You are on page 1of 15

PENGAJIAN AM

Sistem Pemerintahan Beberapa Negara di Dunia

Monarki

 Raja, Ratu (Arab Saudi, Swaziland, Thailand, Britania Raya, Maroko,


Spanyol)
 Emir (Kuwait, Qatar)
 Kaisar (Jepang)
 Pangeran (Monako)
 Sultan (Brunei, Oman)
 Yang di Pertuan-agong (Malaysia)
 Paus (Vatikan)

Republik

 Presiden (Indonesia, Amerika Serikat, Jerman)


 Ketua (Republik Rakyat Tiongkok, tidak dipergunakan lagi)

Singapura Politik & Pemerintahan

Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana Singapura


merupakan bekas jajahan United Kingdom. Jawatan Presiden adalah simbolik dan
kuasa memerintah berada di tangan Perdana Menteri yang merupakan ketua parti
politik yang memiliki kedudukan majoriti di Parlimen.

Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak
Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-
undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh
dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada
autoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut
berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan
memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura
sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis
India

India ialah negara demokrasi terbesar di dunia.Perlembagaannya menyifatkan India


sebauh republik demokratik yang berdaulat, sosialis dan sekular.[22] India mengendali
bentuk kerajaan persekutuan dan sebuah parlimen dwidewan yang beroperasi
berasaskan sistem parlimen gaya Westminster. Kerajaan India teridir daripada tiga
cabang, iaitu Perundangan, Eksekutif, dan Kehakiman. Presiden India ialah
ketua negara rasmi[22] yang dilantik secara tidak langsung oleh badan pemilih
untuk penggal lima tahun. Namun begitu, ketua kerajaan sebenar ialah Perdana
Menteri yang melaksanakan kebanyakan kuasa eksekutif.Perdana Menteri dilantik
oleh Presiden, dengan syarat bahawa Perdana Menteri menikmati sokongan parti atau
parti campuran yang meraih majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat di Parlimen.

Perundangan India berbentuk Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Dewan


Pertuanan yang bergelar Rajya Sabha (Majlis Negeri-negeri) dan Dewan Rakyat yang
bergelar Lok Sabha (Dewan Rakyat).[22] Rajya Sabha, sebuah perbadanan yang kekal,
mempunyai seramai 250 ahli yang berkhidmat dalam penggal enam tahun.[26]
Kebanyakan ahli-ahli ini dilantik secara tidak langsung oleh perundangan peringkat
negeri dan wilayah seimbang kepada populasi negeri.[26] 545 ahli Lok Sabha dilantik
secara terus oleh undian popular untuk mewakili kawasan pengundian masing-masing
selama lima tahun.[26]

Cabang eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan Majlis Menteri-
menteri (Kabinet selaku jawatankuasa eksekutifnya) yang diketuai Perdana Menteri.
Mana-mana menteri yang memegang portfolio mestilah merupakan seotang ahli
mana-mana dewan atau parliment. Dalam sistem parlimen India, cabang eksekutif
ialah pihak bawahan kepada perundangan, dengan Perdana Menteri dan Majlis beliau
bertanggungjawab secara langsung kepada Dewan Rakyat.

Kehakiman bebas India terdiri daripada Mahkamah Agung yang diketuai Ketua
Hakim India. Mahkamah Agung memegang bidang kuasa asal terhadap perselisihan
antara negeri-negeri dan Pusat, bidang kuasa pendengaran rayuan terhadap 21
Mahkamah Tinggi India, dan kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-
undang kesatuan dan negeri sebagai batal dan tidak sah jika didapati bertentangan
dengan struktur asas Perlembagaan India.
Politik Singapura

Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana Singapura


merupakan bekas jajahan United Kingdom. Jawatan Presiden adalah simbolik dan
kuasa memerintah berada di tangan Perdana Menteri yang merupakan ketua parti
politik yang memiliki kedudukan majoriti di Parlimen.

Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak
Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-
undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh
dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada
autoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut
berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan
memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura
sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'

Politik Republik Rakyat China

Kepala pemerintahan Republik Cina adalah Presiden, yang dipilih untuk masa jabatan
4 tahun dengan tiket bersama Wakil Presiden. Presiden mempunyai kekuasaan atas 4
cabang (Yuan) yaitu Yuan Eksekutif, Yuan Perwakilan, Yuan Kehakiman, dan Yuan
Pengawas. Presiden melantik anggota Yuan Eksekutif sebagai anggota kabinetnya
termasuk Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap polisi dan pengendalian
ketertiban.

Badan utama perwakilan merupakan Dewan Perwakilan Rakyat dengan 225 kursi
dimana 168 darinya diisi oleh anggota hasil pemilu. Sisanya dibagikan secara
proporsional antara keseluruhan yang diterima partai (41 kursi), wilayah seberang
lautan 8 kursi) dan kursi khusus penduduk asli Taiwan (8 kursi). Para anggota dewan
ini memiliki masa jabatan 3 tahun. Pada awalnya Dewan Konstituante Nasional,
sebagai badan konstitusi dan wakil rakyat umumnya, mempunyai sedikit kekuasaan
legislatif, akan tetapi dewan ini telah dihapuskan pada tahun 2005 dan kekuasaan
untuk merancang konstitusi diserahkan kepada Yuan Perwakilan dan pemilih dari
kalangan rakyat.

Dewan Besar Rakyat, di mana bersidangnya Kongres Rakyat Kebangsaan.

RRC dianggap oleh beberapa orang ahli sains politik sebagai salah sebuah daripada
lima negara komunis terakhir (bersama Vietnam, Korea Utara, Laos, dan Cuba),
namun semenjak 1980-an, struktur politik RRC sudah mustahil dicirikan dengan
tepat.[10] Kerajaan RRC sering kali disifatkan sebagai negara komunis dan sosialis,
bahkan juga negara autoritarian dengan sekatan-sekatan ketat dalam pelbagai segi,
khususnya dalam Internet, akhbar, kebebasan berhimpun, hak pembiakan, dan
kebebasan beragama.

Dibandingkan dengan dasar pintu tertutup yang diamalkannya sehingga pertengahan


1970-an, peliberalan RRC sebegitu rupa sehingga suasana pentadbiran kurang terbatas
daripada dahulu, namun RRC masih jauh lagi dari menjadi demokrasi liberal yang
diamalkan di kebanyakan negara Eropah atau Amerika Utara, dan Kongres Rakyat
Kebangsaan disifatkan sebagai sebuah badan "pak turut".[42] RRC kini dipimpin oleh
Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao.

Negara ini diperintah oleh Parti Komunis China (CPC) yang kuasanya dijamin oleh
Perlembagaan.[43] Sistem politiknya amat terpencar[44] dengan proses demokrasi terhad
dalaman dalam parti dan peringkat kampung setempat, namun eksperimen-
eksperimen sebegini pernah dicemari korupsi. Terdapat beberapa parti politik lain
dalam RRC, yang dipanggil parti demokrasi di China, dan menyertai Persidangan
Perundingan Politik Rakyat dan Kongres Rakyat Kebangsaan. Ada sedikit petunjuk
bahawa RRC menuju peliberalan politik, yang mana pilihan raya dipertandingkan
terbuka kini dianjurkan di peringkat kampung dan pekan,[45][46] tambahan pula badan-
badan perundangan menunjukkan sikap ketegasan dari masa ke semasa. Walau
apapun, Parti Komunis mengekalan kawalan berkesan terhadap pelantikan kerajaan.
Dalam ketiadaan barisan pembangkang yang penuh bermakna, CPC hampir sentiasa
berjaya melulskan apa yang dikehendakinya. Antara hal-hal politik yang diuruskan
dalam RRC termasuk perapatan jurang pendapatan antara kaya dan miskin serta
membasmi rasuah dalam barisan kepimpinan kerajaan.[47]
Tahap sokongan terhadap tindakan kerajaan serta pengurusan negara adalah antara
yang tertinggi di dunia, dengan seramai 86% orang yang meluahkan rasa puas hati
dengan keadaan semasa dan ekonomi negara, mengikut tinjauan Pew Research Center
pada tahun 2008[48] Mengikut tinjauan bertajuk "Top 10 political figures in Mainland
China and Taiwan" yang dijalankan di Hong Kong, kira-kira 1000 peserta diberi
senarai 10 pemimpin politik terkemuka di Tanah Besar China dan Taiwan. Hasilnya,
para pemimpin tanah besar (seperti Wen Jiabao, Zhu Rongji and Hu Jintao) menerima
markah lebih tinggi berbanding pemimpin Taiwan (seperti Chen Shui-bian, Ma Ying-
jeou dan Lien Chan).[49]

