You are on page 1of 20

Pada tahun 1942 , atas daya usaha Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hassan untuk

mendirikan sebuah sekolah yang berteraskan ajaran Islam. Sehubungan dengan itu
keluarga Allahyarham Tun Haji Mohd Khatib bin Haji Shahid telah mewakafkan wang
sebanyak RM 10,000 untuk merealisasikan cita – cita tersebut .

Sebuah jawatankuasa pengurusan projek telah ditubuhkan pada tahun 1950 yang diberi
nama‘ LUJNAH ‘ yang juga merupakan satu badan dakwah yang aktif di daerah Muar
ketika itu . Badan ‘LUJNAH’ ini telah berjaya mengumpulkan wang hasil sumbangan
dari orang ramai yang berjumlah RM 10,000 . Dengan modal sebanyak RM 20,000 inilah
pada tahun 1963 sebuh sekolah telah didirikan di Jalan Joned Muar yang dikenali dengan
nama ‘Al- Maahad Al – Dini Al – Arabi’ . Sekolah ditadbir oleh sebuah lembaga yang
dianggotai oleh sekumpulan penduduk tempatan yang berpengaruh dan mempunyai cita-
cita untuk mendidik anak- anak dengan pengetahuan agama Islam .

Setelah beroperasi selama tiga tahun di bawah pengembang agama Islam ‘LUJNAH’
Muar, ianya mula menghadapi pelbagai masalah terutama sekali dalam bidang
kewangan . Akhirnya pada tahun 1966 , pihak LUJNAH telah bersetuju untuk
menyerahkan pentadbiran sekolah ini kepada Jabatan Agama Islam Johor . Nama sekolah
ini ditukarkan kepada Sekolah Maahad Muar . Sepanjang sejarahnya sekolah ini telah
banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang berwibawa sebagai pegawai-pegawai agama
dan juga guru-guru agama dalam negeri Johor. Pada tahun 1972 , pihak Jabatan Agama
Islam Johor telah membina bangunan tambahan untuk Maahad Muar .

Oleh kerana tuntutan dan desakan semasa dari orang ramai yang inginkan lulusan sekolah
– sekolah agama diberikan nilai ekonomi yang sewajarnya sebagaimana sekolah–sekolah
akademik yang lain, akhirnya atas persetujuan semua pihak sekolah ini diserahkan
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1977 dan diletakkan di bawah
perhatian khas Bahagian Pendidikan Islam , Kementerian Pendidikan . Dengan itu
bertukarlah kurikulum sekolah ini . Pelajaran akademik mula diperkenalkan di sekolah ini
dengan mata pelajaran Bahasa Arab dan agama Islam Tinggi diwajibkan kepada pelajar-
pelajar sekolah ini . Walau bagaimanapun , orientasi pendidikan tetap menuju ke arah
pendidikan Islam di dalam penghayatan dan amalan Islam ditekankan . Nama sekolah ini
lagi sekali ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar .

Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan dan berakhlak mulia mengikut nilai-nilai


Islam dan bertanggungjawab kepada ALLAH, masyarakat, bangsa dan negara.

 Membina pelajar yang berkualiti dan mempunyai semangat yang kuat untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
 Membina kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa menuntut ilmu itu adalah satu
proses yang berterusan sepanjang hayat. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dan
ia merupakan kekayaan yang mesti digarap dari semasa ke semasa.
 Membina golongan pelajar yang peka terhadap perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka dan mereka akan tertinggal sekiranya bersikap beku, acuh tak
acuh terhadap perubahan yang berlaku.
 Membina golongan pelajar yang menyedari hakikat masyarakat majmuk di
Malaysia memerlukan perpaduan, bertolak ansur, bekerjasama, percaya
mempercayai dan sebagainya yang sesuai dengan nilai-nilai Islam dan mengikut
batas-batas yang ditentukan oleh Islam.
 Membina golongan pelajar yang mempunyai pengetahuan sesuai dengan
penggunaan sains dan teknologi.
 Membina golongan pelajar yang mampu mempertingkatkan mutu pengajaran
Islam dan Bahasa Arab untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke
institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negeri.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar terletak di Jalan Jonid,lebih


kurang dua kilometer di pinggir Bandar Maharani Muar, Johor. Penuntut-penuntut yang
belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada pelajar Islam lelaki dan perempuan yang
datang dari daerah Muar,Batu Pahat dan Pontian dalam negeri Johor.

