You are on page 1of 8

PENGENALAN

Genogram atau Potret keluarga merupakan gambaran menyeluruh dari keluarga asal dan

keluarga sekarang (bagi yang sudah menikah), baik dari pihak ibu dan ayah atau dari pihak

suami mahupun isteri. Genogram berfungsi untuk menyatakan karakter dari peribadi-peribadi

yang terkait dengan diri kita sendiri kerana diri kita dibentuk dalam lingkungan sosial primer

keluarga. Ayah dan ibu berpengaruh atas peribadi kita, begitu pula masing-masing orang tua

telah dipengaruhi oleh ayah dan ibu mereka, begitu seterusnya.

Begitu kuatnya pengaruh keluarga terhadap pembentukan karakter seseorang. Bila karakter yang

terbentuk itu positif maka hal demikian amat baik. Akan tetapi yang sering terjadi adalah

terbentuknya pengaruh negatif pada diri kita, kerana mengalami salah didik (salah asuhan) dan

perlakuan tidak menyenagkan lainnya di masa lalu. Masa lalu memang telah selesai. Namun

negatif masa itu harus diatasi, supaya keperibadian pada masa sekarang dan masa akan datang

menjadi lebih positif.

Genogram juga merupakan satu gambaran tentang sesebuah keluarga yang berbentuk geometri,

garisan dan perkataan (Sherman, 1993). Ianya merangkumi maklumat berkaitan pekerjaan,

kesihatan, perkahwinan dan perkara lain dalam sesebuah keluarga, termasuk perhubungan ahli

keluarga lain sekurang-kurangnya tiga generasi. Melalui genogram ia dapat membantu

seseorang dalam sesebuah keluarga melihat dan memahami corak sejarah dan perkara yang tidak

mengacam oleh proses ini dan dapat membantu doctor keluarga mengumpul maklumat sebnyak

mungkin dalam jangka masa yang pendek. Tambahan pula, genogram dapat menambahkan

“kesalingfahaman dan toleransi” antara mereka dalam pembinaan genogram ini (Sherman, 1993,

m.s 91).

1
Terapi keluarga Bowen “menasihatkan kita supaya kembali, kembali, kembali dan ke atas, atas,

atas” pokok keluarga mereka untuk melihat ‘pengitaran semula’. Keadaan ini bukan sahaja

untuk mendapatkan maklumat malah melahirkan perasaan dalam konteks dan persekitaran

seseorang yang wujud semasa proses pembentukan individu. (White, 1978, m.s 25-26) Proses

ini menggalakkan pemindahan tindakbalas emosi kepada pengenalan yang jelas. Data dalam

genogram diteliti untuk pengulangan corak seperti segitiga, potongan dan pencatuman,

kebetulan tarikh lahir seperti kematian atau umur berlakunya sesuatu tanda penyakit dan kesan

perubahan serta peralihan kitaran keluarga yang luar biasa seperti perkahwinan, kematian dan

kelahiran anak (Mc Goldrick and Gerson, 1985, m.s 38). Pada dasarnya Bowen telah

menyatakan bahawa seseorang individu itu hanya dengan memeriksa dan membetulkan pola

yang dipindahkan daripada generasi sebelumnya, mereka lebih cenderung untuk mengulang

tingkah laku dalam keluarga mereka sendiri (Kerr, 1988). Peluang jenis yang mempunyai pola

berulang-ulang ini secara khusus sama ada ‘telalu bertindak secara emosional (emosionally over

involved). Sebagai contoh ‘emosi terputus’ (emotionally Cutoff iaitu terkenal melalui corak

penghidaran daripada orang lain, sama ada secara fizikal atau psikologikal. Bowen turut

mengaitkan dirinya dengan sistem emosi keluarga. Kunci elemen terapi keluarga Bowen adalah

terdapat satu kebimbangan yang kronik dalam semua kehidupan yang datang daripada linkungan

kehidupan yang lalu (Friedman, 1991, m.s 139) kebimbangan ini berlaku secara emosional,

fizikal dan dikongsi bersama oleh semua protoplasme.

