikut: a. b. c. Iman yang teguh serta beradab mukmin. Sejahtera diri, keluarga, masyarakat dan tanah air. Melazimkan ihsan pada rohani jasmani di setiap

tempat, waktu dan masa. d. Menjadi umat yang diterima.
27

MUTIARA DI TENGAH MATA

e.

Mati dalam kebajikan (husnul khatimah).

Dan hendaklah ia melazimkan akan lima perkara: a. Membuat kaifiat adab sebelum melaksanakan apa-

apa kerja atau amalan atau latihan. b. Mengambil langkahan Sunnah atau langkahan

hulubalang mempertahankan diri. c. Membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat atau

apa-apa zikir, wirid yang telah disusun oleh ‘ulama muktabar yang ahli pada babnya sebagai zikir taqarrub. d. e. Membaca Al-Fatihah hadiah sebagai tabarruk. Menghadiri majlis pengajian agama Islam dengan

rupa mengajar, belajar, mendengar, muzakarah, mutala’ah, muraja’ah dengan mereka yang ahli pada babnya sekiranya ada masalah yang dihadapi atau di musykili.

28

MUTIARA DI TENGAH MATA

KATA-KATA WASIAT Banyak barang tiruan dalam pasaran, Barang asli dalam rumah ahli, Dapat beza dalam majlis tandingan, Datang benar hancur binasa yang bathil, Benar tetap benar, bathil tetap bathil, Datanglah kepada kami jika mahu barang yang asli, Tiada menjadi korban pengorbanan, Tiada dimahkotakan pahlawan, Nafsu tujuh rupa tujuh martabat, Taulannya di luar diatas, rupanya baik atau jahat, Tiap-tiap bergerak ditanya guru asal, Dosa pahala dikira melaluinya, Tiada guru syaitan mengaku jadi guru, Ahli Sufi palsu berbagai ragam ratib jampian, Lumrah insan kalah pakai menang beli.

29

MUTIARA DI TENGAH MATA

Wahai Saudara, Pesananku jadikan kepercayaan dan jaminan, Jalan segera dekat selamat, Terima dan amal wasilah rabitah asal barang yang seumpamanya, Tiada bicara barang mana permainan atau aurad lisan jangan menyimpang daripada jalan, Pasti pangkat yang sama atau yang lebih tinggi, Hadir majlis pengajian mahir serta beramal ilmu asas, Mengaku murid bagi Muhyiddin, Khidir dan Rasullullah, Tiada perlu takut, syak, zhon dan waham walau diatas barang mana alasan, Yang demikian wasilah rabitah a`la hadratutullah, Setiap waktu masa berjalan, Pertolongan segera daripada kejip mata selagi tiada maqtuq Semua cair beku jadi bala tentera taat serta sujud, Jika lautan api dihadapan, Lautan bisa di kanan, Lautan salji beracun di kiri, Ribut taufan melanda dari belakang, Air bah keluar dari bawah, Gunung masyriq Maghrib di atas kepala, Musuh disegenap jihak menerpa, Bilangan mereka seumpama pasir di pantai buih di laut, Jangan gentar tiada mudharat walau apa kelakuan,
30

MUTIARA DI TENGAH MATA

Jadi sia-sia hancur binasa sebelum kejip mata, Tiada hisab umpama biasa di akhirat, Walau beberapa banyak dosa tiada taubat, Maha nyata berkat keagungan mereka melimpah rata-rata, Bertuah selagi berpegang teguh tiada lekang mengaku murid bagi mereka, Pekerjaannya Pekerjaan mereka ialah pekerjaan Allah, Tiap-tiap lulus baginya lulus bagi mereka, Al-kaun dan mukawwin kepercayannya Hidup merdeka bahagia sepanjang masa, Jika cuba jahat adab walau dalam apa jua, Akan dikaram dalam lautan angan-angan tipu daya syaitan, Mati seumpama sekam padi dimakan api atau garam kena air mutlak. Maqtu’ wasilah dengan mereka dan maha agung, Semua pemberian dirampas iman dicabut, Selagi tiada dirujuk dan memperbaharui talqin dan taubat nasuha, Tiada kurnia seperti ini daripada rabbul ‘alamin, Melainkan yang mengaku murid, Menjalani jalan mereka dan hilang mazmumah.

‫ﻭﺻﻞ ﺍﻪﻠﻟ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪنﺎ ﳏﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺃﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺃﲨﻌﲔ ﻭﺍﳊﻤﺪﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﻠﻤﲔ‬

31

MUTIARA DI TENGAH MATA

AULIYA’ ALLAH TA`ALA Qutub Iaitu Ketua Ialah satu perkataan yang dibuat panggilan kepada seseorang itu yang dia juga sentiasa berada di dalam perhatian Allah Ta`ala pada setiap masa dan zaman, dia itu yang dianugerahkan oleh Allah Ta`ala akan Ilmu Laduni. Dia dapat bergerak ke segenap penjuru alam seperti roh atau nyawa seseorang itu bergerak keseluruh anggota badannya. Pergerakan itu secara zahir ataupun secara batin. Adapun neraca yang dapat dibuat pertimbangan dengannya iaitu pengetahuan secara Laduni itu. adalah mengikut pengetahuan Allah Ta`ala. benar dan berlaku. Qutub ini bukan hanya seorang sahaja malah ia banyak dan ia adalah mengikut pergantian banyaknya jenis wali dan mengikut pergantian zaman dan dia juga dinamakan dengan AlGhaus. QUTUB AL-AQTHAB Ketua Dari Segala Ketua Ialah satu perkataan yang dibuat panggilan daripada batin kenabian Muhammad S.A.W., tiada penyudah bagi kewalian dan tiada Qutubul Aqtab melainkan tertentu kepada bathin
32

Pengetahuan itu Maka dengan itu

apa yang dikatakan dan apa yang diteroka olehnya adalah

MUTIARA DI TENGAH MATA

kenabian Muhammad S.A.W. sahaja.

Dialah juga yang

dinamakan Qutbiyatul Kubra iaitu qutub yang teragung. WALI AL-AUTAD Paku/Paku Alam Ialah satu panggilan ibarat untuk empat orang wali yang berada pada empat penjuru alam, Autad Utara, Autad Selatan, Autad Timur, Autad Barat. Tiap-tiap seorang dari mereka mempunyai tugasnya masing-masing di bahagian yang tersebut dan salah seorang dari mereka adalah dari Wali Qutub (ketua). WALI BUDALA/AL-ABDAL Ganti Ialah satu panggilan ibarat untuk sembilan orang wali yang kesemuanya mempunyai kesempurnaan dan kelebihan yang tetap dalam musyahadah akan Alah Ta`ala. Mereka telah Kata keluar dan lepas dari garis-garis waham dan khayal.

setengah ulama`, mereka sebanyak empat puluh orang, manakala setengah ulama` yang lain pula mengatakan mereka ini sebanyak tiga puluh orang dan salah seorang daripada mereka adalah Wali Qutub (ada seorang ketua). Andaikata sekiranya mati salah seorang daripada mereka, maka kematiannya tidak dapat diketahui oleh manusia awam (kebanyakan) dan Allah Ta`ala akan menggantikan pula dengan yang lain tiada dijadi kurang.
33

MUTIARA DI TENGAH MATA

WALI AN-NUJABAK Yang Terpuji Dan Yang Termulia Ialah satu panggilan ibarat kepada orang yang berperibadi mulia, dia berperangai dengan perangai ketuhanan ‘Akhlak Ilahiyah’ ertinya perangainya sudah dijamin dan diakui oleh Allah Ta`ala iaitu akhlak ‘mahmudah’. Mereka bertugas menanggung beban makhluk dan bencana mereka. Andainya satu mala petaka yang diturunkan atau yang akan diturunkan kepada makhluk, maka merekalah orang yang pertama berdoa kepada Allah Ta`ala supaya bencana itu diangkat dan dihindarkan. Mereka terdiri daripada manusia yang berperibadi mulia serta mendapat Ma’rifah (pengenalan) yang bersih. Mereka tiada mengharap kepada yang lain dan hati mereka tiada memandang kepada yang lain hanya kepada Allah Ta`ala semata-mata. Mereka ini bekerja memerahkan tenaga dengan doa dan sebagainya adalah untuk kepentingan orang lain, bukan untuk diri mereka dan mereka terkenal dengan banyak sabar dan redha. WALI AN-NUQABAK Ketua Kecil @ Jawatankuasa Iaitu satu panggilan ibarat daripada orang yang sudah keluar daripada tekanan nafsu keji (amarah bissu’) disebabkan oleh kuat mujahadah, banyak beribadat, zuhud dan mengo34

MUTIARA DI TENGAH MATA

songkan hati daripada memandang adanya usaha tenaga sendiri. Bilangan mereka ini ialah sebanyak tiga ratus orang Tiap-tiap satu nama wali itu Andainya mati sadan mereka terkenal dengan banyak tawakkal kepada Allah Ta`ala di dalam segala urusan. masing-masing mempunyai Qutub (Ketua).

lah seorang dari semua jenis wali-wali itu, maka Allah Ta`ala ganti dengan yang lain pula yakni hilang seorang, ganti seorang dan begitulah berkekalan seterusnya, tetapi tiada seorang pun yang tahu atau kenal wali ini melainkan sesama mereka sahaja. AL-IMAMAIN Dua Imam/Dua Ikutan Mereka ini ialah dua orang sahaja. Mereka bertugas selaku setiausaha yakni yang satu bertugas di pihak kanan Qutub dan yang satu lagi bertugas di pihak kiri Qutub. Adapun yang di pihak kanan Qutub tugasnya ialah sentiasa melihat pada alam malakut (alam ghaib) dan dialah yang menggantikan Qutub dalam urusan yang bersangkut paut dengan alam di sebelah sana. Adapun yang disebelah kiri Qutub itu tugasnya sentiasa melihat memerhati alam syahadah (alam nyata/alam kebendaan) dan dialah sebagai pengganti Qutub di dalam urusan yang bersangkut paut dengan alam di sebelah sini.

35

MUTIARA DI TENGAH MATA

RIJAL AHLILLAH Lelaki Yang Terpuji/Ketua Daerah Iaitu satu panggilan ibarat kepada orang yang telah keluar dari tingkatan nafsu keji (amarah bissu’) disebabkan oleh kuat mujahadah, zuhud dan banyak beribadat serta mengkosongkan hati daripada memandang adanya usaha tenaga dirinya. Rijalullah ini bilangannya ialah sebanyak tujuh puluh ribu orang dan mereka terkenal dengan banyak tawakkal kepada Allah Ta`ala. Segala urusan dan setiap mereka mempunyai Wilayah atau Daerah masing-masing yakni setiap satu Rijalullah satu Daerah baginya. Nama Rijalullah ini dipanggil Qutub Wilayah tetapi tiada seorang pun yang tahu atau kenal Rijalullah ini melainkan sesama mereka sahaja. PENGERTIAN WALI Iaitu mereka yang diperintahkan segala pekerjaan dan alamat wali itu ialah mereka yang lemah lembut lidahnya, baik perangainya, manis mukanya, murah nafsunya, orang yang sedikit salah perbantahannya, menerima keuzuran

kepadanya dan sempurna kasih sayang atas segala makhluk Allah Ta`ala. Kata Muhammad Ibnu Sahl Ibnu Athoillah Rahimahullah Ta`ala alamat wali itu empat perkara: a. Memelihara Sir antaranya dan diantara Allah Ta`ala.

36

MUTIARA DI TENGAH MATA

b.

Memelihara segala anggotanya daripada barang

yang antaranya dan diantara suruhan Allah Ta`ala. c. Menanggung kesakitan barang yang diantaranya dan

diantara segala makhluk Allah Ta`ala. d. Meraikan segala makhluk atas kadar bersalah-

salahan akal mereka itu.

37

MUTIARA DI TENGAH MATA

SIAPA KEKASIH ALLAH Bahawasanya harus diketahui bahawa segala wali itu ada empat maqam atau pangkat: a. Pangkat pengganti Nabi (Khilafah An-Nubuwwah)

Mereka ini terdiri daripada golongan ‘Ulama. b. Pangkat pengganti Rasul (Khilafah Ar-Risalah)

Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Abdal. c. Pangkat pengganti Ulul ‘Azmi (Ulul ‘Azmi)

Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Autad. e. Pangkat pengganti Ulul Isthifa’ (Ulul Isthifa’)

Mereka ini terdiri daripada golongan wali-wali Qutub. Bahawasanya harus diketahui juga susunan pemerintahan para-para Auliya`(ahli rohani) ini tiada adalah kurangnya dengan susunan pemerintahan dunia ini malahan lebih teguh dan kuat lagi kerana lantaran pada alam rohani lebih banyak musuh-musuh daripada alam kenyataan ini.
38

MUTIARA DI TENGAH MATA

Pemerintahan mereka juga mempunyai Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha, Wakil-Wakil dan Ahli Jawatankuasa. Masing-masing mereka menyusun tugas mendirikan dunia bumi sebagai sebuah Negara. Mereka ini menjual diri, harta, tenaga, masa dan hidup mereka seluruhmya dan juzu’-juzu’nya kepada Allah Ta`ala dan Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W sebagai Pengorbanan untuk Melaksanakan dan Menegakkan Kedaulatan Kerajaan Iman, Islam, Ihsan, Pengorbanan Diri dan Harta bagi menjaga kemuliaan (maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Air mengikut ajaran Allah Ta`ala di atas muka bumi Allah Ta`ala yang fana ini. Begitulah susunan pemerintahan Auliya’ Allah Ta`ala (para-para ahli rohani) yang terdiri dari Qutubul Aqtab, Autad, Abdal, Nujabak, Nuqabak, Imamain dan Rijalullah. tariqat dan mentashih segala wirid, Mereka semua menyusun untuk mentadbir serta mentarjihkan segala jampian serta doa dan susunan langkahan dan usaha kerja buat makhluk manusia semuanya untuk menunaikan hak-hak kehambaan ke arah mengenal dan musyahadah akan Allah Ta`ala dalam semua tempat dan zaman dan mentadbirkan dunia bumi sebagai sebuah negara terlaksana sepenuhnya di dalamnya, masyarakatnya, kedaulatan kerajan Iman Islam Ihsan Pengorbanan Diri dan Harta kepada Allah S.W.T. semata-mata.

39

MUTIARA DI TENGAH MATA

Mereka sentiasa mengawasi gangguan-gangguan yang datang daripada musuh-musuh hati yang terdiri daripada maharaja nafsu dan profesor iblis yang sentiasa mencari peluang untuk merubahkan kota akal dan hati jiwa. Kita atau sesiapa juga akan dapat mencapai akan nikmat kelazatan di dalam musyahadah akan Allah Ta`ala sekiranya kita mahu untuk mencapainya. Akan tetapi percayalah bahawa nikmat kelazatan musyahadah akan Allah Ta`ala itu tiada dapat digambarkan oleh pengetahuan semata-mata dan tiada dapat dilukis oleh mana-mana pena dan tiada dapat diisyaratkan oleh apa-apa perkataan. Sesungguhnya ia akan dapat dirasai oleh sesiapa yang telah berusaha untuk sampai kepadanya (musyahadah akan Allah Ta`ala) itu dengan perasaan dalam ilmu dan amalnya kerana tiada diperolehi akan ilmu pengetahuan yang banyak itu dengan tiada belajar. Inilah perkara yang pernah dibangkitkan oleh Imam AlGhazali dengan katanya: “hakikat ini jika aku nyatakan kepada mereka, maka mereka akan memberi ta’wil kepadaku, dengan ta’wil kafir, yakni mereka tiada akan percaya”. Sebab itu Imam Al-Ghazali berkata kepada muridnya sebagai tolol, lantaran muridnya bertanya kepadanya tentang hakikat ini, akan tetapi beliau telah membuat perbandingan semula dengan mengatakan bahawa bukankah tolol namanya jika seseorang itu bertanya tentang bagaimana kelazatan jima’, kerana jika hendak tahu hendaklah dirasai dengan sendiri, sebab jika diberitahu itu
40

MUTIARA DI TENGAH MATA

bukanlah hakikat kelazatan namanya, bahkan ia hanyalah sekadar pengetahuan sahaja, sedang orang yang mengetahui itu tiada sama dengan orang yang pernah merasai. Ya! Jika sekiranya seseorang itu telah putus azamnya untuk sampai ke situ (musyahadah kepada Allah Ta`ala), insya Allah ia akan dapat merasainya. pada diri syarat berikut: Hendaklah ia menjalani tariqat, iaitu jalan yang telah dilalui ahli sufiah yang muktabar yang benar-benar soleh dan mempunyai wasilah dan robitah kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semata-mata. Andainya kita telah menjalani tariqat yang telah dipelajari dari guru yang mempunyai susunan wasilah yang muktabar dalam ilmu dan amalan robitah kepada Rasullullah S.A.W. serta dengan adanya susunan zikir-zikir dan wirid-wirid yang tertentu, maka bererti kita telah mempunyai perhubungan dengan guru dikalangan ahli Sufi yang mempunyai wasilah mengikut susunan sufiah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mereka itu yang akan memandu muridnya untuk sampai kesana. Murid amat perlu kepada guru untuk mengasuhnya Maka perhubungan dan membimbingnya kerana pada perjalanan itu banyak sekali musuh-musuh yang akan mengganggu. tawassul.
41

Akan tetapi dengan adanya

dengan gurunya yang ahli pada babnya itulah yang dikatakan

MUTIARA DI TENGAH MATA

Sebagaimana kita ingin menemui sultan, sedangkan kita adalah orang kampung yang tiada tahu akan peraturan dan adat istiadat istana, maka pada ketika itu amatlah perlu kita kepada seorang pemimpin yang boleh membawa kita untuk menemui sultan tersebut dan jika sekiranya tiada orang untuk memandu, nescaya banyaklah masalah pada perjalanan itu serta berkemungkinan akan ditimpa halangan buruk yang boleh menyebabkan tiada sampai kita kepada menyatakan hasrat atau tiada dapat mengadap sultan tersebut. Sekiranya seseorang itu mempunyai keazaman yang kuat untuk bermujahadah kepada Allah Ta`ala, sudah tentu ia akan mencari jalan yang sebenarnya yang boleh menyampaikan ia kepadanya dan ketika itu ia akan berusaha dengan sepenuh tenaga yang ada padanya untuk mencapainya dengan mengambil jalan yang paling selamat. Maka usaha pisah untuk mencapainya itulah yang dinamakan murid. Dari sinilah seseorang murid itu akan menempuh berbagai-bagai percubaan dan merasai berbagai-bagai kelakuan serta melazimi beberapa perkara untuk menjalankannya seperti mengetahui dengan sebenar-benarnya kaedah-kaedah yang telah ditetapkan umpamanya taubat, zuhud, tawakkal, qana’ah, sabar, fana dan lain-lain lagi perkara yang mesti diikuti dan dilalui oleh seseorang murid itu.

