You are on page 1of 29

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan

masyarakat di negara kita

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara


kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku
demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan
mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang
penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan
hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu,
mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat dapat ditingkatkan.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk


meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu
daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses
pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini
membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata
peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik
akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini
penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan
negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama
negara.

Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian


dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam
kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini
dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik
kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan
perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji
dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal
yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-
murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan
mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh
itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen
dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah
menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang
berkaitan dengan semangat cinta akan negara.

Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan


aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut
boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu,
aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan
dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen
televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan
menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh
masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu.
Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan


daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira
bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan
mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang
tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan
menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh
pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan
sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah
dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak
dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar
untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi
yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik


perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,
semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama
dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga
akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju
yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan
remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan
mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Peranan Kita dalam Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu
bangsa lain tidak akan menyebarkan bahasa Melayu ke seantero dunia, kecuali
kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mempunyai iltizam untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa terpenting pada suatu hari
nanti. Oleh itu, langkah yang pertama ialah kita perlulah memastikan bahawa
bahasa Melayu mestilah diterima di tanah air sendiri. Jika bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa rasmi di negara kita ditolak oleh
sebilangan besar rakyat di negara kita, bagaimanakah penduduk dunia mahu
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka? Oleh hal yang demikian,
kita mestilah menyokong segala usaha yang bertujuan meningkatkan atau
memartabatkan bahasa Melayu di negara sendiri.

Selain itu, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu


melalui peranan kita sebagai duta kecil ketika berada di luar negara. Sama ada
kita sebagai pelajar, pelancong, atau pekerja, kita mestilah sentiasa berusaha
untuk menyebarluaskan bahasa Melayu dengan pelbagai cara. Ketika berada di
luar negara, apalah salahnya jika kita mengajar rakan kita dari negara lain untuk
mempelajari bahasa Melayu. Untuk menarik perhatian mereka, kita juga mestilah
bersedia untuk mempelajari bahasa mereka. Jika kita bersedia untuk
mempelajari bahasa mereka, mereka juga pasti bersedia untuk mempelajari
bahasa kita.

Seterusnya, kita hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui


pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104
buah kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk
menyebarluaskan bahasa Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah
mengetengahkan bahasa Melayu di negara-negara asing dalam pelbagai acara
atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih dikenali, dipelajari,
dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu
mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai
semangat `bahasa jiwa bangsa’, kita hendaklah mempunyai iltizam atau
kesungguhan untuk mempromosikan bahasa Melayu walau di mana-mana jua kita
berada.

Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini pula, rakyat Malaysia
mestilah memanfaatkan penggunaan Internet. Mereka yang pakar dalam bidang
ini seperti ahli akademik, pakar bahasa dan sebagainya hendaklah
menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog bagi membolehkan
masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam era
globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di duni mencari dan memperoleh maklumat
melalui Internet. Oleh itu, kita mesti;ah mengambil kesempatan ini untuk
mempromosikan bahasa Melayu. Oleh sebab Internet merupakan medium yang
paling murah, mudah dan cepat untuk menyebarkan maklumat, kita mestilah
mengeksploitasikan kelebihan ini untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu ke
seantero dunia.

Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah mengantarabangsakan bahasa


Melayu melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita mampu menghasilkan
filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima filem
kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang
kepada mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu.
Namun, masalah yang kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum
mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa seperti filem yang
dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea , Bollywood, dan sebagainya Jadi,
jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk menyebarluaskan
bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem
Melayu juga.
Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan
Pengangkutan Awam