Rencana utama: Politik Indonesia

Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua
kata Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila
terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:

 Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa


 Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
 Perpaduan Indonesia
 Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada
Musyawarah/Perwakilan
 Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia

Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan
Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar
tersebut dinamakan Demokrasi Pancasila.

Presiden Indonesia saat ini adalah Susilo Bambang Yudhoyono, yang disokong oleh
Parti Demokrat. Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan yang
terdiri daripada 560 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang
dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD)
iaitu wakil provinsi yang dipilih melalui pemilihan wilayah.[5] Anggota DPR dan DPD
dipilih melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat
ini MPR diketuai oleh Taufiq Kiemas, DPR oleh Marzuki Alie, sedangkan DPD oleh
Irman Gusman.

Kerajaan Dan Politik Iran

Iran adalah antara ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga ahli
kepada Pertubuhan Persidangan Islam dan juga Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali. Sistem politik di Iran adalah berasaskan perlembagaan yang dinamakan
"Qanun-e Asasi" (Undang-undang asas)

Pemimpin Agung
Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Agung Iran

Pemimpin Agung Iran bertanggung jawab terhadap "polisi-polisi umum Republik


Islam Iran". Beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata dan badan perisikan
Iran dan mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan perang. Ketua kehakiman,
stesen radio dan rangkaian televisyen, ketua polis dan tentera dan enam daripada dua
belas ahli Majlis Wali Iran juga dilantik oleh Pemimpin Agung. Majlis Pakar pula
bertanggungjawab mengundi dan juga memecat Pemimpin Agung atas justifikasi
kelayakan dan populariti individu itu. Majlis ini juga bertanggung jawab memantau
tugasan Pemimpin Agung.

Eksekutif

Orang kedua terpenting dalam kerajaan Iran pula ialah presiden Iran. Setiap presiden
diundi dan akan memerintah Iran selama empat tahun. Setiap calon presiden pula
mesti mendapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran sebelum undian dibuat supaya
mereka serasi dengan idea negara Islam. Tanggung jawab presiden pula adalah
memastikan perlembagaan negara diikuti dan juga mempraktikan kuasa eksekutif.
Tetapi presiden tidak berkuasa diatas perkara-perkara yang dibawah kuasa Pemimpin
Agung. Presiden pula melantik dan memantau Kabinet Iran, dan berkuasa membuat
keputusan mengenai pentadbiran negara. Terdapat lapan timbalan presiden dan dua
puluh satu menteri yang turut sama menolong presiden dalam pentadbiran, dan
kesemua mereka mestilah mendapat kelulusan badan perundangan. Tidak seperti
negara-negara lain, cabang eksekutif tidak berkuasa dalam pasukan bersenjata, tetapi
presiden Iran berkuasa melantik Menteri Pertahanan dan Perisikan dan harus
mendapat persetujuan Pemimpin Agung dan kelulusan badan perundangan.

Amerika syt.

Kerajaan persekutuan

Kerajaan Amerika Syarikat ialah di dalam bentuk kerajaan persekutuan.


