P. 1
Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

Nota Reka Bentuk & Penghasilan Projek

|Views: 4,969|Likes:
Published by Cikgu khairie

More info:

Published by: Cikgu khairie on Jul 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/11/2015

pdf

text

original

1. 1.

3
b.

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
Faktor Utama Reka Bentuk

Fungsi Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah serta memenuhi tujuan sesuatu produk itu dibuat.

Rupa bentuk Kebiasaannya sesuatu rupa bentuk yang dihasilkan akan dapat menarik perhatian pengguna, mesra pengguna dan mempunyai nilai estetika yang tinggi

Kesesuaian bahan Pemilihan bahan mestilah bergantung kepada faktor seperti berikut :     Sesuai dengan kegunaannya Mudah didapati Kos tidak terlalu mahal Keselamatan penggunaannya

Kaedah pembinaan Sesuatu reka bentuk yang baik hendaklah mudah dibuat serta tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit.

Ketahanan Ketahanan sesuatu reka bentuk seharusnya menepati tujuan dan fungsi reka bentuk itu dibuatKos

1

Kos sesuatu produk yang hendak dihasilkan biasanya dikawal oleh faktor kos bahan dan masa membinanya Kemasan Kemasan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan bahan dan tujuan penggunaan sesuatu reka bentuk

Keselamatan

Produk yang direka bentuk tidak mendatangkan kemudaratan atau kesan bahaya kepada pengguna

Nilai komersial

Reka bentuk produk yang dihasilkan seharusnya mempunyai nilai komersial supaya dapat bersaing dengan produk yang sedia ada c. Jenis Bahan dan Pengikat

Hasil Pembelajaran    Mengenal pasti saiz, sifat dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya Mengenal pasti jenis-jenis pengikat Menyatakan cara penggunaan pengikat

Bahan Bahan yang perlu dipelajari ialah PVC, perspek, aluminium dan keluli lembut.

PVC( polyvinyl chloride )

2

Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta, cecair dan kepingan. Digunakan untuk membuat paip dan penyambung paip. Ia kuat dan tahan lama serta tahan kepada cuaca yang berbeza. Perspek

Perspek adalah merupakan sejenis plastik dalam kumpulan thermoplastics. Ia juga dinamakan acrylic. Perspek biasanya digunakan untuk membuat papan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentuk

kepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudah retak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk

mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk dengan menggunakan haba.

Aluminium

Logam bukan ferus ialah sejenis logam yang tidak mengandungi besi. Satu contoh logam bukan ferus ialah Aluminium. Logam ini selalu digunakan dalam pembuatan produk dan industri pembinaan seperti pembuatan bahagian enjin, tin minuman dan kabel elektrik. Logam ini ringan dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik. Ia lembut, mudah dipotong dan mudah dibentuk.

Keluli lembut ( mild steel )

Ferus adalah sejenis logam yang mengandungi besi dan mudah berkarat. Satu contoh logam ferus ialah keluli lembut. Logam ini juga dikenali sebagai keluli berkarbon rendah ( low carbon steel ). Boleh diperolehi dalam bentuk

3

bar, tiub dan kepingan. Logam ini biasa digunakan untuk membuat bol dan nat, badan kereta dan dalam industri pembinaan.

Pengikat

Pengikat yang perlu dipelajari ialah ribet, glu panas ( hot melting glue ) dan skru benam sendiri ( self-tapping screws).

Ribet ( rivet )

Ribet digunakan untuk menyambung bahan secara kekal. Kaedah meribet terdiri daripada : a. Menggunakan set ribet b. Menggunakan pop ribet

Set Ribet & Ribet Glu panas ( hot melt glue )

Glu ini digunakan untuk menghasilkan penyambungan yang cepat antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis. Penyambungan menggunakan glu ini kurang kukuh. Glu ini boleh didapati dalam bentuk rod.

