You are on page 1of 11

Pahala Bacaan al-Fatihah Insyaallah Sampai

Kepada Si Mati
Written by zain-ys   

Thursday, 13 May 2010 07:36

Oleh: zain-ys

Saya telah menyusun artikel yang serba kekurangan di bawah ini lebih kurang 10 tahun yang lalu.
Ia pernah disebarkan dan pernah dimasukkan di al-ahkam.net, namun ia tenggelam dengan timbunan artikel-artikel
lain.

Baru-baru ini, saya menerima beberapa SMS dan beberapa email dari sahabat yang meminta kepastian tentang
jawapan al-Fadhil Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman di rancangan Tanyalah Ustaz TV9 berkenaan sampai
ataupun tidak al-Fatihah kepada si mati. Saya tidak berkesempatan menonton rancangan itu. Namun, Dr Abu Anas,
menurut cerita mereka menjawab bahawa pahalanya sampai kepada si mati. Beliau menisbahkan pendapat ini
kepada Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu Qaiyyim rhm.

Keesokan harinya, saya sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz bersama Dr Abu Anas. Dan beliau ditanya
soalan yang sama, nampaknya memang benarlah itulah jawapan yang diberikannya. Berikut ini adalah petikan video
jawapan dari Ustaz Dr Abu Anas Abd Basit:

http://al-ahkam.net/home/index.php?catid=55:al-quran-a-al-hadis&id=5524:pahala-bacaan-al-fatihah-insyaallah-sampai-kepada-si-

mati&option=com_content&view=article

Oleh kerana saya jahil dan tidak pandai dalam selok belok perkara ini, maka saya teringatlah artikel yang saya petik,
cedok dan terjemah dari pelbagai kitab. Di dalamnya mengandungi pelbagai mazhab dan pandangan ulama
berkaitan masalah sampai atau tidak amalan orang hidup kepada si mati. Dan untuk memperoleh kepastian
sekurang-kurangnya secara garis besarnya isikandungan artikel berkenaan tidak lari dari petikan-petikan asal, maka
saya dengan rasa rendah diri mengajukannya kepada al-Fadhil Dr Abu Anas sendiri untuk disemak, dikoreksi,
dikurangkan mana yang patut atau ditambah mana yang kurang. Dan alhamdulillah, beliau sudi menyemaknya dan
melakukan koreksi dan penambahan.

Artikel ini sebagai sokongan kepada jawapan yang diberikan oleh Dr Abu Anas tentang sampai atau tidak bacaan al-
Fatihah dsbgnya kepada si mati.

Semoga artikel ini bermanfaat dan untuk menjadikannya lebih bermanfaat lagi, sebarkanlah ia seluas mungkin.
Apakah Sampai Amalan Orang Hidup Kepada Si Mati: Satu Studi Perbandingan

Oleh: Zain Y.S (al-ahkam.net)

Note: Versi ini telah disemak, dikoreksi dan dilakukan penambahan oleh Dr Abu Anas Abd Basit Abd Rahman. Tulisan yang berwarna
merah adalah koreksi atau pembetulan dari beliau. Dan teks petikan Majmuk Fatwa Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah juga
penambahan dari beliau. Terimakasih dan penghargaan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa untuk tujuan ini.

Pendahuluan:
1. Dapat kita lihat bahawa melalui penjelasan di bawah ini nanti, secara ringkasnya, semua ulama dari kalangan
Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersetuju bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati (si mati). Cuma
terdapat beberapa perbedaaan kecil yg berlaku. Umpamanya, Malik dan al-Syafi'i mengatakan bahawa ibadah
badaniyah seperti sembahyang dan puasa tidak sampai. Namun, di kalangan Syafi'iyah mutaakhir mengatakan
amalan berkenaan sampai.

2. Untuk perhatian pembaca, perbahasan berkaitan tajuk ini hanya di sekitar samada sampai atau tidak pahala
amalan orang hidup untuk si mati. Artikel ini samasekali tidak membahaskan kaifiat atau tatacara atau bagaimana
cara untuk menyampaikan pahala itu kepada si mati. Contohnya, artikel ini tidak membahas boleh atau tidak amalan
tahlilan, upacara mengirim arwah, yasinan dan sebagainya yang diamalkan oleh masyarakat kita.
3. Ini bermakna, sampai atau tidaknya amalan orang kepada si mati adalah satu perkara dan manakala tata cara
untuk menyampaikannya seperti yasinan, tahlilan dan sebagainya adalah satu hal yang lain pula.
4. Bila seseorang itu berpegang dengan pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati, tidak bermakna beliau
membolehkan amalan seperti upacara kirim arwah, yasinan dan tahlilan.
5. Boleh atau tidaknya amalan berkenaan memerlukan satu perbahasan lain yang panjang lebar.

Berikut ini adalah petikan yang kami ringkaskan dari kitab Syarah Aqidah al-Thahawiyah:

(1) Apakah sampai amalan org hidup kepada si mati?

Seluruh ahlus sunnah wal jamaah telah bersepakat mengatakan bahawa si mati dapat manfaat dari usaha orang hidup
melalui dua perkara:

1. Sebab2 yg dilakukan oleh si mati ketika hidupnya.


2. Doa kaum muslimin, istighfar mereka kepada si mati, sedekah dan haji. Cuma, haji mereka memperselisihkannya,
apakah sampai manfaatnya kepada si mati ataupun tidak?
Dalam hal ini, Muhamad bin al-Hasan menolak sampainya manfaat dari haji. Beliau mengatakan: "Hanyasanya,
sampai kepada si mati pahala sedekah. Manakala pahala haji adalah kepada orang yang mengerjakannya.”

Manakala para ulama lain pada umumnya mengatakan bahawa pahala haji dapat kepada mereka yg dihajikan. Dan,
inilah pendapat yg sahih.

(2) Bagaimana dengan ibadah badaniyah? Apakah sampai?

Ibadah badaniyah pula seperti puasa, sembahyang, bacaan al-Quran dan zikir, terdapat beberapa pendapat:
Golongan 1: Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama salaf mengatakan bahawa ia sampai kepada si mati.
Golongan 2: Pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik mengatakan tidak sampai kepada si mati.
Golongan 3: Ahli bid'ah dari kalangan ahli kalam mengatakan tidak satu apapun yg dapat sampai kepada si mati,
samada doa kaum muslimin atau selainnya. Pendapat mereka ini dapat ditolak dengan al-Quran dan al-Hadis.

(3) Dalil
Dalil di sekitar golongan yang mengatakan bahawa si mati memperoleh manfaat dari amalan orang hidup:
a. Mendapat manfaat tanpa sebab2 yg dibuat olehnya semasa hidup:

1. Firman Allah Taala: (Al-Hasyr: 10)


"dan orang-orang (Islam) Yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!
ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami Yang mendahului Kami Dalam iman, dan janganlah
Engkau jadikan Dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang Yang beriman. Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".

Dalam ayat ini menunjukkan si mati memperoleh manfaat dari istighfar orang hidup.

2. Terdapat nash-nash yg telah diijmak-kan oleh muslimin bahawa si mati memperoleh manfaat dari doa kaum
muslimin di dalam sembahyang jenazah. Begitu juga doa selepas si mati di tanam. Antaranya ialah hadis Abu Daud
dari hadis Usman bin Affan r.a., katanya adalah Nabi s.a.w. apabila selesai menanam mayat, baginda s.a.w. berdiri
di situ dan bersabda: "Pohonlah keampunan untuk saudaramu. Kamu pohonlah ketetapan kepadanya. Maka
sesunggunhya dia sekarang sedang disoal."

