You are on page 1of 26

Definisi Konsep Dasar Harta Intelek Negara.

Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP) dalam bidang undang-undang
merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya
muzik,sastera dan seni,rekacipta dan simbol, nama,imej dan reka bentuk yang digunakan dalam
perniagaan termasuk hak cipta,cap dagangan,paten dan hak-hak lain yang berkaitan.Di bawah
undang-undang harta intelek,pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini
mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi,ekonomi
dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang
harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang
mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan
pengetahuan.
Objektif Dasar Harta Intelek Negara.

Tahap Sistem Perlindungan Harta Intelek Yang Terbaik.

Membangunkan sistem perlindungan harta intelek yang cekap dan berkesan untuk
memastikan perolehan perlindungan dan hak-hak yang cepat dan mudah serta mekanisma
penguatkuasaan yang cekap dan praktikal untuk menyediakan pembetulan dan penyelesaian
pelanggaran-pelangaran hak-hak harta intelek dan juga untuk mencegah berlakunya
pelanggaran.Dalam dunia hari ini di mana teknologi pesat berubah,pelindungan harta intelek yang
cepat dan mudah memberi pemilik kelebihan saingan yang lebih baik dan masa yang lebih
panjang untuk pengeksploitasian harta intelek yang dicipta dan memperolehi pulangan daripada
daya usaha dan pelaburan mereka.Oleh itu,pemilik digalakkan untuk membangunkan lagi harta
intelek dan mencipta yang baru.Daripada perspektif undang-undang,semua undang-undang dan
peraturan-peraturan harta intelek perlu memenuhi keperluan tempatan dan menunaikan piawaian
yang ditetapkan oleh perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang Malaysia sertai.

Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan Harta Intelek.

Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan harta intelek dengan memberi fokus kepada pengurusan
inovasi dan penyelidikan dan pembangunan yang lebih efektif di kalangan intitusi-intitusi
penyelidikan,universiti-universiti,industri kecil dan sederhana(IKS) dan individu-individu dan
juga dengan perolehan harta intelek asing dalam bidang keutamaan tertentu.Untuk memajukan
aktiviti-aktiviti penghasilan harta intelek ini perlu diwujudkan suasana menggalakkan,suasana
yang menyediakan insentif-insentif,geran-geran,pengurusan,kewangan,urusniaga,penguatkuasaan
dan penyelesaian pertikaian.

Memajukan Pengeksploitasian Komersial Harta Intelek.

Memajukan pengekploitasian komersial harta intelek sebagai aktiviti utama penghasilan nilai
yang diperlukan untuk pembangunan industri harta intelek.Tujuan muktamad adalah untuk
menbangunkan industri harta intelek yang giat dan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi
Malaysia pada millennium baru ini.
Membangunkan Kemampuan Mengurus Harta Intelek.

Membangunkan kemampuan mengurus harta intelek yang mahir di sektor awam dan
swasta,untuk meliputi keseluruhan rangkaian aktiviti-aktiviti harta intelek daripada peringkat
ciptaan kepada perlindungan,pengeksploitan,penilaian,pelesenan,perolehan, penguatkuasaan dan
penyelesaian pertikaian.Kemampuan mengurus adalah amat penting kepada industri harta intelek
yang matang dan sofistikated.

Pembangunan Infrastruktur Urusniaga Harta Intelek.

Industri harta intelek yang giat memerlukan pengwujudan industri sokongan yang sangat maju
terutamanya dalam bidang urusan bank dan kewangan.Oleh itu, infrastruktur perniagaan,urusan
bank dan kewangan berkaitan dengan urusniaga berdasarkan harta intelek semasa dan masa
depan,terutamanya perdagangan, pelesenan,pencagaran dan pensekuritian perlu dikaji.

Perlindungan Kepentingan Harta Intelek Negara.

Menentukan kepentingan harta intelek Malaysia dikawal diperingkat antarabangsa dengan


memantau perkembangan harta intelek di arena antarabangsa dan menyertai secara aktif dalam
forum-forum antarabangsa yang membincangkan peningkatan harta intelek,isu-isu baru yang
muncul dan cabaran-cabaran baru yang disebabkan oleh kemajuan pesat teknologi.

Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam.

Memajukan pembangunan sumber manusia dengan tujuan membentuk sekumpulan pakar-pakar


yang besar untuk pengurusan harta intelek di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti harta
intelek,untuk urusniaga harta intelek dan untuk pengeksploitan komersil harta intelek.Adalah
perlu untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkaitan dengan tujuan mengadakan sistem
perlindungan harta intelek,peranan penting harta intelek dalam pembangunan sosio-ekonomi dan
teknologi negara dan perlunya hak-hak ekslusif pemilik harta intelek yang diberi oleh undang-
undang diiktiraf dan dihormat.Pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam boleh
menyumbang kepada pengurangan pelanggaran hak dan menanam budaya harta intelek.
Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing.