42

MUTIARA DI TENGAH MATA

PENGERTIAN MURID Murid atau Salik ertinya ialah yang berjalan atau yang berkehendak. Apabila dikatakan Murid atau Salik, maka pada istilah ahli sufiah ialah orang yang dikurniakan oleh Allah Ta`ala untuk berusaha pisah-pisah akan hatinya buat menjalani kepadanya dan untuknya. Sebab itu orang yang ingin sampai hatinya kepada musyahadah akan Allah Ta`ala hendaklah melatih hatinya dengan menafikan segala kemahuan yang dibangsakan kepada dunia kebendaan. Kemudian langsung menyembunyikan dirinya untuk

beribadah, berzikir dan sebagainya bagi menyampaikan dirinya kepada Allah Ta`ala secara zauq (perasaan) dan tiada lagi secara pengetahuan iaitu beredar-edar ia disekitar Allah itu tiada ada menyerupai suatu kuasa dan lain-lain lagi sedangkan secara zauq (perasaan) tiada ada padanya, akan tetapi bagi mereka yang menjadi murid itu telah mengikuti apa yang telah diterangkan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta`ala Anhu dan mereka itu (murid) telah merasai apa yang dinamakan Bab Al-Asma’ iaitu merasai akan kelazatan dalam zikrullah, usaha dan latihan mereka itu (murid) untuk musyahadah kepada Allah Ta`ala dengan melalui kenikmatan berzikir, beribadat serta pisahan hati.

43

MUTIARA DI TENGAH MATA

MAJZUB @ MURAD Seperkara lagi yang perlu kita ketahui bahawa ada juga setengah manusia yang diangkat terus sampai ke sana dengan semata-mata limpah kurnia Allah Ta`ala. Tiada dengan pisahan usaha dan tiada pula dengan bimbingan gurunya (ahli-ahli kerohanian) yang tertentu. Orang itu dinamakan majzub ataupun murad, perbandingannya ialah seperti ia di temui oleh sultan itu sendiri dengan memegang tangannya lalu membawa kehadapannya tetapi orang ini selalunya akan menerima kesukaran atau kepayahan tatkala menurun nanti. Andainya ia tiada mengawasi, maka ia akan menerima bencana ketika ia bermohon diri kelak. PENGAKUAN Pengakuan saya sendiri selaku penulis tiada pernah merasai segala-galanya itu dan boleh dikatakan saya juga ketinggalan kiranya kerana kelazatan zikir pun belum dirasai inikan pula kelazatan musyahadah akan Allah Ta`ala, akan tetapi walaupun demikian saya yakin akan Allah Ta`ala maha luas rahmatnya dan sama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya kita ini menjadi murid kepada mereka (ahli-ahli kerohanian) yang benar-benar soleh serta nyata wasilah dan robitah dengan ilmu dan amalnya yang menyampaikan tambatan hati muridnya kepada Baginda Nabi Muhammad Rasullullah S.A.W. dan diterima akan kita menjadi muridnya
44

MUTIARA DI TENGAH MATA

serta berada di dalam jamaahnya buat selama-lamanya. Amin ya Robbal a`lamin. KELAKUAN MENJALANI DIRI Oleh itu marilah kita membicarakan fasal kelakuan yang mesti dilalui dan percubaan yang harus di tempuhi serta yang mesti dialami dan dilalui oleh seseorang murid yang ingin sampai kesana untuk menjadi kekasih Allah Ta`ala. Di samping itu kita juga perlu mengetahui akan syaratsyarat bagi seseorang murid itu untuk menjalani diri kepada Allah Ta`ala. Ketahuilah bahawa segala tunjang bagi mencapai kebahagian dunia dan akhirat itu adalah berpusing di sekitar sejauh mana bagi seseorang murid itu membina taqwa. Taqwa adalah asas dan pokok serta jalan atau permulaan pekerjaan ibadat dunia dan akhirat. Sesungguhnya kebajikan dan kebaikan dunia dan akhirat tiada akan dapat dicapai begitu juga dengan kejahatan dan kebinasaan tiada akan dapat ditolak melainkan dengan adanya taqwa. PENGERTIAN TAQWA Taqwa adalah satu wasiat iaitu satu pesanan dari Allah Ta`ala kepada manusia seluruhnya. Manusia dahulu, sekarang dan akan datang serta banyak lagi keterangan dari ayat-ayat

45

MUTIARA DI TENGAH MATA

Allah Ta`ala yang telah memberi jaminan kepada orang-orang yang bertaqwa. Firman Allah dalam Surah hujurat ayat 13.

‫ِﱠَ ْ ﹶﹶ ُﻢ ِﹾﻨ ﹶﺍ ِ َْﺎ ُﻢ‬ ‫ﺍﻥ ﺍﻛﺮﻣﻜ ﹾ ﻋ ﺪ ﻪﻠﻟَﺗﻘ ﻛ ﹾ‬ ‫ﺃ‬
Mafhumnya: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah Ta`ala itu adalah orang yang lebih taqwa kepadanya”. Allah Ta`ala telah menjadikan ukuran serta membuat penilaian kemulian seseorang itu diatas kekuatannya, ilmu, tiada pada keturunannya, tiada pada harta kekayaan, tiada dengan tiada dengan kemegahan atau tiada dengan segala perkara yang pernah dibuat penilaian oleh kebanyakan manusia pada zaman ini. Sebab itu kemulian yang dibina di atas asas taqwa ianya tiada boleh dirosakkan dan tiada dapat dijejaskan oleh pemutaran zaman atau perubahan masa. Bagi memastikan seseorang murid itu menjadi seseorang yang benar-benar bertaqwa, ia mestilah meninggalkan segala jenis dosa, serta menghalangkan diri dari segala jenis kemahuan nafsu disamping mengawasi diri daripada tipu daya syaitan.

46

MUTIARA DI TENGAH MATA

KEMAHUAN NAFSU Andainya seseorang murid itu sentiasa menurut

kemahuan nafsunya, maka sampai bila pun dia tiada akan dapat kebahagiaan kerana mengikut kemahuan nafsu adalah pokok bagi segala kejahatan dan kebinasaan. sabdanya yang bermaksud: angan-angan. Inilah yang paling ditakuti oleh Rasullullah S.A.W sepertimana di dalam “seperkara yang paling ditakuti sekali pada umatku ialah mengikut kemahuan nafsu, panjang Kerana pada mengikuti kemahuan nafsu itu adalah menjadi sebesar besar dinding diantara hamba dan Allah S.W.T dan panjang angan-angan adalah melupakan hari pembalasan”. Dan tipu daya syaitan adalah merupakan perkara kedua yang mesti diawasi kerana dialah sebagai pendukung nafsu. Syaitan dapat masuk menyelinap kedalam badan manusia seperti nafsu juga sepertimana yang diterangkan oleh nabi Muhammad S.A.W didalam sabdanya yang bermaksud: “sepertimana keinginan nafsu yang bercampur dengan darah daging dan urat nadi manusia, maka demikianlah juga syaitan itu dapat berjalan mengikut aliran darah serta bergerak masuk kedalam daging seterusnya kejantung hati manusia”. Jadi, untuk mengawasi dan menjaga kedua-dua musuh itu dan untuk mendapat hakikat taqwa yang sebenarnya, maka perlulah bagi murid itu berada pada ketiga-tiga jalan ini.
47

MUTIARA DI TENGAH MATA

JALAN MENUJU KEPADA ALLAH S.W.T Pertama : Syariat Kedua : Tariqat Ketiga : Hakikat

Maka ketiga tiga jalan ini yang mesti menjadi landasan utama bagi seseorang murid itu (iaitu orang yang berjalan untuk sampai menuju kepada Allah S.W.T). Ahli-Ahli Kerohanian atau Ulama`-Ulama` Sufi Muktabar telah membuat perbandingan tentang ketiga-tiga perkara itu dengan katanya: “Syariat adalah seperti kapal dan tariqat itu adalah seperti lautan manakala hakikat itu adalah seperti permata yang dicari”. Maka sesiapa sahaja atau mana mana murid yang mahu dan berkehendakkan kepada permata tersebut, maka terpaksalah ia mengharungi lautan seperti menempuh gelombang ombak dan bahtera atau kapal adalah pokok utama yang mesti disediakan bertujuan untuk mengharungi lautan yang besar itu. Demikianlah juga bagi mana-mana murid atau sesiapa sahaja yang mahukan Hakikat untuk sampai kepada Makrifah Allah, maka terpaksalah mengharungi Lautan Tariqat dan tiada dapat berada di Lautan Tariqat melainkan setelah sempurna syariatnya. Maka, marilah kita mempelajari apakah dia Syariat, Tariqat Dan Hakikat yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

48

MUTIARA DI TENGAH MATA

PERTAMA : SYARIAT Syariat ialah mengikutkan agama Allah S.W.T iaitu Islam sepertimana yang dibawa datang awal oleh Nabi Muhammad S.A.W dengan erti kata menunaikan segala perintah dan suruhannya larangannya. Maka di dalam perkara menunaikan segala perintah inilah menjadi sebab menentukan hukuman keatas manusia dan jin didalam Islam apabila sempurna akal, sihat ceria, terima seruan Nabi Muhammad S.A.W dan sampai had taklif syara’ (baligh) wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan menyempurnakan rukunnya, syarat serta sahnya dan mengetahui ia akan perkara-perkara yang membatalkannya bagi memfardhukan Islam keatas dirinya untuk memelihara serta menjaga kemuliaan (Maruah) Agama Islam, Diri, Keturunan, Harta Benda Dan Tanah Air. Sepertimana firman Allah S.W.T: Baqarah ayat 138 dan menjauhi serta meninggalkan segala

‫ﺻ ﻐﺔ ﻪﻠﻟ ﻭﻣ ﹾ ﺃ ﹾﺴﻦ ﻣﻦ ﻪﻠﻟ ﺻ ﻐﺔ ﹶن ﹾﻦ ﻟﻪ ﻋﺒﺪ ﹾﻥ‬ ‫ِﹾﺒَُ ﺍ ِ ﹶﹶﻦَﺣ ﹶ ﹸِ ﹶ ﺍ ِ ِﹾﺒَُ َﺤ ﹸَﹸ ﹶِ ﹸﻭﹶ‬ ‫ﻭ‬
Mafhumnya: “Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: agama

Islam yang kami telah sebati dengannya ialah celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak
49

MUTIARA DI TENGAH MATA

Islam)!

Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada

Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadanya jualah kami beribadat”. Iaitu Syariat yang sampai pada Maqam Hakikat Tauhid serta yang sah i’tiqadnya itu bagi Ahli Sunnah dan berjalan pada zahirnya jalan Syariat yakni muafakat zahir dengan Syariat Muhammadiah dan batinnya dengan Tariqat Ahmadiah (yang dikehendaki disini ialah perjalanan yang bercontohkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pakaian zahir Uswatun Hasanah, Rahmatun Lil Alamin, Makarimul Akhlak, Khuluqil Adzim hingga merdeka ia daripada segala yang lain daripada Allah kepada Allah Ta`ala semata mata. Setelah murid itu menjalani akan jalan Syariat, dan sekarang marilah pula kita mempelajari serta mengharungi Lautan Tariqat pula. KEDUA : TARIQAT Tariqat ialah bagi memilih jalan yang lebih selamat pada segala amalan dan segala pekerjaan serta meninggalkan perkara-perkara yang dianggap menjadi kesamaran seperti hendaklah kita memilih jalan Wara`. Wara` di sini bukanlah bererti seseorang itu asyik memegang tasbih sahaja sehingga tiada mahu ia berusaha dan bekerja sepertimana yang dikehendakki oleh Syariat akan tetapi Wara` yang dikehendaki di sini
50

MUTIARA DI TENGAH MATA

ialah sepertimana yang telah dijelaskan oleh ulama. iaitu: a.

Imam Al-

Ghazali telah membahagikan Wara` itu kepada empat bahagian

Wara` Orang Kebanyakkan. Iaitu Wara’ bagi orang

yang meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh Allah Ta`ala dan ini adalah Wara` orang yang sedang berada pada darjat Syariat. b. Wara` Orang Yang Soleh. Iaitu Wara` bagi orang

yang meninggalkan segala perkara yang samar-samar hukumnya (syubhat) perkara ini jika dikerjakan tidaklah menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah Syariat akan tetapi menjadi salah bagi orang yang berada pada darjah Tariqat. c. Wara’ Orang Yang Muttaqin (takut pada Allah Ta`ala)

Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan barang yang tiada mengapa jika dikerjakan tiada jadi makruh dan tiada pula Khilafu Aula ini adalah kerana takut luput (hilang) barang yang diantaranya dan diantara Allah Ta`ala daripada nur dan cahaya yang berada pada mata hatinya. d. Wara’ Orang Yang Siddiqin (orang-orang yang benar)

Iaitu Wara’ bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang menyebabkan terasing diantaranya dan di antara Allah Ta`ala daripada segala jenis perkara yang membinasakan agama Allah Ta`ala dan hatinya.
51

MUTIARA DI TENGAH MATA

KETIGA : HAKIKAT Apabila seseorang yang menjadi murid itu sampai kepada tujuan makrifah Allah Ta`ala iaitu Musyahadah akan Nur Tajalli Allah. Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa Tajalli itu barang yang nyata bagi hati seseorang itu daripada cahaya Alam Ghaib dan di sana dia dapat faham hakikat segala perkara, seperti musyahadah akan Asma’ Dan Sifat dan juga Zat Allah Ta`ala dan dapat memahami rahsia Al-Quran dan mendapat yang tidak boleh dapat dengan usaha dan belajar. Ketiga-tiga perkara itu tiada boleh terasing sama sekali iaitu Syariat, Tariqat Dan Hakikat kerana Tariqat Dan Hakikat tiada boleh betul dan boleh didapati dengan tiada adanya Syariat. Begitu juga dengan Syariat, tiada akan adanya nilai sekiranya tiada ada Tariqat Dan Hakikat. Inilah sebabnya Ulama Muhaqqiqin berwasiat dengan katanya: “Syariat dengan tiada adanya Tariqat adalah kosong manakala Tariqat dan Hakikat dengan tiada adanya Syariat adalah tiada sah” Seorang yang beriman itu meskipun tinggi darjatnya dan dia sudah naik ke pangkat wali, maka tiada akan gugur daripadanya undang-undang Syariat. Dia wajib melaksanakan setiap

52

MUTIARA DI TENGAH MATA

perkara yang difardhukan ke atas dirinya sepertimana yang terkandung dalam ucapan Dua Kalimah Syahadah. Sesiapa yang menyangka bahawa apabila seseorang itu telah menjadi wali atau telah sampai hatinya kepada Hakikat Musyahadah akan Allah Ta`ala lalu digugurkan baginya segala undang-undang Syariat, maka sesungguhnya sangkaan yang demikian itu adalah sangkaan orang yang sesat dan ia menyesatkan pula orang lain. Sesungguhnya Nabi-Nabi pun tiada gugur perintah Syara’ daripadanya, masakan pula wali-wali yang darjahnya lebih rendah daripada Nabi-Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam itu sendiri. Setelah mengetahui serba sedikit berkenaan dan kedudukan Syariat, Tariqat Dan Hakikat, sekarang marilah kita mengetahui pula apakah perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang murid itu dan sesungguhnya perkara yang tiada asing lagi bagi murid itu, terpaksalah ia mengikuti dan menghiasi dirinya dengan segala perkara undang-undang Syariat kerana dengan itu akan bercahayalah hatinya dan hilanglah kegelapan yang bertapak di jiwanya lantaran ditutupi oleh najis maksiat. Dan ketahuilah bahawa segala rupa kedurhakaan kepada Allah Ta`ala itu adalah maksiat dan maksiat itu adalah satu kegelapan iaitu zulmah dan zulmah itu akan mengalir masuk (meresap) dan bertapak di hati. Begitulah juga dengan taat ia itu segala perkara rupa Bakti kepada Allah Ta`ala itu adalah
53

MUTIARA DI TENGAH MATA

satu cahaya yang juga dapat mengalir masuk dan bertapak dihati manusia. Andainya cahaya Syariat sudah ada pada hati murid itu, maka hati murid itu akan bercuaca dan ketika itu amat layaklah bagi murid itu masuk dan berada di atas jalan (Tariqat) untuk menuju dan sampai kepada Hakikat (iaitu Musyahadah akan Allah Ta`ala) atau sampai kepada Allah Ta`ala. Oleh yang demikian bolehlah difahami bahawa masuk kepada Tariqat itu adalah bererti seseorang murid itu sedang di dalam perjalanannya menuju kepada hakikat makrifat Allah Ta`ala dan sesungguhnya bagi mereka yang telah sampai hatinya dan amalan hidupnya kepada Allah Ta`ala itu baginya adalah mempunyai Tariqat (jalan) yang tersendiri. diantaranya ialah: a. Ada setengah orang yang hatinya sampai kepada Tariqat itu ada namanya yang bermacam-macam dan berbagai-bagai lagi

Allah Ta`ala dengan melalui wirid-wirid atau beribadat dengan ibadat sunat. b. Ada setengah orang yang lain pula hatinya sampai

kepada musyahadah akan Allah Ta`ala dengan menjadi khadam gurunya yakni ahli-ahli Sufi atau berguru kepada ahli-ahli sufi yang melazimkan pada babnya.

