You are on page 1of 37

PPISMP SEM1

2009
PENGENALAN
Kami ahli GERKO Bola Tampar telah diarahkan untuk
mengendali dan mengurus sebuah Karnival Bola Tampar
yang merupakan salah satu aktiviti tahunan GERKO
BolaTampar. Tujuan penganjuran Karnival Bola Tampar ini
terutamanya adalah untuk membimbing para pelajar untuk
menguasai kemahiran-kemahiran dalam permainan bola
tampar. Selain itu, dengan kegiatan ini, pelajar juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara pasukan yang
mengambil bahagian dan para pensyarah. Dengan
penganjuran Karnival Bola Tampar ini ,kami berharap agar
usaha kami dapat memberi panduan dan pengetahuan
kepada para pelajar tentang pengurusan dan pengelolaan
sebuah karnival sukan dan permainan.
Kertas Kerja
Karnival
Bola Tampar 2009

Anjuran:
GERKO BOLA TAMPAR 2009
1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Bola Tampar ini bertujuan untuk mencungkil


bakat baru dalam kalangan guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Malaysia Gaya(IPGM) yang berpotensi
dalam permainan sukan. Sehubungan itu, diharapkan
melalui majlis seperti ini akan mampu menjana potensi
individu guru pelatih supaya mereka lebih berminat dan
bermotivasi untuk mencapai sesuatu kecemerlangan.
2.0 RASIONAL

Pertandingan Bola Tampar ini akan dapat


memenuhi hasrat dan matlamat IPGM selaras
dengan kehendak pihak pentadbir IPGM untuk
melahirkan guru-guru pelatih yang cemerlang dari
segi jasmani. Pada akhir pertandingan ini, guru-
guru pelatih yang berbakat dan berpotensi dalam
permainan sukan akan berpeluang untuk
meningkatkan lagi kemahiran dalam aktiviti sukan
dengan menyertai pertandingan-pertandingan
yang diadakan di peringkat yang lebih tinggi lagi.
PENGENALAN PROGRAM KARNIVAL BOLA TAMPAR
 
Program Karnival Bola Tampar ini adalah program
yang dirancang dengan mantap bagi menarik minat
dan komitmen pelajar terhadap sukan dan permainan
khususnya dalam permainan bola tampar.
Penganjuran karnival bola tampar ini diharapkan
dapat membantu para pelajar melibatkan diri secara
aktif dalam lapangan sukan dan permainan, di
samping menjalani gaya hidup sihat. Karnival Bola
Tampar ini dijangka akan mengambil masa selama dua
hari.
Ia adalah bertujuan untuk memantapkan matlamat
kokurikulum, iaitu mewujudkan minat serta
meningkatkan keupayaan pelajar bagi menceburi
bidang sukan dan permainan dari peringkat sekolah
sehinggalah mereka meninggalkan alam
persekolahan. Karnival Bola Tampar ini diharapkan
dapat memberi suntikan motivasi yang konsisten
kepada para pelajar supaya mereka dapat terus
mantap dalam bidang sukan dan permainan
terutamanya dalam permainan bola tampar. Selain itu,
Karnival Bola Tampar ini diharapkan dapat
menyedarkan pelajar-pelajar tentang kepentingan
amalan gaya hidup yang sihat menerusi bersukan.
3.0 OBJEKTIF
1. Meningkatkan kemahiran dan mencungkil bakat
guru-guru pelatih dalam permainan bola tampar.
2. Membentuk semangat kesukanan antara guru-guru
pelatih yang terlibat dalam pertandingan bola tampar.
3. Memupuk dan mempertingkatkan kemahiran para
pelatih dalam bidang sukan.
4. Mengeratkan hubungan dalam kalangan guru pelatih
IPGM dengan pensyarah-pensyarah pembimbing.
5. Memberi peluang kepada para peserta untuk
menunjukkan bakat mereka dalam bidang sukan. 
VISI
Melatih para pelajar mengendali, mengurus dan
mengelola sebuah karnival, di samping menguasai
kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar.
 
