You are on page 1of 39

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS BATU LINTANG KUCHING

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA


MUDA PERGURUAN (PPISMP)

NAMA GURU PELATIH : AMIR ASRAF BIN ABU (910709-13-6275)

KOD KURSUS :PM 3311P4

KUMPULAN : PPISMP AMBILAN JULAI 2009


PEMULIHAN (BM)/ MT/ BI

TAJUK : BAHASA MELAYU AKEDEMIK 1

PENSYARAH : PUAN TAY MENG GUAT


TARIKH MULA : 5 JULAI 2010

TARIKH HANTAR : 16 OGOS 2010

PENGENALAN
Dalam Bahasa Melayu vokal,konsonan,diftong digunakan secara meluas bagi
membentuk perkataan.Oleh kerana itu,pengatahuan mengenai unsur unsur ini
adalah penting bagi menguasai sesuatu bahasa.Tugasan ini memerlukan kami
untuk melakukan analisis pola kesalarasan vokal dari sebuah petikan ilmiah yang
tidak kurang dari 150 patah perkataan.

Melalui tugasan ini kami mampu mengaplikasikan sistem keselarasan vokal


dalam sistem ejaan bahasa Melayu.

Selain daripada itu,kami telah diarahkan untuk menjelaskan definisi,jenis,format


serta ciri-ciri minit mesyuarat.Setelah itu kami ditugaskan untuk menulis satu
minit mesyuarat.
SENARAI KANDUNGAN
ISI MUKA SURAT
TUGASAN 1: ANALISIS POLA

KESELARASAN VOKAL
KARANGAN ILMIAH PILIHAN

Rokok Jenis ‘Light, Mild, Low Tar’

Jangan Terpedaya!

oleh Asnida Abdul Razak

Bilangan 59, April 2007 Buletin Umum Pusat Racun Negara, Universiti Sains
Malaysia ISSN 1394-5238

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mei 2004 menunjukkan


bahawa penduduk dunia (termasuk Malaysia) telah menghabiskan 2.5 kali ganda
wang mereka untuk rokok berbanding membeli keperluan pakaian dan 1.9 kali
ganda untuk rokok berbanding perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan. Fakta ini
jelas menunjukkan kepada kita bahawa industri tembakau memang bijak
mengatur strategi pemasaran bagi melariskan jualan rokok mereka. Antara
strategi industri tembakau adalah memperkenalkan rokok jenis ‘light’ yang
dikatakan mengandungi tar dan nikotin yang lebih rendah. Kenyataan ini telah
mempengaruhi perokok untuk memilih rokok jenis ini kerana mempercayai
bahawa ia kurang mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan mereka
berbanding dengan rokok jenis biasa.Industri tembakau telah merekabentuk
lubang kecil pada penapis rokok jenis ‘light’. Lubang kecil tersebut akan
bertindak mencairkan asap rokok yang keluar dan seterusnya memberikan nilai
bacaan tar dan nikotin yang rendah apabila asap rokok tersebut diuji
menggunakan mesin penguji. Keadaan yang sebaliknya berlaku apabila
seseorang itu merokok. Lubang penapis ini akan tertutup oleh bibir dan jari
perokok. Ini menyebabkan asap rokokyang terhasil tidak dapat dicairkan, dan
perokok akan menghisap kandungan tar dan nikotin dalam jumlah yang sama
dengan rokok biasa. Bukti-bukti penyelidikan pelbagai institusi kesihatan
ternama seperti National Cancer Institute dan Harvard School of Public Health,
Amerika Syarikat menunjukkan bahawa kandungan nikotin yang dihisap oleh
perokok dari rokok jenis ‘light’ tidak berbeza berbanding rokok biasa. Bagi
perokok yang ketagih nikotin, mereka perlu menyedut asap rokok lebih dalam,
lebih cepat dan jumlah sedutan yang lebih kerap untuk mendapatkan jumlah
nikotin yang cukup bagi mengawal ketagihan mereka. Memilih rokok jenis ‘light’
bukanlah satu alternatif bijak untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit-
penyakit kronik berkaitan rokok.
ANALISIS POLA KESELASARASAN VOKAL PETIKAN

