You are on page 1of 21

PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA

Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan


Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati
sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
menyampaikan ceramah dalam majlis ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat
banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya
di negara kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak


mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen
memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu
tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini
akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan
kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan
dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan
barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih
tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan
raya.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada
kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam
keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan
sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar
kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan
kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang
bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak
mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk
mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.


Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan
apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga
menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan
kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak
sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa
anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum
memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk
dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam
keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka
mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar
yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu
akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan,
cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang
haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha
bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan
nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen
keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami
telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim
perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua
rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung
ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan
utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan
kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan
jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani.
Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar
memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju
keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya
memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah
memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu
laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km
sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan
pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah
melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama
kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini.
Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan
laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan
laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman
telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar
bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap
pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi
berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini
akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang
hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya
juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri
majlis ini.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan
raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.
Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara


kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan
tersebut.

Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban


tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong
dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi
tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri
pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi
baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh “bak
cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha
bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor
yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat


menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong
asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan
rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan
Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam
semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu
sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi
iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan
semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati
keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di
situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari
dalam dan dari luar negara.

Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan


oleh keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini
amat digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat
seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil
kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik
terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh
keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di
kawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti
berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut
berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut
disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau
yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau
Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi
bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para
pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan melakukan
aktiviti skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui
sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat
menikmati keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah
mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan
tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana
kemajuan industri pelancongan negara.

Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh
wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan
sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik
terdapat di sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya
meningkatkan kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya
terkenal dengan tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan
tarian naga. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang
dapat dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan
makanan seperti Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan
masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di
Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung
ke negara kita.

Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan


pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai
contohnya, Kementeria Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan
kebudayaan dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai
usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan
sahaja terhad ke negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua
negara di dunia termasuk di Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama,
kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai
pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta Makanan Tradisional
Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Malaysia juga turut
memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”,
pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang
berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.

Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk


menyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Justeru, peranan kerajaan dan
agensi pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah
amat diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta
akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh
penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.
.
Isu Pengangguran dan Cara Mengatasinya

Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama
golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja
melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.Jadi, apakah punca-punca wujudnya
pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular


ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama
golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap
menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara
diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca
punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang
merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan
membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar
untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di
negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara
tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi
pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak
mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di
sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran
berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai
kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja
yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan
bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia
yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep
tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah
terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju
tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan
seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka
pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah


menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal
asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal
asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba
menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak
semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka
mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai
cukai.
Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan
golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan
penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini
mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk
bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut
menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya


kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk
mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka
secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan
sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik
dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk
mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma


masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia
pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan
kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka.
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Karangan Rencana: Langkah-Langkah Meningkatkan
Mutu Sukan Negara
Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana
yang bertajuk “Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.Tulis rencana itu
selengkapnya.

Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Oleh: Mohd Shahir Mohd Shah

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada


Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam
Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu
sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan
teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian
atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun
antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat
sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri
sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi
apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata
pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan
negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-
negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak
jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia,
kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat
sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan
Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para
pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan
berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik
mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program
pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu
tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku,
mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik
melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan
sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan
kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka
baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk
memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal
manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan


diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu
mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui
Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk
menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan
Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan
sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan,
psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk
Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak
kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak
bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak
negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan
program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan
kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala
Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk
sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan
Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat
dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton
Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan
tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha
dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk
mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan
antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam
usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi
pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu
membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada
sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang
kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam
pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka
seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara,
Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas
senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-
putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan
yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti
melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua
pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat
sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan


terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada
peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah
menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian
kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-
negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri
dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet
olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat
kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia
2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan,
perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta
rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”
Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan
Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah
Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai
urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi
yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu
dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer,
telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk
kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang
paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi
sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh.
Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej
pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi
menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih
menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk
perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada
telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web
dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana
mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon
bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit,
mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja
kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi
mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah
walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka
akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan
telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri
pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga
akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang
mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya
mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula
terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran
terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu
menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila
terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami
gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk
menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat
tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang
canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka.
Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan
menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau
klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video
tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak
sihat.
Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi
yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam
proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang
berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah
diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah
apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka
sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam


kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui
perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang
canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku,
adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana
telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi.
Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan pelajar.
Cara-cara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan


pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama,
budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti
nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti
golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir
ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia,
penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan
rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu
dalam pelbagai aspek.

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib,


telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang
sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum
sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa
sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan
dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap
berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam
jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan,
sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan


semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat
membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan
mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan
di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan
yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu
diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat
perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan
menguatkan peribadi dan moral para pelajar.
Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-
tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam
satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar
akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang,
kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah
rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan,
makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah.
Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan
disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum.


Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan
persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di
luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti
pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan
beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi
mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap
lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Karangan Fakta: Faedah kokurikulum di sekolah


Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar
sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti
mula menekankan aspek kokurikulum juga.Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan
pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak
mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah
menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan
ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka.


Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era
persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum
mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih
fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan
penghafalan dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila
melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit
dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang
telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan
masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan
aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa
untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti
kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar
untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka
satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka
mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta
mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin
pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam
menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama
apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga
mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar
erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.
Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan
beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan
mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan
perbelanjaan persatuan. Semua ini memberi satu pengetahuan yang berguna
kepadapelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka
melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa


sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan
menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan
kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran
yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan
kita sebagai manusia.

Isu Pendatang Asing Di Malaysia


Di karang oleh Zahid Pada 21:24 kategori Contoh Karangan PMR

Isu pendatang asing bukanlah satu perkara baru di negara kita. Kebanjiran pendatang
asing semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah kepada negara.
Pekerja asing kebanyakannya datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman
seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, India, Myanmar, Vietnam, dan yang terbaru dari
China.

Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan Jabatan


Imigresen, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta. Jumlah itu tidak termasuk lebih
400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta
hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.

Pertambahan pekerja asing dijangka meningkat secara mendadak berikutan


pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9). Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan
menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang berbanding
penduduk negara ini dijangka meningkat unjuran kepada 28.306 juta. Timbalan Menteri
Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing
memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta
pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar.

Antara faktor pekerja asing lebih berminat dengan negara kita ialah kemakmuran
dan kestabilan ekonominya. Kekurangan tenaga kerja tempatan juga membuka peluang
kepada penduduk negara- negara luar untuk mencari rezeki di sini. Walau apa pun
ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa masalah pekerja asing ini perlu dikawal
agar ia tidak menjadi lebih serius.

Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah menguatkuasakan undang-undang


dengan lebih tegas. Hal ini kerana banyak pekerja asing adalah pendatang haram yang
menyusup masuk dengan menggunakan dokumen palsu. Akta imigresen perlulah lebih
tegas agar pendatang haram ini tidak berani bertindak lebih jauh. Perairan negara juga
haruslah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan mereka menyusup melalui jalan
laut.

Tidak dapat dinafikan, kadangkala pekerja asing dapat mengatasi masalah


kekurangan pekerja tetapi hal yang berlaku di Nilai baru-baru ini menyedarkan negara
bahawa mereka juga boleh bertindak ganas. Kita tidak mahu negara yang cukup aman
ini akan menjadi kacau bilau kerana kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal.