“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama


446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki
ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia
dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan
paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi
untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian
pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan
bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan
monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong
pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang
proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat
menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat
mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian
perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk
bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian
perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket
bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan
pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga
Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita.
Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket
bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus
mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune
penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas.
Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja
dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur
pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah
penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh
pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki


pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti
pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan
bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah
mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik
seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik,
kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan
pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang
terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan
kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa
untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan
keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan
dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat
dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran
itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat
terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh


kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini
dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang
berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan
mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti
Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki
pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam
perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme
dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara,
rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain
rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan
sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat
informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan
mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan
awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin
mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang
minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik
perhatian para penumpang.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari


rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk
menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan
supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan
perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya
dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki
perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha
ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada
mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati
mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung
pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat
meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun
mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan
perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika
konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti


mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi
penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir
kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke
arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling
optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh
kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.
Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorongan
Kepada Anak-Anak Demi Memastikan Kecemerlangan Akademik

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang
saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang
lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap
insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak
mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan
layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan
dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang
amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus
menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur
Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan
sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa
faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada
dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan
dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan
anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.

Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-


anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa
mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa
yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak.
Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba
mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya
atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini,
kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk
berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala
negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa
kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh
keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting


tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh
pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan
kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang
minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak
supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-
anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan
terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk
membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan
semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa
bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-
anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga
pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah
semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya
mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi
anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak
cemerlang dalam bidang pelajaran.

Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan


memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak
yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah
untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh,
sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif
yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan
Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang
mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert
Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu
tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang
sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga
demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.

Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting


kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah
bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian
murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang,
gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita
yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa
pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi
umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era
globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain
untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.
Langkah-Langkah Mengatasi Jerebu

Mutakhir ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia


telah banyak membawa perubahan kepada kehidupan seharian manusia di tanah
air kita. Dalam keghairahan mengejar arus modenisasi ini, kita sering dikejutkan
dengan situasi negara kita yang sering mengalami masalah jerebu. Berita buruk
ini yang semakin menjadi-jadi ini dipaparkan pada dada akhbar saban hari. Hal ini
telah menjadi polemik orang ramai dari kedai kopi sehinggalah ke parlimen.
Persoalan yang sering terlintas di fikiran kita ialah mengapakah Malaysia selalu
dilanda dengan krisis jerebu? Banyak jawapan yang berlegar-legar di gawang
minda kita kita. Namun begitu, masalah yang semakin serius ini perlu diatasi
dengan segera kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kerajaan merupakan penawar mujarab dalam mengatasi masalah jerebu.


Pihak kerajaan memikul kewajipan untuk menguatkuasakan undang-undang yang
termaktub dalam Akta Alam Sekitar. Individu-individu yang telah mengingkari
undang-undang dengan membakar sampah sarap secara terbuka manakala pemaju
kilang yang membiarkan pelepasan asap daripada kilang tanpa ditapis perlu
dikenakan hukuman yang lebih berat. Biarlah mereka menerima pengajaran
supaya lebih peka terhadap isu jerebu yang semakin kronik ini, kerana “ sudah
terhantuk baru tengadah”. Pemaju-pemaju kilang yang mengamalkan sikap
sebegitu bukan sahaja harus dikenakan saman yang lebih tinggi, malah premis
kilang mereka harus disita. Bagi memastikan masalah jerebu terkawal, kerajaan
turut perlu mewajibkan setiap kilang perindustrian supaya memasang sistem
penapisan asap dalam kilang mereka untuk mengurangkan penyaluran habuk dan
gas-gas toksik ke dalam udara. Pada masa yang sama, Jabatan Alam Sekitar
haruslah menggemblengkan tenaga dengan organisasi bukan kerajaan untuk
menjalankan kempen kesedaran yang lebih efektif secara giat. Kempen
kesedaran ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang perbuatan
mereka yang menyumbang kepada masalah jerebu, malah kempen tersebut
mampu membekalkan mereka dengan informasi tentang langkah-langkah yang
patut diambil oleh setiap individu untuk membantu dalam mengatasi fenomena
jerebu. Tuntasnya, kerajaan menjadi pemangkin perdana bagi memastikan
masalah jerebu dapat ditangani dengan cara yang efektif.