GENOGRAM KELUARGA ROHANIZA


2
Yusof bin Ahmad Zaharah bt Abu Embong bin Ali Wok bt Abdullah
02.01.1926 22.03.1922 12.04.1924 10.02.1924
Berniaga Surirumah Berniaga Berniaga
Berniaga

Fatimah bt Yusof
01.11.1948
Surirumah

Husin bin Yusof Zainun bt Embong


14.04.1946 30.08.1948
Kerajaan Berniaga

Mohd Rodzi Mohd Anuar Mohd Nasarudin Rohaniza


06.06.1966 15.07.1968 21.04.1977 09.07.1979
Polis JPJ Kilang Bank

SIMBOL

Lelaki Meninggal dunia

Perempuan Meninggal dunia

HURAIAN GENOGRAM KELUARGA ROHANIZA

3
.Berdasarkan kepada keputusan SDS dan genogram keluarga saya yang telah dilakarkan, inilah

analisa bagaimana ianya mempengaruhi kerjaya saya pada masa ini.

Merujuk kepada keputusan SDS yang dikepilkan, SDS sosial merupakan markah tertinggi diikuti

konvesional dan enterprising (keusahawanan). Menurut Holland, personaliti sosial menunjukkan

saya mempunyai ciri-ciri seorang yang bertanggungjawab, suka bersosial, suka membantu, baik

hati, murah hati, empati, suka bekerjasama, peramah, seorang pemimpin yang baik, suka

membuat kebajikan kepada orang tanpa mengharapkan ganjaran. Ini dapat dilihat melalui

genogram dimana walaupun saya merupakan anak perempuan tunggal, saya juga

bertanggungjawab untuk menyatukan adikberadik jika terdapat perselisihan faham. Saya juga

seorang yang empati kerana sebagai seorang kaunselor perlulah ada ciri-ciri tersebut. Selain itu,

SDS sosial juga menunjukkan seorang yang suka membantu dan cekap dalam hubungan

kemanusiaan serta pendidikan. SDS bagi personaliti enterprising pula menunjukkan saya

seorang yang sukakan cabaran, pandai memujuk, sosial, dan suka menonjolkan diri.

Berdasarkan Holland, personaliti enterprising cekap memimpin dan bijak memanipulasikan

orang lain untuk kepentingan organisasi atau keuntungan ekonomi. Menurut Holland lagi,

personaliti konvensional pula menunjukkan seorang yang praktikal, cekap, patuh, menurut

arahan, teliti, sukakan kekemasan dan berstruktur. Saya seorang yang berpesonaliti

konvensional memang mahir menguruskan data dan pengiraan. Berkemahiran tinggi dalam

bidang pentadbiran dan perkeranian. Ini dapat dilihat melalui genogram dimana kerjaya saya

sebagai seorang kerani.

Merujuk kepada genogram yang dilakarkan, kebanyakkan ahli keluarga saya bekerja sendiri dan

juga bekerja disektor awam dan swasta. Bermula dari datuk dan nenek sebelah bapa, mereka

terlibat dengan perniagaan sendiri manakala nenek sebelah bapa seorang surirumah. Bapa pula

4
hanya mempunyai seorang adik perempuan dan tidak bekerja. Manakala datuk dan nenek

sebelah ibu juga berniaga secara kecil-kecilan. Ibu pula merupakan anak tunggal dalam

keluarganya. Disebabkan ibu anak tunggal, dia juga berniaga seperti datuk dan nenek kerana

kerjaya datuk dan nenek mempengaruhinya. Bapa pula seorang kakitangan kerajaan dan setelah

besara bapa juga membantu ibu dalam memajukan perniagaan.

