You are on page 1of 1

Disediakan oleh Encik Seravanan (Brickfields, Kuala Lumpur) SM Sri KDU, Kota Damansara.

Kepada Pelajar-pelajar SMC yang Dikasihi Sepenuh Jiwa.


Wahai anak-anak SMC, berjuanglah ke arah kecemerlangan dari semua aspek demi kejayaan bangsa, agama, dan
negara.

Sukan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan
oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda
seseorang. Justeru, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh masyarakat kita untuk menangani
senario ini.
Antara salah satu langkah utama untuk meningkatkan mutu sukan negara adalah dengan menjalani
latihan intensif dalam sesuatu bidang sukan yang diceburi. Dalam konteks ini, kerajaan wajar
berganding bahu bersama Kementerian Belia dan Sukan dengan memberi peluang kepada atlet negara
menjalani latihan tambahan. Misalnya, pemain bola sepak perlu diberi kursus motivasi dan latihan intensif
dengan teknik-teknik permainan yang terkini.
Jika diteliti dengan mantik, generasi muda merupakan golongan yang bakal mencorak dan mewarnai
sukan negara. Oleh itu, langkah mencungkil bakat yang terpendam dalam diri seseorang individu
sejak di peringkat akar umbi perlu diberi penekanan. Rentetan itu, ibu bapa hendaklah menzahirkan
semangat kesukanan dalam diri anak mereka seperti bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.

Selain itu, masyarakat kita mesti memberi sokongan moral. Masyarakat tempatan hendaklah
menyokong dan menaruh harapan terhadap para atlet tempatan. Reaksi ini secara tidak langsung akan
membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri setiap pemain tempatan.
Di samping itu, mengambil jurulatih dari luar juga merupakan antara langkah yang boleh diambil oleh
masyarakat kita dalam meningkatkan mutu sukan negara. Jika direnung kembali, pengambilan jurulatih
dari luar akan mendedahkan para atlet negara kita dengan prosedur dan teknik-teknik terkini untuk
menggondol kejuaraan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.
Pendek kata, demikianlah langkah-langkah penting yang mesti diimplimentasi dalam meningkatkan lagi
taraf sukan negara kita. Oleh yang demikian, setiap orang wajar mengelakkan sikap berpeluk tubuh dan
mesti mempraktikkan langkah-langkah ini agar mutu sukan negara dapat ditingkatkan.

You might also like