Selain itu, tindakan kerajaan yang lain dalam menangani masalah jerebu
ialah pembenihan awan perlu dilaksanakan demi menyekat keadaan jerebu
daripada menular. Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau
telah melanda Malaysia. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan jerebu. Dengan
demikian, kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan.
Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan,
Titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh itu,
iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan
tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh
graviti, air kristal akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila
cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh memainkan peranan
penting apabila keadaan jerebu menjadi sangat serius. Hujan dapat membawa
bersama jerebu jatuh ke bumi, justeru masalah jerebu dapat diatasi dengan
pembenihan awan.

Tidak dapat dinafikan juga ialah peranan ibu bapa dalam menangani
fenomena jerebu. Ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak mereka
tentang langkah-langkah mencegah masalah jerebu, menerusi pendidikan tidak
formal. Ketika mereka masih di bangku sekolah, anak-anak diibaratkan sebagai
kain putih dan memerlukan bimbingan ibu bapa untuk membentuk jati diri mereka
yang sempurna. Sebagai memberi teladan kepada anak-anak mereka, mereka
perlu memikul tugas untuk memaparkan sikap mesra alam supaya sikap sebegitu
tersemai dalam sanubari anak-anak mereka sehingga menjadi satu kebiasaan
dalam kehidupan, bak kata pepatah, “alah bias tegal biasa”. Berpegang pada
prinsip “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, anak-anak akan mengikut sikap ibu
bapa sebagai rakyat negara yang mengutamakan kebersihan udara. Dalam
membentuk keperibadian mereka supaya menjadi individu yang mengamalkan
sikap mesra alam, ibu bapa juga diamanahkan dengan tugas menyuburkan nilai-
nilai murni, seperti nilai bertanggungjawab dan nilai peka terhadap isu-isu alam
sekitar dalam jiwa anak-anak untuk menyedarkan anak-anak tentang
tanggungjawab mereka dalam memelihara kebersihan udara. Ibu bapa turut
diberikan tanggungjawab untuk membuka mata anak-anak mereka terhadap isu
jerebu melalui penyertaan dalam kempen-kempen kesedaran kerajaan. Melalui
langkah tersebut, anak-anak akan didedahkan kepada perkara serius ini sejak
umur yang kecil lagi, malah hal ini membantu mereka memahami impak jerebu
terhadap negara supaya mereka dapat menghulurkan bantuan dalam usaha
menangani masalah jerebu. Maka, peranan ibu bapa dalam usaha mengatasi
fenomena jerebu turut mendatangkan impak positif kerana mereka menjadi
penentu sahsiah generasi muda.

Selain kerajaan dan ibu bapa, pemimpin-pemimpin negara perlu bertemu


dengan pemimpin dari negara jiran dan berbincang tentang kesan-kesan yang
disebabkan oleh pembakaran hutan serta mencari cara penyelesaian masalah
bersama-sama. Pemimpin negara Indonesia boleh memainkan peranan dengan
merancang pembakaran hutan dengan teliti dan memikirkan cara mengurangkan
implikasi negatif yang dibawa oleh pembakaran hutan. Mereka juga patut
melarang pembakaran hutan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap
mereka yang melanggar peraturan tersebut. Dengan melaksanakan dan
menguatkuasakan undang-undang tersebut, maka masalah jerebu dapat
diringankan.

Sebagai rakyat Malaysia kita boleh memainkan peranan kita dengan tidak
membakar sampah sarap secara terbuka . Hal ini kerana asap yang dihasilkan
melalui pembakaran sampah sarap merupakan antara penyumbang kepada jerebu
dan sebagai akibatnya kesihatan manusia akan terjejas dan membawa kepada
pelbagai penyakit seperti sakit kerongkong, penyakit asma, pneumonia, barah
paru-paru dan sebagainya. Di samping itu, kita boleh melibatkan diri dalam
aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanamkan tumbuh-tumbuhan di
sekitar kawasan rumah. Dengan adanya kerjasama daripada masayarakat,
masalah jerebu pasti dapat ditangani sebelum nasi menjadi bubur.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi
menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus
bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua,
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi
mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas
daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat
berkembang maju dalam semua bidang terutamanya bidang pelancongan yang
sememangnya berpandukan cuaca dan iklim Malaysia. Marilah kita berusaha
mengurangkan masalah jerebu dan mewujudkan negara yang bebas jerebu untuk
kepentingan bersama.
Kesan Jerebu

