You are on page 1of 31

1.

0 PENGENALAN

1.1 Lembam (Slow Learner)

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan


kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal
setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan
mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan
garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara
kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka
tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan
permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).

Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan


intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di
dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam
memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam
ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan,
mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan
kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik,
mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan
dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila, 2005).
Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar
menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah
sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.

Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti


yang diharap dan dirancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang
tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku
dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Secara sedar ataupun tidak, pelbagai pihak telah memainkan
peranan masing-masing atas kesedaran untuk tidak meminggirkan kanak-kanak
berkeperluan khas. Jika dilihat dari mata kasar pihak-pihak yang paling dekat
dengan murid tersebut adalah guru dan ibu bapa. Disamping itu pihak-pihak lain
juga turut memainkan peranan agar kanak-kanak berkeperluan khas ini boleh
memajukan diri seiring dengan individu yang lain.

PKU 3106 Halaman 1


Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat
pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat,
menilainya, melapor dan menjalankan tindakan susulan, seperti aktiviti pengukuhan,
pengayaan dan pemulihan. Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan
untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang
berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).

Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam
sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam
kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka.
Bab ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedah
pengukuran yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan, khususnya berkait
dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1.2 Pentaksiran

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan


kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta
Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk
mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka.Hasil pentaksiran membolehkan guru
mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru
mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.

Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran ialah suatu proses pembelajaran yang


merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Maklumat hasil pentaksiran akan
dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.
Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard

PKU 3106 Halaman 2


perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti
dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran
dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal,
lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas juga adalah untuk memberi maklumat dan
gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti
membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca
masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan
penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

1.3 Ujian diagnostik

Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk
menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu
sebab dapat dikenal pasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini
dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan
kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang
dihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian
diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenal pasti masalah pelajar mengenal dan
menyebut huruf. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid
dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan
kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu
melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab,
inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa. Ujian diagnostik ialah
merupakan satu ujian formatif. Data-data yang diperolehi menunjukkan kelemahan
dan kekuatan murid. Ujian ini dapat membantu guru mengenalpasti punca
kegagalan murid menguasai sesuatu kemahiran. Malahan, analisa keputusan akan
membantu guru merancang program pengajaran kepada individu atau kumpulan
secara tepat dan sistematik.

PKU 3106 Halaman 3


1.4 Kemahiran sosial

Kemahiran sosial adalah tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah,
sekolah dan bersama masyarakat. Keupayaan sosial individu yang mampu
mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Aspek dalam kemahiran sosial
adalah kemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul, menyelesaikan masalah. Tujuan
pentaksiran adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam
bersosial dan membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kehidupan seharian mereka. Bahkan membolehkan mereka berinteraksi dan
menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut
golongan.

1.5 Kemahiran tingkah laku

Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu
membawa penampilan dirinya. Karektor asas benda hidup kerana setiap benda
hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang
mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Walaubagaimanapun,
tingkah laku berubah menerusi pembelajaran.

1.6 Kemahiran bahasa

Kemahiran bahasa ialah dengan menguasai penggunaan lambang-lambang


pertuturan untuk berkomunikasi. Selain itu, memerlukan pemahaman simbol dan
maksud perkataan untuk mengintrepetasikan maklumat dan idea.

1.7 Kemahiran matematik

Kemahiran matematik adalah keupayaan menguasai pengetahuan tentang perkara


asas Matematik seperti nombor dan operasi mudah. Ia penting dalam membantu
dalam pelajaran dan aktiviti seharian

PKU 3106 Halaman 4


2.0 METADOLOGI

Bagi menyelesaikan tugasan ini, beberapa kaedah telah dilakukan bagi memastikan
setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah ini
berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :-

1. Ujian Diagnostik
 Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid. Ujian ini terbahagi kepada 2
bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan adalah
untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid.

2. Pengumpulan maklumat
 Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori,
latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan
dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan
perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat
mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar.

3. Pemerhatian

 Bagi pemerhatian, kami telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak
hari pertama kami disekolah tersebut. Di antara pemerhatian yang dijalankan
melibatkan tingkah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya
bersama murid-murid lain, keperibadiannya dan juga emosinya.

4. Temubual

 Beberapa sesi temubual telah kami jalankan. Di antaranya bersama murid ini
sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, kami telah
menemubual En. Roselan yang mengajar murid ini bagi kelas pendidikan khas
sejak murid ini mula-mula memasuki kelas tersebut bagi mengetahui
perkembangan murid ini. Sesi temubual seterusnya adalah bersama dengan
guru kelas murid ini bertujuan mengetahui sifat peribadi murid serta mengetahui
latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual bersama guru-guru

PKU 3106 Halaman 5


matapelajaran lain juga telah dijalankan bagi melihat bagaimana tingkah laku
murid ini sepanjang proses pembelajaran berjalan. Temubual terakhir adalah
bersama adik kandung murid ini. Temubual ini bertujuan untuk mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi oleh murid ini sama ada ianya berpunca dari
rumah atau pun sekolah.