Ini termasuklah doa ketika menziarahi kubur sebagaimana yg termaktub di dalam sahih muslim samada dari hari
Buraidah bin al-Husaib ataupun dari hadis Aisyah r.a.

b. Dalil yg mengatakan bahawa pahala bersedekah sampai kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain
(Bukahri & Muslim). Dari Abdillah bin Abbas r.a., bahawa Sa'd bin Ubadah kematian ibunya ketika ketiadaannya,
lalu dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah mati ketika
aku tiada, apakah dia mendapat manfaat jika aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Bukhari)
c. Mengenai sampainya pahala berpuasa kepada si mati ada disebutkan di dalam sahihain daripada Aisyah r.a.,
bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mati dan masih ada puasa yg belum dikerjakan, maka
hendaklah ia dipuasakan (dibayar) oleh walinya."

Namun dalam hal ini, Abu Hanifah mengatakan puasa berkenaan hendaklah digantikan/diqadho' dengan memberi
makan kepada fakir miskin bukan dengan berpuasa.

d. Dalil sampainya pahala haji, terdapat di dalam sahih Bukhari daripada Ibnu Abbas r.a.: Bahawa seorang
perempuan Juhainah telah menemui Nabi s.a.w., katanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. sesungguhnya ibuku telah
bernazar utk menunaikan haji, tetapi tidak dapat menunaikannya hinggalah dia mati. Apakah aku perlu menunaikan
haji utknya?" Nabi s.a.w bersabda: "Kerjakanlah haji untuknya, apakah engkau tidak melihat jika ibumu mempunyai
hutang? Bukankah engakau yg perlu membayarnya? Bayarlah hutang Allah, maka hutang Allah itu lebih berhak
ditunaikan." (Lihat: Syarah Aqidah al-Thahawiyah, hal. 449-455 dan Ar-Ruh, karangan Ibn Al-Qayyim ms: 190
masalah: 16)

Inilah pandangan Sheikh Ahmad bin Abdul Halim ibn Taimiah, lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-313. (Lihat teks
fatwanya di akhir artikel ini)

Kenapa Tidak Sampai?

Alasan pendapat masyhur mazhab Syafi'i dan Malik yang mengatakan tidak sampai ibadah badaniyah kepada si mati
ialah:

1. Dapat lihat bahawa semasa hidup amalan-amalan berkenaan tidak boleh digantikan dan dikerjakan oleh orang
lain. Dan, siapa yang mengerjakannya,maka dialah yang akan memperolehi pahalanya. Pahala dari amalan
berkenaan tidak dapat bermanfaat kepada orang lain.

2. Hadis mauquf dengan sanad sahih dari Ibnu Abbas, katanya: "Tidak boleh bersembahyang seseorang untuk
seorang yang lain, tidak boleh berpuasa untuk seorang yang lain....." (HR Al-Nasa'i)

Petikan Dari Raddul Muhtar: Sampai Atau Tidak

Menurut yg tercatat di dalam kitab Raddul Muhtar oleh Ibnu Abidiin:

Di dalamnya menyebutkan bahawa seseorang itu boleh menyedekahkan pahala amalannya kepada org lain spt
sembahyang, puasa, sedekah dan lainnya.
Menurutnya lagi, inilah pegangan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Cuma Malik dan yg masyhur dari al-Syafi’i
berpendapat bahawa ibadah badaniyah tidak sampai pahalanya kepada si mati, seperti sembahyang dan bacaan al-
Quran.

Walaupun begitu, ulama-ulama mutaakhirin dari mazhab syafi’I (Syafi’iyah) mengatakan bahawa pahala ibadah
badaniyah sampai kepada si mati dengan beberapa perincian.

Golongan muktazilah pula menyalahi pendapat Ahlus Sunnah dalam semua keadaan, baik ibadah badaniyah atau
lainnya. Ia bermaksud tidak sampai pahala dari amalan orang hidup kepada si mati. (Raddul Muhtar versi Internet,
lihat di:
http://feqh.al-islam.com/Feqh/)

Pelbagai Masalah Sekitar Manfaat Amalan Hidup Untuk Si Mati

Berikut ini adalah petikan dari al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh yg saya ringkaskan. Dan pengarang kitab ini Dr.
Wahbah al-Zuhaili telah memetik dari pelbagai kitab mazhab seperti al-Durr al-Mukhtar, Fathul Qadir, Syarah al-
Risalah, Syarah al-Kabir, Mughni al-Muhtaj, al-Mughni, Kasyaaf al-Qina'dan al-Muhazab:

Para fuqahak telah bersepakat (ijmak) mengatakan bahawa orang mati memperoleh manfaat dari doa, istighfar orang
hidup, sedekahnya dan ibadah badaniyah maliyah seperti haji. Dalilnya adalah firman Allah (Al-Hasyr: 10) dan (Al-
Mukmin: 55)

Juga hadis Rasulullah s.a.w.:


Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya ibuku telah mati, apakah dia mendapat manfaat jika
aku bersedekah? Baginda s.a.w. menjawab: Ya. (HR Abu Daud, dari Sa'd bin Ubadah)

Juga Hadis ini:


Seorang perempuan telah bertanya Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah Taala telah
memfardukan haji ketika ayahku telah tua, dia tidak mampu untuk menghadapi perjalanan. Apakah aku boleh
mengerjakan haji untuknya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Jika ayahmu berhutang, apakah engkau boleh
menjelaskannya bagi pihaknya?" Perempuan itu menjawab:
"Ya." Baginda bersabda: "Maka hutang terhadap Allah lebih berhak dijelaskan." (HR Ahmad & al-Nasa'i dari
Abdullah bin al-Zubair).

Hadis ini juga:


Rasulullah s.a.w. telah berkat kepada orang yang bertanya:
"Sesungguhnya ibuku telah mati dan masih ada puasa selama sebulan, apakah aku boleh berpuasa untuknya?"
Baginda menjawab: "Ya".
Ibnu Qudamah berkata, semua hadis-hadis di atas itu bertaraf sahih. Ia menjadi dalil bahawa si mati mendapat
manfaat terhadap semua bentuk ketaatan dari orang hidup.

Sementara itu, di kalangan para ulama berselisih pendapat mengenai apakah ibadah badaniyah sampai ataupun tidak
kepada orang lain? Ibadah badaniyah ialah seperti sembahyang, puasa dan bacaan al-Quran.

Dalam masalah ini, mereka terbahagi kepada dua golongan:

Golongan 1: Hanafiah, Hanabilah, mutaakhir dari Syafi'iyah dan Malikiyah. Pahala bacaan sampai kepada si mati
jika dibaca di hadapannya, atau doa untuk si mati selepas bacaan itu, sekalipun tidak di hadapannya. Kerana tempat
bacaan diturunkan rahmat dan berkat, dan doa selepasnya adalah sebagai harapan agar diterima bacaan itu.

Golongan 2: Mutaqadim (terdahulu) dari kalangan Maliki dan Syafi'iyah (pendapat masyhur), tidak sampai pahala.
Namun golongan mutaakhir dari dua mazhab ini mengatakan pahala berkenaan sampai.

Menurut ulama Hanafi: Yang terpilih ialah tidak makruh memperdudukkan (ijlas) pembaca-pembaca supaya
membaca di atas kubur. Di dalam bab haji mereka mengatakan bahawa seseorang itu boleh menjadikan pahala
amalannya untuk orang lain, samada sembahyang, puasa, sedekah atau lain-lainnya. dan, perbuatan itu tidak
mengurangkan sedikitpun pahalanya.

Menurut ulama hanbali (Hanabilah): Tidak menjadi kesalahan membaca al-Quran di atas kubur bersandarkan
kepada hadis:
"Sesiapa yang masuk ke kawasan kuburan, lalu membaca Yasin, maka Allah meringankan mereka (ahli kubur) pada
hari itu, dan bagi pembaca pahala sebanyak kebaikan orang di situ."

Juga hadis: "Barangsiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya dan membaca di rumahnya atau di kuburnya
nescaya diampun dosanya."