Perlembagaan Amerika Syarikat menghadkan kuasa kerajaan persekutuan kepada
pertahanan, polisi luar negara, pencetakan mata wang, mengawal perdagangan,
perhubungan antara negeri-negeri serta melindungi hak asasi manusia. Kerajaan
persekutuan terdiri dari Kongres (cabang legislatif), Presiden (cabang eksekutif), dan
Mahkamah Agung (cabang kehakiman). Ketiga-tiga cabang ini saling memeriksa dan
mengimbang antara satu sama lain.

Cabang legislatif

Kongres Amerika Syarikat adalah dwidewan dan terdiri dari Dewan Perwakilan
Rakyat dan Senat.

Dewan Rakyatnya terdiri dari 435 anggota Kongres yang dipanggil "congressmen"
atau "congresswomen", yang dipilih oleh rakyat dari kawasan pilihan raya atau
"congressional district" masing-masing. Mereka akan memegang jawatan ini selama
satu penggal (dua tahun). Bilangan kawasan bagi setiap negeri bergantung kepada saiz
penduduk di negeri tersebut, dan setiap negeri-negeri mempunyai sekurang-
kurangnya satu wakil rakyat. Menurut banci Amerika Syarikat 2000, setiap kawasan
pilihan raya mempunyai purata penduduk seramai 640,000 orang.

Senat pula terdiri dari 100 ahli dipanggil Senator. Mereka juga dipilih oleh rakyat
daripada setiap negeri tetapi berbanding dengan wakil rakyat, tempoh satu penggal
mereka adalah lebih lama iaitu enam tahun. Bilangan Senator adalah sama bagi semua
negeri iaitu dua Senator bagi setiap negeri.

Ahli-ahli Perwakilan Rakyat dan Senator dipilih melalui sistem pilihan raya majoriti
mudah.

Kebanyakan rang undang-undang (bills) boleh diperkenalkan sama ada di "Dewan


Perwakilan" atau "Senat". Sekiranya kedua-dua Dewan meluluskan rang undang-
undang tersebut, Presiden akan di minta untuk menandatangani dan meluluskannya
sebagai Akta. Seorang Presiden boleh membatalkan rang undang-undang, tetapi
Kongres masih boleh menjadikannya sebagai undang-undang jika mendapat dua-
pertiga undi dari kedua-dua dewan. Semua rang undang-undang untuk meminjam
wang atau mengenakan cukai, akan bermula di Dewan Perwakilan Rakyat.

White House atau Rumah Putih, kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat di
Washington D.C.

Dipuncak cabang eksekutif ialah Presiden Amerika Syarikat. Presiden merupakan


Panglima Besar angkatan tentera; semua staf militari berada di bawah
bidangkuasanya, dan hanya beliau boleh melancarkan serangan senjata nuklear.
Presiden berkuasa untuk meluluskan undang-undang, dan memberi pengampunan dan
perintah eksekutif. Beliau juga mempunyai tugas-tugas lain di bawah perlembagaan,
antara lain memberi ucapan "State of the Union" kepada Kongres pada setiap tahun.
Di bawahnya pula ialah Naib Presiden yang berperanan sebagai penasihat pertamanya
dan penyokong atau "backup" Presiden, dan merupakan ketua atau Presiden Senat,
dengan kuasa untuk menentukan undian apabila ia terikat (tiebreaking vote). Kedua-
dua jawatan tersebut dipilih oleh rakyat setiap empat tahun. Pemilihan Presiden
Amerika adalah agak rumit kerana ia membabitkan pemilihan rakyat melalui sistem
"Electoral College" atau perwakilan bagi setiap negeri di Amerika Syarikat. Oleh itu,
seorang calon Presiden mesti mendapat sokongan lebih 50% dari perwakilan negeri di
Amerika Syarikat. Sejak kemenangan George W. Bush yang kontroversial pada
pilihan raya 2000, keberkesanan sistem pilihan raya Amerika telah banyak
dipertikaikan.
Selain itu, terdapat pula ahli-ahli Kabinet, dan pelbagai jabatan yang mereka terajui,
termasuklah Jabatan Pertahanan, Jabatan Kehakiman, dan State Department. Jabatan-
jabatan tersebut dan ketua-ketuanya memegang kebanyakan kuasa politik dan juga
melaksanakan undang-undang negara.

