P. 1
Konsep Ibadah Dalam Islam

Konsep Ibadah Dalam Islam

|Views: 682|Likes:
Published by anwar25

More info:

Categories:Types, Research
Published by: anwar25 on Jul 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/16/2013

pdf

text

original

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Penghargaan
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam, selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya menyempurnakan tugasan yang diberikan walaupun dalam kesibukkan harian melalui perbincangan bersama rakan kuliah sepanjang menyempurnakan tugasan ini kerjasama yang jitu, padu dan ikhlas dapat saya rasakan. Mudah-mudahan ianya mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah En Mat Idris bin Zainal Abidin yang banyak membimbing dan memberikan panduan sewaktu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budimu tidak ternilai harganya. Terima kasih kepada teman hidupku Pn Zarina bt zakaria serta anakanakku Mohd Afiq amsyar dan Zulfa Hannan serta Zarith Sofea kerana memberi ruang masa dan tidak jemu memberikan sokongan,dokongan dan semangat untuk saya menyempurnakan tugasan ini. Adalah menjadi harapan saya kerja kursus ini akan menjadi sumber ilham dan rujukkan kepada saya bagi memantapkan diri sebagai guru pendidikan islam yang cemerlang. 1

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Sekian.....

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
PENDAHULUAN

Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan
matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab.Tetapi penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya. Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah swt.





 


Maksudnya :

“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepada Ku”. (Az-Zaariyaat: 56)

2

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Firman Allah swt.:

                         
maksudnya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebaha-gian (yang lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu”. (al-An’aam: 165) Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencari kebahagian dunia dan akhirat serta keredaan Allah. Allah swt. telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.

3

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

PENGERTIAN IBADAH Kalimat ibadah berasal daripada kalimat `abdun’. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan. Ibnu Taimiah pula memberi takrif Ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan kasihi oleh Allah swt. Perintah Allah dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain dari cintakan kepada-Nya. Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi dengan penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita semua dalam setiap pekerjaan dan amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.

4

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Firman Allah swt.:

                
maksudnya: “Sesungghnya bagi mu, apa yang ada pada diri Rasulullah itu contoh yang paling baik”. (al-Ahzab: 21) Sesetengah ulama mengatakan bahawa perhambaan (ibadah) kepada Allah hendaklah disertai dengan perasaan cinta serta takut kepada Allah swt. dan hati yang sihat dan sejahtera tidak merasa sesuatu yang lebih manis, lebih lazat, lebih seronok dari kemanisan iman yang lahir dari pengabdian (ibadah) kepada Allah swt. Dengan ini maka akan bertautlah hatinya kepada Allah dalam keadaan gemar dan reda terhadap setiap perintah serta mengharapkan supaya Allah menerima amalan yang dikerjakan dan merasa bimbang serta takut kalau-kalau amalan tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah seperti yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Ia itu) Orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat”. (Qaf: 33)

5

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Orang yang memperhambakan dirinya (beribadah) kepada Allah mereka akan sentiasa patuh dan tunduk kepada kehendak dan arahan Tuhannya, sama ada dalam perkara yang ia suka atau yang ia tidak suka dan mereka mencintai dan mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari yang lain-lainnya. Mereka mengasihi makhluk yang lain hanyalah kerana Allah semata-mata, tidak kerana yang lain Kasihkan kepada Rasulullah saw. pula kerana ia membawa Risalah Islam, cintakan kepada Rasulullah saw. hendaklah mengikuti sunahnya sebagaimana firman Allah swt.:

           
maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutilah aku (pengajaranku) nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa- dosa kamu”. (Al-Imran: 31) Dan andainya kecintaan kamu kepada selain Allah dan Rasul-Nya itu mengatasi dan melebihi dari kencintaan dan kasih kepada yang lain; Allah akan turunkan keseksaan-Nya kepada manusia yang telah meyimpang dari ketentuan-Nya. Firman Allah swt. maksudnya: “Katakanlah (Muhammad) jika ibu bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, suami isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya, dan rumahtangga yang kamu sukai itu lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad untuk agama Allah, maka tunggulah

6

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

(kesiksaan yang akan didatangkan) oleh Allah. Dan Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang fasik”. (At-Taubah: 24)

