You are on page 1of 5

PENDEKATAN REALISME, NEOREALISME DAN NEOKLASIKAL

REALISME

Pendekatan secara umumnya adalah merujuk kepada satu struktur pemahaman


yang sistematik terhadap sesuatu ilmu. Ia mempunyai beberapa asas yang dijadikan
rujukan untuk mengkaji tentang sesuatu fenomena. Diantara ciri-ciri yang
mendasari sesuatu pendekatan ialah andaian dan konsep-konsep asas. Bagi kajian
mengenai politik dunia, pendekatan realisme, neorealisme dan neoklasikal realisme
merupakan pendekatan popular yang mengkaji fenomena-fenomena antarabangsa
berdasarkan perspektif tersendiri. Ketiga-tiga pendekatan ini berkongsi beberapa
ciri dan konsep asas disamping beberapa perbezaan yang menjadi kelainan diantara
satu sama lain. Maka di sini akan dibincangkan ketiga-tiga pendekatan tersebut
secara asas dan dibuat perbandingan.

Pendekatan Realisme

Pendekatan Realis mendominasi kajian politik dunia semasa era Perang Dingin
sehingga kini. Kemunculannya adalah sebagai reaksi kepada pendekatan Idealisme
yang bersifat ideal serta terlalu melihat kepada apa yang sepatutnya dilakukan
(ought to be) dan bukannya reality sebenar sesuatu fenomena itu berlaku (really/
what is). Prinsip Idealisme yang ideal tidak memberi kesan dalam mengkaji
tingkah laku negara-negara sehinggalah membawa kepada Perang Dunia Kedua
sekaligus menenggelamkan peranan Liga Bangsa yang menjadi kepercayaan
golongan Idealis. Ekoran kegagalan Idealis ini, maka lahirlah pendekatan Realisme
yang menggunakan kuasa sebagai teras untuk menerangkan politik dunia dengan
mengenepikan pemikiran yang penuh harapan seperti Idealis.

Menurut Viotti & Kauppi (1987), sejarah permulaan pendekatan Realisme


diasaskan dari pemikiran zaman klasik seperti Thucydides (471-400 S.M),
Machiavelli (1429-1527) dan Thomas Hobbes (1588-1679). Ketiga-tiga tokoh ini
menggunakan kuasa sebagai asas yang mendasari pendekatan Realisme. Di dalam
pendekatan ini juga, aktor utama yang paling ditekankan ialah negara dimana ianya
berbeza daripada pendekatan Idealisme yang menjaga kemandirian individu.
Seterusnya, Realisme mempunyai tiga andaian utama yang menjadi asas kepada
pendekatan ini.

Pertama, golongan Realis mengandaikan manusia secara semulajadinya


bersifat tamak dan mementingakn diri sendiri. Manusia juga disifatkan sebagai
jahat dan tidak boleh dipercayai antara satu sama lain. Kedua, golongan Realis
mengandaikan tingkah laku negara adalah rasional. Maka sebarang tindakan
negara yang dilihat ‘mencabuli’ negara lain diterima atas asas negara sebagai
aktor rasional yang bertindak untuk kepentingan dan kemanana negara. Ketiga,
Realis mengatakan aktor-aktor negara menyuarakan matlamat mereka dari satu
suara yang diabsahkan yakni pemerintah di negara tersebut. Dalam keadaan ini
pandangan pemerintah akan diletakkan sebagai pandangan negara.

Selain andaian, terdapat beberapa konsep asas yang relevan dengan


pendekatan Realisme. Diantaranya ialah konsep kuasa, keseimbangan kuasa,
sistem antarabangsa dan bantaun kendiri (self help). Menurut Viotti & Kauppi
(1987), kuasa dari perspektif Realis ialah merujuk kepada keupayaan aktor untuk
mengawal atau mempertingkatkan pengaruh atau kesan dari tindakannya ke atas
pihak lain. Dalam keadaan dunia yang bersifat anarki, Realis menyarankan
perlunya sesebuah negara memiliki kuasa untuk menjamin keselamatan negara
disamping mempertahankan kedaulatan dan maruah. Oleh itu, fenomena
persaingan kuasa merupakan penentu untuk mencapai keamanan dunia.

Konsep keseimbangan kuasa pula merujuk kepada kedudukan


keseimbangan di antara negara dalam politik dunia. Kedudukan ini perlu untuk
mengelakkan wujudnya satu kuasa yang dominan. Keseimbangan tersebut boleh
dicapai menerusi keupayaan pertahanan yang setara di antara negar-negara dan
penubuhan pakatan ketenteraan negara-negara. Sebagai contoh, semasa era Perang
Dingin, terdapat dua pakatan ketenteraan utama di dunia iaitu Nato yang diketuai
Amerika dan Warsaw Pact yang diterajui Kesatuan Soviet. Dalam sistem
antarabangsa yang bersifat anarki, terdapat satu lagi konsep yang dipegang oleh
golongan Realis iaitu bantuan kendiri atau (self help). Sistem dunia yang bersifat
sedemikian telah melahirkan rasa tidak percaya di antara negara-negara di dunia.
Oleh itu, negara akan mengutamakan keselamatannya terlebih dahulu sebelum
menrima bantuan atau berinteraksi dengan negara lain.