Menggalakkan lebih banyak pelaburan dan pemindahan teknologi asing dengan memberi jaminan
piawaian perlindungan harta intelek tertinggi yang boleh meyakinkan pelabur-pelabur akan
perlindungan harta intelek yang dibawa ke Malaysia,peluang untuk memperolehi pulangan
daripada pelaburan mereka dan adanya saluran-saluran perundangan untuk mendapatkan
pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran.Dengan adanya teknologi yang diperlukan
dapat digalakkan melalui perolehan,pelesenan,francais dan lain-lain.
Matlamat Dasar Harta Intelek Negara.

Peningkatan Kemakmuran Ekonomi dan Sosial.

Matlamat utama dasar harta intelek negara adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan
sosial masyarakat dengan mempergunakan harta intelek sebagai enjin pertumbuhan ekonomi
yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan
penghasilan,melindungi,penguatkuasaan yang efektif,mengurus dengan baik dan
memaksimumkan pengeksploitan komersial harta intelek.

Memperkukuhkan Daya Saing Negara.

Memperkukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri harta
intelek sebagai industri matang dan termaju yang menghasil,mengurus dan memperdagangankan
harta intelek.

Malaysia Sebagai Hab Harta Intelek Terkemuka.

Membangunkan Malaysia sebagai hab harta intelek terkemuka di mana penghasilan nilai
ekonomi daripada aktiviti-aktiviti perniagaan berasaskan harta intelek memperkukuhkan
keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia.dengan industri harta intelek yang matang dan termaju
Malaysia boleh menjadi pengeksport harta intelek.

Penubuhan Budaya Harta Intelek.

Memaju dan menanamkan budaya harta intelek di kalangan masyarakat perniagaan dan industri
serta orang awam.Harta intelek perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam
pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan
teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara.Sebagai aset berharga,harta
intelek perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi,dibangunkan selanjutnya
dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima.
Strategi Dasar Harta Intelek Negara.

Strategi-strategi utama berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan mencapai objektif-objektif yang
telah ditetapkan:

Tahap Sistem Perlindungan Harta Intelek Yang Terbaik.

Pembangunan sistem perlindungan harta intelek yang cekap dan berkesan memerlukan strategi-
strategi berikut:

Memperkukuhkan pentadbiran harta intelek perbadanan harta intelek Malaysia(MylPO) untuk


menghadapi peningkatan tahunan permohonan pendaftaran dan keperluan pelanggan dan juga
untuk menyediakan prosedur-prosedur permohonan yang mudah dan pendaftaran yang
segera,garis panduan pendaftaran yang jelas,kemudahan carian awam yang berkualiti dan sistem
penyebaran maklumat yang berkesan.

Sentiasa mengemaskini undang-undang dan peraturan-peraturan untuk selaras dengan


perkembangan antarabangsa,cabaran-cabaran baru dan isu-isu baru.

Membina keupayaan untuk mewujudkan sekumpulan sumber manusia yang besar dan mahir
dalam pendaftaran dan penguatkuasaan harta intelek.

Mengukuhkan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan yang menguatkuasakan pelanggaran Akta


Perihalan Dagangan 1972,Akta Cakera optik 2000,Akta Hakcipta 1987,Akta Peten 1983,Akta
Reka Bentuk Perindustrian 1996,Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 dan Akta
Petunjuk Geografi 2000.

Menubuhkan mahkamah harta intelek untuk mempercepatkan pendengaran kes-kes berkaitan


dengan harta intelek serta sistem penyelesaian pertikaian alternatif.
Memajukan Aktiviti-aktiviti Penghasilan Harta Intelek.

Memajukan aktiviti-aktiviti penghasilan harta intelek memerlukan strategi-strategi berikut:

Tahap sistem perlindungan harta intelek terbaik yang menjamin perolehan perlindungan dan hak-
hak yang segera,mudah dan membolehkan pemilik mendapat kelebihan daya saingan yang lebih
baik serta memperolehi pulangan daripada daya usaha dan pelaburan mereka.

Pusat sumber MylPO yang pro-aktif untuk menyedia dan menggalakkan penggunaan oleh
industri-industri dan individu-individu terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan data petan
dan reka bentuk yang berharga serta mengandungi maklumat mengenai rekacipta terbaru atau
teknologi terkini dalam dunia serta trend dunia dalam bidang teknologi tertentu.

Mewujudkan suasana yang menggalakkan penyediaan insentif-insentif,geran-geran,kewangan,


pengurusan,urusniaga,penguatkuasaan dan penyelesaian pertikaian.

Memperbesarkan tabung harta intelek nasional dengan memajukan dan memberi fokus kepada
penciptaan dalam Malaysia.

Memperolehi harta intelek asing dalam bidang priority tertentu dan juga menggalakkan usaha-
usaha niaga(ventures) asing yang intensif dalam harta intelek supaya membawa harta intelek
mereka ke Malaysia.

Memupuk kerjasama dan perkongsian bijak antara sektor kerajaan dan sektor swasta dan antara
insttitusi-intitusi penyelidikan dan industri-industri.

Memajukan penyebaran hasil penyelidikan dan pembangunan.

