You are on page 1of 12

PENANG FREE SCHOOL

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Analisis Penyata Kewangan


Perakaunan Tingkatan 6

Disediakan oleh :
Saleha binti Salleh

10 Januari 2009
Objektif :
1. memahami maksud analisis penyata kewangan.
2. mengenalpasti kepentingan analisis kewangan.
3. membezakan analisis perbandingan dengan analisis nisbah.
4. mengira nisbah-nisbah kecairan, keberuntungan dan nisbah mampu bayar.
5. menginterpretasi hasil pengiraan nisbah.
6. mengenalpasti batasan atau limitasi analisis penyata kewangan.

PENGENALAN
Penyata kewangan sesebuah firma berguna kepada kumpulan pengguna dan pihak-
pihak yang berkepentingan untuk menilai prestasi firma tersebut. Pengguna-pengguna
penyata kewangan biasanya terdiri daripada pihak dalaman dan luaran syarikat.
Pengguna Dalaman
Pihak dalaman mewakili pihak pengurusan yang menggunakan penyata kewangan
untuk membuat analisis dan perbandingan prestasi setiap jabatan atau perbandingan
dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini penting untuk tujuan perancangan dan pengawalan.
Kesatuan sekerja juga merupakan pengguna penyata kewangan firma. Prestasi
syarikat akan memberi petunjuk kepada persatuan sekerja tentang kadar pembayaran gaji
dan imbuhan adakah selari dengan pencapaian syarikat bagi sesuatu tempoh masa.
Maklumat ini akan digunakan dalam proses perundingan atau tuntutan bayaran gaji.

Pengguna Luaran
Pihak luaran juga berminat untuk mendapatkan maklumat kewangan sesebuah
firma. Pihak-pihak seperti pemegang syer, pemegang debentur, bakal pelabur, syarikat
kewangan ,pemiutang mahupun pesaing berminat untuk meneliti prestasi kewangan
syarikat.
 Pemegang syer pastinya memerlukan maklumat kewangan syarikat untuk
mengetahui keberuntungn syarikat dan peratus pembayaran dividen atau
perkembangan perniagaan.
 Bagi pemegang-pemegang debentur pula ingin memastikan kebolehan syarikat
untuk membayar faedah dan kemampuan syarikat membayar balik debentur.
 Maklumat kewangan juga berguna kepada bakal-bakal pelabur yang ingin membuat
pelaburan baru untuk memilih syarikat yang boleh memberi pulangan pelaburan
yang tinggi.
 Syarikat-syarikat kewangan dan syarikat kredit juga sentiasa mengikuti
perkembangan prestasi kewangan syarikat untuk menilai kedudukan syarikat
tersebut sama ada mampu membayar balik pinjaman atau untuk meluluskan
pinjaman baru.
 Pemiutang-pemiutang juga berminat untuk melihat kecairan modal kerja syarikat ,
adakah syarikat mampu bayar liabilitinya dalam tempoh yang telah ditetapkan.
 Begitu juga dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama akan sentiasa
menggunakan maklumat kewangan syarikat untuk membuat perbandingan dengan
prestasi mereka.

Matlamat penyata kewangan adalah untuk memberi gambaran sebenar mengenai


kedudukan kewangan sesebuah syarikat termasuklah kedudukan kewangan semasa,
prestasi masa lampau dan prospek masa hadapan. Oleh kerana itulah, laporan penyata
kewangan hendaklah menuruti konvensyen pendedahan penuh (full disclosure) yang telah
ditetapkan dalam Financial Reporting Standards (FRS) oleh Malaysian Accounting Standards
Board (MASB). FRS telah menetapkan maklumat-maklumat minimum yang perlu dilaporkan
dalam Penyata Tahunan sesebuah syarikat.
Sumber utama maklumat yang digunakan untuk membuat analisis termasuklah :
1. penyata pendapatan
2. kunci kira-kira
3. penyata aliran tunai
4. nota kepada penyata kewangan
5. kaedah perakaunan yang digunakan
6. keputusan-keputusan kewangan yang telah dibuat
7. laporan juruaudit
8. data kewangan untuk tahun sebelumnya untuk perbandingan

KAEDAH ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Dua kaedah yang biasa digunakan untuk menganalisis penyata kewangan ialah Analisis
Perbandingan dan Analisis Nisbah.