4

Skru benam sendiri ( self-tapping screws)

Skru

ini

mudah

digunakan

untuk

kerja-kerja

pemasangan

dan

penyambungan. Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang kepada bahan yang hendak dicantumkan. Boleh diperolehi dalam pelbagai saiz.

Self tapping screw crome & black

d.

Alatan Tangan dan Mesin

Hasil Pembelajaran    Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan Mengenal pasti nama dan fungsi mesin mudah alih Mengguna dan menyenggara mesin

5

Alatan tangan

Alatan tangan yang perlu dipelajari ialah pisau pemotong perspek, gandin getah, penebuk pusat, riveter, hot glue gun dan stapler gun. Pisau Pemotong Perspek

Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.

Pemotong Perspek Penebuk Pusat

Digunakan untuk menanda pada permukaan logam sebelum menggerudi.Ini bertujuan supaya mata gerudi tidak tergelincir ketika kerja menggerudi dijalankan.

Penebuk Pusat Gandin Getah

Digunakan untuk mengetuk atau membentuk kepingan logam lembut tanpa meninggalkan kesan.

6

Gandin Getah

Proses membentuk

‘Hot Glue Gun’

Digunakan untuk memanaskan dan mencairkan glu panas ( hot melt glue) untuk tujuan penyambungan antara bahan. Alat ini mesti digunakan dengan

7

pengawasan guru kerana glu yang telah cair sangat panas dan boleh mengakibatkan kecederaan.

Hot Glu Gun Pengikis

Digunakan untuk mengikis lebihan tepung penyumbat ( putty ) pada benda kerja. Kerja menyumbat lubang kecil atau ira kayu boleh juga menggunakan alat ini. Selepas digunakan, alat ini hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.

Pengikis ‘Rivetter’ ( Hand riveter )

8

Digunakan bersama pop rivet dengan tujuan untuk membuat pemasangan antara dua bahan yang sama atau berlainan jenis secara kekal.

Rivetter dan cara penggunaan

9

Mesin Mudah Alih

Mesin mudah alih yang perlu dipelajari ialah mesin gergaji jig, cordless screw driver dan mesin pelelas ( sander ).

Mesin Gergaji Jig Mudah Alih

Mesin ini biasanya digunakan untuk memotong lengkung atau garisan lurus pada kayu dan papan lapis. Semasa menggunakannya, pakai gogal untuk keselamatan. Mesin ini boleh diubah kelajuannya mengikut kerja yang akan dilakukan.

Mesin Gergaji Jig Mudah Alih

10

‘Cordless screw driver’ Digunakan untuk melonggar atau mengetatkan skru dengan lebih cepat. Ini disebabkan putaran bindunya boleh dilaraskan. Untuk kerja mengetatkan skru laraskan putaran bindu mengikut pusingan jam(forward) manakala untuk melonggarkan atau menanggalkan skru, laraskan putaran bindu mengikut lawan jam(reverse). Kuasa menggerakkan motor mesin ini dikendalikan oleh bateri yang boleh dicas semula.

Cordless screwdriver

Mesin Pelelas Mudah Alih ( sander )

Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu belt sander dan disc sander. Keduadua mesin ini digunakan untuk kerja melelas kayu atau plastik. Kertas pelelas mesin ini hendaklah digantikan dengan yang baru apabila kertas pelelas lama telah haus. Ini bertujuan mengelakkan motor mesin pelelas rosak.

Mesin Pelelas Mudah Alih

11

e

Pembinaan

Hasil Pembelajaran   Mengukur , menanda dan memotong Mengenal pasti cara membentuk dan mencantum

Bahan Pemasangan Engsel

Engsel biasanya digunakan untuk memasang pintu, tingkap dan almari . Diperbuat daripada keluli lembut, aluminium atau loyang.

Engsel Bracket Bracket digunakan untuk memasang tetingkat dalam almari atau pada

dinding. Biasanya bracket diperbuat daripada keluli lembut yang catkan.

Braket

12

Penyangkut

Biasanya penyangkut dipasang pada belakang bingkai gambar atau kotak kecil dengan tujuan untuk digantungkan pada dinding.