Pembahagian Ibadah
Untuk memudahkan perbincangan kita berhubung dengan ibadah ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian sebagai berikut: 1. Ibadah khusus 2. Ibadah Umum Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab al-Ibadaat yang utamanya ialah sembahyang, puasa, zakat dan haji. Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan manusia serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut: 1) Amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam. 2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya 3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata keranaAllah swt. tidak riak, ujub dan um’ah. 4) Amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya 5) Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah khusus seperti sembahyang dan sebagainya. Firman Allah swt. maksudnya:

7

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

“Lelaki yang tidak dilalaikan mereka oleh perniagaan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang”. (An-Nur: 37)

Hubungan Ibadah dengan Keikhlasan
Sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang begitu sukar sekali untuk mencapai kesempurnaan dalam makna ibadah dengan ertikata yang sebenar-benarnya mengikut syarat-syarat dan ketentuan tersebut di atas, oleh itu kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam mengusahakan amalan kita supaya dapat mencapai matlamat ibadah yang sempurna dengan menyempurnakan segala syarat-syaratnya. Dan kita hendaklah sentiasa meneliti dan memperhatikan dengan sungguhsungguh agar kita tidak tertipu dengan amalan kita sendiri; dengan menyangka kita telah banyak melaksanakan amal ibadah dengan sempurna tetapi pada hakikatnya tidak demikian, kita takut akan tergolong ke dalam golongan manusia yang tertipu dan sia-sia amalan kita dan apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah. Ini kerana kita melakukan amalan dan kerja-kerja kebajikan itu tidak menepati dan tidak selari dengan ketentuan dan syarat-syarat ibadah dan amal soleh yang dikehendaki itu. Perkara ini dapat dijelaskan dalam sebuah hadis : Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a dari Rasullullah s.a.w sabdanya : “Sesiapa yang taat kepadaku berarti dia taat kepada Allah.Sesiapa yang durhaka kepadaku bererti dia durhaka kepada Allah. Siapa yang taat kepada Amirku berarti dia taat kepadaku.Sesiapa yang durhaka kepada pejabat yang aku angkat berarti dia durhaka kepada ku. Kesimpulan secara mudah ialah seorang lelaki yang memakai pakaian untuk menutup aurat dari kain sutra, dan perempuan yang berpakaian meliputi badannya tetapi masih menampakan susuk badannya masih lagi tidak dinamakan ibadah, atau seorang menderma dengan tujuan supaya dipuji dan digelar sebagai dermawan atau seorang yang

8

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

rajin bersembahyang dengan niat tujuan supaya digelar sebagai ahli ibadah oleh manusia; itu semua tidak termasuk dalam makna ibadah yang diterima oleh Allah swt.

Matlamat dan Tujuan Ibadah
Sebagaimana kita ketahui dan maklum bahawa pengutusan manusia ke dunia ini tidak lain melainkan untuk beribadah (memperhambakan diri) kepada al-Khaliq, Allah Yang Maha Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah dalam Islam merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan manusia.Dan di sini timbul pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah Allah dan apakah matlamat ibadah itu ? Apakah ada faedah untuk-Nya atau apa faedah yang boleh didapati oleh seseorang hamba yang menyembah-Nya ? Jawapannya ialah bahawa Allah swt. Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mendapat sebarang faedah dari ketaatan orang yang menyembah-Nya dan tidak memberi mudarat sedikitpun dari keengganan orang yang menentang dan engkar kepada perintah-Nya. Ini kerana Allah Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya kerana semua yang ada di alam ini menjadi milik-Nya belaka sedangkan kita manusia adalah satu dari makhluk Allah yang banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin, serba kekurangan dan sentiasa berhajat dan memerlukan kepada-Nya. Firman Allah swt :

             
  

        

9

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Maksudnya:“Sesungguhnya

Kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada

Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia bersyukur dagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungghnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji”. (Luqman: 12)

