You are on page 1of 11

MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI

781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Soalan A: Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian


bincangkan kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling ?

Pendapat Tokoh-Tokoh:
Albert Ellis (REBT)
“When people emote they also think and action. When they act, they also think and
emote. When they think, they also emote and act. To understand self defeating behavior, one
must understand how a person feels, thinks, perceives and act” (Ellis, 1973)
 Menurut teori REBT, permasalahan yang berlaku adalah berpunca dari pemikiran
manusia dan sistem-sistem kepercayaan
 Pendekatan baru bersifat action-oriented
 Manusia berupaya bertindak rasional (positif) dan tidak rasional (negatif)

1. Teori REBT menekankan pendekatan kognitif dan percaya masalah berpunca daripada
pemikiran yang tidak rasional yang menjadi sistem kepercayaan.
2. Untuk menjadi manusia yang berfungsi dengan berkesan dan sempurna, mesti bebas dari
pemikiran yang tidak rasional kepada rasional.

Sigmund Freud (1856-1939) Teori Psikodinamik


Beliau berpendapat perkembangan personality manusia terdiri daripada tiga
komponen, iaitu id, ego dan super ego. Menurut beliau, minda manusia mengandungi
kesedaran di dalam tiga peringkat alam, iaitu peringkat alam sedar, prasedar dan tidak
sedar.Manusia bermasalah kerana tidak berupaya mengawal kehendak id, ego dan superego.
Maka terjadilah konflik dalaman. Disinilah terjadinya helah bela diri untuk menyelesaikan
konflik tersebut.

Alfred Alder (1870-1951) Teori Psikologi Individu


Beliau berpendapat tingkahlaku individu adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor
seperti soaial, keluarga dan persekitaran. Beliau mengamalkan pendekatan holistic-
socioteleologikal. Individu yang memperolehi nilai dan kepentingan sosial ialah: (a) Melayan
orang lain sebagai kedudukan sosial yang samarata. (b) Merasa sama kedudukan dengan

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

orang lain. (c) Berorintasi kepada kerja. (d) Bertingkahlaku mengikut norma dan atas
permintaan keadaan. (e) Memperolehi perasaan sebagai ahli masyarakat dan integrasi dirinya
dalam interaksi sosial.

Carl Rogers (1902-1987) Pendekatan Humanistik


Roger menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk mengurus
diri secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menaggani pelbagai masalah yang
berlaku. Sumber bakat individu itu kadangkala dikaburi, dilupai atau dinafikan. Beliau
percaya jika ada syarat dan peluang yang kondusif, individu itu akan dapat menuju ke arah
diri serta mencapai uatonomi.
Syarat asas kejayaan kaunseling berpusatan klien ialah (a) Empati. (b) Penerimaan
tanpa syarat. (c) Kongruen.

Kepentingan teori-teori kaunseling kepada kaunselor ialah:


(a) Teori dijadikan panduan oleh pengamal kaunseling untuk membuat rancangan dan
persediaan sebelum, semasa dan selepas menjalankan proses kaunseling.
(b) Teori juga memberi fokus kepada kaunselor apa yang hendak dilakukannya
terhadap kliennya. Dengan ini teori membantu kaunselor mengamalkan tugas sebagai
kaunselor dengan sistematik dan professional.
(c) Menolong kaunselor untuk memahami permasalahan yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor dapat membantu klien dengan dengan menggunakan kaedah yang terdapat
dalam teori kaunseling yang telah terbukti keberkesanannya.
(d) Teori penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan halatuju kepada kaunselor.

Fungsi Teori
(a) Teori digunakan untuk menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat
beberapa pemerhatian.
(b) Untuk menguasai dan mengawal keadaan tertentu.
(c) Untuk membuat sesuatu ramalan. Apakah kemungkinan-kemungkinan penyebab sesuatu
peristiwa itu terjadi.

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Contoh-Contoh Kepentingan dan Kegunaan Teori Dalam Kaunseling


1. Jika diambil satu teori yang mengatakan bahawa “setiap tingkah laku yang mendapat
peneguhan akan berulang”, kita boleh gunakan teori ini untuk memberi penjelasan,
menguasai keadaan dan membuat ramalan. Misalnya, untuk membuat penjelasan
mengapa seorang murid itu suka membaca buku ? Kita boleh menjelaskan bahawa remaja
itu mungkin telah mendapat pujian daripada ibu bapanya atau gurunya kerana suka
membaca buku. (penerangan)

2. Kebanyakan teori mengkehendaki kita memberi peneguhan. Kita boleh memberi


sebanyak mungkin peneguhan kepada murid yang menunjukkan keinginan untuk
melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh (menguasai atau menggalak).

