You are on page 1of 9

Mari Belajar Membuat Pizza di rumah!

Mari kongsi resepi pizza di sini. Resepi saya ni ambil dari buku panduan yg di beri bersama
dengan bread maker saya. 

.. sebelum

… dan selepas dibakar…

PIZZA

Bahan Doh Pizza :

280 g tepung berprotein tinggi


15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yist segera
Bahan-bahan topping :

Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella

* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih..
sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg byk. ianya juga boleh di tukar ganti kepada
ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.

Cara-cara membuat pizza :

1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.


2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli
hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan
tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit
minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua
kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua
bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di
bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan
bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.
Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut :

Sos Pizza

1 labu bawang besar } di cincang


2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa
 
Cara membuat sos:

Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat
nota: kepada sesiapa yg belum ada bread machine tu jgn risau.. pagi tadi dah mencuba
menguli dgn tangan ni secara manual.. terbukti berjaya!!.. cubalah…  :grinning:

Aising Mentega (1)

Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di atas api perlahan. Pastikan supaya mentega
tidak sampai mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.

Aising Mentega (2)

Bahan-bahannya:
Mentega 250 g
Marvello atau krimwell (sejenis marjerin
yang khusus) 250 g
Gula aising 250 g
Putih telur 3
Esen vanila 1 sudu teh

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan marvello atau krimwell hingga ringan dan gebu.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising dan putar hingga sebati.
3. Campurkan sedikit demi sedikit putih telur dan pukul rata-rata setiap kali selepas memasukkannya.
4. Bubuh esen vanila dan kacau sebati.
5. Jika tidak terus menggunakannya, simpan aising di dalam bekas bertutup rapat.

Aising Mentega (3)


1/4 cawan air panas (bukan mendidih)
1 camt esen mentega/butter oil
500-700 g gula aising, diayak
3/4 cawan lemak sayuran
Putar lemak sayuran dan air dengan pemutar letrik hingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit gula
aising hingga mendapat kepekatan yg diinginkan untuk disapu pada kek. Akhir sekali, campurkan
dengan esen mentega.

Aising Mentega (4)


1/2 cawan lemak sayuran
1/2 cawan marjerin atau menteg
1 camt vanila
2 camb susu segar
4-4 1/2 cawan gula aising, diayak
Putar mentega dan lemak sayuran hingga gebu, masukkan vanila dan kacau rata. Masukkan 1 cawan
gula aising pada satu masa, putar pada kelajuan sederhana. Pastikan keliling mangkuk dikaup selalu
supaya semua bahan sebati. Campurkan susu dan pukul lagi hingga gebu dan ringan. Simpan di dalam
peti sejuk (bekas bertutup) jika tidak digunakan tetapi hendakla h diputar semula sebelum digunakan.

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

 650 ml air
 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
 1 biji bawang besar - cincang
 1 batang saderi - cincang
 40 gm mentega
 20 gm tepung gandum
 1 sudu besar sos tomato
 1 sudu besar sos tiram
 sedikit serbuk lada hitam
 kicap pekat
 garam

Cara-cara

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan
dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak
melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi
warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok
ayam dan sos tiram dah masin.

KENTANG PUTAR (MASHED POTATO) (Sumber Kaknoormasri)

Bahan-bahan:
1 kg kentang
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:
Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam
sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada
hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan
Kek Cawan Vanilla

Bahan-bahan ( 35 biji )

 150 g mentega
 185 g tepung naik sendiri
 150 gram gula kastor
 1/2 sudu teh soda bikarbonat
 3 biji telur
 1 sudu teh vanilla
 Untuk ising:
 100 g mentega
 200 g gula ising
 2 sudu teh air panas
 1 sudu teh esen vanilla
 chocolate rice utk tabur

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula hingga kembang


2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
6. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air
panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
7. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising.
Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

Resepi Kek Cawan Coklat Brownie dengan Krim Putar Mentega Coklat
Kek Cawan

4 auns coklat masakan (unsweetened), dicincang


1/2 cawan mentega (unsalted), potong kepingan-keping
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (size besar)
3/4 cawan tepung serba guna
1/4 sudu teh garam