54

MUTIARA DI TENGAH MATA

c.

Setengah orang pula yang hati mereka sampai

kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala dengan berusaha bekerja menggunakan tenaga fikiran dan hasilnya pekerjaan itu diletakkan semata-mata mengabdikan diri kepada Allah Ta`ala serta dimanfaatkan pula kepada yang memerlukannya. d. Setengah orang pula hatinya sampai kepada

Musyahadah akan Allah Ta`ala melalui mengajar, mendidik, menunjukkan manusia dengan ilmunya yang benarbenar faham diatas Aqidah, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta serta membina manusia mengikut contoh Nabi Muhammad S.A.W. dalam ilmu dan amalnya baik dari segi hak-hak kehambaan mahupun hak-hak ketuhanan dan bermacam-macam lagi akan tetapi yang akhir inilah yang paling utama kata Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta`ala ‘Anhu. Orang yang termasyhur dikalangan penghuni langit dengan nama Azhima (iaitu mempunyai darjat kebesaran dan keutamaan) kerana ianya tiada ubah seperti matahari lantaran dirinya bercahaya (cerah) dan memberi cahaya kepada orang lain atau dengan kata perumpamaan yang lain ialah tiada ubah ia sepertimana kasturi lantaran dirinya sudah harum dan mengharumkan orang lain pula.

55

MUTIARA DI TENGAH MATA

JALAN YANG DEKAT MENUJU KEPADA ALLAH TA`ALA Oleh itu marilah kita mengetahui pula apakah jalan yang dekat (Tariqat) untuk kita sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala mengikut kaedah Ahli-Ahli Sufi yang lazim pada babnya. Pada ghalibnya bagi seseorang itu hendaklah memperbaiki dirinya mengikut asal kejadian alam dan manusia sebagai Khalifah Allah Ta`ala diatas bumi, iaitu bermula dari permulaan noktah (tempat memulakan sesuatu) iaitu yang sempurna mukallaf serta menerima talqin ucapan Dua Kalimah Syahadah dan menfardhukan Islam keatas dirinya serta sedia ia menjaga memelihara dan mempertahankan kemulian (maruah) Agama, Diri, Keturunan, Harta Benda dan Tanah Airnya daripada segala seterunya dan seteru Allah Ta`ala. Pada ghalibnya seseorang murid yang benar-benar menjalani tariqat untuk menyampaikan dirinya kepada Haqiqat sana itu akan menempuh sembilan perkara, yang menjadi pokok peraturannya dan tiada dapat tiada bagi sesiapa jua yang ingin hatinya sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala perlu menempuh kesembilan-sembilan pokok peraturan ini dan sesiapa jua yang berjaya menempuhnya insya Allah Ta`ala ia akan sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala dengan dibuka
56

MUTIARA DI TENGAH MATA

oleh Allah Ta`ala akan pintu-pintu pengertian dan diterangkan dadanya dengan cahaya Ilmu-Ilmu umpama ilmu Iman, Islam, Ihsan, Yakin, Lathoif, Israr, Makrifah, Khasyaf, Mukafahah, Karamah yang hakiki. Maka dengan itu akan nyata segala perkara-perkara yang boleh memperbaiki diri dan akhlaknya untuk menaiki tangga Musyahadah dan Muraqabah akan Allah Ta`ala bagi setiap waktu, masa dan ketika semasa hidupnya. PERTAMA : TAUBAT Al-Taubah tanda awal sebagai kembali dari perangai yang tercela disisi Syara’ untuk menuju kearah perangai yang terpuji. Taubat yang dimaksudkan di sini ialah dengan menunaikan segala rukun-rukun syarat yang telah ditetapkan bagi taubat itu. Andainya syarat-syarat serta rukun-rukun bagi taubat itu tidak ada, maka taubat itu hanya pada rupa sahaja dan ianya bukanlah taubat yang keluar dari hati yang putih bersih serta menolak dengan putus azam tiada kembali lagi pada dirinya segala maksiat dan kufur, maka yang tinggal pada dirinya hanyalah iman dan taat semata-mata. Taubat yang tiada menyempurnakan syarat dan rukunnya itu seolah-olah memper sendakan Allah Ta`ala malah perkara sebaliknya yang akan berlaku jika sekiranya taubat yang tiada pada menyempurnakan syarat dan rukunnya itu dimana Allah Ta`ala akan mengakibatkan orang yang bertaubat itu sendiri akan menerima bencana daripada kecuaiannya.
57

MUTIARA DI TENGAH MATA

Syarat dan rukun taubat Itu empat perkara: a. Dengan Adanya Penyesalan. (1) Menyesal di atas segala rupa apa-apa yang

telah dilakukan daripada segala jenis maksiat atau dosa dan segala perkara yang menyalahi Syara’. (2) Menyesal diatas kecuaian di dalam menunaikan

perintah Allah Ta`ala. (3) Menyesal sepenuhnya di atas masa yang

lampau yang terbuang dengan sia-sia. b. Dengan adanya keazaman (ketetapan dihati) yang

putus dengan bahawa tiada mahu diulangi lagi segala maksiat atau dosa atau kedurhakaan atau kecuaiannya buat kali yang kedua. c. Berhenti Dari Pekerjaan Maksiat. Hendaklah berhenti

dari melakukan pekerjaan maksiat buat selama-lamanya pada ketika datang akan penyesalan dengan penuh azam tidak akan mengulangi lagi dan terus menunaikan segala perintah Allah Ta`ala yang diazamkan itu. d. Lepaskan tanggungan daripada hak-hak yang

bersangkutan dengan anak adam.

Syarat ini hanya khas

untuk dosa pekerjaan yang bersangkut dengan anak
58

MUTIARA DI TENGAH MATA

Adam sahaja sepertimana mencuri, menyamun, mengumpat, mencela dan sebagainya. Ertinya hendaklah barang yang dicuri dan disamun itu hendaklah dikembalikan atau diganti balik kepada yang empunyanya juga hendaklah meminta maaf daripada yang empunyanya barang tersebut diatas perbuatan tercela yang pernah dilakukannya. Ulama` telah membahagikan taubat ini kepada tiga darjah iaitu: a. At-Taubah. Sesiapa yang bertaubat kerana takut-

kan siksaan Allah Ta`ala, maka taubat tersebut adalah dikatakan Sohibu At-Taubah (Al-Taibiin). b. Al-Inabah. Sesiapa yang bertaubat kerana berke-

hendakkan kepada balasan Allah Ta`ala seperti syurga dan nikmat-nikmatnya, maka taubat tersebut adalah dikatakan Sohib Al-Inabah (Al-Munibiin). c. Al- Awwabah. Sesiapa yang bertaubat kerana tiada

takutkan siksaan dan tiada mengharapkan balasan pahala, malah taubat itu adalah semata-mata adalah kerana menunaikan hak-hak kehambaan kepada Allah Ta`ala, maka taubat tersebut adalah dinamakan Sohibu Al-Awwabah (Al-Awwabiin). Dan banyak ayat-ayat Allah Ta`ala dan hadis yang menunjukkan bahawa taubat ini, mendapat tempat yang utama di
59

MUTIARA DI TENGAH MATA

dalam pemerhatian Allah Ta`ala.Ini bererti bahawa kita telah masuk ke pintu keredhaannya. Dengan tertunai satu syarat untuk sampai kepada Allah Ta`ala iaitu taubat. KEDUA : QANA’AH Memadai atau mencukupi dengan apa yang ada, ini bukan lah bererti meninggal akan segala ikhtiar dan usaha mencari saraan hidup tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah mahu adanya perasaan redha dan mencukupi pada hati dan jiwa kita dan juga tiada ada keluh kesah di atas kekurangan pada kebendaan. Sekiranya keperluan hidup agak terhimpit, maka hatinya tenang tetapi ikhtiar usahanya diteruskan berjalan seperti biasa dan tiada berperasaan mengkritik di atas qada’ dan qadar Allah Ta`ala. Hatinya juga tiada perasaan megah dengan adanya pakaian, harta, tempat kediaman, jawatan dan sebagainya. Mencintai kekayaan, kemewahan dan jawatan kedudukan dengan serba ada adalah jauh sekali dari hati orang yang memiliki sifat qana’ah ini. Sebab itu qana’ah adalah menjadi salah satu punca untuk mencapai ketenangan jiwa iaitu perasaan yang tiada terburu-buru oleh nafsu dan iblis malahan ianya tenang sahaja. Andainya dia sudah tenang, maka mudahlah hati dan jiwanya dimasuki Nur Makrifah (Cahaya Pengenalan) sebaliknya pula jika qana’ah tiada ada pada hati
60

MUTIARA DI TENGAH MATA

seseorang itu, maka tiada ada bezanya diantara dia dengan si tamak yakni memburu dunia (Maliku Dunia). Justeru itu haruslah ditinggalkan segala rupa amalan dan pekerjaan yang tiada mendatangkan faedah dan tiada ada pertaliannya dengan akhirat supaya dengan ini membolehkan seseorang itu sampai kepada kedudukan Musyahadah akan Allah Ta`ala. KETIGA : ZUHUD Ini juga bukanlah bermakna mesti meninggalkan segala harta serta daya usaha untuk saraan hidup, tetapi hakikat sebenarnya ialah tiada ia bergantung hati pada segala rupa harta kekayaan, usaha tenaga serta tiada ada pula tumpuan dengan sepenuhnya, iaitu hati tiada condong kepada yang fana bererti memiliki dan melaksanakan pekerjaan itu hanya sematamata pemberian dan perintah dari Allah Ta`ala. Sekiranya seseorang itu kaya dan mewah tetapi hatinya tiada bergantung dengan harta kekayaan dan kemewahan itu, maka ianya adalah seorang yang Zahid. Tiada bergantung hati itu bukanlah bermaksud tiada mempedulikan dengan sepenuhnya malahan harta-harta tersebut wajib diuruskan dengan betul mengikut Syara’ dan undang-undang adat yang berkaitan dengannya.

61

MUTIARA DI TENGAH MATA

Sekiranya seseorang itu miskin dan hatinya penuh dengan angan-angan dan daya usahanya tiada lain melainkan bertujuan untuk mencapai kekayaan dan kemewahan dunia sematamata, maka itu bukanlah namanya Zahid. Zahid itu ialah urusan hati yang tiada boleh dicampur adukkan dengan urusan jasmani. mengatakan “Zahid olehmu akan Sebab itu ‘ulama dunia ini dengan

menghilangkan tumpuan hati kepada kebendaan” Tiada bererti tiada ada harta barulah dinamakan Zahid kerana Nabi Allah Sulaiman bin Daud Alaihi-mussalam adalah sebagai manusia diatas muka bumi ini tetapi ia adalah antara Zahid dan Muzahidnya. Zahid adalah sebesar-besar jalan untuk menyampaikan hati seseorang itu kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala, sesiapa yang tiada Zahid di dunia ini, ia adalah orang yang dianggapkan seperti orang yang mabuk atau orang yang dikaramkan dilautan dan dia tiada dapat berjalan dengan betul dan tiada selamat daripada tenggelam dengan tercengang ia berkata “manakah jalan yang betul, dan manakah kapal yang dapat memberi pertolongan ini?”. Sudah dikatakan bahawa Zahid adalah sebagai tariqat untuk kita sampai kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala. Sepertimana kapal yang menjadi alat utama untuk kita mengambil permata di lautan yang dalam.
62

Bagaimana jika

MUTIARA DI TENGAH MATA

seseorang itu hampir lemas di lautan baru ditanya pula akan kapal pada hal sebelum itu dia tidak menyediakan kapal untuk dia berjalan di lautan menuju kesana atau untuk keselamatan bagi menempuh gelombang lautan. Zahid mempunyai beberapa syarat dan tanda iaitu: a. Bersedia memaaf kepada manusia yang berlaku

kasar terhadapnya lantaran mereka tiada mengetahui akan hukum Syara’. b. Tiada menyakiti mereka dan tiada juga mencela di

atas kejahilan mereka itu. c. Putus harap yakni tiada berharap kepada pemberian atau dengan lain perkataan ialah tiada

manusia

mengharapkan ihsan (belas kasihan) dari orang lain. d. Murah yakni selalu menderma dan selalu memberi

pertolongan dengan apa saja yang ada padanya seperti harta benda, tenaga, fikiran dan sebagainya. Andainya kita telah melakukan keempat-empat perkara tersebut, maka kita akan sejahtera daripada kebinasaan dan akan dikasihi disisi manusia serta diangkat disisi Allah Ta`ala.

KEEMPAT : BELAJAR ILMU SYARAK
63

MUTIARA DI TENGAH MATA

Belajar ilmu syara’ juga adalah merupakan salah satu daripada sembilan perkara yang mesti dilalui.Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah tiga perkara iaitu: a. b. c. Ilmu Yang Memperbetulkan Ibadat – Feqah. Ilmu Yang Memperbetulkan I’tiqad – Usuluddin. Ilmu yang memperbetulkan Akhlak dan memperbaiki

hati serta pengorbanan (Jihad) - Tasauf Dan Sufi Sesiapa juga yang beramal dengan tiada ilmu, maka amalannya ditolak dan tiada diterima sama sekali. Oleh itu perlu sekali bagi seseorang itu mengetahui akan ketiga-tiga ilmu yang tersebut dan perlulah ia menjadi murid kepada manamana guru yang ahli pada babnya. Dengan yang demikian dapatlah ia mengetahui akan sempadan dan tauladannya pada membicarakan baik dan jahat dalam ilmu dan amal dalam kehidupan sesama manusia dan di sisi Allah Ta`ala supaya setiap amalannya diterima menjadi amalan yang soleh. Oleh itu setiap murid hendaklah yakin bahawa agama Islam ialah suatu agama khusus dari Allah Ta`ala yang diturunkan kepada seluruh manusia daripada Nabi Adam sampai hari kiamat melalui Nabi-Nabi Rasul-Rasul alaihimus solatu wassalam dengan disertakan kitab-kitab panduan. Al-Quran diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Nabi akhir zaman. Islam bukanlah agama ciptaan
64

MUTIARA DI TENGAH MATA

manusia atau kebijaksanaan pemikiran manusia.

Dan apabila Agama

sampai kepada nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.,

Islam dikembangkan melalui ucapan Dua Kalimah Syahadah sebagai batas perbezaan diantara orang yang sudah menerima dan beramal dengan agama Islam dengan orang yang tiada menerima dan beramal dengan agama Islam. Sebab itu menjadi khilaf pada ulama di dalam menetapkan hukum ke atas manusia Islam yang apabila sampai had taklif Syara’ bagi manusia lelaki dan perempuan maka diwajibkan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah sekali seumur hidup bagi menfardhukan Islam ke atas dirinya. Selain dari itu adalah menjadi sunnah mengucap Dua Kalimah Syahadah pada mana-mana waktu walau beberapa banyak sekalipun kecuali di dalam solat dan dikala seseorang itu menjadi murtad. Sebab itu telah menjadi peraturan mana-mana murid yang ingin menjalani tariqat hendaklah ia belajar dan mempelajari akan Ilmu Syara’ Iaitu Feqah, Tauhid dan Tasauf dimana sekarang ini telah berlaku kepincangan di dalam masyarakat manusia yang diperakui Muslim di dalam perkara pokok ilmu dan amal yang berkaitan dengan Aqidah, Syariat, Akhlak Pengorbanan Diri dan Harta adalah berpunca dari kehilangan permata ilmu (dikalangan Guru-Guru yang Mursyid mengikut Tobaqat Sufiyyah Susunan Auliya’ Ma’dudin) semenjak berakhirnya pemerintahan Khalifah Uthmaniah dan kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara.
65

Oleh itu adalah menjadi hak

MUTIARA DI TENGAH MATA

kepada setiap murid yang hendak menjalani jalan Tariqat, mestilah berada kekal di dalam Aqidah, semua tempat, Syariat, Akhlak, Pengorbanan Diri dan Harta di atas aliran Ahli Sunnah di waktu dan masa selari dengan kedudukan manusia salaf dan manusia khalaf. KELIMA : MENGHORMATI SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. Iaitu mengikut menjaga adab-adab yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan menjadikan Uswatun Hasanah, Rahmatan Lil ‘Alamin, Makarimul Akhlak, Khuluqil ‘Adzhim itu sebagai contoh dan tauladan samada di dalam perkataan, perbuatan, iktiqad bagi setiap pekerjaan dan kelakuan bagi orang Muslim (murid) itu di semua tempat, masa dan zaman. Adalah bagi semua keadaan Ahli-Ahli Sufi Muktabar itu memang meniru atau mencontohi seratus peratus (100%) akan akhlak Nabi Muhammad S.A.W. samada zahir sepertimana memperbaiki solat, bersedekah, berzikir, dan batin pula bersifat dengan Taubat, sifat yang terpuji Zahid, sepertimana Tawakkal, akhlaknya Uzlah yang dan berbimbang dengan melakukan dosa maka sentiasa baginya itu Qana’ah, Ikhlas, sebagainya daripada perangai atau sifat yang terpuji, yang menjadi tanda kehambaan dirinya kepada Allah Ta`ala sematamata.