PKU 3106 Halaman 6


3.0 CIRI-CIRI (SLOW LEARNER)

Kanak-kanak lembam adalah kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di
kelas , mahupun kurikulum di sekolah biasa serta terlalu lambat untuk mencapai
satu - satu objektif pengajaran yang mudah, objektif jangka pendek dan juga
mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah.

Menurut guru bahasa Melayu, En. Othman, Amirul adalah seorang kanak-kanak
yang tekun dalam pembelajarannya walaupun Amirul adalah seorang kanak-kanak
yang lembam. Amirul cekap dalam membuat latihan yang diberikan. Menurutnya
lagi, Amirul adalah pelajar yang sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang
mengajar, namun Amirul kadang kala dilihat sukar memahami sesuatu pengajaran
sehinggakan Amirul memerlukan pengulangan semula atau tunjuk ajar semula oleh
guru. Amirul juga dilihat kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di
sekolah. Dia sering mengganggu rakan-rakannya ketika di dalam kelas. Menurut
guru kelasnya, Amirul juga kerap tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks.
Dia akan meninggalkan tugasan yang sukar dilakukannya begitu sahaja.

PKU 3106 Halaman 7


3.0 PEMERHATIAN KEMAHIRAN SOSIAL

3.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Sosial

Meskipun faktor genetik memiliki pengaruh yang kuat, hasil pada kajian tersebut
juga menunjukkan bahawa lingkungan juga merupakan faktor penting. Lingkungan
benar-benar menimbulkan perbezaan intelektual. Genetik dapat dianggap sebagai
penentu batas atas dan bawah kemampuan intelelektual tetapi pengaruh lingkungan
akan menentukan di mana letak IQ murid tersebut (Atkinson, dkk, 1983, h. 135).

Keadaan lingkungan ini meliputi pemakanan, kesihatan, kualiti stimulasi, pengaruh


emosi keluarga, yang diperoleh melalui tingkah laku. Zat pemakanan penting sekali
bagi perkembangan otak murid. Pemakanan yang sihat mempengaruhi kesihatan
murid. Murid yang sihat perkembangannya akan lebih optimal. Berdasarkan
penelitian Ramey, dkk (Santrock, 2007, h. 148), masa pendidikan awal yang
berkualiti tinggi (hingga usia lima tahun) secara signifikan akan meningkatkan
intelektual murid dari keluarga miskin. Berikut ini adalah kesan lingkungan yang
berbeza terhadap IQ, berdasarkan penelitian yang dilakukan Beyley bahawa status
sosial-ekonomi keluarga mempengaruhi IQ murid (Atkinson, dkk, 1983, h. 137):
kesan lingkungan yang berbeza terhadap IQ berdasarkan pandangan di atas dapat
disimpulkan bahawa, individu dapat memiliki IQ sekitar 65 jika dibesarkan di
lingkungan miskin, tetapi dapat memiliki IQ lebih dari 100 jika dibesarkan di
lingkungan sederhana atau kaya. Penelitian tersebut menjelaskan hubungan yang
erat antara pengaruh sosial-ekonomi keluarga dengan lingkungan, seperti
pemakanan, kesihatan, kualiti stimulasi, dan pengaruh emosi keluarga. Keluarga
mempengaruhi bagaimana keluarga mengasuh anak mereka. D.Slow-Learner dan

Kemampuan Aktualisasi Diri Belajar pada dasarnya merupakan proses usaha aktif
seseorang untuk memperoleh sesuatu, sehingga terbentuk perilaku baru menuju
arah yang lebih baik. Kenyataannya, murid seringkali tidak mampu mencapai tujuan
belajarnya atau tidak memperoleh perubahan tingkah laku sebagai mana yang
diharapkan. Hal itu menunjukkan bahawa murid mengalami kesulitan belajar yang
merupakan hambatan dalam mencapai hasil belajar. Sementara itu, setiap murid
dalam mencapai tahap pembelajaran, mempunyai kemampuan yang berbeza-beza.
Terdapat murid yang dapat mencapainya tanpa kesulitan, akan tetapi banyak pula

PKU 3106 Halaman 8


murid mengalami kesulitan, sehingga menimbulkan masalah bagi perkembangan
pribadinya.

Perhatian kepada murid slow learner, iaitu memberikan bantuan khusus kepada
murid untuk memperoleh pemahaman diri, pengarahan diri dan integrasi sosial yang
lebih baik, sehingga dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan dirinya mahupun
dengan lingkungannya.

