You are on page 1of 32

1

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Sastera dan Kesusasteraan

Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui


bahasa. Perkataan ‘kesusasteraan’ terbentuk daripada bahasa sanskrit ‘susastera’
yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson
(1983:2), mereka berpendapat bahawa “ Kesusasteraan merupakan seni yang
menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu
tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan)”. Manakala menurut Zalila Sharif dan
Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), “Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu
“sas” dan “tra”. Kata “sas” bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk.
Manakala “tra” pula menunjukkan alat atau sarana. Oleh itu, sastra boleh diertikan
sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan.

Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa


dalam perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu
pernyataan yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan
kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam suatu
suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi suatu cara yang
membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri.

Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai


nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak sama
menarik dengan suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi
kesusteraan dapat memberikan suatu yang berbeza.

Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia


menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan
kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka
dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan

1
2

yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan


bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi seharusnya
memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan
ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif. Dengan cara inilah
kesusteraan dapat memikat hati pembaca.

Dari suatu sudut lain, bahasa dan kesusasteraan itu adalah elemen kebudayaan
sesuatu bangsa. Mengajar bahasa dan sastera bermakna mengajar kebudayaan
kepada pelajar. Oleh itu bidang kesusteraan dapat memainkan peranan penting dalam
pendidikan budi dan akhlak seseorang. Matapelajaran sastera yang diajar disekolah,
khususnya melalui Komponen Sastera (KOMSAS) dapat memberikan pendidikan
secara langsung kepada pelajar mengenai kehidupan berbudi dan berakhlak melalui
aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan berbahasa dalam komponen sastera
yang diajar dalam kelas.

1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Sejarah dan perkembangan kesusteraan pada prinsipnya melihat karya sastera


dari sudut daya kreatif manusia. Membincangkan sejarah dan perkembangan
kesusasteraan Melayu, mengikut Ismail dalam kata pengantar buku Perkembangan
Kesusasteraan Melayu Lama, perkembangannya mengikut kronologi zaman bermula
dari zaman sebelum mengenal huruf dan diikuti zaman Hindu dan Islam. Manakala
mengikut Safian Hussain dan rakan-rakan(1981: 3), kesusasteraan Melayu Moden
pula bermula dengan kedatangan penjajah barat ke Alam Melayu.

Ini bererti, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu bermula dalam


bentuk sastera lisan diikuti dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman Islam.
Meskipun terlihat empat peringkat perkembangan kesusasteraan, pada realitinya
mengikut sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu, ia hanya melibatkan tiga
peringkat perkembangan kerana sastera dari pengaruh Hindu hanya ditulis pada zaman
selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu.

2
3

Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf, sastera berbentuk lisan telah


berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba. Oleh itu dalam
memperkatakan tahap-tahap perkembangan sastera Melayu, maka sastera rakyat yang
berbentuk lisan merupakan sastera Melayu yang tertua dalam masyarakat Melayu.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua bentuk iaitu berbentuk cerita dan yang
bukan berbentuk cerita. Tujuan utama penghasilan sastera lisan pada masa ini
bertujuan bukan sahaja sebagai media hiburan pada zaman tersebut, malah ia juga
berperanan sebagai institusi pendidikan secara informal. Ini bermaksud, bahawa dalam
masyarakat Melayu lama, sastera lisan menjadi media penting untuk memberi nasihat
dan pengajaran baik kepada anggota masyarakatnya. Disamping itu ia juga digunakan
sebagai media kritikan dan sindiran kepada golongan tertentu dalam masyarakat.

2.0 Bentuk dan Genre Kesusasteraan Melayu

Rajah 1

3
4

Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan
dengan sesuatu gaya bentu atau kandungan tertentu. Kesusasteraan Melayu
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Kedua-dua bentuk
ini pula dikategorikan mengikut era atau zaman kemunculannya iaitu kategori klasik
atau tradisional dan jenis moden atau kotemporari. Rujuk rajah 1. Seperti yang
dinyatakan sebelumnya, bentuk prosa dapat dikategorikan mengikut era atau zaman
iaitu:

i. Prosa klasik dan prosa moden


ii. Puisi klasik dan puisi moden

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu :


i. Naratif
ii. Bukan Naratif

Prosa Tradisional berbentuk naratid terbahagi pula kepa dua jenis iaitu :
i. Naratif Lisan
ii. Naratif Tulisan

Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre iaitu :
Mitos
i. Legenda
ii. Cerita Rakyat

Cerita Rakyat pula terbahagi kepada subgenre iaitu :


i. Cerita Jenaka
ii. Cerita Binatang
iii. Cerita dongeng

Cerita dongeng ialah :


i. Lupur lara
ii. Cerita Teladan

2.1 Prosa Melayu Tradisional (Naratif dan Bukan Naratif)

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak
terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan
cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang
panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa Melayu
tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam
kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
4
5

Naratif
Prosa Melayu
Tradisional
Bukan Naratif

Rajah 2

1. Naratif
2. Bukan naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi
iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga
genre yang utama iaitu:

1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat

* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita
binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:

1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

1. Sastera undang-undang
2. Sastera kitab
3. Sastera ketatanegaraan
4. Kepustakaan ilmu tradisional

2.2 Sastera Lisan dan Sastera Tulisan


5
6

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat


luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang
pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein;

“ Kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang


berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak. “

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan


Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada
berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan
kesusasteraan Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan
2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir dalam kalangan masyarakat Melayu yang
lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan yang
jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan
belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak menguasai
sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak pula mati
begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara
lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut
sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan
lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula


menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan
Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu
diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak
meluas dan akhirnya pupus.

2.3 Puisi Melayu Tradisional

6
7

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara
meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan
peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna
yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak
kepada yang nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:
1. Naratif
2. Bukan naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :

1. Pantun
2. Gurindam
3. Endoi
4. Rejang
5. Dikir/Zikir
6. Rubai
7. Nazam
8. Masnawi
9. Ghazal
10. Berzanji
11. Qit'ah
12. Seloka
13. Teromba
14. Talibun
15. Peribahasa berangkap
16. Mantera

3.0 Ciri Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada


lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:

7
8

i. Lisan

Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam bahasa
Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa
kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan ataupun mediumnya
adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-
manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu
menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi. Pastilah juga dalam zaman tradisional
yang bermula dengan animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang
digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka
hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh sasterawan zaman itu iaitu
mengungkapkan karya mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para
sasterawan zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula
karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara lisan agar
ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja.

ii. Tulisan

Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah


menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu perubahan besar
dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan daripada lisan kepada tulisan.
Satu perkara yang harus difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih
berpihak kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.
Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu
lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya
kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada
untuk memenuhi kehendak golongan istana.

iii. Kreatif

Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa


dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional
dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.

iv. Bukan kreatif

Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan
sebagainya

v. Estetik

8
9

Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh


seseorang penulis.