Dari segi parti politik, terdapat dua parti politik yang paling utama iaitu parti
Demokrat dan Republikan.

Cabang kehakiman

Mahkamah tertinggi negara adalah Mahkamah Agung Amerika Syarikat, yang terdiri
dari sembilan hakim. Antara lain, mereka berkuasa untuk mengisyhtiharkan undang-
undang dimana-mana peringkat kerajaan sebagai tidak sah kerana tidak mengikut
perlembagaan. Sesiapa yang melanggar perlembagaan persekutuan boleh dikenakan
tindakan undang-undang. Malah, Presiden pun tidak terkecuali dan boleh dijatuhkan
sekiranya dia tidak mengikuti perlembagaan. Kuasa ini yang dipanggil "power of
impeachment" telah menjatuhkan beberapa presiden termasuk Presiden Nixon. Di
bawah Mahkamah Agung ialah Mahkamah Rayuan, dan di bawahnya pula ialah
mahkamah daerah, yang merupakan mahkamah perbicaraan am untuk undang-undang
persekutuan.

Cabang kehakiman diperingkat kerajaan pusat akan hanya dirujuk, apabila pengadu
tiada ruang lagi di mahkamah negeri atau sekiranya ia melibatkan urusan persekutuan
atau perlembagaan negara. Suatu kes hanya boleh dirayu dari mahkamah negeri ke
mahkamah persekutuan, sekiranya ia menyentuh isu persekutuan. Mahkamah Agung
Negeri atau "State supreme court" merupakan autoriti terakhir untuk menafsir
undang-undang serta perlembagaan negeri masing-masing.

Pemerintahan beraja atau Monarki (dari bahasa Yunani "monos archein",


bermaksud "satu pemerintah") merupakan sejenis kerajaan di mana Raja menjadi
ketua negara. Monarki atau sistem pemerintahan beraja adalah sistem tertua di
dunia. Pada awal kurun ke-19, terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia, tetapi
menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Manakala pada dekad kelapan abad ke-
20, hanya 40 takhta sahaja yang masih kekal. Daripada jumlah tersebut, hanya empat
negara mempunyai raja atau monarki yang mutlak dan selebihnya terhad kepada
sistem perlembagaan.

Perbezaan diantara Raja dengan Presiden sebagai Ketua Negara adalah Raja menjadi
Ketua Negara sepanjang hayatnya, manakala Presiden biasanya memegang jawatan
ini buat jangkamasa yang tertentu. Namun dalam negara-negara persekutuan seperti
Malaysia, Raja atau Agong hanya berkuasa selama 5 tahun dan akan digantikan
dengan raja dari negeri lain dalam persekutuan. Dalam zaman sekarang, konsep
monarki mutlak hampir tidak wujud lagi dan kebanyakannya adalah raja
berperlembagaan, iaitu raja yang terhad kuasanya oleh perlembagaan. Monarki juga
merujuk kepada orang atau institusi yang berkaitan dengan Raja atau kerajaan di
mana raja berfungsi sebagai ketua eksekutif.

Monarki demokratik atau dalam bahasa Inggeris Elective Monarchy, adalah berbeza
dengan konsep raja yang sebenarnya. Pada kebiasaannya raja itu akan mewarisi
takhtanya (hereditary monarchies). Tetapi dalam sistem monarki demokratik, takhta
raja akan bergilir-gilir di kalangan beberapa sultan. Malaysia misalnya, mengamalkan
kedua-dua sistem iaitu raja berpelembagaan serta monarki demokratik.