66

MUTIARA DI TENGAH MATA

KEENAM : TAWAKKAL Tawakkal adalah satu perkataan yang memberi erti, Penyerahan Atau Menyerah. Didalam erti kata yang lain berpegang teguh kepada Allah dan tiada kepada yang lain, serta menghapuskan perasaan hati yang memandang dirinya jua yang mentadbirkan sesuatu, tawakkal ini juga bukanlah bererti terpaksa meninggalkan segala ikhtiar usaha bahkan mesti bekerja dan berusaha, kemudian segala pekerjaan ikhtiar usaha itu disandarkan kepada Allah Ta`ala. Suatu masa Saidina Umar Al-Khattab R.A. masuk ke dalam masjid, disana beliau mendapati beberapa orang manusia yang sedang asyik berzikir sedangkan mereka itu mempunyai keluarga atau isteri dan tanggungan, lalu Saidina Umar berkata “apakah kamu semua tiada bekerja dan apakah yang kamu lakukan untuk saraan ahli-ahli keluarga kamu? Apakah kamu semua bertawakkal seperti ini? Ingatlah kamu, bahawa langit tiada berhujankan emas”. Sahl bin Abdullah r.a. pernah berkata “bahawa tawakkal itu adalah kelakuan Rasullullah S.A.W. dan berusaha ikhtiar itu adalah sunnahnya”. Membuat persediaan dan menyimpan makanan untuk hari-hari depan tiadalah merosakkan tawakkal kerana Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pernah menyimpan makanan untuk anak isteri buat masa setahun pada hal Rasullullah S.A.W. adalah penghulu atau ketua bagi orang67

MUTIARA DI TENGAH MATA

orang yang bertawakkal.

Ringkasnya disini ialah tawakkal

adalah kerja hati dan sesiapa juga yang hatinya telah sampai kepada darjat tawakkal, maka dia tiada akan dijejaskan oleh banyak harta dan kuat ikhtiar usaha. KETUJUH : IKHLAS Ertinya Kebersihan Hati. Ia juga menjadi salah satu daripada rukun yang paling besar daripada segala kerja yang bersangkut paut dengan hati bagi segala jenis ibadat samada zahir ataupun batin adalah berpusing di sekitarnya. Ia juga sebagai hakim bagi menentukan amalan itu diterima ataupun tiada diterima. Pernah suatu ketika Abu Zar r.a. bertanya kepada Rasullullah S.A.W. tentang ikhlas lalu beliau menjawab “sabarlah, nanti saya akan bertanya kepada Jibril a.s. apa itu ikhlas,” kemudian Jibril a.s. menjawab nanti dia akan bertanya kepada Mikail a.s. dahulu, Mikail a.s., lalu Jibril a.s. bertanya kepada maka Mikail a.s. menjawab pula nanti ia akan

bertanya sendiri kepada Allah Ta`ala tentang perkara tersebut, lalu Mikail a.s. bertanya kepada Allah Ta`ala dan Allah Ta`ala berfirman dengan mafhumnya “ikhlas adalah satu rahsia daripada beberapa rahsiaku dan aku berikan kepada sesiapa yang aku mahu!”.

68

MUTIARA DI TENGAH MATA

Maka dari sini tahulah kita bahawa ikhlas ini tiada dapat dicapai melainkan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah Ta`ala dengan meminta supaya dikurniakan kepada kita di samping menunaikan syarat-syarat untuk mencapainya seperti melazimkan bersedekah dengan bersunyi-sunyi tiada di hadapan khalayak ramai, begitu juga dengan solat sunat dan lain-lain lagi. Selain dari itu, kita tiada beria-ia menjadi diri kita sebagai seorang yang ikhlas kerana ikhlas itu adalah kerja hati dan kalau ia adalah kerja hati, maka sudah tentu ia tiada dapat dibuat atau dipisahkan dengan secara zahir. Oleh itu, untuk mencapai maqam ikhlas, hendaklah kita meminta akan pertolongan dari Allah Ta`ala banyak-banyak serta melazimkan akan syarat-syaratnya. Satu perkara yang menjadi pertentangan yang paling hebat sekali bagi ikhlas itu ialah riya’. merosak binasakannya. Dia adalah sebesarbesar penyakit yang menggugurkan akan pahala amalan dan Riya’ adalah kemahuan hati seseorang itu kepada pangkat dan kebesaran disisi manusia dengan menggunakan akhirat seperti solat, bersedekah, membaca Al-Quran dan sebagainya atau berkehendakkan kepada kepujian manakala bersedekah pula hatinya berkehendakkan supaya ia dikatakan pemurah dan begitulah seterusnya. itu penyakit riya’ ini perlu diawasi secukupnya. Oleh Kalau tiada

maka segala amalan akan menjadi sia-sia dan percuma di samping itu hati akan bertambah jauh dengan Allah Ta`ala.
69

MUTIARA DI TENGAH MATA

Fudhail bin ‘Iyadh pernah berkata

“beramal kerana manusia

adalah syirik dan beramal kerananya juga adalah riya’. Sementara ikhlas pula ialah beramal ataupun tiada adalah semata-mata suruhan Allah Ta`ala dan perintah Allah Ta`ala dan hanya kerana Allah Ta`ala”. KELAPAN : UZLAH Uzlah ialah mengasingkan diri dari manusia banyak kerana makhluk pada ghalibnya menjadi batu penghalang untuk sampai kepada Allah Ta`ala bukan itu saja bahkan ianya menjadi penjenayah kearah kebinasaan dan kejahatan. Ya! Harus diketahui bahawa manusia di dalam perkara uzlah ini ada banyak peringkat iaitu: a. Peringkat yang pertama. (1) Iaitu manusia yang tiada berhajat kepada orang

lain dan orang lain pun tiada berhajat kepadanya lantaran ianya bukan orang yang betul-betul mahir yang dapat memimpin dan mengajar manusia tetapi ianya bukanlah seorang yang jahil yang tiada dapat membetulkan dirinya malahan ianya seorang manusia yang dapat berdikari atau lain perkataan ia adalah manusia yang dapat masuk dan mengawasi diri dari gangguan nafsu dan tipu daya syaitan.

70

MUTIARA DI TENGAH MATA

(2)

Maka manusia ini adalah lebih aula bagi

mengasingkan dirinya dari manusia (uzlah) hanya ia perlu beruzlah beberapa perkara sahaja seperti jumaat, jama’ah, haji, tempat belajar dan sebagainya. Itupun sekiranya tiada menjadi gangguan ke atas dirinya, maka haruslah baginya untuk mendiami di tempat yang tiada diwajibkan baginya perkaraperkara yang tersebut itu seperti di puncak bukit, di dalam gua atau di hutan belantara. (3) Tetapi manusia seperti ini jarang sekali yang kita

dapati didalam satu-satu negeri yang beruzlah secara berseorangan, pendek kata manusia umpama ini satu pun sukar untuk ditemui dan sekiranya ada, tiada usahlah dicaci dan dicela akan dia serta jangan pula dilemparkan fitnah dan tuduhan seperti ianya sudah menyimpang dari ajaran agama Islam. Islam tiada membenarkan kita berbuat demikian kerana uzlah dalam Islam itu banyak peringkat. (4) Selain dari itu Islam ada memberi kemudahan

kepada orang ini tambahan pula amat sukar hendak menemui orang yang beruzlah dengan cara begini, jadi mengapa kita menyusahkan sangat terhadapnya dan lagi pun ianya tiada mengganggu sesiapa. Lebih baiklah kita sebagai orang Islam membicarakan akan perkara-perkara asas dalam ajaran agama Islam
71

MUTIARA DI TENGAH MATA

dalam ilmu dan amalan harian kita serta mengajak kepada orang-orang yang sentiasa berbincang perkara-perkara agama di kedai-kedai kopi atau di kelab-kelab dan lain-lain lagi daripada segala perkara yang melanggar Syara’ atau Syariat Islam, sebenarnya kumpulan inilah yang menjadi pengganggu masyarakat dan ketenteraman awam dan sebagainya. Masya Allah apakah yang akan terjadi sekiranya orang-orang banyak yang mengaku yang dirinya Islam dan menganggap dirinya sebagai pemimpin, guru-guru, Tuk guru atau ustaz yang mengasuh penyokongnya kepada perjuangan Islam yang suka mengkritik kepada orang yang dianggap baik dan sebaliknya memuji kepada orang yang dilaknat oleh Allah Ta`ala. b. Peringkat yang kedua. Iaitu manusia yang berhajat

kepada orang lain disebabkan beliau jahil misalnya atau pun ada urusan dalam perkara yang bersangkutan dengan tanggungan dalam kehidupan dan lain-lain lagi, maka manusia ini tiada boleh uzlah seperti orang yang pertama tadi dan dia dituntut supaya bergaul dengan guru-guru dan menghormati tempat belajar yang boleh membawa akan dirinya mendekati Allah Ta`ala serta hendaklah beruzlah diri daripada orang yang dilaknat oleh Allah Ta`ala. c. Peringkat yang ketiga.
72

MUTIARA DI TENGAH MATA

(1)

Iaitu manusia yang diperlukan oleh orang yang

lain dari segi tenaganya, fikirannya dan ilmunya serta bertujuan mengajar akan dirinya, manusia ini tiada boleh uzlah seperti manusia yang pertama dan kedua tadi akan tetapi ia mesti beruzlah secara rohani iaitu kira bicara, tukar pendapat dan pergaulannya dibolehkan sesama manusia lain tetapi hatinya itu mesti beruzlah daripada mereka itu (orang yang dilaknat oleh Allah Ta`ala). Inilah yang dikatakan uzlah hati. (2) Uzlah hati ialah sentiasa merenung lemah lem-

but kepada Allah Ta`ala pada setiap masa dan tempat. Manusia jenis ini jika kita lihat pada zahirnya bersama-sama manusia yang lain pada suatu perkara yang berkaitan dengannya serta perkara yang tidak berkaitan dengannya.Tiada ada sebenarnya pada hakikat orang ini ianya sedang beruzlah dan inilah darjat uzlah yang paling baik dan bagus sekali. Sekiranya uzlah ini kita telah memasukinya, maka pasti benar kita akan dibawa ke hadrat Allah Ta`ala dan disana kita akan dapat menikmati Mukasyafah Rububiyah. d. Peringkat yang keempat. Iaitu uzlah yang ketika dan Musyahadah Uluhiyah dan

rosak binasa oleh keadaan dan masa. Orang ini adalah
73

MUTIARA DI TENGAH MATA

orang dari jenis ketiga juga yakni dia Berilmu, Mahir, Zahid, Wara’ dan segala daya usahanya habis ditumpukan untuk mengajak manusia dengan memberi penerangan, menasihati supaya mematuhi Syariat dan undang-undang Allah Ta`ala dan mengikuti Rasullullah S.A.W. akan tetapi, segala daya usahanya, nasihatnya tiada lagi dipakai sebaliknya difitnah, dicemuh, dikata dan dicaci oleh masyarakat, di kedai-kedai kopi disihirkan dan terkadangkadang pula menerima ancaman bagi keselamatan jiwanya, maka dikala itu wajarlah ia beruzlah dengan rohani dan jasmani sekali dan tempat uzlah itu dikira apa yang mendapat keselamatan agamanya seperti tempat yang terasing diri dari manusia yang jenis terkutuk itu dimana tempat yang dikira munasabah. Oleh itu marilah kita masuk kepada garisan yang terakhir jika seseorang murid itu mahu sampai kepada Allah Ta`ala. KESEMBILAN : HIFZUL AUQAAT Iaitu Menjaga Masa. Ya! Pokok pangkal dari uzlah tadi Iaitu kosong, sekiranya sekadar

ialah menjaga masa iaitu beberapa banyak masa yang telah kita buang dengan percuma. kosong sahaja tiada mengapa lagi akan tetapi sekiranya masa yang kosong itu tiada diisi dengan amalan soleh, sudah tentulah dipenuhi pula dengan berbagai-bagai maksiat dan

74

MUTIARA DI TENGAH MATA

kedurhakaan kepada Allah Ta`ala. amat rugi dan paling rugi sekali.

Sekiranya begitu, adalah

Sekiranya kita (murid) berusaha melatih diri kita supaya memenuhi masa itu dengan taat, maka kejayaan yang akan kita capai. Justeru itu perkataan sia-sia tiada perlu dilafazkan, pekerjaan mungkar mesti dijauhi, bergebang-gebang kosong tiada usah dihampiri dan beribadat mestilah dilazimi. Ya! Mesti beribadat setiap nafas dan saat ini bukanlah bererti mesti melazimi berada diatas tikar solat sahaja. Solat lepas satu satu pula, sebaliknya beribadat yang dimaksudkan disini ialah segala rupa pekerjaan dan tutur kata. Serta tingkah laku harian mesti dilakukan kerana Allah Ta`ala semata-mata, tiada keluar dari garis Syarak, dan tiada lalai dari mengingati akan Allah Ta`ala. Sekiranya kita solat maka solatlah kerana Alah Ta`ala. Sekiranya berehat untuk memberi keringanan kepada tubuh badan kita supaya dapat beribadat kepada Allah Ta`ala. Sekiranya kita bekerja, maka pekerjaan itu bukan untuk mencari kemewahan dan kemegahan tetapi untuk menunaikan perintah Allah Ta`ala dengan mencari hak-hak saraan kehidupan sepertimana yang diamanahkan oleh Allah Ta`ala. Hasilnya ialah kesemua daripada Allah Ta`ala, Sebab itu ahli-ahli Sufi pernah berkata:
75

kepada

Allah Ta`ala, dengan Allah Ta`ala dan kerana Allah Ta`ala.

MUTIARA DI TENGAH MATA

“Semua perkara yang dikerjakan dan semua perkataan yang dilafazkan oleh mereka adalah ibadat, satu pun tiada menjadi sia-sia dan percuma lantaran apa yang mereka sandarkan ialah kepada Allah Ta`ala, maka segala-galanya menjadi akhirat, maka dunia ini mereka dapat percuma”. Oleh itu apa yang dikatakan oleh mereka (ahli Sufi) memanglah betul, kerana cubalah kita perhatikan satu misal. Kita berbendang atau menoreh getah, di samping itu juga kita membuat apa-apa pekerjaan lain, maka hasil padi yang dapat dari bendang ataupun susu getah dari kebun getah dan lain-lain pekerjaan seumpamanya tiada payah untuk menjadi niat untuk kita dapat akan dia. Telah fahamlah kita apabila sampai masanya untuk menuai padi atau mengumpulkan susu getah berkenaan nescaya kita akan dapat akan dia. Hanya yang perlu kita niat “aku melakukan pekerjaan ini kerana Allah Ta`ala sebagaimana yang diamanahkan kepada aku semata-mata atau yang difardhukan keatas diri aku”. Sudah cukup dengan demikian itu, maka terjama’ahlah kita kedalam golongan mereka yang telah menjaga masa. Akan tetapi perlulah diingatkan bahawa pekerjaan dan perkataan yang diiktibarkan sebagai ibadat itu ialah selamalamanya ianya tiada bercanggah dengan Syariat Allah Ta`ala. Sekiranya bercanggah dan diniatkan kerana Allah Ta`ala, maka
76

MUTIARA DI TENGAH MATA

itu adalah bersandar kepada Allah Ta`ala pula namanya sepertimana melakukan perkara-perkara yang haram atau makruh atau pun perkara yang harus dikerjakan akan tetapi tiada menjaga masa hingga luput atau lupa akan hak-hak yang wajib tiada bererti jika kita bekerja dengan niat menunaikan suruhan Allah Ta`ala mencari rezeki untuk saraan hidup dan sebagainya pada hal amanah dari Allah Ta`ala daripada segala hak-hak yang wajib, umpamanya solat dicuaikan atau dita’khirkan hingga habis waktunya. Orang ini apabila dikemukakan soalan kepadanya maka tiada lain jawapannya melainkan ianya berkata “kerja yang dilakukan itupun wajib juga sekiranya berlaku sepertimana yang tersebut itu”. Bererti orang yang seperti ini bukanlah ianya mahu menghampiri Allah Ta`ala namanya dan bukanlah menjalani diri untuk sampai kepada Allah Ta`ala akan tetapi ianya berusaha untu membuat hijab (tertutup) diantaranya dan diantara Allah Ta`ala. Ingatlah kepada firman Allah Ta`ala di dalam Al-Quran yang berbunyi:

‫ﹶﺃﻣ ﹸﺃﻫﻠﻚ ﺑ ﱠﻠﹶﺓ ﻭ ﹾﻄ ﺮ ﹶﻠﹾﻬ ن ﹾَﻠﻚ ﺭﺯﻗ ن ﹾﻦ ن ﹾﺯﻗﻚ‬ ‫ْﹸ َ َ ﹶِﺎﻟ َ ِ ﹶﺍﺻ ِﹾﺒ ﹶ َﻴﹶﺎ ﻻَﺴُ ﹶ ِ ًْﺎَﺤ ﹸَﺮ ُُ ﹶ‬ ‫ﺌ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﻭ ﺮ ﹾ ﺼﻮ‬ ‫ﹶﺍﻟﹶِﹶُِﻠﱠْﹶﻯ‬ ‫ﻭ ﻌ ﻘﺒ ﺔ ﻟ ﺘ ﻘ ﻮ‬
Surah Taha ayat ١32
77

MUTIARA DI TENGAH MATA

Mafhumnya: “Dan perintahkanlah keluarga kamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan bersabar dalam menunaikannya. Kami tiada meminta rezeki darimu bahkan kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. Ya! Sekiranya kita menginsafi hakikat ini, maka dengan penuh kesabaran kesyukuran dan ketenangan jiwa, kita mendirikan solat, dan melaksanakan urusan pekerjaan kita sebagai ibadah kepada Allah Ta`ala dengan dada yang lapang dan jiwa yang penuh dengan perasaan khusyu’ serta tawadu’ kepada Allah S.W.T. kita menghadapi Allah Ta`ala bermunajat terus menerus diantaranya dan diantara murid, maka disana kita akan dapat mutiara ditengah mata yang sangat-sangat besar nilainya iaitu Mukasyafah, Munadharah, Musyahadah dan Makrifah serta lain-lain lagi yang berada pada garisan hakikat sana.