4.0 Tokoh Kesusasteraan Melayu

Terdapat beberapa tokoh terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka
dalam menyumbangkan hasil-hasil karya sastera. Antaranya ialah :

i. Hamzah al-Fansuri

Latarbelakang

Hamzah Fansuri adalah tokoh agama yang menggegarkan dunia melalui puisi-
puisi sufinya. Menurut sasterawan Abdul Hadi MW, Hamzah Fansuri merupakan
pencipta "syair Melayu" yang bercirikan puisi empat baris dengan pola sajak akhir "a-a-
a-a". Bakatnya sebagai sasterawan besar terserlah dalam kemampuan dan kreativitinya
merubah bahasa lama menjadi bahasa baru dengan cara memasukkan ratusan kata
Arab, istilah konseptual dari Al Quran dan falsafah Islam. Bahasa ini kemudiannya
menjadi sebagai bahasa intelektual yang dihormati sebab dapat menampung gagasan
baru yang diperlukan pada zaman itu.

Peranan penting Hamzah al Fansuri dalam sejarah pemikiran dunia Melayu


Nusantara bukan saja karena gagasan tasawufnya, tetapi puisinya yang mencerminkan
pergelutan penyair menghadapi realiti zaman dan pengembaraan spiritualnya.

Salah satu karya penting dari Hamzah Fansuri adalah Zinat Al-Wahidin yang
ditulis pada akhir abad ke-16 ketika perdebatan sengit tentang fahaman wahdat al-
wujud sedang berlangsung dengan tegang di Sumatera. Teks ini diyakini oleh para
peneliti sebagai kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor dan pembaru melalui
karya-karya Rubba al Muhakkikina, Syair Perahu, dan Syair Dagang. Kritiknya yang
tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan, dan orang-orang
kaya, menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.

Karya-karya

•  Zinat Al-Wahidin - ditulis pada akhir abad ke-16, kitab keilmuan pertama yang ditulis
dalam bahasa Melayu.

9
10

•  Syair Perahu

•  Syair Dagang

•  Rubba al Muhakkikina

ii. Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Raja Ali Haji selain terkenal dengan karyanya Tuhfat al Nafis (sejarah Melayu)
juga terkenal dengan berbagai karya lain samada dalam politik, hukum mahupun
bahasa Tiga karya besar beliau dalam bidang bahasa menobatkan beliau sebagai Bapa
Bahasa Indonesia iaitu Gurindam Dua Belas (1847), Bustam al-Katibin (tata bahasa
Melayu) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1851).

Kitab Pengetahuan Bahasa merupakan wujud konstribusi penting Raja Ali Haji
dalam bidang bahasa kerana (Gurindam Dua belas dan Bustam al-Katibin) ia lebih
terfokkepada keupayaan mengetengahkan keprihatinan dan gagasan awal untuk
memperbaiki beberapa konsep dan tata bahasa Melayu.

Latarbelakang

Raja Ali Haji lahir di Pulau Penyengat, pusat Kerajaan Riau Lingga, Johor dan
Pahang  pada 1808 anak dari pasangan Raja Ahmad bin Raja Haji Fisabilillah dan
Encik Hamidah binti Panglima Malik Selangor. Ia merupakan anak bungsu dari tujuh
bersaudara dan ayahnya Raja Ahmad merupakan tokoh penting dalam kerajaan Riau
Lingga.

Datuknya Raja Haji Fisabilillah adalah "Yang Dipertuan IV" Kerajaan Riau Lingga
dan seorang pahlawan yang termasyur keberaniannya dalam melawan Belanda
sehingga tewas dalam peperangan di Teluk Ketapang pada 1874. Gelar "Raja" pada
namanya diperoleh dari nama keturunan keluarga karena "Yang Dipertuan IV"
merupakan kerabat Sultan Riau Lingga.

Karya-karya

•  Tuhfat al Nafis

. Bustam al-Katibin (tata bahasa Melayu)

•  Kitab Pengetahuan Bahasa (1851).

10
11

. Gurindam dua belas

iii. Abdullah Munsyi

Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-
1854 M) dianggap sebagai bapa penulisan Melayu moden. Abdullah Munshi telah
menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 M bertajuk Syair Singapura
Terbakar. Beliau bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu
tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga ia menyedari betapa pentingnya
buku nahu bahasa Melayu.

Baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus


masalah bahasa. Hal ini lebih nyata lagi apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang
asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu dan tujuan membuat kajian
tersebut bukanlah berdasarkan kajian ilmiah melainkan kerana kepentingan tertentu.

Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing itu
hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba
dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.

Kita terpaksa akui Abdulah sebagai seorang tokoh yang agung di dalam sejarah
perkembangan kesusasteraan Melayu. Dia lah yang mula-mula membayangkan gejala-
gejala kemodenan di dalam masyarakat sewaktu masyarakat seluruhnya masih jauh
daripada hakikat kemodenan ini. Dia menggunakan perkataan “aku” bila menceritakan
kenangan-kenangan pengalaman-pengalaman hidupnya iaitu “aku” sebagai manusia
biasa yang telah pun mencapai martabat kedaulatan yang sama tinggi dan sama
rendah dengan manusia lainnya.

Dia tidak lagi mengakui hak-hak atau kelebihan-kelebihan istimewa kaum


bangsawan dan kaum di-raja di atas segala rakyat jelata. Di sinilah terletak keagungan
Abdullah sebagai seorang pengarang dan di sinillah juga terletak sumbangannya
terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu diangkat dari
darjat feudal Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ke darjat yang lebih tinggi.

Karya-karya

Syair Singapura Terbakar (1830)

11
12

Hikayat Kalilah wa Daminah ( Terjemahan Tamil – 1835)


Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837)
Dawai Kulub (1838)
Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838)
Hikayat Abdullah (1843)
Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854)

iv. Tun Sri Lanang

Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun
Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta
penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan
Johor dan Sultan Terengganu .

Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu


(buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada
menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor -
Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara
Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan
Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga
1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada
Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang
(Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).

Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali
sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf
dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).

v. Nuruddin al Raniri

Nama lengkapnya, Nuruddin Muhammad bin Ali bin Hasanji Al-Hamid (atau Al-
Syafi’i Al-Asyary Al-Aydarusi Al-Raniri (untuk berikutnya disebut Al-Raniri). la dilahirkan
di Ranir (Randir), sebuah kota pelabuhan tua di Pantai Gujarat, sekitar pertengahan
kedua abad XVI M. Ibunya seorang keturunan Melayu, sementara ayahnya berasal dari
keluarga imigran Hadhramaut (Al-Attas: 1199 M). Al-Raniri sendiri memulai perjalanan
intelektualnya dengan belajar ilmu agama di tanah kelahirannya (Ranir), sebelum
merantau ke Tarim, Hadramaut, Arab Selatan, yang ketika itu menjadi pusat
pembelajaran agama Islam.

12
13

Pada tahun 1621 M, Nuruddin mengunjungi Makkah dan Madinah untuk


menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Nabi. Di tanah haram inilah Al-Raniri
menjalin hubungan dengan para jamaah haji dan orang-orang yang sudah menetap dan
belajar di Arab, yang kebetulan berasal dari wilayah Nusantara.