Sesetengah pihak juga sering menyalahkan belia kerana terlalu memilih


pekerjaan tetapi pernahkah mereka cuba untuk memahami masalah belia itu sendiri?
Sebagai contoh walaupun belia itu tidak memilih pekerjaan tetapi adakah majikan akan
mengambil pekerja tempatan dan dibayar dengan gaji yang berpatutan. Sudah tentu
tidak. Majikan lebih rela mengambil pekerja asing dengan bayaran yang murah dan
tidak dikenakan caruman EPF atau SOCSO. Bukankah itu lebih menguntungkan?
Begitu juga sekiranya belia itu mendapat pekerjaan yang dimintanya tetapi hidup dalam
sua sana di kalangan pekerja asing. Dapatkah belia itu menyesuaikan diri dalam
keadaan sebegitu?

Penduduk tempatan kadangkala tidak menghiraukan sangat dengan kebanjiran


pekerja asing. Apatah lagi jika kedatangan pekerja asing ini melancarkan lagi urusan
harian mereka dengan bekerja sebagai pembantu rumah, menjaga anak, atau tukang
kebun. Tetapi jika kehadiran pekerja asing ini menimbulkan pelbagai kes-kes jenayah
seperti membunuh, samun bersenjata api, merogol, pecah rumah, ragut dan banyak
lagi maka inilah yang menyedarkan mereka tentang keburukan pekerja asing. Menurut
Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Polis, sehingga 30 Jun 2006 bilangan
pendatang asing yang telah ditahan dan diusir di seluruh Malaysia ialah seramai
362,958 kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara ini.

Walau apa jua pendapat masyarakat tentang isu ini, kedatangan pekerja asing
ini tetap ada keburukan dan kebaikannya. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama
ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini. Untuk mencapai yang
terbaik, kerajaan haruslah mengkaji segala aspek dari segi ekonomi, politik, dan sosial
agar kedatangan pandatang asing ini dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

0 Komen Links to this post


Khamis, 2009 April 02
Di karang oleh Zahid Pada 02:36 kategori Contoh Karangan PMR
Aktivitas manusia merupakan penyebab utama dari terjadinya polusi laut dunia. Lebih
dari 80 persen polusi laut yang terjadi pada lautan berasal dari aktivitas yang terjadi di
darat. Mulai dari hancurnya terumbu karang, penumpukan sampah, timbunan zat kimia
berbahaya, sampai peningkatan suhu permukaan laut sehingga mengakibatkan tidak
seimbangnya ekosistem yang ada du laut.

Global warming (pemanasan global) merupakan salah satu penyebab perubahan dari
struktur kimia yang ada di lautan dan proses perubahan ekosistem laut lainnya, dan hal
tersebut merupakan ancaman terhadap jutaan spesies biota laut yang tidak dapat
bertahan dengan temperatur yang tinggi. Penangkapan ikan yang berlebihan
merupakan masalah yang cukup serius di berbagai negara. Banyak para pecinta alam
dan para pecinta laut memberikan nasihat dan masukan-masukan untuk menciptakan
suasana laut yang dapat melinduingi berbagai mahluk yang ada di laut, tetapi usaha
tersebut kelihatannya masih sangat tidak maksimal.

Ancaman pada ekosistem laut

 Global warming adalah penyebab naiknya permukaan laut, merupakan ancaman


serius pada populasi biota laut.
 Pestisida dan obat-obatan yang digunakan dalam pertanian yang pada akhirnya
bermuara pada air laut, menimbulkan masalah serius diantaranya
mengakibatkan kurangnya oksigen dalam air yang dapat membunuh habitat
biota laut dan ikan-ikan.
 Perusahaan dan pabrik industri mengalirkan limbah dan materi-materi kimia
lainnya ke dalam laut, hal ini turut berperan besar terhadap pencemaran laut.
 Tumpahan minyak pada musibah kapal tanker sangat mencemari lautan,
disinyalir kejadian ini menimbulkan pencemaran laut yang dahsyat terhadap
eksostem laut.
 Polusi udara bertanggung jawab pada satu sepertiga kontaminasi racun dan
bahan-bahan yang dapat masuk ke dalam wilayah perairan pantai dan laut.
 Biota laut yang telah tercemar seperti ganggang yang telah beracun, cholera,
tanaman laut dan telah memasuki wilayah laut dan dapat menimbulkan
ketidakseimbangan ekologi laut.