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia
telah digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan
Kuala Lumpur yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu.
Keadaan jerebu di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu
kebiasaan bagi penduduk di bandar raya besar tersebut. Masalah jerebu yang
seperti bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan daun nyiru telah
mendapat liputan meluas daripada pihak media massa dan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Keadaan jerebu bertambah serius akibat berlakunya fenomena El-Nino.
Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya jerebu? Adakah pihak kerajaan
sahaja yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jerebu ini?
Tepuk dada tanyalah selera. Oleh sebab setiap yang berlaku pasti ada
akibatnya, masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai impak yang negatif
kepada negara kita dan juga rakyat kita.

Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara
negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan
dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak
penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter.
Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling
teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di
Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di
Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan tersebut, justeru
segala aktiviti luar tidak dapat dijalankan dan kebanyakan sekolah, pelabuhan dan
kilang ditutup buat sementara. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
jelaslah jerebu boleh mendatangkan keburukan terhadap negara kita.
Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih
lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku
kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.
Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-
pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain.
Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula
udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam
jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan
kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah bahawa jerebu
membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi


negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap
penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri
perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan
kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang
perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari
pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin
meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan
negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-negeri yang
berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot
kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja
dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia
sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan
dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung,
ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora
dan fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida
berlipat ganda daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen
akan kurang daripada yang biasa. Hal ini akan menyebabkan tanaman akan
mengambil masa yang lebih lama untuk membesar. Kualiti dan hasil tanaman juga
akan merosot. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat
kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan
penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan
tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil
masa yang lebih panjang untuk matang. Secara tegasnya, hasil dan kualiti
pertanian boleh terjejas sehingga 30 peratus. Sumber petani akan turut
terjejas sekali gus ekonomi negara yang bergantung pada pertanian turut
terjejas. Bagi fauna pula, hidupan akuatik akan terjejas kerana kandungan
oksigen yang terlarut dalam air pula akan berkurang dan hidupan akuatik seperti
ikan-ikan tidak akan mendapat oksigen yang secukupnya. Jelaslah bahawa
masalah jerebu akan menjejaskan flora dan fauna negara.

Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi


dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia bagi
mendukung kebenaran yang kita sepakati, persis kata cendekiawan, “ bagai aur
dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan
negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Kebobrokan sikap
anak-anak juga mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging
masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk mengatasi
masalah jerebu dan seterusnya menggapai impian Wawasan 2020. Sekiranya
masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek
buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk
diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.
Usaha Membendung Kenaikan Harga Barang

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan
ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan
yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau
kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk
menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum
habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah
setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan
ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut.
Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100
peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60
perataus sahaja. Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita
dapat mengurangkan pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat
mengurangkan permintaan terhadap sesuatau barangan sekali gus dapat
mengurangkan kenaikan harga barang.

Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang


perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat
berdasarkan keperluan yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang
tidak diperlukan hendaklah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga
hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan
perabot, dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan
keperluan utama seperti beras, gula, tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-


barang di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini,
masyarakat hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah
Melayu, iaitu bersatu teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat
janganlah membeli ayam daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang
tidak munasabah. Apabila pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging
tersebut dalam tempoh tertentu, harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat


pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang
menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut
dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai contohnya, mana-
mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba
memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah.
Tindakan ini akan menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil
kesempatan dalam suasana negara menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Kesimpulannya, kenaikan harga barang telah menyusahkan banyak pihak.


Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menangani masalah ini. Bagi sesetengah pihak pula, janganlah bersikap seperti
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing . Semua rakyat Malaysia
mestilah bertindak seperti ke bukit sama-sama didaki dan ke lurah sama-
sama dituruni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Sebagai pengguna pula, kita mestilah memboikot barang-barang tertentu jika ada
pihak yang ingin mengambil kesempatan dalam situasi genting yang bagai telur di
hujung tanduk ini.
Keluarga Impian Saya

"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya


peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah
keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga
bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut,
setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan
keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan


kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan
sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna
kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah
yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap
masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan
teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah
,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak


untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus
mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang
baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam
kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan
rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih
sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” .
Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak
kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.
Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh
diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-
anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu
bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah
begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab
pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu
bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran


ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan
cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan
menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan
yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan
sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan
janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa
bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau
bukan ibu bapa, siapakah kita?

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-


ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya
bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan
dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan
damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata
pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia.


Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada
berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga.
Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku,
syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.
Kesan Pemanasan Global

Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang
turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi
kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak
mengganggu ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun,
kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan
kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka
yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas
sebagai malang.

Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka


bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas,
mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah
membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada
secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang
mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah
kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain
itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang
terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun.

Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan


jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam
atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke
permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan
menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula
mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah
pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.

Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang
akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan
monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan
cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan
angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah
menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih
tinggi daripada kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim
tropika yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara negara
seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut taufan lebih teruk seperti
Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang paling
teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam,
Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.

Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus
diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan
menanggung kesan penuh kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar
semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan
melampau pasti akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan
warga emas yang sering dilihat menjadi mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat
Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas
terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah
bisa tegal biasa'.

Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk


mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan
kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua
organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas.
Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca
daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca
panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut
berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang
yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang
mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut.

Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus,


nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan
penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di
Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini terbukti apabila
negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria
pertama di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu,
tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan
lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan
Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau
najis tikus.

Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama


kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan
mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman.
Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan segai air
minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit ,
disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak
ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes bawaan
nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang
ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman
yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari
tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.

Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar
bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti
karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan
bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila
gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan
kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida
yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung.

Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk


dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-
pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing
yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan
mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan
kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan
dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan
sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan
penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-
tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah
bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.
Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring
dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang
membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang
menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar.
Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di
Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi
perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan
bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang
telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta.
Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut
diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di
negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah


bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh
kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen,
mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina
untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah
mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah
kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu
dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah
amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana
dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan
sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda.
Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-
15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de
Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota
Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat
mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu
dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan
British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha
meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar
dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah


perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan
monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat
terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin
menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan
sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan
tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah
berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang
telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di
Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh
Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.
Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan
kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita
juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain
sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah
negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu
diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan
monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong
dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah
satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara
Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan
sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama
hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat
pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah
negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar
bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya
melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik.
Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan
dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat
melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di
sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan
artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan
monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik.
Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan
monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan
air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai
Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja
kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan
kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab
Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan
rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah
Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan
air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada
tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor
polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan
kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni “tak kenal maka
tak cinta”. Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya
mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan


minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan
khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang
patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan
terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan
peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah
masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan
bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan
bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang
demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan
bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.
Faktor Jerebu

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini,
masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu yang
bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi . Fenomena
jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara
kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di
Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung
Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor
dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat.
Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang
banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca,
persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah


pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di
kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan
tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini
berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di
muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku
kerana pihak Indonesia ingin membina infrastruktur yang baharu seperti
bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan
secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin
tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara
kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara
kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan
asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera
lalu berlakulah jerebu.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka


tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran
terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah
sarap. Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran terbuka di
belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa
sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran
sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar
sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu
yang sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah
petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya
sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari
pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin
dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini
melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan


tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di
Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak
dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida
dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar.
Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara. Gas-gas
yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya
terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai
selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat
dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak
dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang
tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak
bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan
demi kemajuan negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang
yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan
asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-
asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh
mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila
ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah
sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak
terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan
jerebu di negara kita lagi.

Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi


kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses
alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan
jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan
arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum
kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum
nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai,
nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh
itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat
hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika
nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari
sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna”.

You might also like