Nuruddin al-Raniri adalah seorang ulama, sejarawan, sasterawan dan ahli


tasawuf terkemuka abad ke-17 M yang pernah hidup di Aceh Darussalam. Namanya
juga masyhur ke seluruh negeri sebagai ulama madzab Syafii, penulis kitab fiqih
pertama yang komprehensif dalam bahasa Melayu. Salah satu cabang ilmu fiqih yang
sangat dikuasai olehnya bukan hanya fiqih ibadah, tetapi juga fiqih duali yang berkaitan
dengan seluk-beluk pemerintahan, undang-undang negeri, dan adab secara umum.
Karyanya yang terkenal ialah Bustan al-Salatin (Taman Raja-raja).

Kitab ini lebih dikenal sebagai karya ketatanegaraan. Atau lebih tepat disebut
sebagai karya adab, kerana yang dibahas adalah masalah yang berhubungan adab
dalam pengertian luas bukan semata-mata adab pemerintahan atau kenegaraan.
Kerana mengandung unsur sejarah dalam banyak bagiannya, tidak menghairankan jika
sarjana seperti Winstedt dan Hussein Djajadiningrat menjadikan Bustanus Salatin
sebagai sumber penulisan sejarah Aceh.

vi. Syed Syeikh Al-Hadi

Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi telah dihantar ke Riau ketika berusia
empat belas tahun untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang
dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah
pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan
dalam bidang agama. Syed Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis
terkenal di Kaherah iaitu Sheikh Muhammad Abduh.

Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-
Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi pendakwa di
mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. Dia meninggalkan kerjaya tersebut
kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia nampak
hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan fikrahnya dan menaikkan
semangat Islam di kalangan orang Melayu. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi
sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashur (1926) di
Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut. Rakan
seperjuangannya yang turut mempunyai aspirasi yang sama adalah Sheikh Mohd Tahir
Jalaluddin Al-Azhari, Sheikh Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas bin Mohd.
Tahar bergabung tenang untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan

13
14

majalah Al-Imam(1906). Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan


majalah Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928).

Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia kesusasteraan
Melayu bukan hanya setakat melahirkan Hikayat Faridah Hanum bahkan dia turut
mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan
pejuangan anak watan. Sebagai reformis dia mengketengahkan fahaman Islam yang
diwar-warkan oleh Sheikh Muhammad Abduh.

Karya

Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau terkenal sebagai Hikayat Faridah Hanum
(1925-1926)
Siri Cerita Rokamlbul (karya adaptasi)
Tafsir Juz Amma (1927)
Taman Cinta Berahi (1928)
Tafsir Al-Fatihah (1928)
Hikayat Cermin Kehidupan (1929)
Hikayat Puteri Nurul Ain (1929)
Kitab Agama Islam Dan Akal (1931)

vii. Abdul Rahim Kajai

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) adalah bapa wartawan dan bapa cerpen Melayu
pertama. Penglibatan beliau yang cemerlang dan penuh iltizam dalam arena persuratan
dan kesusasteraan Melayu melayakkan beliau digelar sebagai Bapa Wartawan. Dalam
arena penulisan, beliau juga dikatakan pelopor awal bidang cerpen kerana karya-karya
beliau menarik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Peranannya dalam
kesusasteraan dan kewartawan tidak dapat dipisahkan daripada semangat kebangsaan
Melayu kerana beliaulah antara wartawan Melayu yang mula-mula menyuarakan
beberapa soal pokok politik dalam karyanya.

Dalam tempoh 13 tahun sebagai wartawan, beliau telah berkhidmat dengan 6


buah akhbar Melayu iaitu Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Perubahan
Baharu, dan Berita Malai. Beliau juga merupakan ‘guru’ kepada wartawan-wartawan
pelapis dengan menulis tentang ilmu penulisan dalam Akhbar Majlis (1931-1935).

Karya

Banyak Udang Banyak Garam (kumpulan cerpen)


Lain Padang Lain Belalang

14
15

Pusaka Kajai * pusaka penting bagi kesusasteraan Melayu.

viii. Ishak Haji Muhammad

Penulis veteran ini adalah antara penulis sebelum Perang Dunia Kedua yang
sangat giat menulis.  Beliau menghasilkan novel, cerpen, esei, dan memoir, dan hingga
ke akhir hayatnya menulis rencana untuk akhbar Utusan Melayu di Kuala Lumpur. Pak
Sako atau Hantu Raya (nama pena) lahir pada September 1909 di Kampung Bukit
Siguntang, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Beliau meninggal pada 7 November
1991. Dalam bidang penulisan kreatif, Ishak menghasilkan tidak kurang daripada 23
buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua.  Dua buah novelnya Putera
Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila adalah antara novelnya yang mendapat
sambutan hangat dan telah beberapa kali diulang cetak.  Kedua-dua novel tersebut
mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan
sasterawan.

Seperti kebanyakan pengarang sebelum merdeka, Ishak menggunakan novel


dan cerpen sebagai saluran untuk menaikkan semangat orang Melayu dan
menyedarkan mereka tentang kedudukan mereka yang mundur dalam politik, ekonomi
dan sosial.  Sikapnya yang antipenjajah jelas diluahkannya dalam novel dan cerpennya.
Perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah tentang cita-
citanya terhadap masyarakatnya masa itu.  Pokok persoalan karya-karya beliau adalah
tentang rakyat jelata, dan beliau berpendapat bahawa setiap cerita mestilah mempunyai
mesej dan bertujuan membimbing rakyat ke arah suatu kehidupan yang aman damai,
bekerjasama, makmur, mewah, berbudi bahasa, berkhidmat dan berbakti.

Karya

Novel
- Jalan ke Kota Bharu, Singapura: Qalam, 1956, 159 hlm.
- Putera Gunung Tahan, Singapura: Geliga Limited, 1957 (cetakan kedua),
113 hlm. (cetakan pertama 1937)
- Anak Mat Lela Gila, Kuala Lumpur: Penerbitan Federal Berhad, 1966
(cetakan ketiga), 131 hlm., (cetakan pertama 1941).
Sidang Serangga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 121
-
hlm.
Cerpen
- Segar, Singapura: Qalam, 1961, 188 hlm.
Senda Gila-gila (antologi bersama), Kuala Lumpur: Creative Enterprise
-
Sdn. Bhd., 1980, 124 hlm.

15
16

Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti


-
Sdn. Bhd., 1985,339 hlm.
Memoir
- Pengalaman Pak Sako Tiga Tahun di Singapura: Petaling Jaya: Pustaka
Budaya Agency, 1975, 61 hlm.
Umum
Pak Pandir Moden di Simpang-simpang Jalan, Kuala Lumpur: Karya
-
Bistari, 1988, 86 hlm.
Pepatah Petitih, Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd., 1989 (Jilid
-
I), 283 hlm.

5.0 Teori Sastera

Secara mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea tentang
sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori sastera wujud sebagai landasan atau
gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato.
Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sebagai teori kritikan
sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsip tentang sesuatu
fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau diaplikasikan dalam kerja
mengkritik teks.