Penyangkut Stapler Gun

Alat ini digunakan untuk menyambung dua jenis bahan yang nipis dan lembut dengan menggunakan dawai kokot.

13

f I

Reka Bentuk Projek Pernyataan Masalah atau Keperluan

Hasil Pembelajaran     Mengenal pasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan Menentukan aspek masalah yang hendak diselesaikan Mengumpul maklumat dan data Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas 1 Contoh Penyataan Masalah – Tema Peragaan Anda mempunyai hobi menanam pokok kaktus. Oleh kerana pasu tanaman ini berada di merata-rata tempat, ini akan menimbulkan masalah kepada penjagaan dan keselamatan tanaman itu. Di samping itu sekitar rumah anda juga kelihatan tidak kemas dan tersusun.

Reka bentuk satu bekas / tempat supaya dapat menempatkan pasu-pasu tanaman ini dengan kemas dan tersusun . Di samping itu juga dapat mempamerkan tanaman ini untuk tujuan menarik perhatian dan minat orang ramai.

2.    

Bahan-bahan berikut dibekalkan: Kayu Perspek Keluli lembut Kepingan aluminium 600mm x 100mm x 10mm – 2 unit 300mm x 100mm x 3 mm – 1 unit - secukupnya - secukupnya

14

3.

Mengumpul maklumat dan data

Maklumat dan data berkaitan dengan masalah yang dinyatakan boleh diperolehi daripada pembacaan buku-buku rujukan, katalog atau majalah serta lawatan ke tempat semaian tumbuhan hiasan. Maklumat yang telah diperolehi direkodkan untuk rujukan. Segala maklumat ini hendaklah disimpan untuk tujuan pendokumentasian.

4.

Sebelum memulakan lakaran idea-idea reka bentuk, anda patut fikirkan tentang pertimbangan ( kriteria reka bentuk) seperti berikut:    Berapakah pasu kaktus yang hendak ditempatkan ? Apakah saiz yang sesuai untuk reka bentuk ini ? Adakah lebih baik menggantungkan rak pasu ini atau diletakkan atas lantai atau meja ?   Adakah reka bentuk ini selamat digunakan ? Bagaimana dengan struktur reka bentuk ini, adakah stabil dan kukuh ?   Apakah kemasan yang paling sesuai untuk reka bentuk ini ? Adakah reka bentuk ini mempunyai nilai komersial ?

15

5.

Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas.

Setelah mempertimbangkan kriteria reka bentuk, anda perlu menyenaraikan pelbagai idea dalam bentuk lakaran bebas. Lakaran bebas ini boleh dibuat menggunakan lukisan oblik, isometrik atau perspektif. (Dicadangkan melakar 4 atau 5 lakaran sekurang-kurangnya )

Contoh pelbagai alternatif sketsa

16

Contoh pelbagai alternatif sketsa

6.

Menilai Dan Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai

17

Pilih lakaran reka bentuk yang paling sesuai dan perbaikinya seberapa yang boleh. Kemudian tunjukkan kepada guru serta buat perbincangan . Pastikan saiz dan maklumat penting dalam lakaran lengkap apabila

mempersembahkan reka bentuk anda kepada guru. Selepas perbincangan anda dikehendaki membuat lukisan kerja yang lengkap berserta dengan dimensi dan maklumat lain yang penting. Lukisan kerja ini hendaklah dibuat sama ada dalam bentuk lukisan isometrik atau unjuran ortografik atau kedua-duanya sekali. Perhatian : Dicadangkan anda membuat model menggunakan bahan seperti kadbod, manila kad, atau mounting board berpandukan lukisan kerja yang telah

disediakan. Ini adalah bertujuan untuk melihat saiz dan kesesuaian reka bentuk yang telah anda hasilkan. Oleh itu, sebarang pembaikkan kepada reka bentuk boleh dilakukan pada peringkat ini.