Memajukan Pengeksploitan Komersial Harta Intelek.

Memajukan pengeksploitan komersial harta intelek strategi-strategi berikut:

Mengambil kesempatan tabung harta intelek sedia ada dan memperolehi nilai komersial yang
lebih tinggi.
Mengenal pasti pencipta-pencipta harta intelek di Malaysia dan memupuk kemajuan mereka
supaya perolehan nilai harta intelek dimaksimumkan.

Menyokong IKS,syarikat-syarikat usaha niaga dan individu-individu terlibat dalam


pengeksploitan komersial harta intelek.Mempergiatkan aktiviti-aktiviti keusahawanan dengan
memberi fokus kepada pengeksploitan harta intelek yang berdaya maju komersial.

Mewujudkan suasana perniagaan bagi menggalakkan perusahaan-perusahaan tempatan dan asing


menempatkan keseluruhan,jika tidak sebahagian besar daripada rangkaian nilai harta intelek
mereka di Malaysia.

Memajukan kaedah-kaedah penilaian dan peraturan-peraturan kontrak dan pelesenan yang sesuai
untuk memudahkan pengeksploitan komersial harta intelek.

Memajukan pelepasan hak-hak harta intelek yang tidak dieksploitasi oleh kerajaan atau syarikat-
syarikat besar kepada IKS dan individu-individu untuk pengeksploitan komersial melalui
pelesenan atau serahan hak.

Pembangunan Kemampuan Mengurus Harta Intelek.

Memajukan pembangunan kemampuan mengurus memerlukan strategi-strategi berikut:

Membangunkan sekumpulan pakar-pakar mahir di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti


harta intelek.

Menggalakkan sektor awam dan sektor swasta supaya menguruskan harta intelek yang dimiliki
dengan menyediakan garis panduan atau buku panduan yang jelas.

Menggalakkan pemilik-pemilik harta intelek seperti usaha-usaha niaga asing menggunakan


Malaysia sebagai hab harta intelek.

Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dan juga amalan-amalan


perniagaan supaya membaiki pengurusan dan pengekploitan harta intelek di sektor awam dan
sektor swasta.
Pembangunan Infrastruktur Urusniaga Harta intelek.

Membangunkan infrastruktur urusniaga harta intelek memerlukan strategi-strategi berikut:

Mengulangkaji undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada berkaitan dengan undang-


undang syarikat,peraturan sekuriti dan undang-undang urusan bank dan kewangan secara am
untuk menjamin infrastruktur perniagaan,urusan bank dan kewangan boleh memudahkan urusan
berasaskan harta intelek.

Menggalakkan sektor urusan bank dan kewangan membangunkan surat-cara urusan bank dan
kewangan berasaskan harta intelek bagi tujuan pencagaran dan pensekuritian aset harta intelek.

Mewujudkan bursa harta intelek bagi mengiatkan perdagangan harta intelek dan untuk
membangunkan pasaran lebih cair untuk perdagangan harta intelek.

Mengulangkaji undang-undang dan amalan perniagaan sedia wujud dengan tujuan meningkatkan
suasana perniagaan untuk membiayai pelaburan-pelaburan berasaskan harta intelek termasuklah
penubuhan badan pembiyaan harta intelek yang khusus.

Perlindungan Kepentingan Harta Intelek Negara.

Melindungi kepentingan harta intelek Malaysia memerlukan strategi-strategi berikut:

Memantau pembangunan dan kemajuan harta intelek di peringkat antarabangsa.

Menyertai secara aktif forum-forum antarabangsa yang membincangkan peningkatan


perlindungan harta intelek,isu-isu baru yang muncul dan cabaran akibat kemajuan teknologi.

Membentuk pendirian nasional mengenai isu-isu penting setelah berbincang dengan agensi-
agensi dan organisasi-organisasi berkenaan di sektor awam dan sektor swasta.
Pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam.

Memajukan pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam mengenai harta intelek
memerlukan strategi-strategi berikut:

Penubuhan Intitusi Harta Intelek Negara untuk menyediakan program latihan harta intelek yang
khusus seperti perolehan hak-hak,penguatkuasaan,penyelesaian pertikaian,pengurusan,penilaian
dan pelesenan serta kesedaran am.

Memperkenalkan matapelajaran harta intelek dalam sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah


rendah dan menengah serta intitusi-intitusi pengajian tinggi.

Mengendalikan program kesedaran awam secara berterusan dan tetap,yang memberi fokus
kepada kumpulan-kumpulan sasaran khusus dan juga orang awam amnya.

Menyebarkan maklumat mengenai harta intelek melalui media massa,penerbitan dan lain-lain.

Mengadakan seminar-seminar,bengkel-bengkel,ceramah-ceramah dan wawancara-wawancara


serta kempen-kempen.

Menyertai pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna atau lain-lain agensi awam dan swasta.

Memajukan Pelaburan dan Pemindahan Teknologi Asing.