Setiap fungsi pendidikan itu, pada dasarnya bertanggung jawab terhadap proses
pendidikan pada umumnya. Termasuk seorang guru yang berdiri di depan kelas,
bertanggungjawab terutamanya dalam membeikan perhatian kepada murid tersebut.
Guru dapat membawa setiap murid ke arah perkembangan individu yang optimal
mungkin dalam hubungannya dengan kehidupan sosial serta tanggungjawab moral.
Dalam proses belajar dan mengajar, kondisi slow-learner menjadi hambatan bagi
anak untuk berprestasi di bidang akademik, tetapi tugas guru dan sekolah adalah
membuat murid tetap dapat mengaktualisasikan dirinya sesuai dengan
kemampuannya. Murid tetap dapat berkembang di bidang-bidang tertentu, bahkan
lebih cerdas daripada anak normal pada bidang-bidang tersebut. Maka, slow-learner
bukanlah suatu hambatan yang menentukan segala-galanya dalam kehidupan
murid. Menurut Gardner (Santrock, 2007, h. 140), terdapat banyak jenis inteligensi
spesifik dan dengan spesifikasi ini seorang anak dapat menggambarkan sifat
peribadinya kelak, sebagai wujud aktualisasi dirinya.

Melalui pemerhatian kemahiran sosial Amirul, murid ini mudah bergaul dan
menerima orang lain semasa berkomunikasi bersamanya. Murid ini juga mudah
bergaul dengan rakan sebayanya dan merupakan seorang murid yang bijak
berbanding rakan sebayanya. Apabila Amirul tidak memahami sesuatu konsep
pembelajaran yang dipelajari, murid ini akan bertanya soalan kepada guru sehingga
dia faham dan menerima pelajaran tersebut. Amirul juga seorang yang ringan tulang
apabila menerima arahan daripada guru dan rakan sebaya yang memerlukan
bantuan.

PKU 3106 Halaman 9


3.2 Asas pendidikan pemulihan kepada murid-murid pemulihan

a) Pengajaran Secara Individu

Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran


tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza
dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang
dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran
secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan
pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis
pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran
tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu
kepada empat, iaitu Munsyi atau “tutoring”, kursus melalui pos, Rancangan Berunit
Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran
Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas
murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut.

b) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan ‘Power


Point’ dalam komputer dan ‘electronic dictionary’ dapat menunjukkan demonstrasi
dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam
untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa
bosan terhadap pembelajaran konvensional yang ‘stereotype’. Sebagai contoh,
Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya
memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik
berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian
menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di
kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn
dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

PKU 3106 Halaman 10


c) Terapi Hidro

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro
dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar
dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan
dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan
sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang


walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk
masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke
kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak
langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water
confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan
fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan
meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

d) Cara Kerja

Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner menjalankan aktiviti. Guru
boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul, agar dapat menyiapkan
atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow
learner mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai
contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna
biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk
mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru
memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru
tersebut.

PKU 3106 Halaman 11


e) Perkhidmatan Pemulihan

Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan


dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai
disiplin untuk Orang Kurang Upaya (OKU). Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan
di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan
Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi
membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan
seterusnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial.
Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan,
rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan mereka sebagai ahli masyarakat
yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujudkan kelas-kelas
khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan
mereka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas.
Pendidikan yang mana disediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang
telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini.

PKU 3106 Halaman 12


4.0 KEMAHIRAN TINGKAH LAKU

4.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Tingkah Laku

Menurut Jongmanns et. al (2003), kanak-kanak dengan masalah DCD dan Learning
Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan kognitif dan
motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat Namun
kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi motor
dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib, 2000).
Namun kanak-kanak dengan masalah DCD dan LD memerlukan masa untuk
memproses maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan.

Kecelaruan tingkah laku dan emosi bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa
tetapi juga berlaku terhadap kanak-kanak. Menurut IDEA masalah tingkahlaku dan
emosi boleh dikenalpasti melalui seseorang itu tidak mampu untuk belajar dan tidak
dapat dijelaskan melalui kemampuan intelek, deria atau faktor perubatan. Seseorang
itu juga tidak mampu membina serta mengekalkan hubungan dengan rakan sebaya
dan guru. Mereka mempunyai tingkah laku dan emosi yang sukar dikawal. Mereka
juga seolah-olah mengalami masalah tekanan perasaan dan yang terakhir mereka
mempunyai simpton-simpton fizikal seperti ketakutan dengan masalah peribadi atau
masalah di sekolah.