3. Seorang guru yang selalu memberi pujian atau komen positif terhadap muridnya yang
suka membaca dan mengulangkaji selepas habis sesi rasmi persekolahan dan
mengamalkan tingkah laku yang baik. Kita boleh membuat ramalan bahawa murid yang
mendapat komen positif (peneguhan) dari gurunya akan meneruskan tabiat suka
membaca dan mengulangkaji (ramalan).

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Soalan 2: Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah


perkembangannya yang tersendiri. Berdasarkan pernyataan ini jelaskan
komponen-komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori
kaunseling behaviorisme.

Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah


perkembangannya yang tersendiri. Sejarah pendekatan ketingkahlakuan dalam kaunseling
bermula daripada tiga komponen. Komponen pertama ialah wujudnya prinsip pelaziman
klasik, komponen kedua ialah pelaziman operand an komponen yang ketiga pula ialah terapi
tingkahlaku kognitif.

A) Komponen Pertama
Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasik, atau kadang-kadang
disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960),
dan Hull (1943).
Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsip Pavlov,
iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takuntukan kepada tikus putih,
kapas putih dan rambut Watson yang putih. Dalam eksperimen tersebut, Watson
menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng yang kuat), yang digandingkan
dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat
dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori
behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah
dengan menggunakan prinsip pembelajaran. Rajah dibawah menunjukkan Prinsip
Pembelajaran Pelaziman Klasikal. Pendekatan ini telah dibuat oleh Wolpe secara besar-
besaran (1954;1958;1961) apabila beliau memperkenalkan teknik systematic desensitization.

Bunyi loceng kuat Terperanjat dan rasa takut


(ransangan tak terlazim) (respon tak terlazim)

DIGANDINGKAN
Rasa takut
Tikus putih (respon terlazim)
(ransangan terlazim)
11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

B) Komponen Kedua
Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B. F. Skinner
(1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah
laku berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu
diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah wang
atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif
seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif juga menguatkan
ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan bunyi loceng
yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang apabila bunyi
loceng dihilangkan secara beransur.
Hukuman dan pelupusan mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah
menambahkan ransangan yang menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti
dikenakan kejutan elektrik selepas menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan
sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap.
Untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau
tidak diberi sebarang respon pada orang yang menyampuk.
Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku
seseorang dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behaviour modification. Dari segi
pelaksanaan, teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan.
Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan
kecil.
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana tingkah laku operan berfungsi.

Kebarangkalian berulangnya tingkahlaku


Peneguhan operan yang diingini atau tidak diingini
positif ditambah.
Tingkah
laku
operan
Kebarangkalian berulangnya tingkahlaku
Peneguhan operan ditambah dengan memindahkan
negetif atau menghapuskan stimulasi yang
menganggu.

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

C) Komponen Ketiga
Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive
behaviour therapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza,
iaitu satu pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan
kognitif. Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif
ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses
pemikiran itu adalah proses kognitif.
Dengan menggabungkan kedua-dua teori di atas (Teori pelaziman klasik dan Teori
pelaziman operan) maka wujudlah terapi tingkah laku kognitif.
Teori REBT (Terap Rasional Emotif Behavioral) dipelapori oleh Albert Ellis
mengandungi kesemua tiga komponen utama, iaitu: kognitif, emotif dan behavioural yang
berkait rapat dengan pengalaman manusia. Beliau memperkenalkan konsep ABC.
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana menghuraikan sekuen peristiwa yang
membawa gangguan psikologikal manusia.

Model Peristiwa

A Peristiwa diaktifkan.
(Activating)

Gangguan emosi ditimbulkan

B Percayaan peristiwa berlaku.


(Belief)

Percayaan rasional/tak rasional

C Akibat
(Consequences)

Tingkah laku emotif dan behavioral

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Soalan 3 : Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme, nyatakan


bagaimana sesuatu tingkah laku maladaptif dipelajari? Seterusnya terangkan
bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori
kaunseling behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah
tingkah laku maladaptif ini.