Panaskan ketuhar untuk 325° F


Susun 12 kertas cawan kek pada acuan.
Cairkan coklan dan mentega di dalam mangkuk secara double boil.
(Coklat dan mentega di cairkan di dalam mangkuk yang diletakkan dalam periuk air yang mendidih, pastikan air
yang mendidih tidak memasuki mangkuk)
Setelah coklat dan mentega cair sepenuhnya, tutup api dan sejukkan coklat tersebut seketika.
Setelah mencapai suhu bilik, masukkan gula, dan esen vanilla. Kacau rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Masukkan garam dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan sebati.
Setelah sebati, agihkan adunan ke dalam setiap cawan kek yang telah disusun tadi.
Bakar selama 20 minit/ masak (uji dengan lidi)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sehingga suhu bilik.

Krim Putar Mentega Coklat

1-2 sudu makan susu


1 sudu makan serbuk koko
6 sudu makan mentega lembut
3/4 cawan serbuk gula (gula aising)
Coklat cip untuk hiasan.
Potong mentega kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk/ mesin pemutar.
Pukul/putar sehingga lembut dan berkrim.
Ayak serbuk koko dan gula ke dalam mangkuk/ mesin pemutar sedikit demi sedikit sehingga habis.
Setelah adunan sebati, masukkan susu dan kacau/putar rata.
Hias kek cawan yang telah dimasak tadi dengan Krim Putar Mentega Coklat seperti dalam gambar di atas. Tabur
coklat cip untuk hiasan.

Kek Coklat Putih


Bahan-Bahan:

220 g gula kastor 1 sudu kecil esen vanila


170 g tepung naik sendiri Sedikit serbuk penaik
125 g mentega lembut
100 g coklat putih Bahan krim:
1 cawan susu cair 125 g mentega lembut
2 biji telur 100 g coklat putih (dicairkan)
75 g gula aising

Cara:

Pukul mentega, gula kastor, esen vanila dan telur. Masukkan tepung naik sendiri, serbuk koko dan serbuk penaik.
Tuangkan adunan ini ke dalam adunan telur, susu cair dan lebihan coklat. Gaulkan hingga sebati. Tuangkan adunan
ke dalam acuan dan bakar dengan suhu 180C. Sejukkan sebelum disapu krim.

Cara membuat krim:


Pukul mentega hingga lembut. Masukkan coklat cair dan gula aising. Pukul hingga sebati.

Biskut Rangup  Tomyam Udang

Bahan-bahan:  Bahan-bahan:
125 gm mentega 375 ml air
60 gm gula aising 2 ulas bawang merah, dihiris
180 gm tepung gandum ½ labu bawang besar, dipotong baji
40 gm tepung kastard 1 batang serai, potong 4 cm
45 gm tepung susu 1 cm lengkuas, dipotong
200 gm ayam, dipotong kecil
1 camb sos ikan
Bahan hiasan (aising royal):
3 helai daun limau purut
1 biji putih telur
2 batang putih jagung, dihiris serong
250-270 gm gula aising - diayak 2 kali
1 batang salderi, dipotong
1 camca teh jus limau nipis
4-5 biji cili padi, dititik
1 biji tomato, dibelah 6
Cara membuat aising royal:
1 camb pes cili
1. Letak putih telur dalam mangkuk bersih.
1 camb jus limau nipis
2. Masukkan jus limau, kacau sebentar.
Garam & gula pasir secukupnya
3. Campurkan sedikit demi sedikit gula aising sambil diputar
Daun ketumbar untuk hiasan
perlahan. Jika pukul kuat, ia akan berbuih banyak.
4. Bila aising cukup kental, bahagikan dan campur pewarna.
  Cara membuat:
Cara membuat: 1. Jerang air dengan garam, bawang merah, serai dan
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan lengkuas.
semua jenis tepung. 2. Bila mendidih, masukkan ayam, sos ikan dan daun limau.
2. Uli perlahan menjadi doh. Canai dan terap dengan acuan 3. Kacau sekali-sekala hingga mendidih sekali lagi. Bubuh
berbentuk hati. putik jagung dan salderi. Bila ayam empuk, padamkan api.
3. Susun atas tin pembakar berlengser marjerin. 4. Bubuh cili padi, tomato, pes cili dan jus limau secukup rasa.
4. Bakar pada 175ºC selama 20 minit atau hingga masak. Biar Tambah sedikit gula dan garam jika perlu.
sejuk atas redai.
Bubur Berlauk