Memajukan pelaburan dan pemindahan teknologi asing memerlukan strategi-strategi berikut:

Tahap sistem perlindungan harta intelek terbaik yang menjamin perlindungan hak-hak harta
intelek, memastikan pelabur-pelabur berpeluang memperolehi pulangan daripada pelaburan
mereka dan menyediakan saluran undang-undang untuk mendapatkan pembetulan dan
penyelesaian pelanggaran.

Memudahkan industri tempatan memperolehi harta intelek asing yang diperlukan melalui
pelesenan, francais dan lain-lain.
Rasional Dasar Harta Intelek Negara.

Dasar harta intelek negara diperlukan sebagai panduan utama dalam menggubal undang-undang
berkaitan dengan harta intelek bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan harta intelek
oleh agensi-agensi kerajaan,intitusi-intitusi penyelidikan,intitusi-intitusi pengajian
tinggi,organisasi-organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dengan tujuan untuk memajukan
penggunaan harta intelek untuk pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi.Dasar harta intelek
negara juga wajar digunakan sebagai panduan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi
atau sosial negara.

Dasar ini juga diperlukan untuk memudahkan pembentukan suasana yang menggiatkan dan
memupuk ciptaan,perlindungan,penguatkuasaan,pengurusan dan pengeksploitan maksimum harta
intelek bertujuan untuk membangunkan industri harta intelek yang cergas sebagai pendorong
pertumbuhan masa deepan negara.Tujuannya ialah untuk menempatka dasar harta intelek negara
sebagai komponen penting dan bersepadu dengan dasar ekonomi negara untuk meningkatkan
daya saingan Malaysia.

Dasar ini juga perlu untuk memaju dan menanamkan budaya harta intelek dalam kalangan
masyarakat perniagaan dan juga orang awam.tujuannya ialah untuk mewujudkan masyarakat
yang menghargai harta intelek sebagai aset ekonomi berharga serta menghormati hak-hak pemilik
harta intelek.

Dasar ini juga penting untuk menyokong salah satu daripada objektif Akta Jaminan(Bil of
Guarantees)Koridor Raya Multimedia(MSC)-untuk “menjadi pemimpin rantau dalam
perlindugan harta intelek dan undang-undang siber.”,Dasar Bioteknologi Kebangsaan,Dasar
Kepelbagaian Biodiversiti dan lain-lain dasar yang berkaitan dengan harta intelek.
Kandungan.

PENDAHULUAN

PENGENALAN

DEFINISI KONSEP

SKOP KAJIAN

ISI DAN HURAIAN

RUMUSAN/PENUTUP

BIBLIOGRAFI
Pengenalan.

Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja
perkembangan muzik,kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.

Tujuan Utama Dasar Intelek Negara adalah untuk memanfaatkan harta intelek sebagai enjin
pertumbuhan baru untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial.

Dasar Harta Intelek Negara memberi fokus kepada memaksimumkan sumbangan harta intelek
dalam mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi dengan cara mewujudkan
suasana yang menggalakkan penghasilan berterusan harta intelek,menyediakan sistem
perlindungan harta intelek berpiawaian tinggi,memajukan pengeksploitasian harta intelek
berpotensi komersial,memupuk pembangunan industri-industri sokongan dan membangunkan
keupayaan sumber manusia untuk melaksanakan dasar dengan jayanya.

Pentingnya harta intelek untuk pertumbuhan ekonomi telah lama disedari.Dalam ekonomi semasa
yang berasaskan pengetahuan,harta intelek adalah aset ekonomi berharga dan juga alat perniagaan
kritikal yang boleh memberi daya saingan.Mengurus dan memanfaatkan harta intelek secara
strategik adalah cara untuk meningkatkan daya saingan jangka panjang negara dalam ekonomi
pengetahuan.
Bibliografi.

http://www.myipo.gov.my/files/ip_policy_bm1.pdf

http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/06/perlindungan-harta-intelek-di-malaysia.html

Yusri Mohamad Ramli.Harta Intelek Menurut Syariat Islam.Sinar Rohani JAKIM,Januari/Februari


2007

Jeniri Amir.Membina Integriti Penulis. Dewan Sastera,Mac 2005

Azizah Hamzah. Pelanggaran Hak Cipta Dari Zaman Cetak Gutenberg Hingga Zaman Siber. Dewan
Sastera,Mac 2005

Mahkamah Harta Intelek Beroperasi Bulan Depan, Utusan Malaysia, 21 Jun 2007

21 Mahkamah Harta Intelek Beroperasi Julai, Berita Harian, 21 Julai 2007

http://zalisamaz.blogspot.com/2009/12/kepentingan-harta-intelek.html

NORkhadijah.mohamadnor@kosmo.com.my
Perlindungan Harta Intelek.

Mulai bulan Julai ini dua puluh satu buah Mahkamah Harta Intelek akan beroperasi di
seluruh negara merangkumi 15 Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Tinggi.
Kelulusan penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini telah diluluskan Kabinet pada 6 Jun
lalu dilihat bakal menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di ASEAN selepas Thailand
yang mempunyai kaedah dan sistem mahkamah khas bagi melindungi aset harta intelek.

