You are on page 1of 15

1.

PENGENALAN
Makanan adalah sesuatu bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk
pepejal atau cecair. Makanan terdiri daripada bentuk, rupa, warna, tekstur, rasa dan bau
yang berlainan. Makanan mempunyai satu atau gabungan pelbagai rasa iaitu masin,
manis, pahit, masam dan pedas.
Tekstur makanan bermaksud kelembutan, kelicinan, kekerasan, kegaringan dan
kekasaran sesuatu makanan. Warna dan bau makanan boleh menimbulkan selera atau
sebaliknya. Warna menggambarkan mutu makanan.
Pemakanan adalah kajian saintifik terhadap pengambilan makanan dan fungsinya
kepada tubuh badan manusia. la meliputi jenis dan kuantiti nutrien untuk proses
pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan tubuh. Diet yang dirancang dengan baik
mengandungi semua nutrien dalam kuantiti yang diperlukan untuk memastikan kesihatan
yang optimum.
Makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan utama mengikut
fungsi makanan iaitu:
1. Pembina tubuh.
 Makanan yang membantu pembinaan dan pemulihan sel rosak melalui nutrien,
protein, garam mineral dan air.

2. Makanan pemberi tenaga.


 Makanan yang memberikan tenaga kepada tubuh badan melalui nutrient tenaga,
lemak dan protein. Tenaga digunakan untuk menjalankan segala aktiviti luar dan
dalam tubuh seperti pergerakan ,gerakan jantung, pernafasan dan perkumuhan.

3. Makanan pencegah penyakit.


 Makanan yang mengawal dan menjaga kesihatan tubuh badan melalui nutrien.

1
MAKANAN PEMBINA TUBUH

MAKSUD :
Makanan yang membantu pembinaan dan pemulihan sel rosak melalui nutrien, protein,
garam mineral dan air.

JENIS NUTRIEN YANG BERKAITAN


- Protein

FUNGSI ASAS NUTRIEN :


a) Protein
 Protein mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H), oksigen (0) dan nitrogen
(N). Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah
sebagai enzim dan pigment respiratori.
 Antara fungsi utama protein kepada tubuh badan ialah:
a) Membina sel-sel baru
b) Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
c) Membina enzim dan hormon
d) Menghasilkan tenaga apabila kekurangan karbohidrat dan lemak.
e) Mengelakkan dihinggapi penyakit kwasyiorkor.
 Unit asas bagi protein ialah asid amino.
 Terdapat 20 jenis asid amino penting yang diperlukan untuk mensintesis protein.
Antara contohnya ialah :
 Contoh-contoh asid amino yang diperlukan oleh orang dewasa :
a) Leusina
b) Isoleusina
c) Lisin
d) Metionina
e) Fenilalanina
f) Treonina

2
 Contoh-contoh asid amino yang diperlukan oleh kanak-kanak :
a) Hestidina
b) Arginina
 Protein haiwan mengandungi asid amino penting yang tidak boleh dibina dalam
tubuh badan manusia.

CONTOH-CONTOH SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI PROTEIN


a) daging tanpa lemak

b) ikan

3
c) kacang

d) gandum

KESAN-KESAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN PROTEIN


1. Asid amino yang berlebihan dipecahkan kepada nitrogen dan karbon
2. Karbon yang berlebihan akan ditukar kepada lemak dan menjadi tisu adipos di
bawah kulit
3. Nitrogen yang berlebihan ditukar kepada urea dan dikeluarkan melalui air
kencing. Jika terlalu berlebihan akan menjadi asid urik dan berkumpul di sendi
tubuh

4
KESAN KEKURANGAN PENGAMBILAN PROTEIN
1. Menyebabkan penyakit marasmus dan edema
2. Merosakkan seluruh sel badan dan mengurangkan daya tahan terhadap penyakit.
3. Tumbesaran kanak-kanak menjadi terbantut.
4. Menyebabkan terencat akal serta kecacatan otak yang berkekalan.
5. Menyebabkan tekanan darah rendah, pengaliran darah yang tidak sempurna dan
biasanya mengidap anemia.
6. Luka lambat sembuh, pandangan menjadi kabur dan berlakunya penyakit
sembelit.

5
MAKANAN PEMBERI TENAGA
MAKSUD
Makanan yang memberi tenaga kepada tubuh untuk melakukan aktiviti luaran seperti
bergerak dan dalam tubuh seperti pergerakan jantung, pernafasan dan perkumuhan

JENIS-JENIS NUTRIEN YANG BERKAITAN


a. Karbohidrat
 Mengandungi unsur karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (0).
 Merupakan pembekal sumber tenaga dan haba untuk semua aktiviti tubuh.
 Unit asas bagi karbohidrat ialah glukosa. Semua karbohidrat mengandungi
gula.
 Karbohidrat boleh dikelaskan kepada monosakarida, disakarida dan
polisakarida.

b. Lemak
 Lemak mengandungi unsur karbon (C), hidrogen(H) dan oksigen (0).
 Lemak merupakan sumber makanan tenaga dan ia membekalkan tenaga
yang lebih berbanding karbohidrat.
 Lemak mesti dihancurkan oleh proses pencernaan sebelum diserap untuk
kegunaan di dalam tubuh badan.
 Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol.

FUNGSI ASAS NUTRIEN


a. Karbohidrat
- Membekalkan haba dan tenaga untuk pelbagai aktiviti tubuh badan.
- Bijirin dan roti membekalkan zat protein kepada tubuh badan.
- Selulosa merangsang saluran pencernaan (pelawas) badan.
- Makanan mengandungi karbohidrat memberi tambahan selera kepada hidangan
sedia ada.