Lukisan Kerja

Lakaran yang telah dipilih

18

Menyediakan lukisan kerja berdasarkan lakaran yang dipilih.

ii

Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek

19

Hasil Pembelajaran       Menentukan dan merancang pembinaan projek Menyediakan jadual kerja Menyenaraikan bahan, alatan tangan dan mesin yang diperlukan Membina projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih Menguji dan menilai sendiri projek Mengubahsuai projek untuk mendapat hasil yang lebih berkualiti

Perancangan Perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum mula membina reka bentuk atau projek anda. Antara perancangan yang penting ialah: a. Menyenaraikan jenis dan kuantiti bahan yang hendak digunakan. Senarai ini diperlukan untuk : i. mengumpul , menyemak dan menyediakan bahan sebelum memulakan kerja ii. iii. mengurangkan pembaziran bahan / kos bekerja dengan lebih sistematik dan terancang

Bil. Bahan

Saiz

Kuantiti

Contoh borang senarai bahan

20

b.

Mengenal pasti dan menyenaraikan yang hendak digunakan.

alatan tangan dan mesin

Tujuan menyediakan senarai ini adalah untuk :  membuat persediaan awal  menjimatkan masa

Bil.

Nama Alatan Tangan / Mesin

Contoh borang senarai alatan tangan / mesin

c.

Mengenal pasti teknik atau kaedah pembinaan bersesuaian dengan bahan yang digunakan

d.

Mengenal pasti kemasan yang sesuai dengan bahan dan projek

21

e.

Menyediakan jadual kerja supaya pembinaan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Tujuan menyediakan jadual ini adalah untuk :   bekerja dengan lebih terancang memastikan kerja dapat diselesaikan mengikut masa yang diperuntukkan.

Bil.
1. 2.

Aktiviti
Mengenal pasti masalah Mengumpul data

Tarikh/Masa
40 minit 40 minit

Catatan

Contoh borang Jadual Kerja f. Membuat anggaran kos bahan

Bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan membuat belanjawan dalam penghasilan sesuatu projek supaya kos

pengeluaran dapat dikawal. Bil. Perkara Kuantiti Kos/unit Jumlah

JUMLAH BESAR

Contoh borang pengiraan kos

22

Pembinaan dan pengubahsuaian

Setelah siap menyediakan semua perancangan seperti yang dinyatakan di atas, anda bolehlah memulakan kerja-kerja pembinaan. Apabila projek telah siap, buat pengujian dan penilaian berpandukan kriteria reka bentuk yang dikehendaki. Berikut adalah contoh bagaimana membuat penilaian reka bentuk.

Adakah projek reka bentuk yang dihasilkan dapat berfungsi seperti yang dikehendaki ?

 

Adakah saiz projek reka bentuk itu sesuai ? Adakah kemasan yang dipilih sesuai dengan bahan yang digunakan ?

Akhirnya anda boleh membuat pengubahsuaian, jika perlu. iii Pendokumentasian

Hasil Pembelajaran    Mengumpul dan merekod maklumat projek Mengira kos pengeluaran Membuat persembahan projek

Untuk tujuan pendokumentasian yang lengkap anda perlu menyediakan kos pengeluaran projek / produk. Cara mengira kos pengeluaran ini hendaklah dibimbing oleh guru. Kos Pengeluaran = Kos bahan + kos upah + kos overhed

Segala lakaran, maklumat dan perancangan projek yang telah dibuat dikumpulkan dan disimpan dalam fail individu. Kemudian maklumat ini disusun bermula dari pernyataan masalah hingga membuat pengubahsuaian projek seterusnya dibukukan/folio. Di samping maklumat yang lengkap

23

berkaitan dengan penghasilan projek ,folio ini hendaklah juga mengandungi butiran berikut:  Nama murid  Tingkatan / Kelas  Nama Projek / Produk  Lampiran jika ada

Perhatian : Murid juga digalakkan membuat persembahan projek kepada rakan-rakan dalam kelas dengan tujuan untuk sesi kritik dan menanam semangat yakin diri .

24

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->