Pendekatan Neorealisme

Neorealisme bermaksud Realisme baru dengan merujuk kepada perkataan ‘neo’


dihadapan perkataan Realisme. Pendekatan ini sememangnya berasal dari
pendekatan Realisme dan masih berkongsi andaian-andaian dan konsep asas yang
sama namun telah dimodifikasi untuk menyesuaikannya dengan dunia temporari.
Ianya dianggap sebagai penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang
timbul daripada pendekatan Realisme yang asal. Diantara tokoh-tokoh yang
mempelopori aliran Neorealisme ialah Kenneth Waltz dan Hans Morgenthau
(1904-1980).

Pendekatan neorealisme berpendapat selain daripada aktor negara yang


menjadi unit analisis dalam hubungan antarabangsa, kewujudan aktor bukan
negara turut diambil kira sebagai salah satu punca berlakunya ketidakstabilan
politik dunia. Strukur sistem antarabangsa dianggap sebagai penyumbang kepada
peperangan masa kini. Oleh itu, pendekatan neorealisme juga dikenali sebagai
Realisme struktural kerana beranggapan peperangan meletus disebabkan oleh
struktur sistem antarabangsa yang bersifat anarki yakni tiada suatu kerajaan atau
autoriti yang mampu mengawal tindak tanduk negara. Disebabkan oleh anarki,
negara yang berkuasa bebas melakukan apa sahaja. Hal yang demikian
menyebabkan negara mesti membina kekuatan angkatan tenteranya untuk
menjamin keselamatan negara kerana bagi pendokong Neorealis, keselamatan
negara bermaksud mempertahankan semapadan negara dari ancaman ketenteraan
musuh (Zarina Othman 2006:189).

Pendekatan Neoklasikal Realisme

Pendekatan ini merupakan pendekatan terbaru yang menggabungkan teori realisme


klasik dengan pendekatan neorealisme dalam usaha memahami kajian keselamatan
negara dan politik dunia. Pendekatan ini cuba menerapkan unsur-unsur tradisional
Realisme yang asal disamping mempersoalkan pengabaian tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi proses pembuatan polisi negara oleh kedua-dua pendekatan
yang lepas (Realisme dan Neorealisme).

Menurut pendekatan Neoklasikal Realisme seperti yang diterajui oleh


tokoh-tokoh seperti William Wohlforth (1993), Thomas Christensen (1996),
Alastair J. H. Murray (1997), Randall Schweller (1998) dan Fareed Zakaria (1998),
dasar luar sesebuah negara tidak hanya tidak hanya bergantung kepada perubahan
struktur global tetapi turut bergantung kepada persepsi pemimpin negara terhadap
kepentingan nasional. Sekiranya seseorang pemimpin merasakan kepentingan
negaranya terancam, beliau berhak untuk melaksanakan dasar yang mampu
menjamin keamanan negaranya daripada sebarang ancaman negara lain. Disini
dapat dilihat bahawa disebalik negara sebagai aktor utama dalam sistem
antarabangsa, peranan pemimpin turut diketengahkan sebagai individu yang
berkuasa mempengaruhi proses pembuatan polisi luar sesebuah negara berdasarkan
pandangannya terhadap kepentingan nasional.

Perbandingan Diantara Pendekatan Realisme, Neorealisme dan Neoklasikal


Realisme

Secara umumnya, persamaan yang dimiliki oleh ketiga-tiga pendekatan ini adalah
ciri-ciri asasnya iaitu persamaan dari segi pandangan terhadap sifat semulajadi
manusia yang pesimis dan tanggapan terhadap tindakan negara yang bersifat
rasional. Selain itu, konsep-konsep utama Realisme seperti kuasa, keseimbangan
kuasa dan konsep bantu kendiri masih dipegang oleh pendekatan Neorealisme dan
Neoklasikal Realisme. Perbezaan yang wujud hanyalah berkaitan dengan
penambahan yang dilakukan oleh kedua-dua pendekatan terbaru ini seperti faktor
struktur antarabangsa sebagai punca peperangan oleh Neorealis dan faktor individu
dalam proses pembuatan polisi negara oleh golongan Neoklasikal Realis. Tidak
terdapat perbezaan yang ketara diantara ketiga-tiga pendekatan ini kerana ianya
berasal daripada satu pemikiran pokok iaitu Realisme dan dikembangkan oleh
sarjana-sarjana masa kini supaya bersesuaian dengan dunia kontemporari
disamping mencabar pendekatan-pendekatan hubungan antarabangsa yang lain
seperti Neoliberalisme dan Teori Srukturalisme.
Rujukan

Zarina Othman. 2006. Neorealisme dan Institusionalisme dalam Perang dan


Keamanan. Dlm Ghazali Mayudin et.al. (pnyt). Demokrasi Kepimpinan dan
Keselamatan dalam Politik Malaysia, hlm.188-191. Bangi: Penerbit UKM.

Muhammad Takiyuddin Ismail.2007. Aliran Neokonservatif Dalam Dasar Luar


Amerika Syarikat: Satu Analisis Terhadap Pengembangan Idea, Peranan Dan
Pengaruh. Sintok: Penerbit UUM.

Mahfudzah Mustafa.1999. Pendekatan Realis Dalam Perspektif Hubungan


Antarabangsa. Dlm Ghazali Mayudin (pnyt). Teori Sains Politik Pilihan:
Aplikasinya Dalam Konteks Malaysia. hlm 105-129. Bangi: Penerbit UKM.

Viotti, P. & Kauppi, M.1987. International Relations Theory. New York. Collier
Macmillan Publishers.

You might also like