Penubuhan Mahkamah ini bertepatan dengan perakuan Malaysia di peringkat


antarabangsa melalui Perjanjian Perdagangan Berkaitan Harta Intelek(TRIPS).Negara
telah mengorak langkah yang bijak dan terkehadapan berbanding negara lain di dalam
melindungi harta intelek dan ini adalah satu lagi bentuk kejayaan dan inovasi sistem
perundangan dan kehakiman di negara kita.Di samping itu gandingan bijak Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDN&HEP),Perbadanan Harta
Intelek Negara dan pertubuhan antarabangsa World Intellectual Property Organisation
(WIPO) akan memperkasakan lagi sistem perlindungan harta intelek di negara kita.

Menurut Yusri Mohamad Ramli (2007),harta intelek menurut pandangan undang-undang


Malaysia merangkumi harta industri dan hak cipta.Harta industri melibatkan cap
dagangan,paten,reka bentuk perindustrian,reka bentuk litar bersepadu dan sebagainya.
Hak cipta pula merujuk kepada hak penguasaan yang dilindungi oleh undang-undang ke
atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan merangkumi karya sastera,karya
muzik,karya seni,filem,rakaman bunyi dan siaran.

Perbincangan mengenai harta intelek masih dianggap baharu walaupun harta berbentuk
intelek sebenarnya sudah lama wujud di seluruh dunia.Namun masalahnya ialah undang-
undang mengenainya masih belum mantap dan berkesan.Pengkajian mengenai harta
intelek dikenal pasti bermula dengan berlangsungnya Paris Convention pada 20 Mac
1883 di Paris,Perancis.Sejak itu,para sarjana undang-undang telah memberi tumpuan
yang mendalam terhadap isu-isu berkaitan harta intelek.Usaha ini semakin rancak ekoran
perkembangan drastik teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) di samping globalisasi
yang semakin melebar dalam ekonomi dunia pada akhir abad ke-20.

Ahli media terkenal Jeniri Amir(2005) menyatakan undang-undang pertama yang


memberikan hak cipta pengarang ialah Stature of Anne yang diluluskan oleh Parlimen
British pada 1710.Para peringkat awal perundangan,pihak Inggeris memperakukan
bahawa pengarang memiliki hak terhadap karyanya berdasarkan prinsip natural justice.
Manakala hak moral pula diperuntukkan di bawah Berne Copyright Convention yang
menetapkan bahawa "The author shall have the right to claim authorship of his work and
to object any distortation,mutilation or other modification of,or other deragotory action
in relation to the said work,which would be prejudicial to his honour or reputation".

Manakala menurut Azizah Hamzah(2005) pula undang-undang hak cipta Malaysia


bermula dengan adanya Copyright Act 1911 yang berkuatkuasa di Pulau Pinang dan
Melaka.Selain itu terdapat juga kewujudan Enakmen 73 yang berkuatkuasa di Selangor,
Perak,Pahang dan Negeri Sembilan.Perundangan hak cipta yang pertama sekali berkuat
kuasa termaktub dalam Copyright Act 1967.Undang-undang tentang hak cipta masa kini
merujuk kepada Akta Hakcipta 1987.Akta tersebut menjalani pindaan pada tahun 1990,
1996,1997 dan 1999.Pindaan tahun 1990 menandakan kemasukan Malaysia dalam Berne
Convention.Pindaan pada 1997 digubal bagi memenuhi keperluan dan tuntutan baharu
era teknologi maklumat,industri multimedia dan Koridor Raya Multimedia(MSC).

Malaysia tidak terlepas daripada arus harta intelek ini dan dengan kewujudan
peningkatan kes berkaitan harta intelek di negara kita,operasi dan inisiatif Mahkamah
khas ini dijangka dapat menyelesaikan lebih 1,600 kes harta intelek tertunggak mengikut
rekod Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah sehingga tahun 2006.Statistik menunjukkan
terdapat 515 kes tertunggak di Mahkamah Majistret sehingga Jun 2006 manakala
sebanyak 1,030 kes lagi di Mahkamah Sesyen dan 67 kes di Mahkamah Tinggi sehingga
31 Disember 2006.
Bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Datuk Mohd Shafie
Apdal,dengan adanya sistem baru mahkamah ini,ia bukan sahaja akan mempercepatkan
lagi proses penggendalian kes-kes yang melibatkan pelanggaran harta intelek di negara
ini malah kita akan memperoleh kepakaran dari perundangan seperti hakim dan peguam,
sekali gus akan meletakkan negara kita di landasan yang setanding dengan negara luar
dari segi kelengkapan bagi memutuskan kes-kes berkaitan.

Kerajaan juga yakin dengan kewujudan operasi mahkamah ini akan menyakinkan para
pelabur dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia amat serius memerangi
perompak,pencuri dan pelanggar harta intelek yang tidak bertanggungjawab serta tidak
berperikemanusiaan yang giat menceroboh hak kepunyaan orang lain seperti memuat
turun tanpa kebenaran,mengubahsuai dari karya asal,menciplak,mencuplik,mencetak
rompak,memplagiat,meniru,mencedok,menyebar karya secara bebas dan banyak lagi
pencabulan harta intelek.Inisiatif ini adalah bukti keprihatinan dan usaha terbesar
kerajaan melindungi entiti dan identiti harta intelek di negara kita secara yang lebih
konsisten dan holistik.