Maksud hadis : Dari Aisyah r.a katanya Rasullullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang ingin bertemu dengan Allah,nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya.Dan sesipa benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya” Lalu aku bertanya :”Apakah yang dimaksudkan dengan membenci mati?.Jawab beliau, “Bukan begitu.Tetapi setiap orang mukmin apabila memberi khabar gembira dengan rahmat Allah,dengan keredhaannNya dan dengan surganNya nescaya dia inin bertemu denganNya.Sedangkan orang kafir, apabila diberi khabar dengan azab Allah dan dengan kemarahannya dia membenci bertemu dengan Allah dan Allah benci pula bertemu dengannya. Dari itu kita wajiblah mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Allah swt. kepada kita semua yang mana sekiranya kita hendak menghitugnya sudah tentu kita tidak mampu untuk berbuat demikian, begitulah besar dan banyaknya pemberian Allah kepada kita semua sebagai makhluk-Nya.

10

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Kelazatan Ibadah
Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah saw. para sahabat, tabi’in dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana seorang hamba begitu gembira dan begitu senang memuji-muji kebesaran Allah swt. ini semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada Tuhannya sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. B begitu juga apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya. Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya memuji kepada Allah swt. Firman Allah swt.

                                                                            

                     

11

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Maksudnya: “Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia berduyun-duyun masuk agama Allah swt. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima taubat”. (an-Nasr: 1-3)

Kepentingan Dunia dan Hubungannya dengan Ibadah
Meletakkan kepentingan dunia menjadi matlamat dalam amalan atau ibadah seseorang, ataupun kepentingan dunia atau faedah-faedah dunia menjadi pendorong seseorang untuk melakukan perintah ibadah kepada Allah swt adalah tidak bertepatan dengan kejadian manusia itu sendiri. Ini telah diperjelaskan oleh Allah dalam firmanNya :

                                
Maksudnya : “Sebahagian daripada manusia yang menyembah Allah secara tidak tetap, bila mendapat kebaikan dia teruskan dan bila terkena kesusahan dia berpaling tadah. Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang amat nyata”. (al-Hajj: 11) Begitulah keadaan orang yang beribadah dengan tujuan mendapatkan faedah-faedah dunyawi jika sampai dan berhasil tujuan dan kehendaknya bergembiralah dia dan kuatlah tujuannya tetapi lemahlah ibadahnya jika tujuannya tidak berhasil dia meninggalkan ibadah itu. 12

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Istinjak
Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga kesan najis itu dibersihkan. Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur, wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu.

Hukum Istinjak
Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil. (Hadis Riwayat; Bukhari dan Muslim)

Syarat istinjak
1. Menghilangkan rasanya. 2. Menghilangkan baunya.

13

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

3. Menghilangkan warnanya.

Rukun Istinjak
1. Seorang Islam. 2. Alat untuk istinjak.Dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya. 3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur. 4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.

Pendapat empat mazhab tentang istinjak
Dari segi Hukum.
Imam Hanafi dan Imam Maliki berpendapat bahawa : Beristinja’ itu sunat bukan wajib dan sah sembahyang dengan tidak beristinjak Imam Syafei’ dan Imam Hambali pula berpendapat bahawa : Beristinja’ itu wajib bukannya sunat Alasan : Iman Hanafi dan Imam maliki berpendapat sedemikian adalah bersandarkan kepada sebuah hadis : Yang diriwayakan oleh Abu Hurairah dari Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W bersabda : Siapa yang bercelak hendaklah diganjilkan, sesiapa yang berbuat demikian maka ia membuat sebaik-baiknya dan sesiapa yang beristinja’ dengan batu hendaklah diganjilkan bilangannya, sesiapa yang berbuat demikian sesungguhnya ia telah membuat sebaik-baiknya dan sesiapa yang tidak berbuat maka tidak bersalah. Manakala Iman Syafie dan Hambali berpendapat berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud : Aku telah mengikut junjungan kita S.A.W dan keluar kerana membuang

14

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

air besar dalam masa itu tidak menoleh kebelakang dan aku (Abu Hurairah) cuba menghampirinya, maka junjungan itu bersabda : Tolong carikan beberapa biji guna untukku beristinja’ dengannya : atau pun junjungan menyebut perkataan yang sama tujuannya perkataan – dan tak usahlah tak usahlah kau bawakan kepada ku tulang atau tahi binatang maka : ku (Abu Hurairah) membawakan kepadanya beberapa biji batu dengan hujung bajuku serta ku letakkannya disisi junjungan, setelah itu aku pun berpaling daripadanya,setelah junjungan selesai dari membuang air besar junjungan pun ikuti (membersih) tempat najisnya itu (tempat keluar) dengan batu-batu tersebut