Bagi kebanyakan negara, Raja merupakan simbol kesinambungan serta kedaulatan


negara tersebut. Selain itu, raja biasanya ketua agama serta Panglima Besar angkatan
tentera sesebuah negara. Contohnya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong merupakan
ketua agama Islam, manakala di United Kingdom dan negara di bawah naungannya,
Ratu Elizabeth II adalah ketua agama Kristian Protestan.

Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau
rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu kerajaan pusat
("persekutuan"). Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi
negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar
diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang hanya menyebelahi satu
pihak.

Bentuk kerajaan atau struktur perlembagaan yang didapati dalam sebuah persekutuan
dikenali sebagai federalisme yang juga boleh dianggap sebagai lawan kepada satu
sistem lain, iaitu negara unitari. Kerajaan Jerman yang merangkumi 16 länder
bersekutu dijadikan satu contoh persekutuan, manakala Austria dan Bundesländernya
merupakan negara unitari dengan bahagian pentadbiran yang menjadi bersekutu,
sementara Perancis pula merupakan negara unitari sepenuhnya, meskipun entiti
subnasionalnya kelihatan serupa dengan negeri-negeri kerajaan persekutuan.
Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang
tanah wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya
ditubuhkan melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.

Iran

Iran, (‫ايران‬, Īrān), atau nama rasminya Republik Islam Iran (Parsi: ‫جمهوری اسالمی‬
‫ايران‬, Jomhuriye Eslamiye Iran), juga dikenali sebagai Parsi di negara-negara barat,
adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan
Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq
di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi,
Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam
Syiah dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi.

Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia.
Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini
menjadikan ia cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan
geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport
Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang
terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi
dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan
Arya, dan bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi.

Iran adalah antara ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga ahli
kepada Pertubuhan Persidangan Islam dan juga Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali. Sistem politik di Iran adalah berasaskan perlembagaan yang dinamakan
"Qanun-e Asasi" (Undang-undang asas)
Pemimpin Agung Iran bertanggung jawab terhadap "polisi-polisi umum Republik
Islam Iran". Beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata dan badan perisikan
Iran dan mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan perang. Ketua kehakiman,
stesen radio dan rangkaian televisyen, ketua polis dan tentera dan enam daripada dua
belas ahli Majlis Wali Iran juga dilantik oleh Pemimpin Agung. Majlis Pakar pula
bertanggungjawab mengundi dan juga memecat Pemimpin Agung atas justifikasi
kelayakan dan populariti individu itu. Majlis ini juga bertanggung jawab memantau
tugasan Pemimpin Agung.

Eksekutif

Orang kedua terpenting dalam kerajaan Iran pula ialah presiden Iran. Setiap presiden
diundi dan akan memerintah Iran selama empat tahun. Setiap calon presiden pula
mesti mendapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran sebelum undian dibuat supaya
mereka serasi dengan idea negara Islam. Tanggung jawab presiden pula adalah
memastikan perlembagaan negara diikuti dan juga mempraktikan kuasa eksekutif.
Tetapi presiden tidak berkuasa diatas perkara-perkara yang dibawah kuasa Pemimpin
Agung. Presiden pula melantik dan memantau Kabinet Iran, dan berkuasa membuat
keputusan mengenai pentadbiran negara. Terdapat lapan timbalan presiden dan dua
puluh satu menteri yang turut sama menolong presiden dalam pentadbiran, dan
kesemua mereka mestilah mendapat kelulusan badan perundangan. Tidak seperti
negara-negara lain, cabang eksekutif tidak berkuasa dalam pasukan bersenjata, tetapi
presiden Iran berkuasa melantik Menteri Pertahanan dan Perisikan dan harus
mendapat persetujuan Pemimpin Agung dan kelulusan badan perundangan.