78

MUTIARA DI TENGAH MATA

ISTILAH-ISTILAH SUFI.
Dan setengah daripada istilah Sufi itu adalah seperti berikut. 1. Al-Ittishal – Yakni berhubung ‘Nur Ittishal’ itu ‘mukasyafah

hati’ dan ‘musyahadah sir’ kata setengah mereka itu ‘Ittishal’ tiada memandang hamba akan yang lain daripada Allah SWT yang menjadi akan dia, dan tiada berhubung rahsianya itu dengan lintasannya bagi yang lain daripada Allah SWT jua. 2. Wusul ilallah – Yakni setengah daripada istilah mereka itu

sampai kepada Allah, Murad daripada sampai kepada Allah itu sampai kepada mengenalnya, yakni mengenal akan tiada yang berbuat, berlaku pada ‘kaun’ ini yang mempunyai sifat dan maujud melainkan Allah dengan ‘zauq’ dan ‘wujdan’ tiada dengan ‘dalil’ dan ‘burhan’. 3. Muraqabah – iaitu mengekalkan pengetahuan hamba

dengan Allah SWT, melihatnya atas sekalian kelakuannya, atau dikatakan erti muraqabah itu, iaitu menfanakan hamba akan Af’alNya, sifatNya dan zatNya didalam Af’al Allah Shifatnya dan ZatNya. 4. Musyahadah – iaitu melihat akan Allah SWT yang

sebenarnya didalam tiap-tiap ‘zarrah’ dari ‘zaratul wujud’ ini, serta disucikan daripada barang yang tak patut dengan kebesarannya.

79

MUTIARA DI TENGAH MATA

5. 6.

Syuhud – iaitu melihat ‘Haq’ dengan ‘Haq’. Tajalli – iaitu barang yang dibukakan bagi hati orang yang

‘salik’ daripada beberapa Nur yang datang daripada Ghaib, jika dari zatNya dengan tiada ‘I’tibar Shifat’ dinamakan ‘Tajalli Zat’, jika daripada Shifat dinamakan ‘Tajalli Shifat’, jika daripada ‘Af’al’ dinamakan Tajalli Af’al maka ‘Tajalli Asma’ itu, iaitu barang yang dibukakan bagi yang salik setengah daripada ‘asma’ Allah Ta`ala. Maka jadi hilang ‘salik’ itu dibawah ‘Nur’ demikian “Isim” itu sekira-kira jadilah apabila diseru oleh ‘Haq’ dengan demikian ‘isim’ nescaya disahut oleh orang yang di salik itu, “tajalli Shifat” itu barang yang dibuka oleh Allah SWT satu Shifat daripadanya bagi hati orang yang ‘salik’ (murid). Adalah yang demikian itu kemudian daripada Fana’ Shifatnya umpamanya jika Tajalli Allah Ta`ala dengan ‘shifat sama’ maka jadilah orang yang ‘Salik’ itu mendengar daripada sekalian yang ‘maujud’ yang bersuara seperti binatang dan yang tidak bersuara seperti kayu, batu dan lainnya. ‘Tajalli Af`al’ itu, iaitu barang yang dibuka oleh Allah bagi hati Salik daripada Af’al Allah Ta`ala sekira-kira dilihat sekalian perkara itu berlaku dengan Qudrat Allah Ta`ala. Ialah yang menggerakkan dan mendiamkan akan sebagai shuhud yang ‘Khali’ yakni sunyi lagi ‘zauqi’ tidak mengetahui melainkan ahlinya. “Maka di sinilah tempat tergelincir orang yang salik kerana ia menafikan perbuatannya sekali-kali. Maka hendaklah sangatsangat memegang akan syariat.”

80

MUTIARA DI TENGAH MATA

7.

Isyq – iaitu cita-cita hati kepada mendapat kekasihnya.

8. Mahabbah – iaitu cenderung hati kepada mendapat keelokkan”Hadrat Ketuhanan”. 9. Haal – iaitu barang yang datang atas hati orang yang salik daripada suka atau duka atau hebat, jika pergi-datang tiada tetap dengan tiada diperbuatnya dan tiada diusahakannya dinamakan ‘Haal’, jika kekal jadilah tabiatnya dinamakan ‘Maqam’ maka ‘Haal’ itu pemberian dan ‘Maqam’ itu dengan diusahakan. 10. Ilmu Yakin – iaitu ilmu yang hasil dengan ‘dalil’ dan ‘aqal’. 11. Ainul Yakin – iaitu pengetahuan yang dihasil dengan dilihatnya. 12. Haqqul Yakin - iaitu ‘Fana’ sifat hamba pada Tuhan dan ‘Baqa’ dengannya. 13. Ath-Thamsu – Iaitu hilang, yakni hapus segala tanda sekalian pada sifat Allah, iaitu satu bagi daripada ‘Fana’. 14 Al-Jam`u – iaitu ‘Syuhud’ akan segala perkara dengan Allah Ta`ala dan melepaskan dirinya daripada daya dan upaya kepada Allah Ta`ala. 15. Jami`ul Jami` - iaitu memfanakan akan dirinya, dan segala akuan tiada ada melainkan Allah Ta`ala iaitu yang dinamakan “Martabat Ahadiyah”, 16. Al-Gharaqul Awwal – iaitu hal ‘salik’ melihat akan makhluk terdinding daripada ‘Haq’ maka tiada ia melihat melainkan makhluk jua. 17. Al-Gharaquts Tsani – iaitu hal orang yang ‘muntahi’ melihat berdiri sekalian makhluk dengan ‘haq’ dan melihat ia akan ‘wahdah’ pada ‘kastrah’, dan melihat pula ‘kastrah’ pada ‘wahdah’ tiada mendinding salah suatu daripada lainnya. 18. Tajrid – iaitu sunyi hati daripada yang lain dan segala akuan pada hatinya dan ‘sirr’nya.

81

MUTIARA DI TENGAH MATA

19. Taqwa – iaitu menjauhkan daripada tiap-tiap yang berdosa daripada perbuatan dan mengekalkan suruhannya. Iaitu orang yang awam dan taqwa orang yang ‘khawash’ itu menyucikan hati daripada tiap-tiap yang membimbingkan selain daripada Allah. 20. Himmah – iaitu berhadap hati dengan segala kuatnya yang ‘Ruhaniyi’ kepada yang sebenar supaya hasil ‘kamal’ baginya atau bagi yang lainnya. 21. Ikhlash – iaitu disamakan perbuatan pada zahirnya dan batinnya, atau menunggalkan ‘Haq Subhanahuwata`ala’ pada mengerjakan taat, atau menyucikan hati daripada melihat akan dayanya dan upayanya. 22. Shidq – iaitu disamakan zahir dan batin atau dikatakan: “Dibenarkan qashadnya serta Tuhannya, tiada dihiraunya barang yang datang daripada kecelaan daripada makhluk”. 23. Al Haibah – iaitu membesarkan haq Ta`ala dengan menghinakan makhluk pada matanya, dan demikian ‘Ta`zhim’, iaitu dengan membesarkan ‘Haq Ta`ala’ dengan menghinakan makhluk. 24. Munajah – iaitu berkata-kata sirr tatkala jernih hati serta Tuhan raja yang amat keras. 25. Shalih – iaitu berdiri dengan sekalian “huququllah” dan hak-hak hamba, senantiasa atas mengerjakan taat dan menjauhkan segala tegah serta memutuskan nafsu didalam keinginannya. 26. Wali – iaitu mereka yang diperintahkan segala pekerjaannya. Dan alamat wali itu, mereka yang lemah lembut lidahnya, baik perangainya, manis mukanya, murah nafsunya, sedikit perbantahannya, menerima keuzuran orang yang salah kepadanya, dan seumpama kasih sayang atas

82

MUTIARA DI TENGAH MATA

segala makhluk Allah, kata Muhammad anak Sahal anak Atha’ Rahimahullah Ta`ala: “alamat wali itu empat perkara: a. Pertama : memelihara Sirr antaranya dan antara Allah Ta`ala. b. Kedua : memelihara segala anggota pada barang yang diantaranya dan antara suruhan Allah Ta`ala. c. Ketiga : menanggung kesakitan barang yang diantaranya dan diantara segala makhluk Allah Ta`ala. d. Keempat : Meraikan segala makhluk atas kadar bersalah-salahan aqal antara mereka itu.” 27. Al-Tashawaf - iaitu berhenti serta adab syariat yang zahir dan batin. Maka ia melihat akan hukumnya daripada zahirnya didalam batinnya, yang batinnya pada zahirnya. Maka shahih daripada dua hukum itu, sempurna yang tidak sempurna kemudian daripadanya atau dikata: “Jernih zahir daripada dosa dan jernih batin daripada aghtar”. 28. Ash-Syariah - iaitu mengerjakan segala yang disuruh oleh Allah Ta`ala dan menjauhkan segala yang dilarang oleh Allah. 29. Asyid dan Masyuq – iaitu yang dimaksud dengan ‘Asyid itu iaitu seperti umpama yang menilik cermin, yang dimaksud dengan ‘ma`shuq’ iaitu rupa yang kelihatan dalam cermin, maka menilik cermin itu iaitu umpama zat Allah. Cermin yang jernih itu, iaitu ‘A`yan Tsabitah’. Rupa yang kelihatan dalam cermin itu ‘Wujud Idhafi’ ialah yang diberahikan (yang dicintai, Pen: ) oleh ‘A’yan Tsabitah’. 30. A`yan Tsabitah – iaitu ibarat daripada haqiqat segala asyya (bahagian-bahagian, Pen: ) Pada martabat ilmu. Sekalikali tidak ‘maujud’, tetapi adalah ia ‘ma’dum’ yang tsabit didalam ‘ilmu Haq Ta`ala’. Sekali-kali ia tiada keluar jadi ‘A`yan Kairiyah’, tiada zahir jadi ‘wujud aini’ tetapi adalah ia kekal atas halnya didalam ‘buthun’, iaitu ‘Syuun Zat’ yang nyata pada mertabat Wahdah dari kerana adalah ‘buthun’ itu ‘zatiyi’ baginya. Dan yang zhahir jadi ‘A`yan Khariyah’ itu segala hukumnya, atsarnya dan lawazimnya sengan sebab wujud Haq
83

MUTIARA DI TENGAH MATA

Ta`ala, dari kerana tiada dari sana wujud, hanya wujud Haq Ta`ala. 31. A’yan Khairijiyah dan Ilbas – iaitu barang yang ta`alluq oleh lafaz ‘kun’ dinamakan ‘Alam’, dinamakan pula ‘Zhilluts Thani’, ‘Ka-inat’ pula namanya, ‘Maujudat’ pun namanya, dan ‘Makhluq’ pun namanya. 32. Huwiyah – iaitu Zat Nya yang semata-mata dengan sekirakira zat jua, tiada dii`tibar dengan shifat dan tiada dii`tibarkan pula dengan tiada shifat. Dinamakan pula ‘Haqiqatul Haqaiq’. Jika ia dii`ktibarkan ia sunyi daripada segala shifat yang lebih atas zat dinamakan ‘Ahadiah’ dan dinamakan ‘Al-`Ama’ pula. Jika dii`ktibarkan bershifat dengan segala ‘Shifat Kamalat’ maka dinamakan ‘Wahidiyah dan ‘Ilahiyah’. Segala shifat Tuhan itu jika ta`alluq dengan kasih sayang dan rahmat dinamakan dengan ‘Shifat Jamal’”. Atau bergantung ia dengan ‘Qahhar’Nya dinamakan ‘Jalal’. 33. Sakrah dan Shahwun – iaitu Sakrah itu mengeras atas halnya. Yakni mengeras atasnya ‘mabuk’ kerana ingat kepada kekasihnya. Shahwun itu kembali ia kepada halnya, yakni kepada mendirikan pada `ubudiyah. 34. Mahwun dan Itsbat, Mahwun – iaitu hilang segala shifat dirinya. Itsbat itu menyabitkan barang yang didatangkan atasnya daripada segala bekas kasih. 35. Murid dan Murad – Murid itu iaitu salik yang berkehendak. Murad itu Yang dikehendaki, iaitu Allah Ta`ala. 36. Ilmu Laduni – iaitu ilmu yang hasil dengan tiada diusaha. Ilmu daripada Allah kepada HambaNya `Arifin. 37. Tauhid – iaitu mengesakan Allah pada wujudNya. Adalah bagiNya empat bahagian. a. b. c. d. Pertama : Tauhid Uluhiyah. Kedua Ketiga : Tauhid Af`al. : Tauhid Shifat.

Keempat : Tauhid Zat.
84

MUTIARA DI TENGAH MATA

Tauhid Uluhiyah itu mengesakan Allah pada ketuhananNya. Tauhid Af`al itu mengesakan Allah pada perbuatanNya. Yakni dialah yang berbuat dan melakukan pada ‘kaun’ ini dengan zauq dan wijdan. Tauhid Shifat itu, iaitu mengesakan sifat bagi Allah. Yakni tiada yang hidup, tiada yang `alim, tiada yang kuasa, melainkan Allah Ta`ala. Hilang daripadanya segala shifat dirinya, daya dan upaya dirinya. Tauhid Zat itu, iaitu tiada ada maujud melainkan Allah. Tiada dilihat akan wujud yang lain daripada wujudNya. Tiada dilihat wujud dirinya, dan tiada dilihat adamnya. Kata Syeikh Abu Mawahib Muhammad Zainal Abidin Ibni Muhammad Al-Ghamari Rahimahullah Ta`ala didalam kitabnya yang bernama ‘Minahul Ilahiyah’. Bermula tauhid itu empat martabat: (1) Pertama : ‫ ﻻاﻟﻪ اﻻ اﷲ‬serta lalai daripadanya atau serta mengengkarinya, seperti tauhid orang yang munafiq. (2) Kedua : Tauhid segala `Awamul Muslimin, iaitu menyebut, ‫ ﻻاﻟﻪ اﻻ اﷲ‬serta membenarkan pada hatinya akan yang demikian itu. (3) Ketiga : Tauhid orang ‘Muqarrabin’ iaitu jalan kasyaf dengan perantaraan “Nurul Haq”. Seperti, ia melihat akan segala perkara itu keluar sekaliannya dari Allah Ta`ala dengan halnya. (4) Keempat : Tauhid ‘Khawashul Khawash’ iaitu bahawa tiada dilihatnya pada wujud ini melainkan Tuhan yang Esa. Dinamakan ‘Ahlush Shufi’, ‘fana’ didalam tauhid. Tiada dilihat akan dirinya sebab melihat akan Tuhannya. Dan inilah Sehingga– hingga nya didalam ‘Ilmu Kasyaf’, iaitu ‘Musyahadah orang yang Shiddiqin’.
85

MUTIARA DI TENGAH MATA

KHATIMAH
Ketahui olehmu! Setengah daripada yang terdapat tiada bagi orang yang murid, yang ia hendak berjalan kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, jalan Ahlullah, iaitu bahawa hendaklah melazimkan diri dengan “Adab syari`at” Nabi kita Muhammad saw. Yakni memelihara segala perkara yang disuruh dan yang ditegah. Kemudian maka masuk ia pada “Tariqat Nabi Kita Shallallahu ‘alaihi wa sallam”, yakni mengikut akan jalan yang dikerjakan oleh nabi daripada amal, atas sekuasa-kuasanya. perbuatannya, tegahnya, SAW kerana ialah Arifin, Tiadalah maqam yang terlebih daripada mengikut Nabi SAW pada kelakuannya dan perangainya. yakni mengetahui dengan barang Tiada dapat sampai kepada Allah melainkan mengikut Nabi kita yang terlebih afdhal, terlebih kasih bagi Allah, barang yang menghampirkan dirinya kepada Allah, dan kepada ridha Nya. Sesungguhnya telah berjalan ia dengan Dia bagi dirinya (dengan) demikian jalan itu. padanya, maqamnya. Barangsiapa mengikut akan dia maka tiada maqam yang terlebih afdhal daripada Setengah daripadanya dapat kasih Allah Ta`ala

seperti firman Allah Ta`ala didalam surah Al-Imran ayat 31:

.ُ ‫ُِْﻥ ُﹾﻨُﻢُ ِﱡﻮﹶ ﺍ َ ﻓﱠِﹸِﻲﹸﺤِﹾﺒ ُ ﹸ ﺍ‬ ‫ﻗﻞ ﺍ ﹾ ﻛ ﺘ ﹾ ﺗﺤﺒ ﹾﻥ ﻪﻠﻟَﺎﺗﺒﻌﻮن ﹾ ﻳ ﹾﺒ ﻜﻢ ﻪﻠﻟ‬ ‫ﹾ‬
86

MUTIARA DI TENGAH MATA

“Katakan olehmu ya Muhammad! Jika ada kamu kasih akan Allah, Maka ikut oleh kamu sekalian akan daku nescaya dikasih akan kamu oleh Allah Ta`ala.” Dari kerana inilah ada ia terlebih besar lalai hamba itu, lalai hamba daripada Tuhannya dan lainnya daripada suruh Tuhannya dan tegah Tuhannya dan lalai daripada mu`ammalahnya serta Tuhannya. Barangsiapa lalai akan

Tuhannya barangkali membawa kepada kufur, wal`iyazu Billah Ta`ala. Kemudian yang mengiringi lalai akan suruh Tuhannya dan tegahNya. Kemudian yang mengiringi pula lalai daripada beradab serta Tuhannya. Kata Ahlut Tashawuf Radhiallahu `anhum, “Barangsiapa tiada memeliharakan ‘ushul’ nescaya diharamkan ‘wushul’ ” Yakni, barangsiapa tiada menjalani dengan “thariqat Nabi saw” nescaya diharamkan sampainya. Dikehendaki dengan ‘ushul’ itu Quran dan Sunnah, ialah thariqat Nabi saw. Maka tiap-tiap yang dikerjakan oleh seseorang daripada sembahyang puasa atau lain daripada kedua-duanya, maka terdapat tiada daripada ia melihat akan asalnya. Yakni diadukan dengan asalnya dengan yang dikerjakan oleh Nabi saw dan diketahui akan hukumnya pula. Maka dengan dia hasil cabangnya, dan buahnya, yakni dinamakan amal dan dapat manis ibadah. Dengannya diberi balasan amalnya. Kata setengah Arifin: “Tiap-tiap ibadat tiada baginya pahalanya didalam dunia tiada dibalas pula diakhirat, dan dikehendaki daripada pahala pada
87

MUTIARA DI TENGAH MATA

dunia itu, iaitu dapat manis yang mengerjakan itu tatkala mengerjakan dia” Kata Ibnu Athaillah pada Hikamnya

‫ﻣ ﹾ ﻭﺟﺪ ﺛ ﹾ ﹶﺓ ﻋﹶﻠﻪ ﻋ ﺟﻼ ﻓﻬﻮ ﺩﻟﹾﻞ ﻋ ﻭﺟ ﹾﺩ ﻘﺒ ﹾﻝ‬ ِ‫ﹶﻦ ﹶ ﹶ ﹶَﻤ ﹶ ﹶ ِِ ﹶﺎ ِ ﹰَﹸﹶ ِﻴٌ ﹶﻠﻰ ﹸ ﹸﻮِ ﺍﻟُﹸﻮ‬ ‫ﹶ‬ ‫ﺮ ﻤ‬
Ertinya: “Barangsiapa mendapat buah amalnya segera, maka iaitu tanda atas peroleh kabul pada akhirat jammah.” Maka tiada hasil manis amal itu melainkan pada “maqam Ma`rifat” yang khas; yang tiada dapat berhimpun dengan dia maksiat daripada riya’, ujub, dan lainnya. Tiada sampai ‘maqam manis’ mengerjakan amal melainkan dengan mengekali akan dia atas kelakuan yang dibencinya, dan yang diberat oleh nafsu dengan lawannya. Kerana tiada daripada segala kebajikan melainkan dibenci dan diberatkan dia. Iaitu jalan yang sangat payah dan sukar, yang berkehendak kepada ‘sabar’ pada ghalibnya. Barangsiapa sabar atas payahnya, maka membawa ia kepada mudahnya dan senangnya. Pertama-tama lawanannya akan “hawa nafsu”nya. Kemudian lawannya pula dengan menyalahi akan keinginannya. Kemudian dapat ia bersedap-sedap dengan manis ibadat. Sesungguhnya tiada dapat ia manis mengerjakan ibadat itu melainkan jika ada “shahih lagi mustaqim”, yakni mufakat

88

MUTIARA DI TENGAH MATA

dengan syariat, lagi benar atas tariqat, lagi sunyi sdaripadanya riya’, ujub dan sum’ah. Maka dengan dia mengisyarat firman Allah Ta`ala surah Ar-Rahman ayat 46:

‫ﻭﻟﻤ ﹾ ﺧ ﻑ ﻣ ﺎﻡ ﹶﺑﻪ ﺟﻨﺘ ﻥ‬ ِ‫ِﹶﻦ ﹶﺎ ﹶﹶﻘَﹶ ﱢِ ﹶﱠَﺎ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﹶ‬
Mafhumnya: “Sabit bagi orang takut akan maqam Tuhannya itu dua syurga”. Pertama : Syurga yang bersegera, iaitu manis taat, lazat munajat, jinak dengan bahagian daripada mukasyafah dengan sekira-kira maqamnya. Kedua : Syurga yang bernama tangguh, iaitu yang diberi beberapa bahagi balasan didalam syurga dan tinggi darjatnya. Maka tiada sayugia bagi murid itu bahawa suka ia dengan manis munajat ibarat itu, bahawa berhenti atasnya, dan jangan diqashadkan pula, akan tetapi sesunguhnya menghasilkan dia kerana dapat tanda shah amalnya, tanda teguh halnya jua, supaya jangan menafikan ikhlasnya. Maka hendaklah citacitanya itu kepada Allah Ta`ala, tiada kepada yang lainnya,
89

MUTIARA DI TENGAH MATA

kerana ia setengah daripada hijab pula bagi orang yang salik. Kata Syeikh Qasim al-Jili Rahimahullah Ta`ala, “Ketahui olehmu! Bahawasanya adalah antara hamba dan Tuhannya itu tujuh puluh hijab daripada zhulmah, yakni yakni kelam, dan nur, iaitu kembali kepada hamba jua. Yakni dikehendak daripada hijab itu jauh hamba jua. Yakni perangainya dan nafsunya yang patut bagi mendapat akan Tuhannya. Berkehendak hamba yang menuntut akan Tuhannya daripada menjalankan nafsunya. Maka dibandingkan setengah ulama yang berjalan kepada Allah itu, umpama orang yang hendak musafir memutuskan segala “marahil”, yakni perhentian. Terdapat tiada bagi orang yang musafir itu daripada dalam perjalanannya daripada “mu`allim” umpama yang tahu dengan jalan itu, berkehendak pula kepada bekal, kenderaan, tolan dan senjata bagi melawan akan seteru dan menakut akan dia. Demikian pula bagi orang yang salik terdapat tiada daripada syeikh yang menjalan akan dia, yang tahu dengan jalan Thariqat yang sudah dijalannya. Maka diketahuinya akan baiknya dan jahatnya. Terdapat tiada daripada bekal pula, iaitu “taqwallah”. Terdapat tiada daripada kenderaan iaitu “himmah”. Terdapat tiada pula baginya tolan. Iaitu saudaranya yang sama-sama berjalan. Terdapat tiada pula daripada senjata, iaitu “Asmaullah”. Iaitu Zikir supaya menakuti akan seterunya, iaitu Syaithan dan hawa nafsu. Seperti orang Musafir lalu ia atas beberapa negeri dan dusun tempat berhenti. Kemudian maka berjalan pula daripadanya kepada tempat yang dikehendaki90

MUTIARA DI TENGAH MATA

nya. Demikian lagi dilalui oleh orang yang salik atas beberapa maqam yang masyhur antara Ahlillah Ta`ala iaitu tujuh maqam: Pertama : Maqam Zhulumat yang aghyar jua, iaitu dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu Ammarah bis Suk’. Kedua : Maqam ‘Anwar’, dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu Lauwamah’. Ketiga : Maqam ‘Asrar’, dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu Mulhammah’. Keempat : Maqam ‘Kamal’, dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu Muthmainnah’. Kelima : Maqam ‘Washal’, dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu Radhiah’. Keenam : Maqam ‘Tajalliyatil Af’al’, dinamakan nafsu padanya dengan ‘Nafsu Mardhiyah’. Ketujuh : Maqam ‘Tajalliyatish Shifat’, dan Asma’, dinamakan Kamaliah’. Tiap-tiap satu daripada maqam yang tujuh itu nafsu padanya dengan ‘Nafsu

mendindingkan bagi yang lainnya. Yakni barangsiapa adalah ia pada maqam Zhulumat terdindinglah ia daripada Maqam Nur. Barangsiapa ada pada maqam Asrar terdindinglah ia daripada
91

MUTIARA DI TENGAH MATA

‘Maqam Kamal’ Demikianlah hingga kesudahannya, barang siapa ada pada Shifat Dan Asma’ terdindinglah dari ‘Tajalli Zat’. Tajalli itu tertegah kerana bahawasanya kedatangan kelam. Seperti orang memandangkan matahari maka yang melihat akan dia tiada dilihat sesuatu yang lain. Ketahui pula, adalah bagi hati itu beberapa namanya: Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima : : : : : Shadrun Qalbun Fu-adun Lubbun Syaghafun

Adapun sebab dinamakan Shadrun kerana ia tempat terbit “Nurul Islam”, seperti firman Allah Ta`ala Surah Zumar ayat 22:

‫ﺃﻓﻤ ﹾ ﺷﺮﺡ ﻪﻠﻟ ﺻ ﹾ ﹶﻩ ﻟﻼ ﹾﻼﻡ ﻓﻬﻮ ﻋ ن ﹾﺭ ﻣ ﹾ ﹶﺑﻪ‬ ِ‫ََﹶﻦ ﹶ ﹶﹶ ﺍ ُ ﹶﺪ ﹸِ ِﺳ ﹶَِﹸﹶ ﹶﻠﻰُﻮ ِِﻦ ﱢ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺭ‬
Mafhumnya: “Adakah sama barangsiapa dibukakan oleh Allah Ta`ala dadanya kepada agama Islam, adalah ia beroleh cahaya daripada Tuhannya”.

92

MUTIARA DI TENGAH MATA

Sebab dinamakan Qalbun, kerana tempat terbit iman, seperti firman Allah Ta`ala didalam surah Al-Mujadalah ayat 22:

‫ﺃﻭﻟﺌﻚ ﻛﺘﺐ ﻓ ﹾ ُﻮﺑﻬﻢ ﺀ ﻤ ﻥ‬ ‫َُِ ﹶ ََ ﹶِﻲُﻠِِ ﹸ ﺍﻻِﹾﻳﹶﺎﹶ‬ ‫ﻗ‬
Mafhumnya: “Mereka itulah yang disurat oleh Allah didalam hati mereka itu iman”. Sebab dinamakan Fu-ad, kerana ia tempat terbit ma’rifat, seperti firman Allah Ta`ala didalam surah Al-Najmu ayat 11:

.‫ﹶﺎ َ َ ﹶُْﹶﺍﹸ َﻯ‬ ‫ﻣ ﻛﺬﺏ ﺍﻟﻔﺆ ﺩ ﹶﺃ‬ ‫ﺭ‬
Mafhumnya: “Tiada dusta fu-ad pada barang yang dilihatnya”. Sebab dinamakan Lubbun, kerana ia tempat terbit tauhid, seperti firman Allah Ta`ala

‫ﺍﻥ ﻓ ﹶﻠﻖ ﺴﻤﻮﺕ ﹶﺍﻻ ﹾﺽ ﻭ ﹾِﻠ ِ ﺍ ﹾﻞ‬ ِ‫ِﱠِﻰ ْ ِ ﺍﻟ ﱠﹶﹶ ِ ْ َﺭ ِ ﹶﺍﺧَﻒﱠﻟﻴ‬ ‫ﺘ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺧ‬ ‫ﹶﺍﻟﱠﹶﺎ َ ﹶ ِ ُﻭ ِ ْﹶﺐ‬ ‫ﻭ ﻨﻬ ِ َﻳ ٍ ﻻ ْﻷﻟﺒ‬ ‫ﺭ ﻻ ﺖ ﹾﱃ‬
Mafhumnya: “Bahawasanya adalah pada kenyataan itu beberapa tanda bagi segala yang berakal”.

93

MUTIARA DI TENGAH MATA

Sebab dinamakan Syaghafun, kerana ia tempat terbit mahabbah, seperti firman Allah Ta`ala. Surah Yusof ayat 30:

‫ﺎ‬‫َﺪ ﹶََﹶﺎ ﹸ‬ ‫ﻗ ﹾ ﺷ ﻐ ﻔ ﻬ ﺣﺒ‬
Mafhumnya: “Bahawasanya telah terlalulah berahi Zulaikha itu kasih akan Yusuf’. Surah Yusuf, ayat 30. Wallahu a`lam. IZZAH Ini satu pengajaran. Ketahui olehmu hai saudaraku! Bahawasanya permulaan perjalanan tempat menyatakan kesudahannya barangsiapa adalah permulaannya itu kepada Allah, maka kesudahannya sampai kepada Allah. Jadikan olehmu segala ibadatmu itu kepada Tuhanmu mendirikan ‘Ubudiyah jua, tiada kerana hawa nafsu dan kerana maqamat dan lainnya. Barangsiapa Allah Ta`ala mengetahui menuntut dengan dia, yakin maka bahawasanya akan

dibenarkan tuntut akan Tuhannya. Barangsiapa mengetahui bahawasanya segala pekerjaannya pada Allah Ta`ala, maka hendaklah menyerahkan dihimpunkan segala tawakkul, yakni itu hendaklah Allah. pekerjaannya kepada

Barangsiapa mengetahui bahawasanya terdapat tiada daripada dunia ini binasa, lagi diruntuhkan kejadiannya, ditanggalkan orang yang mulia dan lainnya, maka berpalinglah orang yang
94

MUTIARA DI TENGAH MATA

berakal hatinya daripadanya, marah dan menjauhkan dia hal keadaannya memberi belakang. Tiada suka ia mengambil akan dia kedudukan dan tempat kediamannya. Adalah orang yang berakal itu, barang yang kekal itu, lebih suka ia baginya daripada barang yang fana’. Telah teranglah cahaya hatinya, maka bencilah akan dunia ini, akan kebesarannya dan kemuliannya. Adalah citanya itu bangkitkan bersungguhsungguh kepada Allah Ta`ala. Jadilah padanya minta tolong dengan Allah Ta`ala pada berjalan kepadaNya. Senantiasa kenderaan citanya itu tiada tetap ketetapannya selama-lamanya berjalan ia hinggai ia sampai kepada “Hadhratu Qudsi”, kepada ‘hamparan Unsi’, ‘tempat Mufatahah’, ‘Muwajahah’, ‘Mujalasah’ ‘Muhadatsah’, ‘Mushahadah’ dan ‘Muthala’ah’. Adalah hadrat itu tempat tetap hati mereka itu, kepadanya tempat kembali dan kepadanya tempat kediaman. Dikehendaki dengan ‘Hadhratu Qudsi’ itu tempat yang berkehendak menyucikan semata-mata. Dikehendaki dengan Unsun itu, tempat berjinak-jinak dengan Tuhannya. Dikehendaki dengan ‘Mufatahah’, tempat berbuka rahsia ‘Ilahiyah’. Dikehendaki dengan ‘Muwajahah’ itu, berhadap sebab terangkat ‘Hujub Zhulmaniyah’ dan ‘Nuriyah’ daripadanya. Dikehendaki dengan “mujalasah” itu, sekedudukan sebab sucilah ia daripada dua syirik, dan daripada yang lain daripada Allah Ta`ala. Dikehendaki dengan “muhadatsah” itu, munajatlah sirnya dengan Tuhannya, ia musyahadah akan Tuhannya pada segala
95

MUTIARA DI TENGAH MATA

‘zarrah’ daripada ‘zarrat’ yang maujud atas yang berpatutan dengan dia dan musyahadahkan

‫ﻪﻠﻟ ﻣﺤﹾﻂ ﺑﻜﻞ ﺷ ﹾﺀ‬ ٍ‫ﻭﺍ ُﹸ ِﻴ ٌِ ُﱢ ﹶﻰ‬
Bermula Allah Ta`ala meliputi bagi tiap-tiap sesuatu. Maka ‘Muthala`ah’ ia akan Tuhannya dengan Tuhannya pada tiaptiap kelakuannya. Maka inilah segala perkara yang dulapan, ini nugraha Tuhannya bagi hamba yang bersungguh-sungguh ia mengerjakan segala yang disuruhNya dan menjauhkan segala tegahNya hingga kasih Allah Ta`ala akan dia, maka dikurnia segala maqam yang mulia-mulia. Ini yang tiada masuk dibawah ibarat, tiada sampai oleh isyarat dan memikir cita hati, dinamakan “Maqam Jam`il Jam`I wa Fana-il fa-na” dan “baqa billah”. Jika diturunkan kepada langit syari`at dan ‘bumi thabi`at’ maka dengan izinNya dan tamkinNya serta rasikh pada yakin supaya mendirikan hak ‘ubudiyah, tiada ia turun dengan jahat adabnya, lalai, tiada keinginan dan kesukaan tetapi masuk ia pada berjalan kepada Allah dengan Allah dan daripada Allah, dan keluarpun demikian jua. Seperti firman Allah. Surah AlIsraq ayat 80:

‫ﹶُْ ﹶ ﱢَﺩ ِْﻲﹸﺪ ﹶَ ِﺪ ٍ َﺧ ِﺟِﻲﹸ ْ ﹶﹶ ِﺪ ٍ ﹶﺍﺟﹶِْﻲِﻦ‬ ‫ﻭﻗﻞ ﺭﺏ ﺍ ﹾ ِﻠﻨ ﹾ ﻣ ﹾﺧﻞ ﺻ ﹾﻕ ﹶﺍ ﹾﺮ ﹾﻨ ﹾ ﻣﺨﺮﺝ ﺻ ﹾﻕ ﻭ ﹾﻌﻞ ﻟ ﹾ ﻣ ﹾ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺧ‬ .‫َ ْ ﹶ ْ َﹰﺎَ ِﻴ ﹰﺍ‬ ‫ﻟ ﹸنﻚ ﹸﻠﻄﻨ نﺼﹾﺮ‬ ‫ﺪ ﺳ‬
96

MUTIARA DI TENGAH MATA

Mafhumnya: Kata olehmu ya Muhammad! Tuhanku, masukkan olehMu Akan daku jalan masuk yang sebenar “, yakni masukkan olehMu Akan daku dengan daya-upaya Mu, tiada dengan daya upaya ku”. Keluarkan olehmu Akan daku jalan keluar yang sebenar “, yakni dengan menyerah diriku bagi kehendak Engkau dan mengikut perintah Engkau bagiku”. Jadikan olehMu bagiku daripada Engkau itu raja yang menolong akan daku, menolong dengan daku”.