Hukum beristinja’ dengan tiga batu Terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulamak dalam menentukan tiga biji batu atau mamadai dengan sebiji batu Pendapat pertama : Sebiji batu boleh memadai untuk beristinja’ sekiranya dapat digunakan untuk membersihkan najis itu dan tidaklah mesti dengan tiga biji batu lagi Pendapat kedua : Sebiji batu tidak memadai untuk beristinjak dan mestilah dengan menggunakan tiga biji batu untuk menyempurnakan tujuan istinja’ sekalipun dapat disuci dengan menggunakan sebiji batu sahaja. Imam Hanafi dan Imam Maliki : Berpendapat bahawa sebiji batu boleh memadai untuk beristinja’ dan tidak mesti dengan tiga biji. Pendapat ini berdasarkan maksud dari hadis : Dari Abu Hurairah dari Junjungan kita S.A.W sesunggunya Ia bersabda : Sesiapa yang mengambil air sembahyang hendaklah menghembuskan air dari hidungnya dan sesiapa beristinja’ hendaklah menganjilkannya. Alasannya ialah : Junjungan menyuruh membawa tiga biji batu itu ialah kerana Ghalib atau kebanyakkannya beristinjak itu dengan tiga batu buktinya, jika boleh suci dengan sebiji sahaja pun sudah memadai dengan tidak perlu dua atau tiga biji lagi guna disapukan ditempat yang sudah bersih dan suci kerana tujuan istinja’ dengan air pun tidak

15

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

disyaratkan bilangan tersebut itu, begitulah juga beristinja’ dengan batu iaitu tidaklah disyaratkan bilangan tersebut.

Manakala Imam Syafie dan Imam Hanbali : Berpendapat bahawa tidak memadai beristinja’ dengan sebiji batu sahaja malahan hendaklah dengan tiga biji batu.Pendapat ini adalah bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud RA katanya : Telah dating junjungan kita S.A.W untuk membuang air besar dan junjungan menyuruh saya membawa kepadanya tiga biji batu,tiba-tiba saya hanya mendapati dua biji sahaja, saya mencari yang ketiga tetapi tidak dapat lalu saya mengambil seketul tahi kering dan saya bawa kepadanya lalu junjungan mengambil dua biji batu dan mencampakkkan tahi itu sambil berkata – ini ialah najis Alasannya ialah : Menurut keterangan dari hadis tersebut junjungan S.A.W menyuruh mencari tiga batu, oleh yang demikian wajiblah diikuti amalanya.Walaupun junjungan mencampakkan tahi itu tetapi dalam hadis Ibnu Mas’ud sendiri keterangan yang menyatakan supaya beliau membawa kepada junjungan sebiji untuk mencukupkan tiga biji sebagaimana yang diriwayatkan dalam riwayat yang lain.

‫فا لقئ الرؤثة ؤقا ل انها ركس اتنئ بحجر‬
Maksud hadis : Junjungan mencampakkan tahi itu dan berkata : itu adalah najis bawalah kepadaku sebiji batu lagi.

16

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bidang Tajuk Pengetahuan sedia ada Hasil pembelajaran : Pendidikan Islam : 1 Cemerlang : 2 Mac 2008 : 30 minit : Ibadat : Istinja’ : Murid biasa beristinja’ dengan air selepas qadha hajat : Murid akan mendapat : Aras 1 a) Menyatakan pengertian beristinja’ b) Mengeahui masa beristinja’ c) Menyatakan alat-alat beristinja’ Aras 2 a) Dapat melakukan cara beristinja’dengan betul b) Berjimat cermat menggunakan air ketika beristinja’ Aras 3 a) Menjelaskan keperluan istinja’ dan kepentingan untuk beribadat. 17

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Kemahiran berfikir

: Kemahiran menyusun dan menyelesaikan tugasan Kemahiran memadankan gambar dengan Perkataan yang sesuai

Penerapan nilai individu Kaedah Pengetahuan sedia ada Penerapan Akhlak Aqidah Pembelajaran