Kedua-dua hadis di atas dikatakan sebagai dho'if oleh al-Sayuthi di dalam Jami'-nya.

Ulama maliki (Malikiah) pula mengatakan: Dimakruhkan membaca al-Quran ke atas mayat selepas kematiannya
dan di atas kuburnya. Kerana ia bukanlah dari amalan ulama salaf. Namun begitu ulama mutaakhir telah
berpendapat, tidak mengapa membaca al-Quran, zikir dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat, dan ia akan
mendapat pahala itu insyaallah.

Ulama Syafi'i mutaakhir berpendapat sebagaimana tiga mazhab lainnya, bahawa pahala bacaan sampai kepada si
mati. Al-Subki berhujah, berdasarkan kepada hadis bahawa sebahagian dari ayat al-Quran apabila dibaca dengan
tujuan memberi manfaat dengannya kepada si mati dan untuk meringankan bebanannya, maka ia memberi manfaat.
Kerana berdasarkan hadis juga, telah sabit bahawa al-Fatihah itu apabila dibaca dengan tujuan untuk memberi
manfaat kepada orang yang terkena patukan ular berbisa, maka ia memberi manfaat.

Oleh itu, apabila ia bermanfaat kepada orang hidup dengan adanya niat dan tujuan, maka sudah tentu lebih utama
lagi memberi manfaat kepada orang mati dengan bacaannya. (Lihat, al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol. 2,
hal. 550-552)

Sampai Atau Tidak: Pendapat Hasan Bandung

Sekarang kita lihat juga pendapat A. Hasan atau lebih dikenali sebagai Hasan Bandung di dalam bukunya
Soaljawab. Beliau adalah dari kelompok alla mazhabiyah atau tidak bermazhab. Beliau menolak pendapat amalan
org hidup sampai kepada si mati.

Baginya, yang sampai hanyalah doa dari orang hidup agar Allah mengampunkan si mati, juga perkara-perkara yg
dilakukan oleh si mati yg menyebabkan pahala itu berterusan, seperti mewakafkan tanah, ilmu yang pernah
diajarkannya dan meninggalkan anak yg soleh. Dan, beliau berpegang kepada konsep seseorang itu tidak akan
mendapat balasan melainkan melalui apa yang diamalkannya sahaja. Oleh itu beliau menolak hadis-hadis sahih yang
dikatanya bertentangan dengan konsep berkenaan. Alasannya ialah, ia bertentangan dengan al-Quran.

Berikut ini adalah pendapat beliau:

Soal:
Hadiah-hadiah dari orang hidup kepada si mati serta bacaan-bacaan Quran, dzikir dan lainnya, adakah sampai
kepada si mati? Kalau tuan kata sampai, maka sampainya itu kepada ruhnya atau kepada jasadnya, kepada quburnya
atau lain daripada quburnya? Kalau tidak kepada quburnya ke manakah pergi ruh itu?

Jawab:
Tentang menghadiahkan bacaan Quran, tahlil dan lain-lain bacaan itu tidak ada satu pun keterangan dari Quran atau
hadits. Adapun menghajikan atau mempuasakan si mati itu sungguhpun ada hadits yang membolehkannya tetapi
lantaran hadits itu berlawanan dengan ayat Quran, maka walaupun hadits itu sahih riwayatnya tidak boleh dijadikan
dalil.

Di dalam al-Quran ada tersebut:


Di hari qiamat ini tidak seorangpun dianiaya walaupun sedikit dan tidak akan dibalas kamu melainkan (menurut)
apa yang telah kamu kerjakan. (Yasin:54)

Dan firman Allah:


Bahawasanya manusia tidak akan dapat (pahala) melainkan (dari) apa yang ia telah usahakan. (An-Najm:39)

Dua ayat itu dengan terang menyebut bahwa seorang tidak akan dapat balasan pahala melainkan dari amalnya yang
ia telah kerjakan sendiri, ya'ni ia tidak akan dapat pahala dari perbuatan orang lain yang diniatkan untuknya.

Begitu juga lain ayat ada tersebut bahwa dosa seorang itu tidak akan dipikul oleh seorang yang lain.

Menurut fikiran dan menurut qaidah ulama hadits dan ulama fiqih dan sekelian ulama Islam, bahawa hadits yang
shahih itu ialah shahih riwayatnya dan tidak berlawanan dengan Quran.

Maka oleh sebab ada ayat yang mengatakan seorang tidak akan dapat melainkan pahala perbuatan sendiri, maka
hadits-hadits yang membolehkan seorang berbuat ibadah untuk orang lain itu tidak boleh dipakai.

Kita tidak pakai itu bukan lantaran mengatakan nabi kita iatu salah atau berdusta, tidak sekali-kali. Tetapi kita tidak
dapat mempercayai yang nabi ada berkata begitu, ya'ni perkataan itu bukan hadits nabi, hanya orang-orang katakan
itu hadits nabi. Ayat yang kedua tadi itu ada sebahagian ulama berkata sudah mansukh. Ma'na mansukh itu ialah
dihapuskan hukumnya.

Di sini pembaca mesti ingat bahawa Quran itu firman ALlah yang suci. Firman Allah tidak boleh siapa-siapa
hapuskan melainkan Allah sendiri atau rasul-Nya dengan izinNya. Adakah Allah dan rasulNya berkata: Ayat sudah
mansukh? Kalau ada kami akan terima di atas kepala.

Jadi oleh sebab sekelian hadiah dari si hidup itu tidak sampai kepada si mati, bahkan yang demikian itu satu
perbuatan yang salah, maka tak perlu kami jawab tentang ruh si mati di mana tempatnya.

Insyaallah di lain kali kalau ada kelapangan akan kami terangkan dari hal ruh itu lantaran hal ini perlu kepada
pemeriksaan yang luas. (Lihat Soaljawab, juz 4, hal 1365-1366)

Dalam satu soaljawab lain pula, Hasan bandung berkata:

Soal:
Di tempat saya, kalau mereka mau hadiahkan al-fatihah atau terhidang makanan kenduri, sering mereka ucapkan: Ila
hadratin Nabi al-Musthafa Muhamad s.a.w. syai'un lillahil Fatihah....

Bergunakah ucapan itu?

Jawab:
Tidak ada satupun yang akan bisa memberi manfaat kepada si mati, melainkan doa dari orang yang hidup supaya
Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala
meninggalkan anak yang saleh yang bisa mendoakan dia.

Oleh sebab itu bacaan al-fatihah dan sebagainya yang dibaca buat hadiahkan pahlanya kepada si mati, tidak bisa
sampai samasekali.

Dari ayat:
Bahawa seorang tidak akan dapat (pahla) melainkan apa yang ia telah kerjakan itu, imam Syafi'i faham, apapun
bacaan yang dikerjakan orang untuk si mati itu tidak akan sampai kepadanya.

Adapun perkataan ila hadrati itu hanya serangkai kalimat arab yang asalnya dibikin oleh pak-pak lebai tukang tahlil
dari Hadramaut, lalu diturut oleh pak-pak lebai sebelah sini.

Perkataan itu tidak berguna apa-apa, kecuali mengabui mata orang-orang yang sangka, bahwa tiap-tiap kalimah
Arab itu kalau diucapkan dapat pahala dan menyangka, bahwa pahla yang ia mau kirim kepada si mati itu, tidak
akan sampai kalau tidak dengan bahasa arab. (Ibid. 1367, Hasan Bandung)

Penutup:

Dapat disimpulkan bahawa:

1. Menurut jumhur ulama salaf, mutaakhir Syafi'i dan Maliki, pahala amalan orang hidup itu sampai kepada si mati,
samada ia ibadah badaniyah ataupun bukan, seperti doa, istighfar, sedekah dan sebagainya.