MISI
 
Melatih para pelajar mempunyai sifat kepimpinan dan
tanggungjawab dalam melaksanakan tugas di samping
melahirkan para pelajar yang berdaya saing, berfikiran
kreatif dan kritis serta komited semasa menjalankan
tugas yang diarahkan
4.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Gelanggang Bola Tampar Institut Pendidikan

Guru Malaysia Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.

 
5.0 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

Tarikh : 28-29 Oktober 2009


Hari : Rabu dan khamis
Masa: 7.30 – 11.30 tengah hari
 
6.0 SASARAN

Kumpulan 1: PPISMP BC1/PJ.KS


Kumpulan 2: PPISMP BC2/PJ/KS
Kumpulan 3: PPISMP BM/PJ/KS
Kumpulan 4: PPISMP BI(SR)/ELIT/MATH SC(G1)
Kumpulan 5: PPISMP BI(SR)/ELIT/MATH SC(G2)
Kumpulan 6: PPISMPBI(SM)
Kumpulan 7: PPISMP MT/BI/BM
7.0 Butiran Pertandingan
7.1 Peraturan permainan
 
PEMAIN- PEMAIN
 
BILANGAN  PEMAIN :
~      Setiap pasukan mestilah mendaftarkan pemainnya
tidak lebih daripada 10 orang.
~    Pasukan yang menggunakan pemain Libero adalah 
dibenarkan.
 ~   Pasukan yang bermain kurang daripada 6 orang akan
dibatalkan .
 
   PAKAIAN :
 
~      Setiap pasukan diwajibkan memakai jersi yang lengkap
beserta nombor sekurang-kurangnya di belakang.
~      Pemain yang beragama islam digalakkan menutup aurat.
 
  KATEGORI :
   
        Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori :
        i Kategori lelaki
        ii. Kategori perempuan
  
   MINUMAN :
~      Minuman para pemain dan juga pengadil akan disediakan
oleh pihak penganjur.
7.2 PERATURAN PERTANDINGAN
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN
 
Undang-undang dan peraturan pertandingan adalah
mengikut peraturan rasmi Persatuan Bola Tampar Malaysia
( MAVA ) / FIVB.
  
7.2.1  SISTEM PERTANDINGAN
~ Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam  dua
kumpulan ( kumpulan A dan kumpulan B ).
~    Johan dan naib johan kumpulan akan bertanding pada
peringkat separuh akhir.
~    Johan kumpulan A akan bertemu naib johan kumpulan
B, manakala johan kumpulan B akan bertemu naib johan
kumpulan A.          
7.2.2  CARA MEMUTUSKAN KEMENANGAN
~  Mata kemenangan ialah 25 mata.
~  Perlawanan dalam pusingan awal akan dijalankan
dalam tiga set sahaja ( best of 3 ).
~  Perlawanan dalam pusingan separuh akhir dan akhir
akan dijalankan dalam 5 set.
~  Pasukan yang mendapat dua  kemenangan Berturut-
turut tidak perlu bermain dalam set seterusnya.
 
~  Pasukan yang terikat dengan kemenangan 1-1atau 2-2
dalam pusingan kedua akan  bermain dalam set
penentuan (rubber set) dengan mata kemenangan
ialah 15 mata.
~  Sekiranya berlaku seri pada mata 24-24 atau 14-14 (set
ke 5) permainan akan
diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata
diperolehi.
 
~ Maksima kelebihan 2 mata oleh pasukan yang
mendapat 27 mata terdahulu,atau 17mata dalam set ke
5 akan dikira sebagai pemenang.
 
7.2.3  SISTEM MATA
 
MENANG      2 MATA
KALAH          0 MATA
 
7.2.4   HADIAH
 
Hadiah akan diberi kepada pemenang tempat 1 hingga tempat ke 3
sahaja. Semua peserta akan diberikan sijil penyertaan.