Biasanya kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi memaparkan ciri-ciri


berikut. Mereka tidak dapat bercakap dengan lancar meskipun mereka sudah
mencapai tahap umur mereka sudah membolehkannya. Prestasi kognitif mereka
kurang memuaskan. Mereka malu untuk bersosial tetapi menunjukkan tingkah laku
yang hiperaktif seperti suka mengacau orang lain, suka merayau, pemarah, kurang
sabar dan resah gelisah. Ada dikalangan mereka juga yang suka bersendirian dan
selalu termenung.

Berdasarkan daripada kajian dan pemerhatian, didapati tingkah laku bermasalah


Amirul ini timbul kerana kurangnya keupayaannya dalam proses mengadaptasi atau
akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini
menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan Amirul serta
seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya rakan-
rakannya.

PKU 3106 Halaman 13


Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang
tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap
masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid
bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dapat
dikenal pasti Amirul ini seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan
proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan
disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, rakan sebaya dan akhirnya tingkah
laku bergantung yang berlebihan.

4.2 ASAS PENDIDIKAN PEMULIHAN

4.2.1 Kaedah kumpulan

Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya,
kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
Semasa Amirul di dalam kelas, dapat dilihat sememangnya mudah mengajar Amirul
secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan
yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.

Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama
murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan
berkongsi idea.

4.2.2 Kaedah individu

Selain itu, kaedah ini juga menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid
sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru
tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar. Guru
akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan
mendapat lebih perhatian daripada guru.

PKU 3106 Halaman 14


4.2.3 Kaedah rakan sebaya

Apabila kami mengajar Amirul di dalam kelas yang mempunyai kelompok slow
learner, kami telah menggunakan kaedah ini. Kebiasannya, murid-murid yang dilihat
matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk
membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian kami,
Amirul dapat menerima bantuan pembelajaran melalui rakan sebayanya apabila
Amirul tidak faham akan sesuatu pelajaran yang dipelajari dan bertanya soalan
kepada rakan yang lain.

PKU 3106 Halaman 15


5.0 KEMAHIRAN BAHASA

5.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bahasa

Amirul merupakan pelajar yang lebih bijak berbanding rakan-rakannya yang lain. Di
dalam keluarganya, Amirul adalah salah satunya anak atau adik beradik yang
berkeperluan khas. Amirul mempunyai adik di sekolah yang sama. Akan tetapi,
adiknya berada dalam aliran perdana. Menurut gurunya, Amirul bukanlah daripada
keluarga yang berada. Oleh kerana kemiskinan keluarga mereka, maka Amirul serta
adik beradik yang lain kekurangan perhatian serta kasih sayang daripada ibu
bapanya. Ibu bapanya sentiasa sibuk sehinggakan tiada masa untuk diluangkan
bersama anak mereka di rumah. Oleh kerana kurangnya perhatian, maka Amirul
sering terpengaruh dengan rakan-rakan yang agak nakal di rumahnya. Jadi, ini
adalah punca utama bagaimana Amirul terpengaruh dalam pergaulannya yang agak
kasar.

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan
dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga
buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama
Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti
ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang
motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah
lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai
kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah
pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan
terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak
tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-
rakan sebayanya.

Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan
yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada
pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh
perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah
mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat
menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu

PKU 3106 Halaman 16


membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan
perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Si anak sendiri akan lebih
bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu
bapa dan guru.

5.2 Ujian diagnostik kemahiran bahasa

Ujian diagnostik bahasa dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu diagnostik


pengamatan, diagnostik lisan dan diagnostik tulisan. Tujuan pelaksanaan ujian
diagnostik pengamatan ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid
seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian
soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan
oleh murid. Manakala tujuan pelaksanaan ujian diagnostik lisan adalah untuk
mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata,
membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan. Sebahagian soalan ada
meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.
Selain itu, tujuan pelaksanaan ujian tulisan pula adalah untuk mengesan kelemahan
keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung
berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis,
menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur.
Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti
menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang
bercampur aduk hufur besar dan kecil.

Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah


mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid
mengikut daerah kelemahan masing-masing. sekiranya murid A, B dan F tidak boleh
mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu
kumpulan. Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu
diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.

