You are on page 1of 2

SMK FELCRA BUKIT KEPONG

TAKLIMAT PERKHEMAHAN 2010

Tarikh Perkhemahan : 23 – 25 Julai 2010

Masa Perkhemahan : Sepenuh Masa

Tempat Perkhemahan : Hutan Lipur Taka Melor Dan Gunung Cabang Tiga

PERATURAN SEMASA PERKHEMAHAN

Sebagai seorang perserta di dalam Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2010, SMK Felcra Bukit
Kepong,labis, Muar, Johor. Peserta adalah termaktub di bawah peraturan-peraturan seperti di bawah:

1. Peserta hendaklah sentiasa mematuhi jadual perkhemahan yang telah disediakan oleh pihak
penganjur
2. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan perkhemahan semasa program diadakan tanpa
keizinan dari pihak penganjur.
3. Peserta hendaklah mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Baju tidak berkolar, seluar pendek, baju yang menampakkan susuk tubuh bagi peserta
perempuan adalah dilarang sama sekali.
4. Peserta tidak dibenarkan membawa segala peralatan yang dilarang ke dalam kawasan
perkhemahan.
5. Peserta tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman daripada kawasan luar pekhemahan.
Makanan akan disediakan oleh pihak penganjur.
6. Kesemua peralatan perkhemahan hendaklah dibawa sendiri oleh pelajar. Sila Berurusan dengan
guru penasihat unit beruniform masing-masing.
7. Barang-barang perhiasan (gelang, rantai, etc) dan telefon bimbit tidak dibenarkan untuk
dibawah ke kawasan perkhemahan. Jika ada barangan berharga yang dibawa sila serahkan
kepada pihak penganjur. Ini bagi mengelakkan sebarang kes kecurian.
8. Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan yang telah ditentukan oleh pihak
penganjur dan juga pihak perhutanan Negeri Sembilan
9. Pelajar dibenarkan mandi sungai apabila terdapat pengawasan dan keizinan daripada pihak
penganjur. Keselamatan pelajar adalah keutamaan pihak penganjur.
10. Keselamatan pelajar adalah tanggunjawab pelajar sendiri jika pelajar mengingkari peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Saya,__________________________________________________, peserta Perkhemahan Perdana Unit


Beruniform 2010, telah membaca, memahami dan diberi taklimat tentang peraturan perkhemahan pada
_________________ pukul ______________ bertempat di _______________________________. Jika
saya didapati melanggar mana-mana peraturan di atas, maka saya adalah bertanggungjawab ke atas
segala tindakan saya.
Yang Benar, Saksi,

__________________________________ __________________________________

You might also like