         Pada awal penubuhan sekolah ini,iaitu pada tahun 1963,ia hanya mempunyai satu
blok bangunan yang diperbuat daripada kayu yang dibina oleh masyarakat Islam
tempatan.Bangunan tersebut dapat mengadakan tiga kelas sahaja iaitu tahun satu,dua dan
tiga.Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian terpaksalah manyambung pelajaran
mereka ke sekolah Maahad di Johor Bahru. Jumlah pelajar pada ketika itu hanya lima
belas orang sahaja.Setelah pentadbiran sekolah ini diserahkan kepada Jabatan Agama
Islam Johor,pihak Jabatan Agama telah membina sebuah bangunan tambahan pada tahun
1972.

          Apabila pentadbiran sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 1977 nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah
Agama Maahad Muar.Pada dasarnya sekolah ini adalah sama seperti sekolah menengah
kebangsaan yang lain. Walau bagaimanapun sekolah ini ada keistimewaannya yang
tersendiri iaitu memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya mengambil mata pelajaran
Bahasa Arab Tinggi dan Bahasa Arab Komunikasi. Keistimewaan lain yang menjadi
matlamat sekolah ini adalah ia berorientasikan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah
Pendidikan Negara.

       Pada tahun 1977 sekolah ini diserahkan pula di bawah pentadbiran Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pada awal pengambilannya oleh pihak Kementerian Pendidikan,
sekolah ini sukar untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat negeri Johor lebih-lebih
lagi dengan keadaan fizikal sekolah yang usang dan uzur dan tidak mempunyai
kelengkapan yang diperlukan bagi sesebuah sekolah menengah.Sehubungan dengan itu
juga kurikulum sekolah bertukar daripada kurikulum asal kepada kurikulum akademik
sepenuhnya.Perubahan inilah yang menjadikan masyarakat tempatan sukar untuk
menerimanya pada peringkat awal.

      Keadaan telah berubah apabila Kementerian Pendidikan telah mendirikan 5 blok
bangunan baru 3 tingkat yang telah selesai pembinaannya pada tahun 1983. Selepas itu
barulah sekolah ini mendapat kepercayaan penuh daripada orang ramai.Lebih-lebih lagi
sekolah ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan SRP dan SPM
setiap tahun.Untuk menampung kekurangan tempat tinggal bagi pelajar-pelajar yang
tinggal berjauhan dari sekolah, bilik darjah dan juga makmal sains, pihak Kementerian
telah membina sebuah asrama puteri 3 tingkat bersama bangunan dewan makan puteri
dan juga 1 blok bangunan makmal sains. Dengan pembinaan bangunan ini, ia dapat
menyelesaikan masalah tempat tinggal pelajar-pelajar, lebih-lebih lagi apabila tingkatan 6
telah diwujudkan pada tahun 1987.Pelajar-pelajar juga dapat belajar matapelajaran sains
dengan lebih efektif lagi dengan penggunaan makmal sains secara optimum.

          Mulai dari tahun 1986, sekolah ini telah memperkenalkan kursus al-Quran dan
Tahfiz. 11 orang pelajar telah dipilih untuk mengikuti kelas tahfiz ini dibawah bimbingan
5 orang guru yang mendapat latihan khas mengenai ilmu al-Quran dan Tahfiz. Matlamat
kursus ini adalah untuk melahirkan generasi yang mahir dengan al-Quran dan hafaz al-
Quran. Selepas tamat tingkatan 5 mereka akan menyambung pelajaran ke Maahad al-
Quran dan Tahfiz di Pusat Islam Kuala Lumpur.
      Pada tahun 1992, sebuah surau yang diberi nama “Surau Muhajirin” yang boleh
memuatkan 300 jemaah telah dibina untuk kemudahan warga Maahad.Pembinaan surau
ini adalah usaha pihak sekolah dan juga PIBG Maahad. Ianya menelan belanja sebanyak
RM 120,000. Pihak sekolah sangat prihatin mengenai kebajikan kakitangan sekolah
terutamanya pihak guru. Untuk memberikan keselesaan berkhidmat di sekolah ini, sebuah
bangunan khas telah dibina pada tahun 1999 untuk dijadikan bilik guru yang dilengkapi
dengan penghawa dingin. Bangunan bilik guru ini kemudiannya diberi nama ‘Al-Ansar’.

          Pihak PIBG sesi 1999/2000 yang begitu prihatin dengan keadaan fizikal sekolah
telah berusaha untuk memberi kemudahan untuk pelajar-pelajar beriadah dan
mengadakan aktiviti-aktiviti yang lain. Pada tahun 2000, berkat doa dan sokongan semua
pihak maka terbinalah sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 6 gelanggang
badminton. Dewan ini digunakan oleh pelajar-pelajar untuk beriadah, perhimpunan
mingguan dan aktiviti-akiviti lain dari masa ke masa.Kedua-dua bangunan Bilik Guru
dan Dewan Besar telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Abdul Ghani bin
Othman, Menteri Besar Johor pada bulan Mei 2000.