“Menurut Kerlinger, teori bermaksud himpunan sesuatu konsep, definisi dan


saranan yang berkaitan antara satu sama lain. Ia memberi gambaran teratur tentang
sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan antara angkubah untuk
menerangkan dan meramalkan fenomena tersebut.” (HBML4203: 98)

Teori kesusasteraan muncul daripada pemerhatian yang umum terhadap


fenomena sastera tanpa menekankan persoalan-persoalan kebudayaan atau sejarah
pada peringkat awalnya. Ahli-ahli kesusasteraan berminat mengkaji karya sastera
secara menyeluruh dan cuba merangka pendekatan dan prinsip kajian kesusasteraan,
meneliti secara halus ciri-ciri yang terdapat dalam segala ilmu samada tentang Sains,
Sains Kemasyarakatan atau Sains Kemasyarakatan.

Menurut Ali Hj Ahmad (1994:14) adalah berkaitan dengan pengajian tentang


prinsip-prinsip kesusasteraan, pengkelasannya atau dengan kata lain, pandangan
bahawa kesusasteraan itu mempunyai susunan dan untuk memahami susunannya, ia
memerlukan peraturan-peraturan yang digubal setelah melihat ciri-ciri yang umum,
yang khusus dan tersendiri. Ringkasnya teori melihat fenomena sastera dan unsur-
unsur berkaitan seperti sifat dan tujuan penghasilan sastera, hubungan antara karya
dengan unsur luar seperti biografi penulis dan psikologinya serta yang ketiga melihat

16
17

aspek-aspek strukturnya. Apa yang jelas teori membuat generalisasi yang ilmiah
dengan bukti dan hujahan yang kukuh.

Teori sastera terbahagi kepada dua iaitu Teori Klasik Kesusasteraan dan Teori
Moden Kesusasteraan. Rujuk rajah 3.

Teori Klasik
Kesusasteraan
Teori Sastera
Teori Moden
Kesusasteraan

Rajah 3
5.1 Teori Klasik Kesusasteraan

Secara dasarnya ditemui empat teori klasik kesusasteraan dalam pengajian


kesusasteraan. Empat teori utama dalam teori klasik kesusasteraan boleh dilihat
melalui rajah 4 di bawah.

Teori Klasik
Kesusasteraan

Teori Peniruan Teori Moral Teori Pragmatik Teori Memesis


(Plato) (Horace) (Quintilian) (Aristotle)
Rajah 4
i. Teori Peniruan (Plato)

Teori terawal dikemukakan oleh Plato melalui bukunya yang berjudul Republic. Plato
menyatakan bahawa karya sastera sebagai suatu peniruan yakni proses yang melalui
penapisan dua kali daripada bentuk ideal atau hakikat. Teori ini dianggap sebagai teori
kesusasteraan tertua yang berusaha untuk menghuraikan karya kreatif. Plato melihat
apa yang terhasil melalui proses peniruan terhadap benda yang benar akan
menghasilkan sesuatu yang palsu.

ii. Teori Mimesis

Namun pandangan Plato ditentang oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Kepada
Aristotle dalam bukunya Poetic, beliau melihat representasi adalah bentuk ‘mimesis’
yang membawa maksud penyalinan semula ke arah yang lebih positif. Aristotle
mempunyai perspektif yang lebih ke hadapan daripada Plato, kerana beliau melihat
17
18

representasi yang ditiru semula perlu bermoral ke arah nilai baik yang boleh
mengangkat sesuatu karya. Contohnya kesan ‘katharsis’ daripada peniruan itu boleh
meninggalkan rasa puas audiens, rasa kekaguman dan insaf akan kebesaran Ilahi.

iii. Teori Moral

Teori ini diutarakan oleh Horace melalui bukunya yang berjudul Poetica,
menjelaskan bahawa karya sastera sewajarnya meninggalkan kesan pengajaran dan
pendidikan. Tanggapan teori moral ialah, teks kesusasteraan bukan sahaja sebagai
satu hasil seni tetapi yang lebih besarnya ialah bagaimana sastera itu melalui isi dan
matlamatnya boleh menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang baik dan
sempurna. Kesusasteraan daripada sudut ini dilihat sebagai unsur yang bersifat
didaktivisme. Yakni, yang mempunyai idealogi ke arah menyampaikan pengajaran,
didikan dan pembentukan akhlak yang baik.

Horace menitikberatkan unsur didaktif sebagai keperluan yang perlu ada dalam
karya di samping untuk tujuan hiburan. Melakukan kritikan berasaskan teori moral
bermakna pengkritik berusaha mengkaji dan menganalisis isi teks serta menilai sesuatu
teks kesusasteraan dengan memberi penekanan kepada nilai-nilai moral dan kesannya
didaktivismenya kepada masyarakat. Dalam hal ini tentunya teks-teks kesusasteraan
yang baik dan sarat dengan persoalan perilaku masyarakat sangat sesuai dikaji
menggunakan pendekatan ini. Fokus pengkritik tentunya berusaha menimba dan
menggali nilai-nilai murni, mesej dan pengajaran yang mengandungi unsur pendidikan.
Pengkritik juga akan menghubung isi teks dengan realiti di luar teks untuk
mengukuhkan signifikasi moral yang dikritik.
iv. Teori Pragmatik

Teori ini diasaskan oleh Quintilian. Menerangkan karya memberikan kesan katharsis
iaitu rasa puas dalam kalangan pembaca dan penonton (drama/teater).

5.2 Teori Moden Kesusasteraan

Teori moden merujuk kepada penggunaan teori yang muncul di dalam era
pembaharuan atau selepasnya sehingga tahun akhir abad ke-20. Rene Descartes
(1596-1650) dianggap sebagai pelopor pemikiran moden dengan dua ciri asas yang
mendominasi modenisme iaitu rasionalisme dan empirisme. Beberapa teori moden
kesusasteraan akan dipilih sebagai contoh untuk dibincangkan seperti dalam rajah 5 di
bawah.

Teori Moden
Kesusasteraan
18
Pendekatan Pendekatan Teori Teori Sosiologi
Teori Resepsi
Intertekstualiti Semiotik Strukturalisme Sastera
19

Rajah 5

5.2.1 Pendekatan Intertekstualiti

Diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926. Menurut Bakhtin, semua
karya sastera dihasilkan berdasarkan kepada dialog antara teks dengan teks-teks lain.
Jelasnya teori ini memperlihatkan hubungan antara teks dengan teks yang lain. Maksud
teks-teks yang lain adalah unsur-unsur luar dalam sesebuah karya sastera iaitu apa
sahaja yang dapat memberikan sumbangan terhadap pembinaan sesebuah karya
sastera.

Contohnya jika penulis ingin menulis sebuah drama tentang perang. Selain
ceritanya berkisar dari sudut peperangan yang dipenuhi dengan peristiwa tembak
menembak, unsur-unsur lain juga perlu dimasukkan seperti latar belakang, sebab
musabab dan hal-hal lain yang menjadi punca kepada peristiwa perang tersebut.
Mungkin juga penulis dipengaruhi oleh peristiwa perang yang sebenar daripada buku
sejarah. Sumber-sumber seperti pengamatan, pembacaan dan peristiwa-peristiwa
sebenar dalam sejarah adalah penting sebagai unsur luar yang turut membantu
penciptaan sesebuah hasil karya sastera.

Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Julia Kristeva. Kristeva berpendapat


bahawa setiap teks terbina hasil daripa kutipan, peresapan dan transformasi teks-teks
lain. Kebanyakkan teks mempunyai hubungan, ikatan dan jalinan dengan teks-teks lain.
Kajian Intertekstualiti cuba mengimbangi di antara teks dalaman dengan teks luaran.
Oleh itu pendekatan ini tidak sahaja tertumpu kepada soal pengaruh dalam penciptaan
karya tetapi ia juga menitikberatkan komponen-komponen yang membina sesebuah
teks seperti melihat perubahan atau penentangan satu atau lebih sistem yang ada
dalam sesebuah karya sastera termasuk dari sudut pengertiannya, simbolnya dan
bentuknya. Sebagai rumusan, teori atau pendekatan intertekstualiti melihat sesebuah
hasil sastera yang dihubungkan dengan teks-teks lain yang mempelbagaikannya.

5.2.2 Teori Resepsi

Teori ini dipelopori oleh Leo Lowenthal setelah beliau meneliti karya-karya
Rostoyerski yang ditulis antara tahun 1880 hingga 1920. Teori resepsi melihat
bagaimana pembaca memberikan makna terhadap karya sastera yang dibaca sehingga
dapat memberikan reaksi atau tanggapan terhadapnya. Tanggapan ini boleh pula
19
20

bersifat pasif dan juga aktif. Tanggapan pasif adalah bagaimana seseorang pembaca
dapat memahami karya sastera atau dapat melihat hakikat estetika yang ada di
dalamnya. Manakala tanggapan negatif pula bermaksud bagaimana pembaca
merealisasikannya. Pada dasarnya teori ini mengakui hakikat polisemi (pelbagai
makna) pada sesebuah karya sastera dan bukannya bersifat monosemi ( satu makna
sahaja).

Secara umum, prinsip teori resepsi dapat dilihat sebagai :


Bertolak daripada satu pembicaraan samada penerimaan atau penolakan yang melihat
fungsi dan hubungan antara karya dengan pembaca. Seterusnya meneliti reaksi
pembaca terhadap makna yang terkandung dalam teks. Setiap hasil karya atau teks
mengandungi fenomena makna. Pembaca akan mencari rangka atau skema untuk
mencari jawapan kepada fenomena tersebut. Terdapat dua peringkat yang terjadi
kepada pengarang sewaktu membaca sesebuah karya iaitu cuba melakukan
konkritisasi dan cuba membina semula karya tersebut.

Dalam hubungan antara karya dengan pembaca ialah bahawa penerimaan


pembaca selalunya berhubung dengan pekerjaan, sosialisasi, persekitarannya dan
kepercayaan. Selain itu nilai atau sikap pada diri pembaca untuk menilai sesebuah
karya atau suasana dan keadaan penerimaan pembaca terhadap karya yang dibaca.

5.2.3 Teori Kebahasaan (Pendekatan Semiotik)

Diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure dan Charles Sanders Pierce.


Saussure menggunakan istilah semiologi manakala Pierce menggunakan istilah
semiotik. Pierce mendefinisikan semiotik sebagai teori umum untuk tanda dalam bidang
yang lebih luas sehingga menjangkau simbol-simbol, gambar dan angka. De Saussure
meletakkan semiologi sebagai satu sistem konvensi untuk berkomunikasi dan boleh
diaplikasi untuk kajian linguistik. Apa yang jelas pendekatan ini melihat karya sastera
sebagai hasil kreativiti yang mempunyai sistem tersendiri. Sistem ini dapat dikenali
melalui penggunaan tanda atau kod yang dijelmakan dalam sesebuah karya.
Ringkasnya teori kebahasaan atau semiotik melihat sistem perlambangan dan
pertandaan yang terdapat dalam sesebuah teks sastera.

5.2.4 Teori Strukturalisme

Bermula di Perancis dan pada tahun 1970-an berpindah ke Eropah, Amerika dan
negara Dunia Ketiga. Menurut sejarah, ia lahir daripada aliran formalisme di Russia
pada tahun 1915. Tokoh yang mempelopori aliran ini ialah Jakobson, Suklovsky,
Eichenbaum dan Tynjanor. Strukturalisme mengambil berat fungsi atau peranan yang
dimainkan oleh individu jika peranan itu mengambil hubungan dengan peraturan atau
20
21

undang-undang yang mengawal kehidupan secara menyeluruh. Tegasnya ia memberi


tumpuan di dalam sesebuah karya tanpa mengaitkannya dengan unsur-unsur di luar
karya yang membantu penciptaannya.

Ditemui tiga gagasan penting berhubung teori ini. Iaitu prinsip kaitan, prinsip
keseluruhan dan analisis secara sinkronik. Prinsip kaitan bererti hubungan di antara
setiap unsur dalam sesebuah karya sastera yang membangunkannya seperti antara
plot, tema, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa. Manakala prinsip
keseluruhan bermaksud melihat keseluruhan bahagian sastera sebagai objek kajian. Ini
bererti tidak timbul penelitian bahagian-bahagian sastera secara terpisah antara satu
sama lain. Gagasan secara sinkronik pula bererti perhatian dipusatkan kapada
hubungan-hubungan yang ada pada suatu masa tertentu. Ini bererti penciptaan
sesebuah karya sastera yang menggunakan teori ini tidak ditentukan oleh proses
sejarah tetapi oleh jaringan struktural.

5.2.5 Teori Sosiologi Sastera

Salah satunya ialah teori Taine. Teori ini menganggap bahawa karya sastera dapat
dikesan daripada dasar material sesebuah masyarakat iaitu ras, waktu dan lingkungan.
Ras dihubungkan dengan hal kejiwaan, perasaan, bentuk tubuh dan sebagainya. Waktu
pula dihubungkan dengan jiwa sesuatu zaman. Lingkungan difokuskan kepada
keadaan cuaca dan geografi. Berdasarkan beberapa faktor yang dimaksudkan itu, teori
ini ternyata tidak sistematik.

Teori ini juga tidak menghubungkan sastera dengan sosiobudaya tetapi dengan
faktor alam yang dikatakan mempengaruhi manusia. Oleh yang demikian tidak berlaku
di dalam sosiologi sastera. Sosiologi sastera menghubungkan sastera dengan
sosiobudaya, bukannya alam. Oleh itu tumpuan diberikan kepada hubungan antara
manusia. Oleh yang demikian teori Taine tidak diterima pakai pada masa ini.