Bil. Perkataan Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir


Tertutup
1. Lapor A O
2. Tubuh U U
3. Sihat I A
4. Tunjuk U U
5. Duduk U U
6. Telah E A
7. Habis I A
8. Untuk U U
9. Rokok O O
10. Banding A I
11. Keperluan U A
12. Pakaian I A
13. Untuk U U
14. Rokok O O
15. Banding A I
16. Belanja A A
17. Untuk U U
18. Jaga A A
19. Sihat I A
20. Jelas E A
21. Tunjuk U U
22. Memang E A
23. Bijak I A
24. Atur A U
25. Pasaran A A
26. Laris A I
27. Jual U A
28. Rokok O O
29. Adalah A A
30. kenal E A
31. Rokok O O
32. Jenis E I
33. Lebih E I
34. Rendah E A
35. Nyata A A
36. Telah E A
37. Rokok O O
38. Untuk U U
39. Kurang U A
40. Datang A A
41. Kesan E A
42. Buruk U U
43. Hadap A A
44. Sihat A A
45. Banding A I
46. Dengan E A
47. Rokok O O
48. Jenis E I
49. Telah E A
50. Rekabentuk E U
51. Lubang U A
52. Kecil E I
53. Tapis A I
54. Rokok O O
55. Jenis E I
56. Lubang U A
57. Kecil E I
58. Sebut E U
59. Akan A A
60. Tindak I A
61. Cair I A
62. Asap A A
63. Rokok O O
64. Sebut E U
65. Guna U A
66. Mesin E I
67. Keadaan A A
68. Orang O A
69. Rokok O O
70. Lubang U A
71. Tapis A I
72. Akan A A
73. Tutup U U
74. Oleh O E
75. Bibir I I
76. Rokok O O
77. Sebab E A
78. Asap A A
79. Rokok O O
80. Hasil A I
81. Tidak I A
82. Dapat A A
83. Cair A I
84. Rokok O O
85. Akan A A
86. Hisap I A
87. Kandung A U
88. Dalam A A
89. Jumlah U A
90. Dengan E A
91. Rokok O O
92. Selidik I I
93. Sihat I A
94. Tunjuk U U
95. Kandung A U
96. Hisap I A
97. Oleh O E
98. Rokok O O
99. Rokok O O
100. Jenis E I
101. Tidak I A
102. Banding A I
103. Rokok O O
104. Rokok O O
105. Tagih A I
106. Sedut E U
107. Asap A A
108. Rokok O O
109. Lebih E I
110. Dalam A A
111. Lebih E I
112. Cepat E A
113. Jumlah U A
114. Sedut E U
115. Lebih E I
116. Kerap E A
117. Untuk U U
118. Dapat A A
119. Jumlah U A
120. Cukup U U
121. Kawal A A
122. Tagih A I
123. Pilih I I
124. Rokok O O
125. Jenis E I
126. Bukan U A
127. Alternatif A I
128. Bijak I A
129. Untuk U U
130. Kurang U A
131. Hadap A A
132. Sakit A I
133. Kronik O I
134. Kait A I
135. Rokok O O

TUGASAN 2: MINIT MESYUARAT


DEFINISI MINIT MESYUARAT

Minit mesyuarat merupakan rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan


dalam sesuatu mesyuarat.Selain daripada itu,minit mesyuarat boleh juga ditakrifkan
sebagai laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam sesuatu
mesyuarat.