 
7.2.5  KELEWATAN
 
~Pasukan yang lewat setelah 10 minit pengadil meniupkan wisel akan
dikira kalah.
~ Pasukan pihak lawan akan diberikan kemenangan dengan mata 2- 0.
~ Rujuk kepada undang-undang dan peraturan rasmi MAVA.
7.2.6  BANTAHAN
~        Keputusan pengadil adalah muktamad.
  ~        Sebarang bantahan adalah tidak dibenarkan.
  
7.2.7  UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
TAMBAHAN
~      Peraturan –peraturan dan undang-undang
permainan lain yang tidak dinyatakan, adalah merujuk
kepada  MAVA / FIVB.
 
~    Walau bagaimanapun pihak penganjur berhak
meminda mana-mana peraturan dan undang-undang
permainan mengikut keperluan dan keadaan semasa.
8.0 SISTEM
~Sistem yang akan digunakan ialah sistem kalah mati.
 
9.0 Urusetia Pertandingan Bola Tampar
Rujuk Lampiran 1
10.0 Jadual Pertandingan
Petunjuk: Kumpulan lihat sasaran, M : menang…

 
11.0 Anggaran perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH(RM)

1 MINUMAN RM 8 10

2 CENDERAMATA RM 25 X 3 75
ORANG
3 HADIAH 25
JOHAN RM 25 X1 25
NAIB JOHAN RM 25 X1

4 RENCAM RM 20 20

5 JUMLAH 160
12.0 Anggaran sumber pendapatan

SUMBANG INSTITUT RM 50.00

YURAN RM 200.00
PERTANDINGAN

JUMLAH RM 250.00
Baki Pembelajaan
Jumlah pendapatan:RM250

Jumlah perbelanjaan:RM160

Baki=RM250-RM160=RM90
13.0 RUMUSAN

Kerjasama dan komitmen oleh semua Ahli Jawatankuasa


dalam melaksanakan Pertandingan Bola Tampar 2009
peringkat institut pada kali ini amatlah diharapkan.
Kejayaan majlis ini merupakan kejayaan seluruh warga
institut khususnya persatuan bola Tampar institut
sebagai penganjur pertandingan. Justeru itu,
pertandingan ini memang memerlukan sokongan
daripada pelbagai pihak agar dapat dilaksanakan
dengan lebih lancar, sempurna dan Berjaya.
14.1 Pelan Tindakan(sebelum)
14.0 Jadual kerja
BI TARIKH PERKARA TINDAKAN CATATAN
L
1 15.9.2009 Perbincangan tentang Pemilihan Ahli
Pertandingan Bola Tampar Jawatankuasa
2009

2 16.9.2009 Perbincangan mengenai Tarikh pertandingan telah


persiapan yang perlu ditetapkan pada 28-29
dilakukan Oktober 2009

3 18.9.2009 Perjumpaan semua AJK Membahagikan tugasan


masing masing
4 19.9.2009 Perjumpaan ahli kumpulan Meminta pandangan dari
ahli kumpulan

5 20.9.2009 Perjumpaan semua ahli Perbincangan tentang apa


yang terkurang disediakan
dalam

6 24.9.2009 Perjumpaan kali terakhir Memastikan semua tugasan


bagi semua ahli dibahagikan dan juga
memastikan persiapan
dibuat dengan sempurna
14.2 Pelan Tindakan (Semasa)
Tarikh Masa Aktiviti

29/10/09 7.30a.m. Pertandingan diteruskan

10:30a.m Pertandingan berakhir/rehat

10:45 Ketibaan tetamu kehormat


Pn.Salmah Binti Abdullah, Pengarah Institut

11.00a.m. Perasmian penutupan/penyampaian hadiah

11.30a.m. Bersurai

Tarikh Masa Aktiviti

28/10/09 7.30a.m. Ketibaan peserta, penonton dan pengadil.