Berdasarkan ujian diagnostik bahasa yang telah kami jalankan ke atas Amirul,
ternyata Amirul tidak menghadapi masalah dalam penguasaan bahasanya. Amirul
memahami maksud ayat serta boleh mengisi tempat kosong dengan jawapan yang

PKU 3106 Halaman 17


tepat. Namun, dari aspek sebutan, Amirul masih mengalami kecelaruan dalam
sebutannya. Berdasarkan pemerhatian kami, Amirul mengalami kekeliruan untuk
menyebut tiga abjad dalam satu sukukata seperti suara, Amirul akan menyebut
surat. Apabila kami membahagikan sukukata, Amirul dapat mengeja dengan betul
walaupun sebutannya makna perkataan masih tidak tepat. Antara lain, perkataan
peperiksaan hanya dapat dieja oleh Amirul, tetapi Amirul tidak dapat menyebut e
pepet. Dalam perkataan fenomena pula, telah berlaku pengguguran konsonan
apabila Amirul hanya menyebut fenona. Amirul juga menghadapi masalah untuk
membezakan bunyi vokal e taling ataupun e pepet. Amirul juga tidak dapat
membayangkan sesuatu yang abstrak. Sebagai contoh, kusut masai. Amirul akan
menyebut kasut misai. Ini adalah kerana kasut sesuatu yang konkrit dan dapat
dilihat olehnya. Keseluruhannya, Amirul masih memerlukan bimbingan guru untuk
menyebut perkataan yang sukar, malahan memerlukan pembahagian sukukata
sekiranya sukukata tersebut mengandungi lebih daripada tiga abjad dalam satu
sukukata.

Amirul juga mengalami masalah membaca lambat. Ini kerana, apabila diberikan
petikan ayat, Amirul akan membaca lancar, tetapi sebutannya lambat untuk
menyebut satu-satu perkataan tersebut. malahan, Amirul turut mengalami masalah
perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Aktiviti
perbendaharaan seterusnya, saya membacakan cerita pendek dengan kuat, jelas,
lancar dan meminta Amirul mendengar dengan teliti. Tiga perbendaharaan kata di
dalam cerita tersebut, telah siap digaris oleh saya dengan pelbagai warna. Selepas
itu, saya akan meminta Amirul membaca semula cerita pendek tersebut. walaupun
lambat, Amirul dapat menyebutnya dengan betul, kecuali beberapa perkataan
sahaja. Seterusnya, saya ,mengeluarkan tiga perbendaharaan kata yang bergaris
dalam cerita tersebut. Saya akan menerangkan makna setiap perbendaharaan kata
yang hendak saya ajarkan. Saya akan mendapatkan respon Amirul dengan
bertanyakan soalan, “adakah kamu faham maksud perbendaharaan kata yang diajar
tadi?”. Namun Amirul menggelengkan kepalanya dan mengarukan kepalanya
tandanya dia tidak memahami perbendaharaan kata tersebut. malahan, saya
meminta Amirul membina ayat berdasarkan apa yang difahaminya, dia akan
mendiamkan diri dan tidak melakukan apa yang disuruh.

PKU 3106 Halaman 18


Dalam percakapan hariannya pula, kami diberitahu oleh guru-guru serta pembantu
pendidikan khas bahawa Amirul sering menggunakan percakapan yang agak kasar
ketika bercakap dengan rakan-rakannya.

6.0 KEMAHIRAN MATEMATIK

Berdasarkan kandungan ujian diagnostik matematik, kami telah menjalankan empat


peringkat kemahiran matematik kepada Amirul. Ujian yang dijalankan mengandungi
komponen pra nombor, kenal nombor, operasi asas dan tahu nilai.

Kami telah berjumpa dan berbincang dengan guru Matematik di kelas PKBP, En.
Roselan bin Awang dan beliau telah memaklumkan bahawa kebanyakkan murid-
murid PKBP menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik. Kebanyakan
mereka mempunyai daya ingatan jangka pendek sahaja. Mereka dapat menguasai
kemahiran yang dipelajari pada hari tersebut tetapi gagal mengingati pelajaran yang
sebelumnya.

Langkah seterusnya kami telah berbincang dan membina soalan ujian yang pendek
bagi tajuk tambah untuk dijawab oleh beberapa orang murid. Melalui ujian tersebut,
terbukti beberapa orang murid tidak menjawab langsung atau hanya menjawab
beberapa soalan. Juga didapati mereka gagal menjawab dengan betul.
Melalui ujian tersebut kami dapati Amirul, telah dapat menjawab dengan baik soalan
tambah tanpa mengumpul semula. Bagi soalan mengumpul semula, Amirul gagal
menjawab soalan tambah tiga digit dengan dua digit melibatkan mengumpul semula.
Semasa ujian tersebut dijalankan saya membuat pemerhatian tanpa sebarang
teguran dan kami dapati Amirul belum menguasai cara menambah yang melibatkan
mengumpul semula. Sebagai contoh semasa menjawab 129 + 72, Amirul
memberikan jawapannya 191. Kami dapati Amirul dapat membilang dengan betul
semasa operasi menambah tetapi hanya sedikit kesilapan sahaja yang
dilakukannnya iaitu cara menulis apabila melibatkan mengumpul semula yang belum
dikuasainya.