JENIS-JENIS MINIT MESYUARAT


Minit mesyuarat dibahagikan mengikut jenis-jenis mesyuarat yang diadakan.Antara
minit mesyuarat yang ada ialah:

1.Mesyuarat jawatankuasa

2.Mesyuarat agung

3.Mesyuarat khas

4.Mesyuarat tergempar

5.Mesyuarat agung luar biasa

Mesyuarat jawatankuasa

~Diadakan secara dalaman

~Memberikan maklumat,mendapatkan idea atau membuat keputusan

~Dihadiri oleh individu yang menjadi ahli jawatankuasa

Mesyuarat agung

~Diadakan setahun sekali


~Berlakunya pertukaran ahli jawatankuasa baru bagi menggantikan ahli jawatankuasa
lama

~Segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun akan dibentangkan untuk
pengatahuan ahli

~Rekod kewangan sepanjang tahun juga akan dibentangkan bagi memastikan para ahli
tahu apa yang dilakukan dengan duit mereka

~Dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar

~Dijemput melalui notis mesyuarat agung yang dikeluarkan setiausaha

~Mesyuarat agung itu akan dikira sah,sekiranya kehadiran ahli melibihi dua per tiga dari
keseluruhan ahli berdaftar.

~Dalam mesyuarat ini ,setiap ahli berhak bersuara,membuat undian dan menyatakan
pandangan tentang sesuatu isu

~Perlembagaan dan undang-undang pertubuhan boleh dipinda dalam mesyuarat ini


dengan mendapat persetujuan majoriti.

Mesyuarat tergempar

~Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perkara yang penting

~Mesyuarat ini akan akan membuat keputusan segera bagi mengelakkan isu yang
dibincangkan menjadi lebih parah

~Mereka yang dijemput tidak semestinya merupakan ahli tetap,individu yang


mempunyai kepakaran juga dijemput bagi memberikan pandangan

~Ahli mesyuarat akan dijemput melalui memo atau surat edaran dalaman.
Mesyuarat agung luar biasa

~Diadakan bagi tujuan yang khusus

~Dikira sah sekiranya ahli yang hadir melebihi dua per tiga ahli berdaftar dan sesuatu
keputusan akan diterima jika mendapat sokongan majoriti ahli.

FORMAT MINIT MESYUARAT

FORMAT MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT.....................................

(Catatkan nama mesyuarat)

Bil..... Tahun..........

(Catatkan nombor bilangan mesyuarat dan tahun)


Tarikh : ……… .

Masa : ………..

Tempat : ……….

HADIR

(Senaraikan nama ahli-ahli yang menghadiri mesyuarat berkenaan, bermula dengan


nama Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah
mengikut kekananan.)

HADIR BERSAMA

(Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan merupakan ahli, tetapi dijemput khas
untuk menghadiri mesyuarat atau telah turut sama menghadiri mesyuarat berkenaan.
Susunan nama hendaklah mengikut

kekananan.)

URUSETIA

(Senaraikan nama pegawai-pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama


hendaklah mengikut kekananan.)

I. PERUTUSAN Y. BHG. PENGERUSI


Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang telah
dibangkitkan oleh

Pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini tidak semestinya dibangkitkan


semasa mesyuarat

membincangkan perkara-perkara berbangkit atau semasa membincangkan


kertas-kertas kerja atau di

akhir mesyuarat.

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa
pindaan atau disahkan

tertakluk kepada pindaan-pindaan tertentu. Jika ada pindaan, menyatakan


pindaan-pindaan berkenaan.

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan


di dalam mesyuarat yang lepas.

Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk


memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang
lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
Jika perkara-perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga
agensi atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.

IV. PERBINCANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

Bagi mesyuarat-mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk


perbincangan.

Perkara-perkara yang perlu direkodkan di dalam ruangan ini ialah:

a. Tajuk kertas kerja berkenaan;

b. Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan;


c. Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan;

d. Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja bekenaan;

e. Pandangan/komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang


dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan; dan

f. Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakan-


tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.

V. HAL-HAL LAIN

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam


mesyuarat, yang pada

mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.

VI. PENUTUP

Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:

a. Bila mesyuarat itu tamat atau ditangguhkan;

b. Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat; dan

c. Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika tarikhnya telah
ditentukan.
Urusetia

(Catatkan nama agensi/bahagian/unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan


mesyuarat.)

Tarikh

(Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.)