8.00a.m. Ketibaan tetamu kehormat


Pn.Salmah Binti Abdullah, Pengarah Institut

8.15a.m. Perasmian Pembukaan

8.30a.m. Pertandingan dimulakan

11.30a.m. Pertandingan ditreruskan pada hari keesokan


14.3 Pelan Tindakan (Selepas)

Bil Tarikh Perkara Tindakan Catatan

1. 30.10.2009 Perjumpaan semua Setiausaha membacakan laporannya

2. 1.11.2009 Perjumpaan semua Pembacaan laporan semua AJK


LAMPIRAN 1
 
Urus Setia Pertandingan Bola Tampar 2009
PENAUNG : Puan Salmah Abdullah
( Pengarah IPGM Kampus Gaya)

PENASIHAT : Encik Subramaniam A/l Muthusamy

(Timbalan Pengarah IPGM Kampus Gaya)

KETUA UNIT GERKO : Encik Sonny Teh Eng Chong

KETUA PENASIHAT : Puan Siti Ajar Bt. Md. Noh

PENASIHAT : En. Syam Suzzaman Chin Abdullah

PENGERUSI : King Ning Ning

NAIB PENGERUSI : Tan Yuan Feng

SETIAUSAHA : Philip Hii Ung Teck

NAIB SETIAUSAHA : Chang Chong Own

BENDAHARI : Grace Lim

NAIB BENDAHARI : Chua Fu Xiong

JURUAUDIT : Lim Wen Jie

AJK OPSYEN : Jamil Bn Hussein


JAWATANKUASA KECIL KARNIVAL BOLA TAMPAR 2009
 
AJK PERALATAN: (1) Lim Ken Chong
(2) Fu Eng Tat
(3) Kamal a/l Karunjaz
AJK PADANG : (1) Liong Pei Wen
(2) James Tan
(3) Abu bin Hassan
 
AJK MAJALAH : (1) Tan Xiao Wen
(2) Lee Pei Xin
(3) Ahmad bn Faraqi
 
AJK PUBLISITI : (1) Nayati binti AAbdullah
(2) Saiful bin Mohammad
(3) Quah Shu Yee
 
AJK KEBAJIKAN : (1) Danny Chong
(2) Chin Yu Ling
(3) Quah Shu Yee
AJK KESELAMATAN: (1) Daniel Choo
(2) Elainne Chia
(3) Lim Hi Shen
LAMPIRAN 2
 
Borang penyertaan
 
Borang penyertaan Pertandingan Bola Tampar Tertutup
2009
Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
Opsyen: …...………………..................................
Nama pasukan :..................................................

Senarai nama peserta


Bil Nama peserta Nombor telefon
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Perhatian :
Pertandingan diwajidkan kepada semua opsyen
semester satu.
Setiap opsyen perlu menghantar sekurang-kurangnya
satu pasukan untuk menyertai pertandingan bola
tampar ini.
Setiap pasukan akan dikenakan yuran sebanyak RM
10.00.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Oktober 2009.
Sila kembalikan boring ini barserta yuran pertandingan
sebelum tarikh tutup penyertaan.
Pertandingan akan diadakan pada 28 Oktober 2009.
Pertandingan akan diadakan di gelanggang bola tampar
Institut
Sistem yang akan digunakan semasa pertandingan
ialah, sistem kalah mati.
Pertandingan akan terikat kepada peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak
penganjur.
Sila kembalikan borang ini kepada Chang Chong Own
dan Philip Hii Opsyen BC/PJ/KS.
Hadiah :
Tempat pertama akan menerima sijil, pingat, trofi dan
hamper.
Tempat kedua akan menerima sijil, pingat dan
hamper.
Tempat ketiga akan menerima sijil, pingat dan
hamper.
Semua pasukan akan menerima sijil penyertaan.
LAMPIRAN 3
 
Iklan
Tarikh:
~28-29 Oktober 2009
Hari:
~Rabu dan Khamis
Masa:
~7.30a.m. - 11.30a.m.
Tempat:
~Gelanggang BolaTampar,
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Gaya,
Kota Kinabalu, Sabah.
Hadiah :
~Tempat pertama: Sijil, pingat, trofi dan hamper.
~Tempat kedua: Sijil, pingat dan hamper.
~Tempat ketiga: Sijil, pingat dan hamper.
*Semua peserta akan diberikan sijil yang sah sebagai tanda penyertaan

You might also like