        Pada masa sekarang,sekolah ini telah mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan dari masyarakat kerana keistimewaan yang meletakkan falsafah
pendidikan Islam menjadi teras sekolah ini.Bilangan pelajar yang memohon untuk
memasuki sekolah ini tidak kurang 3 ribu orang setiap tahun.Tetapi sekolah ini hanya
mampu untuk menerima kira-kira 180 orang sahaja pelajar tingkatan satu.Jumlah pelajar
semasa sekolah ini,iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 ialah 850 orang. Boleh
dikatakan bahawa sekolah ini sejak ditadbir oleh Kementerian Pendidikan 25 tahun yang
lalu, mempunyai potensi yang amat memberangsangkan dengan melahirkan pelajar–
pelajar yang mengamalkan akhlak mulia serta berjaya dalam bidang kurikulum dan ko-
kurikulum.

        Kini SMKA Maahad Muar bakal langkah maju setapak lagi kerana bakal
dilengkapkan oleh prasarana dan kemudahan fizikal yang baru dan sempurna seperti
makmal komputer, blok pentadbiran serta perpustakaan, asrama lelaki dan perempuan,
dewan besar, surau, kantin sekolah, dewan makan asrama, padang, kuarters guru dan
sebagainya. Semoga ia bakal menjadikan SMKA Maahad Muar antara yang terbilang dari
yang cemerlang pada masa depan kelak. Mudah-mudahan.
 Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beriman kepada Allah sesuai
dengan fitrah manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai satu
tanggungjawab “makhluk” kepada “Khalik”.
 Mendidik generasi pelajar yang berilmu yang sentiasa cintakan ilmu “Fardu Ain”
dan ilmu “Fardu Kifayah” yang menjadi tuntutan ummah. Dengan ilmu itu
manusia sentiasa kreatif berupaya menjadi manusia yang berguna kepada diri
sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
 Mendidik generasi pelajar menjadi manusia yang beramal dengan ilmu yang
didapati untuk memakmurkan bumi ini sesuai dengan tuntutan agama yang
mengkehendaki hambanya menjadi “Khalifah” di bumi ini. Ilmu hanya akan
bernilai sekiranya diamalkan untuk faedah manusia sejagat.

 Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

 Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

 
Bergerak kami majulah bersama
Pelajar agama Maahad Muar
Ke arah satu cita mulia
Untuk nusa bangsa agama

Berusha kami bersama berbakti


Kebersihan keindahan dijaga
Berdisiplin berilmu beriman beramal
Melahirkan maruah sekolah

Usaha biar jaya


Mempunyai azam cita-cita
Walau aral melintang
Tak kan kami berputus asa

Bergerak kami majulah bersama


Pelajar agama Maahad Muar
Ke arah satu cita mulia
Untuk nusa bangsa agama
KEADAAN SEKOLAH DALAM PEMBINAAN

Kuartes rumah guru

Asrama lelaki
Blog sekolah

Majalah sekolah

Guru mata pelajaran


Rakan-rakan

Wikipedia
BADAN BERUNIFORM
 
BIL PASUKAN JENIS PERINGKAT PENCAPAIAN
1 Kadet Polis Pertandingan Kawad KakiDaerah Johan
  GO (P)
Naib Johan Ketua
Platun Terbaik

  Negeri Penyertaan
Pertandingan Kawad Daerah Johan
Kaki GO (L)
Ketua Platun Terbaik
Negeri Johan
Kebangsaan Penyertaan
2 PPI Pertandingan Kawad KakiDaerah Johan
NGO (P)
Ketua Platun Terbaik
3 KRS Pertandingan Kawad KakiDaerah Naib Johan
KRS (P)
4 PBSM Pertandingan Kawad KakiDaerah Ke – 3
NGO (L)
5 Pengakap Pertandingan Kawad KakiDaerah Naib Johan Ketua Platun
NGO(L) Terbaik
6 Kadet Polis Perkhemahan Anjuran Polis Daerah Johan Kebudayaan (L)
  Johan Kawad Individu
(L)
Johan Khemah
Terbaik (L)
Johan Keseluruhan
Negeri Johan
Kebangsaan Penyertaan
7 Silat Pertandingan Silat Seni Daerah Johan Seni Tari Puteri
Ke 3 Seni Jurus Puteri

 
 

PERSATUAN DAN KELAB


 