Tandatangan

Dibawah sekali hendaklah terdapat tandatangan setiausaha yang telah menuli minit
mesyuarat itu dan tandatangan pengerusi bagi mengesahkan minit mesyuarat itu
setelah mendapat persetujuan ahli.

CIRI-CIRI MINIT MESYUARAT

Setiausaha perlu lah membuat catatan ketika mesyuarat berlangsung dan merekodkan
semula secepat yang mungkin.Setiausaha juga hanya perlu merekodkan keputusan
akhir bagi setiap keputusan atau cadangan yang telah dikemukakan dalam mesyuarat
tersebut.Antara ciri-ciri yang mesti ada dalam sesebuah minit mesyuarat ialah:

1.Tulen

2.Lengkap

3.Tepat

4.Sahih
5.Berstruktur

TULEN

Minit mesyuarat itu hendaklah bersifat tulen dan bukan direka oleh setiausaha sesuka
hati.Minit mesyuarat ini hendaklah merupakan rekod bagi segala yang benar-benar
terjadi dalam mesyuarat tersebut.

LENGKAP

Minit mesyuarat yang ditulis hendaklah menyatakan segala butiran mengenai


mesyuarat itu adalah lengkap.Butiran itu adalah termasuk tarikh,kehadiran serta butir
perbincangan.Hal ini adalah bagi memudahkan pembaca dapat memahami segala yang
terjadi dalam mesyuarat tersebut.

TEPAT

Butir yang dicatatkan hendaklah tepat mengikut apa yang telah dibincangkan dalam
mesyuarat,ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan pembaca.

SAHIH

Minit mesyuarat hendaklah dipastikan kesahihannya bagi mengelakkan penyelewengan


atau kesilapan yang dilakukan oleh setiausaha dalam menulis minit mesyuarat
tersebut.Oleh itu,minit mesyuarat itu akan disahkan oleh pengerusi dengan meletakkan
tandatangan pada minit mesyuarat itu setelah dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

BERSTRUKTUR

Penulisan minit mesyuarat hendaklah dalam keadaan berstruktur bagi memudahkan


pembaca mencari bahagian mesyuarat yang ingin diteliti.Setiap perenggan mempunyai
tajuk dan subtajuk yang bernombor mengikut urutan.
MINIT MESYUARAT MENGENAI AGENDA YANG DITENTUKAN

Mesyuarat Sukan Tahunan ke-29 Bil. 2/2010

SK Bahagia,Kuching

Tarikh : 29 MAC 2010

Masa : 0800-1200

Tempat : Bilik Komputer


SENARAI KEHADIRAN

HADIR

1.En. Abdul Rahman Median (Pengerusi)

2.Pn. Masitah Yunus (Naib Pengerusi)

3.Pn. Haslina Othman (PK HEM)

4.En. Ahmad Hj. Abdul Kadir (PK KK)

5.Cik Muzaimah Mohd Yunus (Ketua Rumah Sukan “Zuhal”)

6.En. Mohd Nizam Hashim (Ketua Rumah Sukan “Uranus”)

7.En. Abdul Aziz Othman (Ketua Rumah Sukan “Marikh”)

8.En Ramli Haron (Ketua Rumah Sukan “Utarid”)

9.Cik Nurul Ain Gono (Ketua Rumah Sukan “Zuhrah”)

10.En. Jaafar Muhammad (Ketua Rumah Sukan “Musytari”)

HADIR BERSAMA

1. Inspektor Zainuddin Akhbar (Wakil Polis Trafik Bahagian Kuching)

2.En. Mazlan Daus (Ketua Pengawal Keselamatan SK Bahagia)

3. Pn. Ramlah Mahidin (Ketua Eksekutif Koperasi SK Bahagia)

4. Pn. Masnah Tawil (Ketua Pembersih SK Bahagia)

5. Cik Nazrinda Abdul Samah (Pegawai Stor Sukan)

TIDAK HADIR
BERSEBAB

1. En. Farhan Tarmizi (Wakil YB. Encik Unting ak Nelsan)

2. Pn. Zarina Junaidi (Ketua Rumah Sukan “Neptun”)

TIDAK BERSEBAB

1.En. Kamarul Hussain (Ketua Rumah Sukan “Pluto”)