2. Mutaqaddimin Syafi'iyah dan Malikiah mengatakan pahala dari ibadah badaniyah tidak sampai kepada si mati.

3. Hasan Bandung dan yang sealiran dengannya mengatakan bahawa yang sampai kepada si mati hanyalah doa dari
orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang
digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang saleh yang boleh mendoakannya. Beliau menolak hadis-hadis
sahih yang menunjukkan sampai pahala puasa dan haji kerana dianggapnya bertentangan dengan nash al-Quran.

4. Sebahagian ahli kalam mengatakan bahawa tidak ada satupun yang dapat sampai kepada si mati, samada doa,
istighfar atau lainnya.

Sekian

Teks fatwa Syeikh Ahmad bin Abdul Halim Ibn Taimiah (lihat: Majmu’ Fatwa Jilid 24/306-
313)

)466 ‫ ص‬/ 5 ‫ (ج‬- ‫ ابن تيمية‬T‫مجموع فتاوى‬


ُ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم { إ َذا َماتَ ابْنُ آ َد َم ا ْنقَطَ َع َع َملُه‬ َ ‫َو ُسئِ َل َر ِح َمهُ هَّللا ُ تَ َعالَى ع َْن قَوْ له تَ َعالَى { َوأَ ْن لَي‬
ِ ‫ْس لِإْل ِ ْن َس‬
َ ‫ان إاَّل َما َس َعى } َوقَوْ لِ ِه‬
‫ال ْالبِ ِّر ؟‬ ‫ص ُل إلَ ْي ِه َش ْي ٌء ِم ْن أَ ْف َع ِ‬ ‫ك إ َذا َماتَ اَل يَ ِ‬ ‫َضي َذلِ َ‬ ‫ح يَ ْدعُو لَهُ } فَهَلْ يَ ْقت ِ‬ ‫اريَ ٍة أَوْ ِع ْل ٍم يُ ْنتَفَ ُع بِ ِه أَوْ َولَ ٍد َ‬
‫صالِ ٍ‬ ‫ص َدقَ ٍة َج ِ‬ ‫ث َ‬ ‫‪ .‬إاَّل ِم ْن ثَاَل ٍ‬
‫ْال َج َوابُ‬
‫ق لَهُ َوبِ َما يُ ْع َم ُل َع ْنهُ ِم ْن ْالبِ ِّر بَلْ أَئِ َّمةُ‬ ‫ث أَ َّن ْال َميِّتَ اَل يَ ْنتَفِ ُع بِ ُدعَا ِء ْالخَ ْل ِ‬ ‫ْس فِي اآْل يَ ِة َواَل فِي ْال َح ِدي ِ‬ ‫اب ‪ْ :‬ال َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِمينَ ‪ .‬لَي َ‬ ‫فَأ َ َج َ‬
‫ع فَ َم ْن‬ ‫ار ِم ْن ِدي ِن اإْل ِ ْساَل ِم َوقَ ْد َد َّل َعلَ ْي ِه ْال ِكتَابُ َوال ُّسنَّةُ َواإْل ِ جْ َما ُ‬ ‫ت بِ َذلِكَ َوهَ َذا ِم َّما يُ ْعلَ ُم بِااِل ضْ ِط َر ِ‪T‬‬ ‫اع ْال َميِّ ِ‬ ‫اإْل ِ ْساَل ِم ُمتَّفِقُونَ َعلَى ا ْنتِفَ ِ‬
‫ون بِ ِه َويَ ْستَ ْغفِرُونَ‬ ‫ش َو َم ْن َحوْ لَهُ يُ َسبِّحُونَ بِ َح ْم ِد َربِّ ِه ْم َوي ُْؤ ِمنُ َ‪T‬‬ ‫ال هَّللا ُ تَ َعالَى ‪ { :‬الَّ ِذينَ يَحْ ِملُونَ ْال َعرْ َ‬ ‫َع ‪ .‬قَ َ‬ ‫ك َكانَ ِم ْن أَ ْه ِل ْالبِد ِ‬ ‫خَالَفَ َذلِ َ‬
‫ت َع ْد ٍن‬ ‫اب ْال َج ِح ِيم } { َربَّنَا َوأَ ْد ِخ ْلهُ ْم َجنَّا ِ‬ ‫لِلَّ ِذينَ آ َمنُوا َربَّنَا َو ِسعْتَ ُك َّل َش ْي ٍء َرحْ َمةً َو ِع ْل ًما فَا ْغفِرْ لِلَّ ِذينَ تَابُوا َواتَّبَعُوا َسبِيلَكَ َوقِ ِه ْ‪T‬م َع َذ َ‬
‫ت يَوْ َمئِ ٍذ فَقَ ْد َر ِح ْمتَهُ‬ ‫َق ال َّسيِّئَا ِ‬ ‫ت َو َم ْن ت ِ‬ ‫صلَ َح ِم ْن آبَائِ ِه ْم َوأَ ْز َوا ِج ِه ْم َو ُذ ِّريَّاتِ ِه ْ‪T‬م إنَّكَ أَ ْنتَ ْال َع ِزي ُز ْال َح ِكي ُم } { َوقِ ِه ُ‪T‬م ال َّسيِّئَا ِ‬ ‫الَّتِي َو َع ْدتَهُ ْم َو َم ْن َ‬
‫ْس َع َماًل لِ ْل َع ْب ِد ‪َ .‬وقَا َل‬ ‫ول ْال َجنَّ ِة َو ُدعَا ُء ْال َماَل ئِ َك ِة لَي َ‬ ‫ب َو ُد ُخ ِ‬ ‫} ‪ .‬فَقَ ْد أَ ْخبَ َر ُسب َْحانَهُ أَ َّن ْال َماَل ئِ َكةَ يَ ْد ُعونَ لِ ْل ُم ْؤ ِمنِينَ بِ ْال َم ْغفِ َر ِة َو ِوقَايَ ِة ْال َع َذا ِ‬
‫ي َولِ ْل ُم ْؤ ِمنِينَ يَوْ َم يَقُو ُم ْال ِح َسابُ }‬ ‫ت } َوقَا َل ْال َخلِي ُل َعلَ ْي ِه ال َّساَل ُم َربِّ { ا ْغفِرْ لِي َولِ َوالِ َد َّ‬ ‫ك َولِ ْل ُم ْؤ ِمنِينَ َو ْال ُم ْؤ ِمنَا ِ‪T‬‬ ‫تَ َعالَى ‪َ { :‬وا ْستَ ْغفِرْ لِ َذ ْنبِ َ‬
‫ت } فَقَ ْد َذ َك َر ا ْستِ ْغفَا َر الرُّ ُس ِل لِ ْل ُم ْؤ ِمنِينَ‬ ‫ي َولِ َم ْن َدخَ َل بَ ْيتِ َي ُم ْؤ ِمنًا َولِ ْل ُم ْؤ ِمنِينَ َو ْال ُم ْؤ ِمنَا ِ‪T‬‬ ‫ال نُو ٌح َعلَ ْي ِه ال َّساَل ُم { َربِّ ا ْغفِرْ لِي َولِ َوالِ َد َّ‬ ‫َوقَ َ‬