Belanda
Belanda adalah sebuah negara monarkhi konstitusional. Ratu merupakan Kepala
Negara yang melambangkan persatuan Belanda. Ratu terikat pada konstitusi dan
fungsinya lebih banyak bersifat seremonial, namun juga memiliki beberapa
kewenangan yang merupakan kelanjutan dari tradisi the House of Orange. Ratu dalam
hal ini menunjuk formatur yang akan membentuk Dewan Menteri (Council of
Ministers) setelah dilakukan pemilihan umum. Pemerintah negara pada dasarnya
terdiri dari tiga institusi utama, yaitu; Ratu, Dewan Menteri, dan Parlemen (States
General).
Dewan menteri merencanakan dan melaksanakan kebijakan pemerintahan. Ratu
bersama-sama dengan Dewan Menteri disebut dengan the Crown. Hampir semua
menteri juga merupakan kepala departemen, meskipun ada juga menteri-menteri tanpa
portofolio. Menteri-menteri baik secara kolektif maupun individual bertanggungjawab
kepada parlemen. Menteri-menteri tidak dapat merangkap menjadi anggota parlemen.
Lembaga lainnya adalah the Council of State yang dibentuk berdasarkan konstitusi
sebagai lembaga penasehat pemerintah yang anggotanya terdiri dari keluarga
bangsawan dan kerajaan, serta anggota yang ditunjuk dari kalangan ahli politik,
ekonomi, diplomatik, atau militer. Suatu rancangan undang-undang yang akan
diajukan oleh kabiner kepada parlemen harus terlebih dahulu dikonsultasikan kepada
Council of State. Lembaga ini juga melayani pengajuan banding dari masyarakat atas
putusan yang dibuat oleh eksekutif.
Parlemen Belanda terdiri dari dua kamar, Kamar Pertama (First Chamber, Eerste
Kamer) dan Kamar Kedua (Second Chamber, Tweede Kamer). Second Chamber
memiliki peran yang lebih penting karena memiliki hak untuk mengusulkan
rancangan undang-undang dan mengamandemen rancangan yang diajukan
pemerintah, serta memilih anggota Ombudsman Nasional. Sedangkan First Chamber
hanya memiliki hak untuk menyetujui atau menolak, tidak bisa mengubah. Keduanya
memiliki hak untuk menyelidiki dan mengajukan pertanyaan kepada menteri-menteri
dan sekretaris negara. Sebuah rancangan undang-undang bisa diajukan baik oleh
Second Chamber maupun pemerintah, meskipun nyatanya semua rancangan diajukan
oleh pemerintah. Suatu rancangan menjadi undang-undang setelah disahkan oleh Ratu
di bawah tanggung jawab politik Perdana Menteri.
Second Chamber terdiri dari 150 anggota, dipilih secara langsung untuk masa jabatan
4 tahun, kecuali jika kabinetnya jatuh lebih awal. Sistem pemilu yang digunakan
adalah sistem proporsional Tidak ada batasan perolehan suara bagi partai untuk dapat
mengikuti Pemilu. Sistem ini membuat pemerintahan yang terbentuk selalu
pemerintahan koalisi. Koalisi besar biasanya terdiri dari dua macam, yaitu koalisi
Kristen dan Koalisi Partai-partai kiri. First Chamber terdiri dari 75 anggota yang
dipilih oleh provincial council untuk waktu 4 tahun. First Chamber umumnya hanya
bertemu sekali dalam seminggu dan biasanya para anggotanya memiliki profesi lain.

Filipina
Pemerintah Filipina mengikuti Pemerintah Amerika Serikat. Dia ditata sebagai sebuah
republik, di mana Presiden berfungsi sebagai kepala negara, kepala pemerintahan, dan
Panglima Tertinggi angkatan bersenjata. Presiden dipilih dalam pemilu untuk masa
jabatan 6 tahun, dan memilih dan mengepalai kabinet. Dewan Legislatif Filipina
mempunyai dua kamar: Kongres terdiri dari Senat dan Dewan Perwakilan; anggota
keduanya dipilih oleh pemilu. Ada 24 senator yang menjabat selama 6 tahun di Senat,
sedangkan Dewan Perwakilan terdiri dari tidak lebih dari 250 anggota kongres yang
melayani selama 3 tahun. Cabang yudikatif pemerintah dikepalai oleh Mahkamah
Agung, yang memiliki seorang Ketua Mahkamah Agung sebagai kepalanya dan 14
Hakim Agung, semuanya ditunjuk oleh Presiden.