Solusi

 Dirikan taman laut untuk melindungi keberadaan biota laut.


 Kurangi cara-cara menangkap ikan yang merusak seperti trawling.
 cegah penggunaan sonar pada kapal militer yang dapat membahayakan atau
dapat membunuh biota dan mamalia laut.
 Bantu nelayan untuk mengelola kehidupannya dengan cara-cara yang ramah
lingkungan.
 Tingkatkan penghijauan pada daerah pantai dengan menanam tanaman seperti
mangrove, bakau guna menstabilkan habitat laut dan meningkatkan poplasi ikan
di laut

Dari blog Laut.saya akan buat satu untuk awak.


0 Komen Links to this post
Rabu, 2009 April 01

Contoh Karangan PMR [Keburukan Internet]


Di karang oleh Zahid Pada 23:16 kategori Contoh Karangan PMR
Ni ha,kalo korang blur dan x tau keburukan internet ni aku kasi skit la.

Internet merupakan gedung ilmu yang tiada sempadan dan tiada tepinya.Tidak
dinafikan lagi penggunaanya memberi banyak faedah kepada pengguna.Namun
begitu,internet juga dapat memerangkap minda remaja marcapada ini terpengaruh
dengan dunia maya.Unsur-unsur negetif seperti,bahan lucah dan aksi ganas
dipaparkan melalui skrin komputer memberi impak negetif yang besar pada anak watan
negara ini dan mampu membawa padah.

Kesan dari penyalahgunaan kemudahan internet pada aset negara ini akan membuat
mereka lalai.Minda remaja sudah ketagih dengan unsur-unsur negetif alam maya akan
menyebabkan tercetusnya gejala ponteng sekolah.Hal ini berlaku akibat daripada nafsu
pelajar yang ingin berseronok di kafe siber dengan menyaksikan aksi lucah,ganasa dan
bermain permainan "online".

Selain itu,anak watan negara ini akan obses dengan budaya yang ditonjolkan di
internet.Natijahnya,orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka.Tidak
hairanlah kita menyaksikan kes melawan guru,berzina,bertumbuk,bergaduh sehingga
membunuh di kalangan remaja dipaparkan melalui media massa.Siapakah
penghulunya? Adakah internet patut dipersalahkan?

Seterusnya,akibat daripada penyalah gunaan internet,ini akan membantutkan misi


negara untuk mencapai wawasan 2020 sekaligus menyekat pembangunan negara
untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama yang unggul.Kesannya negara kita
akan kehilangan tonggak peneraju negara.Dengan mudah musuh luar dapat menakluk
negara kita jika tiada pemimpin yang berkaliber dan bijaksana.Dalam pada itu,ekonomi
negara turut terjejas bak kata pepatah melayu " cubit paha kanan,paha kiri terasa
juga".Natijahnya,kemerosotan ekonomi memandu negara ke arah kemiskinan.

Nama negara yang gah di mata dunia tercalar akibat daripada rakyatnya yang
terperangkap oleh alam maya dan kerajaan gagal untuk melahirkan modal
insancemerlang seperti yang digariskan dalam wawasan 2020.Negara kita akan
dipandang rendah oleh negara membangun lain jika hal sedemikian terus berleluasa.Di
manakah semangat remaja untuk membantu negara?Menurut statistik,pelajar
cemerlang yang dilahirkan semakin merosot dari tahun ke tahun.Adakah ini tanda-tanda
awal yang membawa negara ke arah hari kekalahan?

