You are on page 1of 3

PENGENALAN

Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan pengenalan entiti perniagaan yang wujud pada
hari ini, iaitu perniagaan tunggal, perkongsian, syarikat dan koperasi.

Pada siri kedua ini, kita akan membincangkan lebih lanjut tentang perniagaan milikan tunggal
atau perniagaan tunggal.

APAKAH PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL?

Seperti yang telah dijelaskan dalam siri terdahulu, perniagaan milikan tunggal adalah perniagaan
yang dijalankan oleh individu dan dimiliki sepenuh oleh individu. Oleh kerana ia adalah milik
individu, maka pemilik perniagaan mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perjalanan dan
operasi perniagaannya. Pemilik dan perniagaan atau organisasi peniagaannya adalah dirujuk
sebagai satu entiti yang sama. Tiada pemisahan antara keduanya. Ini bermakna aset perniagaan
adalah juga harta individu iaitu pemilik perniagaan tersebut. Oleh yang demikian, sebarang
masalah yang melibatkan perniagaan adalah secara langsung melibatkan kepentingan individu
atau pemilik.

Sebagai contoh, jika perniagaan memperoleh keuntungan maka keuntungan tersebut adalah harta
peribadi pemilik. Sebaliknya jika perniagaan mengalami kerugian maka kerugian tersebut juga
adalah kerugian atau kehilnagan harta pemiliknya. Justeru itu, dalam perniagaan milikan tunggal,
liabiliti pemilik adalah tidak terhad. Ini bermakna, sekiranya perniagaan mempunyai hutang yang
tidak dapat dijelaskan kerana mengalami kerugian, maka pemberi hutang berhak menuntut harta
peribadi pemilik perniagaan sebagai bayaran ganti kepada hutang perniagaan yang tidak dapat
dilangsaikan itu.

BAGAIMANA MENUBUHKAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL

Perniagaan tunggal amat mudah ditubuhkan. Apabila seseorang membuat keputusan untuk
membuka perniagaan, maka sebenarnya dia telah menubuhkan perniagaan tunggal sebaik sahaja
dia memulakan perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang hendak
menjalankan sebarang aktiviti perniagaan, dia terikat oleh undang-undang tertentu yang
menghendakinya untuk mendaftarkan perniagaannya dan mendapatkan lesen sebelum
memulakan perniagaan tersebut.

Dalam konteks negeri Sabah, undang-undang yang mengawal dan mendatdbir lesen perniagaan
ialah Ordinan Pelesenan 1948 (Trades Licensing Ordinance (Sabah Cap. 144)). Undang-undang
ini dikuatkuasakan di seluruh negeri dan PBT adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk
mendaftarkan perniagaan dan mengeluarkan lesen perniagaan kepada pemohon yang
berkelayakan.

Di Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan adalah telah mewujudkan Unit Pelesenan untuk
memikul tanggungjawab tersebut.
APAKAH KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL?

Kebaikan-kebaikan dan kelemahan-kelemahan perniagaan tunggal dapat diringkaskan seperti


yang berikut:-

Kebaikan-kebaikan perniagaan tunggal

 Mudah ditubuhkan
 Pemilik mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal perniagaannya
 Sebarang keputusan yang melibatkan perniagaan dapat diputuskan dengan serta merta
kerana pemilik tidak perlu merujuk atau berbincang dengan orang lain
 Struktur cukai beradasarkan cukai pendapat individu (pemilik)
 Tidak memerlukan laporan kewangan yang kompleks.

Kelemahan-kelemahan perniagaan tunggal

 Sukar berkembang kerana keupayaan modal yang terhad


 Sukar mendapatkan pembiayaan modal kerana pelabur lebih cenderung melabur dalam
institusi yang lebih mantap dan pihak institusi kewangan pula memerlukan satu jaminan
kukuh daripada perniagaan
 Liabiliti tidak terhad
 Perniagaan akan dengan sendirinya bubar jika pemiliknya meninggal dunia.

CONTOH-CONTOH PERNIAGAAN TUNGGAL YANG WUJUD DI SANDAKAN

 Perniagaan kedai runcit


 Perniagaan kedai jahitan
 Perniagaan kedai kopi/makanan atau restoran
 Penjaja bergerak
 Pegerai, dan sebagainya.

KESIMPULAN

Perniagaan tunggal atau perniagaan milikan tunggal adalah entiti perniagaan yang paling asas
yang hanya melibatkan seorang individu sebagai pemilik. Perniagaan jenis ini mudah
ditubuhkan, tidak memerlukan modal yang besar tetapi sukar untuk berkembang. Sesuatu
perniagaan tunggal akan terbubar dengan sendirinya apabila pemiliknya meninggal dunia.
Perniagaan tunggal juga akan bubar apabila pemiliknya tidak lagi menjalankan perniagaannya.

You might also like