Tingkah laku maladaptif ialah perlakuan yang diluar norma atau nilai yang tidak boleh
diterima masyarakat. Tingkah laku maladaptif ini lebih dikenali sebagai perlakuan atau
perbuatan sama ada dari segi perlakuan dan percakapan yang berunsur negetif dan tidak
boleh diterima oleh masyarakat. Tingkah laku ini boleh dipelajari dari proses peniruan
ataupun didikan serta latihan yang diberikan sama ada secara langsuang ataupun sebaliknya.
Bandura (1965, 1973) telah membuat kajian bahawa kanak-kanak boleh berkelakuan
agresif dengan hanya melihat orang lain bertingkah laku agresif. Beliau mengumpulkan
beberapa orang kanak-kanak lelaki dan perempuan dan menayangkan filem bertingkah laku
agresif. Kanak-kanak tersebut dipecahkan kepada tiga kumpulan. Hasil daripada kajian
tersebut, Bandura mendapati bahawa semua kanak-kanak meniru tingkah laku agresif.
Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan,
persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas
yang ditonjolkan oleh orang lain. Pembelajaran melalui proses pemerhatian merupakan
pembentukan asas terjadinya tingkah laku manusia.
Jelaslah disini bahawa faktor persekitaran yang menyebabkan seseorang individu itu
bertingkahlaku maladaptif. Kita tahu bahawa tingkah laku maladaptif ini tidak disukai oleh
semua masyarakat. Tetapi kenapa masih ramai individu yang suka mengamalkan tingkah
laku maladaptif ini. Salah satu sebabnya ialah mereka merasa bangga dan seronok kerana
mendapat perhatian daripada masyarakat sekeliling.
Faktor-faktor yang menyebabkan manusia bertingkah laku bermasalah yang telah
dikenalpasti ialah factor biologi, makanan, psikologi, pembelajaran dan psikososial.
1) Faktor Biologi:
Adalah berkaitan rapat dengan gen atau hormone yang tidak berfungsi normal.
Misalnya kerosakan gen, kromosom yang berlebihan boleh menyebabkan individu

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

tersebut tidak dapat mengawal emosi dan perlakuannya yang normal sehingga
menimbulkan tingkah laku bermasalah.
2) Faktor Makanan:
Makanan tidak seimbang boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
seseorang akan membawa kesan yang buruk terhadap tingkah lakunya dalam proses
interaksi khasnya di dalam bilik darjah. Kekurangan makanan menyebabkan pelajar
kekurangan tenaga untuk menunpukan perhatian, serta menimbulkan emosi
kerunsingan dan jika tidak dikawal akam menimbulkan tingkah laku bermasalah.
3) Faktor Psikologi:
Merujuk kepada konflik jiwa individu yang tidak disedari, misalnya peristiwa pahi,
sedih, ngeri yang dialami dan terpendam dalam jiwanya akan mencetuskan tingkah
laku bermasalah yang tidak diinggini.
4) Faktor Pembelajaran:
Merujuk kepada bahan atau aktiviti yang kurang sesuai dipelajari oleh seseorang
individu. Kewujudan tingkahlaku bermasalah adalah kerana seseorang itu kurang
mampu mengadaptasi dan mengakomodasikan struktur negetifnya untuk mempelajari
sesuatu yang dianggap terlalu sukar atau komplek.
5) Faktor Psikososial:
Merujuk kepada sesuatu trauma yang sengit dalam masa lampau yang dialami oleh
seseorang, kemudian membawa kesan yang buruk terhadap tingkah lakunya. Trauma
sengit ini menyebabkan individu berkenaan bertindak dengan tingkah laku yang tidak
normal mengikut nilai dan normal masyarakat.

Berikut ialah contoh-contoh tingkah laku maladaptif.


1) Masalah merokok. 6) Mencuri
2) Masalah penyalahgunaan inhalan. 7) Merempit.
3) Vandalisme. 8) Mencabul.
4) Masalah peras ugut. 9) Membunuh.
5) Ponteng sekolah. 10) Menipu.

