You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


SK PADANG TENGKU 2008

RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti
ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta
mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak
ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama
daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada
cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan
keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu
mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau
tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan
psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-
unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan
negara.

MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan
generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk
memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama
dan negara.
Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para
peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan
kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari
serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini
adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri
positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan
pancaroba hidup seterusnya.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran
dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri
dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya
saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.
OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.


2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi
yang kondusif.
5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang
kesenian dan kebudayaan.
6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupun
bermoral.

KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Pengakap dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin
Sekolah Kebangsaan Padang Tengku

Untuk Maklumat Lengkap sila rujuk link di sebelah

You might also like