Bahan-Bahan:

150 gm beras (1 cawan) Bahan-bahan ditabur:


1350 ml air (5 ½ cawan) Hirisan daun bawang
8 keping besar halia Bawang goreng
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar)
150 gm daging (dicincang)
1 cawan isi udang
1 cawan isi sotong
1 cawan santan daripada ½ biji kelapa
Garam secukupnya

Cara:

Rebus beras bersama air, halia dan lada hitam hingga beras separuh kembung. Masukkan daging & kacau sekali-sekala
supaya bubur tidak berkerak. Setelah daging empuk, masukkan udang, sotong dan santan. Kacau rata. Apabila bubur hampir
pekat, masukkan garam. Kacau dan angkat. Ketika menghidang panas-panas, tabur daun bawang dan bawang goreng

Puding Roti

Bahan-Bahan:

1 paket roti (5 ketul) Secubit garam


1 kg susu 1 camca kecil esen vanila
Gula secukup rasa 1 biji telur
1 camca besar mentega

Cara:

Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut,
masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Bubur Sum Sum

Bahan-Bahan:

1 mangkuk tepung beras Kuah:


1 biji kelapa(diperah sehingga santan Gula melaka }masak gula melaka bersama
cair) Air }air sehingga cair.
daun pandan
sedikit garam

Cara:

Tepung beras dicampurkan dengan santan. Kemudian kacau hingga sebati biarkan cair.Bila sudah sebati @ rata(tidak
berketul-ketul) tenggekkan di atas api yang sederhana. Masukkan daun pandan n garam secukup rasa(lemak). Kacau selalu
kemudian masak sehingga pekat. Bila sudah masak, sejukkan di dalam bekas hidangan. Kemudian boleh makan bersama
kuah yang disediakan.

Bubur Aneka Warna

Bahan-Bahan:

150 gm tepung pulut 1 helai daun pandan


300 ml santan cair 1 sudu teh pewarna kuning
100 gm gula pasir 1 sudu teh pewarna ungu
30 gm sagu biji 1 sudu teh pewarna merah
55 ml santan cair
Cara:

Uli tepung pulut bersama santan cair. Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian hendaklah diwarnakan
dengan satu warna. Gentel bulat-bulat dan kemudian rebus untuk jangka masa 3-4 minit. Kemudian angkat dan simpan
dalam peti sejuk. Sementara itu, masak santan bersama daun pandan, gula dan sagu biji. Kemudian tunggu sehingga biji
sagu menjadi jernih dan masukkan adunan tepung pulut yang telah direbus tadi.

Sate Resepi Niaga

Bahan-Bahan:

Untuk 140-150 cucuk sate Bahan perasa

2 kilo dada ayam 5 sudu makan serbuk kunyit


1 kilo isi ayam dari seekor ayam tanpa dibuang lemak 2 sudu makan madu.
500 grm gula pasir
Bahan untuk memerap
( disatukan dan dikisar)

10 ulas bawang merah


1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
4 batang serai
5 inci halia
2 sudu makan jintan manis ditumbuk kasar
1 sudu makan jintan putih ditumbuk kasar
1 sudu biji ketumbar ditumbuk halus.

Bahan perasa

5 sudu makan serbuk kunyit


2 sudu makan madu.
500 grm gula

Cara:

isi ayam dari bahagian dada dan seekor ayam dipotong kiub jangan dibuang lemaknya. satukan dengan bahan memerap dan
masukkan bahan perasa.gaulkan bahan ini sebati dan simpan didalam peti sejuk semalaman cucuk isi ayam yang telah
diperap semalaman dgn lidi sate. siap sedia untuk dibakar dan dihidangkan

You might also like