PKU 3106 Halaman 19


Untuk membetulkan kesilapan atau kekeliruan yang dialami oleh Amirul itu, kami
telah menggunakan pendekatan pengajaran konstruktivisme, supaya pengetahuan
tersebut dapat dibinanya sendiri melalui aktiviti atau pengalaman yang dilaluinya.
Oleh itu kami memberi ruang yang secukupnya untuk Amirul berinteraksi dengan
bahan pengajaran. Pembelajaran ini lebih tertumpu atau berpusatkan kepada Amirul
sendiri sedangkan kami hanya membantu memudahkan pembelajaranya sahaja.

Kami telah merancangkan supaya Amirul mengukuhkan konsep mengumpul semula


yang menjadi kecelaruan dalam dirinya itu melalui pengalaman konkrit, kemudian
diikuti dengan pengalaman secara semi konkrit dan seterusnya aktiviti secara
abstrak. Aktiviti abstrak tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila konsep
mengumpul semula benar-benar difahaminya.

6.1 Pendekatan Pengajaran Matematik

Dalam proses untuk membantu Amirul menguasai mata pelajaran Matematik


khususnya dalam kemahiran tambah dengan mengumpul semula, pendekatan yang
difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu
teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan
serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu konstruktivisme
menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan
pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa
konsruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya
sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan
menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya.
Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan
kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik kanak-kanak biasanya akan
diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi
pengalaman yang akan digunapakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran
matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang.

PKU 3106 Halaman 20


Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa :

i. Pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.


ii. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina
pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
iii. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
iv. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang
kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
v. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara
pasif

Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik


Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah
tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina
pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai
oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu
tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif
daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang
individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk
pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

6.2 Aktiviti Intervensi Khusus Matematik

Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi tajuk tambah dengan


mengumpul semula bagi tiga digit dengan dua digit, saya memilih untuk melakukan
aktiviti konkrit, kemudian diikuti dengan aktiviti semi konkrit dan diakhiri dengan
pengiraan secara abstrak. Menurut C. Thomas dalam Open University Malaysia
(2007), aktiviti konkrit – semi konkrit – abstrak merupakan urutan aktiviti intervensi
khusus yang tepat dan mesti diberikan kepada kanak-kanak dalam memupuk
kefahaman yang betul tentang matematik melalui penggunaan konsep, kemahiran
dan masalah-masalah matematik yang menggunakan perkataan secara tersusun.

PKU 3106 Halaman 21


Dalam pengajaran secara individu yang telah dirancangkan tersebut saya telah
memilih untuk menggunakan dekak-dekak sebagai aktiviti konkrit. Misalnya dalam
mengira 143 + 39 = ______. Murid tersebut akan menambahkannya dengan cara
menggunakan dekak-dekak. Sebelum itu murid telah menguasai hubungan sa, puluh
dan ratus pada dekak-dekak.

Setelah murid dapat melakukan kiraan tambah dengan mengumpul semula dengan
menggunakan dekak-dekak, murid mula dapat membuat kesimpulan apabila
jumlahnya melebihi daripada 10 maka satu akan dikumpulkan kepada tempat puluh.
Penguasaan murid menyelesaikan kiraan ditunjukkan apabila murid dapat membuat
kiraan semakin pantas. Kemudian barulah guru memperkenalkan aktiviti mengira
secara semi konkrit. Misalnya dalam soalan 143 + 39 = ______. Murid dibimbing
untuk menggunakan simbol-simbol yang sesuai untuk membuat kiraan.

Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid telah
menguasai kemahiran tambah dengan mengumpul semula dengan melalui aktiviti
konkrit dan begitulah selanjutnya Setelah murid benar-benar mantap mengira
dengan menggunakan aktiviti semi konkrit, barulah murid didedahkan membuat
latihan pengiraan secara abstark. Penggunaan buku kotak adalah lebih sesuai
semasa membuat latihan mengira tersebut. Kesimpulannya demikianlah intervensi
khusus Matematik yang kami jalankan dalam aktiviti pengajaran bagi kemahiran
tersebut kepada Amirul.