‫ﻭ ﻪﻠﻟ ﺍﻟﻤﻮﻓﻖ ﻟ ﺼﻮ ﺏ ِﻟﹾﻪ ﺍﻟﻤ ﹾﺟﻊ ﻭﺍﻟﻤ ﺏ ﻭﺻ ﻰ ﻪﻠﻟ ﻋ ﻰ ﺳﻴ ِن ﻣﺤﻤﺪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺻ ﹾﺒﻪ‬ ِِ‫ﹶﺍ ُْﹸﹶِ ﹸِﻠ ﱠﹶﺍ ِ ﹶَﻴِْﹶﺮ ِﹸ ﹶْﹶﺂ ِ ﹶ ﹶﻠ ﱠ ﺍ ُ ﹶﻠ ﹶ ﹶﱢ َﺎﹸ ﹶﱠ ٍ ﹶِِ ﹶ ﹶﺤ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻭﺍ‬ .‫ﹶ ﹶﻠ َﹶﺍ َﻤ ﹸ ﻪﻠﻟ ﹶ ﱢ ﺍﻟ َِﻴ ﹶ، ﺁِﻴ ﹶ‬ ‫ﻭﺳ ﱠ ﻭ ﳊ ﹾﺪ ﺭﺏ ﹶﻠﻤﹾﻦ ﻣﹾﻦ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﻢ‬
Insya Allah sampai disini dulu bagi menghuraikan serba ringkas bahagian Tariqat yang pasti dilalui oleh setiap mereka yang ingin menjalani Tariqat mengikut perjalanan Ahlillah (AhliAhli Sufi yang Muktabar) yang sebenarnya, samada daripada zaman Salaf mahupun di zaman Khalaf yang telah sampai kepada Allah S.W.T.

97

MUTIARA DI TENGAH MATA

Sekadar inilah yang dapat kami naqal serta ambil pengajaran dan dapat difahami dari guru kami Allahyarham Tuan Guru Sheikh Mahmud Nasri Osmani Kedahi. Yang membincangkan mengenai tajuk: “LIKU-LIKU PERJALANAN SUFI” dinamakan risalah ini “MUTIARA DITENGAH MATA” Wallahu a’lam Tarikh: 17 Rabiulawal 1423 Jam 7.30 pagi

98

‫‪MUTIARA DI TENGAH MATA‬‬

‫‪QASIDAH ARIFFINBILLAH‬‬ ‫‪Syaikh Mahmud Nasri Othmani‬‬

‫‪FAEDAH‬‬ ‫‪Hikmah Ariffinbillah Bagi Terbuka Segala Ulumuddin Dan‬‬ ‫‪Pembukaan Sesuatu Pekerjaan Atau Menuntuti Ilmu Untuk‬‬ ‫‪Mencapai Redha Allah SWT‬‬

‫ِﺴ ِ ﺍ ِ ﺍﻟ ﱠﺣﹶ ِ ﺍﻟ ﱠ ِﻴ ِ}١{‬ ‫ﺑ ﹾﻢ ﻪﻠﻟ ﺮ ﹾﻤﻦ ﺮﺣﹾﻢ‬ ‫ﻣﺎﻟﻚ‬ ‫ْ ﹶﻤ ﹸ ِ ﹶ ﱢْﹶﻠِﻴ ﹶ }٢{َﺍﻟ ﱠﺣﹶ ِ ﺍﻟ ﱠ ِﻴ ِ}٣{ﹶِ ِ‬ ‫ﺮ ﹾﻤﻦ ﺮﺣﹾﻢ‬ ‫َﻟﺤ ﹾﺪ ﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌ ﹶﹾﻦ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺍ‬ ‫ِﻳ ﻙ ن ﹾﺒﺪ ِﻳ ﻙ ن ﹾﺘﻌﹾﻦ { ﹾ ِن ﺼﺮﻁ‬ ‫ﹶﻮِ ﺍﻟ ﱢﻳﻦ }٤{ﱠﺎََﻌﹸ ﹸ ﹶﱠﺎََﺴَِﻴ ﹸ }٥ ِﺍﻫ َﺎ ﺍﻟ ﱢ ﹶ َ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﻭﺍ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﻳ ﹾﻡ ﺪ ِ‬ ‫ﺻﺮﻁ ﺍﻟﺬ ﻦَنﻌ ﹾﺖ ﻋ ﻴﻬ ﹾ ﻏﹾﺮ ﺍﻟﻤﻐﻀ ﹾﺏ‬ ‫ْﹸﺴَِﻴ ﹶ }٦{ ِ ﹶ َﱠ ِﹾﻳ ﹶْﹶﻤ ﹶ ﹶﻠﹶِﻢ َﻴ ِْﹶْ ُﻮ ِ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﺍﻟﻤ ﹾﺘﻘﹾﻢ‬ ‫ﹶﻠﹶِﻢ ﹶ َ ﺍﻟ ﱠﱢﻴ ﹶ }٧{‬ ‫ﻋ ﻴﻬ ﹾ ﻭﻻ ﻀﺂﻟﹾﻦ‬ ‫ﹾ‬

‫99‬

‫‪MUTIARA DI TENGAH MATA‬‬

‫ﺍ ﱠﻢ ﺻﻞ ﻭ ﹶﻠ ﹾ ﻋ ﻰ ن ﹾﺭ َﺍﺗﻪ ﻭﻣ ﻈ ﹶﺻَﺎﺗﻪ ﹶﻠﻰ ﺍﻟﺤﻘﺎﺋﻖ ﺍﻟﻘ َنﻴﺔ ﺻ ﹾ ﹶﺓ ﺍﻟﻤ ﹶﺓ ﺘﺠ ﻴﺎﺕ‬ ‫َﻟﻠُ ﱠ ﹶﱢ ﹶ ﱢﻢ ﹶﻠ ﹶُﻮ ِ ﺫِِ ﹶﹶﻨ ْ ِ ِﻔِِ ْ ﹶْ ﹶَِ ُِْﺮِﱠِ ﹸﻮ ِْﹶﺎ ِ ﺍﻟﱠ ﹾﻠَِ ِ‬ ‫ﺭ ﺩ‬ ‫ﹾﺃ‬ ‫ﳎ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﻬ‬ ‫ْ َ ﱢ ﹶﹶﻠ ﹶِِ ﹶ ﹶﺤِِ َﹶﺎ َِﹶﹶَِ َﹶِِ.‬ ‫ﺍﳊﻖ ﻭﻋ ﻰَﻟﻪ ﻭﺻ ﹾﺒﻪ ﻛﻤ ﻻ نﻬﺎﻳﺔ ﻟﻜﻤﺎﻟﻪ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﺑ ﹾﻢ ﻪﻠﻟ ﺮ ﹾﻤﻦ ﺮﺣﹾﻢ ﺍﻟﻜ ﻓ ﺑ ﹾﻢ ﺍﻪﻠﻟ ﺸ ﻓ ﻭﺍﻟﺤ ﹾ ﹸﻪﻠﻟ ﳌﻌﺎﻓ ﺍﻪﻠﻟ ِﻟﻪ‬ ‫ِﺴ ِ ﺍ ِ ﺍﻟ ﱠﺣﹶِ ﺍﻟ ﱠ ِﻴ ِْ َﺎِﻰِﺴ ِ ِﺍﻟ ﱠﺎِﻰ ﹶْ ﹶﻤﺪ ِﺍْﹶَِﻰ ُ ََﹶ‬ ‫ﻻﺍ‬ ‫ِ ﱠﹸﹶْ ﹶ ﱡَْﱡ ﹾﻡ ٠٠١ ﻛﺎﱃ.ﹶﺎ ﹶ ﱡﹶﺎَﱡﻮﹸ ﺍ َُ ِ ﱞﹶ ِ ﱞ. ﺍ ُ ﹶﻫ ِ ﱞ ﹶْﻮِ ﱞ ﻳَﹸﻮ ﻳَﹶﻦ‬ ‫ﻳ ﺣﻰ ﻳ ﻗﻴ ﹾﻡ ﻪﻠﻟ ﺍ َﻟﻰ ﺍﺑﺪﻯ ﻪﻠﻟ ﺩ ﹾﺮﻯ ﺩﹸ ﹾﻣﻲ ﺎﻫ ﹾ ﺎﻣ ﹾ‬ ‫ﳝ‬ ‫ﺯ‬ ‫ﺍﻻﻫﻮﺍﻟﺤﻰ ﺍﻟﻘﻴﻮ‬ ‫َﹸ ِ ﱠ ﹸﻮ.‬ ‫ﻻﻫﻮﺍﻻ ﻫ ﹾ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﺏ ﺱ ﻡ ﺁ ﻝ ﻝ ﻩْ ﹶﻤﺪ ُﻻﺍﻟﻪ ﺍﻻﺍﻪﻠﻟ ﳏﻤﺪ ﺍﻟﺮﺳﻮﻝ ﺍﻪﻠﻟ ﹸﹾﺒ ﹶَ ﹶ ﺍﻟﹶﺍ ِ ﹸَْﱠﺎ ﹸ.‬ ‫ﺳ ﺤﺎنﻚ ﻮ ﺣﺪ ﺍﻟﻘﻬ ﺭ‬ ‫َﻟﺤ ﹾ ﹸﻪﻠﻟ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺍﻪﻠﻟ َ ِﹾﻳ ﹸ ﻳَ َ ِﹾﻳ ﹸ، ﺍﻪﻠﻟ ﻛﺮﻳﻢ ﻳﺎﻛﺮﻳﻢِ ﹶ ِﻴِﹶ ﹶ.‬ ‫ﺑ ﹶﺑﺨﹾﻞَﺑﺪ‬ ‫ﻼ ﺍ‬ ‫ﻛﺮ ﻢ ﺎﻛﺮ ﻢ‬ ‫ﹶ ُﱠ ﹶ ٍَﻴِِﹾﻨﹸﹶ ﹶ ﹶﻛﻞ ﺷﺊ ﺍﻟﻴﻪِﹾﻨﹸﹶ ﹶ ﺍﻪﻠﻟﹶﺎ ٍ ﻳﹶﺎ ٍ،ِ ﹶ َﹶﺍِﹶﻌ ﹸ.‬ ‫ﻣ ﻪَﺑﺪ ﺑ ﻕﹶﺎﺑ ﻕ ﺑﻼﺯﻭ ﻝ ﺑ ﹾ ﹶﻩ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﻭﻛﻞ ﺷﺊِﻟﹾﻪ ﻣ ﻪَﺑﺪ ﻭ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﹾﺍ‬ ‫ﺍﻪﻠﻟَ ِﹾﻳ ﹸﹶﺎَ ِﹾﻳ ﹸِ ﹶ ﹶﺊِﻦَِِ ﺍ ُﹸ َﻘًﹶ ﹶِﻰ ُﱢ ﹶ ﹶﻟ ُﹶ َﹶُﹸ.‬ ‫ﻗﺪ ﻢ ﻳ ﻗﺪ ﻢ ﺑﻼ ﺷ ٍ ﻣ ﹾ ﻗﹾﺒﻠﻪ ﻪﻠﻟ ﻣ ْﻠ ﺎَﺑﺪ ﻓ ﻛﻞ ﺟﻼﹸ ﻭﻛﻤﺎﻟﻪ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻄ ﺍ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﻪﻠﻟَﺑ ﹾ ﻣ ﹾ ﻛﻞ ﺷ ٍ ﺍ َﻟﻰ ﻭﻛﻞ ﺷ ٍ ﺑِﻠﻢ ﻪﻠﻟ ﻣﻘﺪ ﹾﻡ ﺑ ﻪﻠﻟ ِﻠﻪ ﰲ ﻪﻠﻟ ﻣﻦ ﻪﻠﻟِﻟ ﻪﻠﻟ ﻋ ﻰ‬ ‫ﺍ ُﹶﺪِﻦ ُﱢ ﹶﺊَ ِ ﱞ ﹶ ُﱠ ﹶﺊِ ْ ِ ﺍ ِﹶْ ﹸﻭﹸِﺎ ِ،ﱠِ ِ ِِﹶ ﺍ َِﻰ ﺍ ِ ﹶﻠ ﹶ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﹾﻌ‬ ‫ﹾﺯ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺍ ِ ﹶﹶﻠ ﹶ ﹶ ﱢ ﺍ ِ.‬ ‫ﻪﻠﻟ ﻭﻋ ﻰ ﺣﻖ ﻪﻠﻟ‬