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

Terdapat pelbagai strategi dan kaedah dalam teori-teori kaunseling yang boleh
digunakan oleh guru atau kaunselor bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah
laku maladaptif ini. Kaunselor boleh membantu klien dengan menjalan sesi bimbingan dan
sesi kaunseling. Boleh juga dilaksanakan secara individu dan kelompok.
Kaunselor boleh menggunakan tiga kaedah yang terdapat dalam teori rasional-emotif
tingkahlaku iaitu:
a) Kaedah Kognitif:
1. Mempertikaikan idea yang tidak rasiona: mencabar idea-idea yang tidak rasional
dengan bertanya soalan-soalan. Contohnya, ‘Apa bukti kepada kepercayaan
anda?’, ‘Di mana ditulis penyataan yang menyatakan anda tidak mampu
berubah?’ Perkataan seperti ‘mesti’, ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ perlu dipersoalkan
supaya klien akhirnya boleh bertanya soalan kepada diri sendiri. ‘Jika hidup tidak
menjadi seperti apa yang saya harapkan, ia bukanlah dahsyat sangat, Cuma saya
rasa kurang selesa’.
2. Kerja rumah kognitif: Klien diharapkan membuat senarai masalah yang dihadapi,
lihat kepercayaannya dan pertikaikan kepercayaan tersebut. Klien diletakkan did
lam situasi mengambil risiko yang boleh membenarkan mereka mencabar
kepercayaan yang mengehadkan kepercayaan diri sendiri. Klien disuruh
mengantikan penyataan kendiri yang negative seperti ‘saya akan gagal’, ‘saya
akan kelihatan seperti orang bodoh’, ‘tidak akan ada orang yang akan suka kepada
saya’ kepada penyataan yang lebih positif seperti ‘walaupun saya bertindak bodoh
pada sesuatu ketika, ini tidak menjadikan saya seorang yang bodoh’. Dengan cara
ini klien belajar menanggani kebimbangan dan dapat mencabar pemikiran tidak
rasional.
3. Menukar penggunaan bahasa seseorang: Klien belajar perkataan ‘mesti’,
‘sepatutnya’ dan ‘seharusnya’ boleh diganti dengan perkataan ‘lebih suka’.
4. Menggunakan unsur kecindan: REBT percaya bahawa gangguan emosi adalah
kesan seseorang terlalu serius tentang sesuatu perkara hingga hilang unsur
kecerian dalam hidup.

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

b) Kaedah Emosi:
1. Rasional-emotif imageri: Satu bentuk latihan mental direkabentuk untuk
membina corak emosi baru. Klien membayangkan diri mereka sedang
berfikir, merasakan dan bertingkahlaku seperti apa yang ia fikirkan, ia rasakan
dan yang ia lakukan.
2. Main peranan: Klien boleh mencuba sesuatu tingkahlaku atau melakukan apa
yang ia rasa dalam sesuatu situasi. Kaunselor mencelah untuk menunjukkan
kepada klien apa yang ia katakana kepada dirinya selalu menganggu hidupnya
dan apa yang ia boleh buat untuk mengubahnya daripada perasaan yang
rasional kepada yang lebih rasional.
3. Menggunakan tenaga: Kita boleh menggunakan kuasa dan tenaga sebagai
satu cara untuk menolong klien bergerak daripada celik akal intelektual
kepada celik akal emosi.

c) Kaedah tingkahlaku:
Menggunakan pelaziman operan, prinsip pengurusan kendiri, teknik bertenang,
latihsn asertif dan modeling.

Apabila seseorang yang melakukan tingkah laku maladaptif ini dapat berfikir secara
rasional. Maka, dia akan dapat berfikir secara waras dalam menentukan sama ada tindakan
yang akan dilakukan atau sedang dilakukannya itu memberi kesan positif atau negetif kepada
dirinya, keluarganya ataupun masyarakat di sekelilingnya.

11
MUHAMAD NASIR BIN GHAZALI
781027 – 09 – 5025
OUMH Bimbingan Dan Kaunseling

RUJUKAN:

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling: Teori-Teori Kaunseling.
Selangor:Penerbitan Multimedia

Sabariah Saron (n.d). Teori kaunseling & Psikoterapi:Teori Tingkahlaku. Pearson Prentice
Hall

Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester
3:Tingkahlaku Bermasalah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Ee Ah Meng (n.d). Bimbingan dan Kaunseling III(Semester V):Langkah-Langkah


Mengenalpasti dan Mengatasi Masalah Disiplin. Fajar Bakti

Jas Laili & Suzana Jaafar (1996). Psikologi Perkembangan:Psikologi Kanak-Kanak dan
Remaja. Selangor:Percetkan Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling: Orintasi Pencegahan dan
Pemulihan. Selangor:Penerbitan Multimedia

Mok Soon Sang (n.d). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen
1&2)Psikoligo Pendidikan&Pedagogi. Kumpulan Budiman

11

You might also like