Semua 15 Mahkamah Harta Intelek akan membicarakan kes di setiap ibu negeri dan
pusat pentadbiran negara Putrajaya.Enam Mahkamah Tinggi Bahagian Harta Intelek
dengan bidang kuasa sivil dan rayuan akan bersidang secara mahkamah khusus di negeri
yang mempunyai banyak kes harta intelek seperti Kuala Lumpur,Selangor,Johor,Perak,
Sabah dan Sarawak.Setakat ini projek mahkamah harta intelek ini tidak membabitkan
sebarang kos membina kemudahan atau bangunan baru,sebaliknya menggunakan
kemudahan dan prasarana sedia ada di kompleks mahkamah di negeri terbabit.

Pada masa ini,projek perintis ini telahpun dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Jenayah (4)
di Kuala Lumpur untuk mendengar secara khusus kes-kes jenayah harta intelek mulai 1
Januari 2006 lalu dan hasilnya banyak kes-kes berkaitan telah berjaya dilupuskan dengan
lebih efektif dan cepat di mana sehingga tahun 2006 hampir 99 kes berkaitan harta intelek
telah dilupuskan dan pihak yang kerugian serta teraniaya mendapat keadilan melalui
perintah penghakiman dan pampasan yang sewajarnya daripada mahkamah.

Penubuhan Mahkamah Harta Intelek ini juga disifatkan tepat pada masanya
memandangkan peningkatan kes-kes baharu melibatkan jenayah harta intelek secara
mendadak setiap tahun.Di samping itu,pindaan Akta Hakcipta 1987 pada 15 Ogos 2003
juga telah memberikan kuasa penuh kepada pegawai kementerian menangkap pesalah
yang terlibat dalam jenayah ini tanpa melibatkan agensi kerajaan lain.Keadaan ini
membantu melicinkan lagi usaha penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang pihak
kementerian ke atas penjenayah harta intelek dan bagi mengekang jenayah moden ini
daripada terus berleluasa di negara kita.

Secara amnya penguatkuasaan undang-undang harta intelek di negara kita adalah


merangkumi bidang kuasa yang diperuntukkan di dalam Akta Hakcipta 1987,Akta
Perihal Dagangan 1972,Akta Cap Dagangan 1976,Akta Paten 1983,Akta Reka Bentuk
Perindustrian 1996,Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000,Akta Petunjuk
Geografi 2000,Akta Cakera Optik 2000 dan lain-lain.Kebanyakan kes harta intelek di
negara kita banyak tertumpu kepada jenayah cetak rompak mengikut Akta Hakcipta 1987
dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Sehingga ke hari ini Malaysia masih lagi tidak mampu mengatasi dan menghalang
sepenuhnya jenayah pelanggaran hak cipta yang tinggi terutamanya kes cetak rompak
yang kian hari semakin bertambah di seluruh negara.Ini adalah kerana jenayah
perdagangan ini membabitkan mereka yang bukan hanya mempunyai keupayaan
kewangan yang mantap,sistem perhubungan yang cekap,penglibatan 'orang dalam' dan
petugas yang terlatih malah kebolehan luar biasa serta strategi melepaskan diri dengan
pelbagai helah dan teknik yang mampu mengkaburi mata pihak penguatkuasaan.

Di samping itu gejala rasuah di kalangan pegawai penguatkuasaan;kelemahan sistem


pengurusan dan pentadbiran pihak kementerian dan agensi berkaitan;pegawai yang
korup,lemah,tidak cekap dan kurang pengalaman;dan lebih parah lagi kerap kali
berlakunya kebocoran maklumat turut menjadikan masalah ini semakin membarah dan
tidak terkawal,di mana setiap kali serbuan dibuat ianya mampu dihidu lebih awal oleh
penjenayah harta intelek ini.Mereka yang terlibat membocorkan rahsia serta
mengamalkan budaya rasuah ibarat musuh dalam selimut dan penderhaka negara,di mana
perlu dihadapkan ke muka pengadilan bersama-sama penjenayah harta intelek kronik
lain.

Pembeli atau pengguna yang turut sama bersubahat dengan penjenayah ini melalui
pembelian barangan cetak rompak atau memuat turun sesuatu aplikasi tanpa kebenaran
juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika sabit kesalahan.Ini adalah
kerana tanpa sokongan dan kerjasama daripada pengguna,penjenayah ini tidak mungkin
dapat melebarkan sayap kegiatan perniagaan haram mereka.Hukum penawaran dan
permintaan dalam perniagaan menjadi asas kepada masalah ini.Oleh yang demikian,
pengguna yang bijak perlu bertindak sewajarnya membantu kerajaan membanteras
jenayah harta intelek dan bukannya terus menerus berganding bahu dan membantu
penjenayah dalam hal ini.