ANALISIS PERBANDINGAN
Analisis perbandingan dibuat berdasarkan kepada 3 asas iaitu :
1. Asas Intera Syarikat - data-data dalam syarikat itu sendiri dibandingkan dengan
item-item yang serupa tetapi dalam tahun yang berlainan.
2. Asas Antara Syarikat - item-item dibandingkan antara satu syarikat dengan syarikat
yang lain dalam tahun yang sama sama ada syarikat itu merupakan syarikat subsidari
dalam satu syarikat induk atau syarikat yang sama industrinya tetapi secara individu.
3. Asas Purata Industri - perbandingan dibuat dengan purata industri di mana syarikat
itu beroperasi. Contoh Syarikat A (syarikat barangan elektrik) dibanding dengan
angka industri dari pelbagai syarikat pengeluar barangan elektrik.

Dua jenis analisis perbandingan adalah secara menegak dan secara melintang.
Analisis menegak menganalisis komponen atau item dalam penyata pendapatan dan
kunci kira-kira menggunakan peratusan yang relatif. Bermaksud , setiap item dibandingkan
dengan satu item asas dalam penyata pendapatan contohnya jualan bersih dan dalam kunci
kira-kira item dibandingkan dengan jumlah aset bersih.
Analisis melintang (analisis arah aliran) pula membuat perbandingan data-data laporan
kewangan dengan menggunakan satu tahun tertentu sebagai tahun asas perbandingan.
Contohnya, peratus pulangan atas jualan tahun 2002 dan tahun 2003 dibandingkan dengan
peratus tahun 2001 yang dijadikan tahun asas perbandingan.

ANALISIS NISBAH
Analisis nisbah digunakan untuk menunjukkan hubungan antara satu kuantiti dengan
kuantiti yang lain. Hubungan ditunjukkan dalam bentuk peratus, kadar atau nisbah. Analisis
nisbah boleh dibahagikan kepada :
1. Nisbah Kecairan
2. Nisbah Keberuntungan
3. Nisbah Mampu Bayar

Nisbah Kecairan
Nisbah kecairan mengukur kemampuan jangka pendek sesebuah syarikat untuk membayar
hutang atau obligasi-obligasi mereka yang sudah cukup tempoh dan untuk memenuhi
keperluan tunai yang tidak dijangka. 5 jenis nisbah yang digunakan dalam analisi nisbah
kecairan adalah :
1. Nisbah Cepat
 nisbah cepat menunjukkan hubungan antara tunai, sekuriti boleh pasar dan
penghutang bersih dengan liabiliti semasa.
 ia menunjukkan kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendeknya dengan cepat atau serta merta.
 Formula :

Nisbah Cepat = Tunai + Sekuriti Boleh Pasar + Penghutang Bersih


-------------------------------------------------------------------
Liabiliti Semasa

2. Nisbah Semasa
 nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset semasa dengan liabiliti
semasa.
 juga disebut nisbah modal kerja.
 ia digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau kemampuan syarikat untuk
membayar hutang jangka pendek.
 Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan syarikat membayar
hutang jangka pendeknya dalam tempoh kurang daripada 12 bulan.
 Formula :

Nisbah Semasa = Aset Semasa


------------------------
Liabiliti Semasa
3. Pusing Ganti Inventori
 Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori dijual dalam satu
tempoh tertentu (biasanya 12 bulan – satu tempoh perakaunan)
 Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan syarikat membeli
inventori baru dan ini bermakna jualan adalah baik.
 Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan pengurusannya.
Jika jumlah inventori yang disimpan adalah kecil, pengurusan dianggap baik.
 Formula :

Pusing Ganti Inventori (Stok) = Kos Jualan


---------------------
Stok Purata
** Stok purata = stok awal + stok akhir
2

4. Pusing Ganti Akaun Belum Terima


 Nisbah ini mengukur berapa kali secara puratanya penghutang boleh dikutip
dalam satu-satu tempoh.
 Menunjukkan cepatnya aset semasa ditukarkan kepada tunai. Ini juga
menunjukkan kecekapan syarikat dalam aktiviti pemberian kredit dan
pengutipan hutang.
 Semakin tinggi nisbah pusing ganti Akaun Belum Terima maka semakin cekap
syarikat dalam mengendalikan penghutangnya.
 Formula :

Pusing Ganti Akaun Jualan Bersih – Jualan tunai


Belum Terima = ----------------------------------------------------------
Purata Baki Penghutang Bersih

5. Purata Tempoh Kutipan


 menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip hutang. Tujuannya untuk
menilai keberkesanan polisi kredit dan polisi pengutipan yang diamalkan oleh
syarikat.
 Formula :

