P. 1
MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT

|Views: 500|Likes:
Published by Cikgu Amy

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Cikgu Amy on Jul 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/09/2013

pdf

text

original

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE- 2010

Tarikh Tempat Masa Kehadiran AGENDA .

: : : :

28 / 04 / 2010 Bilik Mesyuarat SMKDI 12.50 tengah hari . Rujuk Lampiran

1. UCAPAN PENOLONG KANAN 2. UCAPAN TUAN PENGETUA

1. 0 UCAPAN PENOLONG KANAN (PN. SANAFIZA SALIM)

1.1 Pn. Sanafiza memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan.

1.2 Pn Sanafiza menjelaskan bahawa Ujian Pertengahan Tahun akan bermula pada 27.05.2010. a. Bagi SPM, hanya kertas soalan Bahasa Melayu disediakan. Bagi kertas-kertas lain
dan juga tingkatan lain, guru yang berkenaan haruslah menyediakan soalan. Tindakan:Guru penyedia soalan & s/u peperiksaan.

b. Pn Sanafiza meminta guru-guru penyedia soalan merujuk surat dalam fail panitia masing-masing. Tindakan: Guru penyedia soalan

c. Pn Sanafiza juga meminta guru-guru mewujudkan demam peperiksaan iaitu seminggu sebelum ujian. Dalam minggu tersebut, guru haruslah menerangkan formatformat peperiksaan. Tindakan: Semua guru

d. Dengan persetujuan pengetua, guru yang mengajar subjek kritikal hendaklah mencatat nama pelajar yang mengantar jawapan kosong dan memberikan kepada tuan pengetua. Tindakan: Semua guru

e. Pelajar-pelajar ang tidak hadir waktu UPT tanpa surat MC tidak boleh mengambil semula ujian. Tindakan: Semua guru

1.3 Pn Sanafiza memaklumkan bahawa pada 15 Mei 2010 akan diadakan 2 program iaitu program gotong-royong sempena hari guru dan juga program LADAP. a. Kehadiran adalah diwajibkan. Semua guru terlibat dalam program-program ini. Tindakan:Semua guru

b. Guru-guru akan dibahagikan kepada 20 kumpulan dan akan diberikan kawasan masing-masing. Guru boleh meminta 10 orang pelajr untuk membantu setiap kumpulan mereka. Tindakan:Semua Guru

c. Pada hari gotong-royong, Pengetua meminta supaya membina pondok orkid,
mengecat tiang-tiang parking dan kereta, mengemas stor perabot, menanam pokok bunga, membuat mural dan meletakkan slogan 1 Malaysia. Tindakan:Semua guru

1.4 Pn. Sanafiza menjelaskan bahawa TOV Headcount perlu dihantar kepada En. Fadly. Tindakan:Ketua Panitia

1.5 Hari Anugerah kecemerlangan akademik dan Koku yang akan diadakan pada 24.07.2010 akan menggunakan keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Oleh kerana itu, guru hendaklah menyegerakan penyemakan jawapan pelajar. Tindakan: Semua guru

2.0 UCAPAN TUAN PENGETUA

2.1 Tuan pengetua menjelaskan bahawa guru haruslah menyediakan kertas soalan yang berfokus dan meliputi aras-aras yang telah ditetapkan. Tindakan: Guru penyedia soalan

2.2 Tuan pengetua juga membacakan surat daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan potongan gaji secara sukarela program KWAMP. Surat tersebut merupakan surat kali kedua kerana sebelum ini program tersebut tidak mendapat sambutan mengalakkan. Tindakan:Semua guru

2.3 Tuan pengetua juga membacakan jumlah kutipan bagi setiap negeri.

3.0 PENUTUP

Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru ang mengawal pelajar-pelajar yang meraikan peserta-peserta jelajah Malaysia.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

………………………………… (PN. HAMIDAH BT. SHAFIE) Pencatat minit mesyuarat

……………………… (PN SANAFIZA SALIM) Penolong Kanan SMKDI

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE- 2010

Tarikh

:

05 / 05 / 2010

Tempat Masa Kehadiran AGENDA .

: : :

Bilik Mesyuarat SMKDI 12.50 tengah hari . Rujuk Lampiran

3. UCAPAN PENOLONG KANAN 4. UCAPAN PENGERUSI KGKT

1. 0 UCAPAN PENOLONG KANAN (PN. SANAFIZA SALIM)

1.6 Pn. Sanafiza memulakan mesyuarat dengan ucapan alu-aluan dan menjelaskan bahawa ahli NTPP telah menyalurkan kutipan derma sebanak RM 165.00.

1.7 Pn Sanafiza memaklumkan bahawa soalan latih tubi PMR 2010 sudah ada. Ketua panitia hendaklah muat turun sendiri untuk simpanan dan tindakan masing-masing. Modul hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum UPT. Tindakan : Ketua panitia

1.8 Ingatan daripada pengetua bahawa penggunaan kertas rezo untuk pengajaran dan pembelajaran harus melalui ketua panitia masing-masing. Guru-guru juga haruslah mencari inisiantif sendiri. Tindakan : Ketua Panitia & semua guru

1.9 Puan Sanafiza memaklumkan bahawa jadual peperiksaan pertengahan tahun sudah disediakan (jika berlaku perubahan). a. Tingkatan 3 bermula dengan Pendidikan Moral pada 07.05.2010 sehingga 31.05.2010. Pelajar yang tidak hadir tidak boleh mengambil semula ujian kerana kertas peperiksaan selaras. b. Kelas Peralihan bermula pada 31.05-04.06.2010 c. Tingkatan 4 dan tingkatan 5 pada 18.05.2010- 02.06.2010. Tindakan :Semua guru

1.10 Sambutan hari guru akan diadakan pada 17.05.2010 serentak untuk sesi pagi dan sesi petang. Guru-guru dan para pelajar sesi petang dikehendaki hadir waktu pagi pada hari tersebut. Tindakan :Semua guru 2.0 UCAPAN PENGERUSI KGKT (USTAZ MARUL HAIRI) 2.1 Ucapan alu-aluan

2.2 Ustaz Marul Hairi menjelaskan bahawa sambutan Hari guru pada tahun ini ada kelainan berbanding sebelum ini. 2.3 Ustaz Marul memaklumkan bahawa permainan yang akan dimainkan pada hari tersebut seperti berikut: a. Sepak takraw bulatan b. Bola Sepak pakai kain pelikat c. Futsal d. Bola tampar e. Bola Jaring f. Perlawanan Boling (Yuran Rm10.00) Tindakan : Semua guru

2.2 Ustaz Marul Hairi juga memaklumkan bahawa pada hari tersebut akan diadakan pertukaran hadiah antara guru-guru. Nilai hadiah yang harus disediakan oleh para guru ialah min RM 10.00. Hadiah haruslah ada nilai-nilai sentimental. Tindakan : Semua guru

2.3 Kutipan sebanyak RM3(min) akan dikenakan kepada guru-guru untuk menampung perbelanjaan jamuan pada hari tersebut. Tindakan : Semua guru

3.0 PENUTUP

Puan Sanafiza mengingatkan sekali lagi bahawa pada 13.05.2010 akan diadakan program gotong royong dan juga LADAP.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

………………………………… (PN. HAMIDAH BT. SHAFIE) Pencatat minit mesyuarat

……………………… (PN SANAFIZA SALIM) Penolong Kanan SMKDI

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->