6.0 Kritikan Sastera

Di Malaysia, kritikan sastera sudah diterima sebagai satu sains atau disiplin ilmu.
Kritikan sastera yang dihantar dalam bentuk tulisan merupakan usaha mencari dan
menentukan nilai karya sastera secara jujur.  Tugasan ini dilaksanakan dengan kaedah
yang bersistematik, sama ada secara kritikan impresionistik mahupun secara serius.
Kritikan ini sering pula mendapat wadah di akhbar, lalu dikenali sebagai kritikan
jurnalistik.  Sementara itu tulisan kritikan yang serius, dilaksanakan dengan penelitian
bersandarkan pelbagai disiplin ilmu, dikenali sebagai kritikan ilmiah. Kritikan ilmiah
banyak dilaksanakan pada peringkat pengajian tinggi dan diterbitkan dalam jurnal atau
buku. Dalam usaha menentukan nilai sesebuah karya sastera, pengkritik harus
21
22

memanfaatkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan pendekatan yang dipilihnya. Lebih


daripada itu, pengkritik harus menurunkan hujahnya yang relevan dan munasabah bagi
memperkukuhkan apa yang dikritiknya.

Kritikan sastera adalah disiplin ilmu.  Sebagai disiplin ilmu, aktiviti kritikan sastera
ada matlamat.  Yang ketara, antara pencipta (pengarang) karya sastera dengan
pengkritik (dikenali juga sebagai kritikus atau kritikawan) sastera, wujud situasi yang
tidak seimbang, malah semacam wujud jurang.  Bagaimanapun, kritikan sastera
memiliki tujuan yang pelbagai dalam usaha memajukan kesusasteraan.

 Kritikan sastera membantu khalayak pembaca memahami sesuatu karya


sastera, di samping mentafsirkan dan menilai karya.  Penilaian tentang berjaya atau
tidak karya sastera harus dibuktikan secara objektif -- di mana dan mengapa karya itu
kuat atau gagal. Dengan hujah yang tepat dan konkrit, maka pembaca akan maklum
kebaikan atau kekurangan karya itu.

 Sasaran kritikan sastera bukan sahaja pembaca tertentu malah pengarang


(lebih-lebih lagi pengarang baru) dan masyarakat/peminat sastera.  Dengan adanya
kritikan sastera, maka terhindar jurang pemisah antara teks sastera dengan pembaca,
atau antara penikmat sastera dengan pengarang.  Kesemua ini berfungsi mengelakkan
kerancuan dan memungkinkan karya sastera lebih mudah dimasyarakatkan.  Jelaslah,
betapa kritikan sastera amat diperlukan dan mempunyai signifikan bagi menentukan
kelangsungan jalur perkembangan sastera.

Untuk lebih terperinci, Hashim Awang (1984: 80) menyenaraikan sembilan fungsi
kritikan sastera seperti yang berikut ini:

1. Menyumbang dan mengembangkan pengetahuan.

2. Memberi bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan


menerangkan tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas.

3. Membezakan antara teks sastera yang baik dengan teks sastera yang tidak baik.

4. Menolong pengarang mendidik masyarakat setelah pengarang mengetahui


kegemaran dan kemahuan pembaca, iaitu jenis atau bentuk karya sastera yang mereka
minati dan ingin.

22
23

5. Memberi keterangan kepada pengarang cara menyesuaikan karya sasteranya


dengan pembaca.

6. Memberi perangsang di samping mendidik orang ramai supaya giat membaca.

7. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga


kesusasteraan.

8. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat
membaca.

9. Memperbetul salah faham yang timbul antara pengarang dengan pembaca dan
menjadi seperti pihak yang menyelesaikan masalah.

Untuk lebih memahami fungsi atau matlamat kritikan sastera itu, dapat kita telusuri
beberapa buah buku yang berkaitan:

Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982) selenggaraan Hamzah Hamdani,


termuat 28 tulisan kritikan sastera, menganalisis, mentafsir dan menilai novel Melayu
yang terpenting dengan menelitinya daripada multiaspek dan memanfaatkan
multipendekatan antara lainnya seperti formalistik, sosiologi, psikologi, tipainduk, dan
perlembagaan.

Riak dan Gelombang Sastera Melayu:  Kumpulan Esei/Kritikan Ramli Isin (DBP: 1987)
selenggaraan Othman Puteh yang memuatkan enam kritikan sastera yang dilihat
daripada perspektif sosiologi terhadap antologi cerpen Destini, novel Ombak Bukan
Biru, Seluang Menodak Baung dan puisi Warna Maya.

Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel (PFB: 1998) karya Hashim
Awang yang membicarakan karya Shaharom Hussain, Abdullah Hussain, A. Samad
Ismail, Arena Wati, dan Usman Awang daripada pelbagai aspek dan pendekatan.
Pengisian Dunia Sastera (DBP: 1995) oleh Othman Puteh yang menelaah genre cerpen
dan novel, antaranya Langit Petang A. Samad Said, Saga dan Warisan karya Abdul
Talib Mohd. Hassan, Warna Sebuah Lembah karya Osman Ayub, Empangan karya
Zakaria Ali, Tikus Rahmat karya Hassan Ibrahim, dan Perlumbaan Kedua karya
Marwilis Haji Yusoff.

23
24

Secara tidak formal dikatakan kritikan sastera bermula pada tahun 1930-an.  Menurut
kajian Hashim Awang (1988: 102-103) ini tahap pertama bagi mengisi era dari tahun
1930-an hingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, dikenal sebagai
Era Sebelum Perang Dunia II. Pada era ini, kritikan sastera dikatakan baru membentuk
tradisinya sejajar dengan perkembangan cerpen yang pesat dalam media cetak. Sesuai
dengan bentuknya yang baru lahir dan terlaksana tidak secara serius, maka kritikan itu
dipenuhi penilaian yang dangkal, agak emosional (tanpa pendekatan yang tertentu),
dan agak subjektif. Antara tulisan kritikan sastera itu ialah "Tun Seri Lanang dan
Munsyi Abdullah" oleh Keris Melayu (Majalah Guru, 1 Julai 1935); "Kita dengan Munsyi
Abdullah," oleh Mohd. Yusof Ahmad (Majlis, 22 Ogos 1935) dan "Anak Negeri dengan
Musnyi Abdullah" oleh Kabha (Majlis, 2 September 1935).