‫صاَل ِة ‪.‬‬ ‫ت َو ُدعَا ُؤهُْ‪T‬م لَهُ فِي ال َّ‬ ‫صاَل ةُ ْال ُم ْسلِ ِمينَ َعلَى ْال َميِّ ِ‬ ‫ك ‪َ .‬و ِم ْن ال ُّسنَ ِن ْال ُمتَ َواتِ َر ِة الَّتِي َم ْن َج َح َدهَا َكفَ َر ‪َ :‬‬ ‫أَ ْمرًا بِ َذلِكَ َوإِ ْخبَارًا َع ْنهُ ْم بِ َذلِ َ‬
‫َع بَلْ قَ ْد‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة فَإِ َّن ال ُّسنَنَ فِيهَا ُمتَ َواتِ َرةٌ بَلْ لَ ْم يُ ْن ِك ُر َشفَا َعتَهُ أِل َ ْه ِل ْال َكبَائِ ِر إاَّل أَ ْه ُل ْالبِد ِ‬ ‫َو َك َذلِكَ َشفَا َعةُ النَّبِ ِّي َ‬
‫ك‬‫اح ُد ِم ْث ِل َذلِ َ‬ ‫ك َوتَ َعالَى ‪ .‬فَهَ َذا َوأَ ْمثَالُهُ ِم ْن ْالقُرْ آ ِن َوال ُّسنَ ِن ْال ُمت ََواتِ َر ِة َو َج ِ‬ ‫ار َ‬‫ثَبَتَ أَنَّهُ يَ ْشفَ ُع أِل َ ْه ِل ْال َكبَائِ ِر َو َشفَا َعتُهُ ُدعَا ُؤهُ َو ُس َؤالُهُ هَّللا َ تَبَ َ‬
‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ َما ‪ { -‬أَ َّن‬ ‫س ‪َ -‬ر ِ‬ ‫اح ع َْن اب ِْن َعبَّا ٍ‬ ‫الصِّح ِ‬
‫َ‬ ‫ب َكثِي َرةٌ ِم ْث ُل َما فِي‬ ‫ص ِحي َحةُ فِي هَ َذا ْالبَا ِ‬ ‫يث ال َّ‬ ‫َكافِ ٌر بَ ْع َد قِيَ ِام ْال ُح َّج ِة َعلَ ْي ِه ‪َ .‬واأْل َ َحا ِد ُ‬
‫إن لِي َم ْخ َرفًا ‪ -‬أَيْ بُ ْستَانًا ‪ -‬أُ ْش ِه ُد ُك ْم‬ ‫ال ‪ :‬نَ َع ْم قَا َل ‪َّ :‬‬ ‫ق َع ْنهَا ؟ قَ َ‬ ‫ص َّد َ‬‫ت أَفَيَ ْنفَ ُعهَا أَ ْن أَتَ َ‬ ‫إن أُ ِّمي تُ ُوفِّيَ ْ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َّ‬ ‫َر ُجاًل قَا َل لِلنَّبِ ِّي َ‬
‫َت نَ ْف َسهَا‬ ‫إن أُ ِّمي ا ْفتَلَت ْ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َّ‬ ‫ال لِلنَّبِ ِّي َ‬ ‫ي هَّللا ُ َع ْنهَا { أَ َّن َر ُجاًل قَ َ‬ ‫ض َ‪T‬‬ ‫ص ِحي َح ْي ِن ع َْن عَائِ َشةَ َر ِ‬ ‫ص َّد ْقت‪ T‬بِ ِه َع ْنهَا } َوفِي‪ T‬ال َّ‬ ‫أَنِّي تَ َ‬
‫ض َي هَّللا ُ‬ ‫يح ُم ْسلِ ٍم ع َْن أَبِي ه َُر ْي َرةَ َر ِ‬ ‫ص ِح ِ‬ ‫ال ‪ :‬نَ َع ْم } ‪َ .‬وفِي‪َ T‬‬ ‫َص َّد ْقت َع ْنهَا ؟ قَ َ‬ ‫إن ت َ‬ ‫ت فَهَلْ لَهَا أَجْ ٌر ْ‬ ‫ص َّدقَ ْ‪T‬‬ ‫ت تَ َ‬ ‫وص َوأَظُنُّهَا لَوْ تَ َكلَّ َم ْ‬ ‫َولَ ْم تُ ِ‬
‫ال ‪ :‬نَ َع ْم } ‪َ .‬وع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ْب ِن‬ ‫َص َّد ْقت َع ْنهُ ؟ قَ َ‬ ‫إن ت َ‬ ‫ُوص أَيَ ْنفَ ُعهُ ْ‬ ‫ِ‬ ‫إن أَبِي َماتَ َولَ ْم ي‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َّ‬ ‫ال لِلنَّبِ ِّي َ‬ ‫َع ْنهُ { أَ َّن َر ُجاًل قَ َ‬
‫صتَهُ خَ ْم ِسينَ َوأَ َّن َع ْمرًا‬ ‫َع ْم ِرو ب ِْن العاص ‪ { :‬أَ َّن العاص ْبنَ َوائِ ٍل نَ َذ َر فِي ْال َجا ِهلِيَّ ِة أَ ْن يَ ْذبَ َح ِمائَةَ بَ َدنَ ٍة َوأَ َّن ِه َشا َم ْبنَ العاص ن ََح َر ِح َّ‬
‫ك } َوفِي ُسنَ ِن‬ ‫ص َّد ْقت‪َ T‬ع ْنهُ نَفَ َعهُ َذلِ َ‬ ‫ص ْمت َع ْنهُ أَوْ تَ َ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ع َْن َذلِكَ فَقَا َل ‪ :‬أَ َّما أَبُوك فَلَوْ أَقَ َّر بِالتَّوْ ِحي ِ‪T‬د فَ ُ‬ ‫ي َ‬ ‫َسأ َ َل النَّبِ َّ‬
‫ْف بِ ْالبِ ِّر بَ ْع َد‬ ‫إن لِي أَبَ َوي ِْن َو ُك ْنت أَبَرُّ هُ َما َحا َل َحيَاتِ ِه َما ‪ .‬فَ َكي َ‪T‬‬ ‫ُول هَّللا ِ َّ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم فَقَا َل ‪ :‬يَا َرس َ‬ ‫ي َ‬ ‫الدارقطني‪ : T‬أَ َّن َر ُجاًل َسأ َ َل النَّبِ َّ‬
‫ق لَهُ َما‬ ‫َص َّد َ‬ ‫صيَا ِمك‪َ T‬وأَ ْن ت َ‬ ‫صاَل تِك َوأَ ْن تَصُو َ‪T‬م لَهُ َما َم َع ِ‬ ‫صلِّ َي لَهُ َما َم َع َ‬ ‫إن ِم ْن بَ ْع ِد ْالبِرِّ أَ ْن تُ َ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم { َّ‬ ‫َموْ تِ ِه َما ؟ فَقَا َل النَّبِ ُّي َ‬
‫يث‬‫ك ‪ :‬يَا أَبَا َع ْب ِد الرَّحْ َم ِن ْال َح ِد ُ‬ ‫ار ِ‬ ‫ق الطالقاني قَا َل ‪ :‬قُ ْلت لِ َع ْب ِد هَّللا ِ ب ِْن ْال ُمبَ َ‬ ‫ص َدقَتِك‪َ . } T‬وقَ ْد َذ َك َر ُم ْسلِ ٌم فِي أَ َّو ِل ِكتَابِ ِه ع َْن أَبِي إ ْس َحا َ‬ ‫َم َع َ‬