Filipina merupakan anggota aktif dari PBB sejak penerimaannya pada 24 Oktober
1945. Filipina juga merupakan negara pendiri ASEAN, dan merupakan pemain aktif
dalam APEC, Uni Latin dan anggota dari Grup 24. Filipina juga merupakan sekutu
Amerika Serikat, tetapi juga merupakan anggota dari Gerakan Non-Blok.

Filipina bersengketa dengan Republik Cina (Taiwan), Republik Rakyat Cina,


Vietnam, dan Malaysia atas minyak dan gas alam di Kepulauan Spratly dan
Scarborough Shoa, dan dengan Malaysia atas Sabah. Sultan Sulu yang menerima
Sabah sebagai hadiah pada 1703 setelah menolong Sultan Brunei mengalahkan
pemberontak, telah memberikan Pemerintah Filipina kuasa untuk mengklaim
wilayahnya yang hilang. Sampai saat ini, keluarga Sultan Sulu masih menerima
pembayaran "sewa" untuk Sabah dari Pemerintah Malaysia.

Indonesia

Indonesia menjalankan pemerintahan republik presidensial multipartai yang


demokratis. Seperti juga di negara-negara demokrasi lainnya, sistem politik di
Indonesia didasarkan pada Trias Politika yaitu kekuasaan legislatif, eksekutif dan
yudikatif. Kekuasaan legislatif dipegang oleh sebuah lembaga bernama Majelis
Permusyawaratan Rakyat (MPR).

MPR pernah menjadi lembaga tertinggi negara unikameral, namun setelah


amandemen ke-4 MPR bukanlah lembaga tertinggi lagi, dan komposisi
keanggotaannya juga berubah. MPR setelah amandemen UUD 1945, yaitu sejak 2004
menjelma menjadi lembaga bikameral yang terdiri dari 560 anggota Dewan
Perwakilan Rakyat (DPR) yang merupakan wakil rakyat melalui Partai Politik,
ditambah dengan 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) yang merupakan
wakil provinsi dari jalur independen.[24] Anggota DPR dan DPD dipilih melalui
pemilu dan dilantik untuk masa jabatan lima tahun. Sebelumnya, anggota MPR adalah
seluruh anggota DPR ditambah utusan golongan dan TNI/Polri. MPR saat ini diketuai
oleh Taufiq Kiemas. DPR saat ini diketuai oleh Marzuki Alie, sedangkan DPD saat
ini diketuai oleh Irman Gusman.

Lembaga eksekutif berpusat pada presiden, wakil presiden, dan kabinet. Kabinet di
Indonesia adalah Kabinet Presidensial sehingga para menteri bertanggung jawab
kepada presiden dan tidak mewakili partai politik yang ada di parlemen. Meskipun
demikian, Presiden saat ini yakni Susilo Bambang Yudhoyono yang diusung oleh
Partai Demokrat juga menunjuk sejumlah pemimpin Partai Politik untuk duduk di
kabinetnya. Tujuannya untuk menjaga stabilitas pemerintahan mengingat kuatnya
posisi lembaga legislatif di Indonesia. Namun pos-pos penting dan strategis umumnya
diisi oleh menteri tanpa portofolio partai (berasal dari seseorang yang dianggap ahli
dalam bidangnya).

Lembaga Yudikatif sejak masa reformasi dan adanya amandemen UUD 1945
dijalankan oleh Mahkamah Agung, Komisi Yudisial, dan Mahkamah Konstitusi,
termasuk pengaturan administrasi para hakim. Meskipun demikian keberadaan
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia tetap dipertahankan.

You might also like