Selanjutnya,bagi meningkatkan lagi prestasi dan inovasi Mahkamah Harta Intelek di


negara kita,pentadbiran dan pengurusan mahkamah perlu diperbaiki terutamanya sistem,
kemudahan,tahap kecepatan dan kecekapan badan perundangan serta kehakiman sedia
ada.Majistret,Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi perlu diberi latihan dan
pendidikan lanjutan,kemahiran,teknologi dan pendedahan terkini undang-undang
berkaitan harta intelek tempatan dan antarabangsa.

Prasarana kompleks mahkamah haruslah ditambah dan diberi peruntukan khas


memandangkan kes-kes sivil dan jenayah sedia ada pun masih lagi terlalu banyak yang
perlu diadili dan bilangan kes tertangguh yang semakin meningkat.Bilangan majistret dan
hakim juga wajar diperluas bagi melancarkan lagi perjalanan perbicaraan kes serta
mereka layak menerima insentif tertentu dan elaun khas kerana beban kerja hakiki
mereka akan bertambah dengan adanya mahkamah harta intelek ini.
Di samping itu,undang-undang dan peraturan berkaitan harta intelek yang masih longgar
dan banyak kelemahan;hukuman dan denda yang rendah serta tidak menggerunkan
penjenayah tegar;masalah penafsiran dan perlaksanaan undang-undang serta
penguatkuasaannya;dan peruntukan undang-undang sedia ada yang masih kurang mantap
serta ketinggalan zaman hendaklah sentiasa dipertingkatkan lagi dan dikemas kini agar
penjenayah harta intelek tiada lagi jalan keluar dan terlepas dari tindakan undang-undang
negara.

Berdasarkan kepada senario semasa,jenayah harta intelek kini semakin berkembang dan
bermaharajalela melalui medium maya terutamanya internet di samping kaedah
tradisional,menuntut kerajaan bersedia melaksanakan inovasi mahkamah siber
sepenuhnya berteraskan keupayaan ICT terkini bagi memberikan impak dan momentum
positif kepada sistem perundangan dan kehakiman di negara kita setanding negara maju
lain dalam mengadili jenayah harta intelek.
Kepentingan Harta Intelek.

Harta intelek terdiri daripada empat cabang utama iaitu hak cipta,cap dagang,reka bentuk
industri dan paten.

APABILA menyebut tentang harta intelek,masih ramai individu kurang memahami


mengenai kepentingan perkara tersebut.Malah,ada yang beranggapan masalah berkaitan
harta intelek bukan satu isu penting dan tidak membawa apa-apa makna dalam
pembangunan sesebuah negara.

Disebabkan itulah terdapat segelintir pihak bertindak sewenang-wenangnya 'mencuri' hak


orang lain dan mengaut keuntungan di atas apa yang diusahakan oleh pihak yang
bersusah-payah menghasilkan karya tersebut.

Antara yang sering berlaku adalah kes yang melibatkan penghasilan cakera padat (CD)
atau video cakera padat (DVD) sesebuah filem atau album yang dihasilkan oleh
karyawan seni di Malaysia mahupun di luar negara.

Selain itu,banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
terhadap sesuatu 'produk' harta intelek seperti menggunakan perisian komputer palsu,
meniru logo,plagiat penulisan buku atau tesis.

Menurut Pengarah IP Rights (M) Sdn. Bhd.,Gameladha Nasirifin Arifin,tahap kesedaran


rakyat Malaysia terhadap kewujudan harta intelek semakin meningkat.Namun,katanya,ia
masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan masyarakat di negara-negara maju yang
lain.

Jelasnya,walaupun ramai yang mengetahui ketinggian nilai harta intelek,namun masalah


berbangkit seperti cetak rompak dan sebagainya tetap wujud dan ia dilakukan dengan
lebih meluas.
TINDAKAN undang-undang boleh diambil ke atas mereka yang melakukan kesalahan
penggunaan harta intelek.

"Sukar untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa membeli barangan cetak rompak
sebenarnya satu kesalahan yang besar.Ia secara tidak langsung menggalakkan pihak yang
tidak bertanggungjawab menghasilkan lebih banyak barangan sedemikian," kata
Gameladha ketika ditemui Kosmo! di Cyberjaya baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut,Gameladha memberitahu harta intelek terdiri daripada empat


cabang utama iaitu hak cipta,cap dagang (trademark),reka bentuk industri dan paten.

Kesemua empat perkara itu mempunyai pengkhususan tersendiri yang menjurus kepada
pemilikan hak eksklusif terhadap harta intelek yang dihasilkan di bawah zon masing-
masing.

"Ia direka semata-mata untuk melindungi hak dan nilai eksklusif sesuatu produk
berkaitan harta intelek.Contohnya lirik lagu,penulisan buku,skrip drama,lukisan dan
gambar.Kesemuanya terletak di bawah perlindungan hak cipta,manakala logo atau tanda
nama pula disebut sebagai trademark.