‫ق َع َّم ْن هَ َذا ؟ قُ ْلت‬ ‫ْحا َ‬ ‫ال َع ْب ُد هَّللا ِ ‪ :‬يَا أَبَا إس َ‬ ‫صيَا ِمك‪ T‬؟ } قَ َ‬ ‫صاَل تِك َوتَصُو َ‪T‬م لَهُ َما َم َع ِ‬ ‫صلِّ َي أِل َبَ َويْك َم َع َ‬ ‫إن ْالبِ َّر بَ ْع َد ْالبِ ِّر أَ ْن تُ َ‬ ‫الَّ ِذي َجا َء { َّ‬
‫ال ‪ :‬ثِقَةٌ َع َّم ْن ؟ قُ ْلت ‪ :‬ع َْن َرسُو ِل هَّللا ِ‬ ‫َار ‪ .‬فَقَ َ‬ ‫َّاج ب ِْن ِدين ٍ‬ ‫ال ‪ :‬ثِقَةٌ قُ ْلت ‪َ :‬ع َّم ْن ؟ قَا َل ع َْن ْال َحج ِ‬ ‫ش قَ َ‬ ‫ب ْب ِن ِخ َرا ٍ‬ ‫ث ِشهَا ِ‬ ‫لَهُ ‪ :‬هَ َذا ِم ْن َح ِدي ِ‬
‫ق ْال َم ِط ِّي َولَ ِك ْن‬ ‫اوزَ تُ ْقطَ ُع فِيهَا أَ ْعنَا ُ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َمفَ ِ‬ ‫ُول هَّللا ِ َ‬ ‫َّاج َوبَ ْينَ َرس ِ‬ ‫إن بَ ْينَ ْال َحج ِ‬ ‫ق َّ‬ ‫ْحا َ‬ ‫ال ‪ :‬يَا أَبَا إس َ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَ َ‬ ‫َ‬
‫ص ُل إلَى‬ ‫ص َدقَةَ تَ ِ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ُ‬
‫يث ُمرْ َس ٌل ‪َ .‬وا ئِ َّمة اتَّفَقوا َعلَى أ َّن ال َّ‬ ‫َ‬ ‫أْل‬ ‫ْ‬
‫ك فَإِ َّن هَ َذا ال َح ِد َ‬ ‫ار ِ‬ ‫ْ‬ ‫هَّللا‬
‫ف ‪َ ،‬وا ْم ُر َك َما َذ َك َرهُ َع ْب ُد ِ بْنُ ال ُمبَ َ‬ ‫َ‬ ‫أْل‬ ‫اختِاَل ٌ‬ ‫ص َدقَ ِة ْ‬ ‫ْس فِي ال َّ‬ ‫لَي َ‬
‫يح ْي ِن‬ ‫ص ِح َ‬ ‫صاَل ِة َوالصِّ يَ ِام َو ْالقِ َرا َء ِة َو َم َع هَ َذا فَفِي ال َّ‬ ‫ت ْالبَ َدنِيَّ ِة ‪َ :‬كال َّ‬ ‫ق ‪َ .‬وإِنَّ َما تَنَا َزعُوا فِي ْال ِعبَادَا ِ‬ ‫َات ْال َمالِيَّةُ ‪َ :‬ك ْال ِع ْت ِ‬ ‫ك ْال ِعبَاد ُ‬ ‫ت َو َك َذلِ َ‬ ‫ْال َميِّ ِ‬
‫ص ِحي َح ْي ِن ع َْن‬ ‫صا َم َع ْنهُ َولِيُّهُ } َوفِي‪ T‬ال َّ‬ ‫صيَا ٌم َ‬ ‫ال ‪َ { :‬م ْن َماتَ َو َعلَ ْي ِه ِ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَ َ‬ ‫ي هَّللا ُ َع ْنهَا ‪ -‬ع َْن النَّبِ ِّي َ‬ ‫ض َ‪T‬‬ ‫ع َْن عَائِ َشةَ ‪َ -‬ر ِ‬
‫إن َكانَ َعلَى أُ ِّمك َدي ٌْن‬ ‫ال ‪ :‬أَ َرأَيْت ْ‬ ‫صيَا ُم ن َْذ ٍر قَ َ‬ ‫َت َو َعلَ ْيهَا ِ‬ ‫إن أُ ِّمي َمات ْ‬ ‫ُول هَّللا ِ َّ‬ ‫ت يَا َرس َ‬ ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنهُ ‪ { -‬أَ َّن ا ْم َرأَةً قَالَ ْ‬ ‫س ‪َ -‬ر ِ‬ ‫ا ْب ِن َعبَّا ٍ‬
‫صلَّى‬ ‫ُول هَّللا ِ َ‬ ‫ت إلَى َرس ِ‪T‬‬ ‫يح َع ْنهُ ‪ { :‬أَ َّن ا ْم َرأَةً َجا َء ْ‬ ‫ص ِح ِ‬ ‫ت ‪ :‬نَ َع ْم قَا َل ‪ :‬فَصُو ِمي‪ T‬ع َْن أُ ِّمك ‪َ } .‬وفِي‪ T‬ال َّ‬ ‫فقضيتيه أَ َكانَ يُ َؤ ِّدي‪َ T‬ذلِكَ َع ْنهَا ؟ قَالَ ْ‬
‫ت ‪ :‬نَ َع ْم‬ ‫ضي ِه ؟ قَالَ ْ‬ ‫صوْ ُم َش ْه َر ْي ِن ُمتَتَابِ َع ْي ِن قَا َل ‪ :‬أَ َرأَيْت لَوْ َكانَ َعلَى أُ ْختِك َدي ٌْن أَ ُك ْنت تَ ْق ِ‬ ‫َت َو َعلَ ْيهَا َ‬ ‫إن أُ ْختِي َمات ْ‬ ‫ت ‪َّ :‬‬ ‫هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم فَقَالَ ْ‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬ ‫ُول هَّللا ِ َ‬ ‫َت َرس َ‪T‬‬ ‫يح ُم ْسلِ ٍم ع َْن َع ْب ِد هَّللا ِ ب ِْن بريدة ْب ِن حصيب ع َْن أَبِي ِه ‪ { :‬أَ َّن ا ْم َرأَةً أَت ْ‬ ‫ص ِح ِ‬ ‫ق } َوفِي‪َ T‬‬ ‫ق هَّللا ِ أَ َح ُّ‬ ‫ال فَ َح ُّ‬ ‫قَ َ‬
‫يحةٌ فِي أَنَّهُ‬ ‫ص ِر َ‬ ‫يحةُ َ‬ ‫َّح َ‬ ‫يث الص ِ‬ ‫ال ‪ :‬نَ َع ْم } ‪ .‬فَهَ ِذ ِه اأْل َ َحا ِد ُ‬ ‫صوْ ُم َشه ٍْر أَفَيُجْ ِزي‪َ T‬ع ْنهَا أَ ْن أَصُو َ‪T‬م َع ْنهَا قَ َ‬ ‫َت َو َعلَ ْيهَا َ‬ ‫إن أُ ِّمي َمات ْ‬ ‫ت ‪َّ :‬‬ ‫فَقَالَ ْ‬
‫َّري َحةَ َم ْن‬ ‫يحةَ الص ِ‬ ‫َّح َ‬ ‫يث الص ِ‬ ‫ف هَ ِذ ِه اأْل َ َحا ِد َ‬ ‫ك َولَ ْم يُخَالِ ْ‬ ‫ضا ِء ال َّد ْي ِن ‪َ .‬واأْل َئِ َّمةُ تَنَازَ عُوا فِي َذلِ َ‬ ‫ت َما نَ َذ َر َوأَنَّهُ ُشبِّهَ َذلِكَ بِقَ َ‬ ‫صا ُم ع َْن ْال َميِّ ِ‬ ‫يُ َ‬