Bangunlah wahai ummah.Pihak berkuasa,pihak sewasta atau semua pihak harus


berganding bahu dalam mencegah hal sedemikian dan jangan bersikpa meterialistik
dan individualistik.Anak watan peneraju negara harus dibentuk dengan acuan yang
betul agar tidak dipenjara oleh diri sendiri akibat daripada sikapt diri.
2 Komen Links to this post
Isnin, 2009 Mac 16

Karangan Cemerlang PMR V.01


Di karang oleh Zahid Pada 16:22 kategori Contoh Karangan PMR
Peranan Wanita Dalam Melahirkan Generasi Yang Berkualiti

Kita sering mendengar slogan yang berbunyi ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara’. Kita juga sering mendengar kata-kata bahawa seseorang lelaki yang
berjaya, sesungguhnya di belakangnya berdiri seorang wanita yang memberikan
sokongan dan inspirasi. Malah pepatah juga ada menyatakan ‘Tangan yang
menghayun
buaian itu, boleh menggoncang dunia’. Demikianlah, kaum wanita itu dilihat sebagai
golongan yang bukan sahaja menggambarkan kelembutan tetapi juga memperlihatkan
wibawa dan karisma yang tersendiri. Jelasnya, wanita berperanan dalam memupuk
dan melahirkan generasi yang berkualiti dan berketerampilan.

Terlebih dahulu saya ingin menghuraikan tajuk rencana ini bagi memudahkan
perbicangan selanjutnya. Rangkai kata ‘peranan wanita’ dapat didefinisikan sebagai
suatu tugas atau amanah yang dipegang oleh kaum perempuan sama ada kita
melihatnya dari segi individu mahupun secara keseluruhannya. Perkataan ‘melahirkan’
pula bermaksud suatu usaha yang berterusan dalam memperoleh hasilan daripada
sesuatu tindakan atau pengaruh. Sementara, rangkai kata ‘generasi yang berkualiti’
merujuk individu atau kumpulan yang berketerampilan dan berkarisma dalam pelbagai
aspek seperti aspek fizikal, rohani dan emosi, intelek dan jati diri. Secara
keseluruhannya, dapatlah dinyatakan bahawa tajuk ini mengutarakan tugas, peranan
atau tanggungjawab kaum wanita dalam mewujudkan individu atau warganegara yang
berwibawa dalam semua hal yang menyentuh bidang kehidupan.

Dalam konteks wanita sebagai ibu, kita dapat melihat bahawa generasi yang
terbentuk menerima pengaruh yang berkesan daripada didikan dan sentuhan kasih
sayang daripada ibunya. Kita dapat melihat di negara kita ini bagaimana kaum ibu
memperlihatkan kewibawaan dalam memupuk individu yang berkualiti. Dalam bidang
akademik misalnya, rata-rata pelajar yang ditemu ramah menyatakan peranan dan
tunjuk ajar ibu menjadi alat yang ampuh dan berkesan dalam mencapai kejayaan. Nur
Amalina Cik Bakri yang mendapat 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Tahun
2004 membuktkian kenyataan ini. Malahan, kita dapat membuktikan kemampuan
wanita dalam memupuk generasi berkualiti ini melalui anugerah ‘Ibu Mithali’ yang
disediakan oleh kerajaan. Kita dapat melihat tokoh-tokoh wanita ini dengan tabah dan
sabar mendidik anak-anak sehingga semua anak mereka mencapai kejayaan yang
membanggakan. Masyarakat umum juga mengakui bahawa kesan ketiadaan ibu
berbanding dengan ketiadaan bapa, bagi kanak-kanak begitu ketara. Anak yang
ketiadaan ibu sering terjerat dengan pelbagai masalah kerana sentuhan kasih ibu tidak
ada tandingannya. Oleh sebab itulah, kita sering mendengar kata-kata ‘kasih ibu
membawa ke syurga’ dan ‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu’.