‫001‬

‫‪MUTIARA DI TENGAH MATA‬‬

‫ﺩﻋﺎ‬
‫ﺑ ﹾﻢ ﻪﻠﻟ ﺮ ﹾﻤﻦ ﺮﺣﹾﻢ‬ ‫ِﺴ ِ ﺍ ِ ﺍﻟ ﱠﺣﹶ ِ ﺍﻟ ﱠ ِﻴ ِ‬ ‫ْ ﹶﻤ ﹸ ِ ﹶ ﱢ ﺍﻟﹶَِ ﹶ ﹶﺍﻟ ﱠ ﹸ ﹶﺍﻟ ﱠ ﹶﹸ ﹶﻠ ﹶَﺷ ﹶ ِ ﺍ ِْﹶﺎِ ﹶﺍُﺮ ِﻴ ﹶ ﹶﹶﻠ ﹶِِ ﹶ ﹶﺤَِِﺟﹶِﻴ ﹶ.‬ ‫َﻟﺤ ﹾﺪﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﻌﺎﻟﻤﲔ ﻭ ﺼ ﹶﺓ ﻭ ﺴﻼﻡ ﻋ ﻰ ﺃ ﹾﺮﻑ ﻻنﺒﻴ ﺀ ﻭ ﳌ ﹾ ﹶﻠﹾﻦ ﻭﻋ ﻰَﻟﻪ ﻭﺻ ﹾﺒﻪ ﺃ ﹾﻤﻌﹾﻦ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﻼَ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻭﺳ ﱢ ﻋ ﻰ ن ﺭ َﺍﺗﻪ ﻭﻣ ﻈﺮ ﺻَﺎﺗﻪ ﻣﺠ ﻰ ﳊﻘﺎﺋﻖ ﻘ ﹾﺍنﻴﺔ ﺻ ﹾ ﹶﺓ ﳌ ﹶﺓ ﺘ ﹶﻠﻴ ﺕ ﳊﻖ‬ ‫َﱠﹸ ﱠ ﹶﱢ ﹶ ﹶﻠ ْﹶﻠ ﹶُﻮ ِ ﺫِِ ﹶﹶﹾﻨ َ ِ ِﻔِِﹶ ﹾﻠ ﹶ ﺍ ََِ ِ ﺍﻟُﺮِﹶِ ﹸﻮ ِ ﺍَﺎ ِ ﺍﻟَ ﱢﹶﺎ ِ ﺍ َ ﱢ‬ ‫ﺭ ﺩ ﺠ‬ ‫ﻢ‬ ‫ﻭﻋﻠﻰ ﺃﻟﻪ ﹶ ﹶﺤِِ َﹶﺎ ِﹶﹶَِ َﹶِِِﹶ ﹶِ َﹶِِ.‬ ‫ﻭﺻ ﹾﺒﻪ ﻛﻤ ﻻنﻬﺎﻳﺔ ﻟﻜﻤﺎﻟﻪ ﺑﻌﺪﺩﻛﻤﺎﻟﻪ‬ ‫ﹶﺎ ﺍ ُﹶﺎ ﹶ َﹸ ـ ﺑﱪﺍﻑ ﻛﺎﱃ ﺃﺗﻮ ٣١١ ﻛﺎﱃ‬ ‫ﻳ ﻪﻠﻟ ﻳ ﺳ ﹶﻡ‬ ‫ﻼ‬ ‫ﱢﻢ َ ﱠ ﹶﹶﻠ ﹶ ﹶِ ﹶ ﱠ ﹶﹶﻠﻰُﱠِﹸ ﹶﱠ ٍ ﱠﻰ ﺍ ُ َﻴِ ﹶ ﱠ ﹶ ﹶ َﻰ ﹶﹶﺎﹶِﻲ ﹶﹶﻠ ﹶﹶﻦَﹸﻢِﻰ‬ ‫ﹶﻠ ﹾ ﹶﻠﻰ ﻭﻋ ﻰ ﻭﺍﻟﺪﻱ ﻭﻋ ﺃﻣﺔ ﻣﺤﻤﺪ ﹶﻠ ﻪﻠﻟ ﹶﻠﹾﻪ ﻭ ﹶﻠﻢ ﻭﹶﻠ ﺟﻤ ﻋﺘ ﹾ ﻭﻋ ﻰ ﻣ ﹾ ﻟﻬ ﹾ ﻓ‬ ‫ﻋ ﺳ ﻋ‬ ‫ﺻ‬ ‫ﺳ ﻋ‬ ‫ﺩﺍﺋ ﹶﺗ ﹾ ﻛﻤ ﹶﻠ ﹾﺖ ﻋ ﻰ ﺳﻴ َ ﻣﺤﻤﺪ ﹶﻠ ﻪﻠﻟ ﻋ ﹾﻪ ﻭ ﹶﻠﻢ َﻟﻪ ﻭﺻ ﹾﺒﻪ ﺃ ﹾﻤﻌﹾﻦ ﻭﻛﻤ ﹶﻠ ﹾﺖ‬ ‫ﹶِ ِﻲ َﹶﺎ ﱠﻤ ﹶ ﹶﻠ ﹶ ﹶﱢ َﺎﹸ ﹶﱠ ٍ ﱠﻰ ﺍ ُ ﹶﻠﻴِ ﹶ ﱠ ﹶ ﹶِِ ﹶ ﹶﺤَِِﺟﹶِﻴ ﹶ، ﹶ َﹶﺎ ﱠﻤ ﹶ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺳ ﻭﺃ‬ ‫ﺻ‬ ‫ِن‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﹶﻠ ﺍﺩﻡ ﻭﺣﻮ ﹶﻠﹾﻬﻤ ﺴ ﻡ ﺑ ﹾﻢ ﻪﻠﻟ ﺮ ﹾﻤﻦ ﺮﺣﹾﻢ ﺳ ﻡ ﹶﻠ ن ﺡ ﻓ ﻌﺎﻟﻤﹾﻦِن ﻛ َﻟﻚ‬ ‫َﻰَﹶﹶ ﹶ ﹶﱠﺃ َﻴِﹶﺎ ﺍﻟ ﱠﻼﹸ.ِﺴ ِ ﺍ ِ ﺍﻟ ﱠﺣﹶ ِ ﺍﻟ ﱠ ِﻴ ِ ـ ﹶﻼﹲ َﻰُﻮٍِﻰ ﺍﻟﹶَِﻴ ﹶﱠﺎ َ ِ ﹶ‬ ‫ﺬ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﻋ‬ ‫َﺠ ِﻯ ﺍُﺤ ِِﻴ ﹶ ـ ﹶﻼﹲ َﻰِﹾﺑ ﹶﺍِﻴ ﹶﱠﺎ َ ِ ﹶَﺠ ِﻯْﹸﺤ ِِﻴ ﹶ ـ ﹶﻼﹲ َﻰﹸﻮ ﹶﻰ ﹶﹶﺎ ﹸﻭﹶ ﱠﺎ‬ ‫ن ﹾﺰ ﳌ ﹾﺴﻨﹾﻦ ﺳ ﻡ ﹶﻠ ﺍ ﺮ ﻫﹾﻢِن ﻛ َﻟﻚ ن ﹾﺰ ﺍﻟﻤ ﹾﺴﻨﹾﻦ ﺳ ﻡ ﹶﻠ ﻣ ﹾﺳ ﻭﻫ ﺭ ﹾﻥ ِن‬ ‫ﺍ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺬ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﻋ‬ ‫َ ِ ﹶَﺠ ِْﹸﺤ ِِﻴ ﹶ ـ ﹶﻼﹲ ﹶﻠ ﹶ َِﹶﺎ ِﻴ ﹶ ﱠﺎ َ ِ ﹶَﺠ ِﻯْﹸﺤ ِِﻴ ﹶ . ﹶﻼﹲ َﻴ ُﻢ‬ ‫ﻛ َﻟﻚ ن ﹾﺰﺍﻟﻤ ﹾﺴﻨﹾﻦ ﺳ ﻡ ﻋ ﻰ ﺍﻝ ﻳ ﺳﹾﻦ ِن ﻛ َﻟﻚ ن ﹾ ِ ﺍﻟﻤ ﹾﺴﻨﹾﻦ ﺳ ﻡ ﹶﻠﹾﻜ ﹾ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺰ‬ ‫ﺬ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺬ‬ ‫ﻃ ﺘ ﹾ ﻓ ﹾ ﹸﻠ ﻫ ﺧﺎﻟﺪ ﻦ ﺳ ﻡ ﻋ ﻜ ﹾ ﺑﻤ ﺻﺒﺮﺗ ﹾ ﻓﻨ ﹾﻢ ﻋﻘﺒ ﺪ ﺭ ﺳ ﻡ ﻫﻰ ﺣ ﻰ ﻣ ْﻠﻊ‬ ‫ِﹾﺒُﻢَﺎﺩ ُﻮﹶﺎ ﹶِ ِﹾﻳ ﹶ، ﹶﻼﹲ ﹶﻠﻴ ُﻢِﹶﺎ ﹶﹶ ُﻢَِﻌ ﹶ ﹸْﹶﻰ ﺍﻟ ﱠﺍ ِ. ﹶﻼﹲ ِ ﹶ ﹶﺘ ﱠﹶ َِ‬ ‫ﻄ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﺧ‬ ‫ﺍﻟَﺠ ِ.‬ ‫ﻔ ﹾﺮ‬ ‫ﹶﺑﺒﺮﻛﺔ ﺑ ﹾﻢ ﻪﻠﻟ ﺮﺣﻤﻦ ﺮﺣﹾﻢ ﹶﺑﺒﺮﻛﺔ ﺍﻟﺤ ﹾﺪﻪﻠﻟ‬ ‫ﺍﻟﻠﹸ ﱠ ﱢﻤﹶﺎِﻦََﺎ ِ ﺍﻟ ْﹶﺎ ﹶِْﹶِﹶﺎ )٣( ِﹶ ﹶ َِِﺴ ِ ﺍ ِ ﺍﻟ ﱠ ْﹶ ِ ﺍﻟ ﱠ ِﻴ ِ ـ ِﹶ ﹶ َِْ ﹶﻤ ﹸ ِ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻬﻢ ﹶﻠ ﹾﻨ ﻣ ﹾ ﺃﻓ ﺕ ﱡنﻴ ﻭﻓﺘﻨﺘﻬ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﹶ ﱢ ْ َِﻴ ﹶ ـ ِﹶ ﹶ َِ ﹶﺎ ِ ﺍﻟ ُﺮ ِ ﱢ ﺍﻟ ﱠ ِﹾﻳَِ ـ ِﹶ ﹶ َِﹶﺲ ﻭﺍﻟُ َِ ﺍ َ ِﻴ ﹶ ـ‬ ‫ﺭﺏ ﺍﻟﹶﻠﻤﹾﻦ ﹶﺑﺒﺮﻛﺔ َﻳ ﺕ ﻜ ﹾﺳﻰ ﺸﺮ ﻔﺔ ﹶﺑﺒﺮﻛﺔ ﻳ ﹶ ﻘﺮﺃﻥ ﳊﻜﹾﻢ‬ ‫ﹾ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﹶﺑﺒﺮﻛﺔ ﺻ ﺣﺐ ﻳ ﺣﺒﹾﺐ ﻨﺠ ﺭ ﹾ ﻗﺪﺱ ﻪﻠﻟ ِ ﱠﻩ ﹶﺑﺒﺮﻛﺔ ﺳﻴ ِن ﻣﺤﻤﺪ ﺻ ﻰ ﻪﻠﻟ ﹶﻠﹾﻪ‬ ‫ِﹶ ﹶ َِ ﹶﺎ ِ ﹸ ﹶﺲ ﹶِﻴ ﹸ ﺍﻟﱠ ﹶﺎ ِﻯ َ ﱠ ﹶ ﺍ ُ ﺳ ﹸ ـ ِﹶ ﹶ َِ ﹶﱢ َﺎ ﹸ ﹶﱠ ٍ ﹶﻠ ﱠ ﺍ ُ َﻴِ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺪ‬ ‫ﺮ ﻭ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻭ ﹶﻠﻢ َﻟﻪ ﻭﺻ ﹾﺒﻪ ﺃ ﹾﻤﻌﹾﻦ ﹶﺑﺒﺮﻛﺔ ﻻِﻟﻪ ﺍ ﻪﻠﻟ ﺍﻟﹶﻠﻚ ﺍﻟﺤﻖ ﺍﻟﻤﺒﹾﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳ ﹾﻝ ﻪﻠﻟ‬ ‫ﹶ ﱠ ﹶ ﹶِِ ﹶ ﹶﺤِِ َﺟﹶِﻴ ﹶ ـ ِﹶ ﹶ َِ ََﹶِﻻ ﺍ ُْ ِ ﹸ ْ ﹶ ﱡ ْﹸِﻴ ﹶ. ﹸ ﹶﱠ ﹸ ﱠ ﹸﻮُ ﺍ ُ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﺳ ﻭﺃ‬ ‫ﺍﻟ ﹶﺎِ ُ ْﹶﻋ ﹸ ﺍ َِﻴ ﹶ ﹶ ﹶﻠ ﱠ ﺍ ُ ﹶﻠ ﹶ ﹶﱢ َﺎﹸ ﹶﱠ ٍ ﹶﹶﻠ ﹶِِ ﹶ ﹶﺤِِ ﹶ ﱠﻢ ﹶْ ﹶﻤ ﹸ ِ ﹶ ﱢْ َِﻴ ﹶ.‬ ‫ﺼ ﺩﻕ ﺍﻟﻮ ﹾﺪ ﻻﻣﹾﻦ ﻭﺻ ﻰ ﻪﻠﻟ ﻋ ﻰ ﺳﻴ ِن ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋ ﻰَﻟﻪ ﻭﺻ ﹾﺒﻪ ﻭ ﹶﻠ ﹾ ﻭﺍﻟﺤ ﹾﺪﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﹶﻠﻤﹾﻦ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺍ‬ ‫ﺪ‬

‫101‬

MUTIARA DI TENGAH MATA

SALASILAH
AMALAN KHALIFAH PUSAKA WALI AGAMA ISLAM.
Syeikh Mahmud Nasri Osmani menerima daripada gurunya Syeikh Yusuf Kenali Kelantan Melalui ucapan Talqin: Bismillahhirrahmanirrahim 7 kali

Asyhhaduallailahaillallah Waasyhhaduannamuhammadarrasullallah 3 kali Lailahaillallah Muhammadarrasullallah 3 kali Allahhuakhbar 7 kali Lailahaillallah 3 kali Allah Allah Allah
Sehingga tetap dan kejab hati. Diisyaratkan oleh Tuan Guru Syeikh Yusuf Kenali kepada Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani, pandang dengan mata hati ( basairah ) berhubung tangan dengan Sultan Auliyak Syeikh Abdul Qadir Jalaini mengaku menjadi murid baginya walau beberapa banyak dosa kesalahan pohon diterima menjadi murid baginya selama-lamanya didunia dan di akhirat dan mengaku menerima pusaka Khalifah Wali Agama Islam di atas makna sekeliannya dan juzukjuzuknya daripada Baginda seumpama Baginda menerima daripada Rasullullah, seumpama Rasullullah menerima daripada Allah. Syeikh Yusuf Kenali menerima talqin tersebut daripada gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni. Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni menerima daripada Talqin daripada Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jailani dengan Wasitah Khidir Alaihissalam. Syeikh Mahyuddin menerima Talqin tersebut daripada Syaidul Akwan Wasuratul Maadati Tajaaliyatilhak Muhammad Sallallah Alaihi Wasllam SALASILAH LANGKAHAN HULUBALANG ROHANI JASMANI LATIHAN JABAT 14, JABAT PENIMBUL, JABAT BESI, Syeikh Mahmud Nasri Osmani menerima Latihan tersebut daripada gurunya Tuan Guru Muhammad Taib Bin Haji Abdul Rahman Jabat. Tuan Guru Muhammad Taib Bin Haji Abdul Rahman Jabat menerima Latihan tersebut daripada gurunya yang juga ayahnya, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat Fathoni. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat Fathoni menerima Latihan tersebut daripada gurunya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Fathoni. Tuan Guru Muhammad Taib menerima Talqin Pusaka Khalifah Wali Agama Islam daripada Tuan Guru Syeikh Yusuf Kalatan. SALASILAH IJAZAH AMMAH SEGALA AURAD SEGALA AHZAB SEGALA SHOLAWAT DALAILUL KAHIRAT Syeikh Mahmud Nasri Osmani , Syeikh Mahmud Nasri Osmani menerima daripada Syeikh yusuf Kenali menerima daripada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa Al-Fathoni daripada Syeikh Muhammad Amin Ridzuan daripada Syeikh Ali Yusuf Al-Hariry Al Madani daripada Syeikh Muhammad bin Syed Syeikh Ahmad Al-Maghar daripada Syeikh Muhammad bin Syed Syeikh Ahmad Al-Maaty daripada Syeikh Ahmad Al-Haj daripada Syed Syeikh Ahmad Al-Maghar daripada Abdul Qadir Al-Khass Daripada Syeikh Ahmad bin Syed abi Al-Abbas As-Samaai daripada Syeikh Ahmad bin Syed Musa Assyimaly daripada Syeikh Abdul Aziz Assab aa’ daripada Syeikh Muhammad bin Syed Syeikh Sulaiman Al-Jazuly daripada syed Syeikh Sulaiman Al-Jazuly SALASILAH IJAZAH AMMAH ILMU ZAHIR, ILMU ROHANI DAN SEGALA KITAB Syeikh Mahmud Nasri Osmani daripada Syeikh Yusuf Kenali Kelantan daripada Syeikh Ahmad bin Ahmad Zain bin Mustafa Muhammad Fathoni daripada Abdul Qadir Assyibly Attharabusy daripada Maulana Syeikh abdul Rahman Bani Baaty daripada Al-Alamatul Syeikh Marthallah bin Syeikh Nikmatullah Al-Kanaavy daripada Al-Alamatul Syeikh Abiidus Sanad daripada Al-Alamatul Syeikh Ahmad Dahlan daripada Al-Alamatul Syeikh Jamal Mufti Mekah Al-Mukarramah daripada Al-Alamatul Syeikh Mahyuddin Al-Khatib daripada Al-Alamatul Syeikh Abdul Qadir Al-Madani daripada Al-Alamatul Syeikh Abdul Hamid Afindi daripada Al-Alamatul Syeikh Mahmud Al-Mungkharah daripada AlAlamatul Imam Arifbillah Syeikh Muhammad Al-Khawakhaji daripada Al-Alamatul Imamul Ulama’ Syeikh Nasibah Syeikh Al-Fidak) daripada Al-Alamatul Syeikh Muhammad Rafiq daripada Al-Alamatul Syeikh abdul Ghani Rafiq daripada Al-Alamatul Syeikh Jalil Shodek daripada Al-Alamatul Imam Muhaddisin syeikh Badaruddin Addamsyiqy daripada al-Alamatul Syeikh Muhammad Al-Khony.

Khazanah Angkatan Bina Jati Diri (ABJAD) Warisan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam 102

MUTIARA DI TENGAH MATA

103

MUTIARA DI TENGAH MATA

KHAZANAH ANGKATAN BINA JATI DIRI (ABJAD) Warisan Amalan Khalifah Pusaka Wali Agama Islam Pusat Penyelidikan Dan Penyebaran Dapatkan Risalah Risalah
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Wasilah Dan Rabitah Tauladan Sempadan Pada Membicarakan Baik Dan Jahat Dalam Ilmu Dan Amal Himpunan Zikir-Zikir Taqarub Dalam Petua-Petua Menzahirkan Hikmah Muktabar. Panduan Langkahan Hulubalang Rohani Jasmani Dan Zikir Taqarub Liku-Liku Perjalanan Sufi, Mutiara Ditengah Mata Sukatan Fardu Ain, Ilmu Fekah Tauhid Tasauf Huraian Dua Kalimah Syahadah Asas Aqidah, Qawaid Syariah Fadhilat Ayat 33 Dan Cara Beramal Fadhilat Doa Haikal Dan Cara Beramal Risalah Fadhilat Bacaan Yasin A’fiat Himpunan Qasidah Abjad, Ghasiyah, Arifinbillah, Rahmaniyyah Dan Selawat. Carta Kedudukan Manusia Samada Di Alam Jin Atau Malaikat Carta Permulaan Tapak Langkahan Hulubalang Carta Darjah Kedudukan Manusia Baik Dan Jahat Dalam Ilmu Dan Amal Disisi Allah SWT.

35, Tingkat 1, Persiaran seroja 1/1, Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani, Kedah Tel: 604-4416502/604-4475007 E-mail: abjad0@streamyx.com
104

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->