URUSETIA MESYUARAT

1.Cik Azira Azman (Setiausaha)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan para pengurus rumah sukan serta


mereka yang turut dijemput bagi memastikan kelancaran sukan tahunan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT SUKAN TAHUNAN SK

BAHAGIA BIL. 1/2010


Minit Mesyuarat Sukan Tahunan SK Bahagia Bil. 1/2010 diluluskan tanpa pindaan.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 TERDAPAT GURU YANG TIDAK TERMASUK DALAM SENARAI GURU YANG

TERLIBAT DENGAN RUMAH SUKAN

Terdapat guru bertanya mengenai tugas yang sepatutnya dilakukan beliau apabila nama

beliau tidak terdapat dalam senarai guru yang menjaga rumah sukan.

TINDAKAN: PK KK

3.2 PIHAK POLIS TRAFIK HANYA DAPAT MENUGASKAN 2 AHLI MEREKA PADA
HARI KEJOHANAN BERBANDING 5 ORANG YANG TELAH DIJANJIKAN

3.3 TARIKH,MASA DAN TEMPAT KEJOHANAN KEKAL SEPERTI YANG TELAH

DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT TERDAHULU.

3.4 TETAMU KHAS, YB ENCIK UNTING AK NELSAN TELAH MENERIMA

UNDANGAN BAGI MENGHADIRI KEJOHANAN SUKAN TERSEBUT.

3.5 ACARA TARIK TALI ANTARA IBU BAPA MURID DAN GURU DIADAKAN
SETELAH DIPERSETUJUI AHLI MAJLIS DENGAN CADANGAN CIK NURUL AIN

4.0 JENIS-JENIS ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

4.1 ACARA BALAPAN

PK KK, En. Ahmad bin Hj. Abdul Kadir mencadangkan antara acara yang wajib disertai
setiap rumah sukan adalah 100m,200m,400m,100m×4,400m×4.Setiap acara ini akan
dibahagikan mengikut 4 kelas yang telah dibahagikan mengikut umur dan telah
dipersetujui oleh ahli mesyuarat secara sebulat suara.

4.2 ACARA PADANG


PK KK, EN. Ahmad bin Abdul Kadir turut mencadangkan acara yang sering
dipertandingkan sebelum ini terus diadakan seperti acara lontar peluru,lompat
jauh,lompat tinggi,lompat kijang,rejam lembing serta lempar cekera dibahagikan dengan
4 kelas yang dibahagikan mengikut umur dan telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat
secara sebulat suara.

5.0 JADUAL LATIHAN

HARI PADANG TREK


ISNIN UTARID ZUHRAH
SELASA MARIKH MUSYTARI
RABU ZUHAL URANUS
KHAMIS NEPTUN PLUTO
JUMAAT BEBAS
Jadual 1

Jadual 1 ialah cadangan yang telah dihasilkan oleh PK KK setelah mejalankan


perbincangan dengan para ketua rumah sukan dan setelah dibentangkan dihadapan
ahli mesyuarat ia telah dipersetujui.
Selain daripada itu,PK KK juga menerangkan bahawa kedua-dua rumah sukan yang
menggunakan bahagian padang yang berlalinan juga diarahkan berkongsi dan bertukar
tukar penggunanannya kerana ini akan memudahkan kedua-dua rumah sukan kerana
pihak sekolah kekurangan tempat bagi para pelajar berlatih

TINDAKAN:SEMUA KETUA GURU RUMAH SUKAN.

6.0 LAPORAN SETIAP PENGURUS RUMAH

6.1 PENGURUS RUMAH UTARID

Para pelajar menunjukkan kesungguhan bagi mempertahankan kejohanan yang telah


dimenangi oleh rumah ini pada 2 tahun berturut-turut dan ini mengakibatkan penyertaan
bagi semua acara dapat diisi dengan cepat.