‫ْس فِي ِه إاَّل‬ ‫صا ُموا‪ T‬ع َْن ْال ُم ْسلِ ِم نَفَ َعهُ ‪َ .‬وأَ َّما ْال َحجُّ فَيُجْ ِزي ِع ْن َد عَا َّمتِ ِه ْم لَي َ‬ ‫يث َع ْم ٍرو بِأَنَّهُ ْم إ َذا َ‬ ‫بَلَ َغ ْتهُ َوإِنَّ َما خَالَفَهَا َم ْن لَ ْم تَ ْبلُ ْغهُ َوقَ ْ‪T‬د تَقَ َّد َم َح ِد ُ‬
‫ت‪:‬‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم فَقَالَ ْ‬ ‫ت إلَى النَّبِ ِّي َ‬ ‫ي هَّللا ُ َع ْنهُ َما { أَ َّن ا ْم َرأَةً ِم ْن ُجهَ ْينَةَ َجا َء ْ‬ ‫ض َ‪T‬‬ ‫س َر ِ‬ ‫يح ْي ِن ع َْن اب ِْن َعبَّا ٍ‬ ‫َّح َ‬ ‫ف َشا ٌّذ ‪َ .‬وفِي‪ T‬الص ِ‬ ‫اختِاَل ٌ‬ ‫ْ‬
‫اضيَتُهُ َع ْنهَا ؟‬ ‫ال ‪ :‬حُجِّي َع ْنهَا أَ َرأَيْت لَوْ َكانَ َعلَى أُ ِّمك َدي ٌْن أَ ُك ْنت قَ ِ‬ ‫َت أَفَأَحُجُّ َع ْنهَا ؟ فَقَ َ‬ ‫ت أَ ْن تَ ُح َّج فَلَ ْم تَ ُح َّج َحتَّى َمات ْ‬ ‫إن أُ ِّمي نَ َذ َر ْ‬ ‫َّ‬
‫ت ‪ :‬يَا‬ ‫يح ُم ْسلِ ٍم ع َْن بريدة { أَ َّن ا ْم َرأَةً قَالَ ْ‬ ‫ص ِح ِ‬ ‫ت أَ ْن تَ ُح َّج } َوفِي َ‬ ‫إن أُ ْختِي نَ َذ َر ْ‬ ‫َاريِّ ‪َّ { :‬‬ ‫ق بِ ْال َوفَا ِء } َوفِي‪ِ T‬ر َوايَ ِة ْالبُخ ِ‬ ‫ا ْقضُوا هَّللا َ فَاَهَّلل ُ أَ َح ُّ‬
‫َّحي َح ِة ‪ " :‬أَنَّهُ أَ َم َر بِ َح ِّج‬ ‫ث الص ِ‬ ‫ال ‪ :‬نَ َع ْم } ‪ .‬فَفِي هَ ِذ ِه اأْل َ َحا ِدي ِ‬ ‫ضي ‪ -‬أَ ْن أَ ُح َّج َع ْنهَا قَ َ‬ ‫َت َولَ ْم تَ ُح َّج أَفَيُجْ ِزي‪ - T‬أَوْ يَ ْق ِ‬ ‫إن أُ ِّمي َمات ْ‬ ‫َرسُو َل هَّللا ِ َّ‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬ ‫َارةً يَ ُكونُ أَ ًخا َو َشبَّهَ النَّبِ ُّي َ‬ ‫صيَ ِام ‪َ .‬وأَ َّن ْال َمأْ ُمو َ‪T‬ر تَا َرةً يَ ُكونُ َولَدًا َوت َ‬ ‫ت َوبِ َح ِّج النَّ ْذ ِر " ‪َ .‬ك َما أَ َم َر بِال ِّ‬ ‫ض ع َْن ْال َميِّ ِ‬ ‫ْالفَرْ ِ‬
‫ضا ُؤهُ ِم ْن ُك ِّل أَ َح ٍد فَ َد َّل َعلَى أَنَّهُ يَجُو ُز أَ ْن يَ ْف َع َل َذلِكَ ِم ْن ُكلِّ أَ َح ٍد اَل يَ ْختَصُّ َذلِكَ بِ ْال َولَ ِ‪T‬د ‪.‬‬ ‫صحُّ قَ َ‬ ‫ت ‪َ ،‬وال َّديْنُ يَ ِ‬ ‫َذلِكَ بِال َّدي ِْن يَ ُكونُ َعلَى ْال َميِّ ِ‬
‫ْس‬ ‫ص ٌل ُمبَي ٌَّن ‪ ،‬فَ ُعلِ َم أَ َّن َذلِكَ اَل يُنَافِي قَوْ لَهُ ‪َ { :‬وأَ ْن لَي َ‬ ‫اع ِع ْل ٌم ُمفَ َّ‬ ‫ب َوال ُّسنَّ ِة َواإْل ِ جْ َم ِ‬ ‫خ ‪ .‬فَهَ َذا الَّ ِذي ثَبَتَ بِ ْال ِكتَا ِ‬ ‫ص َّر ًحا‪ T‬بِ ِه فِي اأْل َ ِ‬ ‫َك َما َجا َء ُم َ‬
‫يث فَإِنَّهُ قَا َل ‪ { :‬ا ْنقَطَ َع َع َملُهُ‬ ‫ق ‪ .‬أَ َّما ْال َح ِد ُ‬ ‫ق َوهَ َذا َح ٌّ‬ ‫ث } بَلْ هَ َذا َح ٌّ‬ ‫لِإْل ِ ْن َسا ِن إاَّل َما َس َعى } { إ َذا َماتَ ابْنُ آ َد َم ا ْنقَطَ َع َع َملُهُ إاَّل ِم ْن ثَاَل ٍ‬
‫ص ْي ِن ؛ أِل َ َّن ْال َولَ َد ِم ْن َك ْسبِ ِه َك َما قَا َل ‪:‬‬ ‫ح يَ ْدعُو لَهُ } فَ ِذ ْك ُر ْال َولَ ِد َو ُدعَا ُؤهُ لَهُ خَا َّ‬ ‫اريَ ٍة أَوْ ِع ْل ٍم يُ ْنتَفَ ُع بِ ِه أَوْ َولَ ٍد َ‬
‫صالِ ٍ‬ ‫ص َدقَ ٍة َج ِ‬ ‫ث‪َ :‬‬ ‫إاَّل ِم ْن ثَاَل ٍ‬
‫ب َما أَ َك َل ال َّر ُج ُل ِم ْن َك ْسبِ ِه َوإِ َّن‬ ‫طيَ َ‬ ‫إن أَ ْ‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم { َّ‬ ‫ب } قَالُوا ‪ :‬إنَّهُ َولَ ُدهُ ‪َ ،‬و َك َما قَا َل النَّبِ ُّي َ‬ ‫{ َما أَ ْغنَى َع ْنهُ َمالُهُ َو َما َك َس َ‬
‫ب َونَحْ ِو ِه ْ‪T‬م ‪ .‬فَإِنَّهُ يَ ْنتَفِ ُع أَ ْيضًا‬ ‫خ َو ْال َع ِّم َواأْل َ ِ‬ ‫ف اأْل َ ِ‬‫َّاع َي فِي ُوجُو ِد ْال َولَ ِد َكانَ َع َملُهُ ِم ْن َك ْسبِ ِه بِ ِخاَل ِ‬ ‫َولَ َدهُ ِم ْن َك ْسبِ ِه } ‪ .‬فَلَ َّما َكانَ ه َُو الس ِ‬
‫ث ‪ } . .‬لَ ْم يَقُلْ ‪ :‬إنَّهُ‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل ‪ { :‬ا ْنقَطَ َع َع َملُهُ إاَّل ِم ْن ثَاَل ٍ‬ ‫ك ِم ْن َع َملِ ِه ‪َ .‬والنَّبِ ُّي َ‬ ‫ْس َذلِ َ‬ ‫ب لَ ِك ْن لَي َ‬‫بِ ُدعَائِ ِه ْم بَلْ بِ ُدعَا ِء اأْل َ َجانِ ِ‬