BIL KELAB JENIS PERTANDINGAN PERINGKAT PENCAPAIAN

1 Kelab Multimedia Anti Dadah Daerah Naib Johan


Kaunseling
Folio Kerja Daerah Naib Johan

Sepanduk Daerah Naib Johan

Negeri Naib Johan

2 Kompang danKompang Formasi Daerah Ke 3


Nasyid
Karnival Nasyid Hari Belia Negeri Johan

Kebangsaan Johan Keseluruhan


Johan Lagu Terbaik
Johan Vokal Terbaik
Festival Nasyid KPM Daerah Johan

Negeri Johan

Kebangsaan Johan

Karnival Anti Dadah Daerah Naib Johan

Marhaban Dan Berzanji Daerah Johan

Negeri Naib Johan

3 Kelab KH danRekabentuk (T3) Daerah Ke 5 (Kumpulan)


Rekacipta
4 Persatuan Bahas Ala Parlimen Daerah Johan
Bahasa
Melayu Negeri Johan

Kebangsaan Johan

Kuiz Sastera Perdana Daerah Johan

Pesta Pantun Daerah Naib Johan

Pidato (Mini Karnival Daerah Johan


B.Melayu Menengah
Rendah)
5 Persatuan Choral Speaking Daerah Ke 4
Bahasa
Inggeris
6 Persatuan Kuiz Ekonomi Asas Daerah Individu – Ke 4
Prinsip Akaun Kumpulan – Ke 3
& Ekonomi
Asas Kuiz Prinsip Akaun Daerah Individu – Ke 5

Negeri Naib Johan

7 KKQ , AgamaIhtifal SMKA Kebangsaan Ke 3


Islam &(Kalimatus Saobah)
Bahasa Arab Ihtifal SMKA (Kuiz KKQ) Ke 12

Ihtifal SMKA (Qiraat) Ke 10

Ihtifal SMKA Ke 15
(Kuiz Bahasa Arab)
8 KKQ , AgamaMahrajan InstitusiNegeri Johan
Islam &Pendidikan Agama ( Inovasi
Bahasa Arab Modul P&P)

Mahrajan Institusi Johan


Pendidikan Agama
(Qiraat Saba’h)
Mahrajan Institusi Johan
Pendidikan Agama
(Hiwar)

SUKAN DAN PERMAINAN


 
JENIS KATEGORI PERINGKAT PENCAPAIAN
1 Hoki Lelaki Daerah Ke 3
2 Catur Lelaki (15) Daerah (Individu)
(Kumpulan)
Perempuan (15) Daerah (Individu)
(Kumpulan)
Lelaki (18) Daerah (Individu)
(Kumpulan)
Perempuan (18) Daerah (Individu)
(Kumpulan)
Perempuan(15) Negeri Ke 6 ( Individu)
Perempuan(15) Kebangsaan Ke 3 (Kumpulan)
3 Bola Tampar Perempuan (18) Daerah Ke 3
4 Boling Perempuan (18) Daerah Ke 4
Lelaki (15) Ke 3
Lelaki (18) High Game
5 Memanah Terbuka Individu Negeri Ke 6

KHAS ASRAMA
 
BIL JENIS KATEGORI PERINGKAT PENCAPAIAN
1 Tokoh Lelaki Menengah Atas Daerah Johan
  Anugerah
Seri Asrama Perempuan Menengah Naib Johan
Terbilang Atas
  Lelaki Menengah Rendah Johan
Perempuan Menengah Johan
Rendah
Lelaki Menengah Atas Negeri Johan
Perempuan Menengah Naib Johan
Rendah
Lelaki Menengah Rendah Johan
Lelaki Menengah Atas Kebangsaan Ke 3
Lelaki Menengah Rendah Johan
2 Catur ASAT Terbuka Daerah Naib Johan
3 Bola JaringTerbuka Perempuan Daerah Naib Johan
ASAT
Kebangsaan Penyertaan
(suku akhir)
4 Bola SepakTerbuka Lelaki Daerah Ke 3
ASAT
5 Bahas AlaTerbuka Daerah Johan
Parlimen
ASAT Negeri Johan
Kebangsaan Penyertaan
6 Nasyid ASAT Terbuka Daerah Johan
Negeri Johan
Kebangsaan Johan
7 Anugerah Pengurusan Huffaz Terbaik Negeri Terbaik
Sempena Sambutan Maal Hijrah JPNJ

KEPUTUSAN ANUGERAH AKADEMIK SMKA 2009


SMKA MAAHAD MUAR: PMR 2008 – TEMPAT KEDUA BAHASA
ARAB KOMUNIKASI

KEPUTUSAN ANUGERAH KUALITI SMKA 2009

 ANUGERAH PENGURUSAN KOKURIKULUM  – TEMPAT


PERTAMA

You might also like