Latihan yang dijalankan pada hari Isnin dengan rumah Zuhrah berlangsung tanpa
perselisihan waktu penggunaan padang dan trek kerana pengurus rumah Utarid dan
Zuhrah telah menetapkan bahawa pertukaran bahagian yang digunakan adlah setelah
solat Asar,iaitu pada sekitar pukul 4.

Kehadiran pelajar dari kumpulan Utarid adalah cemerlang.


6.2 PENGURUS RUMAH ZUHRAH

Penyertaan untuk setiap acara lembab,ketua rumah sukan terpaksa bertanya secara
individu kepada para pelajar lain.Namun begitu,penyertaan dijangka memenuhi semua
acara sebelum dihantar kepada PK KK.

Latihan berjalan lancar

Kehadiran pelajar dalam latihan pada sesi petang adalah memuaskan

6.3 PENGURUS RUMAH MARIKH

Penyertaan dari rumah marikh juga amat memberangsangkan kerana banyak pelajar
baru yang berkebolehan dari tingkatan 1 dan 3 yang memasuki rumah Marikh pada
tahun ini.

Latihan juga bergerak dengan perlahan kerana banyak pelajar cuba untuk melarikan diri
setelah melaksanakan solat Asar

Kehadiran pelajar hanya mencapai tahap memuaskan

6.4 PENGURUS RUMAH MUSYTARI


Penyertaan bagi memasuki acara telah dipenuhkan kerana guru memilih pelajar
mengikut kebolehan mereka setelah melihat mereka berlatih dan bukan melalui apa
yang mereka mahukan.

Latihan pada waktu petang juga berjalan lancar keran semua pelajar memberikan
kerjasama kepada guru yang melatih mereka.

Kehadiran pelajar adalah sangat memuaskan kerana kedatangan sentiasa dipantau


rapat oleh guru disiplin, Cikgu Ismail yang juga merupakan guru rumah sukan ini.

6.5 PENGURUS RUMAH ZUHAL

Pelajar dalam rumah sukan ini sangat sukar untuk dipujuk bagi menyertai mana-mana
acara kerana mereka telah kehilangan semangat setelah berada di tempat terakhir
dalam senarai rumah sukan selama 5 tahun berturut-turut.Oleh itu,rumah ini dijangka
tidak akan menghantar wakil bagi kebanyakan acara pada tahun ini.

Latihan adalah sangat teruk,pelajar datang seolah-olah hanya untuk mendapatkan


kehadiran dan bukan untuk berlatih.

Kehadiran memuaskan

6.6 PENGURUS RUMAH URANUS

Penyertaan acara berjalan dengan sederhana dan dijangka akan dipenuhakan sebelum
dihantar.

Latihan berjalan dengan lancar

Kehadiran pelajar merosot kebelakangan ini terutamanya berberapa kelas tingkatan 5


kerana menjalankan kelas tambahan pada waktu petang yang menyebab kan mereka
lambat dan malas untuk turun berlatih.
7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 KOPERASI INGIN MEMBUKA GERAI DALAM KAWASAN BERDEKATAN


PADANG PADA HARI KEJOHANAN ITU BERMULA.

7.2 PK KK MENGEMUKAKAN DRAF PERTAMA KERTAS PEMARKAHAN RUMAH


SUKAN BAGI KEJOHANAN INI (HELAIAN A) DAN AKAN MENGEDARKANNYA
SETELAH DIPERSETUJUI SEMUA AHLI MESYUARAT.
7.3 PEGAWAI STOR SUKAN MENDAPATI BANYAK BARANG DARI STOR SUKAN
TIDAK DIPULANGKAN SETELAH DIPINJAM.

7.4 PIHAK KESELAMATAN SEKOLAH MEMINTA SENARAI ATAU LINGKUNGAN


MASYARAKAT YANG DIBENARKAN HADIR.

7.5 PIHAK PEMBERSIH SEKOLAH MEMINTA TONG SAMPAH DILETAKKAN DI


SEKITAR TEMPAT KEJOHANAN BAGI MEMUDAHKAN KERJA MEREKA.

