You are on page 1of 6

PERSOALAN PORNOGRAFI DALAM SENI TAMPAK

Sebahagian pengkritik seni pernah berhujah bahawa pornografi adalah sebahagian


genre seni, sama seperti seni lanskap, seni arca figuratif atau reka bentuk poster. Isu
porno ini dihangatkan kerana simbol dan imej tampak seksual itu terlalu padat di dalam
karya yang dihasilkan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. Lanjutan dari isu ini
juga menjadi suatu kata-kata yang berlawanan antara dua pihak; sebelah pihak
berdebat untuk menegakkan kebaikan dari sudut karya itu dicipta dan sebelah pihak
yang lain melihat kesan keburukan. Hujah sebelah pihak yang bersandarkan kebenaran
berasaskan imej seksual itu adalah realiti hidup dan kehendak naluri manusia selain
untuk menonjolkan sesuatu tarikan yang boleh memeranjatkan orang ramai. Selain itu
kualiti dan skil pelukis figuratif yang berjaya melukis model dalam representasi yang
tepat dan indah. Sensasi itu digunakan sebagai elemen untuk memeranjatkan audien
dengan cara ini dianggap boleh mengangkat hasil pengkaryaan menjadi bahan untuk
didebat. Namun nilai moral di sebalik porno itu tidak langsung disentuh seperti pisau
yang tajam untuk memotong buah boleh digunakan untuk menikam yang membawa
maut atau sekadar melukakan jari.

Pornografi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud seni harlot yang merujuk
pada contengan nakal di dinding (graffiti) yang menampakkan suatu perlakuan atau
sikap perilaku untuk menarik perhatian ramai. Pornografi dianggap suatu seni sehingga
kebebasan mutlak tanpa batas diberi untuk menampilkan unsur seks atau lucah.
Pencabulan berbentuk lucah adalah suatu yang menjijikkan, meloya dan pornografi itu
telah diganti dengan perkataan seni erotik supaya ianya diterima sebagai salah satu
genre seni. Erotik dianggap seni yang menggambarkan sesuatu atau mengingatkan kita
pada sesuatu yang lucah. Bentuk erotik itu digambarkan semula sama ada suatu
imaginasi, khayalan atau pemotretan model hidup dalam studio dan di luar studio. Pada
pandangan kumpulan moraliti, baik pornografi maupun erotik ataupun seni yang
diagungkan di sebaliknya, semuanya adalah satu sebutan iaitu lucah terutamanya
apabila ditujukan kepada kaum wanita dan kanak-kanak.
Melalui daya imaginasi, percubaan menggambarkan semula kenikmatan dan rasa
kelazatan tentang cinta adalah tergolong sebagai erotik. Apabila direnung kembali cinta,
naluri berahi dan nafsu yang diolah dalam bentuk-bentuk representasi itu dengan
secara langsungnya merangkumi pornografi. Jika pornografi itu begitu keterlaluan
penuh dengan fikiran yang jahat, ada rangsangan bernafsu hinggakan tiada bermoral
maka ia perlu dibendung. Kesan buruknya dilihat mencemarkan pemikiran dan
perbuatan maka undang-undang perlu diwujudkan untuk menyekat supaya dalam
setiap karya seni tidak berlaku perkara sebegini. Alasan yang sesuai dari segi hak
kemanusiaan boleh menakutkan individu atau sesiapa sahaja daripada memperalatkan
dan memperdagangkan seni yang tidak bermoral sebagai suatu amalan yang bahaya.
Jika tidak dibendung, kegiatan seni porno ini memberi kesan pada kesihatan mental
atau keselamatan komuniti.

Kenyataan yang berbunyi ‘boleh jadi itu keindahan dalam seni’ dan dari segi peraturan
dan autoritinya tiada membawa kesan sampingan. Jika demikian seni itu suatu
kebebasan maka perlu dipilih sama ada bersesuaian atau tidak sesuatu hasil kerja seni
itu boleh memudaratkan pihak yang melihatnya. Kemudian perlu dibuat keputusan
sama ada tingkahlaku tersebut boleh mendatangkan ketenteraman dalam kehidupan
komuniti. Dalam perkataan lain, perlu menetapkan undang-undang dalam menapis
seni. Undang-undang ini menjadi kuasa mengawal dan mencegah kepada pihak
penguatkuasa undang-undang apabila mereka berhadapan dengan subjek-subjek
pornografi.