‫لَ ْم يَ ْنتَفِ ْع بِ َع َم ِل َغي ِْر ِه ‪ .‬فَإِ َذا َدعَا لَهُ َولَ ُدهُ َكانَ هَ َذا ِم ْن َع َملِ ِه الَّ ِذي لَ ْم يَ ْنقَ ِط ْع َوإِ َذا َدعَا لَهُ َغ ْي ُرهُ لَ ْم يَ ُك ْن ِم ْن َع َملِ ِه لَ ِكنَّهُ يَ ْنتَفِ ُع بِ ِه ‪َ .‬وأَ َّما اآْل يَةُ‬
‫يل ‪ :‬إنَّهَا تَنَا ُل‬ ‫يل ‪ :‬إنَّهَا َم ْنسُو َخةٌ َوقِ َ‬ ‫ُوصةٌ َوقِ َ‬ ‫ع َم ْن قَ ْبلَنَا َوقِي َل ‪ :‬إنَّهَا َم ْخص َ‬ ‫اس َع ْنهَا أَجْ ِوبَةٌ ُمتَ َع ِّد َدةٌ ‪َ .‬ك َما قِي َل ‪ :‬إنَّهَا ت َْختَصُّ بِشَرْ ِ‬ ‫فَلِلنَّ ِ‬
‫ق اَل يُخَالِفُ بَقِيَّةَ‬ ‫َّب فِي ِه ‪َ ،‬واَل يَحْ تَا ُج إلَى َش ْي ٍء ِم ْن َذلِكَ بَلْ ظَا ِه ُر اآْل يَ ِة َح ٌّ‬ ‫ال َّس ْع َي ُمبَا َش َرةً َو َسبَبًا‪َ ، T‬واإْل ِ ي َمانُ ِم ْن َس ْعيِ ِه الَّ ِذي تَ َسب َ‬
‫ق َس ْعيَهُ فَه َُو الَّ ِذي يَ ْملِ ُكهُ َويَ ْستَ ِحقُّهُ ‪َ .‬ك َما أَنَّهُ إنَّ َما يَ ْملِ ُ‬
‫ك‬ ‫ْس لِإْل ِ ْن َسا ِن إاَّل َما َس َعى } َوهَ َذا َح ٌّ‬
‫ق فَإِنَّهُ إنَّ َما يَ ْستَ ِح ُّ‬ ‫ال ‪ { :‬لَي َ‬ ‫ُوص ‪ ،‬فَإِنَّهُ قَ َ‬ ‫ِ‬ ‫النُّص‬
‫ْي َغي ِْر ِه َك َما يَ ْنتَفِ ُع ال َّر ُج ُل‬ ‫ك لِ َذلِكَ ْال َغي ِْر اَل لَهُ لَ ِك ْن هَ َذا اَل يَ ْمنَ ُع أَ ْن يَ ْنتَفِ َع بِ َسع ِ‬ ‫ق َو ِم ْل ٌ‬ ‫ي َغي ِْر ِه فَهُ َو َح ٌّ‬ ‫ب َما ا ْكتَ َسبَهُ هُ َو ‪َ .‬وأَ َّما َس ْع ُ‬ ‫ِم ْن ْال َم َكا ِس ِ‬
‫صاَل ِة ْال َح ِّي َعلَ ْي ِه‬ ‫ِّت أَ ْيضًا يُرْ َح ُم بِ َ‬ ‫صاَل تُهُ َو ْال َمي ُ‬ ‫صلِّي َعلَى َس ْعيِ ِه الَّ ِذي ه َُو َ‬ ‫يراطٌ‪ T‬فَيُثَابُ ْال ُم َ‬ ‫صلَّى َعلَى ِجنَا َز ٍة فَلَهُ قِ َ‬ ‫ب َغي ِْر ِه ‪ .‬فَ َم ْن َ‬ ‫بِ َك ْس ِ‬
‫صف ُ ٍ‬
‫وف‬ ‫صلِّي َعلَ ْي ِه أُ َّمةٌ ِم ْن ْال ُم ْسلِ ِمينَ يَ ْبلُ ُغونَ أَ ْن يَ ُكونُوا‪ِ T‬مائَةً َويُرْ َوى‪ T‬أَرْ بَ ِعينَ َويُرْ َوى ثَاَل ثَةَ ُ‬ ‫وت فَيُ َ‬‫َك َما قَا َل ‪َ { :‬ما ِم ْن ُم ْسلِ ٍم يَ ُم ُ‬
‫ك ْال َميِّتَ بِ َسع ِ‬
‫ْي‬ ‫َّاع َي َعلَى َس ْعيِ ِه الَّ ِذي ه َُو لَهُ َويَرْ َح ُ‪T‬م َذلِ َ‬ ‫َويُ َشفَّعُونَ فِي ِه إاَّل ُشفِّعُوا فِي ِه ‪ -‬أَوْ قَا َل إاَّل ُغفِ َر لَهُ ‪ } -‬فَاَهَّلل ُ تَ َعالَى يُثِيبُ هَ َذا الس ِ‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أَنَّهُ قَا َل ‪َ { :‬ما ِم ْن‬ ‫يح ع َْن النَّبِ ِّي َ‬ ‫َّح ِ‬ ‫صيَا ِم ِه َع ْنهُ َو َحجِّ ِه َع ْنهُ ‪َ .‬وقَ ْد ثَبَتَ فِي الص ِ‬ ‫ص َدقَتِ ِه َع ْنهُ َو ِ‬ ‫هَ َذا ْال َح ِّي لِ ُدعَائِ ِه لَهُ َو َ‬
‫ْي الَّ ِذي‬ ‫ك ْال ُم َو َّك ُل بِ ِه ‪ :‬آ ِمينَ ‪َ ،‬ولَك بِ ِم ْثلِ ِه } ‪ .‬فَهَ َذا ِم ْن ال َّسع ِ‬ ‫َر ُج ٍل يَ ْدعُو أِل َ ِخي ِه َد ْع َوةً إاَّل َو َّك َل هَّللا ُ بِ ِه َملَ ًكا ُكلَّ َما َدعَا أِل َ ِخي ِه َد ْع َوةً قَا َل ْال َملَ ُ‬
‫ِّت أَوْ ْال َح ُّي أَوْ يُرْ َح ُم بِ ِه‬ ‫ْس ُكلُّ َما يَ ْنتَفِ ُع بِ ِه ْال َمي ُ‬ ‫ْس لِإْل ِ ْن َسا ِن إاَّل َما َس َعى } َولَي َ‬ ‫يَ ْنفَ ُع بِ ِه ْال ُم ْؤ ِمنُ أَ َخاهُ يُثِيبُ هَّللا ُ هَ َذا َويَرْ َح ُ‪T‬م هَ َذا ‪َ { ،‬وأَ ْن لَي َ‬
‫ب اإْل ِ ْن َسانُ‬ ‫طل ُ َ‬‫اع ؛ لِئَاَّل يَ ْ‬‫ْي فَاَلَّ ِذي لَ ْم يَج ُْز إاَّل بِ ِه أَ َخصُّ ِم ْن ُكلِّ ا ْنتِفَ ٍ‬ ‫طفَا ُل ْال ُم ْؤ ِمنِينَ يَ ْد ُخلُونَ ْال َجنَّةَ َم َع آبَائِ ِه ْم بِاَل َسع ٍ‬ ‫يَ ُكونُ ِم ْن َس ْعيِ ِه بَلْ أَ ْ‬
‫ْس لَهُ َما َوفَّى بِ ِه ال َّد ْينَ َويَ ْنبَ ِغي‪ T‬لَهُ أَ ْن يَ ُكونَ ه َُو ْال ُم َوفِّي‬ ‫اب َعلَى َغي ِْر َع َملِ ِه َوه َُو َكال َّد ْي ِن يُ َوفِّي ِه اإْل ِ ْن َسانُ ع َْن َغي ِْر ِه فَتَ ْب َرأُ ِذ َّمتُهُ لَ ِك ْن لَي َ‬ ‫الثَّ َو َ‬
‫لَهُ َوهَّللَا ُ أَ ْعلَ ُم‬

‫‪Source:‬‬
‫‪http://al-ahkam.net/home/index.php?catid=55:al-quran-a-al-hadis&id=5524:pahala-bacaan-al-fatihah-insyaallah-‬‬
‫‪sampai-kepada-si-mati&option=com_content&view=article‬‬

You might also like