7.6 PEMBERITAHUAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI KEJOHANAN KEPADA


TETAMU ISTIMEWA

8.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12 tengah hari dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi majlis.Mesyuarat yang akan datang akan diberitahu kelak.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

(AZIRA BINTI AZMAN) (ABDUL RAHMAN BIN MEDIAN)


Setiausaha, Pengerusi,

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-29 Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-29

[LAMPIRAN A]

TEMASYA SUKAN TAHUNAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA,JALAN INDAH,93200 KUCHING

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.Undang-undang:
1.1 Undang-undang ini adalah mengikut Undang-undang Olahraga Amatur
Malaysia,Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturan Pertandingan Olahraga
1991.
1.2 Kumpulan peserta dibahagikan seperti berikut:
Kelas A :Tingkatan 5 dan 6 Atas

Kelas B :Tingkatan 3 dan 4

Kelas C ;Tingkatan 2

Kelas D :Tingkatan 1

2.PERATURAN MENGISI BORANG PENYERTAAN

2.1 Borang penyertaan mestilah diisi dalam dua salinan.


2.2 Nama penuh peserta hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan lengkap
dengan No. Kad Pengenalan.
2.3 Sila tandakan (X) di ruang acara yang akan disertai oleh peserta-peserta.
2.4 Semua peserta mestilah didaftarkan mengikut rumah sukan masing-masing
termasuk peserta lari berganti-ganti dan peserta simpanan.
3.PERATURAN–PERATURAN AM

3.1 Peserta tidak dibenarkan mengambil bahagian sekiranya tidak memakai satu
set nombor di hadapan dan di belakang baju T warna rumah masing-masing
atau baju PJ.
3.2 Semua peserta diminta melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sebelum acara
dimulakan.Peserta-peserta dikehendaki berkumpul dan akan dibawa ke
gelanggang oleh pegawai bertugas.Peserta yang tidak patuh kepada peraturan
ini dengan sendirinya akan tersingkir.
3.3 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti
dalam susunan acara.Jawatankuasa berhak dan berkuasa membuat pindaan
susunan acara yang dianggap mustahak dengan persetujuan ketua rumah
sukan.

4.PENYERTAAN ACARA

4.1 Setiap rumah sukan dibenarkan menamakan tiga orang peserta untuk acara
individu dan satu pasukan untuk acara lari berganti-ganti.
4.2 Setiap peserta boleh mengambil bahagian dalam tiga acara individu dan
dua acara berpasukan.

5.PENARIKAN DIRI DAN PESERTA GANTIAN.


5.1 Nama pengganti yang menggantikan peserta yang menarik diri hendaklah
didaftarkan di dalam borang penyertaan.
5.2 Nama peserta pengganti hendaklah diberikan kepada penyelia peserta sebelum
acara bermula.
5.3 Pengganti tersebut dikehendaki mengambil bahagian dalam semua acara yang
didaftarkan oleh peserta yang menarik diri.

6.PUNGUTAN MATA

6.1 PEMBERIAN MATA BAGI ACARA OLAHRAGA

a. Peringkat saringan: 1 mata diberi jika memasuki peringkat akhir

b. Peringkat akhir:

Perseorangan Mata Berpasukan Mata


Johan 5 Johan 8

Naib Johan 3 Naib Johan 6

Ketiga 2 Ketiga 2

Keempat 1 Keempat 1

c. Tiga (3) mata diberi jika mencapai rekod baru.

6.2Pemberian Markah Bagi Pertandingan-pertandingan Antara Rumah.

Johan Naib Johan Ketiga Keempat

20 15 10 5

Bil Jenis Pertandingan

1 Perbarisan Lintas Hormat

2 Lagu Slogan Rumah

3 Papan Kenyataan

4 Kehadiran
5 Acara Guru

6 Maskot

7 Pembawa Pelekat

7.PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN

7.1 Acara-acara 100m,200m dan 400m


-Peringkat saringan akan diadakan jika terdapat lebih daripada 7 peserta
mengambil bahagian.