Purata Tempoh Kutipan = 365 hari


----------------------------------------------
Pusing Ganti Akaun Belum Terima

 Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh kutipan sama atau
hampir sama panjang masanya yang dibenarkan dalam syarat jualan kredit.
Contoh : Syarikat Menara Persada Berhad
Penyata Pendapatan Berbanding bagi tahun berakhir 31 Disember

2004 (RM) 2003 (RM)


Jualan (bersih) 592 500 579 750
Tolak : Kos Jualan (370 500) (342 000)
Untung Kasar 222 000 237 750
Belanja-belanja operasi 165 000 180 750
Belanja faedah 11 250 16275
Belanja cukai pendapatan (28%) 12 810 11 403
Jumlah Perbelanjaan 189 060 2208 428
Pendapatan Bersih 32 940 29 322

Syarikat Menara Persada Berhad


Kunci Kira-kira Berbanding bagi tahun berakhir 31 Disember

2004 (RM) 2003 (RM)


Aset Semasa
Tunai 15 000 113 500
Sekuriti Boleh Pasar 15 750 18 750
Akaun Belum Terima (Bersih) 59 250 55 500
Inventori 157 500 152 250
Belanja Terdahulu 3 000 3 750
Jumlah Aset Semasa 250 500 243 750
Aset Tetap
Loji dan Peralatan 120 000 105 750
Jumlah Aset 370 500 349 500
Liabiliti Semasa
Akaun Belum Bayar 57 750 48 000
Nota Belum Bayar 30 000 22 500
Jumlah Liabiliti Semasa 87 750 70 500
Liabiliti Jangka Panjang
Bon Belum Bayar 105 000 105 000
Jumlah Liabiliti 192 750 175 500
Ekuiti Pemegang Saham
Saham Keutamaan 30 000 30 000
Saham Biasa, nilai tara RM1.50 sesyer 97 500 97 500
Modal berbayar tambahan 26 250 26 250
Pendapatan tertahan 24 000 20 250
Jumlah Ekuiti Pemegang Saham 177 750 174 000
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 370 500 349 500
Maklumat tambahan :
 dalam tahun 2004, Syarikat Menara Persada Berhad telah mengisytihardan
membayar dividen tunai ke atas saham keutamaan sebanyak RM1 200.
Dividen saham keutamaan tahun 2003 adalah RM1 100.
 Pemegang saham biasa pula menerima dividen tunai sebanyak RM9 000 bagi
tahun 2004 dan RM8 000 bagi tahun 2003.
 Pada 31 Disember 2003, harga pasaran saham biasa ialah RM10.50 sesaham
dan pada 31 Disember 2004 ialah RM12.00 sesaham.

a) Nisbah Cepat
2004 2003

b) Nisbah Semasa
2004 2003

c) Pusing Ganti Inventori


2004 2003

** andaian inventori awal 2003 RM149 000

d) Pusing Ganti Akaun Belum Terima


2004 2003
** andaian : jualan tunai tahun 2004 =RM222 500, tahun 2003 =RM250 000 dan ABT awal tahun 2003 = RM53 000

e) Purata Tempoh Kutipan


2004 2003

Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil atau keupayaan operasi sesebuah
perniagaan bagi suatu tempoh tertentu. Nisbah yang berkaitan dengan keberuntungan
adalah :
1. Margin Untung
 digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil bersih daripada
jualan bersih bagi suatu tempoh.
 Formula :

Margin Untung = Pendapatan Bersih


------------------------------ x 100
Jualan Bersih

2. Pusing Ganti Aset


 digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan perniagaan
menggunakan asetnya untuk menjana jualan.
 Formula :

Pusing Ganti Aset = Jualan Bersih


-------------------------
Aset Purata

3. Pulangan Atas Aset


 mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan.
 Formula :

Pulangan Atas Aset = Pendapatan Bersih


---------------------------- x 100
Aset Purata

4. Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham


 mengukur keberuntungan pemegang saham biasa.
 ia menunjukkan amaun pulangan yang diperoleh bagi setiap ringgit yang
dilaburkan oleh pemilik atau pemegang saham biasa
 Formula :

Pulangan atas Ekuiti = Pendapatan Bersih


Pemegang Saham Biasa ------------------------------ x 100
Purata Ekuiti Pemegang Saham Biasa