Kita percaya seni mampu memberi pedoman kerana seni berfungsi untuk didikan. Nilai
didikan menurut Plato adalah kedudukan yang menentukan martabat seni itu dalam
moralisasi. Hal inilah yang perlu ada kepada setiap artis sebagai panduan dalam
berkarya. Walaupun nilai didikan itu lahir tanpa disedari dalam kehidupan sosialisasi
dan adap kesopanan masyarakat boleh dibentuk melaluinya maka berwaspadalah
bahawa kesan dari kerja-kerja seni itu boleh mendidik atau memudaratkan masyarakat.
Plato menetapkan hasil kerja seni perlu ada kriteria moral. Plato mengadili seni dalam
bentuk moral dan tidak berpuas hati sekiranya seni itu berkait dengan pornografi.
Dengan cara ini artis sendiri menyedari dan boleh menjadi pengadil untuk menilai unsur
pornografi terasing dari seni. Sebagai satu penapisan, pembuat seni atau artis perlu
mengetahui dari awal untuk apa mereka berkarya. Plato dengan tegasnya meletakkan
nilai seni dan diri pembuat seni itu perlu tahu untuk meletakkan tahap seni itu berada
pada kedudukan yang sebenarnya. (Rujuk artikel saya berjudul “Nilai Moral dalam Seni
Tampak dan Apa Lagi Selepas itu” dalam www.scribd.com.)

Peranan dan sumbangan kritikan seni bukannya alat menapis karya. Kita tidak
menetapkan yang mana hasil seni yang sepatutnya dipamerkan berpandukan moral
atau kandungan erotiknya. Lebih jelas lagi, kita tidak mengawal setiap karya yang
dipamerkan di galeri dan muzium. Walaubagaimanapun apabila kritikan seni itu
dijadikan guru, ianya telah menetapkan apa yang perlu ditunjukkan dan yang perlu
dibincangkan. Inilah cara ketanggungjawapan yang secara profesional dilakukan dalam
mengimbangi antara kebaikan dengan keburukan. Apabila kritikan seni itu dilakukan
oleh jurnalis mereka akan memilih untuk tidak menulis sesuatu kenyataan semata-mata
menyedapkan hati pihak tertentu dan tidak sesiapapun yang menyoal mereka sebagai
suatu pengadilan baru. Apabila kritikan itu dibuat oleh artis tentunya mereka akan
melahirkan unsur lucah dalam gaya yang mereka fikirkan, seterusnya cuba
mempertahankan hujah masing-masing. Tiada sesiapapun yang mahu menyoal adakah
ini lesen untuk artis berkarya dengan kebebasan mutlak.

Peranan kritikan seni menyedarkan nilai moral kepada masyarakat adalah peranan
yang jelas. Namun peranan tersebut tidak begitu menonjol kerana halangan antara
kritikan estetik dan teguran moral itu cuba diasingkan. Setengahnya akan berhujah
bahawa kritikan itu tidak menepati sasaran moral semata-mata kerana mempunyai
tangungjawab untuk mengangkat nilai estetik di sebalik sesuatu karya. Sejarah seni,
telah mencadangkan nilai moral dan estetik itu perlu disepadukan tetapi keadaan masa,
pengaruh dan aliran yang berbagai telah melupakan kita. Tidak boleh lagi diasingkan
antara seni dan nilai moral seperti sengaja mengujudkan halangan dalam menilai
sesuatu karya. Apabila digabung dan digandingkan dalam kesepaduan ke arah
kebaikan maka siapa yang akan mengadili tentang moral tidak timbul lagi. Semuanya
perlu akur dengan tanggungjawab moral masing-masing untuk menjalankan peranan
mensejahterakan masyarakat tanpa memperalatkan seni dengan sewenang-
wenangnya.

Hal ini membawa kita untuk menilai dan mempraktik kembali fungsi kritikan seni. Apa
yang boleh kita lakukan sama ada menjadi pengkritik dalam masa yang sama tidak
dituduh sebagai juru tapis – inilah kesedaran moral yang patut ada. Apabila kita
mendedahkan karya seni untuk kritikan atau membuka ruang untuk komentar, kita
memerlukan kejujuran dalam membuat interpretasi. Suatu tafsiran interpritasi yang
dapat menjelaskan kepada masyarakat tentang kefahaman terbaik kita supaya
khalayak seni dan masyarakat mengetahuinya.

Melalui interpritasi yang jujur kita maksudkan sebagai ‘without frand’ (tanpa penipuan)
suatu hasil kritikan yang boleh membawa pengajaran moral. Kritikan adalah suatu
penglibatan secara profesional untuk mengenalpasti bentuk-bentuk yang sesuai dalam
kritikan melalui sebutan yang betul. Menerang dan menjelaskan interpritasi makna
secara spontan. Setengah kritikan menerangkan dalam gaya bahasa yang bersopan
yang dirancang untuk mencari jalan keluar ke arah kebaikan. Walaupun ada pihak lain
yang cenderung menyokong sesuatu kumpulan pelukis yang minat mereka
menghasilkan lukisan porno. Kejujuran dan akauntabiliti tidak diamalkan dalam
keseluruhan kritikan itu yang menampakkan perjuangan beramai-ramai untuk merosak
akhlak generasi yang tiada haluan. Ini telah membawa bentuk estetika yang
membesarkan makna pornografi kepada makna dekorasi seni yang hebat. Nanti akan
lahir nama-nama hebat bersama kumpulan elit seni. Ia melahirkan makna terdekat
dengan ikonografi dan membawa kita ke dalam prinsip uniti bentuk dan isi yang
merosakkan suatu zaman di mana generasinya suka pada karya-karya porno.