-6 peserta terbaik akan dipilih untuk memasuki ke peringkat akhir.Acara akhir


100m dan 400m akan dijalankan pada hari sukan,manakala 200m dan 800m
akan dijalankan sebelum hari sukan.

7.2 Acara 4x100m antara kelas


-Acara akan dijalankan sebelum hari sukan.
7.3 Acara padang
-Jika terdapat 12 orang peserta.setiap peserta duberi 2 percubaan pada
pusingan pertama dan 2 percubaan lagi untuk 6 orang peserta yang layak masuk
ke peringkat akhir.Jika kurang daripada 12 orang peserta ,setiap peserta diberi 3
percubaan sahaja.

7.4 Acara lompat tinggi


-Paras permulaan adalah 1 meter bagi kelas A,B,C dan D

7.5 Ketua-ketua rumah

Diminta ketua-ketua rumah mengambil perhatian perkara-perkara berikut ;

7.5.1 Menyerahkan borang penyertaan acara olahraga kepada penyelaras sukan


atau penolong selewat-lewatnya pada 12.02.2010.Nama penuh dan no.kad
pengenalan peserta hendaklah diisi mengikut kategori HURUF BESAR .
7.5.2 Mengingatkan pelajar supaya memakai baju T rumah masing-masing atau baju T
PJ semasa bertanding
7.5.3 Mengingatkan guru pengawas supaya mengawas pelajar rumah masing-masing
semasa acara dijalankan.

7.6.Tugas-tugas ketua acara

7.6.1 Mengawal perjalanan acara dan bertanggungjawab daru awal hingga habisnya
acara pada hari tersebut.
7.6.2 Mengadakan taklimat kepada penolong-penolongnya.
7.6.3 Bertanggungjawab mengambil alatan 15 minit sebelum acara bermula dan
memulangkannya beserta keputusan selepas acara selesai kepada penyelaras
bertugas seperti berikut :

Pn.Mashidah Hj. Abu Bakar (Hari Selasa )

Pn.Nor Azliha Noor Azhar (Hari Khamis)

Cik Miza Farahana Yoep Zain (Sesi petang)

7.7 Tugas-tugas guru lain

7.7.1 Melaporkan diri kepada ketua acara di arena 10 minit sebelum acara bermula.
7.7.2 Berada di tempat pertandingan 5 minit sebelum acara bermula
7.7.3 Pelepas akan memulakan acara balapan.Hakim-hakim diminta menentukan
kedudukan peserta dan pencatat diminta membuat catatan.Sila rujuk senarai
tugas pegawai dalam jadual tugas yang diedarkan.

8.PEMILIHAN OLAHRAGAWATI

Olahragawati setiap kategori akan dipilih berdasarkan kepada keadaan di mana


seseorang peserta haruslah menyertai dalam 2 acara padang dan 1 acara balapan atau
1 acara padang dan 2 acara balapan.Jumlah pungutan mata dikira dan jumlah mata
tertinggi akan digunakan sebagai penentu.Sekiranya berlaku jumlah mata seri
penyertaan dalam acara berpasukan akan diambil kira.

9.RAYUAN BANTAHAN
Bantahan yang hendak dibuat haruslah melalui ketua acara kepada Juri Rayuan
Majlis Sukan Sekolah dengan wang sebanyak RM 100.00 dan diserahkan dalam
tempoh 30minit selepas acara dijalankan.Juri rayuan adalah terdiri daripada :

Pengerusi : Puan Pengetua

Naib Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

Penyelaras : Pn.Mashidah Hj,Abu Bakar

Ahli-ahli : Pn.Nor Azliha Noor Azhar

Cik Miza Farahana Yoep Zain

Ketua-ketua acara

10.Hal –hal lain

10.1 Selain pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil
bahagian,tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam arena pertandingan
10.2 Peserta-peserta hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar dari arena.
10.3 Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan adalah di bawah bidang kuasa
jawatankuasa pengelola.

You might also like