PKU 3106 Halaman 22


6.3 Strategi pengajaran

Sebelum menjalankan ujian keatas Amirul, kami terlebih dahulu akan menjalankan
temubual bersama guru kelas Amirul akan pembelajaran serta sikapnya di dalam
kelas. Selain guru kelasnya, kami turut menemubual pembantu Pendidikan Khas
dan adiknya, Aisyah yang berada di aliran perdana. Dalam temubual tersebut, kami
dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Amirul. Setelah mengetahui
masalah yang dihadapinya, kami bersama-sama mencari maklumat yang berkaitan
di dalam internet mahupun buku-buku di perpustakaan sekolah. Kami juga akan
merujuk guru yang mengajar subjek mata pelajaran di dalam kelasnya. Kami juga
tidak lupa meminta contoh-contoh latihan yang telah dibuat oleh Amirul sebelum ini.
Setelah menyediakan kit pengajaran dan latihan yang bersesuaian, kami telah
menjalankan pembelajaran dalam suasana yang sesuai dan menyeronokkan. Amirul
juga banyak memberikan tumpuannya kerana jelas kelihatan bahawa dia tertarik
mengikuti sesi pembelajaran tersebut. di samping itu, kami telah menjalankan ujian
ke atas Amirul yang turut diikuti oleh rakannya. Ini adalah kerana pelajar lain juga
ingin menyertai sesi pembelajarn tersebut, namun perhatian yang lebih khusus
diberikan kepada Amirul. Pada permulaan pengajaran, kami akan mengajar dari
aras senang ke susah. Dalam kemahiran bahasa, kami akan membuat pengajaran
yang dimulakan dengan abjad, seterusnya ke perkataan dan ayat. Pembelajaran
juga adalah dari konkrit ke abstrak. Namun, Amirul mengalami masalah untuk
memahami sesuatu yang abstrak. Manakala, dalam kemahiran Matematik, kami
akan membuat latihan dari nombor mudah ke nombor susah. Dari latihan tambah
dan tolak, ke latihan darab. Jadi, dalam kemahiran Matematik ini, kami akan
melibatkan seberapa banyak pancaindera yang perlu digunakan oleh Amirul. Banyak
latih tubi mahupun pengukuhan telah kami berikan. Ini adalah untuk mengukuhkan
kefahaman Amirul dalam sesuatu kemahiran. Walaupun Amirul kerap melakukan
kesalahan dalam latihannya, namun kami tidak mengenakan dendaan, malah
teguran serta pengajaran dan bantu semula kepada Amirul.

PKU 3106 Halaman 23


7.0 IMPLIKASI PENDIDIKAN PEMULIHAN KEPADA MURID-MURID
PEMULIHAN

Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan


pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih
berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi
pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau
menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif
pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai
dengan murid.

Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat


layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan
masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga
turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam
pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-
sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah.

Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya
perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu
masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam
diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang
kurang baik serta disiplin diri yang rendah.

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,
pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajaran bimbingan
rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan
membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan
yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing
murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah
yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

PKU 3106 Halaman 24


Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah
pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat
perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah
yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai
semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok
bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang
telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan
murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran
pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas
murid.

PKU 3106 Halaman 25


8.0 CADANGAN

Kesilapan yang biasa dilakukan dalam kemahiran bahasa adalah penggunaan huruf
besar dan huruf kecil yang bercampur. Ini dapat dilihat terutama ketika pelajar
menyalin secara terburu-buru agar cepat siap dan dapat bermain. Malahan, dalam
penulisan mereka, tidak mempunyai jarak antara satu-satu perkataan. Kadang-
kadang, penulisan mereka dapat difahami, malahan terdapat juga yang sukar dibaca
mahupun difahami oleh guru. Bukan itu sahaja, mereka kerap tertinggal huruf
mahupun perkataan ketika membuat latihan serta menulis terbalik sama ada huruf,
perkataan atau susunan ayat. Puncanya adalah disebabkan cara memegang pensel
tidak betul di mana jarak mata pensel dengan buku. Postur atau kedudukan semasa
menulis juga merupakan punca masalah ini.

Cara untuk mengatasinya adalah dengan meminta pelajar menyalin dengan berhati-
hati (bukan menyalin untuk cepat siap sahaja). Guru perlu menasihati serta bijak
mengawal keadaan bilik darjah. Selain itu, guru perlu memperbaiki atau
membetulkan cara memegang pensel pelajar agar pelajar tidak membawa tabiat
memegang pensel dengan salah apabila dewasa kelak. Ketika sesi pengajaran, guru
harus memerhatikan postur pelajar sama ada betul atau tidak. Sekiranya postur
mereka tidak betul, guru perlulah memperbaiki kedudukan postur mereka semasa
menulis. Di samping itu, guru perlulah memperbanyakkan latih tubi kepada pelajar
agar mereka memahami dengan jelas setiap pengajaran.

Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya mempunyai perpustakaan sendiri iaitu


perpustakaan kanak-kanak. Penyediaan perpustakaan untuk kanak-kanak ini
bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kanak-kanak untuk mencari maklumat
dan memajukan pembacaan mereka. Perpustakaan kanak-kanak juga seharusnya
mempunyai pelbagai bahan berasaskan perkembangan yang bersesuaian dalam
kesemua format, termasuk bahan-bahan bercetak (buku, majalah, komik), media
(CD, DVD, kaset), barang mainan, permainan pembelajaran, komputer dan perisian.
Penyedian bahan-bahan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perkembangan
kognitif kanak-kanak. Ruang di dalam perpustakaan juga memainkan peranan yang
penting kepada kanak-kanak. Contohnya, perabot yang istimewa, gaya hiasan dan
warna di dalam perpustakaan mampu merangsang minda kanak- kanak tersebut.

PKU 3106 Halaman 26


Satu perisian telah dicipta oleh syarikat komputer yang dinamakan Free Draw. Ia
merupakan perisisan berbentuk interaktif dimana kanak-kanak melukis interaktif
yang membolehkan si kecil menyerlahkan kreativitinya. Jika anak-anak tersebut
telah mampu mengawal pergerakkan tetikus (mouse), ibubapa boleh
memperkenalkan perisian yang lebih menarik lagi yang seakan Free Draw
kepadanya dimana melaluinya anak-anak akan belajar melukis dan elemen kognitif
lain dapat dikembangkan berdasarkan pengalaman yang diperolehinya. Daripada
segi perkembangan kognitif kanak-kanak, Free Draw merupakan satu kaedah bagi
anak anda meluahkan perkara yang ada di minda mereka. Melalui imaginasi dan
percubaan (experimentation), mereka bebas melakar, mengecat dan membentuk
objek dalam dua dimensi. Pilihan warna yang pelbagai menambah lagi keceriaan
perisian atas talian ini

Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara permainan dan
pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal
adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental
kanak-kanak. Piaget memandang permainan sebagai aktiviti pengukuhan untuk
tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun permainan bukan kesamaan dengan
pembelajaran, apa yang pasti, permainan memudahkan cara pembelajaran. Ini
adalah kerana dengan bermain ia secara tidak langsung memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam
struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk membantu
merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-
kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran
kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka
menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti
ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan
membantu perkembangan kognitif mereka.

PKU 3106 Halaman 27


9.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Amirul bukan
seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit
perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan
sekolah tetapi juga melibatkan ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-
kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca
dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru
juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki
kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini.

Jika dilihat dari permulaan kami mengenali murid ini, banyak kelemahan yang
dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah
dalam mengeja perkataan gabungan konsonan yang diberi oleh guru. Selain itu,
murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh
guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang
melibatkan terbuka dan tertutup.

Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru sahaja,
tetapi ianya harus melibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli
keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa
kepada murid ini. Walaupun Amirul tergolong dalam golongan murid yang lemah
dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima
pelajaran sama seperti murid-murid lain.

Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian
yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam
keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat
insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana
cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.

PKU 3106 Halaman 28


Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka
mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi
dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).

Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin


terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar
perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak.
Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan
beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang
tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat
khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya
kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.

PKU 3106 Halaman 29


10.0 REFLEKSI

Dalam menyiapkan tugasan ini, kami telah melakukan beberapa kali perbincangan
bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing. Perbincangan
ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak bercanggah dengan
kajian yang kami lakukan.

Pada permulaannya, kami telah mengesan sampel kajian kami pada kali ini. Pada
hari kedua kami telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit maklumat
mengenai murid ini daripada guru kelasnya. Kemudian kami mengenalpasti
kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnostik yang dijalankan keatas murid ini.
Kemudian kami menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan dalam ujian
yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan direkodkan bagi
memudahkan kajian yang bakal dilakukan.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Amirul sepanjang kami membantunya harus


dipuji. Semangatnya yang ingin setanding dengan rakan lain harus dipuji kerana dia
sanggup di denda dan melakukan apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru
kepadanya. Mendengarkan perubahan yang positif dalam diri Amirul yang
diceritakan oleh gurunya membuatkan kami terharu dengan kaedah yang dilakukan
oleh gurunya dahulu. Keinginannya dalam menimba ilmu harus di beri sokongan
oleh semua pihak agar murid ini boleh setanding dengan murid lain.

Dengan keyakinan yang ada pada Amirul, kami yakin dia akan beroleh kejayaan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru pembimbing
dan warga sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi kami
memperoleh maklumat dalam penghasilan kajian kes ini.

PKU 3106 Halaman 30


11.0 BILIOGRAFI

Bacaan Ilmiah

Hajah Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamila K.A Mohamad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.

Messe. (2001). HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah


Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.

Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ross. (1993). HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah


Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.

Laman Web

http://www.my-rummy.com

http://www.scribd.com/doc/4853453/PBK-kemahiran-bahasa

PKU 3106 Halaman 31

You might also like