5. Perolehan Sesaham
 mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh syarikat bagi setiap
saham biasa yang diterbitkan.
 Formula :
Perolehan Sesaham = Pendapatan Bersih
-------------------------------------
Jumlah saham biasa diterbitkan (unit)

6. Nisbah Harga Perolehan


 mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan perolehan
sesaham syarikat.
 ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan syarikat pada
masa akan datang.
 Formula :

Nisbah Harga Perolehan = Harga Pasaran Saham biasa


-----------------------------------------
Perolehan Sesaham

7. Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen)


 mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam bentuk dividen
tunai.
 syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi akan mencatatkan
nisbah bayar keluar yang rendah kerana sebahagian besar daripada
pendapatan bersih syarikat akan dilaburkan semula.
 Formula :

Nisbah bayar keluar = Dividen tunai


-------------------------
Pendapatan Bersih

Nisbah Mampu Bayar


Nisbah mampu bayar mengukur kemampuan dan keupayaan sesebuah perniagaan untuk
meneruskan operasinya dalam jangka masa panjang. Nisbah yang berkaitan dengan
keberuntungan adalah :
1. Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset
 digunakan untuk mengukur peratusan jumlah aset yang diperoleh melalui
pembiayaan pemiutang.
 Formula :

Nisbah Hutang Atas Jumlah Aset = Jumlah Liabiliti


---------------------- x 100
Jumlah Aset

2. Bilangan Perolehan Faedah (Nisbah Liputan Faedah)


 mengukur kemampuan syarikat untuk memenuhi keperluan pembayaran
faedah apabila pembiayaan seperti pinjaman mencapai tempoh matang.
 semakin tinggi bilangan perolehan faedah, semakin kukuh kedudukan
syarikat.
 Formula :

Bilangan perolehan faedah = Pendapatan Sebelum Cukai dan Belanja Faedah


----------------------------------------------------------------
Liabiliti Semasa

3. Nisbah Hutang Atas Ekuiti


 mengukur peratusan jumlah ekuiti yang dibiayai oleh hutang.
 semakin rendah nisbah hutang atas ekuiti , semakin tinggi kemampuan
syarikat membayar semula kepada pemegang saham.
 Formula :

Nisbah Hutang Atas Ekuiti = Jumlah Liabiliti


---------------------- x 100
Jumlah Ekuiti

LIMITASI ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Walaupun analisis penyata kewangan banyak memberi menfaat kepada pihak-pihak
berkepentingan sama ada luaran atau dalaman, analisis ini juga mempunyai beberapa
kekangan atau kelemahan. Antaranya :
1. apabila perbandingan dibuat antara satu firma dengan satu firma yang lain, pastinya
setiap firma mempunyai perbezaan dari segi penggunaan pelbagai kaedah untuk
menilai serta mempersembahkan item-item dalam penyata kewangan. Misalnya
untuk penilaian inventori, ada syarikat menggunakan kaedah MDKD dan ada yang
menggunakan kaedah MKKD menyebabkan nilai inventori akhir tidak dapat
dbandingkan dengan tepat.

2. data penyata kewangan yang digunakan sebagai asas pengiraan dinyatakan pada
nilai kos sejarah dan bukannya pada nilai semasa. Ini bermakna keputusan yang akan
dibuat untuk tindakan pada masa akan datang adalah berdasarkan kepada prestasi
lepas.

3. penyata kewangan mengandungi banyak data yang diperoleh melalui anggaran


contohnya peruntukan hutang ragu dan susutnilai. Ini mengakibatkan pengiraan
menjadi tidak tepat.

4. bagi syarikat yang mempunyai pelbagai subsidiari pastinya setiap subsidiari


menjalankan perniagaan yang berbeza dengan syarikat lain. Oleh itu nisbah seperti
pusing ganti inventori adalah tidak selaras.

5. masalah kemanusiaan juga membataskan pemilihan nilai-nilai untuk dianalisis dan


penilaian dalam membuat keputusan pastinya tidak sama.

6. kesan perubahan harga juga memberi kesan ke atas penilaian analisis.

7. firma yang berlainan akan mempunyai pola pemilikan aset yang berbeza walaupun
dalam industri yang sama, contohnya syarikat yang menyewa bangunan dan
memiliki bangunan sendiri. Nilai aset juga mungkin tidak dapat dibandingkan
sekiranya sebuah syarikat itu telah membuat penilaian semula aset pada tahun
tersebut tetapi syarikat yang dibandingkan belum membuat penilaian semula
asetnya pada tahun yang sama.

You might also like