TUGASAN 2 : UNSUR-UNSUR INTRINSIK KARYA SASTERA DAN KOMSAS

2.0 Pengenalan

2.1 Unsur-unsur Intrinsik karya Sastera

Yang dimaksudkan unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur pembangun karya


sastera yang dapat ditemui di dalam teks karya sastera itu sendiri. Sedangkan yang
dimaksudkan dengan analisis intrinsik adalah cuba memahami suatu karya sastera
berdasarkan informasi-informasi yang dapat ditemui di dalam karya sastera tersebut
atau secara eksplisit terdapat dalam sesebuah karya sastera. Hal ini berdasarkan
kepada pandangan bahwa suatu karya sastera mencipta dunianya sendiri yang
berbeza dari dunia nyata. Segala sesuatu yang terdapat dalam dunia karya sastera

24
25

merupakan fiksyen yang tidak berhubungan dengan dunia nyata. Secara umumnya
unsur intrinsik terdiri dari :

i. Tema dan persoalan


ii. Struktur cereka
iii. Plot
iv. Watak dan perwatakan
v. Latar
vi. Sudut pandangan
vii. Stail
viii. Bahasa dan
ix. Puisi

i. Tema persoalan

Tema ialah persoalan utama yang diungkap berdasarkan sesuatu tujuan dan di
dalamnya terkandung objek, peristiwa, kejadian dan sebagainya. Tema boleh juga
dikatakan sebagai buah kiran atau idea penulis. Semua cereka mengemukakan satu
perkara dan satu gagasan penyatuan. Gagasan penyatuan itulah yang disebut tema.
Dengan kata lain, tema bolehlah didenisikan sebagai sesuatu yang menjadi fikiran
utama pengarang di dalam sesebuah naratif. Naratif atau cerita ialah pilihan pengarang.
Oleh sebab itu, tema sesebuah cereka dapat dikesan melalui penggaluran peristiwa
dan aksi dari awal hingga akhir yang dicernakan melalui watak dan unsur lain yang
mendukunginya.

ii. Struktur Cereka

Sehubungan itu, Hashim Awang mendenisikan struktur sebagai penyusunan


daripada pelbagai elemen di dalam sesebuah cereka sehingga berhasil melahirkan
kesan keindahan seni. Beberapa elemen dalaman yang dimaksudkan itu ialah
plot, perwatakan, latar, sudut pandangan, stail dan gaya bahasa. Kesemua
elemen-elemen penting itu perlu disusun serapi mungkin untuk melahirkan
karya yang tinggi nilai seninya.
Oleh itu, ketika struktur masih berada pada tahap perancangan, pengarang
terlebih dahulu memilih atau merangka persoalan pokok yang hendak diolahnya

Plot

25
26

Plot atau galur cerita ialah penceritaan peristiwa yang berasaskan sebab
musabab. Istilah ini boleh juga ditakrifkan sebagai kisah berangkai yang bersebab,
disulami dengan konik atau permasalahan dan disudahi dengan penyelesaian. Secara
konvensional, plot dibina berasaskan permulaan, perkembangan dan akhirnya
kesudahan (peleraian).Ada dua jenis plot, iaitu plot kronologi (mengikut urutan
perjalanan waktu) dan plot tidak kronologi (tidak mengikut urutan perjalanan waktu).

Watak dan perwatakan

Yang dimaksud dengan watak ialah individu ciptaan/rekaan pengarang yang


mengalami peristiwa-peristiwa atau konflik. Pada umumnya watak dalam sesebuah
karya sastera ialah manusia, binatang atau benda yang berwatak seperti manusia.
Berdasarkan fungsi watak dalam cerita, watak dapat dibezakan menjadi dua yaitu tokoh
utama dan watak sampingan. Watak boleh dibahagikan kepada tiga iaitu watak bulat,
watak leper dan watak kodi. Watak bulat ialah watak yang berkembang yakni
menunjukkan reaksi terhadap situasi dan berbagai-bagai peristiwa. Watak leper pula
ialah watak static. Manakala watak kodi ialah watak yang tidak berperanan di dalam
cereka, adakalanya hanya disebut oleh mana-mana watak dalam sesuatu peristiwa.
Watak utama adalah watak yang banyak mengalami peristiwa dalam cerita. Watak
utama dibezakan kepada dua iaitu :
a. Watak utama protagonis. Watak utama protagonis adalah watak yang
membawakan perwatakan positif atau menyampaikan nilai-nilai positif.
b. Watak utama antagonis. Watak utama antagonis adalah watak yang membawakan
perwatakan yang bertentangan dengan protagonis atau menyampaikan nilai-nilai
negatif.

Perwatakan ialah gambaran keseluruhan sifat watak yang ditonjolkan, iaitu


kelakuan, perasaan, cara berkir dan sebagainya. Perwatakan memainkan peranan
penting untuk menghidupkan cerita kerana unsur itulah yang menjadi punca kewujudan
konik antara watak.

Latar

Latar atau setting ialah segala unsur atau aspek yang mengiringi dan
mendampingi perkembangan sesebuah tema dan persoalan yang menjadi pokok
pemikiran pengarang. Unsur dalam latar ialah tempat, cara hidup para pelaku, masa
dan latar belakang yang am. Oleh itu, pembicaraan tentang latar sering ditumpukan
kepada latar tempat, masyarakat, budaya dan masa.

Sudut pandangan

26
27

Sudut pandangan ialah suatu unsur struktur yang penting. Kewujudannya dapat
menjelaskan siapa yang mengisahkan sesuatu cerita, menjadi pusat pengisahan dan
berhubung rapat dengan watak. Secara umumnya, sudut pandangan terbahagi kepada
tiga kategori, iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan
sudut pandangan aliran kesedaran.

Sudut pandangan orang pertama ialah pengemukaan cerita oleh salah seorang
watak atau oleh pengarang sendiri. Pengarang mungkin turut terlibat atau meresapkan
dirinya ke dalam salah satu watak yang mengisahkan cerita. Pengarang berselindung di
sebalik watak itu. Kata ganti nama yang biasa digunakan ialah ‘aku’ atau ‘saya’.

Dalambentuk yang pertama, pencerita ialah watak utama atau pengarang


sendiri. Watak utama menggunakan kata ganti nama ’aku’. Pengarang menggunakan
kata ganti nama ’saya’.

Dalambentuk yang kedua, pengarang meresapkan dirinya di dalam watak


sampingan untuk menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya sahaja secara lurus
dan benar.

Manakala dalam bentuk yang ketiga, pencerita mengisahkan apa-apa yang


dilihatnya sahaja tanpa memberi sebarang reaksi kepada apa-apa yang dilihatnya itu.
Dalam sudut pandangan orang ketiga, pengarang berada di luar cerita. Kata ganti nama
yang digunakan ialah ‘dia’ dan ‘mereka’. Pencerita tidak terlibat dalam cerita dan
namanya pun tidak diberikan. Sudut pandangan kategori ini terbahagi kepada tiga
bentuk, iaitu:

(i)Pencerita Serba Tahu


(ii)Pencerita Terbatas dan
(iii)Pencerita Objektif.

Stail

Stail atau gaya membawa maksud cara yang digunakan oleh pengarang untuk
mengemukakan kisahnya berdasarkan sesuatu tema yang menjadi pemikirannya dan
mengungkapkan kembali cerita itu dengan menggunakan media bahasa. Berlainan
dengan teknik, stail memberi perhatian khusus kepada jalinan cerita yang berdasarkan:

(i) Diksi
(ii) Imej dan
(iii) Imejan.

27
28

Anda harus ingat bahawa stail merupakan penyataan identiti kepengarangan


seseorang dan cara mempersembahkan idea. Dengan demikian, plot berhubung rapat
dengan stail yang merupakan gaulan antara idea yang ingin diketengahkan dengan
kata-kata untuk melahirkan karya yang mencapai kesatuan, yakni bertepatan dengan
penyataan sikap pengarang dan sesuatu penceritaan.