6
b. Lemak
- Membekalkan tenaga terutama untuk memanaskan tubuh badan dan menetapkan
suhu badan.
- Lemak membentuk simpanan bahan api.
- Lemak haiwan membekalkan vitamin A, D, E, K yang larut kepada tubuh badan.
- Lemak daripada hati ikan membekalkan tambahan vitamin A dan E.
- Lemak bertindak sebagai penebat di sekeliling badan dan mencegah haba keluar
daripada badan.
- Melambatkan seseorang menjadi cepat lapar.

CONTOH-CONTOH SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI


1. KARBOHIDRAT
a. buah anggur

b. Ubi keledek

7
2. LEMAK
a. Telur

b. Minyak zaitun

KESAN-KESAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN


a. Karbohidrat
- Berat badan semakin bertambah
- Ditukarkan kepada lemak dan disimpan di bawah kulit
- Ditukarkan kepada glikogen dan disimpan di dalam hati

b. Lemak
- Lemak akan disimpan dan berlaku kegemukan
- Mudah diserang penyakit jantung dan darah tinggi akibat pemendapan kolesterol
dalam salur darah

8
KESAN-KESAN PENGAMBILAN BERKURANGAN
a. Karbohidrat
- Turun berat badan
- Keletihan, kelaparan dan kesejukan
- Mudah dijangkiti penyakit

b. Lemak
- Berat badan berkurangan
- Seseorang itu akan menjadi cepat lapar
- Selaput mata menjadi kering akibat kekurangan vitamin A yang terdapat di dalam
lemak
- Jika berlaku kekurangan Vitamin A yang terdapat di dalam lemak menjadi
kritikal, seseorang itu akan menghidap xerophthalmia (bahagian tepi mata yang
berkudis dan berair)
- Kulit menjadi keras dan kasar terutamanya pada bahagian tangan, dada, belakang
dan bahagian paha
- Penyakit ekzema (bintik-bintik berair di kulit disertai rasa gatal dan bernanah)
yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

9
MAKANAN PENCEGAH PENYAKIT

MAKSUD
Makanan yang mengawal dan menjaga kesihatan tubuh badan

JENIS-JENIS NUTRIEN YANG BERKAITAN


a. Vitamin
 Vitamin mula dijumpai dalam tahun awal kurun ke dua puluh. Ianya tidak
mempunyai nilai tenaga tetapi kebanyakan vitamin tidakboleh disintesis oleh
tubuh.
 Keperluan vitamin adalah dalam jumlah yang sangat kecil tetapi mempunyai
implikasi atau kesan yang sangat ketara.
 Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :
1. Vitamin larut air.
- Vitamin B Kompleks dan Vitamin C.
- Tidak boleh disimpan di dalam badan. Perlu dibekalkan setiap hari
2. Vitamin larut lemak.
- Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K.
- Boleh disimpan di dalam badan dan tidak perlu dibekalkan setiap hari.

b. Garam mineral
 Garam mineral ialah bahan tak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil
untuk mengekalkan kesihatan badan.
 Unsur-unsur mineral yang penting kepada kita termasuklah kalsium, fosforus,
besi, iodin, natrium dan fluorin.
 Unsur-unsur garam mineral ini diperolehi daripada haiwan dan tumbuhan yang
dimakan.

10
FUNGSI ASAS NUTRIEN
a. Vitamin
1. Vitamin A
 Memelihara kesihatan kulit supaya licin dan sihat
 Membina rodopsin bagi penglihatan mata semasa pencahayaan
 Mengawal pertumbuhan tulang dan gigi kanak-kanak
2. Vitamin D
 Membantu penyerapan kalsium dan fosforus di usus kecil
 Membentu pembentukan gigi dan tulang yang kuat
3. Vitamin E
 Sebagai antioksida untuk mengelakkan pencemaran makanan
4. Vitamin K
 Membantu proses pembekuan darah
 Bersama kalsium menukarkan protombin ke trombin untuk membina fibrin

b. Garam mineral
1. Kalsium
 Membentuk kekuatan dan kekerasan tulang
 Membantu proses pembekuan darah
 Mengaktifkan enzim untuk metabolisme tubuh
 Membantu fungsi otot dan saraf
2. Fosforus
 Membina dan menguatkan gigi dan tulang
 Membantu pengawalan cecair tubuh
 Membantu pengeluaran tenaga
3. Magnesium
 Mengawal ketegangan otot
 Membantu kestabilan system saraf
 Membantu proses metabolisme tubuh

11
CONTOH-CONTOH SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI :
1. VITAMIN
a. Lobak merah

b. Tomato

12
B. Garam mineral
a. Sayuran hijau

b. Oat

KESAN-KESAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN


a. Vitamin
- Keguguran rambut
- Sakit tulang
- Loya
- Dahaga
- Pertumbuhan terbantut
- Kerosakan pada hati

13
b. Garam mineral
- Batu karang
- Mengganggu fungsi buah pinggang
- Penyakit kalsium terbentuk di luar tulang khasnya dalam buah pinggang
- Toksik
- Dikumuhkan

KESAN-KESAN PENGAMBILAN BERKURANGAN


a. Vitamin
- Penglihatan menjadi kabur
- Jangkitan pada saluran pernafasan, pencernaan dan perkumuhan kerana membran
kering
- Menjejaskan kekuatan gigi dan tulang
- Penyakit tulang membengkok ke dalam bagi kanak-kanak

b. Garam mineral
- Tumbesaran terganggu
- Pembentukan gigi dan tulang terganggu
- Otot menjadi lemah
- Radang saraf
- Penyakit tetanus

14
15

You might also like