"Bagi melindungi proses penghasilan sesuatu produk,ia dipanggil paten dan rekaan
industri pula melibatkan perlindungan harta intelek terhadap aspek fizikal produk yang
dihasilkan," jelas beliau lagi.

PENERBITAN buku berkaitan harta intelek memberi panduan kepada pengguna.

Secara umumnya,harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi
pelbagai bidang seperti karya muzik,sastera dan seni,hasil reka cipta,simbol,nama,imej
dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan.
Ia termasuklah hak cipta,cap dagang,paten dan hak-hak lain yang berkaitan.Di bawah
undang-undang harta intelek,pemegang salah satu daripada 'harta-harta' yang bersifat
abstrak itu mempunyai hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Bagaimanapun,kecenderungan sesetengah pihak melanggar undang-undang harta intelek


lebih berkait rapat dengan sikap dan pemikiran mereka yang memandang sinis
kepentingan harta intelek.

Gameladha yang telah berkecimpung di dalam bidang harta intelek sejak tahun 2003
mengakui salah satu faktor penyebab mungkin disebabkan penguatkuasaan yang lemah
dalam memperkukuhkan undang-undang harta intelek.

"Di negara barat,selain daripada penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan secara


serius,pada amnya masyarakat di sana mempunyai persepsi yang tinggi mengenainya.
Oleh itu,mereka menghormati hak pereka sesebuah produk,lirik lagu atau buku.

"Tetapi,di negara kita,masih ada berlaku kes-kes yang mana seseorang itu termasuk
profesional menyalin hasil hak cipta seseorang tanpa berasa bersalah," tegas Gameladha
sambil menambah bahawa sebenarnya ramai orang melakukan kesalahan harta intelek
tanpa mereka sedari.

Memberi contoh tentang perkara di atas,Gameladha membangkitkan satu isu yang sering
dilakukan dalam kalangan pelajar universiti iaitu mencetak buku-buku rujukan tanpa
kebenaran penulis sebenar.

MENGGUNAKAN perisian komputer palsu juga merupakan kesalahan harta intelek.

"Sememangnya ia merupakan pencabulan hak penulis buku atau artikel tersebut,tetapi


dalam perkara ini sukar bagi penulis mengawal percetakan haram pihak ketiga melainkan
ada pihak yang melaporkan kepada mereka.
"Dalam hal ini,pelajar hendaklah ditegah oleh pihak universiti daripada berterusan
melakukan kesalahan tersebut.

"Begitu juga jika seseorang itu memuat turun gambar daripada Internet dan
menyebarkannya,ia juga satu kesalahan jika perkara itu tidak mendapat keizinan daripada
tuan punya gambar.

"Jika gambar tersebut telah didaftarkan untuk hak cipta,individu berkenaan boleh
dikenakan tindakan undang-undang," ujarnya lebih lanjut.

MASALAH cetak rompak sudah sekian lama membelenggu industri tanah air.

Dalam pada itu,Setiausaha Kehormat Persatuan Pengeluar/Penerbit Filem Malaysia


(PFM) dan Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM),Norman Abdul
Halim turut melahirkan rasa kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak
yang melanggar undang-undang harta intelek.

Ujarnya, masalah cetak rompak yang membelenggu industri seni hiburan tanah air sukar
untuk diselesaikan jika khalayak sendiri tidak menunjukkan keprihatinan terhadap isu
tersebut.

"Di kalangan karyawan,kami memang tahu mengenai kepentingan hak cipta atau harta
intelek,cuma mungkin masyarakat tidak melihat masalah harta intelek sama seperti kami.

"Masyarakat sepatutnya memahami bahawa cetak rompak adalah musuh utama dalam
dunia hiburan kerana ia mampu menjejaskan periuk nasi kami.Saya harap pandangan dan
sikap mereka terhadap isu cetak rompak akan berubah," kata Norman ketika dihubungi
Kosmo!.
Tambah Norman,kemudahan jalur lebar yang semakin meluas secara tidak langsung turut
menyumbang kepada peningkatan masalah cetak rompak digital.Walaupun terdapat akta
yang digubal untuk melindungi golongan karyawan,namun kesannya tidak begitu dirasai.

"Bayangkan jika satu ketika dahulu penjualan CD atau VCD boleh mencecah
RM300,000 hingga RM400,000 tetapi sekarang hendak dapatkan RM100,000 pun terlalu
susah.

"Untuk industri perfileman pula,kerugian boleh mencapai RM100 juta hingga RM200
juta setahun disebabkan masalah cetak rompak ini," tutur Norman sambil berharap minda
orang ramai lebih ke hadapan dalam melihat isu perlanggaran harta intelek itu.
Kesimpulan.

Harta Intelek adalah aset strategik utama dan pengekploitannya yang efektif adalah satu
daripada kunci untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial Malaysia.
Pelaksanaan Dasar Harta Intelek Negara yang berkesan dan berjaya adalah satu daripada
langkah kritikal untuk mendorong daya saing negara Malaysia dan untuk membolehkan
Malaysia akhirnya menjadi negara maju.

You might also like