Gaya Bahasa

Gaya bahasa bermaksud pemindahan semua unsur bahasa yang dimiliki


pengarang untuk menerang semua idea dan pemikirannya tentang persoalan dan
permasalahan yang menjadi renungannya. Aspek bahasa yang penting ialah pemilihan
kata, penyusunan ayat, bahasa kiasan, perlambangan dan sebagainya.

Puisi

Puisi bukan naratif mempunyai unsur tersendiri yang berbeza dengan prosa dan
puisi naratif. Antaranya ialah rima, jeda dan irama. Kesemua unsur ini mempunyai
fungsi.

Rima

Rima ialah skema bunyi di dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris ialah
susunan bunyi tertentu pada akhir setiap baris bagi serangkap puisi. Rima akhir
digambarkan dengan susunan huruf. Contohnya, rima akhir pantun ialah a-b-a-b dan
rima akhir syair ialah a-a-a-a.

Jeda

Tempat hentian sementara di dalam ayat untuk membahagikan makna supaya


jelas dan juga menimbulkan rentak. Tanda ( / ) di dalam pantun di bawah menunjukkan
tempat hentian sementara itu.

Jikalau tuan / pergi ke Jambi,


Kemboja / tumbuh di batu;
Jikalau tuan / kasihkan kami,
Ambillah mega / buatkan baju.

Irama
28
29

Kita sudah pun berbincang tentang unsur teknik dalam bahagian penyusunan
ayat, imejan, diksi dan sebagainya. Kesemuanya bertujuan untuk melahirkan kesan
muzik bahasa yang harmoni dan berkesan. Misalnya, persamaan bunyi di hujung
perkataan di dalam satu ayat yang disertai rentak dinamakan homoioteleuton (hujungan
yang sama) seperti di dalam peribahasa berirama di bawah ini:

Ikut suka luka,


Ikut rasa binasa,
Ikut hati mati.

2.2 KOMSAS

KOMSAS ialah akronim kepada komponen Kesusteraan Melayu. Ianya telah mula
diperkenalkan pada tahun 2001 dengan tujuan untuk mendedahkan unsur sastera
kepada semua pelajar. Komsas telah diselitkan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Dalam Komsas telah diperuntukkan dua waktu pengajaran dalam seminggu. Komsas
berperanan untuk memantapkan aspek emosi dan pada masa yang sama , ia akan
mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai teknik yang
boleh digunakan dalam pengajaran Komsas yang boleh dipecahkan kepada tiga
kelompok yang besar iaitu

1. lakonan, teater pembaca dan teater bercerita


2. kerusi panas dan main peranan
3. improvisasi, tatacerita dan mestamu

Dalam pengajaran Bahasa Melayu. KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil


pembelajaran estetik. Secara umumnya diharapkan melalui pengajaran ini dapat
mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan,
keindahan dan kehalusan bahasa. Terdapat senarai karya yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Gerne sastera yang dimaksudkan adalah novel,
cerpen, drama, sajak, puisi tradisional dan prosa tradisional.

2.2.1 Pendidikan KOMSAS dalam Konteks Pendidikan Kebangsaan

29
30

Sebagaimana yang diketahui, KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap


akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang
disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jelasnya, KOMSAS berperanan
sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera
yang ditetapkan.

2.2.2 Konsep Bersepadu dalam Pendidikan KOMSAS


Konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya
saling berkaitan. Yang pertama ialah aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS
menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Hal ini bermakna, dalam
masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. Aspek yang
kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa
Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh
digunakan sebagai bahan pengajaran.

2.2.3 Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS


Secara umumnya, P&P KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat.
Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 2002,
KOMSAS tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat
mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan,
keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan
penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan
dengan itu, KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
(a) Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;
(b) Mempertingkatkan kemahiran berbahasa;
(c) Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dan
(d) Memupuk semangat yakin diri.

3.0 Kesimpulan

30
31

Sastera Melayu hari ini memerlukan anjakan paradigma terutama sekali


diperingkat tingginya khususnya di IPTA. Sastera Melayu harus, malah wajib
dinobatkan sebagai matapelajaran yang canggih. Hari ini masyarakat kagum dengan
matapelajaran sains, teknologi, ekonomi dan matematik, tetapi tidak kagum dengan
sastera disebabkan sastera masih berlegar-legar dalam bentuk kajian deskriptif dan
analisisnya masih terikat kuat dengan teori struktur, khususnya disekolah menengah.

Dalam usaha menghidupkan kembali minat masyarakat kepada kesusasteraan,


sokongan daripada semua pihak sangat diperlukan agar usaha ini lebihberhasil.Dalam
hal ini, kepakaran dalam bidang teknologi juga diperlukan.Bersesuaian dengan
eraTeknologi maklumat (IT), pengajian kesusasteraan perlu dilengkapkan dengan
kursusTeknologi khususnya teknologi komputer memandangkan graduanGraduan
yangMemperoleh pekerjaan yang baik terdiri daripada mereka yang mempunyai
kemahiran IT Dan komunikasi.

Secara kesimpulannya, suatu falsafah, perancangan, kaedah atau pendekatan


yang betapa unggul pun tidak akan memberikan hasil sekiranya tiada siapa pun
memperdulikan kedudukan sastera di tanah air kita sendiri. Dalam pada itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
selain daripada kerjasama pihak sekolah dan masyarakat dan tokoh-tokoh serta
karyawan sastera tanah air.
RUJUKAN :

Harun Jaafar (Dr) (2010). HMBL4203 Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur,


Open University Malaysia.

Samsina Abd Rahman (1998). Falsafah dan Pengajian Kesusasteraan Melayu.


Bangi, Universiti Putra Malaysia.

Hashim Awang (1988). Kritikan Kesusasteraan : Teori dan Penulisan. Kuala


Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid (1988). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala


Lumpur, Longman.

http://lazacode.com/index.php?option=com_content&view=article&id=432&Itemid=129

http://kencanamerana.blogspot.com/search/label/SASTERA%20TRADISIONAL
%20STPM

http://www.ashtech.com.my/DIL/sastera/book003.htm
31
32

http://jalantelawi.com/2010/05/perkembangan-bahasa-melayu-moden/

http://johoreanstudentsociety.blogspot.com/2009/11/fakta-menarik-tentang-negeri-
johor.html

http://melayuonline.com/eng/personage/dig/342/nuruddin-al-raniri

http://www.2lisan.com/biografi/tokoh-islam/syeikh-nuruddin-ar-raniri/

http://ahmadsamantho.wordpress.com/2010/06/26/%E2%80%9Cbustan-al-salatin
%E2%80%9D-al-raniri/

http://sejarah2u.blogspot.com/2008_11_01_archive.html

http://www.pnm.my/yangpertama/Sastera_Kajai.htm

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=849&IID

http://www.kapasitor.net/community/post/789

http://latifmaulan.blogspot.com/
http://teorisastera.blogspot.com/2009/12/kritikan-pragmatik.html
http://members.tripod.com/~nita_73/penghantar_kritikansastera.html

32

You might also like