: Menjaga kebersihan tanggungjawab setiap : Penerangan,tunjuk cara,latih tubi dan soal jawab : Murid pernah melakukan perbuatan istinja’ : Kesihatan : Kepeningan menjaga kebersihan : Beradab ketika beristinja’ : Yakin dengan suruhan Allah : Kertas tisu,batu,anak patong dan jenis-jenis air yang boleh beristinja’ dan LCD

Sumber Pengajaran dan

Langkah

Isi Kandungan dan

Aktiviti doa Guru dan murid membaca doa bersama ~ Guru

BBM

Pendahuluan Alfatihah 2 minit Set induksi 2 minit belajar

Peralatan istinja’ :

menunjukkan Gambar,bendamaujud untuk alatan istinja’ jenisbenda

Gambar jenis air dan gambar-gambar air yang benda benda maujud seperti boleh digunakan dan kulit kayu Tajuk : Istinja’ murid jenis menyebut air dan batu, tisu, daun kering beristinja’ serta meminta

maujud dihadapan murid ~ Guru mengaitkan benda tersebut dengan tajuk

Langkah 1 5 minit

~ Pengertian istinja’

~

Guru

menerangkan

LCD

pengetian istinja’

18

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

~ Murid baca maksud istinja’secara dan individu ~ Bersoal jawab serta menunjukkan -alat yang digunakan untuk istinja’ Langkah Langkah 2 8 minit Isi Kandungan Aktiviti BBM kumpulan

Cara beristinja’ dengan ~ Guru menunjukkan cara Alat-alat istinja’ betul dengan alat yang beristinja’ disediakan menggunakan dengan seperti patong. batu, anak kayu,tisu,air,anak

patong sebagai model. ~ Murid melakukan amali istinja’ secara berkumpulan dan individu Langkah 3 8 minit ~ Kepentingan ~ Guru menerangkan beristinja’

LCD

melakukan istinja’ dan kepentingan istinja’ dengan betul ibadat. ~

akibat tidak melakukan dan hubungannya dengan Bersoaljawab akibat

tidak beristinja’ dengan betul Penutup 5 minit Penilaian Guru Mewarna yang untuk mengedarkan gambar alat dan Lembaran kerja

lembaran kerja : boleh digunakan

beristinja’

menjawab soalan latihan

19

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

KESIMPULAN
Kegiatan hidup manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi ganjaran dan pembalasan pahala baik di akhirat apabila ia menepati dengan kehendak syarak, tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas sematamata dilakukan kerana mencari keredaan Allah swt. tidak kerana yang lain dari-Nya, menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga dengan memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Ia juga hendaklah menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan berbuat amal ibadah. Oleh itu ibadah dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial, mencari rezki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

20

NAMA : MOHD ANWAR BIN AHMAD SUBJEK : HBIS3303 PEND.ISLAM TING 1 .

Rujukan

Dr.Ismail Abas,Fadzilah Mustapa,Abu Hisham Yusuf .(2007) .Modul Pengenalan Pendidikan Islam Prasekolah dan Tahun 1.Meteour Doc. Sdn Bhd Al-Imam Muslim.Terjemahan Ma’mur Daud. (1988). Terjemah Hadis Shahih Muslim 1,2,3,4.Klang Book Centre Mariah bt Hj Mansur, Hasnah bt Yahya, Hjh Badriah bt Sheikh Ahmad. Hjh Badriah Sheikh Ahmad .(2006).Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1.Dewan Bahasa dan Pustaka H.Sulaiman Rashid .(1981). Fiqh Islam.Penerbit Attahiriah Prof Dr. H Mahmud Yunus (1987).Kitab Tafsir Quran Karim. Pustaka Al- Azhar Mariah bt Hj Mansur, Hasnah bt Yahya, Hjh Badriah bt Sheikh Ahmad. Hjh Badriah Sheikh Ahmad .(2006) .Panduan Guru Pendidikan Islam Tahun 1.Dewan Bahasa dan Pustaka Syed Ahmad.Terjemahan Ma’mur Daud.(2005)Terjemah Hadis Shahih Muslim Jilid 1.2.3.4 . Klang Book Centre

21

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->