You are on page 1of 16

Tajuk Kajian

Pola Petempatan Di Buntong , Ipoh, Perak

Senarai Kandungan

y Penghargaan y Pendahuluan y Objektif Kajian y Kawasan Kajian y Kaedah Kajian y Dapatan Kajian y Rumusan y Lampiran y Rujukan

Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tetima kasih kepada pengetua Sekolah Kebangsaan Buntong , iaitu En.Manoharan kerana telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada guru matapelajaran geografi saya iaitu , Pn.Teoh Swee Gnoh kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan folio ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan dorongan, semangat dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan folio ini .Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan saya kerana telah memberikan tunjuk ajar , cadangan , dan bantuan kepada saya yang telah merek kongsikan bersama.

Pendahuluan
Saya Deashana a/l soman dari kelas 2 Bijak ingin memberitahu sedikit penerangan tentang folio ini. Tajuk folio ini ialah Pola Petempatan di Buntong , Ipoh, Perak. Sebab saya memilih tajuk ini adalah untuk menambah pengetahuan saya terhadap kawasan Buntong. Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk menyiapkan folio ini.

Objektif kajian
A)Mengenal pasti jenis petempatan di Buntong. B)Merumuskan faktor faktor yang mempengaruhi pola petempatan di Buntong. C)Mengaji corak pola petempatan di Buntong. D)Menerangkan fungsi petempatan di Buntong. E)Membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk penduduk di Buntong. F)Mengambil langkah- langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk penduduk di Buntong.

Kawasan Kajian  Latar belakang Buntong:

Saya telah memilih Buntong sebagai kawasan kajian.Buntong terletak di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Ipoh.Sebelum dibangunkan Buntong merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1999. Terdapat kawasan perumahan kos sederhana dan kos sederhana tinggi di kawasan Buntong.

lokasi buntong:

Buntong terletak di Ipoh.Buntong berada di sebelah Taman Rishah.Buntong mempunyai keluasan 65 km persegi. Kawasan ini terletak di utara selatan Perak.

Jarak dari Bandaraya Ipoh:

Buntong berada kira kira 15 km daripada Bandaraya Ipoh.

Bentuk muka bumi Buntong:

Bentuk muka bumi di Buntong ialah tanah pamah, tempatnya beralun dan mempunyai tanah yang rata.

Kaedah kajian
Kaedah yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah a} pemerhatian b} temu bual c } rujukan.

A} Pemerhatian: saya telah menyediakan borang pemerhatian bagi perkara yang perlu diperhatikan di kawasan ini.

B}Temu bual: saya telah mendapat maklumat daripada penduduk di kawasan Buntong mengenai masalah petempatan di yang dihadapi di Buntong.

C}Rujukan:saya telah merujuk bahan bacaan , melayari laman web untuk mengetahui maklumat dan data berkaitan dengan kajian kursus ini.

Jenis dan Pola Petempatan:

Buntong merupakan sebuah petempatan bandar.Buntong


mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi Peratusan jenis petempatan adalah seperti berikut:

Buntong

Berselerak Berjajar Berpusat Berkelompok

Bandar Buntong mempunyai jenis petempatan berpusat.Ini adalah kerana Bandar Buntong merupakan sebuah kawasan yang maju.Oleh itu, saya cintai kawasan Buntong.

Faktor faktor yang mempengaruhi pola


petempatan di kawasan kajian .

A} Bentuk

muka bumi :

Kawasan saya terdiri daripada tanah pamah yang rata.

B} Kegiatan

ekonomi:

Terdapat beberapa kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Antaranya ialah seperti perindustrian kecil dan perniagaan .

C}

Darjah ketersampian:

Terdapat sistem pengangkutan dan sistem perhubungan di kawasan kajian.

D}Darjah

Kerajaan:

Kerajaan boleh membina rumah kos rendah dan rumah pangsa yang berkos rendah.

Fungsi petempatan di Buntong:

Terdapat juga Pusat Pembuatan Makanan Ringan seperti kacang putih, kuih muih, goring pisang dan sebagainya.

Pusat Pendidikan

Di Buntong, terdapat beberapa sekolah yang dikenal sebagai pusat pendidikan.Antara sekolah yang terdapat di Buntong ialah , SMK Buntong, SK Buntong dan sebagainya.Sekolah sekolah seperti ini mungkin tidak terkenal tetapi ilmu yang disalurkan amat tinggi.

Pusat Perniagaan

Dari segi perniagaan , terdapat beberapa jenis perniagaan di Buntong , seperti restoran,kedai, dan sebagainya.contoh restoran di buntong ialah Restoran Pandian.Kedai Motor juga terletak di Buntong.Ini membolehkan pengguna basikal membaiki basikal di kedai yang terdekat dan menjimatkan masa dan tenaga.Perniagaan peniaga di

buntong banyak mendapat untung dan mereka bijak menguruskan wang untuk menjalankan hidup mereka.

Masalah Petempatan Di Buntong.

Terdapat juga masalah-masalah yang dialami oleh penduduk di Buntong.Masalah yang pertama masalah pencemaran, seperti pembuangn sampah- sampah di merata rata tempat.Masalah pembuangan sampah ini menyebabkan udara yang tidak segar dan menjatuhkan imej kawasan ini.Masalah yang kedua ialah , masalah lalu lintas yang memyebabkan pertengkaran antara satu sama lain . Masalah yng ketiga ialah masalah kecurian. Masalah ini sering berlaku di kawasan Buntong dan menyebabkan penduduk sakit hati kerana banyak barang keperluan mereka yang dicuri.

Langkah langkah mengurangkan masalah petempatan di Buntong.

Segala masalah pasti ada penyelesaiannya , antara langkah yang diambil untuk mengatasi masalah masalah di kawasan ini ialah, mendenda sesiapapun yang mencemarkan kawasan ini sebanyak 10 000 ataupun 3 tahun penjara. Untuk masalah kesesakan lalu lintas pula, diminta para penduduk untuk kongsi kenderaan supaya lalu lintas tidak sesak. Langkah untuk mengatasi masalah

kecurian telah diselesai oleh para polis dan langkahnya ialah polis akan membuat rondaan dari masa ke masa di kawasan Buntong.

Rumusan
Melalui kajian ini , saya telah mempelajari lebih lanjut tentang petempatan di Buntong.Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah yng sering dihadapi oleh penduduk penduduk di Buntong serta mengumpul maklumat daripada sebahagian penduduk di Buntong tentang cara-cara mengatasi masalah-masalah tersebut. Melalui kajian ini, saya berasa bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal yang aman.Saya juga telah mempelajari nilai cintai petempatan diri .

Rujukan  Buku Ilmiah

A}Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon, Ratnam Karuppiah Servai, 2003.Geografi Tingkatan 2.Media Network sdn.Bhd.


Perak,

Orang Sumber

A}Encik Abdul Razi Bin Ahmad Saifuddin, 33 TAHUN, No 22 Jalan Silibin,30100, Ipoh,

B}Puan sarimah Binti Osman , 45 tahun , no 12 , Jalan Tun Sambanthan , Taman Wang , 30100 ipoh, Perak.

Internet

1} www.scribd.com/doc/3613903/tajuk-folio-geografi-form-2.com 2} kerjakursusgeografi.blogspot.com/

You might also like