Kita juga dapat melihat lahirnya generasi yang berwibawa dan cemerlang
menerusi peranan wanita yang berkerjaya. Dalam bidang pendidikan misalnya, terbukti
kaum wanita telah memainkan peranan seiiring dengan kaum lelaki dalam membentuk
warganegara dan generasi yang sihat dan berkebolehan dalam pelbagai aspek
sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kaum wanita
mampu mendidik anak-anak ini sejak di peringkat Kelas Tadika hinggalah ke peringkat
Pusat Pengajian Tinggi. Kaum wanita dikatakan begitu berjaya mendidik anak-anak di
peringkat sekolah rendah kerana sifat keibuan semula jadi. Kaum wanita juga setanding
kemampuannya dengan kaum lelaki dalam mendidik pelajar-pelajar di peringkat
sekolah menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi. Kita juga dapat melihat peranan
wanita dalam memupuk generasi yang berkualiti dalam kerjaya yang lain seperti
bidang kejururawatan. Usaha mereka dalam memberikan rawatan dan ketabahan
mereka dalam melayani pesakit dapat melahirkan generasi yang sihat dan ceria.
Dalam konteks wanita berkerjaya ini juga, kita boleh melihatnya menerusi
kepemimpinan mereka yang berkesan sebagai ketua atau pemimpin bagi sesebuah
organisasi. Generasi yang menjadi pekerja di bawah pengawasan dan jagaan mereka
boleh menjadi insan yang berkualiti melalui tindakan dan amalan ‘Kepemimpinan
Melalui Teladan’. Kenyataan ini bersesuaian dengan dasar kerajaan yang memastikan
untuk melantik 30% daripada jawatan yang berperanan dalam menentukan dasar
negara terdiri daripada kaum wanita. Kita berbanggga mempunyai seorang Gabenor
Bank Negara yang terdiri daripada serang wanita. Hasil kepemimpinan Tan Sri Dr. Zeti
Akhtar Aziz misalnya, telah melahirkan pegawai-pegawai yang dedikasi hinggakan
negara kita pernah menerima anugerah pengurusan kewangan di peringkat
antarabangsa. Dalam menyahut seruan ‘Malaysia Boleh’ misalnya, kita berbangga
dengan kejayaan Datuk Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang berjaya menjadi
wanita
pertama di Asia merentasi Kutub Selatan secara solo. Kejayaan, kegigihan dan
ketabahan beliau akan dapat memberikan suntikan semangat kepada generasi muda
untuk mencuba sesuatu yang mencabar fizikal dan minda.

Apabila kita melihat peranan wanita sebagai isteri, kita dapat membuktikan
bahawa kejayaan seorang suaminya bermula daripada peranan isterinya. Justeru,
biasa
disebutkan bahawa setiap kali seseorang suami itu terserlah kejayaannya,
sesungguhnya kejayaan itu bermula daripada peranan isteri yang berada di
belakangnya. Sebagai contoh, mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Doktor Mahathir
Mohamad berjaya memimpin negara sehingga negara disegani di persada
antarabangsa kerana di belakang beliau berdiri kukuh isteri beliau wanita pertama
Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali. Dorongan, kasih sayang, kesedaran, ilmu
dan layanan mesra isteri memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada suami untuk
menumpukan tugas dengan penuh dedikasi. Golongan suami yang juga merupakan
suatu kumpulan generasi dalam negara kita, sudah pasti dapat memainkan peranan
dalam memberikan impak yang positif kepada kemajuan negara.

Di samping itu, kita juga dapat melihat peranan wanita dalam melahirkan
generasi yang cemerlang menerusi peranan mereka dalam kerja-kerja kebajikan. Kita
dapat melihat imej kaum wanita yang terpuji dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan
dan berbentuk sukarela. Menerusi penglibatan kaum wanita dalam Badan Bukan
Kerajaan (NGO) seperti Pasukan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) yang sentiasa
meyumbangkan bakti dan tenaga dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda
khususnya, agar terdidik ke arah kehidupan yang berkualiti.

Kesimpulannya, benarlah bahawa wanita memainkan peranan dalam melahirkan


generasi yang berkualiti. Kita meyakini bahawa kerjasama yang erat antara kaum lelaki
dengan kaum wanita di negara kita ini, akan dapat melahirkan generasi yang
cemerlang, gemilang dan terbilang, insya-Allah.

terletak sekali insyallah,x pelah.Lepas ni kena buat karangan spm lagi..

You might also like