Menerusi penerangan dan nilai apresiasi yang sempurna, kita bermaksud meletakkan
hasil kerja seni dalam konteks kehidupan bermoral. Dalam persoalan pornografi ini,
kritikan yang dibuat perlu pada keterangan yang boleh mengaitkan nilai moral dan
kesan keindahan seni itu tidak tercemar. Nilai moral itu ada hubungannya dengan
budaya dan agama supaya seni yang berfungsi lebih berkkualiti dan tidak mudah
dialatkan.

Secara jujurnya, pengkritik dan pemerhati harus meletakkan keutamaan tema dalam
karya itu bertujuan untuk keinsafan, kesedaran dan memaling hati dan minda pada
unsur-unsur jijik. Sekiranya hasil karya porno itu nampak berkualiti ada nilai skil dan
teknik yang tersendiri, tidak bermakna bagi sebuah karya seperti itu untuk diterima dan
dipamerkan dalam mana-mana galeri. Juga perlu diberikan cadangan tentang
bagaimana cara sesuatu elemen seni itu boleh menarik perhatian pemerhati dan berfikir
dengan baik tanpa terganggu dengan imej visual yang menjijikkan. Cara membuatnya
atau penghasilan karya itu adalah kebijaksanaan artis mencari ruang, keseimbangan
dan kekuatan elemen seni yang penting dan keperluannya dalam meletakkan
kepentingan karya seni itu untuk ditatapi oleh ramai pihak. Secara bijaksananya ada
kemampuan dipihak artis untuk mengiklankan hasil karya seni sebagai produk atau
karya yang senyap tetapi aktif merangsang minda pemerhati. Tiada sebarang
kenyataan berideologi atau berniat menyerang mana-mana pihak tertentu dengan
maksud memprovokasi. Tujuan pengkritik bukan menyerang, mendera dan menekan
audien untuk menerima tafsiran kritikan tetapi bertujuan merangsang supaya suatu
kenikmatan erotik dalam teknik baru yang berunsur kelucahan boleh terus ditolak dan
dipandang jijik.

Dalam keseluruhan perbincangan ini, nilai buruk pornografi itu diberikan dalam suatu
interpritasi yang boleh menyakinkan semua pihak. Dalam representasi yang dikatakan
tergolong dalam pornografi itu adalah dalam kategori makna seni merujuk kepada
subjek dan maksud di sebalik penampilannya. Tentunya akan terbongkar makna-makna
yang keterlaluan tetapi tidak diperbesarkan, sebaliknya perlu bersandarkan kritikan
menerusi analisis jika tidak maka hentikan kritikan itu dari merebak menjadi keruh dan
menghilangkan fungsi pengkritik dan peranan pelukis. Jika tidak ada undang-undang
yang menyuruh untuk melukis dalam ketentuan porno maka ingat kembali hukum
Tuhan dan ingatan itu ditujukan kepada artis supaya sedar hasil karya yang jijik tidak
membawa ketamadunan moral yang baik. Tentu jika kita melihat diri sendiri sebagai
seorang penilai moral umpamanya akan berkata kami tidak memahami karya itu dan
inilah saatnya untuk dijelaskan bahawa karya porno bertahap rendah, tiada langsung
keindahannya dan yang cantik itu bukannya nilai moral yang boleh diteladani.

Persoalan tidak ada kebebasan dalam menghasilkan suatu representasi pornografi


adalah kata pujuk yang merayu simpati. Istilah kebebasan itu perlu ada batasannya.
Sebagai pengkritikan untuk menapis, menegur dan menjelaskan makna luaran supaya
karya itu ada kepercayaan untuk masyarakat dapat merujuk kembali.

Pornografi dalam seni perlu dihentikan. Seni itu untuk apa? Sebagai suatu nilai moral
yang terbaik ialah mengajak masyarakat menjadi celik seni dengan kebijaksaan
memanipulasikan skil, teknik dan elemen seni yang sesuai namun bukannya seni itu
diperaltkan. Fakta-fakta kritikan, alasan kenapa ianya dikritik bersandarkan hujah dan
isi kandungan budaya, nilai moral dan agama sebagai ukuran. Apabila ukuran ini
disediakan dan digunakan dengan sesuai oleh seorang pengkritik yang berhemah boleh
menjadikan kritikannya itu bahan sandaran untuk mengukur nilai kritikan yang lain di
masa akan datang. Nilai kritikan ini juga untuk mempertahankan sesuatu, melindungi
hak moral yang bukan secara paksaan tetapi dengan kebijaksanaan yang akhirnya
membuka minda sesiapa sahaja supaya jangan cuba mencari hal.

You might also like