Berdasarkan genogram yang telah dilakarkan, dapat dilihat saya dibesarkan didalam keluarga

yang sederhana besar iaitu terdiri daripada bapa, ibu, 3 orang abang dan saya yang paling kecil

(perempuan tunggal). Kedua-dua ibu dan bapa tidak mempunyai pelajaran yang tinggi kerana

pada masa itu amat sukar untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi

memandangkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Ketiga-tiga abang saya juga bekerja

pada usia yang muda iaitu setelah tamatnya alam persekolahan. Ini terjadi kerana melihatkan

kesusahan keluarga membuatkan abang-abang saya membuat keputusan mencari pekerjaan dan

seterusnya membantu keluarga. Bapa hanya seorang buruh kerajaan dan ibu pula berniaga kuih

secara kecil-kecilan. Melihatkan kesusahan keluarga sedikit sebanyak mendorong saya dalam

menentukan kerjaya sekarang. Melihat kepada genogram, adik beradik saya mempunyai

pekerjaan tetap. Tetapi, disebalik itu, mereka mempunyai perniagaan sendiri. Contohnya abang

yang kedua mempunyai perniagaan kedai besi disamping pekerjaannya sekarang sebagai

pengawai di Jabatan Pengangkutan Jalan dan abang yang ketiga membuka gerai burger selain

bekerja sebagai juruteknik disebuah kilang di Bentong. Ini menunjukkan kerjaya dari datuk dan

nenek mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kehidupan adik beradik saya sekarang. Begitu

juga dengan saya, walaupun bekerja sebagai kerani di sebuah bank, saya juga mempunyai

perancangan dalam membuka perniagaan sendiri. Genogram keluarga saya memang banyak

mempengaruhi kerjaya saya sekarang. Ini dibuktikan walaupun kesemua kami mempunyai

5
pekerjaan yang baik dan stabil, tetapi kerjaya dari datuk dan nenek serta ibu dan bapa amat

mempengaruhi corak kehidupan saya dan adik beradik yang lain pada masa kini. Melihatkan

corak genogram keluarga saya ini, ia menunjukkan hubungan kami amat rapat kerana kesemua

kami mempunyai minat yang sama iaitu minat dalam perniagaan.

6
KESIMPULAN

Genogram memainkan peranan yang penting bagi seseorang klien atau individu dalam menentukan

kerjayanya. Melalui genogram seseorang itu juga boleh mengenali dirinya sendiri berdasarkan asal usul

keluarganya secara emosional dan intelektual. Genogram juga digunakan untuk meneroka pandangan

individu tentang dunia, halangan persekitaran, konflik peranan peribadi dalam keluarga dan juga kerjaya,

isu dan status identiti serta tahap pembudayaan. Rasionalnya penggunaan genogram dalam kerjaya

kerana ia lebih mudah difahami dalam konteks keluarga dari segi sosiologi, psikologi budaya, ekonomi

dan warisan. Ia juga berguna bagi individu menghadapi isu dan tekanan dari segi kerjaya, keluarga,

sosialisasi dan identiti. Penggunaan genogram juga mendorong individu dalam mencapai kesedaran

kendiri tentang kepentingan dan tahap pengaruh keluarga keatas pemilihan kerjaya yang dilakukannya.

Walaubagaimanapun, penggunaan genoram juga mempunyai kelebihan dan kelemahan. Salah satu

kelebihan genogram ialah ia memberikan rangka kerja sebenar dimana individu boleh mengatur secara

visual serta memetakan persepsi terhadap maslaah, tugasan dan tekanan dari segi peribadi, kerjaya dan

keluarga sehingga menjadi perwakilan bermakna dalam konteks kekeluargaaan. Kelemahan genogram

pula dapat dilihat dimana sebahagian individu menganggap bahawa keluarga tidak membawa pengaruh

yang signifikan dalam kehidupan kerjayanya. Selain itu, genogram juga mungkin bukan teknik

mendapatkan maklumat kualitatif yang berguna bagi sebahagian individu.

RUJUKAN

7
1. http://pembaharuankeluarga.wordpress.com/2009/01/01/apa-fungsi-genogram/

2. http://www.scribd.com/doc/6194093/Teori-Bowen

3. Modul 207 – karier kaunseling

You might also like